Selasa, 29 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP

Posted: 29 Oct 2013 06:48 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER






















Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.

"Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.


 "Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.


"Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.

Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.

"Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.

"Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.
"Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan," katanya.

Tiada perebutan kuasa antara Khalid dan Azmin, kata Speaker Selangor

Posted: 29 Oct 2013 06:06 AM PDT

OLEH RITA JONG

Hannah berkata ahli politik Pakatan Rakyat digalakkan menyatakan pandangan bertentangan dengan polisi parti. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2013.Hannah berkata ahli politik Pakatan Rakyat digalakkan menyatakan pandangan bertentangan dengan polisi parti. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,  






















Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh menolak khabar angin wujudnya perebutan kuasa antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Yeoh berkata perkara tersebut hanya diperbesarkan dan disensasikan selepas penyerahan memorandum oleh Kelab Penyokong Kerajaan kepada Abdul Khalid baru-baru ini.

"Tiada perebutan kuasa. Memorandum tersebut hanya sekadar harapan Kelab Penyokong Kerajaan yang mahu melihat kualiti kehidupan rakyat Selangor diperbaiki. Ini adalah suara wakil rakyat dan cadangan mereka adalah bagi memperbaiki pengurusan negeri. Itu sahaja.

"Tapi, semestinya laporan media mahu menjadikan ia sebuah isu besar. Mereka mahu menggambarkannya wujud pergaduhan untuk mendapatkan kuasa, rancangan untuk menyingkirkan MB. Semua itu tidak wujud," kata Yeoh selepas merasmikan Adun Muda Selangor, satu program untuk mendedahkan anak muda kepada kerja-kerja perundangan.

Menurut Yeoh, langkah Kelab Penyokong Kerajaan sebaliknya perlu dilihat dari aspek baik dan sebagai satu bentuk politik yang sihat, bukan sekadar hanya mengikut telunjuk.

"Malahan sejak lima tahun lalu, kami menggalakkan ahli politik Pakatan Rakyat untuk bangun menyatakan pandangan bertentangan dengan polisi kami sendiri.

"Ini bukan menunjukkan tidak bersetuju atau perebutan kuasa tapi hanya sekadar memainkan peranan untuk menyampaikan ketakpuashatian daripada rakyat," ujarnya lagi, merujuk kepada khabar angin kononnya Azmin mahu merampas kedudukan Abdul Khalid sebagai MB, ekoran kritikan keras baru-baru ini.

Abdul Khalid tidak mengendahkan spekulasi tersebut sebaliknya mengakui ia sebahagian daripada politik, manakala Azmin juga turut menafikannya.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada alasan untuk menggantikan Khalid sebagai MB.

"Jika Azmin mahu mengambil alih, sudah pasti saya akan tahu," kata beliau di Parlimen.

Pemimpin PKR itu juga menafikan wujudnya perebutan kuasa di negeri Selangor walaupun beliau secara terbuka mengkritik pentadbiran Abdul Khalid baru-baru ini.

Anwar dilaporkan berkata, walaupun Selangor memiliki lebihan dana, ianya tidak disalurkan kepada mereka yang memerlukan sehingga menyebabkan orang ramai melabel Abdul Khalid sebagai seorang yang "kedekut"

[VIDEO] Baru Orang Tahu Ayah Jamil Khir Seorang Ahli PAS Yang Komited

Posted: 29 Oct 2013 06:02 AM PDT


Tak apalah, Jamil kata saya tak betul - Mahfuz

KELAB GREENBOC



JERAI: Datuk Mahfuz Omar tidak mahu memanjangkan isu mendoakan PAS menang di Sungai Limau oleh bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir kerana beliau cukup mengenali siapa Baharom Ramli, 77.

Mahfuz ketika diajukan soalan oleh wartawan dalam sidang media hari ini, berkata beliau tidak mahu mengheret perbalahan di kalangan ahli keluarga Jamil.

"Tak apalah, biarlah. Saya tak mahulah mengheret perbalahan keluarga mereka," katanya ringkas.

Menurut Mahfuz, sewaktu lawatan beliau tempoh hari Jamil Khir tiada di rumah.

"Dia bukan hadir pun masa bapa dia tadah tangan berdoa itu," katanya di Markas Induk PAS PRK N20 Sungai Limau.

Tegas Mahfuz, beliau amat mengenali Baharom yang telah lama bergiat dalam PAS malah dia mengaku telah membayar yuran ahli pada bulan lima lepas.

"Tak apalah Datuk Jamil kata saya tak betul tak apa, tapi saya faham bapa dia sebab saya lama dengan bapa dia. Bapa dia itu jiwanya PAS, original PAS," kata Mahfuz lagi.

Namun, beliau berharap perbezaan politik dalam keluarga Jamil Khir tidak menjadi isu besar buat Jamil sepanjang kempen pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung.

Semalam, Jamil Khir mendakwa bapanya hanya sekadar mengaminkan doa yang dibaca PAS sewaktu mereka menziarahi bapanya di rumah mereka di Kampung Sedaka, Yan.

Dakwanya lagi, bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung. -HD

ULASAN GB

Jamil Khir mendakwa kononnya bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS.

Daripada paparan video di bawah ini kelihatan bapanya Baharom Ramli begitu riang dan ceria bersama rombongan calon PAS.

Jadi yang tertekan sebenarnya ialah Jamil Khir sendiri setelah orangramai mengetahui ayahnya ialah seorang ahli PAS yang komited. Atau apakah beliau yang telah memberi tekanan terhadap bapanya dengan menyoal soalan-soalan yang berhubungkait penerimaan kedatangan calon PAS tersebut?

Program ziarah itu adalah program biasa dan ternyata yang membesarkan dan mempolitikkan itu tersebut tidak lain Jamil Khir sendiri yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri.


LIHAT VIDEO DI SINI

[VIDEO] Isu Lebuhraya - Ust Hadi Libas Soalan Bodoh MP Lenggong

Posted: 29 Oct 2013 05:47 AM PDT


MP Lenggong beri 'bola tanggung'

KELAB GREENBOC

 
KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan.

"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Bank Negara.

"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi. -HD
 

Susu tamat tempoh: Azeez digesa mohon maaf

Posted: 29 Oct 2013 05:41 AM PDT

Harakahdaily,
 

JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memandang serius tindakan BN yang menghadiahkan susu tamat tempoh kepada pengundi di sini.

Menurut beliau, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna khususnya pengundi di sini.

"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz dalam loghat Kedah pada sidang media harian di markas induk PRK Sungai Limau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang pengundi yang menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang datang berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap di sini semalam.

Pada bahagian bawah tin susu yang deberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu.

Pada beg plastik luar pula tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas lanjut perkara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa  Abdul Azeez bertanggungjawab dan memohon maaf kepada pengundi di sini.

"Jangan hina orang Sungai Limau dengan susu tamat tempoh.

"Saya minta penerima untuk periksa dahalu tarikh luput tersebut. Kalau sudah tamat tempoh, jangan makan, kita khuatir keracunan," katanya.

Islam ajar beri yang terbaik

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali yang turut serta pada sidang media tersebut berkata, tindakan tersebut juga bercanggah dengan nilai-nilai agama.

Katanya, Islam mengajar umatnya agar memberi hadiah dengan sesuatu yang baik kepada orang lain yang tidak memudaratkan penerimanya.

"Islam ajar kita bagi hadiah dengan barang yang baik dan elok.

"Seperti yang diajar agama bahawa jangan beri barangan yang tidak elok yang kita sendiri tidak mahu mengambilnya (jika barang itu diberi kepada kita)," katanya.

Minta maaf: Mukhriz gagal jadi teladan anak muda

Posted: 29 Oct 2013 05:38 AM PDT

Muhammad Faizal,
 

JERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat gagal menjadi teladan kepada generasi muda apabila enggan memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak bagi mewakili Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang telah menghina keluarga itu yang mengaitkan penyakit Ustaz Azizan dengan kenaikan harga gula.

Malah kenyataan Mukhriz turut dilihat menghina apabila tidak ada perasaan tanggungjawab dan sebaliknya menuduh PAS cuba mempolitikkan isu tersebut.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Markas Induk melahirkan kesal dengan kenyataan Mukhriz apabila membela kenyataan Muhyiddin tanpa ada sikap bertanggungjawab.

"Saya kecewa dengan kenyataan Mukhriz, sepatutnya beliau tidak membela kenyataan Muhyiddin dan sebaliknya beliau tampil bertanggungjawab mewakili TPM memohon maaaf atas penghinaan kepada Ustaz Azizan dan keluarga.

"Secara jelas Muhkriz gagal menjadi teladan kepada generasi muda atas sikap beliau itu, malah yang paling hina apabila tidak ada perasaan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dalam isu itu sebaliknya menuduh PAS yang mempolitikkan kenyataan TPM," jelasnya.

Tambah Mahfuz lagi, kenyataan Muhkriz itu bukan perkara yang boleh meredakan keadaan tetapi telah menambahkan kedukaan keluarga Ustaz Azizan

"Semalam keluarga Ustaz Azizan meminta agar TPM memohon maaf atas apa yang berlaku, dalam masa mereka sedang bersedih dan genap sebulan pemergian Allahyarham, kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin adalah tidak wajar.

"Ini semuanya menambahkan kedukaan serta kesedihan mereka, namun Muhkriz cuba membela Muhyiddin katakan ia dipolitikkan oleh PAS, ini tak betul," ujarnya.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu menggesa agar Muhkriz mengambil pendekatan terbaik dalam menjaga hubungan antara kerajaan dengan rakyat.

"Menteri Besar Kedah perlu bertanggungjawab dalam isu ini, apakah beliau sanggup melihat ada keluarga yang sedih dengan kenyataan tersebut, TPM perlu fikir positif bukan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya harap Mukhriz menjadi contoh kepada orang muda, tunjukkanlah akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada semua," tambah beliau.

Selepas Mahfuz, Pahrolrazi pula difitnah

Posted: 29 Oct 2013 04:07 AM PDT

Harakahdaily,
 

JERAI: Selepas memfitnah Datuk Mahfuz Omar dengan sistem pesanan ringkas (SMS) palsu kelmarin, teknik sama juga digunakan terhadap Adun Pengkalan Kundur Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi.

Kali ini, pihak terbabit menyebarkan SMS menggunakan nombor telefon Pahrolrazi kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PAS Kedah kerana jentera Kuala Kedah ditempatkan di Dulang Besar dan Dulang Kecil untuk PRK kali ini.

Menurut Pahrolrazi, beliau menerima panggilan dan SMS bertubi-tubi sejak malam tadi yang menanyakan kesahihan perkara itu.

"Ini satu taktik politik yang sangat kotor untuk memporak perandakan PAS.

"Semua keputusan (penempatan kawasan) dibuat jawatankuasa induk, dan saya salah seorang ahli induk. Perkara ini tidak berbangkit," katanya pada sidang media hari ini.

Lebih besar dari itu ujarnya, apa yang dipersoalkan adalah keselamatan sistem komunikasi yang dilihat mudah diceroboh pihak tertentu.

Beliau juga telah menghubungi syarikat pembekal telekomunikasi berkenaan, dan mendapati mereka tiada rekod dan mendakwa ianya berlaku dengan pintasan sistem.

"Saya yakin ini tindakan musuh politik, oleh pihak yang berkemampuan, ada duit dan ada akses untuk berbuat demikian.

"Sudah tentu kerja musuh, kawan tak buat macam ni," katanya.

Sehubungan itu beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Laporan polis ini juga saya akan serahkan kepada syarikat telekomunikasi untuk menyiasat siapa dalang kepada kes ini," katanya.

Kelmarin, nombor telefon Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dipintas pihak tertentu untuk menyebar SMS palsu kononnya beliau menghina calon BN, Dr Ahmad Sohami Lazim.

SMS fitnah itu antara lain mendakwa Ahmad Sohaimi pernah menerima rawatan mental.

Mahfuz pada sidang media semalam bagaimanapun telah menafikan SMS itu daripadanya, sebaliknya menjelaskan ia tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nombor telefonnya.

MP: Korban sebahagian subjek fekah di sekolah

Posted: 29 Oct 2013 03:56 AM PDT

 

 
 
MP Tasek Gelugor Datuk Shahabudin Yahya menegur M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) supaya tidak membesar-besarkan isu sembelihan korban di sekolah susulan percanggahan kenyataan antara menteri pendidikan dan timbalannya mengenai isu tersebut.

NONEShahabudin (kanan) - yang bangun mencelah sewaktu ahli parlimen DAPN itu membahaskan Bajet 2014 - berkata perkara itu adalah sebahagian daripada subjek yang termasuk dalam mata pelajaran fekah yang diajar di sekolah.

"Isu penyembelihan di kawasan sekolah itu bukan dibuat di hadapan pelajar bukan Islam. Mereka tak terlibat pun dan tak dijemput pun untuk ke majlis berkenaan.

"Dan penyembelih lembu korban itu bukan merupakan penyembelihan biasa.

"Ia merupakan sebahagian daripada subjek dan korban dalam subjek agama Islam ia diajar di sekolah-sekolah termasuk dalam subjek fekah," katanya.

Shahabudin berkata majlis korban tersebut dibuat bagi mendedahkan praktikal sembelihan dengan betul dan ia sewajarnya dibuat.

"Dan ia merupakan program eksklusif. Jadi tidak timbul isu sentimen kecil hati (kaum lain)," katanya.

Shahidan: Mana mungkin rasuah 75,000 perwakilan?

Posted: 29 Oct 2013 03:54 AM PDT

 

 
VIDEO l 3:45 minit 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ramai calon yang menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini kerana menabur wang, mungkin berdasarkan cakap-cakap orang semata-mata.

MP Arau itu berkata, "tidak mungkin dan sukar" bagi calon berbuat demikian kerana pemilihan itu melibatkan jumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada pengundi melibat 146,000 ribu pengundi.

"Dr Mahathir mungkin dengar cakap (orang). Tetapi keadan sebenar, cukup sukar untuk mereka memberi rasuah kepada sekurang-kurangnya 75,000 orang. Tak boleh.

"Kalau RM100, ia menjadi RM7.5 juta. Kalau RM200, RM15 juta... Mana mungkin mereka mampu, siapa yang mampu buat demikian," katanya dalam sidang medianya di parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Shahidan Bagaimanapun beliau ada calon menggunakan wang bagi tujuan menggerakkan jentera kempennya dan "agak sukar" untuk calon yang bertanding untuk memberi wang kepada setiap pengundi akar umbi.

"Kalau nak bagi tiap-tiap orang berat kot. Bolehlah, tapi agak teruk sikitlah.... Kalau orang itu betul-betul ada duit, okaylah. Kalau tak ada duit, tak mungkin buat demikian," katanya.

"Pendekatan melibatkan ramai orang yang boleh mengundi itu, (menyebabkan) pengunaan duit kurang daripada apa yang dijangkakan. Tapi mungkin belanja untuk jentera.

"Macam setiap kali majlis memperkenalkan calon, kita terpaksa belanja. Yang lain saya tidak pasti.

"Saya tak pasti siapa main duit, tapi belanja untuk jentera memang adalah," katanya.

Mahathir semalam mendakwa ramai calon yang menang dalam pemilihan Umno walau tidak layak, kerana menabut wang berjumlah jutaan ringgit.

Dalam kenyataan itu, Mahathir berkata beliau juga tidak yakin amalan rasuah dihapus dalam pemilihan itu.

Anaknya Mukhriz yang bertanding untuk jawatan naib presiden Umno kalah tipis untuk merebut tempat ketiga dalam pemilihan tersebut.

Cina Sg Limau tunggu 'pengumuman besar' MB

Posted: 29 Oct 2013 03:52 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang dilihat tidak mengutamakan penduduk Cina kerana sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, mungkin menjadi bahan bualan di kalangan pengamal media.

Namun, di peringkat akar umbi, penduduk Cina Sungai Limau nampaknya lebih fokus kepada sejauh mana kerajaan negeri boleh membantu mereka menjalankan perniagaan padi dengan lebih baik.

NONEPedagang padi, Ho Siang Huat (kanan), 53, misalnya mahu harga jualan padi kepada Beras Nasional (BERNAS) dinaikkan kepada RM147 per 100 kilogram seperti di Thailand, berbanding harga sekarang RM102 sahaja untuk jumlah sama.

"Kami akan undi sesiapa sahaja yang boleh bantu naikkan harga padi seperti di Thailand," katanya sewaktu ditemui di Dulang Besar semalam.

"Kami sekarang menunggu jika Mukhriz ada sebarang pengumuman besar buat kami."

Ditanya siapa yang akan diundi penduduk Cina Sungai Limau, Ho berkata mereka akan mengikut arahan penghulu komuniti mereka yang dijangka akan mengadakan mesyuarat 'rahsia' untuk menentukan pilihan mereka.

"Cina di Sungai Limau ini bersatu. Apabila diarah untuk undi parti tertentu, kami undi. Itu caranya di sini," katanya sambil menambah arahan tersebut paling awal akan diketahui pada 2 November ini.

Tan: 3 anak saya tak laku

NONENaib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung (kiri) sebelum ini berkata terdapat 1,827 pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu di Sungai Limau.

Namun katanya, hanya 10 peratus atau kira-kira 180 orang mengundi BN dalam pilihan raya umum lalu walaupun jumlah anggota MCA di Sungai Limau adalah 965 orang.

Dengan anggapan tidak ramai pengundi Melayu menukar sokongan mereka selepas pilihan raya yang lalu, pengundi Cina kini mempunyai peranan penting untuk menentukan siapa yang bakal menang di Sungai Limau.

PAS sebelum ini mempertahankan kerusi Sungai Limau dengan majoriti sebanyak kira-kira 2,774 undi sahaja.

NONEBuat pesawah padi, Tan Siew Boon (kanan), 90, hidup beliau tidak banyak berubah sama ada bawah pentadbiran BN atau PAS.

Menurut ibu kepada 8 orang anak itu, beliau pernah memohon bantuan kerajaan negeri kira-kira setahun lalu untuk memperbaiki rumahnya.

Namun, menurutnya, bantuan yang dipohon daripada kerajaan negeri PAS itu tidak kunjung tiba.

"Hidup kami sudah begini sejak beberapa generasi dan rasanya tak ada apa-apa akan berubah," katanya yang telah mendiami rumahnya di tengah-tengah sawah sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama, selama tiga generasi.

Beliau bersama anaknya mengusahakan 7 ekar tanah yang disewa pada harga RM600 untuk satu musim.

Menurut Tan, kehidupan mereka hanya ala kadar namun tidaklah begitu selesa sehinggakan tiga anak lelakinya "tidak laku" kerana gadis-gadis sekarang mahukan lelaki yang ada rumah dengan tanah di pekan.

Menurut Tan lagi, beliau juga akan menunggu arahan penghulu untuk mengundi parti yang mana satu dalam pilihan raya umum pada 4 November ini.

'Azizan di atas nampak'

Berbeza dengan Tan, seorang peniaga perabot dan barangan elektrik yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Ang tanpa berselindung memberitahu beliau akan mengundi PAS.

Menurutnya, bekas wakil rakyat sebelum ini, Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang personaliti luar biasa yang ringkas dan mudah didekati.

NONEDitanya lebih lanjut sebab beliau akan terus mengundi PAS, Ang (kanan) berkata:

"Azizan di atas sana akan nampak kalau kita tak mengundi dia."

Ia mengundang ketawa besar daripada tujuh rakan-rakannya yang turut sama hadir sewaktu temubual dijalankan.

Hari membuang undi bagi jatuh pada 4 November dan pilihan raya kecil ini yang diadakan selepas Azizan meninggal dunia pada 26 September lalu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.

Tiada ulasan: