Selasa, 1 Oktober 2013

edyesdotcom

edyesdotcom


Jelajah #BantahObama #TolakTPPA Memasuki 'Separuh Masa' Kedua

Posted: 01 Oct 2013 12:27 AM PDT

Kenyataan Umum
1 Oktober 2013

Jelajah #BantahObama #TolakTPPA Memasuki 'Separuh Masa' Kedua

Selepas merentasi 7 lokasi di semua negeri sebelah utara dan pantai timur tanahair, Jelajah #BantahObama #TolakTPPA kini memasuki separuh masa kedua aksi mobilisasi bermula pada malam ini di Kuala Kurau, Perak.

Semua lokasi jelajah mendapat sambutan yang memuaskan walaupun terdapat lokasi ceramah yang terpaksa diubah di minit akhir kerana hujan lebat. Sambutan luar jangkaan berlaku di Bachok, Kelantan apabila majlis tersebut dibanjiri lebih dua ribu hadirin. 

Semua yang hadir dalam setiap lokasi juga menyatakan kesediaan untuk turun ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 sempena 'menyambut' kehadiran Presiden Barrack Obama yang menjadi dalang jerat Perjanjian TPPA. 

Lokasi malam di Kuala Kurau yang merupakan siri ke-8 dari 13 lokasi turut mensasarkan golongan tani dan nelayan yang merupakan antara golongan yang paling terkesan sekiranya Perjanjian TPPA ditandatangani. Turut menggegar pentas malam ini adalah termasuk YB Tian Chua, YB Yunus Jamhari, CheGuBard, Siti Aisyah dan wakil Bantah. 

Lokasi jelajah anjuran SAMM bersama SMM dan Badan Bertindak Bantah TPPA seterusnya akan berlangsung di Muar pada 4 Oktober, Bukit Katil Melaka (5 Oktober), Senawang (6 Oktober), Sekinchan (8 Oktober) dan aksi Grand Finale pada 10 Oktober di Kuala Lumpur iaitu sehari sebelum himpunan #BantahObama di KLCC.

Bagi memastikan proses kesedaran menokok ke maksima, orang ramai dan pihak media wajar dimohon supaya menjalankan peranan hebahan. Adalah malang jika masih ada rakyat yang tidak sedar bahawa tanahair ini sedang dalam proses untuk dijual demi 'kemajuan' atau 'negara maju' yang masih belum menentu.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tiada ulasan: