DIALOG RAKYAT |
- KES AMBANK: Isteri Si Pembunuh Kejam Itu Juga Ada Facebook!
- Anwar Nafi Desas-Desus Azmin Ali Ganti Abdul Khalid
- Mukhriz Tunggu Surat Rasmi MCA Selesai Isu Lantik Exco
- Penyebaran Mingguan Herald Ke Sabah, Sarawak Tiada Masalah
- Menteri Kesihatan gesa KDN kawal kemasukan PATI kerana penyebaran penyakit berjangkit
- KDN tarik balik arahan di Sabah, kata editor Herald
- Kalimah Allah: Peguam Sabah sokong gereja Katolik kemuka rayuan
- Diabetes oh diabetes...
- Masalah ketiadaan pitis Najib patut berterus terangn
- BN Kedah macam tak sedar sudah jadi k'jaan
KES AMBANK: Isteri Si Pembunuh Kejam Itu Juga Ada Facebook! Posted: 28 Oct 2013 05:56 AM PDT Dari semakan facebook isteri dia, memang comfirm pembunuh ni seorang pengawal keselamatan, berposing sakan dia siap tunjuk pump gun lagi. Rupa-rupanya, setan ni ada juga anak bini. Tapi dia pergi bunuh bini orang. Cuba bayangkan kalau bini dia mati kena tembak. Tak ke anak-anak dia kehilangan seorang ibu? Apa pun yang pasti IC memang PALSU kalau ikut statement rasmi dari PDRM dan JPN. Persoalannya pasal apa dia masih gagal dikesan sampai sekarang? RUJUK SINI:- https://www.facebook.com/nurul.lapadaku Kalau mengikut posting facebook dia, dia ada cerita pasal nak balik kampung. FB bini dia pun sama. Kemaruk nak balik kampung. Agaknya dah sampai ke kampung ke apa? -nescafeais ULASAN GB Jika si pembunuh itu ada FB, isterinya ada FB, dan di dalam FB itu banyak perkara dan maklumat mengenai si pembunuh itu boleh didapati, kemana perginya professionalisme dan kecekapan polis yang selama ini dibanggakan? Atau....??? klik untuk baca | |||
Anwar Nafi Desas-Desus Azmin Ali Ganti Abdul Khalid Posted: 28 Oct 2013 05:50 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar berkata, tiada sebarang keperluan untuk melakukan pertukaran itu kerana mendakwa pentadbiran Selangor adalah antara yang baik di negara ini, selain Pulau Pinang. "Kalau ada pengambilan alih, sudah tentu saya akan tahu. Ini suratkhabar yang lebih tahu tentang apa yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat, di sini. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebelum ini berhubung desas-desus Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besaritu. Abdul Khalid turut dikritik Anwar baru-baru ini kerana menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik. Mengulas mengenai kritikan itu, Anwar berkata: "Abdul Khalid lantik saya untuk jadi penasihat, sebab itu saya tegur. Saya bertanggungjawab mengingatkan (Abdul Khalid)". Mengambil contoh jalan raya yang berlubang di Selangor, Anwar berkata adalah lebih baik jika wang lebihan perolehan dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik dan dibelanjakan kepada pendidikan. "Setiap minggu saya terima aduan tentang jalan di Shah Alam. Jadi saya tegur Abdul Khalid untuk jaga-jaga pegawai yang bagi laporan semua baik, sedangkan sebenarnya berlopak-lopak." - BERNAMA | |||
Mukhriz Tunggu Surat Rasmi MCA Selesai Isu Lantik Exco Posted: 28 Oct 2013 05:47 AM PDT YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan menunggu surat rasmi daripada MCA berhubung kebenaran melantik wakil parti itu bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Katanya, kerajaan negeri Kedah masih mempunyai satu kekosongan jawatan exco untuk diisi oleh wakil masyarakat Cina. "Saya harapkan keputusan secara bertulis kerana sebelum ini pun saya menulis surat kepada Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) mengenai sama ada ada boleh atau tidak kerajaan negeri lantik seorang wakil MCA menjadi exco. "Waktu itu (Mei) saya menerima jawatan secara bertulis juga iaitu biarlah tunggu setelah EGM MCA selesai. Jadi kali ini saya harap untuk dapat surat seperti itu juga yang menyatakan bahawa segala yang disyaratkan mereka telah diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini, Isnin. Selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Mukhriz sudah melantik lapan wakil rakyat Umno mengisi sepuluh kerusi exco. Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 20 Oktober lalu, meluluskan dua resolusi yang membenarkan ahlinya menerima pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara atau sebarang jawatan dalam kerajaan seperti Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan syarikat milik kerajaan (GLC). Pengerusi EGM, Datuk Yip Phooi Hong berkata, ahli parti itu juga boleh menerima pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri, Exco, Ahli Majlis, Ketua Masyarakat atau sebarang jawatan bersesuaian. | |||
Penyebaran Mingguan Herald Ke Sabah, Sarawak Tiada Masalah Posted: 28 Oct 2013 05:45 AM PDT MSTAR ONLINE KUCHING: Penyebaran naskah mingguan Katholik, Herald di Sabah dan Sarawak, sekalipun ada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung penggunaan perkataan Allah, tidak harus menjadi isu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada Isnin. Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri tidak sepatutnya menghalang penyebaran kira-kira 2,000 naskah Herald di Sabah Khamis lepas, yang kemudian ditarik balik larangan pada Ahad, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perkara itu semasa lawatannya ke sana minggu lepas. "Saya percaya terdapat salah faham. Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus (mengguna perkataan Allah dalam upacara agama dan penerbitan mereka). Jadi penyebaran mingguan Herald tidak menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan forum serantau Persatuan Pentadbiran dan Pengurusan Awam Komanwel (Capam) 2013 di sini. Beliau diminta mengulas tentang akauntibiliti kerajaan berhubung langkahterbaru kementerian itu tentang isu tersebut. Najib berkata, keputusan Mahkamah Rayuan mengubah hak Herald dalam menggunakan perkataan Allah tidak langsung menjejas amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, sebagaimana termaktub dalam Persetujuan 10-perkara diputuskan oleh kabinet persekutuan. Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Okt itu, gereja Katholik, yang mencetak 14,000 naskah Herald setiap minggu untuk kira-kira sejuta penganut agama itu di negara ini, telah menggunakan perkataan Allah dalam koma kurungan. - BERNAMA | |||
Menteri Kesihatan gesa KDN kawal kemasukan PATI kerana penyebaran penyakit berjangkit Posted: 27 Oct 2013 04:41 PM PDT Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengawal kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) kerana pertambahan kadar penyakit berjangkit yang direkodkan di negara ini. Menteri Kesihatan itu berkata, peningkatan penyakit seperti malaria dan tibi yang dahulunya berjaya dikawal menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini dan dikhuatiri akan menular kepada rakyat tempatan sekiranya tidak dibendung. "Kita sendiri tidak tahu berapa jumlah sebenar tetapi anda boleh membuat perkiraan mengikut situasi sekarang," katanya merujuk kepada PATI yang mempunyai penyakit berjangkit. "Namun apa yang kita boleh jangkakan kira-kira 7.8% daripada PATI ini menghidap penyakit berjangkit khususnya bagi mereka yang bekerja di Sabah," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan Program Seminar Pemeriksaan X-ray dianjurkan Uniteb Medic Sdn Bhd (Fomema) di Kuala Lumpur. Tambahnya lagi, PATI tidak seperti pekerja asing yang mempunyai permit di mana mereka harus melalui pemeriksaan kesihatan sebagai prosedur untuk bekerja di negara ini. "Ini menjadi masalah kerana bukan menjadi bidang kuasa kami untuk menahan PATI yang bekerja apatah lagi sudah tentu tentu tidak melalui pemeriksaan kesihatan. "Kami hanya berkuasa memastikan pekerja yang mempunyai permit melakukan dua saringan pemeriksaan kesihatan dan sekiranya gagal, maka mereka akan dihantar balik ke negara asal," katanya. Pada Ogos lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi meluluskan kemasukan 1.4 juta pekerja Bangladesh yang telah dipersetujui semasa Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri. Menurut menteri itu, usaha membawa masuk pekerja Bangladesh demi menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan perkhidmatan. "Kita menyasarkan 2,000 pekerja Bangladesh dibawa masuk setiap minggu atau 8,000 orang dibawa masuk setiap bulan. "Selain itu, kita juga sedang memutihkan kira-kira 64,000 pekerja Bangladesh sedia ada di negara ini," katanya. Beliau berkata, pekerja Bangladesh akan dibawa masuk melalui pendekatan kerajaan dengan kerajaan untuk mengelakkan peranan orang tengah dan eksploitasi pekerja asing. "Kita turut mengadakan perbincangan dengan negara lain supaya pendekatan ini boleh diperluaskan ke lebih banyak negara, kita berharap ia dapat dilaksana dengan Indonesia dan Myanmar pada awal tahun depan," katanya | |||
KDN tarik balik arahan di Sabah, kata editor Herald Posted: 27 Oct 2013 04:39 PM PDT Putrajaya telah membatalkan arahannya terhadap larangan pengedaran 2,000 naskhah mingguan Katolik, Herald daripada diedarkan di Sabah namun penerbit tidak boleh mengedarkannya ke gereja hari ini. Menurut Editor Herald Father Lawrence Andrew, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan syarikat penghantaran bahawa Putrajaya telah memberi kebenaran untuk pengedaran pada pagi ini. Namun, cuti hari ini menghalang agen penghantaran mengedarkannya ke gereja menyebabkan penganut Kristian tidak menerima Herald apabila mereka menghadiri perhimpunan di Sabah hari ini. "Ia akan diedarkan esok. Mereka ke gereja hari ini," katanya. Andrew berkata Kementerian Dalam Negeri perlu memberi penjelasan mengapa naskhah tersebut dihalang tempoh hari. "Kami ingin tahu mengapa mereka menghalangnya," katanya. Keputusan menghalang pengedaran tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang kepada ahli politik di Malaysia Timur yang mahu penjelasan Putrajaya atas arahan tersebut dibuat 10 hari selepas keputusan Mahkamah Rayuan. Putrajaya telah memberi jaminan kepada Malaysia Timur bahawa mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam usaha memastikan deposit tetap mereka di Sabah dan Sarawak terpelihara kerana ramai penganut Kristian di sana menggunakan bahasa Melayu dalam upacara keagamaan. Namun syarikat penghantaran yang membawa masuk Herald ke Sabah pada Jumaat lalu diberitahu oleh KDN supaya tidak mengedarkan naskhah tersebut. Gereja Katolik mencetak 14,000 naskhah Herald setiap minggu untuk kira-kira satu juta penganut Kristian dalam negara malah editor akhbar tersebut berkata kalimah Allah digunakan dalam edisi terbarunya hanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan 14 Oktober lalu. Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR), Datuk Dr Jeffery Kitingan meminta penjelasan daripada Putrajaya berhubung isu ini. "Mengapa mereka mengenakan (larangan) itu ke Sabah juga? Mengapa kerajaan tidak konsisten dalam keputusan mereka? Mereka cakap tak serupa bikin," katanya kepada The Malaysian Insider. Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti menjelaskan larangan terbaru itu kerana Putrajaya sendiri telah mengakui keputusan Mahkamah Rayuan tidak terpakai di Sabah dan Sarawak. "Penjelasan perlu diberikan. Kita difahamkan kalimah Allah boleh digunakan di gereja dan penerbitan agama (mengandungi kalimah Allah) serta boleh diedarkan di Sabah dan Sarawak. "Itu yang kita faham. Namun jika benar Herald telah dirampas di Sabah, kerajaan perlu memberikan penjelasan lanjut," katanya. Beliau berkata melarang pengedaran Herald di negeri Borneo membawa implikasi cukup besar iaitu melihatkan Putrajaya tidak memenuhi janjinya. "Adakah keputusan mahkamah termasuk di Sabah dan Sarawak?" tanya beliau yang menunjukkan larangan terbaru ini melihatkan keputusan itu telah diluaskan ke dua negeri Borneo itu. Katanya, kerajaan tidak mampu menjalankan pemerintahan dengan berkesan sekiranya tidak berpegang pada janjinya. "Kerajaan mesti menjelaskan (alasan menghalang pengedaran) supaya orang ramai tidak terkeliru," tegas beliau. Sementara itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian turut berpendapat yang sama. "Cakap tak serupa bikin. Ini juga menunjukkan mereka tidak bersemangat melaksanakan keputusan mahkamah. "Kenapa Herald dirampas sekarang? Jika sebelum ini tiada masalah Herald diedarkan, kenapa mahu merampasnya? Sangat malang perkara ini berlaku, " katanya. Turut sama keliru dengan tindakan terbaru KDN adalah bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok. "Saya tidak faham mengapa salinan Herald telah ditahan di Kota Kinabalu sedangkan Herald adalah sebuah penerbitan berlesen. "Setakat yang saya tahu, lesen penerbitannya tidak pernah dibatalkan. "Ia sama seperti mana-mana penerbitan atau akhbar lain yang melaporkan berita dan terma cetak atau nama, dalam kes ini perkataan Allah, supaya pembaca akan memahami isu ini." Seperti semua, beliau juga mempersoalkan jaminan Perdana Menteri untuk menggunakan perkataan Allah dalam doa dan penerbitan di Sabah dan Sarawak. Herald hanya diedarkan di Sabah dan Semenanjung menurut sumber Katolik di Kuching. Gereja mempunyai akhbar mingguan iaitu Catholic Today, katanya. | |||
Kalimah Allah: Peguam Sabah sokong gereja Katolik kemuka rayuan Posted: 27 Oct 2013 04:35 PM PDT Persatuan Peguam Sabah (SLA) menyokong usaha gereja Katolik dalam rayuannya ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan berhubung isu kalimah Allah yang dilihat eksklusif kepada umat Islam sahaja. SLA mengadakan pertemuan pada Sabtu dan mencapai kata sepakat berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu bahawa ia melanggar hak penganut Kristian di Sabah yang dilindungi dalam Perlembagaan. "SLA akan memohon untuk turut serta dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan," kata seorang ahlinya kepada The Malaysian Insider. Presiden SLA, Datuk G B B Naandy@Gaanesh dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Keputusan SLA untuk menyertai rayuan tercetus apabila laporan pada Sabtu memberitahu Putrajaya menahan 2,000 naskhah Herald edisi minggu ini di Sabah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis. Akhbar itu mendapat kebenaran untuk diedarkan pagi semalam namun tidak dapat diedarkan ke gereja. Keputusan menghalang pengedaran itu dibuat meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan Isnin lalu bahawa penganut Kristian di negeri itu bebas menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan dan penerbitan mereka. Hasil pemeriksaan dengan peguam sivil mendapati, SLA boleh memohon untuk menyertai perbicaraan sama seperti kes peguam Islam yang menyertai perbicaraan Mahkamah Rayuan. Kaedah lain adalah dengan Mahkamah Persekutuan sendiri menjemput SLA untuk hadir ke mahkamah namun masih belum dapat dipastikan kaedah mana yang akan dikenakan kepada SLA. Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Putrajaya menghalang Herald daripada menggunakan kalimah Allah kerana kalimah itu bukan perkara asas dalam kepercayaan dan amalan penganut Kristian. Sementara itu, peguam gereja Katolik berkata, mereka akan memfailkan rayuan pada minggu hadapan. Minggu lalu The Malaysian Insider melaporkan ahli politik dari Malaysia Timur berkata, keputusan Mahkamah Rayuan adalah satu pencabulan kepada perjanjian Malaysia. Peguam perundangan turut berpandangan sedemikian dengan menjelaskan keputusan itu jelas melanggar perjanjian Malaysia 1963 sekiranya penganut Kristian di Malaysia Timur dilarang menggunakan kalimah Allah dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata keputusan Mahkamah Rayuan melanggar syarat pertama perjanjian yang menyentuh kebebasan beragama. "Syarat pertama daripada 20 yang dimeterai di Sabah serta 18 syarat yang dimeterai di Sarawak sebelum Malaya bersetuju membentuk Malaysia menyatakan: "Selagi tiada halangan Islam sebagai agama kebangsaan di Malaysia maka tiada agama rasmi di Borneo (Sabah dan Sarawak) serta peruntukan berkaitan Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak terpakai kepada Borneo." Kitingan berkata, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan jelas berhubung kebebasan beragama di Parlimen pada 16 Oktober 1961. Beliau memetik kenyataan Tunku: "Satu reaksi di kawasan Borneo berhubung konsep Malaysia adalah percubaan menjajah Borneo. Saya katakan sebelum ini bahawa mustahil Persekutuan boleh menjajah kerana kita mahukan kesamarataan dan status yang sama di antara satu sama lain. Jadi, tidak perlu bimbang akan hal itu kerana Islam tidak dikuatkuasakan di Borneo. Semua orang bebas mengamalkan apa-apa agama." Kitingan berkata, etnik di Sabah memahatkan jaminan kebebasan beragama dalam perjanjian Malaysia itu secara bertulis di Batu Sumpah. "Ia dinyatakan selagi kebebasan beragama dihormati, kami akan setia kepada Malaysia," katanya yang pernah mengasaskan Barisan Borneo Bersatu (UBF) sebuah organisasi bukan kerajaan yang bertujuan menjaga hak Sabah dan Sarawak seperti dinyatakan dalam 20-syarat dan 18-syarat perjanjian. Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut sependapat dengan Kitingan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan melanggar terma perjanjian tersebut. "Keputusan ini satu pengkhianatan kepada generasi terdahulu semasa mereka bersetuju menyertai Malaysia. "Hak Sarawak dan Sabah turut dilindungi dalam Kertas Kerajaan 'Malaysia dan Sarawak' bertarikh 4 Januari 1962." Baru berkata,dokumen itu menyatakan "meskipun Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan, agama lain bebas untuk diamalkan. Kebebasan penuh beragama dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. "Keputusan mahkamah ini mengesahkan kebimbangan pemimpin terdahulu dan 60% mereka yang menentang pembentukan Malaysia pada 1963," katanya. Peguam Karpal Singh, berkata Perlembagaan memberi jaminan kepada Malaysia Timur untuk mereka mengamalkan agama di kawasan jajahan mereka. "Sebagai contoh, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak mesti dibenar menggunakan kalimah itu di bahagian lain di Malaysia atau ini akan melanggar perjanjian," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, agak malang apabila perjanjian itu dan kesan kepada penganut Kristian tidak disebutkan dalam Mahkamah Rayuan. | |||
Posted: 27 Oct 2013 04:31 PM PDT Diabetes atau kencing manis mungkin merupakan nama penyakit yang paling glamour di Malaysia sekarang. Dari pemimpin tertinggi negara hingga kedai kopi di kampung-kampung, topik kencing manis menjadi perbualan. Ulasannya dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi umum mengaitkannya dengan gula lantas kenaikan harga gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 dianggap rahmat dan langkah yang sangat tepat untuk gaya hidup yang sihat. Malah ada menteri yang mengatakan, tanpa gula umur kita akan menjadi lebih panjang dan tenaga kelelakian akan meningkat! Semenjak dua hari lepas, saya memerhatikan ulasan-ulasan yang dibuat dengan pelbagai nada dan irama termasuklah ada yang mengaitkannya dengan hamba Allah yang telah kembali ke Rahmatullah. Saya sangat berharap agar tampil di kaca TV atau di dada akhbar mereka yang berkelayakan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghuraikan kekeliruan yang sedang tersebar tetapi malangnya tiada yang tampil. Kekeliruan fakta di kalangan masyarakat umum ini terbiar begitu sahaja dengan membiarkan mereka yang tak berkeahlian terus membebel. Saya bukannya pakar dalam bidang diabetes tetapi subjek General Medicine (Perubatan Am) antara subjek wajib yang diambil semasa pengajian dulu. Antara yang dipelajari adalah berkenaan penyakit yang sedang heboh sekarang ini. Izinkan saya membuat sedikit huraian sambil berharap ada yang lebih pakar akan memberikan penjelasan lanjut. Diabetes atau kencing manis dibahagikan kepada 2 kategori (2 type) iaitu type 1 dan type 2. Diabetes Type 1 Diabetes Type 1 berlaku apabila badan manusia tidak lagi dapat memproses penghasilan insulin kerana sistem imune badan sendiri telah menyerang dan memusnahkan sel-sel di mana insulin dihasilkan. Punca kenapa hal ini berlaku tidak diketahui dengan jelas, tetapi ia mungkin termasuk faktor-faktor genetik dan faktor persekitaran. Terdapat satu teori yang menyatakan bahawa diabetes type 1 boleh berlaku selepas serangan virus tertentu. Orang yang mempunyai diabetes type 1 mesti mengambil insulin setiap hari untuk kelangsungan hidup. Tiada cara yang diketahui untuk mencegah atau mengubati diabetes type 1, tetapi ia boleh dikawal dengan mengekalkan tahap glukosa (gula) darah dalam julat yang normal. Diabetes Type 2 Diabetes type 2 adalah yang paling biasa berlaku. Bagi diabetes type 2, puncanya adalah sama ada badan tidak mampu memproses pengeluaran insulin dengan jumlah yang mencukupi atau badan tidak boleh menggunakan insulin yang dihasilkan sendiri dengan kadar yang sepatutnya. Risiko untuk mengidap diabetes type 2 ini meningkat dengan meningkatnya usia seseorang. Punca diabetes type 2 ini sebahagian besarnya masih tidak diketahui, tetapi genetik dan gaya hidup yang memainkan peranan utama sebagai penyebab. Diabetes type 2 dikaitkan dengan masalah obesiti , faktor-faktor genetik serta gaya hidup yang tidak aktif. Sesetengah kaum dan etnik yang berisiko tinggi untuk mengidap diabetes type 2 termasuklah kita orang Asia. Tidak ada cara yang diketahui dengan tepat untuk mengubati diabetes jenis 2, tetapi ia boleh dikawal dengan menjaga tahap glukosa (gula) dalam darah dalam julat yang normal Harapan saya, sebelum sesiapa sahaja dari kita bercakap dengan membuat kesimpulan mudah, eloklah dan lebih manis bagi kita untuk meneliti sedikit fakta-fakta mudah supaya ulasan kita tidak tersasar serta kita akan kelihatan cerdik. Penulis ialah Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Terengganu. | |||
Masalah ketiadaan pitis Najib patut berterus terangn Posted: 27 Oct 2013 04:23 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai baru, GST serta mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.35 sen semasa pembentangan Bajet Jumaat lalu kini menjadi isu dan pertuturan rakyat marhaen. Rakyat bercakap mengenai perkara ini dengan pelbagai perasaan dan keluhan. Isu terbaru yang membabitkan rakyat secara langsung ini berpotensi menjadi isu besar di sepanjang tahun ini dan tahun depan. Tidak mustahil juga satu perarakan atau tunjuk perasaan mega akan dilakukan, apabila keadaan gula di dalam tubuh rakyat terlampau rendah apabila amalan mengurangkan gula dilakukan kerana menuruti arahan perdana menteri. Pembangkang sudah tentu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Sebagai pihak yang hanya mahu mencari salah kerajaan dan dijadikan modal politik untuk populis dengan rakyat, isu ekonomi ini akan mulai dikembangkan. Pilihan raya kecil Dun Sungai Limau Kedah yang sedang berjalan kini menjadi gelanggang untuk mencanangkan isu berkenaan. Kenaikan harga gula dan pengumuman cukai GST dilihat satu kemalangan buat UBN di Sungai Limau yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya kalau hendak dikira kenaikan harga gula dan cadangan mengenakan cukai GST itu tidak patut dijadikan isu dan rakyat boleh menerima dengan baik sekiranya kerajaan atau Najib Razak bijaksana dan berterus terang dengan rakyat serta tidak cuba menipu rakyat mengenai kedudukan sebenarnya tentang permasalahan di sebalik perkara itu. Tetapi kerana sikap kerajaan yang tidak pernah bercakap benar dengan rakyat, suka mempermain-mainkan rakyat dan menyembunyikan isu-isu yang menyentuh langsung tentang kehidupan mereka, maka berlaku rasa tidak senang hati yang boleh membawa kepada kemudaratan sehingga tidak menstabilkan politik negara. Kenapa dikatakan begitu? Kerana kalau kerajaan jujur dan berani menyatakan kedudukan sebenarnya ia boleh diterima oleh rakyat. Rakyat boleh menerima apa juga perkara asalkan diberi tahu kepada mereka. Tetapi ianya tidak begitu kerana kerajaan menganggap rakyat sebagai budak-budak yang boleh di'simsilabin' dan ditipu. Umum tahu apa tujuan dan rahsia disebalik menaikkan harga gula dan mengenakan cukai GST itu adalah untuk kepentingan negara dan rakyat juga? Sebab dan matlamatnya ialah kerana negara sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius. Masalah kewangan negara pula berlaku disebabkan masalah ketirisan dan kebocoran dalam menguruskan kewangan negara. Kalau hendak dikira aset atau khazanh yang Allah anugerahkan untuk kita sudah cukup tetapi kerana ketirisan disebabkan nafsu amarah manusia (pemimpin UBN), berlakunya penyelewengan, salah gunakan kuasa, rompakan secara teknikal, maka berlakulah kekurangan-kekurangan dan ketidakcukupan wang untuk mengurus negara. Sekiranya negara tidak berdepan dengan masalah kewangan sudah pasti harga gula, petrol atau cadangan mengenakan cukai GST itu tidak akan dilakukan. Tetapi disebabkan kerana tabungan kewangan negara sudah kering maka kerajaan terpaksa memerah poket rakyat. Tindakan sebegini bukan sesuatu yang pelik. Dalam mana-mana kerajaan di seluruh dunia ini melakukan hal yang sama menjadikan rakyat secara terpaksa sebagai penanggungjawab. Rakyat adalah pemodal utama kepada pembangunan sesebuah negara. Jadi tindakan mengutip wang dari poket rakyat untuk tujuan pembangunn, keselamatan dan hal-hal kebajikan lain tidak pelik dan bukan satu kesalahan jika dilakukan dengan telus dan adil. Oleh demikian kenapa kerajaan atau Najib Razak menjadi 'sesat akal' dalam hal ini. Kenapa beliau tidak mahu berterus terang dengan rakyat akan kesusahan dan masalah negara. Beliau sepatutnya berterus terang dengan rakyat menjelaskan apa yang sedang berlaku. Betapa beliau hendak menyembunyikan masalah negara atau dirinya sendiri akhirnya rakyat akan tahu juga. Cara Najib tidak ubah seperti hendak melindungi garam dengan mencampakkan ke dalam sungai. Saya yakin kalau Najib tulus, berani dan berterus terang rakyat tidak akan gelisah, kecewa dan marah dengan apa diumumkan itu. Rakyat akan menerima dengan seada-adanya. Misalnya semasa membentang bajet tempoh hari Najib boleh memberi tahu rakyat secara jujur dan ikhlas akan sebab musabab disebalik kenaikan harga gula, minyak petrol (sebelum ini atau selepas ini) dan juga dangan mengenai cukai GST mulai tahun 2015 itu. Ceritalah dan akui kepada rakyat bahawa tindakan itu terpaksa diambil kerana negara sedang berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal. Justeru beliau harus jujur mengatakan negara terpaksa mengemis dengan rakyat demi masa depan negara. Kalau Najib berani berkata begitu rakyat tidak akan ada masalah dan tidak akan terkilan. Ini kerana rakyat tahu akan tanggungjawab mereka lagi pun rakyat negara ini dikenali sebagai rakyat yang sangat bertoleran dan berbaik budi. Tetapi kenapa Najib tidak berani berterus terang? Inlah satil dan cara orang kita berpolitik dan mentadbir negara. Mereka takut untuk berterus terang dengan rakyat dan sering menyembunyikan masalah kepada rakyat. Mereka sanggup menyatakan yang berkaki empat itu burung walaupun rakyat sudah tahu ianya adalah kambing. Cara dan tindakan Najib itu sangat merbahaya. Cara itu boleh merosakan reputasinya sebagai pemimpin. Demikian juga alasan Najib kononnya kenaikan harga gula itu bagi mengelakkan rakyat negara ini diserang kencing manis adalah alasan yang dangkal dan 'kelas sampah'. Orang boleh pertikaikan apakah Najib baru sedar rakyat negara ini mengalami masalah kencing manis sedangkan fenomena itu sudah bertahun berlaku. Sepatutnya usaha mengurangkan gula demi mengurangkan serangan kencing manis diadakan kempen besar-besaran dua tiga tahun lalu bukan dengan cara menaikkan harga gula. Kelambatan Najib menyedari mengenai masalah ini adalah kelemahan sebagai seorang pemimpin. Orang yang waras dan berifkir akan menempelak Najib dengan bertanya apakah rokok, shisa minum keras dan sebagai tidak mendatangkan mudarat kesihatan kepada rakyat? Tetapi kenapa pula tidak ada pengumuman kenaikan harga atau cukai kepada bahan-bahan najis dan berdosa itu atas alasan untuk menjaga kesihatan? Kesongsangan ini menyebabkan orang nampak kenaikan gula itu bukan masalah kencing manis tetapi kerana ingin wang dari 'kocet' rakyat. Kocet kocet tu gak, poketlah. Kocet bahasa Kelantan poket bahasa orang putih. Lebih afdal kalau Najib berterus terang dan memberi alasan begini dalam ucapan bajet kelmarin; "kita terpaksa naikkan harga gula, mengenakan cukai GST kerana negara menghadapi masalah kewangan kritikal. Jadi untuk memastikan kewangan negara cukup maka kita kena mencari wang tambahan, dan caranya adalah begini (naikkan harga gula dan kenakan cukai GST). Adapun kenapa negara berdedapan dengan masalah kewangan kerana keadaan politik negara tidak setabil..." "Ketidakstabilan ini pula disebabkan kerenah pembangkang yang sepanjang masa mengkritik dan menggocak pentadbiran kerajaan dan sedikit pun tidak bersimpati dengan kerajaan. Gara-gara itu menyebabkan pelabur asing melihat negara kita dalam keadaan tidak stabil dan tidak kondusif. Natijahnya menyebabkan mereka enggan melabur atau menarik pelaburan sedia ada ke negara lain. Impilikasinya kepada pengembangan ekonomi kita...". Ertinya lebih baik Najib meletakkan masalah kewangan negara itu kepada pembangkang dan bukannya kepada penyakit kencing manis. Sekiranya Najib memberi alasan itu rakyat boleh menerimanya dan merasakan ia sebagai tepat. Dan dalam masa sama juga Najib boleh membuat seruan kepada rakyat agar mengurang politiking. Serentak itu juga Najib boleh memberi pertunjuk kesediaan untuk mengadakan dialog nasional dengan Pakatan Rakyat seperti disaran Anwar Ibrahim. Cara ini dilihat lebih profesional dan meletakkan Najib sebagai seorang pemimpin yang jujur, ikhlas serta berani. Dan juga pembangkang khasnya Anwar Ibrahim merasa kekok untuk menyerang Najib kerana dia berterus terang. Selagi Najib tidak mengakui kelemahannya dalam menjana pembangunan dan kewangan negara dan mengambil pendekatan mengseimbangkan kewangan negara dengan 'mencuri' duit rakyat dengan pelbagai cukai dan menaikan harga barang orang akan melihat Najib tidak ada idea dan kebolehan untuk mengurus sesebuah negara. Persepsi sebegini lebih teruk daripada tanggapan Najib suka berbohong dengan rakyat.http://msomelayu.blogspot.com/ | |||
BN Kedah macam tak sedar sudah jadi k'jaan Posted: 27 Oct 2013 04:18 PM PDT DETIK DAILY JERAI: Kerajaan BN Kedah dinasihati agar bercakap dan bertindak 'dalam keadaan sedar' memandangkan sudah lima bulan mereka memerintah negeri. Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, BN tidak perlu menunggu kemenangan mereka di Sungai Limau untuk membuat pembangunan kerana BN sudah berkuasa sebagai kerajaan. "Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada awal kempen baru-baru ini mengakui Sungai Limau sudah berada dalam keadaan baik di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak namun BN akan melakukan lebih baik lagi jika BN menang di Dun tersebut. "Saya ucap terima kasih kepada calon BN yang mengakui tentang kebaikan yang dilakukan Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang pemerintahan beliau. "Apa yang dilakukan oleh Allahyarham banyak dibantu oleh calon kita Ustaz Azam yang menjadi petugas kepada parti di peringkat Parlimen Jerai dan Dun. "Kalau dia kata bila BN ambil alih mereka akan lakukan pembangunan, saya fikir bahawa mereka dah ambil alih kerajaan jadi sepatutnya tak perlu tunggu pilihan raya kecil baru nak tambah baik," kata beliau ketika ditemui Harakahdaly di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15, hari ini. Tambah Mahfuz, sekiranya BN ikhlas ingin membangunkan Sungai Limau, seharusnya pembangunan itu dilakukan dalam tempoh lima bulan mereka memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei lalu. "Sepatutnya dalam tempoh lima bulan mereka dah buat sesuatu. Tapi dalam masa 5 bulan sebelum daripada kematian Allahyarham mereka tak pernah datang pun (Sungai Limau) untuk nak buat sesuatu yang lebih baik sedangkan mereka dah dapat kuasa. "Jadi janganlah dia bercakap seolah-olah kerajaan BN tak berkuasa di Kedah," ujarnya yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Sungai Limau. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan