DIALOG RAKYAT |
- Husam: Saya tak akan lawan Mat Sabu
- Salahudin: PAS bukan macam syarikat telefon
- MP: Najib perlu jadi teladan, ubah gaya hidup
- MCA: Kenapa kami sokong balik PCA
- PCA tindakan terkebelakang kerajaan BN dalam perjuang hak asasi manusia
- Masjid runtuh, mengapa di Terengganu lagi?
- Laporan Audit Membuktikan Janji Berubah Hanya Omongan Kosong
- Pakatan kecam ketirisan berulang tapi tiada tindakan
- KEMASKINI – Gantirugi tiada air: Tribunal nasihat failkan kes ke Mahkamah Sivil
- Anwar : PR akan teruskan bantahan besar-besar pindaan PCA
- PAS mampu pertahan kerusi DUN Sungai Limau
- Laporan Audit : Menteri jangan salahkan pegawai rendah
- Ketirisan: Pakatan gesa sidang khas PAC, pastikan tindakan diambil
- BR1M 3.0 (RM3 Bilion+) VS Minyak Naik 20 sen (RM3.3 Bilion). Che Det Kata STOP BR1M. Apa Kata Anda?
- Audit: Boros dan membazir, menteri sila jawab
- Sg Limau: Mengundi 4 Nov, penamaan calon 23 Okt
- Parking Kereta di KL. RM40 Sejam Bagi Kurangkan Kesesakan. Apa Kata Anda?
- Jawapan IGP Tidak Profesyenal Malah Melucukan
- K-Pop; Dosa Maksiat Sekali……Dosa Tipu Rakyat Sekali
- Seorang Lagi Pelatih Lumba Basikal Kemalangan Maut, DiLanggar Van Pengiring
- Telus, akauntabiliti dan integriti apa? Selepas puluhan binaan ‘punoh’, ‘rosok’ dan runtuh ‘beghudung’?
- Pemimpin MCA anti-Chua berhimpun dengar taklimat
- RTM bayar RM3,810 untuk jam RM100
- ROS gagal bertindak pada 90 pertubuhan
- Azeez: 'Dei thambi', Sulu mati di Sabahlah
Husam: Saya tak akan lawan Mat Sabu Posted: 03 Oct 2013 03:34 AM PDT Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau tidak akan mencabar Mohamad Sabu bagi merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada muktamar ke-59 November ini. Difahamkan Husam (bawah) telah melepasi syarat pencalonan daripada dua kawasan untuk bertanding jawatan tersebut dan keputusannya bakal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan pada 21 Oktober ini. "Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat. "Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya. Beliau menjawab soalan hadirin berhubung pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan itu dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi. Turut serta sebagai panelis dalam dialog tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, ahli jawatankuasa Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Mohamad Sabu telah menyatakan pendiriannya untuk mempertahan jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti lalu dalam persaingan tiga penjuru. Selain Husam, ADUN Salor, yang dicalonkan untuk bertanding jawatan itu, dua lagi tokoh pemimpin yang disebut-sebut berminat merebut jawatan nombor dua dalam hierarki parti itu. Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah, dikatakan antara yang mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan itu. | ||||
Salahudin: PAS bukan macam syarikat telefon Posted: 03 Oct 2013 03:32 AM PDT Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata parti itu serius melahirkan kepimpinan baru yang bakal menggantikan tokoh sedia ada termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden pada masa akan datang. Katanya, PAS tidak ketandusan melahirkan kepimpinan yang bakal menggantikannya memandangkan parti itu mempunyai Dewan Pemuda yang dianggap sebagai kilang bagi memenuhi perubahan kepimpinan pada masa depan. Beliau yang juga bekas ahli parlimen Kubang Kerian berkata, kira-kira 80 peratus dalam kepimpinan tertinggi PAS ketika ini pernah memimpin sayap parti itu sebelum ini. "Oleh sebab itu, PAS melihat konsep perubahan (kepimpinan) ini bersifat dinamik untuk kita mara ke depan. "Dulu Samsung jenama mesin basuh, tapi hari ini dengan smartphone, Samsung mengatasi Nokia. Itu satu contoh bahawa semua parti politik termasuk PAS akan memastikan parti terus progresif dan dinamik pada masa akan datang," katanya. Salahudin menjawab soalan berhubung sama ada mustahil atau tidak parti itu membuat perubahan kepimpinan supaya parti itu dilihat segar dan berupaya dalam arena politik negara. Kualiti pemimpin muda PAS dikritik Beliau berkata demikian dalam sebuah dialog bertajuk "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" di ibu negara malam tadi. Turut hadir tiga lagi pemimpin kanan PAS termasuk seorang lagi naib presiden Datuk Husam Musa. Dalam forum itu, isu kualiti pemimpin muda PAS antara perkara yang dikritik hebat penonton, yang rata-ratanya profesional muda. Mereka antaranya membandingkan kepimpinan Dewan Pemuda yang sepatutnya ke depan mendepani isu semasa tetapi akhirnya tenggelam dengan kewibawaan tokoh muda PKR dan DAP. Malah, ada penonton yang menyindir pendekatan Pemuda PAS yang sering mahu mengadakan demonstrasi anti-konsert tetapi didakwa membungkam dalam isu melibatkan dasar negara. Salahudin mengakui tokoh yang lama seperti bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan berundur apabila sampai masanya. "Saya berani katakan, dalam lima tahun akan datang ini, Malaysia akan menyaksikan Malaysia tanpa Datuk Seri Anwar (Ibrahim), Tok Guru Abdul Hadi (Awang), tanpa Lim Kit Siang. "Itu realiti yang perlu kita akui. Tak ada pemimpin akan menongkat dunia. Adakah kami akan relevan pada masa akan datang, itu perlu dijawab dengan penuh objektif," katanya. | ||||
MP: Najib perlu jadi teladan, ubah gaya hidup Posted: 03 Oct 2013 03:26 AM PDT MP Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan contoh "mengubah gaya hidup" dan berjimat cermat demi kepentingan pembayar cukai. MP Taiping Ng Kor Ming berkata demikian ketika mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet peribadi untuk lawatan rasmi Najib. Jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baikpulih. Nga berkata, Najib sepatutnya menunjukkan contoh dengan menukar gaya hidup dan berbelanja dengan bijak dan bukannya meminta rakyat berbuat demikian akibat tekanan inflasi. "Dia (Najib) sepatutnya memimpin dengan menunjukkan tauladan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. | ||||
MCA: Kenapa kami sokong balik PCA Posted: 03 Oct 2013 03:20 AM PDT MALAYSIA KINI Anggota Parlimen MCA mengundi untuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah kerana terdapat perlindungan cukup daripada ia disalah guna, kata parti itu.Dalam kenyataannya hari ini, parti Cina itu berhujah, undang-undang memastikan arahan tahanan tidak boleh dikeluarkan oleh cabang eksekutif dalam kerajaan. "Dalam kata lain, arahan penahanan tidak lagi diputuskan oleh menteri atau bahagian eksekutif dalam kerajaan," katanya. Menurut parti itu lagi, arahan penahanan juga akan diteliti Dewan Rakyat setiap tahun dan ia akan disemak semula setiap lima tahun. "Dengan perlindungan baru dan pengawasan kehakiman, MCA sedia terima cadangan kerajaan dengan tulus hati, terutamanya dengan mengambil kira keperluan melawan masalah jenayah yang kita semua hadapi. "MCA akan meneliti dari dekat pelaksanaan PCA dan tidak akan bertolak ansur jika terdapat sebarang kes salah guna kuasa," katanya. | ||||
PCA tindakan terkebelakang kerajaan BN dalam perjuang hak asasi manusia Posted: 03 Oct 2013 03:16 AM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan terkebelakang dalam mempertahankan kebebasan manusia apabila meluluskan kembali pelaksanaan tahanan tanpa bicara, tegas Human Rights Watch (HRW). Timbalan Pengarah Asia HRW, Phil Robertson, berkata beliau mengecam pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) kerana melanggar kebebasan manusia tanpa mencapai matlamat sebenarnya untuk mengurangkan jenayah. "Kerajaan perlu segera membatalkan pindaan itu yang akan mengembalikan semula penahanan tanpa perbicaraan ," kata Robertson dalam satu kenyataan. Kata Robertson, dengan pindaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengancam kebebasan rakyat dan memberikan gambaran buruk reputasi negara di peringkat dunia. Beliau menyeru Najib Razak mengotakan janjinya pada September 2011 untuk membawa negara yang menghormati semangat demokrasi dengan keamanan serta undang-undang dipertahankan sejajar dengan keluhuran perlembagaan dan undang-undang. Sebelum ini, usaha wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan Barisan Nasional. | ||||
Masjid runtuh, mengapa di Terengganu lagi? Posted: 03 Oct 2013 03:10 AM PDT ADA sekurang-kurangnya dua persoalan utama yang layak dilontarkan ekoran berlakunya siri keruntuhan bangunan dan binaan awam di Terengganu sejak beberapa tahun lalu. Terbaru ialah keruntuhan sebahagian bumbung Masjid Kampung Tebauk, Kuala Terengganu pada awal pagi Ahad (29 September). Dalam kejadian yang dikatakan berlaku seawal 4 pagi itu, kekuda besi yang menampung atap di ruang legar masjid itu runtuh menyebabkan kerangka besi yang memegang siling dan bumbung turut jatuh. Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Dato' Shafii Mohamad, masjid tersebut dibina mulai Januari 2010 dan siap Oktober 2011. Kos pembinaannya RM5.6 juta (satu laporan lain menyebut RM5.8 juta). Ia mampu menampung lebih 1,000 jemaah. Kejadian ini menjadikan sudah lebih 15 kes keruntuhan bangunan dan binaan awam di Terengganu sejak 2008. Ia juga kes ketiga melibatkan runtuhan bumbung masjid. Kejadian serupa pertama kali berlaku ke atas Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman pada 3 Oktober 2009. Kes kedua pula di Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu. Soalnya, mengapa masjid pun boleh runtuh tanpa diganggu faktor alam? Sedangkan di sisi agama Islam, masjid dianggap sebagai tempat paling selamat untuk umatnya, terutama di waktu terjadi bencana alam. Bukankah ada pesanan daripada Rasulullah s.a.w. agar kita bergegas ke masjid tatkala berlaku ribut atau angin kencang? Masjid adalah "rumah Allah." Maka Dialah yang berhak menjaganya dengan sebaik-baik penjagaan. Hakikat yang dianggap "ajaib" ini bahkan pernah berlaku apabila masjid menjadi satusatunya bangunan terselamat dari ranapan ombak besar tsunami pada 26 Disember 2004. Disebutkan terdapat 27 masjid di seluruh rantau terlibat, terutama di Indonesia, Sri Lanka dan India yang terselamat di sebalik kemusnahan ketara seluruh binaan sekitarnya. Juga berlaku kes masjid terselamat dalam kejadian gempa bumi di beberapa negara, sedangkan seluruh bangunan di sekitarnya runtuh dan ranap. Ajaib bukan? Ya, kita tentu segera mengaitkannya dengan kudrat dan iradat Allah. Ia juga akan dikaitkan dengan niat ikhlas dalam pembinaan masjid-masjid terbabit. Itu termasuklah sumber kewangannya yang halal, selain bertolak daripada dasar takwa dan menegakkan agama Allah. Maaf cakap, dasar takwa itulah yang nampaknya amat diragui dalam pembinaan sebahagian masjid di Terengganu. Bukan suatu yang rahsia betapa sifat suka "menyohor" (berbangga) dengan pembinaan masjid yang banyak menjadi kegemaran pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri itu. Rakyat negeri itu dan sesiapa saja yang berkunjung ke Terengganu dalam beberapa tahun pertama BN mengambil alih kerajaan daripada PAS pada 2004 lalu telah menyaksikannya. Di sana-sini di seluruh negeri dipacakkan papan tanda gergasi memaklumkan betapa kerajaan BN negeri telah membina 32 masjid di tahun pertama pemerintahannya (2004/05) sebagai memenuhi sasaran sebuah masjid untuk setiap Dun. Ia jelas perbuatan menunjuk-nunjuk kebaikan dan atas dasar meraih mileage politik, bukan lagi sebagai memenuhi tuntutan keperluan kepada pusat ibadat. Sehinggakan berlaku kes di mana masjid sedia ada masih baik dan boleh menampung kehadiran jemaah setempat, tetapi diluluskan juga pembinaan masjid baru. Tiada sebab yang boleh difikirkan, melainkan kerana mahu menunjuk kononnya kerajaan BN prihatin terhadap pembangunan agama. Kedua, kerana memelihara tembolok para kontraktor kroni yang tidak pernah "kenyang." Projek pembinaan masjid adalah peluang mereka mengaut untung. Ertinya pembinaan masjid bukan atas dasar takwa dan menegakkan syiar serta syariat Islam, tetapi lebih kepada kepentingan politik dan menjaga perut kroni. Soalan kedua, mengapa hanya di Terengganu kekerapan kes runtuhan seumpama ini berlaku? Jawapannya ialah kerana hanya di Terengganu pemerintahnya yang mengaku Islam, tetapi bertindak di luar kewarasan menyondol masjid yang dibina rakyat. Kes berlaku di RTB Bujal, Kemaman pada 26 Mei 2005 akan sentiasa diingati memandangkan ia amat jelas berunsur balas dendam politik. Andainya para pemimpin BN ada walaupun sekelumit rasa cintakan agama, sudah tentu mereka tidak akan tergamak merobohkan tempat ibadat. Ya, ia mungkin tidak menepati peraturan pembinaan PBT, tapi soal teknikal adalah sesuatu yang boleh diatasi. Kata orang, "technicalities we can overcome." Apatah lagi segala kuasa untuk bertolak ansur terletak di tangan pemerintah. BN yang diterajui individu Muslim tidak sepatutnya hilang pertimbangan dan begitu mudah menidakkan kesucian "rumah Allah" itu. Sedangkan jika alasan tidak mematuhi syarat pembinaan PBT, maka beratusratus kes seumpamanya boleh diselongkar di serata Terengganu, termasuk beberapa bangunan milik Umno sendiri. Justeru, biarpun setiap kali berlaku kes runtuhan sebegini, pihak bertanggungjawab akan membentangkan kegagalan teknikal, bagi kita ia sebenarnya isyarat kemurkaan Allah SWT atas kebangangan yang pernah dibuat BN itu. Selagi mereka tidak bertaubat, mengakui dan menyesali perbuatan di RTB Bujal itu, maka selagi itulah satu demi satu kes keruntuhan akan berlaku di Terengganu! | ||||
Laporan Audit Membuktikan Janji Berubah Hanya Omongan Kosong Posted: 03 Oct 2013 03:08 AM PDT http://shahbudindotcom.blogspot.comSetiap tahun apabila laporan audit mengenai perbelanjaan kerajaan didedahkan kepada umum, cerita yang sama berulang kembali. Ceritanya tidak lain mengenai pembaziran, ketirisan, perbelanjaan tidak munasabah dengan membeli barang ikut harga sesuka hati dan penyelewengan seolah-olah wang perbendaharaan negara yang dibelanjakan itu adalah warisan daripada nenek moyang mereka. Sebagaimana tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, kali ini juga beberapa cerita pelik mengenai perbelanjaan wang negara yang dilakukan oleh kementerian dan agensi kerajaan terdedah lagi. Walaupun ia disiarkan secara meluas dan diperkatakan oleh rakyat, pimpinan kerajaan nampaknya tidak terasa apa-apa dan langsung tidak berasa malu dengannya. Mana-mana menteri yang mahu menjawab apa yang didedahkan itu, mereka akan menjawabnya tetapi jawapan yang diberi langsung tidak menampakkan rasa bersalah dan seolah-olah melakukan pembaziran, menaikkan harga barang yang dibeli secara melampau, menyeleweng dan tidak beretika dalam berbelanja adalah perkara biasa sahaja. Namun ramai juga menteri yang tidak mahu menjawab apa yang didedahkan, sebaliknya hanya buat bodoh saja dan seperti tidak melakukan apa-apa salah dan dosa kepada rakyat atau atas amanah yang diberikan kepada mereka dan mengharapkan beberapa hari selepas itu, rakyat akan lupa dan tidak lagi bercakap mengenainya. Tahun ini, antara perkara pelik yang terus berlaku dalam kerajaan sebagaimana yang didedahkan melalui laporan audit ialah makanan luput tarikh tersadai di stor TUDM, kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis, perbelanjaan RM320 ribu oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter, kerugian RM38 ribu untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan, GLC rugi tapi dapat bonus, jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3810.00, bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati dan pelbagai lagi. Jika mahu ditulis satu persatu benda-benda pelik yang berlaku ini, mungkin ada yang sakit jantung dibuatnya kerana tentunya tidak terfikir sama sekali negara seperti Malaysia yang sedang menuju negara maju pada tahun 2020 tetapi Muhyiddin pula berkata status negara mahu boleh dicapai lebih awal dari itu iaitu pada 2018 dan majoritinya pula beragama Islam serta kenal dosa dan pahala, tetapi malangnya perlakuan dalam mengurus kerajaannya langsung tidak beretika dan mungkin lebih buruk daripada sesetengah negara di Afrika. Saban tahun, rakyat hanya menerima cerita-cerita laporan audit ini tidak lebih sebagai cerita penglipur lara semata-mata dan kemudian dilupakan begitu saja. Tiada yang rasa bersalah atau mahu mengambil tanggungjawab daripadanya. Tahun depan cerita yang sama akan muncul kembali lagi. Begitulah putarannya. Dalam kes pistol yang hilang, jawapan Ketua Polis Negara bahawa ia tidak jatuh ke tangan penjenayah dan mungkin hilang atau jatuh di laut, amat sukar diterima. Ini kerana bukannya sepucuk dua yang hilang, tapi sehingga 44 pucuk dan gari pula 156. Ternampak jawapan yang diberi lebih kepada andaian dan kebarangkalian saja tanpa ada rasa pertanggungjawaban. Begitu juga dalam kes bayaran kepada artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atas dasar pertanggungjawaban bersama menjelaskan bahawa bayaran itu dibuat kerana syarikat penaja yang berjanji sebelum ini tidak menunaikan janjinya, lalu kerajaan melunaskannya. Amboi, senangnya sebuah kementerian dan sebuah kerajaan kena kencing? Manakala Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Shabery Cheek masih membisu, jawapan KJ pula begitu mudah dan santai, bagaikan pembaziran sebanyak itu dengan tiada faedah di segi moral daripada kedatangan artis Korea itu bukanlah perkara besar bagi kerajaan. Moral daripada semua ini ialah selagi laporan audit ini tidak disusuli dengan tindakan undang-undang atau pengukuatkuasaan, selagi itulah ia akan terus berlarutan. Hanya sekiranya sebarang penyelewengan dan salah laku dalam laporan ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya, barulah kita boleh mengharapkan perkara-perkara pelik ini tidak berlaku lagi. Sebab itu, desakan pihak pembangkang ke arah itu sewajarnya disambut baik oleh Najib jika beliau masih ingat dan berpegang pada janji mahu berubah yang pernah dilafazkannya sebelum ini. Laporan audit ini secara langsung juga menelanjangkan kelemahan pengurusan dan kerajaan yang sedang dipimpinnya. Sementara rakyat terus dibebankan dengan kos hidup yang tinggi, disaran mengubah gaya hidup, diminta menerima pengurangan subsidi dengan hati terbuka tetapi dalam masa yang sama, rakyat juga didedahkan bukan saja dengan kemewahan dan keborosan pemimpin tetapi juga sikap dan perangai yang tidak mahu berubah dalam berbelanja menggunakan wang rakyat, menggambarkan suatu kontradiksi sedang berlaku dalam kerajaan Najib ini. Janji untuk berubah terbukti tidak lebih hanya sandiwara sebelum pilihanraya atau umpama kata-kata manis sang penggoda sebelum apa yang dihajati jatuh ke riba. Dalam hal ini, semakin benarlah tanggapan banyak pihak sebelum ini bahawa perubahan yang sebenar, terutama dalam tata kelola dan pengurusan kerajaan yang telus hanya dapat dirasai jika BN kalah pilihanraya dan berlakunya kerajaan yang boleh bertukar ganti. Selagi tidak, setebal mana pun laporan audit tetapi ketirisan, pembaziran dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan akan terus berlaku saban tahun. | ||||
Pakatan kecam ketirisan berulang tapi tiada tindakan Posted: 03 Oct 2013 03:05 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat mencadangkan satu Jawatankuasa Majlis Tindakan diwujudkan bagi memastikan segala ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara diambil tindakan tegas. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan Ketua Audit Negara. Ini berikutan setiap kali laporan dibentangkan, masih terdapat ketirisan yang berlaku dan insiden ini tidak pernah diambil tindakan tegas. "Ia bagi membincangkan bentuk tindakan yang perlu diambil bagi mereka yang didapati menyeleweng. "Kita lihat laporan audit merekodkan terlalu banyak ketirisan berlaku terutamanya dalam isu-isu pembelian aset sepertimana tahun-tahun lepas. Tapi tidak ada satu pun tindakan tegas diambil walaupun perkara itu dilaporkan," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali melihat isu ketirisan menjadi kelaziman di dalam agensi kerajaan yang dipandang remeh tanpa penguatkuasaan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut kesal apabila laporan diserahkan pada saat akhir perbahasan agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat membahasnya pada sidang kali ini. "Kita akan perincikan perkara ini dan bahaskan pada sesi Parlimen yang akan datang," katanya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut bersetuju dengan cadangan tersebut dan melihat ia langkah terbaik untuk menangani insiden yang selalu berulang. "Laporan ini menunjukkan ketirisan akibat dari salah guna kuasa dalam urus tadbir kerajaan, sentiasa berulang setiap tahun. "Ini mengesahkan kerajaan tidak pernah ambil iktibar daripada apa yang berlaku serta tidak memandang berat cadangan Ketua Audit," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Tegas beliau, sepatutnya kerajaan mengenalpasti apakah bentuk mekanisma untuk mengelak perkara yang sama tidak berulang. "Kelemahan ketara kerajaan adalah langsung tidak mengambil perhatian terhadap laporan audit. "Hanya sekadar memenuhi peraturan undang-undang yang setiap kementerian perlu diaudit, tindakan tiada dan tahun depan benda yang sama diulangi," katanya, lapor Harakah Daily. | ||||
KEMASKINI – Gantirugi tiada air: Tribunal nasihat failkan kes ke Mahkamah Sivil Posted: 03 Oct 2013 03:02 AM PDT N SHAH ALAM: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna memutuskan tribunal itu tidak mempunyai kuasa bagi mendengar perbicaraan tuntutan kerugian akibat masalah bekalan air terhadap Syabas. Sebaliknya pihak penuntut gantirugi dinasihat agar memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil. Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna, Quaik Chong Yu dalam penghakimannya berkata tuntutan yang dibuat lapan pelanggan Syabas itu merupakan tuntutan gantirugi bukan wang. "Kes ini bukan ditolak tetapi cuma dibatalkan, bermakna pengadu boleh failkan ke Mahkamah Sivil. "Saya cadangkan agar ambil peguam dan failkan tuntutan di Mahkamah Sivil. "Saya memang ingin mendengar dan memutuskan kes ini tetapi dengan berat hati saya buat keputusan bahawa tribunal ini tiada kuasa," ujar beliau. Sementara itu beberapa penuntut ganti rugi menyifatkan keputusan itu sebagai mengecewakan. "Kalau mahkamah tribunal batalkan, di mana lagi pengguna boleh dapat pembelaan?" Soal pelanggan Syabas yang hanya mahu diikenali sebagai Lee sahaja. Selvamayahi yang menetap di Apartment 16 tingkat di Ampang pula menganggap keputusan itu mendorong Syabas berterusan mengabaikan penderitaan yang ditanggung sejak Ogos 2012 lagi. "Saya buat tuntutan ini bukan kerana wang, tetapi supaya Syabas dan semua pihak mengambil teladan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna," kata beliau. Adamulhasza Mohd Noor pula berkata masalah ketiadaan air menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kerugian bagi mendapatkan bekalan air. "Kami terpaksa makan di luar, beli air mineral, menumpang rumah saudara dan ada yang terpaksa menyewa hotel," ujar beliau. Selain itu masalah itu turut menyebabkan pemilik hartanah kehilangan penyewa. Hari ini Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna di sini mula mendengar lapan dari 300 kes yang difailkan terhadap Syabas yang gagal memberikan perkidmatan bekalan air dengan memuaskan. | ||||
Anwar : PR akan teruskan bantahan besar-besar pindaan PCA Posted: 03 Oct 2013 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah pelaksanaan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) walaupun diluluskan kerajaan Umno-BN. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mempergiatkan penerangan kepada rakyat pindaan PCA melalui penganjuran kempen, forum dan dialog ke seluruh negara kesan pelaksanaannya kelak. "Kita akan terus membantah baik dalam Parlimen mahupun di luar untuk memberi penerangan kepada rakyat betapa terdesaknya kerajaan tentang pelaksanaan akta ini. "PR berpendirian undang-undang ini rakus dan akan disalahgunakan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Tegas Anwar, langkah kerajaan meluluskan PCA terbukti satu tindakan yang angkuh serta mengenepikan prinsip-prinsip keadilan sejagat. Katanya lagi, pindaan PCA ternyata melanggar Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli hak asasi manusia. Anwar turut menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian tetap dan lemah menghadapi tekanan sehingga terpaksa bersetuju dengan undang-undang baru ini. "Ini pembohongan terang-terangan yang kedua terhadap janji Perdana Menteri pada 16 September 2011 apabila Datuk Seri Najib Razak mengatakan untuk memendekkan tempoh tahanan pencegahan dan memperluaskan peranan mahkamah. "Termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang sekaligus menamatkan penahanan tanpa bicara," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen. Katanya lagi, kerajaan sebelum ini meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dan kini pindaan PCA 2013. Jelasnya, undang-undang sekalipun bertujuan baik untuk mencegah jenayah tidak boleh dipertahankan apabila ia mengenepikan prinsip-prinsip keadilan dan mencabul hak-hak asasi yang diperakui dunia. "Pindaan PCA kini memperuntukkan Seksyen 19A yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Malah Seksyen 15A dilihat menafikan semakan kehakiman di mana-mana mahkamah. "Hakikatnya masalah jenayah di Malaysia memang serius, Pakatan Rakyat tiada berkompromi dalam soal pembanterasan jenayah, namun ia perlu ditangani dengan berkesan secara profesional oleh pasukan polis. "Langkah-langkah paling berkesan ialah melaksanakan 125 syor-syor yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005," katanya.-MEM- | ||||
PAS mampu pertahan kerusi DUN Sungai Limau Posted: 03 Oct 2013 02:56 AM PDT KUALA LUMPUR : PAS memiliki peluang cerah untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, Kedah semasa pilihan raya kecil (PRK) di kawasan itu pada 4 November nanti, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan seluruh jenteranya membantu calon PAS untuk memenangi pilihan raya itu. "Insya Allah kita yakin (menang) ekoran pelbagai isu timbul sekarang antaranya kenaikan harga barang, petrol dan sebagainya," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pilihan raya kecil bagi DUN Sungai Limau, Kedah akan diadakan pada 4 November. Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober – yang memberi peluang kepada calon untuk berkempen selama 12 hari termasuk pada hari penamaan. Penyandang kerusi tersebut, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu akibat masalah kesihatan. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga mantan menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi. | ||||
Laporan Audit : Menteri jangan salahkan pegawai rendah Posted: 03 Oct 2013 02:55 AM PDT KUALA LUMPUR : Menteri Kabinet digesa berhenti menyalahkan pegawai rendah dengan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala penyelewengan dan pemborosan perbelanjaan yang berlaku di jabatan kerajaan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 terdapat banyak kebocoran perbelanjaan di jabatan persekutuan yang memerlukan siasatan agar tidak berulang. "Menteri harus bertanggungjawab dan tidak menyalahkan pegawai rendah kerana ia berlaku di depan mata mereka tanpa pengawasan. "Kita tidak mahu dengar menteri kata ia dalam siasatan atau pertimbangan kerana setiap tahun perkara ini berlaku, malah lebih parah lagi," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Beliau turut menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya mengadakan satu sidang khas untuk meneliti perkara ini selain meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang terlibat dalam jawatankuasa itu untuk terus mendesak isu berkenaan dipantau. "Setiap kali laporan audit diterbitkan, kita seolah-olah terkejut sedangkan kebocoran dan penyelewengan berlaku setiap tahun. "Kebocoran berlaku dalam keadaan harga barang naik, rakyat ditekan tetapi penyelewengan yang berlaku ini dibiarkan," katanya.-MEM | ||||
Ketirisan: Pakatan gesa sidang khas PAC, pastikan tindakan diambil Posted: 03 Oct 2013 02:48 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti mengadakan persidangan khas bagi membincangkan penyelewengan dan ketirisan sepertimana didedah Laporan Ketua Audit Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang itu berkata, perkara ini amat penting dan perlu menjadi keutamaan agar mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan tidak berulang lagi. "Kita dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit mengatakan berlaku ketirisan sehingga kehilangan wang rakyat berbilion ringgit. Ini bukan satu perkara baru dan apa yang kita tahu ia sentiasa berulang setiap tahun. "Atas sebab itu, Pakatan Rakyat menggesa PAC mengadakan persidangan khas membincangkan perkara ini dan perlu pastikan satu tindakan diambil kepada mereka yang terlibat. "Saya harap Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang terlibat dalam PAC dapat mengesa agar persidangan diadakan segera," kata Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau kesal ketirisan ini berlaku ketika rakyat dibelenggu kenaikan harga barang serta kesempitan hidup. ' Saat rakyat dibelenggu dengan kesempitan hidup akibat barang naik harga, mereka yang berkuasa begitu senang mengambil wang rakyat. "Perkara ini bukan satu yang boleh dipandang mudah, setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan," tegasnya dipetik Harakah Daily. | ||||
BR1M 3.0 (RM3 Bilion+) VS Minyak Naik 20 sen (RM3.3 Bilion). Che Det Kata STOP BR1M. Apa Kata Anda? Posted: 02 Oct 2013 10:35 PM PDT BR1M 3.0 Vs Subsidi Minyak : Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Che Det walaupun umurnya sudah pun mencecah hampir 90 tahun. Tetap masih aktif dan acapkali berkongsi pendapat yang adakalanya ditentangkan oleh pihak lawan mahupun kawan. Tetapi banyak juga pendapat yang boleh dipertimbangkan terutamanya menjelang pembentangan (Bajet 2014) tidak lama sahaja lagi… Nasihat Che Det Kepada Najib Razak & Kerajaan Malaysia
BR1M 3.0 VS Subsidi Minyak?Maknanya di sini, Che Det lebih gemar dengan pendekatan memberikan joran kepada rakyat berbanding memberikan ikan secara terus kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dengan memberikan joran dan peralatan serta kemudahan latihan yang diberikan kepada rakyat contohnya memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendapatkan "variasi ikan secara berterusan".
Berita Semasa bersetuju dengan pendapat dan saranan Che Det dalam hal ini dan bagi Berita Semasa sendiri Bantuan BR1M tidak dilihat memadai dengan kenaikan belanja dan tidak menyelesaikan kepincangan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini. Mengapa? Ini antara sebab yang Berita Semasa telah kenal pasti :
Realitinya sekarang ini, pendapatan dan perbelanjaan setiap isi rumah rakyat Malaysia adalah berbeza mengikut taraf sosioekonomi keluarga. Setuju atau tidak? Dan…semakan Berita Semasa menunjukkan melalui kajian yang dihasilkan sendiri oleh Malaysian Institute of Economic (MIER) Research) bagi Kajiselidik Belanja Isirumah 2009/10, menunjukkan keputusan seperti di bawah ini : Pendapatan Isi Rumah VS Belanja Minyak?Bagaimana realiti angka yang ada sekarang? Bagaimana pula agaknya keadaan rakyat di Sabah & Sarawak yang menggunakan lebih banyak penggunaan minyak antara faktor logistik & geografi mereka? Mana satu pilihan anda subsidi minyak atau BR1M? Mengapa? | ||||
Audit: Boros dan membazir, menteri sila jawab Posted: 02 Oct 2013 10:31 PM PDT
"Kami juga berpendirian menteri kepada kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut bertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku," ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah. Bila ternakan sudah berkeliaran lari, baru hendak dikunci pagarnya. Demikian analogi kami melihat satu demi satu salah perbelanjaan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Bila sudah berbilion ringgit yang dibazirkan dengan pembelian yang tidak diperlukan, pembayaran yang melampau tinggi dan kecuaian mengurus aset yang dibeli, barulah nasihat berhemat dan cermat dikeluarkan kepada agensi yang ditegur Ketua Audit Negara. Jabatan Audit Negara sepatutnya dipuji kerana telah dapat mendedahkan kepincangan dalam pengurusan perbelanjaan agensi-agensi kerajaan setiap tahun. Akan tetapi untuk melaporkan sahaja sudah tentu tidak memadai. Sekarang dengan pelbagai pembaziran dalam perbelanjaan agensi-agensi yang dilaporkan itu, apakah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan? Kami tidak dapat mengelakkan dari menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap pembaziran berbilion ringgit dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Lebih kesal lagi, baru sahaja pihak Kementerian Kewangan mahu memohon peruntukan tambahan bernilai lebih RM14.12 bilion lagi atas alasan bajet yang diluluskan dalam pembentangan bajet terdahulu tidak mencukupi. Rang Undang-Undang ini sekiranya diluluskan meliputi Jabatan Perbendaharaan mendapat peruntukan terbanyak iaitu RM11.854 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan RM606.9 juta untuk kegunaan Jabatan itu sendiri. Dilaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan yang dibentang pada 14 Septemebr 2013 untuk diluluskan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan sekarang adalah untuk Kementerian Pendidikan sebanyak RM322.8 juta; Kementerian Kesihatan (RM300 juta), Kementerian Pertahanan (RM239 juta) dan Kementerian Dalam Negeri (RM205.1 juta). Jika Jabatan Audit Negara telah mengenal pasti begitu besar ketirisan, pembaziran, salah beli dan salah urus perbelanjaan yang telah diluluskan sebelum ini, apakah justifikasi peruntukan tambahan yang dipohon mahu dilulus di Parlimen sekarang ini? Kami mempersoalkan kenapa dari awal menyiapkan keperluan bajet semua agensi yang dihantar kepada perbendaharan setiap tahun, tidak melalui penelitian yang rapi bermula dari peringkat ia sedang dirangkakan lagi? Bukankah sepatutnya pihak perbendaharaan memeriksa setiap bajet yang diutarakan hendaklah diperinci dan diteliti secara halusi, melihat satu butir ke satu butir, bertanya rasional dan alasan kenapa bajet itu dipohon hatta ke perkara yang paling kecil sekalipun? Ini bukan kali pertama Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kepincangan dan salah berbelanja aset kerajaan yang dibeli dan diurus oleh setiap agensi. Soalnya kenapa pembaziran dan kecuaian yang melibatkan berbilion ringgit wang awam yang dibelanja oleh pelbagai agensi itu masih menunjukkan kepincangan yang berulang. Kami kesal kenapa pihak kerajaan tidak mengambil langkah bersungguh untuk menutup segala lompang dalam pengurusan yang telah berkali-kali dikenalpasti oleh Ketua Audit Negara. Dengan yang demikian kami menggesa supaya Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ditangguh kelulusannya sehingga kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki segala kelemahan dalam perbelanjaan kerajaan sama ada negeri mahupun pusat. Kami mengusulkan supaya prosedur penyiapan bajet bagi setiap agensi hendaklah disemak semula supaya suatu penelitian awal untuk menjustifikasi kelulusan setiap butir perbelanjaan yang dipohon itu hendaklah menjalani hujah dan rasional dengan kukuh, sebelum dilulus. Kami berpendirian kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu jelas menuntut penambahbaikkan dan koreksi yang besar dalam cara agensi kerajaan berbelanja dan menguruskan aset. Kami juga berpendirian menteri kepada kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut bertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku. | ||||
Sg Limau: Mengundi 4 Nov, penamaan calon 23 Okt Posted: 02 Oct 2013 10:21 PM PDT
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November adalah hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Kedah sementara penamaan calon pada 23 Oktober. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini, sebentar tadi. PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu. Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84). | ||||
Parking Kereta di KL. RM40 Sejam Bagi Kurangkan Kesesakan. Apa Kata Anda? Posted: 02 Oct 2013 10:16 PM PDT Caj parking kereta di KL : Malaysia? Cukup terkenal dengan perbandingan dengan negara lain apabila mahu melaksanakan sesuatu. Contohnya? Harga Minyak di Malaysia masih paling murah berbanding harga minyak di negara jiran yang lain seperti ………Indonesia, Singapura Thailand, Filipina. Tetapi mana Brunei? Malaysia patut dibandingkan dengan Brunei sebagai kalangan pengeluar minyak. Tetapi perbandingan yang menyeluruh tidak akan berlaau di Malaysia. Adakah Ahmad Maslan masih merasakan minda rakyat Malaysia masih di era 80, dan 90 an yang boleh disuap-suapkan maklumat begitu sahaja? Dan trend sekarang ini, atas nama penyelesaian mudah mahu mengurangkan kesesakan naikkan caj parking di KL semata? Kuala Lumpur Makin Sesak, Caj Parking di KL Mesti Naik!
Sebentar, Berita Semasa ingin menyampuk. Kepada Khairiah Mohd Talha anda begitu asyik membuat perbandingan dengan negara-negara maju yang lain, bagaimana realiti perkhidmatan awam di Malaysia sekarang ini? Sangat baik? Baik? Serdahana? Menyedihkan? Sengsara?
Ehem…..jikalau mahu menipu rakyat Malaysia berpadalah Khairiah Mohd Talha. Menurut beliau kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih. Laporan asal : BTimes Kenapa tidak dilaksanakan perkhidmatan motor teksi sahaja buat sementara waktu ini seperti yang ada di Thailand ataupun Indonesia. Jikalau dilihat sukar mahu menaiktaraf kemudahan bas dan LRT, sekurang-kurangnya orang perseorangan mempunyai pilihan berbanding "disembelih" oleh kalangan pemilik teksi yang mengenakan harga sesuka hati. Sepatutnya, LRT perlulah dinaiktaraf terlebih dahulu, cepatkan masa menunggu, jikalau efisen pasti lebih ramai yang akan beralih menggunakan perkhidmatan awam. Jikalau jaringan sistem pengangkutan awam di malaysia seperti di Hamburg atau Swiss yang mampu menghubungkan hampir semua tempat, Berita Semasa setuju sahaja dinaikkan caj perking di KL contohnya. Turun satu stesen, jalan-jalan naik pula stesen satu lagi. keretapi & perkhidmatan bas setiap 3-5 minit. Sentiasa tepat pada masanya. Boleh? Caj Parking di KL Naik VS Tahap perkhidmatan Awam di Malaysia?Apa yang berlaku sekarang ini, selepas munculnya Rapid. Metro mula kurangkan perjalanan kerana pada ketika diperkenalkan tiket RM2 pergi dan balik, Metro tidak mampu untuk bersaing. Akhirnya, kurangnya pilihan kepada pengguna. Teruk atau tidak, lama atau cepat pengguna tetap terpaksa terus menunggu kehadiran Rapid KL. Akhirnya jadual seharian kalangan pengguna setia perkhidmatan awam cukup terjejas. Sentias terkejar-kejar sepanjang masa. Menteri pernah merasakan kesusahan ini? Hakikatnya, jaringan sistem perkhidmatan awam belum secanggih seperti yang ada di negara maju yang lain Singapura, Kota London, Amerika mahupun Australia. Tetapi beriya-iya mahu menaikkan caj parking di Kl sehingga RM40 sejam setanding dengan negara maju? Sepatutnya setiap 100 – 200 m mesti…mesti ada kemudahan seperti LRT contohnya. Apa pendapat dan cadangan daripada anda pula? | ||||
Jawapan IGP Tidak Profesyenal Malah Melucukan Posted: 02 Oct 2013 10:05 PM PDT Jawapan KPN senjata jatuh ke laut tidak disenangi KELAB GREENBOC Jawapan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai kemungkinan 44 laras senjata api yang hilang disebabkan jatuh ke dalam laut tidak disenangi pelbagai pihak. Ketua Propaganda, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata rakyat menuntut jawapan yang sebenar bukannya andaian semata-mata. "Sebagai Ketua Polis Negara, tidak wajar sewenang-wenangnya memberi respon seperti melepaskan batuk di tangga dalam isu kehilangan senjata api itu," katanya. Katanya, kehilangan senjata api adalah satu perkara yang serius dan boleh mengurangkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya berkata, berdasarkan statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit. Mengulas laporan itu, Khalid dipetik berkata, beliau yakin senjata api polis yang dilaporkan hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah. "Kehilangan ini tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau jatuh dalam air dan tidak ada orang yang dapat," katanya. Edy berkata, kenyataan ketua polis itu sepatutnya disokong oleh statistik yang tepat. "Sepatutnya kenyataan tersebut disokong oleh statistik yang tepat, berapa kes pistol jatuh ke dalam laut? Berapa laras pula senapang automatik yang jatuh ke dalam sungai," katanya. SAMM menggesa Ketua Polis Negara dan PDRM mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dalam memberikan respon kepada umum. "Ini kerana rakyat ketika ini memerlukan lebih jaminan keselamatan kerana kes jenayah melibatkan senjata api sangat berleluasa," katanya. -TMI
ULASAN GB Jawapan dari IGP sungguh tidak profesyenal malah melucukan. Tidak ada statistik yang dikemukakan berapa banyak senjata yang jatuh ke dalam laut, dan tak dinyatakan laut mana dan operasi apa yang dijalankan oleh pihak keselamatan sehingga ada senjata jatuh ke dalam laut. Membodohkan rakyat namanya dengan memberikan andaian palsu sedemikian dan kenyataan IGP itu jelas sangat boleh diambil tindakan undang-undang supaya beliau boleh membuktikan kebenaran perkataannya di mahkamah. Semalam GB sudah ulas bab kehilangan aset polis ini. Petikan: Menghairankan. Aset polis pun boleh lesap. Siapa yang mencuri atau merompak aset polis ini jika bukan polis sendiri? Patutlah jenayah berleluasa dengan penjenayah mempunyai pistol dan senjata api merbahaya. Ada pengkhianat di kalangan anggota keselamatan yang mungkin menjadikan aset-aset ini sebagai "business" yang membawa pulangan lumayan. Siasat dan ambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat! | ||||
K-Pop; Dosa Maksiat Sekali……Dosa Tipu Rakyat Sekali Posted: 02 Oct 2013 09:55 PM PDT Gambar - Najib dan Shabery bukan main gembira menggunakan wang rakyat RM1.6 juta diatas pentas bersama artis K-Pop pada sambutan Hari Belia 2012] BULETIN ONLINE Sebelum ini kerajaan menafika penganjuran konsert K-Pop ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya kata Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan tiga Kumpulan dari negara Korea itu di bawa masuk dengan kos RM 1.6 juta. "Pendedahan ini semestinya mengejutkan semua pihak dan meletakkan kredibiliti kerajaan tercalar teruk. Apakah alasan rasmi kerajaan berhubung pendedahan Laporan Audit Negara 2012? "Dalam hal ini kerajaan melakukan dosa dua kali. Pertama kerana kerajaan menipu dengan rakyat. Kedua, kerajaan telah menggunakan duit rakyat untuk aktiviti maksiat,"tegasnya. Menurutnya, bagi mereka yang bukan Islam pasti akan merasa terkilan kerana rakyat membanting tulang mencari rezeki dan bersusah payah membayar cukai tetapi dengan mudah kerajaan menipu rakyat dengan duit yag diperolehi daripada 'keringat' rakyat. Bagi mereka yag beragama Islam, soal Raja Ahmad, adakah kita akan reda dengan tindakan kerajaan menganjurkan maksiat dengan wang rakyat? "Laporan Audit Negara 2012 membuktikan, sama sekali integriti kerajaan Malaysia, telah hancur……..kerajaan bersikap tidak telus dengan rakyat dan sanggup membohongi rakyat (dan hanya) kerajaan 'penipu' yang tidak berani berhadapan dengan rakyat. "justeru terpaksa mencipta helah supaya penipuan mereka tidak terbongkar, namun, Allah maha kuasa, akhirnya kebobrokan kerajaan umpama 'bangkai gajah' yang tidak dapat disembunyikan lagi,"jelasnya. Oleh itu DPPM mendesak Perdana Menteri menjelaskan dakwaan ini dan memohon maaf serta bertanggungjawab terhadap penipuan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinannya. Jika ini yang berlaku di negara lain, ujarnya lagi, sudah pasti Menteri berkenaan atau Perdana Menterinya meletak jawatan serta merta bagi memikul tanggungjawab atas kesalahan mereka. Oleh yang demikian, beliau menyeru seluruh rakyat menolak keraaan yang menipu rakyat dan melakukan dosa secara terang-terangan mulai sekarang sehingga pilihanraya umum kali ke-14 kelak. | ||||
Seorang Lagi Pelatih Lumba Basikal Kemalangan Maut, DiLanggar Van Pengiring Posted: 02 Oct 2013 09:51 PM PDT BULETIN ONLINE Seorang lagi atlet pasukan lumba basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali, 19, meninggal dunia kerana kemalangan selepas Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, mengalami kemalangan maut di jambatan Kampung Guntong kerana digilis treler kira-kira empat bulan lalu. Asmui atau biasa dipanggil dengan nama timangan 'Adik Awang' berasal dari Kuala Ibai, terbabit kemalangan di Kampung Pulau Serai Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, 11.30 pagi tadi. Basikal Asmui dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang ketika itu dan kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah van milik Persatuan Lumba basikal Terengganu yang mengiringi sesi latihan atlet lumba basikal itu. Sumber polis Terengganu meyatakan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengagkutan Jalan 1987 dan bedah siasat (Post mortem) bagi mengesahkan kematian akan dijalankan. Selepas kejadian yang menimpa arwah Syafiq pada pada 5 Jun lalu kerajaan berjanji negeri Terengganu akan mempertingkat tahap keselamatan dan memberi keutamaan kepada pelumba basikal di negeri ini. Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Mohd. Mahadi Musa berkata, langkah itu bagi menjamin keselamatan pelumba basikal yang sememangnya terdedah kepada bahaya kemalangan. | ||||
Posted: 02 Oct 2013 09:37 PM PDT BULETIN ONLINE Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Tan Sri Lee Lam Thye, turut 'tumpang sekaki' memberi komen tetang insiden terbaru runtuh 'beghudung' sebahagian masjid Kampung Tebauk yang dilaporkan berlaku pada Sabtu 29 September. "Oleh yang demikian, kejadian seumpama itu juga harus disiasat oleh Jabatan Kerja Raya dan juga SPRM sebagai isu integriti,"katanya dalam satu kenyataan. Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di sini yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur ditetapkan. Pengarah JKR Tererengganu, Datuk Shafii Mohammad berkata, Forensik Jabatan Kerja Raya atau JKR akan segera menyiasat insiden bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh pada awal pagi Ahad selepas mendapat arahan kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pula mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang unsur rasuah melibatkan proses pembinaan masjid yang runtuh di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal . Beliau berkata pihak kontraktor dan pembekal bahan binaan harus disiasat untuk mengesan sebarang penyelewengan dan sama ada pembinaan mengikut spesifikasi pihak berwajib. "Insiden masjid runtuh hari ini harus diambil perhatian oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Ada yang tidak betul. Saya minta SPRM menyiasat sepenuhnya kes ini,"kata Ahmad Said Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata beliau mahu pasukan pakar yang ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian bumbung dan siling runtuh di Masjid Kampung Tebauk, Terengganu Ahad lepas dan mengemukakan laporan siasatan mereka akhir bulan ini. Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008: 1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang Tarikh: 12 April 2008 Harga: RM2 juta 2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Tarikh: 2 Jun 2008 Harga: RM292 juta Punca: "Semua buat silap" – Ahmad Said 3. Kolam Renang Batu Burok bocor Tarikh: 5 Jun 2008 Harga: RM18 juta 4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal Tarikh: 29 Jun 2008 Harga: (terminal ) RM123 juta 5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan. Tarikh: 15 Mac 2009 6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut. Maklumat – tumbang. Tarikh: 6 Ogos 2009 Harga: RM15 juta 7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman Tarikh: 3 Oktober 2009 Harga: RM2.1 juta 8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang Tarikh : 21 Disember 2009 Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek) Punca : Tiada pemantauan semasa 9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan. Tarikh: 29 Mac 2010 10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh: 9 Januari 2011 Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina. 11. Astaka dalam pembinaan di Besut Tarikh: 21 Jun 20121 12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang Tarikh: 19 Julai 2012 13.Tangki air Sekolah Menengah Paka Tarikh: 24 Julai 2012 14. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai Tarikh: 30 Disember 2012 15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih Tarikh: 20 Februari 2013 16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Tarikh: 20 Mei, 2013 Harga: RM1.4 juta Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah: 1. Binjai Souq 2. Bazaar Warisan 3. Masjid Kristal (22 November 2008) 4. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 – harga RM3 juta) 5. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010 6. Masjid An Naim, Dungun 7. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya. 8. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta 9. Pasar baru Kedai Buluh 10. Pasar baru Manir 11. Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah 12. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu | ||||
Pemimpin MCA anti-Chua berhimpun dengar taklimat Posted: 02 Oct 2013 05:01 PM PDT Seramai 500 orang perwakilan pusat dan pemimpin akar umbi MCA berhimpun hari ini untuk mendengar talimat berhubung dakwaan penyelewengan yang dilakukan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Perhimpunan di satu hotel bertentangan dengan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur itu diketuai oleh ketua bahagian MCA Wangsa Maju Yew Teong Look. Kebanyakan dari pemimpin yang hadir itu menuntut agar Chua menjawab soalan mereka berhubung aset parti. Yew antara lainnya mendakwa Chua menjual tanah seluas lapan ekar milik MCA kepada seorang pemaju awal tahun ini. Beliau mendakwa tanah tersebut disumbangkan oleh ahli perniagaan, mendiang Loh Boon Siew untuk membina ibu pejabat kedua MCA dan pusat latihan. | ||||
RTM bayar RM3,810 untuk jam RM100 Posted: 02 Oct 2013 04:59 PM PDT MALAYSIA KINI Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, lapor Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunan mereka.Rangkaian televisyen yang dimiliki kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200. Laporan itu seterusnya menjelaskan yang jam dinding itu adalah komponen dikenali sebagai "slave clocks". Ia sebahagian daripada sistem jam induk yang dihubungkan dengan satelit untuk membantu penyelarasan masa siaran dan bernilai RM116,220. Bagaimana pun, sistem jam induk itu gagal berfungsi dan jam dinding berteknologi tinggi itu akhirnya digunakan sebagai jam dinding biasa. RTM kuga didapati membayar harga 24 kali ganda untuk satu pengimbas bersaiz A4 dan membayar empat kali ganda untuk pengimbas bersaiz A3. | ||||
ROS gagal bertindak pada 90 pertubuhan Posted: 02 Oct 2013 04:56 PM PDT Pendaftar Pertubuhan (ROS) didapati gagal menggunakan kuasanya terhadap 90 pertubuhan walaupun sebelum ini begitu agresif mendisiplinkan DAP dengan mendesak agar parti itu mengadakan pemilihan semula. Pemeriksaan Jabatan Audit Negara terhadap fail yang disimpan agensi itu di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang mendapati ia tidak pernah mengeluarkan sebarang notis terhadap 90 pertubuhan yang masih belum menyerahkan sebarang laporan kepadanya. Fail itu meliputi fail 17 daripada 31 parti politik yang disenaraikan dalam pemeriksaan itu. | ||||
Azeez: 'Dei thambi', Sulu mati di Sabahlah Posted: 02 Oct 2013 04:54 PM PDT VIDEO l 3.16 min Di tengah-tengah perbahasan hangat berhubung cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, tindakan dua anggota Parlimen bercakap Tamil membuatkan Dewan Rakyat tercengang. Ini mungkin kali pertama berlaku apabila bahasa Tamil mengambil tempat di Parlimen. Lebih menarik, anggota Parlimen Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), yang memulakannya. G Manivannan (PKR-Kapar) mencelah dengan menyentuh isu kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, bulan lalu. "Pengganas Sulu di Lahad Datu disemadi di Malaysia. Kenapa Chin Peng tidak boleh semadikan Chin Peng di sini sedangkan kita boleh semadi pengganas Sulu di sini?" kata Manivannan (kanan) dalam bahasa Melayu pada mulanya. Azeez kemudian mengejutkan dewan dengan menjawabnya dalam bahasa Tamil: "Dei thambi (hei adik), (Chin Peng) mati di Bangkok, mereka ini mati di Sabah." Kelihatan geli hati, Manivannan menjawab dalam bahasa Tamil, sambil menggelar Azeez sebagai "anne" (abang) dan menegaskan bahawa pengganas juga Sulu boleh dibawa balik ke negara asalnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan