DUNIACACAMARBA |
- Empangan Cameron Lepaskan Air, 3 Nyawa Terkorban, Jutaan RM Harta Musnah, Siapa Wajar Dipertanggungjawabkan?
- Komen Dr Asri tentang Korban di Sekolah
- Kalimah Allah: Harun Taib Sanggah Dr Asri
- Suami Belasah Isteri Masih Taruh Harapan
- Brunei Laksana HUDUD!
- Remaja Perempuan Dibunuh Kenalan
Posted: 23 Oct 2013 06:12 AM PDT Empangan Cameron Highlands lepaskan air, tiga maut [MK] Pasukan polis mengesahkan tiga orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya. Ketua polis daerah Cameron Highlands Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan Bernama menyebut, dua daripadanya mati lemas dan seorang lagi maut akibat serangan jantung. Seorang wanita warga Indonesia juga dipercayai hilang manakala seorang lelaki cedera dalam kejadian jam 1 pagi itu, katanya. Menurutnya, banjir kilat akibat limpahan air berkenaan memusnahkan kira-kira 80 buah rumah dan juga kenderaan di kawasan Lembah Bertam. Menurut Mohd Zahari, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam. "Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya. Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet. Sementara itu, ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi mengendali empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian. Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk. Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley. "Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya di Facebook. Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah. Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir. Di Kedah, Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya. - 23/10/13 P/s: Rata-rata media perdana menggambarkan kejadian banjir lumpur ini berlaku sebagai suatu tragedi dan bukannya salah pihak yang tertentu. Kejadian ini mungkin dapat dielakkan jika pelepasan air dilakukan lebih awal bukannya apabila air sudah di paras kritikal. Di mana logiknya air melimpah ruah membawa lumpur sehingga menenggelamkan rumah jika air di empang itu dilepaskan mengikut peraturan atau dilepaskan lebih awal. Baca pendedahan lanjut di sini. | ||
Komen Dr Asri tentang Korban di Sekolah Posted: 23 Oct 2013 05:34 AM PDT Bekas mufti: Jangan lihat ibadah korban sahaja [MK] Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban. Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala. "Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat. "Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu. "Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," tegasnya dalam tulisan di Facebook. Kenyataan itu timbul apabila ibadah korban di SK Puchong Jaya minggu lalu dipersoalkan oleh seorang individu yang cuba mendapatkan penjelasan guru besar sekolah terbabit. Perbualan individu bernama "Saravanan" dengan guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, menjadi tumpuan apabila dimuatkan di Youtube. Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin Mohd Amin mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu. Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu. Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin turut menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut. Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar. "Dalam Islam, penyembelihan hari raya korban ini, memang sepatutnya diuar-uarkan kepada umat Islam, khususnya kepada murid-murid," katanya dalam rakaman itu. Perkara itu perlu digiatkan agar generasi muda mengetahui bahawa ia adalah tuntutan Islam, katanya lagi dalam rakaman sepanjang lebih 8 minit itu, yang dimuatkan oleh pengguna bernama 'zeeraf87'. Mohd Amin berkata, ibadah tersebut tidak dijalankan dengan niat untuk menghina penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai makhluk suci. "Memang kita digalakkan memberitahu murid-murid, kepada anak-anak kita khususnya, bahawa (ibadah) korban ini satu yang disuruh oleh agama Islam. Bukan kita buat penyembelihan ini atas dasar untuk menghina agama lain. "Sebelum saya menjalankan aktiviti di sekolah, kita telah berbincang dengan semua guru saya. Guru-guru saya ada yang Cina, ada India, yang bukan Islamlah," katanya. Katanya, pihak sekolah memberitahu guru dan pelajar berbangsa India, serta golongan bukan Islam lain untuk dipisahkan dari upacara tersebut. "Kami tidak membenarkan mereka melihat," katanya. Mohd Amin berkata, beliau mendapatkan pandangan kesemua guru termasuk bukan Islam berhubung aktiviti sekolah seperti itu. Polis juga dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas individu bernama "Saravanan" Laporan Sin Chew Daily semalam memetik kenyataan ketua polis daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, bahawa pasukan itu membuka siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh guru besar sekolah tersebut. Menurut Sin Chew, Mohd Amin bimbang dengan keselamatan dirinya dan juga keselamatan harta sekolah selepas perbualan dengan "Saravanan". -23/10/13 | ||
Kalimah Allah: Harun Taib Sanggah Dr Asri Posted: 23 Oct 2013 01:06 AM PDT [UM] KUALA TERENGGANU 21 Okt. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib terkejut dengan kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Harun yang membantah kenyataan berhubung perkara itu menegaskan, bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu yang hanya khusus untuk agama dan umat Islam. Malah beliau tetap mempertahankan pendiriannya menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald. "Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu. "Saya tetap tak setuju kalau ada orang kata agama lain dan bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Malah, saya sokong keputusan mahkamah baru-baru ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah The Herald dan semua pihak kena akur dengan keputusan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Asri dalam blognya bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah, malah mereka digalakkan berbuat demikian berdasarkan al-Quran dan sunah. Antaranya bekas Mufti Perlis itu menyebut: "Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah." Dalam pada itu, Harun percaya di sebalik tindakan serta kesungguhan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, tersirat tujuan serta agenda tertentu mereka. -23/10/13 P/s: Harun Taib sanggah, apa hujahnya? Semua orang boleh menyokong dan menyanggah, tetapi perlu mengemukakan hujah. | ||
Suami Belasah Isteri Masih Taruh Harapan Posted: 22 Oct 2013 06:30 PM PDT [UM] BUKIT MERTAJAM 22 Okt. - Pegawai veterinar yang menghadapi tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada Ogos lalu, masih berharap wanita berkenaan memikirkan semula tentang hubungan mereka. Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum dengan kenyataan isterinya sebelum ini mengatakan sudah tidak mahu lagi kembali ke pangkuannya. "Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini. Sebelum itu, Majistret Ariff Mohamed Sharif, menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes terhadap Muhammad Affandi yang didakwa sengaja menyebabkan mencederakan ke atas isterinya, disebabkan dokumen kes itu belum siap. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berusia 36 tahun di dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Muhammad Affandi diwakili peguam R. Palaniappan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim. Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah. Pada 12 September lalu, Muhammad Affandi selepas hadir sebutan kes di mahkamah tersebut memberitahu pemberita, dia masih menyayangi isteri dan mahu keluarganya hidup bahagia. Sehari selepas itu, isterinya yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang menyatakan tekad tidak akan kembali ke pangkuan lelaki tersebut. Wanita itu menegaskan bahawa perbuatan lelaki itu terhadapnya sebelum ini cukup menyedihkan dan tidak ada lagi perasaan sayang kepadanya, begitu juga dengan anak-anak yang tidak lagi bertanya mengenai ayah mereka. Pada 12 Ogos lalu, pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video selama 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun itu dikongsi melalui akaun Facebook. Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan menendang isterinya sehingga tersungkur sebaik sahaja pintu lif terbuka. P/s: Bayangkan anda isterinya, mahu kembali kepadanya? | ||
Posted: 22 Oct 2013 06:00 PM PDT [UM] BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina. Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji. Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan. Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak. "Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt. "Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya. Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain. Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga. Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI P/s: Malaysia? Tanya UMNO dan ulama yang menyokong mereka! | ||
Remaja Perempuan Dibunuh Kenalan Posted: 22 Oct 2013 05:34 PM PDT Laporan awal di sini. [Mstar] PETALING JAYA: Seorang gadis 15 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai dibunuh telah ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian dengan suspek berjaya ditahan polis dengan bantuan seorang pemerhati jenayah. Suspek berusia 23 tahun, merupakan rakan kepada remaja perempuan itu, telah membawa pihak berkuasa kepada penemuan mayat dalam sebuah beg pakaian di tepi Jalan Kebun, Shah Alam malam Selasa. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek mengaku membunuh gadis itu di rumahnya setelah gagal merogolnya dan dibawa masuk ke ibu pejabat polis Petaling Jaya pada pukul 6.30 petang oleh seorang awam yang juga pemerhati jenayah. "Dia (suspek) membawa polis ke tempat kejadian di mana kami telah menemui mayat di dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan berhampiran pada kira-kira pukul 8.30 malam," katanya pada sidang media di lokasi kejadian. Ng Yuk Tim meninggalkan rumahnya pada pukul 11 pagi Isnin dan pergi ke rumah lelaki itu di Kelana Jaya untuk membuat pakaian cosplay bagi acara yang akan datang. Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anaknya yang hilang. Lelaki itu pada mulanya mendakwa dia telah menghantar Yuk Tim di stesen LRT Kelana Jaya pada kira-kira pukul 3.30 petang. Ibu mangsa yang khuatir dengan kehilangan anak perempuannya itu telah meminta pertolongan seorang pemerhati jenayah untuk membantunya mencari mangsa. Pemerhati jenayah itu yang dikenali sebagai Kuan Chee Hong kemudiannya bersetuju untuk bertemu ibu mangsa di sebuah restoran di Kelana Jaya. Dia dapati suspek turut berada bersama ibu mangsa untuk menemuinya. Ketika mereka sedang berbual, Kuan menyedari terdapat kesan gigitan pada tangan kiri suspek. Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu menyoal siasat suspek dengan soalan yang bertubi-tubi yang akhirnya membawa kepada pengakuan suspek yang dia cuba merogol mangsa dan apabila mangsa bertindak mengigit tangannya dia telah menghentak kepala mangsa dengan satu objek sekaligus membawa kepada kematian mangsa. Kuan kemudiannya menyerahkan mangsa kepada polis Petaling Jaya.- 23/10/13 Berkaitan: Pelajar Tingkatan Tiga Cuba Dirogol Sebelum Dibunuh
Teman lelaki dikatakan mengaku bunuh pelajar 15 tahun [BH] Petaling Jaya: Usaha seorang pelajar Tingkatan Tiga, mempertahankan kehormatan diri daripada diperkosa teman lelaki yang dikenali menerusi Facebook, berakhir tragedi apabila dibunuh sebelum mayatnya dicampak dekat Bandar Putra Klang, kelmarin. Ng Yuk Tim, 15, keluar dari rumah keluarganya di Desa Tun Razak, Cheras, jam 11 pagi kelmarin, selepas memberitahu ibunya, Sim Ee Ling, 35, yang dia mahu bertemu kenalan lelaki berusia 23 tahun yang juga seorang penyelenggara tapak binaan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan