Rabu, 2 Oktober 2013

edyesdotcom

edyesdotcom


Hilang Senjata Api: Rakyat Perlukan Jawapan, Bukan Kebarangkalian

Posted: 02 Oct 2013 12:28 AM PDT

Kenyataan Umum

2 Oktober 2013

Hilang Senjata Api: Rakyat Perlukan Jawapan, Bukan Barangkalian

Sebagai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak wajar sewenang-wenangnya memberi respon seperti melepaskan batuk di tangga dalam isu kehilangan senjata api menurut laporan audit negara.

Kehilangan sebanyak 44 laras senjata api adalah satu perkara yang serius mengendurkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara. Jelaslah definasi negara aman yang dilaungkan itu hanyalah retorik semata-mata sedangkan PDRM sendiri terlibat hampir 50 kes kehilangan senjata api.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membidas kenyataan Khalid Abu Bakar dengan mempersoalkan 'bagaimana Khalid tahu senjata api yang dikatakan hilang itu tidak terlepas ke tangan penjenayah? Sedangkan telah dilaporkan sebelum ini terdapat kes senjata api dicuri ketika anggota polis tidur di dalam kenderaan peronda.

Jawapan Khalid kononnya senjata api yang hilang itu barangkali terjatuh dalam laut yang akhirnya tidak boleh dijumpai adalah hanya tekaan rambang. Sepatutnya kenyataan tersebut disokong oleh statistik yang tepat, berapa kes pistol jatuh ke dalam laut? Berapa laras pula senapang automatik yang jatuh ke dalam sungai?

Juga, apakah bom jenis C4 yang digunakan untuk meletup seorang penterjemah berbangsa Mongolia adalah termasuk dalam kes-kes kehilangan senjata api seperti yang dilaporkan Audit Negara? Di manakah laporannya?

SAMM menggesa agar Ketua Polis Negara dan pihak PDRM mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dalam memberikan respon kepada umum. Ini kerana rakyat ketika ini memerlukan lebih jaminan keselamatan memandangkan kes jenayah melibatkan senjata api sangat berleluasa.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tiada ulasan: