Khamis, 31 Oktober 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mangsa Rogol Ditanam Hidup-hidup Berjaya Lepaskan Diri

Posted: 30 Oct 2013 09:33 PM PDT


Mangsa Rogol Ditanam Berjaya Lepaskan Diri

[HM] Lahore: Selepas ditanam hidup-hidup kerana mendakwa menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan diri dengan menggali keluar dari bawah tanah.

Menurut media, remaja perempuan berusia 13 tahun itu diserang dua lelaki ketika berjalan sendirian di Toba Tek Singh, Punjab.

Mangsa kemudian dirogol sehingga pengsan dan suspek menyangka remaja terbabit meninggal dunia dalam serangan itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa kemudian ditanam di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, kata jurucakap polis, remaja terbabit tersedar semula dan berusaha menyelamatkan diri dengan menggali tanah yang menimbus dirinya.

"Beberapa orang yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dan bergegas menyelamatkannya," katanya.

Dia kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat. Pada awalnya mangsa enggan bekerjasama dengan polis kerana mendapat tekanan daripada bapanya.

Dua lelaki kini ditahan pihak berkuasa hasil maklumat diperoleh. - AP - 31/10/13



Lelaki Potong Anu Sendiri Kerana Kecewa Tiada Pasangan

Posted: 30 Oct 2013 05:24 PM PDT

YANG terlantar dalam keadaan berdarah di bahagian sulitnya.
Kemaluan Tidak Berguna

[HM] Hangzhou: Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa bersama.

Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya untuk mengambil anggota sulit berkenaan sebelum ia dapat dirawat. 

Malang menimpa Yang Hu tidak berakhir di situ.

Apabila pemuda berusia 26 tahun terbabit kembali ke hospital bersama kemaluannya, dia terkejut apabila diberitahu ia tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, kemaluan Yang terbiar tanpa darah terlalu lama selepas dipotong.

"Mustahil kami boleh menyambungnya semula," katanya. 

Sementara itu rakan Yang berkata, pemuda terbabit semakin tertekan sejak berpindah dari kampung ke bandar Jianxing untuk mencari kerja.

Walaupun bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah kilang pakaian, Yang kecewa kerana tidak mempunyai teman wanita. 

"Yang akhirnya terlalu kecewa dan yakin tiada mana-mana wanita ingin berkawan dengannya," katanya. 

Pada Ahad lalu, Yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan amat tertekan dan nekad memotong kemaluannya kerana menganggap ia sudah "tidak berguna" lagi.

"Yang juga percaya tanpa kemaluan, dia tidak lagi memikirkan mengenai teman wanita," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu rakan Yang mengecam tindakan doktor kerana tidak menyediakan ambulans kepada pemuda terbabit selepas mendapati dia cedera parah.- Agensi - 31/10/13


P/s: Akhirnya, kemaluannya memang betul-betul tidak "berguna".


Bekas KP Imigresen Bersalah Terima Rasuah

Posted: 30 Oct 2013 05:06 PM PDT

Abdul Wahid dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan menerima rasuah RM60,000. - Foto Effendy Rashid

Abdul Wahid Didapati Bersalah Terima Suapan RM60 000

[BH] Kuala Lumpur: Dibebas dan dipenjarakan oleh hakim yang sama. 

Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dipenjara enam tahun dengan denda RM300,000 atau tambahan setahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu. 

Hakim Rosbiahanin Ariffin, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaan tertuduh menerusi peguam belanya, Datuk V Sithambaran, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Wahid, 60, yang hadir dengan ditemani isterinya, kelihatan tenang sebaik Rosbiahanin membacakan keputusan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara mulai semalam. 

Terdahulu, hakim menolak permohonan Sithambaran, supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dan menangguhkan hukuman penjara, sementara menunggu rayuan. 

Rosbiahanin dalam penghakimannya, bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa keterangan pembelaan tertuduh adalah difikirkan kemudian dan bersifat rekaan serta penafian semata-mata.
"Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan berkenaan," katanya. 

Wahid didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh. 

Kesalahan itu dilakukan di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, jam 10.15 malam pada 10 Julai 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. 

Pada 15 Oktober 2010, Rosbiahanin melepas dan membebaskan Wahid daripada tuduhan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan pihak pendakwaan selepas itu turut mengekalkan keputusan sama.- 31/10/13


P/s: 6 bulan saja???


Tiada ulasan: