DUNIACACAMARBA |
- 13 Tahun Kahwin dengan PATUNG SEKS
- Pasangan Digilis Kereta Api Ketika Lakukan Seks Atas Landasan
- Kanak-kanak 2 Tahun "Hamil"
- KPOP: Kementerian Belia dan Sukan KANTOI
- Kerajaan Persekutuan AS Berhenti Beroperasi
- [Video] Gadis Guna YouTube Hantar Mesej Letak Jawatan
- Laporan Ketua Audit Negara BUKTIKAN Rasuah dari Bawah ke Atas
- Anak Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Terima Ijazah Sarjana Falsafah
- Malaysia JUARA DUNIA?
- Audit: KBS Bayar KPop RM1.6 Juta, RM100 Ribu untuk 50 Blogger Sempena dengan Himpunan Jutaan Belia 2012
- KKM Belanja RM320 Ribu untuk Bina Laman FB, Twitter & Baca "Penyelewengan" yang Lain
- Bung Mokhtar Bawa Pistol untuk Keselamatan Diri
13 Tahun Kahwin dengan PATUNG SEKS Posted: 02 Oct 2013 06:30 AM PDT [HM] Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun. Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu. Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu. "Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama," katanya. RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks. Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids. Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan. Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai 'Sintetik' lebih bermakna. "Pengalaman saya dengan 'Organik' (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. "Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda," katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi - 2/10/13 |
Pasangan Digilis Kereta Api Ketika Lakukan Seks Atas Landasan Posted: 02 Oct 2013 05:00 AM PDT [HM] Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api. Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks. Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang. Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti. Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian. Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu. - Agensi - 2/10/13 |
Posted: 02 Oct 2013 04:00 AM PDT [HM] Beijing: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Huaxi, China menjalani pembedahan melahirkan anak selepas doktor mendapati dia 'hamil'. Xiao Feng dibawa ke hospital selepas perutnya membuncit hingga dia sukar bernafas. Sebaik dimasukkan ke hospital, doktor melakukan imbasan X serta imbasan MRI dan mendapati Xiao Feng membawa janin kembarnya sendiri di dalam perutnya. Dia kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan. Di samping itu, janin yang dibuang oleh kumpulan doktor berkenaan berukuran 20 sentimeter dan mempunyai tulang belakang lengkap serta tangan dan kaki termasuk jari tangan dan jari kaki. PERUT yang kian membesar menyukarkan Xiao Feng bernafas. Kembar parasit berkenaan mungkin menjadi bayi lelaki dan sudah memenuhi hampir dua pertiga daripada perut Xiao Feng dan jika tidak dibuang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit mati. Menurut pakar, kembar biasa terbentuk apabila telur berpecah kepada dua bahagian selepas persenyawaan, manakala kembar siam pula terjadi apabila telur gagal berpecah sepenuhnya. Sementara itu, pakar neonatologi di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di Cleveland, Dr Jonathan Fanaroff berkata, sesetengah kembar siam boleh menjadi parasit, tetapi ia tidak berlaku apabila satu kembar menyerapi pasangannya. - Agensi - 2/10/13 |
KPOP: Kementerian Belia dan Sukan KANTOI Posted: 02 Oct 2013 02:11 AM PDT |
Kerajaan Persekutuan AS Berhenti Beroperasi Posted: 02 Oct 2013 12:00 AM PDT [Kosmo] WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) ditutup buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun semalam sekali gus memaksa sehingga satu juta kakitangan awam bercuti tanpa gaji manakala banyak projek awam turut tergendala. Penutupan itu berpunca daripada Kongres yang gagal mencapai kata sepakat tengah malam kelmarin untuk meluluskan bajet bagi membiayai perbelanjaan dan hutang negara. Kongres AS terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Senat diterajui oleh Parti Demokrat pimpinan Presiden Barack Obama manakala Dewan Perwakilan pula didominasi pembangkang daripada Parti Republikan. Dewan Perwakilan menolak bajet tersebut kerana enggan menyokong pelan kesihatan Obama yang disifatkan sebagai satu pembaziran. Pelan itu juga didakwa menyekat kebebasan rakyat untuk memtidak mengambil perlindungan insurans. Pelan tersebut bertujuan untuk memberi perlindungan insurans kesihatan kepada sekitar 50 juta penduduk berpendapatan rendah dan miskin di AS. Parti Republikan yang mendominasi Dewan Perwakilan mahu pelaksanaan pelan itu yang berjalan semalam ditunda selama setahun. Namun, Ketua Majoriti Senat, Harry Reid menolak usul Republikan. "Parti Demokrat tidak akan berunding dalam keadaan kami diberi tekanan untuk bersetuju dengan Republikan semata-mata bagi mengelakkan penutupan kerajaan berlaku," kata Reid. Susulan operasi kerajaan AS lumpuh semalam, banyak pejabat dan perkhidmatan awam ditutup manakala bayaran kepada kontraktor ditangguhkan. Situasi itu menyebabkan pengaliran tunai bagi menjana ekonomi negara yang mencecah ratusan juta dolar sehari disekat. Namun, sebahagian perkhidmatan penting termasuk rondaan sempadan, pemeriksaan daging dan kawalan udara dan mahkamah beroperasi seperti biasa. Jabatan Negara memberitahu, pihaknya akan terus menerima dan memproses permohonan visa warga asing, begitu juga dengan operasi kedutaan dan konsulat AS di luar negara. Namun, kelewatan dalam pemprosesan visa dan pasport memang dijangka ekoran krisis tersebut. Menurut Pejabat Pengurusan Kakitangan Awam, kerajaan persekutuan menggaji hampir 2.8 juta kakitangan awam setakat September 2012. "Separuh daripada 670,000 ahli kami diberitahu untuk duduk di rumah manakala sebahagian yang lain akan bekerja tanpa gaji," kata jurucakap Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam Kerajaan Persekutuan, Tim Kauffman. Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin Parti Demokrat dan Republikan saling menuding jari kerana masing-masing tidak mahu menjadi sasaran kemarahan rakyat kerana mencetuskan situasi tersebut. Jika Kongres dapat mencari kata sepakat tentang isu itu, kerajaan AS dijadual beroperasi semula sehari dua lagi. Sebaliknya, operasi kerajaan mungkin ditutup lebih lama jika kebuntuan itu gagal diselesaikan. Dalam pada itu, beberapa pakar politik melihat Kongres sekali lagi akan bercakaran berhubung usul Obama yang mahu menaikkan had siling hutang negara melebihi AS$16.7 trilion (RM54.7 trilion). - Agensi - 2/10/13 |
[Video] Gadis Guna YouTube Hantar Mesej Letak Jawatan Posted: 01 Oct 2013 11:13 PM PDT [Kosmo] TAIPEI - Seorang wanita meletakkan jawatan di sebuah syarikat animasi Taiwan dengan memuat naik sebuah rakaman videonya menari di laman web perkongsian video YouTube, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita itu, Marina Shifrin, 25, menari mengikut rentak lagu penyanyi terkenal, Kanye West yang berjudul Gone. Shifrin memberi penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu menerusi sari kata yang tertera dalam klip berkenaan. Video tersebut ditonton lebih 100,000 kali di YouTube. "Sejak dua tahun lalu saya telah korbankan semua hubungan cinta, masa dan tenaga untuk kerja ini," tulis Shifrin dalam video tersebut. Bagaimanapun, ketika memberitahu akhbar Huffington Post, wanita warga Amerika Syarikat itu tidak mendedahkan nama syarikat atau bekas majikannya. - Agensi -2/10/13 |
Laporan Ketua Audit Negara BUKTIKAN Rasuah dari Bawah ke Atas Posted: 01 Oct 2013 11:06 PM PDT [TMI] Permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas. Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada atas hingga ke bawah yang terlibat sama. Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi. Wang dibelanjakan dan disia-siakan begitu sahaja. Dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara. Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan bagaimana ahli politik licik menipu sistem untuk selama beberapa dekad dan melepaskan diri. Jadi apa salahnya mereka juga melakukan perkara sama? Lagipun ia adalah dana awam milik mereka dan patut dibazirkan sesuka hati. Lebih membimbangkan ialah tiada seorang pun dihadapkan ke muka pengadilan sejak bertahun-tahun kebelakangan ini bagi setiap pembaziran dan rasuah yang berlaku. Bilakah kali terakhir seseorang dipertanggungjawabkan kerana membuat pembelian mesin cetak, dakwat, kasut, jam dan pengimbas yang lebih mahal daripada harga pasaran? Menteri, ketua setiausaha, ketua pengarah dan ketua kerani mana yang mengakui kesilapan mereka dan meletakkan jawatan untuk bersikap tanggungjawab atas kecuaian tersebut? Adakah mereka prihatin mengenai anggota polis yang hilang senjata atau kereta polis hilang tanpa ada seorang pun yang dipertanggungjawabkan? Atau wang yang masih dibayar kepada orang mati? Malah tidak mustahil juga mereka yang sudah mati ini masih berada dalam daftar pemilih. Adakah mereka tidak malu jam tersebut dibeli dengan harga tidak masuk akal? Atau wang tersebut dibelanjakan tetapi hasilnya tidak nampak? Jawapan paling mudah adalah tidak. Jika kakitangan kerajaan boleh menuntut RM300,000 untuk lawatan empat hari bagi mengkaji penggunaan sistem kecemasan 999, tiada sesiapa pun peduli, apatah lagi berjuta-juta dibazirkan atas nama rakyat. Laporan Ketua Audit Negara hanya satu lagi kad laporan tahunan untuk kerajaan terus merungut dan berjanji untuk melakukan yang lebih baik, ia tidak lebih daripada satu penyesalan sia-sia untuk rakyat Malaysia amnya. Kerajaan boleh mendakwa mereka melakukan yang terbaik dan menubuhkan lebih banyak panel mengkaji pembaziran tersebut, ataupun meminta Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menganalisis Laporan Ketua Audit Negara tetapi jika tiada tindakan diambil, kepercayaan orang ramai akan terhakis. Tidak ada gunanya meredakan kemarahan rakyat dengan bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau perumahan mampu milik jika kerajaan masih memandang sebelah mata terhadap rasuah dan pembaziran Putrajaya, jabatan kerajaan, agensi awam atau firma negeri. Barah rasuah sangat mendalam sehingga ia diinstitusikan dan apa yang boleh kita semua lakukan adalah hanya membaca mengenainya. Persoalan sekarang ialah masih adakah orang jujur dalam kerajaan atau perkhidmatan awam yang sanggup bertanggungjawab atas Laporan Ketua Audit Negara itu? - 2 Oktober, 2013. |
Anak Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Terima Ijazah Sarjana Falsafah Posted: 01 Oct 2013 09:46 PM PDT [Mstar] KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak yang juga Tuanku Pro-Canselor Universiti Malaya (UM), Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan ijazah sarjana falsafah kepada Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra, anak ketiga perdana menteri pertama yang juga Canselor pertama UM. Tunku Noor Hayati, 46, menerima ijazah sarjana falsafah dari Institut Pengajian Siswazah, UM pada hari kedua istiadat konvokesyen UM kali ke-52 di Dewan Tunku Canselor, UM di sini, Selasa. Ketika ditemui selepas menerima ijazah, Tunku Noor Hayati menyifatkan ijazah sarjana yang diterima sangat bermakna. Ini kerana istiadat konvokesyen berlangsung dalam Dewan Tunku Canselor yang dirasmikan oleh Almarhum ayahandanya sendiri pada tahun 1966. "Saya sunggguh bangga dengan kejayaan ini," tambah anak ketiga daripada empat beradik itu. Selain Tunku Noor Hayati, Raja Nazrin turut menyampaikan ijazah kehormat kepada tiga personaliti yang cemerlang dalam bidang masing-masing. -2/10/13 |
Posted: 01 Oct 2013 07:44 PM PDT P/s: Apabila mengetahui agensi kerajaan seperti dilaporkan Laporan Audit Negara 2012 membeli jam dinding berharga RM100 pada harga RM3810 sebuah, maka terkelulah lidah untuk menangkis laporan akhbar di atas. Baca macam-macam penyelewengan audit di sini. |
Posted: 01 Oct 2013 06:41 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat. Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2. Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat. Pada bahagian catatan mengenai perbelajaan itu dinyatakan 'perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat'. P/s: Duit siapa? Duit kitalah! |
KKM Belanja RM320 Ribu untuk Bina Laman FB, Twitter & Baca "Penyelewengan" yang Lain Posted: 01 Oct 2013 06:18 PM PDT [MK] Ketua audit negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter. Perbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen 'Tak Nak Merokok'. Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk 'Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit' pula menelan belanja RM120,500. Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun Facebook dan Twitter itu. Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook. Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk gtempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah 'Likes' yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000. -1/10/13 Cerita "Penyelewengan" Laporan Audit 2012 yang Lain: P/s: Bahagian IT KKM sudah memadai untuk membina laman-laman tersebut. Mengapa KKM perlu mengupah pihak luar dengan kadar harga perkhidmatan yang begitu mahal sedangkan laman itu boleh diwujudkan secara percuma oleh staf KKM sendiri? Apa tindakan kerajaan terhadap penyeleweng duit rakyat dalam laporan audit sebelum ini? Kalau ada yang masih ingat, ada agensi kerajaan yang membeli teropong dengan harga berkali-kali ganda daripada harga pasaran begitu juga penyelewengan yang lain yang sehingga kini tiada dilaporkan apa-apa tindakan terhadap kakitangan yang terlibat. Sambung baca di sini dan di sini. |
Bung Mokhtar Bawa Pistol untuk Keselamatan Diri Posted: 01 Oct 2013 05:40 PM PDT Bung: Saya Membawa Pistol untuk Pertahan Diri [AA] KUALA LUMPUR: Ketika Parlimen hangat membahaskan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA), Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin berkongsi bahawa beliau ada membawa pistol. Beliau berkata pistol tersebut adalah untuk keselamatan diri sendiri. "Saya tidak suka membawa pistol kerana berat tetapi melihat keadaan sekarang dengan jenayah rompakan dan kes tembak mati yang meningkat.… pendirian saya berubah," kata Bung di Dewan Rakyat. "Daripada mati ditembak, saya lebih rela mati bertembak, oleh itu saya membawa pistol untuk mempertahankan diri saya," kata Bung. Bung berkata keselamatan orang ramai perlu diberi perhatian walaupun berlainan latarbelakang politik. Semasa perbahasan pindaan PCA, Bung juga menyoal mengapa Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut. Beliau juga menambah bahawa pihak pembangkang mungkin mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Sementara itu, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada ahli-ahli parlimen yang membawa usul yang boleh menimbulkan kekecohan di dalam Dewan. Komen Pandikar juga dituju kepada Ahli Parlimen PAS (Sepang) Hanipa Maidin yang menyebut tentang kes Altantuya Shaariibuu "Jika dalam kes Altantuya, kita boleh adakan perbicaraan bagi yang tertuduh, kenapa tidak bagi kes-kes lain? Kenapa perlu ada perbezaan?" tanya Hanipa, di mana persoalan tersebut membawa kepada reaksi berlainan daripada ahli-ahli parlimen BN dan Pakatan. -1/10/13 P/s: Pelik. Ahli Parlimen di negara paling selamat di Asia Tenggara perlu membawa pistol untuk keselamatan diri!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan