DIALOG RAKYAT |
- Pensyarah kanan UPSI calon BN bagi pilihan kecil Sungai Limau
- Laporan polis terhadap Ibrahim Ali dibuat di Sabah
- Naib Presiden Umno: Ali jadi mangsa transformasi?
- Pakatan cadang RM3 bilion untuk Caruman Wanita
- Lebuhraya Pan-Borneo perlu disegerakan
- Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir UMNO Akhirnya "Dibunuh"
- Kalimah Allah: Isu Yang Memalukan Malaysia Di Mata Dunia
- Malaysia pada tahun 2030
- KPM tidak wajar belanja RM270 juta untuk khidmat tiga syarikat perunding asing: Zairil
- BAJET PR 2014: Bentang ringkasan elak ditiru UMNO/BN
- 1 Kalimah 2 Undang-undang: Al-Kitab Boleh, Herald Tak Boleh!?
- PRK Sungai Limau; PAS Cabar Umno Bertanding Secara ‘Jantan’
- Kerajaan Umno-BN Terengganu Menghina Demokrasi dan Pilihan Rakyat
- Yang menang ialah Umno, yang kalah ialah Melayu -
- Ketua bahagian Umno lebih mudah dapat tanah
- KEKALAHAN Mukhriz beri kesan di Sg Limau
- Bas terbalik, rombongan pengantin cemas
- Misteri lama pergi tandas
- Apakah Melayu Akan Berubah?
- Beri pelepasan cukai lebih tinggi
- 10 Muka Baharu Dalam Saf Anggota MT
- Saya pro-ulama, pilih Mat Sabu
Pensyarah kanan UPSI calon BN bagi pilihan kecil Sungai Limau Posted: 21 Oct 2013 07:58 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ahmad Sohaimi Lazim dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini. Pemilihan Ahmad Sohaimi diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN di Bilik Gerakan BN bagi PRK DUN Sungai Limau di Sungai Lentang, Sungai Limau, hari ini. Muhyiddin berkata pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan. Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. "Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman itu. Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini. Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai PAS dalam lima pilihan raya umum sejak 1995, Muhyiddin berkata apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik. Mengenai dakwaan PAS bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Limau ini tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diterajui BN kerana masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata BN berharap untuk menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam soal pembangunan di DUN Sungai Limau. "Kita tak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat PAS. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas. "Kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN lebih mudah (untuk membuat perubahan). Ini yang kita tawarkan," katanya. Muhyiddin berkata BN akan menumpukan kepada soal-soal positif pada pilihan raya kecil ini kerana baginya PAS dan Umno mempunyai banyak persamaan. Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin berkata BN memutuskan untuk bertanding atas faktor demokrasi walaupun ada beberapa pihak yang meminta supaya BN dan Umno memberi laluan mudah kepada PAS dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah. "Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri kita lagi. Tak banyak beza antara PAS dan Umno. Umno berjuang untuk Islam begitu juga dengan PAS. Umno perjuang Ummah begitu juga dengan PAS," katanya. Katanya BN menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu suara masyarakat di Sungai Limau didengari daan memastikan Sungai Limau maju. Turut hadir pada majlis itu ialah Mukhriz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari pengundian PRK Dun Sungai Limau manakala 23 Oktober sebagai hari penamaan calon. Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 Sept lepas. – Bernama | ||||
Laporan polis terhadap Ibrahim Ali dibuat di Sabah Posted: 21 Oct 2013 07:51 AM PDT Ini adalah rentetan daripada beberapa kenyataan Ibrahim Ali yang tidak menghormati agama Kristian yang merupakan agama penduduk majoriti di Sabah dan Sarawak. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah amat kecewa dengan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mahu bible berbahasa Melayu dibakar. Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang rakyat asal Sabah pada 20 Oktober lalu jam 8 malam. "Rakyat Sabah prihatin terhadap keamanan dan bertekad membuat satu laporan polis terhadap Ibrahim Ali di Balai Polis Polis Luyang, Kota Kinabalu," kata Jacky (nama samaran). "Ini adalah rentetan daripada beberapa kenyataan Ibrahim Ali yang tidak menghormati agama Kristian yang merupakan agama penduduk majoriti di Sabah dan Sarawak, "Sememangnya kita tahu bahawa Ibrahim Ali amat 'lantang' berkata dan akan memilih untuk 'bersidang' pada waktu isu tertentu,"tegas beliau Dalam laporan tersebut pengadu menyatakan bahawa beliau ingin keamanan dan kedamaian di negara berkekalan. Beliau mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang dibawah Seksyen 4(1)(B) Akta Hasutan 1948 kepada Ibrahim Ali di atas tuduhan menghasut kententeraman dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kau dan agama. Kenyataan beliau yang tersebar luas tersiar luas di media tempatan mahupun luar negara berkenaan pengharaman Alkitab Kristian dan menghina kepercayaan agama yang melanggar peruntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Bagi sesetengah orang, mereka melabel Ibrahim Ali sebagai 'Bapa Perkauman' di Sabah dan agak sinonim dengan 'katak' di Malaysia. Turut baca: Hasrat Bung Mokhtar letak jawatan dibantah | ||||
Naib Presiden Umno: Ali jadi mangsa transformasi? Posted: 21 Oct 2013 07:47 AM PDT Perwakilan Sabtu lalu mengesahkan pilihan 2,500 orang perwakilan yang mengundi mereka bertiga pada tahun 2009 dahulu. ANALYSIS PETALING JAYA: Seramai 146,000 perwakilan dari 191 Bahagian Umno di seluruh negara mengekalkan status quo bagi jawatan Naib Presiden Umno Sabtu lalu. Mereka mahu Pasukan Trio yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meneruskan kesinambungan perjuangan untuk membantu presiden dan timbalan presiden menghadapi PRU ke-14 nanti. Perwakilan Sabtu lalu mengesahkan pilihan 2,500 orang perwakilan yang mengundi mereka bertiga pada tahun 2009 dahulu. Kalau dahulu 2,500 orang yang menentukan kepimpinan Umno tetapi kini 146,000 orang yang menentukan penyambung warisan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Umno. Mereka memilih pemimpin yang ada kedudukan dalam kerajaan pusat. Orang yang ada kedudukan di negeri, Datuk Mukhriz Mahathir tewas. Begitu juga orang yang tidak ada kedudukan dalam kerajaan seperti Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam. Kalau dahulu, perwakilan seramai 2,500 orang memilih dua orang Naib Presiden yang ada kedudukan dalam kerajaan tetapi mereka memilih satu orang yang tiada kedudukan dalam kerajaan. Ini berlaku pada tahun 1978, 1981, 1984 dan 1990. Pada tahun 1978, Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Pelajaran, Datuk Musa Hitam menang. Yang tiada jawatan dalam kerajaan iaitu Ghafar Baba turut menang. Ghafar menang juga pada tahun 1981 selain dari Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. Pada tahun 1984, buat kali ketiga Ghafar yang tiada jawatan dalam kerajaan menang selain dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Pada tahun 1990, Pak Lah yang tiada jawatan dalam kerajaan menang kerusi tersebut selain dari Menteri Pelajaran, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid. Malah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pernah menang Naib Presiden Umno pada tahun 2000 walaupun tiada jawatan dalam kerajaan selain dari Najib dan Muhyiddin. Begitulah peranan 2,500 perwakilan Umno dahulu yang mengimbangi antara yang ada jawatan dalam kerajaan dengan yang tiada jawatan ketika memilih Naib Presiden Umno. Berdasarkan trend ini, oleh itu apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bertanding jawatan itu pada 19 Oktober lalu, ramai yang meramalkan beliau akan menang walaupun beliau tiada jawatan dalam kerajaan memandangkan beliau pernah jadi Naib Presiden Umno (2004-2009) dan pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno (2009) tetapi tidak dibenarkan oleh Lembaga Disiplin Umno. Maka ramai yang ramal beliau akan menang. Sebaliknya Ali hanya mendapat tujuh undi sahaja dari tujuh bahagian. Inilah bezanya antara 2,500 perwakilan dahulu dengan 146,000 perwakilan sekarang. Tetapi dengan perwakilan sebegitu ramai, ketua bahagian sendiri tidak dapat mengawal perwakilan yang mengundi secara sulit. Sebab itulah Ali yang baru lima bulan tidak jadi Ketua Menteri Melaka kecewa kerana hanya satu daripada enam bahagian di Melaka yang mengundinya. Beliau hanya mendapat undi daripada Umno Bukit Katil yang diketuainya manakala lima lagi iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian. Beliau baru lima bulan tidak ada kuasa di Melaka tetapi lima Ketua Bahagian sudah melupakannya. Saya rasa bukan salah ketua bahagian tetapi mereka tidak dapat mengawal kehendak perwakilan kerana yang mengundi terlalu ramai tidak seperti dahulu boleh kawal 2,500 orang perwakilan. Ali bukan sahaja berjasa di Melaka malah di seluruh negara di mana ramai ketua bahagian dapat pingat Datuk dari Melaka di atas rekomendasi Ali ketika menjadi Ketua Menteri Melaka dahulu. Tetapi Ketua Bahagian di luar Melaka yang dapat Datuk Melaka pun tak dapat membalas budi Ali dengan memberi undi kepada Ali. Begitulah nasib Ali apabila Ali yang kalah dalam pilihan raya umum lalu tidak menjadi tarikan para perwakilan untuk mengangkatnya sebagai Naib Presiden Umno sekali lagi. Kalau Ali menang di parlimen Bukit Katil Mei lalu, sudah tentu Ali jadi menteri pusat, dan dia akan menjadi saingan sengit kepada Pasukan Trio. Inilah hakikat yang harus beliau terima. Apabila beliau tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau pusat, tidak siapa nak lihat beliau, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri, semua sokong beliau. Ali menjadi mangsa transformasi Umno. Kalaulah perwakilan kekal 2,500 orang, saya percaya Ali tetap menang. Itulah bezanya antara 2,500 perwakilan dahulu dengan 146,000 orang perwakilan sekarang. 2,500 orang perwakilan dahulu memilih Naib Presiden Umno tanpa mengambil kira calon ada jawatan atau tidak dalam kerajaan tetapi 146.000 perwakilan sekarang memilih Naib Presiden Umno berdasarkan calon ada kedudukan dalam kerajaan. Turut baca: MKT Umno dilantik: Siapa pilihan Najib? | ||||
Pakatan cadang RM3 bilion untuk Caruman Wanita Posted: 21 Oct 2013 07:23 AM PDT
Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengumumkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini. "PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan negara. Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya. Pakatan juga memperuntukkan sebanyak RM3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri rumah-suri rumah. "Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan," katanya. Selain itu, sebagai mengiktiraf peglibatan wanita dalam pembuat dasar, Pakatan akan mengekalkan polisi untuk meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2017. "Pimpinan wanita di Parlimen, pengurusan korporat dan kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama," katanya. | ||||
Lebuhraya Pan-Borneo perlu disegerakan Posted: 21 Oct 2013 07:20 AM PDT
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lokasi kemalangan perlu dikenal pasti untuk diperbaiki dan penyelenggaraan yang berkala juga perlu dilakukan di jajaran lebuhraya berkenaan. Beliau berkata demikian sewaktu mengumumkan Balanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini. "Pakatan Rakyat percaya peningkatan penyambungan sama ada dari segi perhubungan seperti internet, mahupun perhubungn fizikal seperti lebuh raya adalah amat perlu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang, mampan dan inklusif," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga berkata, polisi kabotaj untuk Sabah dan Sarawak akan dikaji semula kerana polisi yang lebih baik akan berupaya menurunkan harga kargo dan barang-barang yang masuk atau keluar dari Sabah dan Sarawak, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Selain itu, PR juga akan memberi tumpuan kepada perbekalan air dan elektrik seratus peratus untuk kawasan luar bandar dan bandar terutamanya Sabah dan Sarawak. Ini akan memastikan bekalan air bersih dan elektrik menerusi penggunaan teknologi solar, kincir angin dan mikrohidro. | ||||
Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir UMNO Akhirnya "Dibunuh" Posted: 21 Oct 2013 07:14 AM PDT KELAB GREENBOC Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang bahawa "redha dengan kekalahan kerana beliau tidak mengamalkan politik wang" memberi faham yang jelas apa sebenarnya yang berlaku dalam perebutan jawatan pada pemilihan Umno. Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, mengeluarkan kenyataan itu selepas diumumkan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliau sejak 2009 lalu. Beliau tewas dalam perebutan tiga penjuru kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu. Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta seorang lagi pencabar Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi. Saifuddin melalui laman mikro Twitternya bagaimanapun berkata beliau akur dengan keputusan itu, kerana beliau telah cuba membawa budaya politik baru iaitu berkempen tanpa sogokan dan politik wang. "Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan. "Saya kalah, tapi saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd. Biarpun redha, kenyataannya itu dilihat banyak pihak seperti berbaur kesal dengan sesetengah pemimpin Umno yang masih mengamalkan politik wang membeli undi perwakilan. Kenyataan itu juga dilihat selari dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno termasuk pada pemilihan kali ini. Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang kepada perwakilan. "Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang. "Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur baru-baru ini. -HD ULASAN GB Pada tahun 2001 lagi, di dalam satu ulasan GB, di SINI, GB pernah meramalkan jangka hayat Datuk Saifuddin tidak akan lama di dalam UMNO. Petikan: Jikalah ramai pemimpin UMNO macam Datuk Saifuddin Abdullah ini, habis Pakatan. | ||||
Kalimah Allah: Isu Yang Memalukan Malaysia Di Mata Dunia Posted: 21 Oct 2013 07:12 AM PDT Polemik 'Allah' merebak ke dunia Islam KELAB GREENBOC Rumah siap pahat berbunyi. Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya. "Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya. "Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini. Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional. "Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi. Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'? Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha. "Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar... "Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan. Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam. Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?| "Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis. PERKASA: Ada juga Arab jahil Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil. "Kenapa kita mesti kisah... Saya tak rasa semua orang Arab faham Islam. Bahawa tiada seorang pun yang jahil di sana. "Mereka (daripada dunia Arab) yang menyokong AS menyokong Sosialis dan Kristian... "Begitu juga di Indonesia... lagi teruk. Sesiapa yang bersongkok tidak semestinya orang Islam... ada mereka yang makan babi. Semuanya tidak mustahil di Indonesia," beliau dipetik sebagai berkata. -mk ULASAN GB Tak pelik ker hanya Malaysia mengharamkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sedangkan satu dunia zaman berzaman tak pernah mengharamkannya? Hebat betul "Islam Melayu" ni! | ||||
Posted: 21 Oct 2013 07:09 AM PDT Oleh Liew Chin TongBarangkali perspektif baru diperlukan ketika membincangkan isu yang terpampang di depan mata pada tahun 2013, dengan membayangkan kemungkinan yang bakal berlaku pada tahun 2030. Padahal, PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi dan PM ke-6 Najib Razak terlepas peluang untuk mereformasikan ekonomi dan politik ketika zaman pemerintahan mereka. Begitu juga dengan Wawasan 2020, impian yang semakin jauh untuk digarap jikalau diteliti situasi yang membelenggu kita pada hari ini. Kita tidak bergantung kepada Barisan Nasional sahaja ketika membincangkan masa depan Malaysia pada era pasca PRU13. Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri perlu dirujuk untuk memperluaskan lingkungan perbincangan ini. Populasi Malaysia dijangka melonjak sejajar dengan pertambahan populasi dunia, melainkan sesuatu yang tidak terduga berlaku. Purata usia meningkat seiring dengan peningkatan kadar jangka hayat. Dengan kata lain, penuaan populasi akan berlaku. Maka keperluan populasi yang bertambah ini wajar dibincangkan secara terperinci, dengan mengambil kira keperluan makanan, perumahan, pengangkutan, air, tenaga, perubatan dan rawatan, pendidikan dan sebagainya. Namun demikian, pendekatan kerajaan BN mengendalikan bekalan tenaga dan air lebih dilihat sebagai perebutan untuk membina lebih kemudahan air, daripada untuk memenuhi permintaan masa depan. Malah, saya menganggap padahalnya ia lebih merupakan permintaan kroni. Sistem pengurusan bekalan air yang berasaskan penggunaan semata-mata tidak berkekalan tanpa usaha pemuliharaan air untuk jangka panjang. Pertambahan populasi menjurus kepada permintaan tanpa batas, meskipun kita sedar bahawa sumber bumi amat terhad. Pada dasarnya, usaha pemuliharaan air bertujuan untuk menguruskan permintaan jangka panjang. Jikalau dilihat dalam konteks pertikaian bekalan air di negeri Selangor – persoalannya, apakah benar rakyat dimanfaatkan melalui sumber air baru yang diwujudkan dengan projek seperti pemindahan air Pahang-Selangor? Atau apakah projek infrastruktur sedemikian sekadar sumber rezeki untuk kontraktor lantikan kerajaan persekutuan? Sebaliknya, kerajaan yang berpandangan jauh harus berusaha untuk mengurangkan peratusan air-tidak-terhasil (non-revenue water, iaitu sumber air yang kehilangan lantaran kebocoran paip, kecurian atau tumpahan) daripada 35% kepada 15% sekurang-kurangnya, iaitu penanda aras yang ditetapkan di Pulau Pinang – selain pelaksanaan strategi pemuliharaan air yang lain. Begitu juga dengan pengurusan bekalan tenaga, kita perlu memikirkan hal ini dari sudut pandangan pengurusan permintaan. Ini kerana kesan pemanasan global dijangka meningkat menjelang tahun 2030. Pemuliharaan sumber dan pengurangan pelepasan karbon menjadi langkah yang gagal dielakkan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Dan masanya tiba untuk kita mengkaji semula pengangkutan dan perancangan bandar – seandainya kita tidak berhasrat untuk menjadikan lebuh raya kita sebagai medan letak kereta terbesar di dunia. Dengan kata lain, membina lebih banyak jalan raya tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik. Urban sprawl, atau rebakan pinggir bandar semakin menular apabila pemaju perumahan terus mengembangkan kawasan sempadan bandar. Harga rumah yang tinggi mendadak telah memaksa penduduk untuk membeli rumah yang jauh dari pusat bandar. Maka golongan ini akan menjadi mangsa ekonomi apabila harga minyak naik, lantaran sistem pengangkutan kita yang berorientasikan kenderaan persendirian. Untuk sekian lama model pembangunan Malaysia berpusatkan ibu kota (KL-centric), dengan peminggiran negeri-negeri lain, terutamanya Sabah dan Sarawak. Lebuh raya Utara-Selatan (yang dibina untuk kenderaan persendirian) telah mengurangkan penggunaan dan perancangan sistem keretapi. Pekan yang sibuk dan meriah seketika dahulu dengan keretapi, kini menjadi sepi dan terpencil. Kita mesti membina sistem pengangkutan awam nasional dengan kos tanggungan yang berpatutan. Bas dijadikan keutamaan (dari segi kos yang mampu ditanggung), sementara sistem keretapi perlu diberi visi baru. Sistem keretapi kita tidak banyak diperkembangkan sejak kemerdekaan, dan ia masih kekal sebagai rangkaian untuk menjalinkan utara-selatan, dengan cabang yang terhad ke bandar kecil dan pekan. Kita semestinya berdepan dengan masalah makanan lantaran pertambahan populasi, lantas sektor pertanian perlu dipergiatkan. Mutu dan kos sistem perubatan wajar diberi perhatian apabila penuaan populasi berlaku. Kita harus peka dan sedar bahawa pendapatan rendah sekarang bakal mewujudkan warga emas yang miskin pada masa depan setelah mereka bersara, memandangkan bantuan kerajaan amat terhad. Menilai tahun 2013 dengan membayangkan tahun 2030 akan membebaskan kita dari kepompong politik lama. Malangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk meninggalkan politik lapuknya. Justeru itu, kita memerlukan pemikiran baru untuk memahami cabaran pada masa depan. Kita akan melangkaui batas perkauman ketika memikirkan isu-isu di atas, dan kemudian membina masa depan dengan agenda kita bersama. (tamat) *Liew Chin Tong ialah ahli parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP. Beliau oleh dihubungi dengan supportlct@liewchintong.com. | ||||
KPM tidak wajar belanja RM270 juta untuk khidmat tiga syarikat perunding asing: Zairil Posted: 21 Oct 2013 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak sewajarnya membelanjakan RM270 juta untuk menggunakan khidmat tiga juru perunding bagi merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 terutama bagi meningkatkan kualiti guru bahasa Inggeris. Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, matlamat itu adalah baik cuma kos bayaran kepada juru perunding berkenaan tidak sepadan dengan harganya kerana teklag sedia ada yang lebih murah dan lebih baik. Katanya, baru-baru ini didedahkan KPM membayar RM20 juta kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan dalam merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Bagaimanapun, beliau berkata, rupa-rupanya bayaran untuk khidmat nasihat perundingan sebanyak RM20 juta kepada McKinsey itu hanya sebahagian kecil daripada keseluruhannya. "Mengikut jawapan Parlimen yang saya terima daripada Menteri Pendidikan, KPM telah melantik tiga perunding luar iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group, dalam program tiga tahun bertujuan "meningkatkan kapasiti" guru bahasa Inggeris di negara ini. "Ketiga-tiga firma perunding itu dianugerahkan kontrak mulai 2011 hingga 2013 dengan kos keseluruhan berjumlah RM268.5 juta atau RM89.5 juta setahun. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, firma terbabit akan menyediakan 360 mentor penutur jati bahasa Inggeris (120 mentor setiap firma) sepanjang tempoh tiga tahun. "Jawapan Parlimen menyatakan selanjutnya bahawa sejumlah 7,500 guru daripada 1,800 sekolah akan dilatih, dengan tanggungjawab dibahagikan mengikut geografi. British Council ditugaskan menyediakan mentor untuk melatih guru di Labuan, Sabah dan Sarawak, Brighton Education Group akan melatih guru di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. manakala, SMR HR Group akan melatih guru di Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kedah dan Selangor. "Dalam erti kata lain, hampir RM270 juta dibelanjakan untuk mengupah 360 mentor Inggeris berkenaan. Kos ini mencecah RM250,000 setahun bagi setiap mentor, atau hampir RM21,000 sebulan," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata, tidak kira apa penjelasan yang diberi KPM, tidak ada alasan munasabah yang boleh mewajarkan jumlah yang tidak masuk akal itu dibelanjakan bagi menyediakan apa yang sebenarnya merupakan cuti bergaji selama tiga tahun bagi 360 mentor penutur jati bahasa Inggeris. Selain itu, katanya, berdasarkan laporan dan maklum balas yang diterima daripada guru yang menjalani program "sesi bersama mentor" hanya antara tiga hingga empat jam sebulan, ini serta-merta menimbulkan persoalan tentang keberkesanan program mentor itu bagaimana seseorang itu diharap dapat menguasai sesuatu bahasa dengan hanya tiga hingga empat jam latihan sebulan Beliau berkata, tambahan pula, jumlah perbelanjaan sebanyak RM270 juta untuk melatih 7,500 guru adalah bersamaan dengan RM36,000 bagi setiap guru dalam tempoh tiga tahun. "Jumlah ini adalah lebih daripada kos untuk mendaftar guru yang sama ke program ijazah dalam bahasa Inggeris dengan struktur pembelajaran yang tersusun di sebuah universiti tempatan. Contohnya, Universiti Terbuka Wawasan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Bahasa Inggeris dengan kos kira-kira RM24,000, iaitu dua pertiga kos program mentor yang disediakan firma perundingan terbabit. Sementara itu, kos kursus diploma selama enam bulan dalam TESOL (Teaching English to Speakers of Other Languages) hanya RM4,500 di kolej swasta tempatan. "Meskipun matlamat untuk meningkatkan kualiti guru bahasa Inggeris adalah terpuji dan perlu diteruskan, namun ini sama sekali tidak membenarkan KPM bertindak sewenang-wenangnya melantik jururunding yang tidak sepadan dengan harganya, terutama apabila pilihan yang lebih murah dan lebih baik telah sedia ada," katanya .Roketkini.com | ||||
BAJET PR 2014: Bentang ringkasan elak ditiru UMNO/BN Posted: 21 Oct 2013 06:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) hari ini hanya membentangkan ringkasan Bajet alternatif 2014 untuk mengelak ia ditiru UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang berlaku pada pembentangan Bajet 2013 lalu. Bajet Pakatan Rakyat kali ini memberi fokus kepada tiga teras utama merangkumi pengukuhan kedudukan fiskal negara dan memperkasakan kewangan awam, pembangunan ekonomi seimbang, inklusif, mampan serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat. Bajet PR 2014 itu sudah dimuktamadkan semalam dan akan dibentangkan sepenuhnya Khamis ini. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan kedudukan fiskal negara amat penting dalam memastikan kesinambungan kedudukan kredit negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan defisit dan hutang negara. Menurut beliau, Bajet PR 2014 adalah usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar tiga peratus GDP 2015, seterusnya mencapai lebihan bajet (budget surplus) selewat 2018. "Reformasi fiskal ini akan membolehkan Malaysia keluar daripada kemelut hutang yang kini melebihi RM500 bilion dan kos pembayaran hutang melebihi RM20 bilion setahun. "Ia juga menjamin ekonomi berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar serta tidak menentu. "Reformasi fiskal juga dapat memastikan pertumbuhan ekonomi beralih daripada berasaskan pinjaman kepada yang dijanakan oleh aktiviti kerajaan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. PR juga meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2014 pada kadar 5.2 peratus berbanding 2013 pada kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus berdasarkan ramalan peningkatan ekonomi global. Bagi menjana pendapatan kerajaan lebih saksama dan adil, PR akan menangguhkan implementasi GST yang dilihat lebih membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh menegaskan keputusan untuk hanya membacakan ringkasan Bajet adalah bertujuan mengelak daripada ditiru UMNO/BN. "Kita tidak kisah jika mereka (UMNO/BN) mencuri idea bajet, tapi harus ada pengakuan atas peniruan itu," tegasnya. Pada sidang media yang sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Bajet PR juga menekankan kepada langkah pendidikan menyeluruh termasuk di pendalaman Sabah dan Sarawak. "Agak mengecewakan sepanjang penubuhan Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak, mereka khususnya di pendalaman masih ketinggalan daripada segi pengetahuan serta pendidikan. "Untuk menambah baik kualiti dan mutu pendidikan dengan menubuhkan sekolah vokasional yang berbeza daripada sistem sedia ada. Kita mencadangkan lima sekolah di sana untuk memenuhi kehendak pelajar termasuk sekolah untuk warga OKU," katanya. Pada masa sama, Ahli Parlimen DAP Bagan itu turut menyarankan agar liputan SOCSO harus diperluaskan kepada pekerja di Malaysia. "Liputan SOCSO hendaklah diperluaskan, di mana skim insurans untuk mereka perlu dilindungi sepanjang 24 jam bukan hanya pada waktu bekerja. "Jumlah bayaran perlu dilipat ganda dengan sumbangan serampang tiga mata iaitu pekerja, majikan dan kerajaan pusat.," ujarnya. -Roketkini.com | ||||
1 Kalimah 2 Undang-undang: Al-Kitab Boleh, Herald Tak Boleh!? Posted: 21 Oct 2013 06:54 AM PDT KDN Boleh Larang Penggunaan Perkataan Memudaratkan Keselamatan Negara - AGKELAB GREENBOC KUALA LUMPUR: Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini. "Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya. Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009. Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009, yang melarang Titular daripada menggunakan perkataan 'Allah' dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald. Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut. Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali. "Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya. "Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan 'Allah', tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani. Beliau berkata, Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama. "Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada 'Tuhan', bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. -Bernama ULASAN GB Pelik bin ajaib! Pertama, apakah perkataan ALLAH itu dianggap memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam? Sebut nama ALLAH pun dikira memudharatkan keselamatan dan ketenteraman awam? Kedua, yang terlebih pelik, pengharaman penggunaan perkataan ALLAH hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah Herald. Versi majalah tersebut di dalam bahasa lain boleh menggunakan perkataan ALLAH, dan bible Al-Kitab pun boleh. Apa kata para pejuang kalimah ALLAH sekalian? Okaykah macamtu | ||||
PRK Sungai Limau; PAS Cabar Umno Bertanding Secara ‘Jantan’ Posted: 21 Oct 2013 06:48 AM PDT BULETIN ONLINE Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu YB Haji Haji Hanafiah Mat berkata, rekod terakhir dalam PRK Kuala Besut yang lalu, pemimpin Umno-BN masih 'tidak tahu malu' dan menggunakan kemudahan kerajaan sewenang-wenangnya. Beliau berkata pihak-pihak penguatkuasa dan pemegang amanah yang dilantik oleh rakyat perlu tegas membezakan di antara program kerajaan dan kempen politik pilihanraya. "Banyak majlis-majlis yang dianjurkan atas nama kementerian dan jabatan dalam masa kempen politik pilihanraya kecil Kuala Besut, "setiap elemen dalam penganjuran program, para pegawai kerajaan………kenderaan kerajaan………. dan perbelanjaan program semuanya dibiayai oleh cukai seluruh rakyat, "tetapi majlis-majlis digunakan sebagai majkis kempen untuk calon Umno-BN,"ujarnya yang juga adalah Pengurus Kempen PAS bagi PRK Kuala Besut. Beliau hairan bagaimana pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh menyokong tindakan Umno menggunakan jentera kerajaan dan tidak dapat membezakan antara parti politik dan kerajaan. Sedangkan bukan sahaja ada sempadan-sempadan yang jelas antara parti politik dan kerajaan bahkan dalam Islam adalah haram dan berdosa menggunakan harta milik kerajaan untuk tujuan peribadi atau kelompok tertentu. Oleh itu, beliau berkata, rakyat perlu melihat dengan jelas bagaimana pimpinan dan kerajaan memanupulasikan jentera kerajaan dan mengkhianati amanah rakyat. "soal syubhah (subahat) pun akan dipersoalkan apatah lagi Umno menggunakan RTM, Jabatan Penerangan dan pelbagai Jabatan untuk meraih undi, "rakyat perlu memisahkan diri dari parti Umno dan Barisan Nasional yang jelas telah mengakibat keburukkan dan bencana didunia ini," jelas Hanafiah | ||||
Kerajaan Umno-BN Terengganu Menghina Demokrasi dan Pilihan Rakyat Posted: 21 Oct 2013 06:47 AM PDT BULETIN ONLINE Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia satu tidakan yang kebudak-budakan. "adakah rakyat negeri Terengganu ini 'bodoh' (dalam mengundi dan) memilih pimpinan PAS………ini satu penghinaan kepada rakyat da penghinaan kepada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, "ia merupakan tindakan kebudak-budakan yang tidak wajar (sama) sekali (diamalkan), penafian terhadap suara rakyat yang telah membuat pilihan."tegasya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian kepada pihak media dalam sidang media yag diadakan di Kualai Ibai, di sini semalam, Khamis 17 Oktober Turut sama dalam sidang media itu adalah Timbalan Pesuruhjaya II Hj Muhyiddin Abd Radhid, Bendahari Hj Shukrimun Shamsuddin, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly dan lain-lain | ||||
Yang menang ialah Umno, yang kalah ialah Melayu - Posted: 20 Oct 2013 04:48 PM PDT
Beberapa minggu lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Datuk Mukhriz Mahathir. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir. Hari ini, pendapat Tengku Razaleigh Hamzah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh Mukhriz kalah lagi. Beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) untuk jawatan ketua Pemuda, Mukhriz tewas. Maknanya, Dr Mahathir pun tewas. Nampaknya, Umno tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin Umno yang tamak haloba. Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia. Oleh kerana baka Dr Mahathir hidup lama, maka masih ada masa untuk Dr Mahathir berbuat demikian. Ketika round pertama dulu, bab yang Dr Mahathir menang ialah dia berjaya menghasut meyakinkan ramai pemimpin Umno ketika itu membeloti Pak Lah. Beza Pak Lah dengan Najib ialah Pak Lah ketika itu selalu tidur. Sama ada disebabkan suatu penyakit yang Pak Lah kata dia ada atau memang benar Pak Lah suka tidur, maka Pak Lah tersungkur. Tapi Najib walaupun lembab , dia tidak tidur. Najib mahu checkmate pengaruh Dr Mahathir jadi dia buat panggilan peribadi kepada semua pengerusi perhubungan dan pemimpin Umno tertentu di peringkat bahagian menyatakan dia mahukan status quo. Bagaimana saya tahu? Sebab saya bekas ketua penerangan Najib dahulu dan saya tahu memang ini cara Najib. Hendak buat terang-terangan dia penakut, maka dia buat personal calls. Dalam perbualan tersebut, Najib akan pujuk dengan pelbagai umpan dan konsesi. Dr Mahathir pun kalau dia panggil sendiri, apa yang dia boleh tawarkan? Dia bukan lagi PM yang ada kuasa memati dan menghidupkan. Semalam Pak Lah bersara daripada politik. Akhirnya Pak Lah yang menang dan berundur dengan tenang. Pak Lah nyata lebih kuat sebab dia hidup dengan Jean. Dr Mahathir belum bersara dan hidup berjaga dengan dendam membara. Mulai hari ini, meriam Dr Mahathir akan menghala kearah Najib. Orang Umno yang sayang Dr Mahathir terutama dari Sabah yang menyatakan mereka tetap sayang Dr Mahathir mesti bangkit menyokong Dr Mahathir. Buktikan perasaan kepada Dr Mahathir lebih kuat daripada perasaan inginkan envelop itu bah. Pemilihan Umno sudah pun tamat. Naib presiden penyandang semua menang. 25 orang ahli Majlis Tertinggi (MT) pun dipilih. Orang akan melihat pengukuhan pengaruh Najib dalam kemenangan tiga penyandang naib presiden Umno. Pemilihan 25 MT lain pula. Ia adalah cerita janji yang diberi dan janji yang serupa dikhianati. It's a story of promises given, promises broken. Lebih 60 orang yang bertanding MT tahu apa yang saya cakapkan. Lihat penghisaban mudah ini; Jika setiap 146,000 perwakilan mendapat RM500 daripada setiap penjuru untuk satu tempat MT, maka wang yang diterima secara konservatifnya ialah RM73 juta. Untuk jawatan Naib presiden jika setiap perwakilan menerima secara pukul keliling RM1,000, maka RM146 juta. Paling minima RM200 juta menghujani ke atas perwakilan Umno. Bagaimana pula kepada skuad ejen calon yang menjelajah semua 191 bahagian Umno terutama untuk calon naib presiden? Setiap calon ada 10 orang untuk setiap bahagian dan 191 bahagian mempunyai 1,910 operatives. Jika setiap operatives ini diupah RM2,000 untuk dua minggu kerja, jumlah pembayaran kasar ialah RM38 juta. Maka secara konservatifnya, jumlah keseluruhannya sudah mencecah RM238 juta. Saya tidak akan terkejut jika jumlah wang yang berligar mencecah RM400 juta. Pemimpin atasan dalam 191 bahagian Umno takkan mahu dibayar RM20,000? Kalau RM1 juta satu bahagian untuk top dogs, sudah RM191 juta. Campur dengan RM238 juta sudah melebihi RM400 juta. Sebelum pemilihan ini dua minggu lalu, saya terdengar desas-desus dari kawan Umno saya, bahawa RM600 juta akan hujan rahmat macam hujan rahmat ke atas peneroka Felda suatu ketika dahulu. Hujan rahmat ini membasahi juga golongan haram jadah yang tidak menyokong Najib tapi sukakan kertas gambar Agong terutama yang berwarna ungu tu. Ada envelopnya bah.. Akhirnya yang menang ialah wang. Tidak ada yang demokratik dengan melibatkan 146,500 perwakilan Umno di seluruh negara. Yang berlaku bukannya pendemokrasian pemilihan - yang berlaku ialah penaburan wang secara lebih meluas. Jika dahlulu hanya 2,500 orang sahaja yang berkesempatan dilayani dan dimanjakan oleh pesaing pemilihan, kali ini, jumlah yang dijamu dan dilayani bertambah daripada 2,500 kepada 146,000 orang. Kaedah pemilihan kali ini meningkatkan nilai dan pentingnya ketua bahagian dan pemimpin utama di bahagian Umno. Yang bersifat baharu ialah pertambahan pembuat keputusan untuk menentukan pimpinan dalam parti Umno. Tapi mengharapkan pembaharuan dan kemajuan berlaku dalam tahun pertama kaedah pemilihan secara electoral college ini, hanyalah menipu diri sendiri. Saya harap ahli dan pemimpin Umno mengakui perkara ini. Langkah seterusnya dan cabarannya ialah membenarkan semua 146,000 orang dihitung secara pengundi popular. Ketepikan bloc voting. Cuba kita perhatikan kenyataan pesaing yang tewas. Kebanyakan menyatakan bahawa mereka kalah kerana perwakilan menolak mereka kerana mahu melakukan pembaharuan dan mereka tidak main politik wang. Saya tidak hairan, jika hari ini dan hari seterusnya, Dr Mahathir akan menyerang kepimpinan Najib sebagai kepimpinan yang merakyatkan politik wang. Yang berlaku ialah pendemokrasian politik wang. Ia dilakukan secara lebih meluas. Pemimin Umno yang tidak ada wang, tidak ada peluang langsung dalam politik Umno. Tapi ini suatu yang bagus. Ia bermakna, Umno tidak ada masa depan kerana ia tidak lagi membangun atas prinsip dan sistem nilai. Dalam PRU14 nanti Umno akan dibelasah lagi teruk. Kenapa? Sebab yang menang kebanyakannya daripada generasi X dan Y sedangkan yang akan mengundi dalam tahun 2018 nanti, majoritinya daripada generasi Z. Anak muda tidak terikat dengan pemikiran sekolah lama yang bercakap mengenai Melayu terancam dan diancam. Generasi yang tidak terpengaruh dengan percakapan perkauman, cakap mengajak rakyat berkelahi dan bercakap mengenai unsur yang memecahbelahkan negara. Generasi Z terdiri daripada pengundi yang menghitung faedah dan kos, untung dan rugi, generasi yang bercakap mengenai kebenaran dan kepalsuan, benar atau salah. generasi yang akan membuat keputusan mengikut right or wrong dan generasi yang mengadili sama ada kamu cekap dan competent. Bolehkah Umno menyesuaikan diri dengan persekitaran yang demikian dalam masa 5 tahun ini? Tidak mungkin. Generasi Z akan menenggelamkan pimpinan generasi X dan Y Umno sekarang. Itu menjadikan Umno apa? Ia menjadikan Umno - simply irrelevant dalam persekitaran generasi Z. - sakmongkol.blogspot.com | ||||
Ketua bahagian Umno lebih mudah dapat tanah Posted: 20 Oct 2013 04:45 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM - Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat perlu mendesak kerajaan Pusat supaya mendedahkan maklumat mengenai tanah secara telus supaya pengagihan tanah itu dapat dijalankan secara adil. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, jika hendak membuat perubahan untuk rakyat, kerajaan mesti terbuka dan bersikap telus supaya mudah tanah tersebut diagihkan kepada rakyat. "Kalau kita tidak tahu macam mana kita hendak mengagihkan tanah. Ketua Bahagian Umno lebih senang dapat tanah... dan orang yang dapat tanah itu tidak tahu mana tanahnya, ini betul," katanya ketika merasmikan Konvensyen Tanah & Perbandaraan Kebangsaan, di Shah Alam, pagi tadi. Selama ini kata beliau, pengurusan tanah di negeri Selangor dijalankan secara tidak teratur sehingga kerajaan negeri tidak tahu sama ada tanah tersebut tanah kerajaan atau sebaliknya. Mungkin ketika Selangor di tadbir kerajaan BN katanya, pentadbiran tanah tersebut disimpan dalam fail tanah yang mungkin melibatkan juga fail tanah yang terletak di bawah Pihak Berkuasa Tanah di SUK. "Banyak, orang kerja kena cari fail, fail cepat hilang, ada fail yang diuruskan ada fail yang ditinggalkan, jadi maknanya kita minta telus. Bila ditanya tanah itu siapa punya, jawapannya nanti," katanya. Menurut beliau, kerajaan negeri sudah mula masukkan semua fail tanah dalam komputer bagi memudahkan perncarian tanah dan kemungkinan alasan fail tanah hilang sudah tidak timbul. Beliau menegaskan, sistem pemilikan tanah mesti dilakukan dengan telus dan boleh menentukan setiap rakyat memiliki tanah dengan syarat mesti ada keterbukaan dalam maklumat tanah. Menurut beliau, kerajaan mesti mempunyai pengalaman mentadbir tanah dengan mengubah paradigma tanpa menggunakan sistem cara lama tetapi perlu mencari jalan bagaimana mahu mengagihkan tanah kepada rakyat. Di Selangor katanya, memerlukan lebih kurang 43,872 hektar tanah untuk pembangunan sehingga tahun 2020 dan ia merupakan cabaran besar bagi memastikan pembangunan guna tanah tidak melebihi keperluan yang diunjurkan. Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun kerajaan negeri sudah mempunyai dasar untuk menyediakan kediaman yang mampu dibeli oleh setiap keluarga. Menurut beliau, sejak tahun 2009 lebih 18,000 penduduk sudah diberikan notis Borang 5A atau surat pemberimilikan tanah menerusi program kediaman persendirian. "Kerajaan negeri dan pejabat daerah bekerjasama bagi memenuhi setiap permohonan untuk memiliki tanah sendiri yang diduduki lebih 10 tahun tanpa taraf milikan yang sah," tegasnya.Harakahdaily | ||||
KEKALAHAN Mukhriz beri kesan di Sg Limau Posted: 20 Oct 2013 04:41 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE JERAI - Kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno sedikit sebanyak memberi kesan kepada kempen BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau. Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Ustaz Nazri Din berkata, penyokong dan jentera BN dilihat telah menyandarkan harapan yang begitu tinggi kepada Mukhriz bagi merebut jawatan Naib Presiden Umno bagi menaikkan semangat jentera dan ahli parti untuk berkempen memenangkan calon BN. Mukhriz bgaimanapun gagal setelah ketiga-tiga penyandang berjaya mengekalkan jawatannya, kata Nazri. Namun begitu katanya, PAS tidak memandang rendah perkara itu dan akan bergerak dengan strategi tersendiri untuk meraih sokongan pengundi bagi memastikan kerusi tersebut kekal milik PAS. "Di saat jentera BN khususnya Umno terganggu dalam suasana pemilihan, PAS hadir dalam keadaan bersedia tanpa sebarang permasalahan timbul. "PAS akan mengambil peluang ini untuk menyusun gerak kerja yang kuat bagi menyaingi gerak kerja BN untuk meraih sokongan rakyat," katanya. Beliau berketa demikian ketika ditemui Harakahdaily di rumah petugas PAS Perak di Simpang Tiga, Sungai Limau, dekat sini malam tadi. Pengarah kontinjen petugas PAS Perak itu menjelaskan, PAS Perak telah diamanahkan untuk bertugas di dua Unit Peti Undi (UPU) iaitu Simpang Tiga, dan Selengkoh. Kedua-dua UPU itu katanya masing-masing tewas ketika PRU13 yang lalu. Namun kata Nazri, pihaknya melahirkan keyakinan untuk meraih sokongan dan mendapatkan undi yang lebih tinggi berbanding PRU13 lalu. Beliau menyatakan, jentera PAS Perak telah mula berkampung di Sungai Limau secara berperingkat hingga hari pengundian untuk membantu menyusun gerak kerja kempen. Jelas Nazri, PAS telah mengenalpasti pendekatan, strategi, cara berkempen yang paling sesuai untuk dipraktikkan oleh jenteranya sewaktu berkempen. "Kami akan berusaha sedaya mampu untuk memastikan kemenangan PAS di Dun Sungai Limau dapat dikekalkan," tegasnya.Harakahdaily | ||||
Bas terbalik, rombongan pengantin cemas Posted: 20 Oct 2013 04:37 PM PDT Orang ramai melihat keadaan bas yang terbalik di Kampung Gerai, Jertih, semalam. BESUT - Pasangan pengantin antara 30 penumpang yang nyaris maut apabila bas sewa khas membawa rombongan pengantin dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu, Kelantan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum terbalik di dalam parit di Kampung Gerai dekat Jertih, pagi semalam. Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu , pemandu kedua bas, Sharizan Mohd Nasir, 35, mengalami kecederaan kecil di jari dan dirawat sebagai pesakit luar, manakala kesemua penumpang lain termasuk 12 kanak-kanak dan pasangan pengantin terbabit tidak mengalami kecederaan. Menurut Sharizan, kejadian berlaku apabila pemandu bas, Mohd Fahrul Rozi Domora Ahmad Shah, 33, cuba mengelak sebuah kereta Perodua Viva dari arah Kota Bharu, Kelantan yang masuk ke laluannya. "Pemandu bas membunyikan hon sebanyak dua kali dan memberi lampu tinggi kepada pemandu kereta sebagai isyarat, namun kereta tersebut tetap berada di laluan salah. "Bagi mengelakkan bertembung, kawan saya memandu bas ke tepi, namun hilang kawalan akibat jalan basah sebelum terbabas ke dalam parit kemudian terbalik, manakala kereta itu bergesel dengan sisi kanan bas dan terjatuh ke dalam parit juga," katanya ketika ditemui di Balai Polis Trafik Daerah Besut dekat Jertih. Sharizan berkata, ketika kejadian, anaknya Muhammad Arif Izuddin, 2, tercampak bersama penumpang lain ke bahagian bawah bas yang terbalik, namun syukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, tangannya cedera kecil terkena serpihan kaca ketika memecahkan cermin pintu bas dengan alat pemadam kebakaran untuk memastikan semua penumpang dapat keluar. "Ketika kejadian bas yang disewa khas ini membawa rombongan keluarga pengantin perempuan ke kenduri di rumah pengantin lelaki di Kadok, Kota Bharu Kelantan. Pasangan pengantin turut sama berada di dalam bas dan mereka juga tidak cedera. "Saya bersyukur kerana semua penumpang selamat dan dapat meneruskan perjalanan dengan sebuah bas lain walaupun agak lewat," katanya. Kesemua empat wanita yang menaiki kereta Viva tersebut termasuk pemandunya yang dalam perjalanan dari Perlis ke Kuala Terengganu tidak mengalami kecederaan serius kecuali pemandu cedera di kening. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku akibat pemandu kereta tersebut mengantuk dan kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai. Bagaimanapun katanya, polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. | ||||
Posted: 20 Oct 2013 04:35 PM PDT Mayat Seet Ying yang ditemui mati di dalam tandas tapak pesta ria. ALOR SETAR - Tanda tanya mengenai seorang wanita yang tidak kelihatan di tempat kerjanya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam tandas di tapak pesta ria (fun fair) di Shahab Perdana, dekat sini, malam kelmarin. Majikan yang hanya ingin dikenali sebagai Soo berkata, wanita berkenaan, Lee Seet Ying, 55, dipercayai pergi ke tandas tapak pesta bagaimanapun kemudiannya didapati langsung tidak pulang ke tempat kerjanya. "Kebiasaannya dia hanya pergi ke tandas dalam tempoh kira-kira lima minit sahaja, bagaimanapun kali ini dia pergi lebih lama daripada biasa sehingga menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan kepada kami semua. "Lalu, kami segera pergi mencari dia yang berasal dari Pahang termasuklah ke tandas untuk memeriksa keadaannya. Bagaimanapun, pintu tandas terbabit kelihatan terkunci seolah-olah ada orang yang sedang menggunakannya," katanya kepada Sinar Harian. Soo berkata, mereka berusaha memanggil Seet Ying namun tetap tidak mendapat sebarang maklum balas daripadanya walaupun selepas pintu tandas terbabit diketuk beberapa kali. Katanya, dia yang berasa tidak sedap hati memaklumkan perkara terbabit kepada beberapa pihak termasuklah anggota Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) untuk mengambil tindakan selanjutnya. "Pihak terbabit bertindak memecahkan pintu tandas yang berkunci daripada bahagian dalam tidak lama sejurus tiba di lokasi kejadian dan kemudiannya menemui Seet Ying yang dipercayai sudah meninggal dunia tidak lama sebelum ditemui. "Seet Ying merupakan kakitangan pesta ria ini dan dipercayai meninggal dunia secara tiba-tiba sebelum ditemui anggota CRSM," katanya. Sementara itu, keluarga Seet Ying termasuk empat anaknya yang datang daripada Pahang enggan ditemu bual ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini, pagi semalam. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, saksi menemui mangsa kira-kira jam 11.45 malam kelmarin, namun dia dipercayai sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, hasil bedah siasat masih belum diketahui manakala mayat mangsa akan dibawa pulang ke Betong untuk disemadikan. | ||||
Posted: 20 Oct 2013 04:32 PM PDT
KETIKA membincangkan tentang perpaduan negara dalam sebuah pertemuandengan pelajar-pelajar Malaysia di Melbourne minggu lepas, saya memberitahu mereka bahawa untuk kepentingan jangka panjang kaum Melayu - dan demi perpaduan negara - dasar yang memberi keutamaan kepadaMelayu/Muslim perlu ditolak oleh orang Melayu sendiri. Keistimewaan" yang diberikan itu sebenarnya menjejaskan kesejahteraan mereka. Jika latar kaum dijadikan sebagai faktor penentu dalam pemberian bantuan atau kontrak, orang Melayu yang mempunyai hubungan baik dengan 'orang dalam' akan mendapat manfaat walaupun mereka sebenarnya tidak layak untuk menerima bantuan. Orang Melayu yang tidak begitu keras bekerja juga akan mengambil kesempatan daripada dasar ini dengan meminta bantuan daripada kerajaan tanpa berusaha secukupnya. Cara sebegini akan meningkatkan mediocrity dan penumpuan modal di tangan hanya segelintir orang sehingga menjejaskan kesejahteraan semua orang lain. Atas sebab inilah jurang antara kaya dan miskin di Malaysia semakin lebar berbanding di negara-negara Asean yang lain sejak 40 tahun yang lalu. Atas sebab ini juga masih banyak bumiputera di negara ini yang miskin berbanding bumiputera di negara-negara lain walaupun telah berpuluh-puluh tahun dasar afirmatif dilaksanakan. Kaum bukan Melayu juga turut menerima kesan buruk daripada dasar ini. Bukan Melayu yang kaya mempunyai cara untuk mengatasi rintangan yang timbul, sedangkan kelas miskin dan menengah terpinggir daripada arusperdana ekonomi dan sosial. Banyak yang merasa tidak mampu untuk memberi sumbangan terbaik kepada negara mereka; manakala kalangan yang mampu pula telah berhijrah ke luar. Di Melbourne, seorang pelajar yang bijak bertanya kepada saya mengapa orang Melayu patut percaya kepada gambaran yang saya kemukakan di atas. Mengapa orang Melayu patut membiarkan "hak keistimewaan" merekadihapuskan dan berhenti bergantung pada kerajaan? Melihat kepada sekian banyak kebocoran fiskal dan penyalahgunaan sistem, tidakkah lebih baik jika Melayu terus diberi layanan istimewa kerana jika semua pendekatan lain gagal sekurang-kurangnya mereka masih boleh terus menerima bantuan kerajaan? Saya jelaskan kepada pelajar terbabit bahawa model bantuan sebeginilah yang bermasalah. Ia menimbulkan rasa "berhak" sedangkan masalah ekonomi yang timbul adalah hakiki dan memerlukan perhatian setiap orang. Defisit belanjawan negara semakin meningkat, manakala langkah untuk mengatasi jurang ekonomi menerusi pemberian BR1M tidak mungkin dapat diteruskan dalam jangkamasa panjang jika pendapatan kerajaantidak ditingkatkan. Pelaburan langsung asing pula tidak begitu memberikan manfaat kerana kita bergantung pada buruh asing. Malaysia perlu meningkatkan pendapatannya dan kerajaan perlu memperkenalkan beberapa dasar yangdapat mengubah dan memodenkan pelbagai sektor ekonomi. Untuk membentuk tenaga kerja berpendidikan, kita perlu meyakinkan banyak warga Malaysia yang berkemahiran di luar negara untuk kembali ke tanahair, tetapi mereka hanya akan kembali jika merasa yakin dengan dasar ekonomi dan sosial negara ini. Mereka akan terus tinggal di luar negara jika mereka merasakan keadaan tidak seimbang dalam masyarakat tidak cuba diatasi secara mencukupi. Kita juga perlu menangani masalah hutang kerajaan dan hutang isi rumah yang semakin meningkat, jika tidak kedaulatan negara ini akan terjejas dan banyak individu akan muflis. Jika muflis, "keistimewaan" tidak akan memberi sebarang makna dan kerajaan tidak akan mampu membantu meneruskan bantuan atau berbelanja untuk prasarana. Dengan itu lebih baik jika kaum Melayu dan juga negara ini menggerakkan semua warga Malaysia untuk bekerjasama. Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan keresahan semua rakyat Malaysia. Beliau melihat korupsi sebagai salah satu ancaman terbesar terhadap negara dan telah mengambil langkahuntuk meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam perjalanankerajaan. Dalam hal ini, barisan pembangkang perlu memainkan peranan lebih besar dengan bukan saja menjadi penyemak dan pengimbang kepada kerajaan tetapi juga membantu merumuskan dasar ekonomi dan sosial yang terperinci untuk dibincangkan oleh orang awam. Pembangkang boleh menganjurkan sidang kemuncak ekonomi yang menampilkan ahli-ahli ekonomi dan bukan ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat (termasuk kaum Melayu) tentang dasar-dasar alternatif yang baik. Saya juga percaya Perdana Menteri tidak berkongsi pandangan dengan segelintir ekstremis yang kerap muncul dalam berita kebelakangan ini. Seperti yang saya sebut di depan hadirin di Melbourne, saya percaya orang Melayu umumnya akan terus menolak idea politik dan keagamaan yang ekstrem walaupun retorik menunjukkan sebaliknya. Orang Melayu sepanjang sejarah adalah kaum yang bersikap wajar dan saksama. Tragedi 13 Mei adalah satu-satunya rusuhan kaum yangtiba-tiba tercetus sepanjang sejarah masyarakat majmuk ini dan ia berlaku secara amat terbatas. Justeru itu, saya percaya bahawa seruan-seruan politik dan keagamaan yang ekstrem wujud ketika ini dilaungkan oleh kalangan yang tidak mempunyai keyakinan tersendiri. Mereka hanya melaungkan pandangan yangpada pandangan mereka akan membuatkan mereka tampak berani. Rakyat Malaysia tidak mudah ditipu dengan cerita-cerita ngeri mereka. Setelah selesai pemilihan beberapa parti politik nanti, semua luapan perasaan ini akan lenyap. Pihak yang benar-benar mampu untukmenyumbang ke arah kemakmuran negara ini tidak perlu menggunakan taktik keanak-anakan seperti itu dan orang Melayu cukup tahu semua ini. Orang Melayu bukan manusia ekstrem. Jika mereka ekstrem, sudah tentu tidak berbalah dalam soal politik sejak 50 tahun lalu dan mereka tidak akan berulangkali menonton tayangan semula filem P. Ramlee. Mereka juga baru-baru ini telah memenuhi Stadium Merdeka untuk menonton konsert Metallica, menyangkal mitos bahawa mereka konservatif dan anti-Barat. Sekali lagi, saya percaya bahawa Perdana Menteri memahami orang Melayu. Tetapi kita juga perlu memainkan peranan kita. Jika Malaysia dalam mencari semula arahnya, ia akan kembali menjadi negara berbahagia. Untuk itu, semua kita perlu menegaskan sikap. Kita perlu yakin bahawa banyak lagi rakyat Malaysia yang optimis seperti kita dan yakin dengan negara ini. Dan sememangnya banyak yang begitu. | ||||
Beri pelepasan cukai lebih tinggi Posted: 20 Oct 2013 04:29 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Pembentangan Belanjawan 2014 diharap dapat menyenaraikan lebih banyak langkah bagi meringankan beban kewangan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan kerajaan menimbang pelepasan cukai yang lebih tinggi terhadap golongan berpendapatan antara RM3,000 dan RM9,000 sebulan bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu daripada RM6,000 kepada RM10,000. Sementara bagi yang bekerja sendiri pula perlu layak mendapat potongan yang lebih tinggi supaya mereka boleh mendapat simpanan KWSP yang lebih tinggi semasa usia tua kelak. "Saya juga berharap kadar cukai pendapatan bagi golongan yang mempunyai pendapatan bercukai melebihi RM50,000 perlu dikurangkan daripada 19 peratus kepada 15 peratus. "Serta mereka yang mempunyai pendapatan bercukai lebih daripada RM70,000 harus dikurangkan cukainya daripada 24 peratus kepada 20 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Lee juga mencadangkan agar pelepasan cukai ke atas anak dapat ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 memandangkan kos yang tinggi dalam pembiayaan pendidikan. Dalam pada itu, Lee turut mengemukakan cadangan supaya pembeli rumah kali pertama diberi pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun, sama seperti yang termaktub di dalam peruntukan Pakej Rangsangan kedua pada 2009. Bagi menampung kos hidup yang tinggi dalam keluarga yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) pula, Lee mencadangkan agar kerajaan meningkatkan pelepasan cukai daripada RM5,000 kepada RM9,000. Beliau juga berharap pelepasan cukai ke atas isteri sebanyak RM3,000 digandakan untuk memberi manfaat kepada ketua isi rumah yang isterinya tidak bekerja. Selain itu, syarikat yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat yang berkaitan aktiviti kesedaran pencegahan jenayah dan program menggalakkan perpaduan turut dicadang untuk diberi potongan cukai berganda. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat 25 Oktober ini. - Bernama | ||||
10 Muka Baharu Dalam Saf Anggota MT Posted: 20 Oct 2013 04:23 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Sepuluh muka baharu termasuk dua bekas ketua Pergerakan Puteri pusat menyertai barisan 25 kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno susulan pemilihan parti pada Sabtu. Mereka ialah Datuk Abdul Rahman Dahalan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Ab Aziz Kaprawi, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Sohaimi Shahadan. Dua bekas pemimpin Puteri itu ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Datuk Seri Azalina Othman Said. Yang lain ialah Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Hasan Malek dan Tan Sri Annuar Musa.Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan keputusan rasmi muktamad pemilihan itu pada sidang akhbar khas di Menara Dato' Onn, di sini, Ahad. Rosnah dan Azalina, sebelum ini pernah menganggotai MT atas kapasiti sebagai ketua sayap berstatus naib presiden manakala Annuar Musa pula membuat kemunculan semula selepas menyandang jawatan itu bagi penggal 2000-2003. Sebanyak 15 penyandang dipilih semula iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Seri Jamaludin Jarjis, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Yang lain ialah Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Razali Ibrahim. Mustapa kekal sebagai penyandang di tempat pertama kerusi anggota MT dengan kali ini meraih 186 undi dengan 89,560 jumlah undi perwakilan. Sebelum ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang tanpa bertanding. Pengerusi Tetap Tan Sri Badruddin Amiruldin turut menang tanpa bertanding manakala timbalannya Datuk Mohamad Aziz mengekalkan jawatan setelah memperoleh 166 undi mengalahkan dua pencabarnya Datuk Abdul Rahman Palil dan Ahmad Fariz Abdullah. - BERNAMA | ||||
Saya pro-ulama, pilih Mat Sabu Posted: 20 Oct 2013 04:10 PM PDT Oleh SUBKY ABDUL LATIF SAYA bukan perwakilan dalam Muktamar PAS. Saya pro dan pertahan ulama dalam semua masa. Pertama kali jawatan Timbalan Presiden PAS cuba dicabar oleh bukan ulama setelah ketiadaan Ustaz Fadzil Noor, saya kata pada Almarhum Syed Mohamad Syed Hassan, petugas Pejabat Agung PAS, seorang awam PAS yang boleh bercakap dengan semua pimpinan PAS. Sekalipun Perlembagaan PAS tidak menyebut hitam putih Presiden dan Timbalan Presiden PAS mesti ulama kerana kedua-duanya dikehendaki duduk dalam Majlis Syura Ulama sebagai penasihat utama Majlis Syura Ulama. Sekalipun Perlembagaan PAS masa itu memperuntukkan empat daripada anggota Majlis Syura itu adalah dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang paling berautoriti untuk menjadi penasihat kepada Majlis Syura. Ada janggalnya kalau dua jawatan itu atau salah satu daripadanya tidak duduk dalam Majlis Syura. Daulat orang paling kanan dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu seperti kurang gigi dibandingkan dengan ahli jawatankuasa yang menjadi ahli Majlis Syura. Mereka terpaksa mendengar penjelasan daripada orang bawahnya yang menjadi ahli Majlis Syura mengapa Majlis Syura buat begitu dan begini. Walaupun protokol kadang-kadang melecehkan, tetapi organisasi yang anjal ada protokol dan adabnya. Saya adalah orang paling tidak setuju apabla Mohamad Sabu dicalonkan jadi Timbalan Presiden tetapi dia dapat mengenepi Timbalan Presiden yang tersalah pilih yang paling tidak cocok dengan jawatan itu. Dua ulama paling kanan dan lebih berwibawa tidak dapat mengenepikannya, tetapi dengan penampilan Mat Sabu secara teknikal PAS bebas daripada bebannya. Mat Sabu sudah jadi Timbalan Presiden pertama bukan ulama dalam era kepimpinan ulama. Keadaan sudah berubah selepas kematian Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor. Saya tidak ada kedudukan dalam parti lagi. Tetapi saya berada di gerai, di bengkel cuci kereta dan di surau. Saya dengar apa orang kata dan apa persepsi orang tentang itu dan ini dalam PAS. Apa orang PAS kata tentang partinya dan apa orang luar kata tentang PAS. Dan saya juga dengar melalui telefon tentang PAS. Apa yang saya rasa terdapat pertembungan yang ketara antara ulama dan profesional. Ada macam-macam tafsiran tentang konsep kepimpinan ulama. Ada kata, ada geng ustaz dan ada geng profesional. Walaupun ada penjelasan semi ilmiah bagi mencairkan pertembungan pemikiran itu, ia tidak meredakan perbezaan sesama sendiri. Semua menerima konsep kepimpinan ulama itu, tetapi mereka berbeza pandangan mengenainya. Dalam banyak perkembangan jawatan yang dipegang ulama cuba diambil alih orang profesional dan jawatan yang profesional pegang hendak diambil oleh ulama. Benarlah ia dibenarkan oleh demokrasi yang diamalkan dan ahli serta perwakilan yang menentukan semua, tetapi ia berkembang. Kedudukan Mat Sabu jadi perhatian. Dia mempertahankan jawatan itu. Tetapi dia tentunya akan dicabar. Ia tidak sekadar proses demokrasi, tetapi ia boleh dilihat untuk menjatuhkannya. Semangat tidak suka bertanding macam dulu telah berubah. Dibimbangi pertandingan untuk jawatan itu, akan merancakkan lagi pertembungan antara ulama dan profesional. Orang tanya saya, saya pilih siapa? Saya jawab, saya pilih Mat Sabu. Jawapan saya itu bertentangan dengan pendirian saya selama ini. Mengapa? Saya tetap kata, pendirian saya tidak berubah dan pilihan terbaik untuk Timbalan Presiden wajarlah ulama. Tetapi dalam kes Mat Sabu, saya kira dia sudah memegang jawatan itu. Mencabarnya tidak dilihat bagi mengembalikan jawatan itu kepada ulama tetapi akan merenggangkan lagi pertembungan antara dua golongan itu. Ia akan dilihat sebagai mahu membuang atau menggulingkan Mat Sabu. Buat jangka waktu yang terdekat ini elakkan pertembungan itu supaya jangan lebih jarak. Timbalan yang digantikan dulu tidak membawa pertembungan kerana semua selesa dengan kejadian itu. Kesan politik dulu kosong. Tetapi sekarang berbeza. Kesan politiknya ada dan Mat Sabu sendiri membawa aura politik. Jika dia digantikan pun dia tidak akan hilang daripada arus politik. Tetap dia jadi crowd puller utama dalam PAS. Sejak lebih 20 tahun dulu dialah penarik keramaian pendengar dan kawasan mana yang mahu mendapat derma kilat yang besar mesti panggil Mat Sabu. Dalam banyak ceramah Ustaz Fadzil tak mahu bercakap selepas Mat Sabu. Dia nak bercakap dulu. Dia saja yang bolah menyamai Anwar Ibrahim sekarang. Malah ada yang kata, dia lebih sedap daripada Anwar. Dialah perancang dan pencetus ujuk rasa Bersih yang beberapa kali. Unjuk rasa itu dikira tekanan dan kejayaan politik yang besar. Selain daripada Ustaz Bakar Chik, Mat Sabulah yang banyak kali kena ISA dan acap ditahan polis. Jangan perkecil impak politik yang PAS dapat daripada Mat Sabu. Tidak ramai yang boleh jadi sepertinya. Sekalipun saya adalah pro ulama, tetapi hari ini untuk mendapatkan ulama yang diterima oleh semua sukar. Ketika era kepimpinan ulama diperkenalkan, semua bulat menerima Haji Yusof Rawa. Tidak yang menolak Ustaz Fadzil. Semua minat Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi ulama yang dapat keistemewaan itu tidak ada sekarang. Yang menyebabkan timbul pertembungan antara ulama dan profesional itu adalah kerana ulama yang hendak diketengahkan itu tidak ada. Saya jumpa Mat Sabu baru-baru ini. Saya kata kepadanya, dia boleh kekal sebagai Timbalan Presiden. Tetapi dia jangan bercadang untuk menjadi Presiden. Dia mesti bekerja mengekalkan Presiden mesti seorang ulama. Dia mesti mencari mana-mana ulama bagi menjadi Presiden dan dia jadi pembantu Presiden. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Presiden semasa dia jadi Timbalan Presiden, dia mesti tolak tawaran untuk memangku jawatan Presiden apa lagilah jadi Presiden. Maka dia mesti berusaha mencari seorang ulama untuk memangku jawatan Presiden itu dengan dia kekal sebagai Timbalan Presiden. Dengan cara ini Mat Sabu dipercayai dapat merapatkan kembali perbezaan dan pertembungan antara dua golongan yanag sudah wujud dalam parti itu yang saya tiada lagi yang dapat memberi formula bagaimana PAS boleh dikembalikan seperti tahun 1980-an dan 1990-an dulu. Dia dengar cakap saya dan dia mengangguk. Saya harap dia menimbangkan nasihat saya. Saya juga bimbang kalau kedudukan yang ada itu terlucut daripadanya sedang persiapan tidak ada bagi melahirkan pimpinan yang diterima oleh semua, PAS jadi sebuah gerakan yang lembik. Antara yang mendorong adanya tuntutan supaya Presiden dan Timbalan itu mesti ulama ialah kerana bimbang jika berlaku sesuatu kepada Presiden, maka Mat Sabu akan memangku Presiden dan kemungkinan jadi Presiden pula selepas itu. Dato' Asri Muda menerajui PAS dulu disebabkan dua ulama di atasnya, Dr Burhanuddin al-Hilmy sebagai Presiden ditahan ISA dan uzur, Prof Zulkifli Muhammad sebagai Timbalan meninggal dalam kemalangan jalan raya. Maka Asri memangku kemudian disahkan sebagai Presiden. Apa yang PAS perlu perhatikan bagi memullihkan pimpinan ulama ialah bagaimana antara kerusi Naib Presiden itu dapat diisi oleh ulama yang berwibawa, muda pula dan dapat diterima oleh semua. Dalam jawatankuasa Pusat itu juga perlu ada ulama yang mahir politik. Saya tidak suruh buang Naib yang ada, tetapi Naib itu adalah tangga yang teratas untuk ulama naik ke atas. Mat Sabu tidak terasa dia diundurkan apabila dia sendiri nanti mengisytiharkan masanya berundur telah tiba. PAS jangan jadi parti yang dilihat membuang pemimpinnya. Kita sudah ada pengalaman membuang pemimpin. Jangan ia diulangi. Saya tidak disuruh berundur. Saya berundur sebelum saya disuruh berundur dan setelah saya rasa ada tanda-tanda saya patut berundur. Mat Sabu juga mesti begitu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan