Rabu, 2 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Audit: Himpunan macam Bersih desak ambil tindakan

Posted: 02 Oct 2013 07:18 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya diadakan himpunan seperti Bersih, tetapi kali ini untuk menuntut penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang didapati bersalah dan bertanggungjawab berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.

"Tekanan untuk perkara ini diberi perhatian perlu datang daripada rakyat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tambahnya, tekanan harus diteruskan sehingga kerajaan BN mengaku bahawa kerajaan mereka boros.

Jika tidak, kata beliau budaya ketirisan itu akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya.

Katanya lagi, ketirisan yang dilaporkan setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya.

Menurutnya, tidak adil buat kerajaan yang hanya tahu suruh rakyat membayar lebih 20 sen seliter untuk minyak yang menjadi keperluan hariannya untuk mencari rezeki tatkala agensi-agensi kerajaan terus menerus melakukan pemborosan membeli perkakasan yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Bayangkan, ujarnya jam dinding yang berharga RM100 dibeli pada harga RM3,810 oleh Radio Televisyen Malaysia menggunakan duit rakyat.

"Cukup kecil hati rakyat jikalau duit yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan untuk pembelian-pembelian seperti ini yang cukup menjengkelkan," katanya.

Beliau berkata, pada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang berkata laporan Ketua Audit menunjukkan ketelusan pentadbiran negara, PAS berharap beliau dapat menggunakan kepintarannya yang diwar-warkan sendiri untuk melihat bahawa ketirisan itu menandakan sistem perolehan kerajaan telah rosak dijangkiti barah rasuah sehingga akarnya.

Di sini, kata beliau perlunya kerajaan BN untuk melakukan rasionalisasi perbelanjaan sebagai kemoterapi merawat barah ini sebelum memerah otak mereka menekan rakyat untuk menampung perbelanjaan.

Tuan Ibrahim menambah, persoalan yang berlegar di fikiran rakyat ialah kenapa tiada sebarang tindakan apabila setiap kali laporan audit dibentang.

"Ke manakah perginya transformasi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri yang sepatutnya membendung barah ini?" tanya beliau.

Tambahnya lagi, ternyata laungan transformasi beliau hanya slogan kosong.

"Kita yakin selagi kerajaan BN menerajui negara, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan sumber kewangan negara akan berterusan," ujarnya.

Menurut beliau, media-media boleh terus mengorek ketirisan-ketirisan yang telah berlaku, tetapi sekiranya rakyat Malaysia terus mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam dalam soal ketirisan, kerajaan BN akan terus bersikap acuh tidak acuh pada laporan Ketua Audit itu.

Mesyuarat PAC 21 Oktober Tentukan Projek, Kementerian Salah Guna Kuasa

Posted: 02 Oct 2013 07:13 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan bermesyuarat pada 21 Oktober ini bagi menentukan projek atau kementerian yang bakal dipanggil bagi memberi keterangan terhadap projek yang dikenal pasti berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang dalam Dewan Rakyat, Selasa, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti segala maklumat sebelum memulakan proses inkuiri.

"Bagi kita masa. PAC juga baru bermesyuarat semalam dan sudah pasti kita akan memanggil kakitangan kerajaan yang terbabit bagi memberikan keterangan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Nur Jazlan berkata cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya satu jawatankuasa dibentuk kerana merasakan PAC tidak efisien adalah satu pandangan yang menghina institusi Parlimen.

"Mengikut cadangannya (Lim Guan Eng), jawatankuasa berkenaan dianggotai Perdana Menteri, Ketua Pembangkang serta Ketua Audit Negara dan bagaimana status jawatankuasa ini. (Ini adalah) kerana PAC boleh menyiasat badan eksekutif dan jika Perdana Menteri menganggotainya bagaimana jawatankuasa berkenaan mahu menjadi sebuah badan bebas," tambahnya.

Nur Jazlan berkata meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras dalam memastikan isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan dibanteras, ia tidak boleh dilaksana dalam sekelip mata.

Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 adalah bukti kesungguhan Perdana Menteri dalam membanteras perkara itu, selain Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang tiga kali setahun pada setiap sidang Dewan Rakyat berbanding hanya sekali sebelum ini. - BERNAMA

Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah Kes Bunuh, Samun Dan Curi Kenderaan

Posted: 02 Oct 2013 07:09 AM PDT

MSTAR ONLINE

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menunjukkan barangan yang berjaya dirampas selepas polis berjaya menembak mati tiga penjenayah di Jalan Intan, Grik pada sidang media di IPD Gerik, Rabu. Turut hadir (dari kanan) Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah.
 
 
GERIK: Polis menembak mati tiga penjenayah kerana dipercayai terlibat dengan kes bunuh, samun bersenjata dan curi kenderaan dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Intan di sini, awal hari Rabu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berumur 25 hingga 34 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditahan dalam Ops Cantas, kira-kira pukul 1.40 pagi.

"Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka berhenti ketika diarahkan polis, namun suspek terus mengundurkan kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Polis kemudian membalas tembakan dan mengenai ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di sini.

Katanya hasil pemeriksaan, polis menemui dua pucuk pistol iaitu .38 di bawah paha sebelah kanan penumpang dan sepucuk pistol .22 di bawah kaki pemandu, selain peralatan memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan.

Kereta Proton Wira yang dinaiki oleh tiga penjenayah ketika berbalas tembakan di Jalan Intan, Gerik pada sidang media di IPD Gerik, Perak, Rabu. -- fotoBERNAMA 
 
Beliau berkata siasatan awal mendapati, kumpulan ini dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu dan cubaan membunuh seorang ibu tunggal yang sedang memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dengan melepaskan tembakan, baru-baru ini.

"Mereka turut terlibat dalam tiga kes samun bersenjata api dan curi kenderaan mewah. Dua daripada suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi mempunyai dua rekod kesalahan lampau," katanya.

Khalid tidak menolak kemungkinan suspek melakukan jenayah di seluruh negara dan sedang mengatur strategi untuk melakukan jenayah di kawasan Gerik.

"Penjenayah ini mereka boleh bergerak merata-rata tempat untuk menjalankan aktiviti menyamun dan mengelak daripada ditangkap. Sebab itu bila ada peluang, mereka akan lakukan jenayah," katanya.

Dengan kejayaan itu, polsi dapat menyelesaikan enam kes jenayah dan sedang mengenal pasti anggota lain terlibat dalam kumpulan itu, katanya. - BERNAMA

Audit: Orang mati di Kelantan juga terima bantuan

Posted: 02 Oct 2013 07:06 AM PDT


Audit

SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 bagi negeri Kelantan siri 1 menyebut, seramai 93 penerima Bantuan Am yang telah meninggal dunia masih menerima bantuan sejak tahun 2005 sehingga tahun lalu.

Menurut laporan audit tersebut, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengesahkan bahawa 93 penerima itu telah meninggal dunia.

"Hasil pengauditan mendapati seramai 93 orang penerima Bantuan Am di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Baharu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh telah meninggal dunia antara tahun 2005 hingga 2012, berdasarkan pengesahan daripada JPN.

"Keadaan ini berlaku kerana kajian semula tidak dibuat terhadap penerima bantuan untuk mengetahui status mereka dan terdapat juga kajian semula yang tidak tepat kerana mengesyorkan bantuan diteruskan walaupun sebenarnya penerima telah meninggal dunia," kata laporan tersebut.

Bagi tahun 2012 sahaja, seramai 39 penerima dilaporkan sudah meninggal dunia yang melibatkan daerah Kota Baharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Kes ini menunjukkan peningkatan mendadak iaitu 1 kes  bagi 2005 dan 2006, 2 kes bagi 2007 dan 2008, 4 kes bagi 2009, 10 kes bagi 2010 dan 36 kes bagi 2011.

Semakan Audit juga mendapati terdapat 41 kes bantuan dimasukkan melalui akaun bank kepada penerima meninggal dunia membabitkan bantuan berjumlah RM110,700.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM65,691 telah dikeluarkan oleh waris penerima bantuan.

Skim Bantuan Am di Negeri Kelantan melibatkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM50 hingga RM90 melalui peruntukan Kerajaan Negeri dan tambahan sebanyak RM15 hingga RM30 melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan menjadikan jumlah Bantuan Am bulanan antara RM65 hingga RM120.

Sejumlah RM22.36 juta diperuntukkan dan dibelanjakan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri sementara peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM7.82 juta dan RM7.36 juta daripadanya telah dibelanjakan bagi Skim Bantuan Am tahun 2010 hingga 2012.

Ketua Audit Negara mengesyorkan agar jabatan yang terlibat mengambil langkah bagi menangani kelemahan tersebut.

"Mewujudkan koordinasi antara JKMN dan JPN bagi memudahkan dan mempercepatkan pengesahan penerima bantuan dilakukan serta menghentikan pembayaran bantuan kepada penerima yang telah meninggal dunia.
"Memastikan wang bantuan yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank penerima bantuan yang telah meninggal dunia dikembalikan semula kepada JKMN," katanya.

Orang mati terima bantuan JKM di P.Pinang

Posted: 02 Oct 2013 07:01 AM PDT

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
 
Audit

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang membuat pembayaran Bantuan Am kepada 155 penerima yang telah meninggal dunia, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Bantuan yang disalurkan itu bermula sejak tahun 2006 sehingga Jun 2012, dedah laporan audit.

"Berdasarkan senarai keseluruhan penerima bantuan bagi dua daerah (Seberang Perai Utama dan Timur Laut) yang dipilih daripada Laporan Pembayaran, pengesahan melalui nama dan nombor kad pengenalan telah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

"Mengikut maklum balas JPNPP, didapati seramai 155 orang penerima telah meninggal dunia dari tahun 2006 hingga bulan Jun 2012.

"Bagaimanapun, nama mereka masih lagi tersenarai dalam senarai Laporan Pembayaran Bantuan Bulanan," kata laporan itu.

Katanya lagi, semakan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) juga mendapati 155 akaun penerima yang telah meninggal dunia mendapati sejumlah RM13,070 telah dikeluarkan.

"Semakan terhadap Laporan Bulanan Larian Auto-Debit BSN bagi 155 akaun penerima yang telah meninggal dunia mendapati sejumlah RM13,070 wang bantuan daripada 77 kes penerima yang meninggal dunia telah dikeluarkan melalui akaun penerima tersebut.

"Manakala baki sebanyak 78 kes wang bantuan yang tidak dikeluarkan telah dikembalikan kepada JKM melalui pengesahan di Laporan Ringkasan Pemulangan Bantuan," katanya.

Mulai Januari 2010, kadar baru Bantuan Am oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah antara RM100 hingga RM350 sebulan bagi setiap penerima yang layak.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan sebanyak 33.3 peratus (%) atas kadar semasa
sebagai tambahan kepada bantuan sedia ada.

Bagi tempoh 2010 sehingga Julai 2012, jumlah penerima bantuan yang aktif di Pulau Pinang adalah seramai 2,866 orang.

Bagi tempoh tersebut, JKM Pulau Pinang telah menerima sejumlah RM12.23 juta peruntukan dan
sehingga Julai 2012 sejumlah RM10.55 juta (86.2%) telah dibelanjakan.

Ketua Audit Negara berkata, JKM Pulau Pinang disarankan agar mendapatkan kerjasama daripada PDRM berhubung maklumat penerima yang telah meninggal dunia.

"... mewujudkan mesyuarat berkala antara JKM Pulau Pinang, Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang dan Bank Simpanan Nasional bagi menyelaraskan maklumat terkini penerima bantuan.

"Dan mendapatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia berhubung dengan maklumat penerima yang meninggal dunia," menurut laporan itu.

Husam: Hanya Umno yang mahu Pas undur

Posted: 02 Oct 2013 06:56 AM PDT


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini mengatakan bahawa hanya Umno sahaja yang mahukan Pas berundur dari arena politik tanah air.

Jelas Husam lagi, Pas sekarang sudah bergerak ke seluruh negara dan sudah diterima oleh rakyat dan  penerimaan parti Pas terbukti apabila berjaya membantu Pakatan Rakyat (PR) mendapat majoriti undi popular dalam PRU13 pada Mei lalu.

"Dulu Pas bertapak di Pantai Timur sekarang Pantai Barat sekarang seluruh negara.

"Sekarang Pas hanya ada satu sahaja pilihan iaitu bergerak ke hadapan bagi memastikan Pas dan PR cemerlang menjelang PRU yang akan datang," katanya ketika sesi dialog Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia.

Turut hadir dalam dialog itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sehubungan dengan itu, katanya Pas berpendirian tidak akan meninggalkan PR bagi memastikan Pas dan PR berjaya menakluk Putrajaya pada PRU akan datang.

"Oleh itu, kita akan perkasakan Pas dalam PR.

"Jadi tiada sebab untuk Pas tinggalkan PR," katanya.

Dialog ini anjuran  Free Public Forum Malaysia (FPFM) serta berlangsung di  KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Hampir 100 orang menghadiri sesi dialog tersebut.

Laporan Audit : Bukti Jelas Kegagalan Undang-undang Manusia

Posted: 02 Oct 2013 06:42 AM PDT


 
Oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat 


Untuk memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja. Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALlah SWT ini, tetap perlukan kepada pasport. Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumu

Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport. Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang Allah SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa. Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin. Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik Allah SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah?

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia. Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi UMNO/Barisan Nasional menjadi kerajaan. Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT.

Takutlah kepada Allah SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Cadangan tubuh universiti sukan masih dalam perbincangan

Posted: 02 Oct 2013 06:40 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


















Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung cadangan menubuhkan sebuah universiti sukan.

Bagaimanapun, Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata penubuhan universiti itu bukanlah satu keutamaan memandangkan kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan defisit negara.

"Sebahagian besar atlet tidak dapat mengikuti pengajian tinggi disebabkan kekangan waktu yang bertindih dengan jadual latihan. Idea universiti sukan ini baik untuk memberi kelonggaran dan satu jadual fleksibel kepada atlet.

 "Kita ada berbincang dengan GLC supaya ia dibuat dalam bentuk perkongsian sektor awam dan swasta, dan dengan sebuah universiti sukan terkemuka di United Kingdom. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan," katanya menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) pada sesi soal jawab di Parlimen di sini hari ini.

Beliau ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat meneruskan cadangan mewujudkan sebuah universiti sukan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi dan memperkasa industri sukan.

Khairy berkata pada tahun lepas, industri sukan juga adalah satu daripada sektor untuk pembangunan negara memandangkan ia menyumbang sebanyak 5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.

Terdahulu, Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) bertanyakan jumlah atlet muda bertaraf dunia yang telah dilahirkan oleh sekolah-sekolah sukan di Malaysia.

Khairy berkata lebih kurang 350 atlet dari sekolah-sekolah sukan telah mewakili negara dalam 18 temasya sukan bermula daripada Sukan Komanwel 1998 sehinggalah Sukan Olimpik di London tahun lepas dengan jumlah kutipan pingat sebanyak101 emas, 93 (perak) dan 89 (gangsa).

Ia termasuk Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee (terjun), Mohd Azizulhasni Awang (basikal) dan Tan Boon Heong (badminton).

"Kementerian percaya penubuhan sebuah lagi sekolah sukan di Gambang, Pahang yang mula beroperasi tahun lepas dapat menempatkan lebih ramai bakal atlet kebangsaan untuk kita gilap bakat mereka ke peringkat antarabangsa," kata Khairy.

Terdahulu, menjawab soalan asal Mohd Fasiah mengenai perancangan kementerian melahirkan atlet negara yang berprestasi tinggi sejak alam persekolahan, Khairy berkata program pencarian bakat telah dan sedang diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.

“Polis buat pembunuhan” dan “gigit telinga polis” bergema di Dewan Rakyat

Posted: 02 Oct 2013 06:38 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

















Dakwaan polis diperalatkan untuk melakukan pembunuhan dan jawapan balas, bukan diperalat sehingga 'digigit telinga' bergema di Dewan Rakyat hari ini.

Semua ini berlaku ketika para ahli Parlimen berbahas dalam sesi perbahasan pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA).

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (gambar) mendakwa anggota polis diperalatkan untuk melakukan pembunuhan.

 Beliau yang dikenali sebagai Tian Chua semasa sesi penggulungan Menteri Dalam Negeri berkenaan PCA berkata, pembangkang tidak menafikan undang-undang pencegahan sebaliknya menolak tahanan tanpa bicara.

"Tetapi polis digunakan untuk melakukan pembunuhan," katanya ketika di dalam Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Kenyataan itu kemudiannya dibidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan sinis berkata anggota polis bukan dizalimi dengan diperalatkan sebaliknya 'digigit telinga'.

"Melampau tuduhan itu ... anggota polis dizalimi dengan digigit telinganya. Ikut cerita dongeng hanya toyol yang gigit telinga," kata Ahmad Zahid yang menerima tepukan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Ia dipercayai ditujukan kepada Tian Chua yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menggigit telinga polis sebelum ini.

Ahmad Zahid turut membidas kenyataan beberapa wakil rakyat pembangkang yang menegakkan hak asasi manusia apabila membela hak penjenayah untuk dibicarakan di mahkamah.

"Apa hak asasi mereka yang dizalimi? Dirogol? Kita kena seimbang, biarlah kita rasional.

"Mereka bukan manusia biasa. Mereka penjenayah berat," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu lagi.
Sesi perbahasan pindaan rang undang-undang Pencegahan Jenayah kini memasuki hari kedua selepas dibacakan kali pertama awal minggu lalu.

Pembangkang menolak pindaan berkenaan kerana membenarkan tahanan pesalah tanpa bicara dan melanggar hak asasi manusia. Kerajaan sebaliknya menegaskan undang-undang pencegahan diperlukan bagi memastikan penjenayah dapat ditangkap dan memastikan saksi dapat tampil ke mahkamah untuk memberi kenyataan berdasarkan sesuatu kes.

TPPA dan Budaya Agenda Rahsia

Posted: 02 Oct 2013 06:30 AM PDT


Oleh Ismail Hashim Yahaya


Meskipun telah disebut berulang kali, apakah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan Malaysia terikat dengan syarat kerahsiaan dalam perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini?

Mengapakah Malaysia masih mahu turut patuh kepada syarat atau terma kerahsiaan dalam perundingan tersebut meskipun telah mengetahui implikasi TPPA kepada negara terutamanya dari segi kedaulatan yang telah dibangkitkan acap kali.

Dalam kerahsiaan yang cuba diselindungi daripada pengetahuan awam, jelas TPPA sangat sedikit berkait dengan soal perdagangan tetapi lebih kepada bidang perkhidmatan dan pelaburan serta beberapa bidang lain.

Ini adalah bidang-bidang yang gagal mencapai kata sepakat dalam rundingan perkhidmatan dan pelaburan berkaitan perdagangan dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Apa yang dikesali dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan, jika rundingan telah berjaya, TPPA akan membuka pasaran seluasnya untuk syarikat dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang menyertai TPPA untuk masuk ke dalam pasaran mana-mana negara anggota, sama ada untuk membuka syarikat baru atau cawangan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Manakala dalam sektor perkhidmatan, TPPA akan meliputi sektor kewangan, perniagaan, telekom, utiliti, perkhidmatan profesional dan perdagangan.

Hakikatnya, bahagian terbesar dalam perundingan TPPA (yang hampir sama dengan perjanjian bilateral iaitu FTA) ialah berkait dengan aspek  perkhidmatan, pelaburan, peraturan ke atas Korporat Kaitan Kerajaan (GLC), Industri Kecil dan Sederhana (SME) dan Hak Milik Intelektual.

Ini adalah budaya agenda rahsia yang diwarisi sejak penubuhan WTO di peringkat awal pada tahun 1990-an lagi yang dikaitkan dengan rundingan Pusingan Uruguay yang ingin mencetuskan Orde Dunia Transnasional (TWO).

TWO adalah suatu aliran yang akan memantapkan lagi penguasaan pengurusan dunia negara perindustrian. Ia akan mempengaruhi bentuk dan struktur ekonomi dunia.

Apa yang menarik mengenai TWO ini ialah kecenderungan yang dipupuk negara maju berlaku di belakang tabir dan menjadi suatu budaya agenda rahsia.

Ia dirundingi menerusi wahana perdagangan berbilang hala yang bermula dengan rundingan Pusingan Uruguay di bawah Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) yang kemudian digantikan dengan WTO. Dalam rundingan WTO rundingan agenda rahsia biasanya dikendalikan di dalam Green Room.

Pentadbiran Presiden  Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama sering kali menyatakan bahawa komitmennya kepada keterbukaan kerajaan. Tidak dinafikan mengenai keterbukaan terutamanya dalam era ketelusan secara online dan sistem demokrasi. Namun, agak pelik jika diperhatikan pentadbiran Obama ingin merahsiakan kandungan TPPA iaitu perjanjian komersil paling penting dan 'paling berahsia' sejak penubuhan WTO.

Perjanjian dirundingi sejak 2008 lagi dan diharap dapat ditamatkan pada tahun ini.

Rundingan ke-18 telah berlangsung di Kota Kinabalu. TPPA adalah pakatan 12 negara yang merundingi perkara-perkara asas yang bukan meliputi perdagangan tetapi merangkumi aspek-aspek strategik seperti jaminan pekerjaan, kestabilan kewangan, kos perubatan, kebebasan internet dan peraturan serta undang-undang sesebuah negara.

Bahkan bekas Presiden George W Bush yang dikritik teruk dalam Perang Menentang Keganasan itu pun bersikap terbuka menyiarkan teks perundingan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika pada 2001.

Untuk TPPA, para pegawai pentadbiran Obama secara berulang kali telah menolak permohonan Kongres AS bagi mendapatkan capaian kepada teks draf perjanjian.

Selepas desakan kongresional dan bantahan awam terhadap kerahsiaan, akhirnya pihak pentadbiran membenarkan capaian terbatas kepada segelintir anggota kongres. Namun, ia masih membiarkan orang awam dan kumpulan NGO teraba-raba dalam kegelapan dan menafikan status pemerhati yang dinikmati pada era lalu memandangkan Perlembagaan AS menyediakan hak eksklusif terhadap dasar perdagangan.

Bagaimanapun, terdapat suatu pengecualian penting kepada pembinaan tembok kerahsiaan yang tidak pernah dilakukan kerajaan AS sebelum ini iaitu  segelintir atau elit perniagaan gergasi atau kumpulan 600 'penasihat' perdagangan AS yang menikmati capaian kepada segala teks TPPA dan apa yang dirundingkan itu. Dan mereka juga menjadi perunding tidak rasmi bagi pihak kerajaan.

Budaya kerahsiaan luar biasa ini tidak dapat dicapai oleh cabang legislatif dan orang awam Amerika tetapi keterbukaan luar biasa kepada elit perniagaan gergasi AS telah menimbulkan kebimbangan.

Persoalannya sekarang, mengapa Washington dan elit perniagaan AS memberikan tumpuan kepada TPPA ini?

Ini kerana skop geo-politiknya, hak kuasa dan lebih menarik lagi ialah semua undang-undang peringkat tempatan, nasional dan dasar bukan perdagangan negara penandatangan dikehendaki mematuhi atau menyesuaikan diri dengan syarat-syarat TPPA.  Jika gagal mematuhinya, negara-negara tersebut harus dikenakan tindakan contohnya sekatan ekonomi.

Menurut Majalah Third World Resurgence beberapa bab-bab yang dicadangkan itu telah dibocorkan dan ia memperlihatkan bukti sejauh manakah luasnya garapan perjanjian ini merentasi aspek-aspek yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara 'perdagangan' sejati.

Daripada 29 bab yang dicadangkan mengenai TPPA ini, hanya lima berkaitan dengan isu perdagangan sejati. Kebanyakan bab lain berkait langsung dengan kehidupan rakyat.

Pada Januari 2012 di AS, perdebatan hangat meletus mengenai isu perundangan yang akan membataskan kebebasan internet. Sehubungan itu sebagai bantahan, laman sesawang Wikipedia, enjin pencari Google dan beberapa laman sesawang lain telah menggelapkan laman mereka.

Rang undang-undang tersebut, Stop Online Piracy Act (SOPA) menerima kritikan hebat di AS. Namun, korporat-korporat yang mendukung SOPA kini ingin menghidupkan semula di dalam rangkerja TPPA.

Menurut Presiden Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Azmi Abdul Hamid, atas nama layanan adil dan saksama atau 'fair and equitable treament' kepada pelabur luar, sebarang undang-undang baru atau dasar  baru yang mahu dikuatkuasakan oleh Malaysia nanti,  boleh dianggap menjejaskan keuntungan pelabur, boleh dicabar dalam tribunal antarabangsa melalui pampasan dalam bentuk kewangan.

Tambahnya, undang-undang atau dasar yang mahu digubal dan dikuatkuasakan oleh negara seperti Malaysia akan disyaratkan supaya selaras dengan terma TPPA.

Menurut Azmi, ia adalah berkaitan dengan dasar sosial dan budaya seperti dasar mengutamakan Bumiputera, kawalan barangan halal-haram, peraturan mengenai produk budaya yang bertentangan dengan nilai tempatan dan keistimewaan kepada golongan orang asal yang terpinggir.

Persoalannya, semua undang-undang atau dasar yang mahu digubal ini akan tertakluk kepada terma TPPA dan jika ia menjejaskan keuntungan pelabur asing tindakan undang-undang mengenai perdagangan boleh diambil ke atas negara penandatangan.

Azmi menjelaskan negara-negara penandatangan TPPA telah bersetuju untuk membenarkan syarikat luar mengambil tindakan saman di tribunal arbitrasi antarabangsa iaitu International Center for Settlement of Investment Disputes yang bertapak di Washington untuk menuntut pampasan disebabkan eskpropriasi (expropriation).

Eskpropriasi juga didefinasikan bukan sahaja rampasan harta dan membatalkan kontrak tetapi juga sebarang pengurangan keuntungan akibat perubahan polisi dan peraturan.

Negara seperti Ecuador disaman dan terpaksa membayar pampasan USD2.3 bilion yang telah dianugerah oleh mahkamah tersebut kepada sebuah syarikat minyak AS pada 2012. Manakala Indonesia disaman USD2 bilion kerana menarik balik kontrak yang dimeterai dengan sebuah syarikat bertapak di UK.

Dalam aspek pemerolehan kerajaan, kesan parah akan berlaku ke atas syarikat GLC dan SME tempatan. Mengikut TPPA, sebarang layanan istimewa kepada syarikat tempatan untuk mendapat sebarang kontrak kerajaan akan dianggap menyalahi terma TPPA kerana tidak memberi layanan adil dan saksama.

Ini bermakna keutamaan dan keistimewaan untuk mendapat tender kerajaan kepada syarikat tempatan seperti syarikat hak milik kerajaan tempatan, kerajaan negeri, koperasi, Tabung Haji, PNB, DPMM, DPIM dan berkaitan akan terjejas.

Natijahnya ialah sebarang institusi tempatan atas nama syarikat yang ditubuh oleh pelbagai pihak daripada kalangan persatuan sosial akan diketepikan kerana perlu bersaing secara terbuka dengan pelabur luar.

Jika didapati mana-mana negara penandatangan TPPA melanggar peraturan memberi layanan yang sama rata kepada semua syarikat dalam dan luar negara, maka tindakan sanksi boleh dikenakan ke atas negara tersebut.

Dalam sub bab mengenai State Own Enterprise (SOE), mana-mana SOE yang terdapatnya saham kerajaan di dalamnya, terma TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menentukan dasar yang memihak kepada pelabur tempatan.

Implikasinya ialah sesebuah negara yang menandatangani TPPA harus saja mengubah secara drastik banyak dasar, undang-undang dan peraturan negara berkenaan yang akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat negara tersebut.

Sehubungan itu MTEM telah melontarkan beberapa soalan yang akan memberi implikasi kepada sosio-budaya dan kedudukan undang-undang serta dasar Islam jika TPPA dimeterai oleh Malaysia:

1. Sejauh mana pelbagai aspek TPPA akan mengurangkan syarat mematuhi budaya dan agama negara bila barangan dan industri perkhidmatan masuk kedalam pasaran Malaysia?

2. Jika Malaysia mahu menetapkan peraturan untuk mengetatkan sebarang kemasukan barangan yang mencemar dan menggugat nilai dan budaya Malaysia, apakah TPPA menganggap itu bertentanggan dengan 'fair and equitable treament'?

3. Apakah undang-undang syariat (enakmen) dan dasar yang berkait dengan Islam yang dikuatkuasakan di peringkat negeri dan juga peraturan mengenai pentadbiran hal ehwal Islam peringkat persekutuan akan terjejas bila TPPA yang mengguna prinsip tidak boleh mendiskriminasi produk dari luar dalam pasaran terbuka akan berlaku?

4. TPPA mempunyai mekanisme Pertikaian Penyelesaian Perdagangan (Trade Settlement Dispute) yang tersendiri. Jika ada produk atau perkhidmatan daripada sebuah syarikat luar melanggari undang-undang dalam enakmen Islam, apakah undang-undang Islam yang menjaga kepentingan Islam di negara ini akan diketepikan bila berlaku konflik perdagangan?

5. Jika TPPA mensyaratkan terma yang ketat untuk negara menggubal sebarang polisi yang boleh memihak kepada kepentingan sosio-budaya tempatan, apakah dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Akta Perdagangan mengenai logo halal akan dirombak?

6. Bab mengenai Hak Milik Intelektual dan Hakcipta mempunyai kesan besar kepada hak kepada maklumat dan hak kepada ilmu pengetahuan.  Sejauhmana TPPA akan menyekat penggunaan teknolgi maklumat yang membuka capaian kepada pelbagai sumber ilmu yang boleh dicapai oleh orang awam?

7. Bab perkhidmatan adalah luas. Ia termasuk soal industri hiburan dan media. Malaysia mempunyai peraturan mengenai penapisan bahan media dan persembahan artis luar dan dalam negara. Apakah industri ini tertakluk kepada syarat TPPA yang mesti mematuhi terma 'fair and equitable treament' walaupun ia melibatkan nilai dan budaya masyarakat Malaysia

Daripada semua persoalan di atas TPPA dan dengan budaya agenda rahsia, ia bakal mendedahkan negara kepada kesan sosio-budaya yang parah.

Apatah lagi teks TPPA masih dirahsiakan dari pengetahuan umum. Jikapun ada maklumat mengenai rundingan TPPA  yang telah bocor, ia masih tidak mencukupi bagi masyarakat awam dan penggubal dasar untuk meneliti dan menganalisa kesan yang bakal diterima oleh negara dan rakyat.

Justeru, jika kesannya menimbulkan kebimbangan, kenapakah pihak kerajaan ikut berahsia dan masih mahu meneruskan penyertaan dalam perundingan dalam TPPA? - 2 Oktober, 2013.

* Penulis adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Unisel kampus Shah Alam.

Walaupun Obama tidak datang, demo bantah Amerika diteruskan

Posted: 02 Oct 2013 06:23 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS),  Barack Obama membatalkan kunjungan ke Kuala Lumpur, demonstrasi membantah Amerika di KLCC 11 Oktober akan berlangsung seperti dirancang.

Penganjurnya, Badrul Hisham Shahrin yang mahu dikenali sebagai Che'GuBard berkata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap menggesa agar wakil Obama iaitu Setiausaha negara John Kerry perlu 'disambut' oleh rakyat Malaysia dengan simbol-simbol penolakan.

Ini kerana segala gerakan mobilisasi yang telah disusun berjalan seperti biasa termasuklah Jelajah #BantahObama #TolakTPPA.

 "Tidak kira siapa pun wakil AS yang datang ke Malaysia, negara yang berpaksikan fahaman zionisma dengan sikap imperialis, kapitalis yang menindas ini adalah pembuli masyarakat dunia khususnya dalam mewujudkan kecelaruan Islamiphobia, juga merupakan perancang utama Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi.

"Ketidakhadiran Obama bukan bermakna Malaysia terkeluar daripada rundingan menyertai Perjanjian TPPA. Maka rakyat harus bersatu menunjukkan kekuatan bagi menghalang perjanjian 'rahsia' ini dimetrai," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan, Barack Obama membatalkan lawatannya ke Malaysia akibat krisis domestik di negara itu.

Najib berkata, pertembungan di antara parti Republican dan Demokrat di AS menyebabkan negara itu tidak berfungsi sepenuhnya dan ini bermakna Obama perlu menyelesaikan krisis itu.

"Obama menyatakan rasa kesalnya kerana tidak dapat melawat Malaysia seperti dijadualkan.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry akan hadir sebagai wakil Obama," katanya.

Menurut Che'GuBard, impian menjadikan ekonomi Malaysia lebih baik dengan mengikat janji bersama AS umpama meletakkan lembu sihat ke dalam kandang harimau yang luka.

Negara itu bagi beliau sedang mengalami kejatuhan ekonomi teruk, Obama dan pentadbirannya sedang bergelut untuk menaikkan kadar hutang negaranya.

"Maka apakah wajar kita membenarkan negara ini diheret bergelumang dengan masalah ekonomi Amerika?" soal Che'GuBard.

SAMM bersama sekutu BantahTPPA juga akan menganjurkan pentas perdana sebagai kemuncak jelajah yang kini sedang berlangsung pada 10 Oktober iaitu sehari sebelum Demonstrasi di KLCC.

Pentas tersebut menjemput ramai tokoh negarawan termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir untuk berada sepentas bagi menjelaskan betapa TPPA ini harus ditolak rakyat. Surat jemputan telah disahkan terima oleh kedua pihak.

Esok, satu perjumpaan penting melibatkan banyak pihak yang terdiri daripada pelbagai NGO dan parti politik sebagai persediaan akhir menggandakan mobilisasi demonstrasi 11 Oktober.

Nantikan pengumuman penting dalam satu sidang media yang akan diadakan pada hari Jumaat ini, tambahnya.

Rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar didengar 11 dan 12 Disember

Posted: 02 Oct 2013 06:21 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

























Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Disember untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas kes itu dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes.

Mewakili pihak pendakwa ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar diwakili Karpal Singh.

 Muhammad Shafee adalah peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara secara 'fiat' untuk mengetuai pihak pendakwa dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26.

Karpal Singh berkata sementara itu, Mahkamah Rayuan perlu menyediakan alasan penghakiman berhubung keputusannya (Mahkamah Rayuan) menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai peguam utama.

Beliau berkata ini untuk membolehkan rayuan Anwar (terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee sebagai pendakwaraya) didengar di Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Disember.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Ramly Ali pada 17 September tahun ini menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan  Muhammad Shafee atas alasan pelantikannya sebagai pendakwa raya adalah sah dan mengikut ketetapan undang-undang.

Ketua Pembangkang itu kemudiannya memfailkan notis rayuan pada 20 September tahun ini terhadap keputusan itu.

Anwar, 64, dituduh melakukan kesalahan itu di satu unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Pada 9 Januari tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar memutuskan berlaku penetrasi zakar tetapi tidak disahkan oleh keterangan lain.

Beliau juga memutuskan mahkamah tidak pasti 100% berhubung integriti sampel diambil daripada Mohd Saiful bagi ujian DNA kerana sampel itu telah diusik sebelum sampai ke jabatan kimia untuk analisis. – Bernama

Tian Chua pertikai kredibiliti polis, hilang peralatan dalam balai

Posted: 02 Oct 2013 06:18 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis























Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerugian RM1.33 juta akibat kehilangan aset ditempelak oleh ahli Parlimen pembangkang hari ini mengenai kredibiliti badan penguatkuasa itu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata bagaimana PDRM mahu memastikan keselamatan rakyat sedangkan harta mereka di dalam balai polis tidak terjaga.

"Kalau barang keperluan sendiri yang ada dalam balai pun tidak boleh jaga, bagaimana rakyat hendak harapkan polis jaga keselamatan mereka.

 "Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana kehilangan senjata api adalah perkara serius," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Antara aset PDRM yang didapati hilang seperti dilaporkan laporan audit itu ialah gari, pistol dan kenderaan.

Sehubungan itu, Tian Chua menggesa tindakan tegas diambil berikutan kehilangan aset yang berlaku dalam PDRM itu.

Laporan audit berkenaan berkata, berdasarkan statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang ialah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

"Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.

"Pengurusan aset yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutama senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam," kata laporan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Antara kelemahan yang ditemui audit berkenaan adalah kehilangan aset lewat dikesan; kelewatan melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis; Ketua Jabatan lewat menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset; Jawatankuasa Penyiasat Kes kehilangan aset lewat ditubuhkan; Jawatankuasa Kehilangan Aset lewat menyediakan Laporan Akhir.

Kelemahan lain pasukan keselamatan berkenaan dalam soal pengurusan aset yang dikenal pasti oleh audit berkenaan termasuk; Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan; kelewatan mengambil tindakan diperingkat kontinjen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus; Kelewatan mengambil tindakan surcaj; tempat penyimpanan tidak selamat; dan ruang penyimpanan aset yang sempit dan terhad.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan pasukan PDRM memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut ketetapan supaya dapat mengesan kes kehilangan aset berkenaan.

"Memastikan pematuhan kepada penetapan norma masa proses kerja hapus kira aset supaya punca kehilangan dapat dikenal pasti segera.

"Memastikan kehilangan aset yang berpunca daripada kecurian, penipuan, atau kecuaian pegawai/anggota dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib supaya menjadi satu usaha pencegahan bagi mengawal kes kehilangan,"  cadang audit berkenaan.

Hutang negara menggunung, tak hairan harga minyak naik lagi

Posted: 01 Oct 2013 10:37 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 10 sen sebagaimana heboh diperkatakan dalam laman sesawang tidak boleh dinafikan akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan baru-baru ini menafikan spekulasi berkenaan, namun hutang negara yang menggunung memungkinkan langkah pemotongan subsidi dibuat sekali lagi.

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, kerajaan 'minoriti' BN sepatutnya tidak terus-menerus mendera rakyat selepas pengurangan subsidi pada awal September lalu.

Azan_Ismail

"Jangan naikkan minyak. Harga minyak jika diusik sedikit sahaja maka akan berlaku kesan rantaian kenaikan harga barang keperluan.

"Minyak melibatkan semua aktiviti. Malah penjanaan elektrik, rumah pam rawatan air, aktiviti rakyat ke kebun, mengangkut barang ke pasar semua perlu minyak. Harga barang keperluan tidak boleh dielak akan meningkat.

"Kerajaan perlu cari idea baru untuk bayar hutang bukannya mengalih beban ke bahu rakyat," bidasnya.
Azan turut mencabar kerajaan BN menjelaskan kepada sektor manakah wang subsidi itu diagihkan.

"Subsidi ditarik dari rakyat disalurkan kepada penganjur lumba motorsikal, Monsoon Cup, F1 litar Sepang dan sebagainya. Acara seperti itu diberi geran khas. Ini polisi yang tidak masuk akal," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof ketika mencelah dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Parlimen, 30 September lalu, mencadangkan agar golongan miskin diberi kad khas subsidi bahan api bagi menjawab dalih kerajaan BN kononnya subsidi dinikmati golongan kaya dan 1.3 juta pendatang asing.

"Kerajaan boleh tetapkan had berapa liter sebulan kepada golongan yang dikategorikan sebagai miskin, jika nak guna lebih maka dia kena bayar," katanya.

Kerajaan awal September lalu memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dari RM1.90 kepada RM2.10 seliter dan diesel daripada RM1.90 kepada RM1.80.

"Ayam Busuk" Dikenalpasti Punca Keracunan Makanan Yang Sebabkan 4 Maut

Posted: 01 Oct 2013 10:31 PM PDT

KELAB GREENBOC
Sungai Petani - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian, BERNAMA dipetik.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.

"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.

"Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala semalam (Selasa) seorang lagi meninggal dunia.

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Semalam, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi kelmarin.

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.



MAKLUMAT TAMBAHAN




Bayar artis K-Pop RM1.6 juta tidak berhemat – Audit

Posted: 01 Oct 2013 10:17 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat.

Najib K Pop

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat.

Pada bahagian catatan mengenai perbelanjaan itu dinyatakan 'perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat'.

Dalam acara itu, dua kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop, turut dipanggil membuat persembahan, yang kemudian mencetuskan kontroversi kerana dibenarkan berpakaian menjolok mata.

Pasca pemilihan CEC: Antara Melayu asli, dangdut, keroncong dan RnB

Posted: 01 Oct 2013 10:15 PM PDT


cabai-burungA1


RUMAH siap pahat berbunyi. Begitulah kisahnya dengan Kongres Khas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang selesai kelmarin.

Tetapi tambah pelik, yang kuat berbunyi itu bukanlah daripada calon atau perwakilan yang mengambil bahagian dalam pemilihan itu.

Kita bukan nak mengata orang dalam atau luar tidak boleh mengulas atau mengkritik. Kalau ia pun nak mengomen, biarlah yang berisi, kalau ia pun nak mengata, biarlah berfakta.

Bukannya apa, bila komen dibuat tidak pakai akai (akal), orang jadi meluat. Kan itu namanya malu sendiri.

Nak jadi takdir, maka menanglah anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari, Zairi pada kedudukan 12 tertinggi, dilantik pula Senator Dr Ariffin Omar duduk dalam CEC; bukannya apa, orang Melayu dalam DAP ini kurang, maka jatuh bangun sakit demam orang Melayu dalam DAP ini suka benar dikisahkan orang.

Bila Zairil dan Dr Ariffin sah duduk dalam barisan CEC. Tak semena-mena pula bersuaralah dengan lantang Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak yang membangkitkan asli-tak-asli si Zairil ini.

Dipersoalkan juga kenapa calon Melayu asli yang lain tidak menang. Bagi Cabai Burung, orang yang tak cukup cerdik saja boleh tanya soalan semacam itu.

Apa taknya, sudahlah nak masuk DAP pun borangnya tak ada jenis bangsa nak ditulis, bila ada yang menang jadi wakil rakyat atau jadi CEC, kisah pula dia pasal bangsa…

Lucunya, sampai tergamak nak persoal asli-tak-asli jalur baka keturunan.

Jenis lidah biawak….

Kita jugak hairan, bila dulu Pak Ahmad Ton jadi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, dituduh jadi boneka DAP nak mengaburi orang Melayu.

Bila naik si Zairil dan Dr Ariffin dalam CEC, dianggap pula Melayunya kurang asli.

Tapi, kalau tak ada seorang pun yang Melayu dalam CEC, dituduh pula DAP anti Melayu, parti chauvinis Cina dan macam-macam lagi.

Maka betullah kata orang tua, duduk salah, bangun pun salah; ditelan mati mak, diluah mati bapa.

Ada apa pada bangsa?

DAP sedang berubah, Pakatan makin matang, pemikiran masyarakat juga makin berkembang. Sampai bila mahu dikisahkan lagi cerita semacam ni.

Yang penting bukan susur galur baka keturunan tetapi adalah kemampuan kepimpinan yang jujur, baik dan berkesan. Apa guna pemimpin Cina kalau makan duit rakyat? Apa guna pemimpin Melayu kalau bedal duit projek? Bangsa tidak penting!

Kalau betullah mahu sangat jaga ketulenan Melayu, kenapa tak ditanya dulu Datuk Seri Reezal Naina
Merican ini Melayu asli atau tidak? Kenapa tak ditanya Datuk Musa Sheikh Fadzir itu asli Melayunya atau tidak? Kenapa tak ditanya Dr Mahathir itu Melayu asli atau keturunan India?

Buat pengkritik dan pencacai bebal ini, Cabai Burung nak berpesan. Sudah-sudahlah keluarkan kenyataan yang tidak cerdik. Makin awak buka mulut, makin naik meluat orang dengar.

Tapi, kalau lagu antara Melayu Asli, keroncong, dangdut dan zapin, Cabai Burung lagi suka dengar R n B, pilihan kan masing-masing… siapa peduli kan? -Roketkini.com

DAP desak menteri jelas Projek Penandaan Diesel Bersubsidi dihenti

Posted: 01 Oct 2013 10:04 PM PDT

1094528_551550974891646_1299665545_o

KUALA LUMPUR: DAP hari ini menggesa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menjelaskan mengapa Projek Penandaan Diesel Bersubsidi (PPDB) tidak lagi dikaji semula penggunaannya dengan serta merta.

Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping berkata, tidak ada sebab mengapa PPDB dihentikan setelah ia berkesan dalam menangani sindiket menjual diesel bersubsidi.

Menurutnya, tidak ada penjelasan diberikan sedangkan PPDB adalah penyelesaian berkesan yang turut digunakan di banyak negara contonya United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Kami ingin mengetahui kenapa ia dihentikan dan apakah rancangan menyeluruh dan langkah kerajaan bagi menangani isu menjual diesel subsidi?," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Dalam jawapan kepada soalannya di sidang Dewan Rakyat, Hassan menyatakan PPDB ditamatkan perkhidmatan pada Mac 2011 setelah lima tahun penggunaannya.

Beliau juga mendakwa, kerajaan sedang meneliti dan menilai langkah lain yang lebih sesuai bagi menangani isu sindiket menjual diesel subsidi.

Mengecam jawapan Hassan itu, Julian Tan menegaskan kini semakin membebankan rakyat akibat kekurangan diesel yang masih wujud terutama di Sarawak dan Sabah walaupun kedua-duanya adalah negeri pengeluar minyak.

"Jawapan yang diberi sangat tidak munasabah kerana walaupun adanya langkah diambil, namun ia jelas tidak berkesan dalam menangani sindiket menjual diesel di mana mereka ternyata mempunyai 'network' yang lebih berkesan daripada dikesan kerajaan.

"Kedua, sebarang langkah dijalankan kerajaan memerlukan kakitangan yang ramai serta mengambil masa. Ini juga mengakibatkan tidak berkesan dalam menjalankan langkah itu.

"Saya juga hairan, mengapa PPDB dihentikan? Walhal maklum balas yang kita dapati sepanjang pelaksanaannya ia sangat berkesan dalam menangani isu ini serta merupakan penyelesaian langsung dengan penyalah guna diesel subsidi boleh dikesan dengan serta merta oleh penguatkuasa," tegasnya.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang tidak serius menangani penyeludupan diesel sehingga membebankan golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Kerajaan mesti mengatasi masalah penyeludupan subsidi ini, 10 peratus diesel kerajaan disalahgunakan.
"Penyeludupan ini sudah melebihi RM1.1 bilion, ia menjadi satu masalah yang cukup besar, jadi kerajaan harus selesaikan segera bukan mengambil tindakan potong subsidi kerana pemotongan ini membebankan rakyat miskin.

"Saya harap kerajaan menjalankan tindakan serius dalam isu salah guna ini, pemotongan subsidi tidak memberi penjimatan ia jelas tidak berkesan. Timbang rasalah kepada rakyat," ujarnya.-Roketkini.com

Teresa desak PDRM jelas kehilangan 44 senjata api

Posted: 01 Oct 2013 09:57 PM PDT

1233585_669869743024150_337858178_n


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menggesa pihak polis menjelaskan daripada mana semua senjata api yang mencetuskan pelbagai kejadian jenayah beberapa bulan lalu diperoleh.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan Laporan 2012 oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang menyatakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan bernilai RM1.33 juta.

Teresa berkata, kerajaan harus mendesak polis memberi penjelasan mengenai kehilangan pelbagai aset itu sebelum cuba mengguna atau meminda undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 melalui Parlimen.

"Ia membabitkan jumlah kehilangan senjata api yang banyak. Apakah tindakan tatatertib sudah diambil terhadap anggota polis yang cuai dalam menjalankan tugas ini.

"Pihak polis perlu menjelaskan bagaimana dan jenis apakah senjata apa yang hilang. Anggota polis yang cuai juga harus dihadapkan ke mahkamah bukan sekadar dibuang kerja kerana mungkin senjata itu diguna penjenayah untuk melakukan jenayah," katanya ketika berhujah pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga wajib memandang serius kelemahan dalam sistem polis.

"Pihak polis mendakwa pindaan PCA disasar kepada kongsi gelap dan samseng tetapi adakah mereka sudah cermin diri mereka sendiri terlebih dahulu dan menjelaskan kelemahan dalam pasukan polis," soalnya.

Statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati selain senjata api, aset yang paling banyak hilang adalah gari iaitu sebanyak 156 unit dan 29 unit kenderaan.

Ambrin turut mendedahkan pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga IPK yang diperiksa adalah kurang memuaskan.

Pengurusan aset juga tidak teratur dan bersistematik sehingga menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam.

Kelemahan lain termasuk pengurusan aset seperti Urussetia Kehilangan dan Hapus Kira lewat mengambil tindakan susulan; kelewatan mengambil tindakan di peringkat kontinjen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus; Kelewatan mengambil tindakan surcaj, tempat penyimpanan tidak selamat dan ruang penyimpanan aset yang sempit dan terhad.-Roketkini.com

Pendidikan: Selangor terus bantu SAR, SJKC dan SJKT

Posted: 01 Oct 2013 09:53 PM PDT

Saidah Hairan,


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT).

Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali.

Di samping, jelasnya kerajaan negeri berusaha untuk menambahkan bilangan Maahad Tahfiz Integrasi Sains.

"Insya Allah kita juga akan tambahkan lagi Maahad Tahfiz Integrasi Sains supaya setiap daerah ada," ujarnya ketika ditemui Harakahdaily di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, trend sekarang nampaknya permintaan untuk sekolah menengah aliran agama semakin meningkat.

"Ini cabaran kita sebab keupayaan kita buat masa ini hanya mampu mendirikan sekolah rendah agama," ujarnya.

Katanya lagi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hanya ada sekolah rendah agama sahaja.

"Bila sampai nak masuk sekolah menengah hanya 23 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan ada 3 bawah Jais iaitu Mahad Tahfiz Integrasi Sains.

"Jadi kesemuanya (sekolah peringkat menengah) ada 26 sahaja sedangkan ada lebih 250 sekolah rendah," jelasnya.

Beliau memberi contoh, pelajar yang mengambil PSRA darjah enam adalah 35,000 pelajar tetapi katakan 30,000 yang lulus sedangkan hanya 3,000 sahaja yang mampu diserap ke dalam sekolah agama menengah setakat ini.

"Jadi antara cara kita hendak menyelesaikan masalah peningkatan tapi kita tidak cukup sekolah menengah agama ialah kita akan wujudkan Kafa menengah juga di tiap-tiap daerah.

"Sekarang ini ada satu di Kampung Delek itu. Itu projek perintis," jelasnya lagi.

Beliau menambah, kerajaan negeri juga telah merangka gaji minimum guru Kafa iaitu RM1,500.

Harga rumah naik: Belum masa untuk bertindak lagi?

Posted: 01 Oct 2013 09:51 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad



Pengumuman yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) beberapa minggu lalu bahawa BNM tidak akan melaksanakan 'langkah-langkah menyejukkan' pasaran atau 'cooling measures' bagi menangani spekulasi dalam harga rumah diterima dengan pelbagai reaksi. Tentunya kita dapat mengagak pihak mana yang suka dan yang mana pula yang terus sengsara.

Meskipun pun pihak BNM sedar wujud kegiatan spekulasi dalam sektor hartanah ini, menjadi tandatanya apakah akhirnya akan BNM lakukan juga langkah-langkah tersebut.

Berdepan dengan perangkaan belanjawaan Negara dalam beberapa hari lagi ini, Kerajaan Najib tidak lagi mahu melakukan 'kesalahan' yang pastinya akan mengundang cemuhan dan kritik yang tajam khasnya dari rakyat selaku pembeli.

Beberapa langkah berikut boleh dilakukan oleh kerajaan bagi menangani spekulasi yang berlebihan sekarang ini.

1. Memperketatkan lagi nisbah Pinjaman ke Nilai atau Loan-To-Value (LTV) sesuatu property atau hartanah khasnya pada pembelian lebih dari satu rumah atau property. Ini bagi mempastikan bahawa pinjaman atau kredit yang terlalu mudah didapati tidak akan merancakkan kegiatan membuat pembelian secara spekulasi.Pinjaman dikurangkan kepada paras 80% atau 70% atau kurang dari itu dari itu; nisbah nilai adalah menasabah bagi mengekang bermudah-mudah membuat dan mendapat pinjaman.

2. Menghapuskan skema pinjaman mudah DIBS (Developers Interest Bearing Scheme) dimana pembeli kononnya tidak membayar apa-apa kerana didakwa telah dibayar oleh pemaju. Sebenarnya ia tidak benar sebab faedah telah dimasukkan dalam kiraan harga rumah lebih awal. Dengan tidak perlu membayar 10% dari kos rumah pendahuluan atau 'up-front', pihak yang bergiat dalam spekulasi sangat tergalak untuk membeli beberapa property yang akan dijual atau 'flip' setelah siap.

3. Memperkenalkan semula cukai keuntungan penjualan property RPGT  atau 'Real Property Gains Tax' kepada kadar asal dan/atau mempastikan pegangan sesuatu hartanah itu dipanjangkan kepada 3 tahun berbanding 2 tahun bagi mengelakkan kegiatan spekulasi. Dalam tahun 1976 RPGT atau lebih dikenali dengan Cukai Spekulasi Tanah adalah pada kadar 50% kalau dijual dalam 2 tahun yang kemudian diturunkan kepada 30%. Pada tahun2003, cukai ini dihapuskan samasekali yakni 0%. Kesilapan kerajaan itu diperbaikki dengan mengenakankembali RPGTsebanyak 15%. Kini ia bukan sahaja dikenakan semula tetapi mesti diperketatkan kepada pegangan selama 3 tahun. Ini yang perlu dikenakan segera oleh kerajaan berbanding GST yang bakal membebankan rakyat berpendapata rendah.

Di samping itu adalah disyorkan agar kerajaan juga mempastikan persoalan bekalan (supply-side) kerana isu harga juga tertakluk kepada undang-undang bekalan permintaan (supply-demand economics).

Maka wajar bagi kerajaan, kedua-dua Pusat dan Negeri mempastikan bekalan terutama 'rumah mampu milik' atau 'affordable housing' samada oleh pemaju kerajaan sendiri atau dijalankan secara joint-venture oleh pihak swasta. Disamping itu wajar juga kerajaan memerhatikan penjualan hartanah kepada pihak asing atau 'foreign buyers' tidak mencetuskan kenaikan harga di segi segmen 'high-end' atau rumah kos tinggi.

Ia telah terbukti boleh menjadikan pemaju kurang minat untuk membina rumah yang bertaraf mampu milik sebab keuntungan atau 'margin' nya rendah. Pemaju lebih mahu membina segmen 'high-end'. Kesemua ini memerlukan intervensi kerajaan dengan dasar yang betul dan pruden sebelum rakyat sendiri bdapata sederhana terpinggir dengan bekalan yang tidak mencukupi dan satu pihak lain yang berkemampuan terbeban dengan persaingan yang tidak adil kerana pihak luar juga membeli secara 'spekulatif'. Ada pihak pemaju diketahui lebih suka menjual kepada pihak luar. Ini pun satu gejala juga.

Disaming itu juga kerajaan boleh bertindak mengurang kos pembinaan bagi menurunkan harga rumah khususnya dari segi bekalan semen dan besi keluli. Tamatkan monopoli pengimportan semen dan bemensi keluli dengan tidak menghentikan pemberian AP dalam dua bahan bina terpenting ini yang sekaligus akan menyaksikan harga kos rumah dan pembinaan mampu diturunkan.

Agak pelik penjualan besi (steel) adalah pada paras yang hampir dua kali ganda harga pasaran dunia. Industri pembinaan adalah industri yang  telah matang dan tidak perlu perlindungan dengan AP. Izinkan pasaran menentukan harga dan kita akan saksikan bahawa tidak ada pengherotan atau 'market distortion' dalam harga hartanah. Ia sekaligus akan mengurangkan harga rumah dan hartanah. Menafaatnya adalah untuk rakyat.

(*) Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

PCA: PAS mahu utamakan prinsip buktikan bersalah

Posted: 01 Oct 2013 09:47 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS mahu sebarang akta dan undang-undang yang mahu digubal perlu mematuhi perinsip keadilan sejagat agar ianya tidak cenderung untuk menzalimi mana-mana pihak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, antara lain penggubalan tersebut perlu mengambil semangat bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah yang juga perinsip utama dalam Islam.

"Ini yang perlu ditekankan. Kita tidak mahu sesuatu akta itu digubal yang boleh menahan tanpa bicara dan boleh menahan seseorang tanpa dibuktikan kesalahannya," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata demikian ketika diminta mengulas pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Peluasan) 2013 yang dibentang kali kedua oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam.

Pindaan PCA ini antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk mengarahkan seseorang yang ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) ditahan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

Rang undang- undang itu turut memberi kuasa kepada lembaga berkenaan melanjutkan tempoh tahanan selama dua tahun lagi sekiranya didapati perlu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Peruntukan ini dilihat banyak pihak sebagai serupa dengan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan, iaitu masih membenarkan tahanan tanpa bicara.

Dalam pada itu, Hanipa turut mempersoal bagaimana cadangan pindaan akta ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sedangkan Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri pernah menyatakan tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara.

"Saya risau ianya dibuat oleh peguam negara dalam keadaan protes kerana ditekan oleh pihak kerajaan.

"Jika ini berlaku, ini tentu sekali bahaya kepada negara," katanya.

Menteri guna kedudukan lobi cawangan Umno?

Posted: 01 Oct 2013 05:07 PM PDT

Aslani M,


KOTA BHARU: Calon yang mempunyai kedudukan dalam kabinet dan ada jawatan agensi kerajaan mengatasi pemimpin Umno lain. Mereka dikatakan mempunyai rangkaian kempen melibatkan agensi kerajaan.

Jabatan dan agensi kerajaan tertentu difahamkan diarah mengatur program khas menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dengan cawangan-cawangan Umno di seluruh negara.

Bagaimanapun program tersebut difahamkan dibuat atas nama aktiviti menteri bersama masyarakat.

"Namun yang dijemput hadir cawangan-cawangan Umno dan bukannya orang ramai. Menteri menggunakan hubungan rapat dengan ketua-ketua bahagian bagi menghimpunkan cawangan-cawangan.

"Baru-baru ini memang menteri kerap berkunjung ke kampung-kampung, namun khalayak ditemui cawangan-cawangan Umno," dakwa beberapa sumber di sini.

Umno sebelum ini meminda perlembagaan parti dengan memberi kuasa kepada 150,000 perwakilan memilih pemimpin bagi mengelakkan gejala politik wang.

Bagaimanapun ramai berhujah format baru pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dianggap tidak mampu mengubah tabiat lama calon yang bertanding.

Persidangan Umno peringkat cawangan diadakan sehingga 15 September lalu,  manakala mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober ini.

Pemilihan MT dan wakil bahagian ke Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan serentak pada 19 Oktober. Perhimpunan Agung Umno pula akan diadakan bermula 2 Disember 2013.

PAS kesal PDRM hilang aset RM1.33 juta

Posted: 01 Oct 2013 05:02 PM PDT

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara hari ini mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset melibatkan kerugian bernilai RM1.33 juta bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012.

Jenis aset yang hilang itu melibatkan gari sebanyak 156 unit diikuti dengan senjata api dan kenderaan, masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

Turut hilang adalah walkie-talkie (26 unit), radio (22 unit), komputer (4 unit), kamera dan telefon bimbit sebanyak 6 dan 1 unit.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2012 hingga Januari 2013 mendapati secara keseluruhannya pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan tiga Ibu Pejabat Kontigen (IPK) iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang diperiksa kurang memuaskan.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis serta Ketua Jabatan lewat menyedikan laporan awal kehilangan aset.

Selain itu juga pengauditan turut mendapati Jawatankuasa Penyiasat kes kehilangan aset lewat ditubuhkan, Jawatankuasa Penyiasat lewat menyediakan laporan akhir kehilangan aset, Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira juga turut dilihat lewat mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan aset.

Kelemahan lain turut dilihat kelewatan mengambil tindakan di peringkat Kontigen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus, kelewatan mengambil tindakan proses surcaj, tempat penyimpanan selamat aset tidak disediakan dan ruang penyimpanan aset adalah terhad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kehilangan aset tersebut merupakan satu kecuaian dari pihak polis yang amat dikesali.

Jelasnya lagi, rakyat menaruh harapan yang besar dari PDRM untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah.

"Bukti ini kecuaian dari pihak polis yang sepatutnya memastikan aset tersebut dijaga dengan baik tetapi akhirnya hilang dari simpanan.

"Rakyat menaruh harapan harapan yang besar untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata api dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah tetapi hari ini penjenayah mengambil kesempatan atas kelalaian dan kecuaian polis," jelasnya ketika ditemui di Parlimen.

Mahfuz yang turut menberitahu, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam memenuhi kelengkapan kepada pihak polis untuk keselamatan rakyat tetapi mereka tidak memandang serius dalam soal-soal tersebut dan akhirnya aset tersebut hilang begitu saja.

Polis Bantuan untuk rakyat, Zahid enggan ulas

Posted: 01 Oct 2013 04:59 PM PDT


POLIS bantuan



KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui di Parlimen, enggan mengulas permohonan tertunggak Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan pasukan Polis Bantuan (PB) untuk menjaga keamanan di semua wilayah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Usaha Selangor Kini mendapatkan respon dari "senjata khas" Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan, ketika rakyat Selangor menyedari jumlah anggota polis yang diturunkan ke lapangan tidak mampu mengekang jenayah yang meruncing.

"Saya tidak mahu ulas mengenai perkara itu sekarang," katanya kepada pemberita selepas sesi Dewan Rakyat di ruang legar Parlimen hari ini.

Selangor Kini sebelum ini melaporkan PBT-PBT di Selangor bersetuju penubuhan PB adalah perlu untuk membantu meringankan beban PDRM melalui rondaan keselamatan di kawasan perumahan dan komersil.

Untuk menjayakan hasrat murni itu, PBT-PBT di Selangor bukan sahaja memohon untuk menubuhkan pasukan PB masing-masing, tetapi juga meminta pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan kuasa PB diperluas untuk memelihara keamanan di kawasan perumahan dan komersil.

Setakat ini, kuasa yang dibenarkan hanyalah menjaga premis dan pejabat kerajaan sahaja.

Atas desakan orang ramai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya bersetuju untuk memberi kelulusan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menubuhkan pasukan polis bantuan dengan kekuatan 50 anggota, tetapi masih untuk menjaga premis dan pejabat kerajaan sahaja.

Permohonan untuk PBT lain masih tidak diluluskan.

Tiada ulasan: