edyesdotcom |
Akhirnya Atas Desakan Rakyat, Najib Sedar TPPA Bahaya Posted: 08 Oct 2013 01:00 AM PDT Kenyataan Terbuka 8 Oktober 2013 Akhirnya Atas Desakan Rakyat, Najib Sedar TPPA Bahaya Najib Razak akhirnya disedarkan oleh desakan rakyat bahawa Perjanjian TPPA itu 'menceroboh' hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar, atau dengan bahasa lebih tepat - Menggadai kedaulatan tanahair. Syukurlah, walaupun media arus perdana tidak menjalankan peranan yang wajar dalam memberi penerangan khusus tentang bahaya TPPA, namun gerak usaha dari pelbagai pihak telah berjaya membawa rakyat memberikan tekanan supaya Perjanjian TPPA tidak dilaksanakan. SAMM melalui gerak kerja bersama Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH) ketika ini telah menjelajah ke 12 daripada 13 lokasi di seluruh negara sebagai tanggungjawab memberi kesedaran umum mengenai Perjanjian TPPA. Ia secara tidak langsung memberi kesan tersendiri apabila semakin ramai rakyat yang faham komplikasi yang bakal dihadapi negara ini sekiranya Perjanjian TPPA dimetrai. Lokasi terakhir Jelajah Anti-TPPA akan diadakan pada malam ini di Sekinchan, Selangor sebelum satu pentas perdana yang bakal mempertemukan dua tokoh ternama tanahair akan berlangsung pada 10 Oktober di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur. Isu TPPA ini tidak berakhir. MITI dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba memutar belit fakta dan menutup kelemahan mereka. Ketika ini juga pihak MITI sedang 'counter' roadshow BANTAH-SAMM, malah mereka turut membuat program propaganda di satu maktab polis, agar mendapat sokongan anggota polis dalam isu TPPA. Dalam perkembangan sama SAMM mengingatkan, walaupun Najib Razak kononnya 'tersedar' bahaya TPPA namun kenyataan Najib tetap menunjukkan minatnya terhadap perlaksanaan TPPA apabila menyebut "perjanjian TPP dijangka mengambil masa yang lebih lama untuk dimuktamadkan". Ini bermakna ia satu penangguhan, rakyat jangan terperangkap. Dari satu sudut yang lain, apakah Najib sebenarnya cuba bertindak menjadi hero apabila akhirnya menolak TPPA? Sikap 'flip-flop' bermuka-muka ini amat bahaya dan sukar dipercayai. Najib juga dilihat tidak mempunyai ketegasan dalam soal TPPA. Justeru itu, ayuh kita muktamadkan suara rakyat untuk bersatu dan bersama menolak Perjanjian TPPA dalam dua aksi perhimpunan iaitu; 1. Pentas Perdana Anti-TPPA: Selamatkan Kedaulatan Negara, Tolak TPPA | 10 Oktober | 8.30Malam | Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, KL 2. Himpunan #BantahTPPA dan 'Sambut' wakil US dengan simbol penolakkan | 11 Oktober | 2.00 petang | Masjid KLCC Maka SAMM menjemput semua rakyat Malaysia agar tidak melepaskan peluang menunjuk kekuatan rakyat kepada pemerintah yang tergamak berani memperjudikan nasib rakyat dan kedaulatan tanahair. che'GuBard Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
Banglo 7.2 Juta: Terima Kasih Nora Danish Posted: 07 Oct 2013 11:40 PM PDT Kenyataan Umum 8 Oktober 2013 Banglo 7.2 Juta: Terima Kasih Nora Danish Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nora Danish di atas pengakuan wujudnya sebuah banglo yang dibeli oleh Nadem Nazri. SAMM sebelum ini pernah mendedah dan mempersoal kelayakkan seorang anak menteri untuk memiliki sebuah banglo bernilai RM7.2 juta. Pengakuan Nora Danish sekaligus menguatkan lagi dakwaan persoalan tersebut. Walaupun Nora mengaku bahawa rumah mewah yang dibeli itu bukan untuk dirinya, namun sekurang-kurangnya kewujudan banglo tersebut sudah cukup menggugurkan keraguan munahsabah pendedahan SAMM minggu lalu. Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz. "Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?" SAMM juga sedia untuk bekerjasama dengan pihak SPRM dan Lambaga Hasil bersama dokumen-dokumen yang berada di tangan, dalam usaha mengheret 'jerung' ke muka pengadilan. Ingatlah bahawa ketika ini sebilangan besar rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri, berhempas pulas menyimpan wang dan akhirnya tidak mampu juga membeli rumah di atas kenaikkan harga di pasaran hartanah. Ketika yang sama, seorang anak menteri hidup begitu mewah dan mampu membeli apa sahaja yang dimahunya, tanpa dipersoal dari mana datang hasil kewangan tersebut. Maka SAMM tampil membuat pendedahan di atas maklumat awam. Kepada pak menteri, jawablah dengan tenang, jika anakmu membeli istana, dari mana datang kewangannya? Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan