Khamis, 17 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penduduk berhimpun di Pelabuhan Kuantan

Posted: 17 Oct 2013 03:41 AM PDT

 Luqman


KUANTAN - Ratusan penduduk Kuantan dan kawasan daerah berhampiran turun ke Pelabuhan Kuantan malam tadi bagi membantah ketibaan kapal kedua yang membawa bahan mentah berbahaya Rare Earth Oxides (REO).


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang turut hadir dalam perhimpunan bantahan tersebut berkata, kontena yang membawa bahan mentah berbahaya itu masih belum dibawa ke kilang Lynas di Gebeng.

"Pimpinan Pakatan dan NGO alam sekitar konsisten berada di pelabuhan ini secara bergilir untuk memantau kontena bagi memastikan bahan itu tidak dibawa ke kilang Lynas di Gebeng," kata Fuziah sebagaimana dilaporkan Keadilandaily.

Beliau berkata, ahli parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebelum ini telah menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"REO memerlukan lesen import daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB). Namun menteri terlibat sehingga kini enggan komen," kata Fuziah kesal.

Kira-kira 30 anggota polis memantau kehadiran sekitar 500 aktivis anti-Lynas termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan orang ramai yang berhimpun di Pelabuhan Kuantan.

Mereka turut melaungkan slogan 'Kami bukan tikus makmal' dan 'Lynas balik Australia'.

Akhbar Suara Keadilan sebelum ini mendedahkan kapal kontena 'Red Resource' berlepas dari Pelabuhan Fremantle, Australia 4 Oktober lalu untuk menghantar bahan nadir bumi berbahaya untuk kali kedua.

Isu Kalimah Allah Malaysia : Noh Gadut (Pertikai Keputusan Mahkamah Boleh Kafir & Murtad) VS Ustaz Asri (Adakah Seluruh Dunia Arab Murtad)?

Posted: 17 Oct 2013 01:50 AM PDT


kalimah allah


Keputusan isu Kalimah Allah di Malaysia telah pun menjadi bualan dan bicara di seluruh pelusuk dunia. Nama Malaysia naik sekali lagi untuk isu kalimah Allah yang terbaru ini.

 

Noh Gadut : Boleh murtad pertikai keputusan kalimah ALLAH (Sinar Harian)

 

Kalimah Allah SabahSHAH ALAM – Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.
Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.
Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.
"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online.
Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.
Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.
"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.
"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi.
Apa yang Berita Semasa perhatikan apabila Dr Asri telah jelaskan daripada dahulu lagi dengan dalil lagi. Tetapi kalangan ulama yang bantah penggunaan nama Allah ini yang tidak disertakan dengan dalil, hanya bercakap mengenai syirik dan sesat semata yang mana tidak lari dengan kepentingan politik.

Isu Kalimah Allah (Dr Asri): Takkan Seluruh Dunia Arab murtad? – Malaysiakini

 

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.
NONE"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".
Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili – yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian – juga dianggap murtad.
Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.
"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.
Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?
Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:
ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 01(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.
(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.
(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.
(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.
"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.
Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan
"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?

Gambar Sekitar Keputusan Isu Kalimah Allah Malaysia?

 

Tidak semestinya rakyat malaysia pertikaikan keputusan mahkamah bermakna mereka sokong perjuangan orang Kristian. Contohnya :
  1. Orang Islam 1 – 'kenapa the herald sahaja? Jikalau majalah lain boleh?
  2. Orang Islam 2 – 'di Sabah Sarawak kanak-kanak Islam terkeliru mengenai tentang Allah?
  3. Orang Islam 3 – 'di Indon orang Kristian pun guna kalimah Allah. Adakah yang mana hendak belajar agama sampai hantar ke pesantren sana, adakah juga bakal dengan ajaran pesantren di sana?'
Adakah komen-komen & respon balas di atas layak untuk mereka jatuh murtad?

P/S : Islam itu mudah dan indah . Yang tidak indah dan menjadikannya lebih sukar ialah ummahnya sendiri yang tidak takut mati, dan lebih cintakan dunia (kekayaan, pangkat, kuasa & pengaruh). Apa respon balas anda pula?

Pensyarah: Nooh Gadut tak wajar 'gopoh, terlalu teruja'

Posted: 17 Oct 2013 01:36 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.

Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal haram.

"Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut," kata Maszlee.

Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga "mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak".

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Maszlee berkata, keputusan mahkamah hanya mengenai larangan menggunakan nama Allah dalam mingguan Katolik The Herald.

Menurutnya lagi, ini berkaitan permohonan yang bersifat "admistrative in nature" dan bukan kepada subjek hukum.

Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menyuarakan kebimbangan yang hampir sama.

Menurutnya pandangan Nooh itu mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama terkemuka, seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr  Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

 
 
|
 

K'jaan abai BERSIH 3.0 dalam laporan pada PBB

Posted: 17 Oct 2013 01:35 AM PDT

 


 

Kerajaan tidak menyebut tentang perhimpunan BERSIH 3.0 atau serangan ke atas wartawan yang berlaku semasa perhimpunan itu dalam laporan hak asasinya kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (HRC).

NONEDalam laporan 21 muka surat yang dikemukakan kepada PBB pada bulan Julai, menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai Malaysia Sabtu ini di Geneva, kerajaan telah mengemukakan imej yang bersih mengenai isu-isu hak asasi manusia.

Walaupun menyebut inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH, kerajaan tidak menyebut hasil inkuiri Suhakam itu dan juga latarbelakang di sebalik inkuiri itu dijalankan.

Malaysia akan berdepan dengan negara-negara seangkatannya di hadapan HRC Sabtu ini dalam satu semakan yang dilakukan sekali bagi setiap empat dan setengah tahun.

Umno Kalabakan: 30 Nov pilih semula AJK Wanita

Posted: 17 Oct 2013 01:30 AM PDT

SINAR HARIAN
Pemilihan Umno
TAWAU - Umno Bahagian Kalabakan menetapkan 30 November ini bagi mengadakan mesyuarat agung khas untuk pemilihan semula 14 anggota Jawatankuasa (AJK) Wanita bahagian itu yang meletak jawatan selepas menang dalam pemilihan Sabtu lepas.

Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian itu di sini hari ini.
  
"Apabila mereka meletak jawatan, mengikut Fasal 12.11, Peraturan Pergerakan Wanita Umno, Umno Bahagian Kalabakan mengambil alih semua pentadbiran Wanita Kalabakan dan akan menetapkan satu tarikh mengadakan mesyuarat agung khas semula untuk memilih 14 kekosongan.
  
"Umno Bahagian Kalabakan menetapkan pertandingan (pemilihan semula) cuma (bagi jawatan) 14 AJK (yang kosong) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
  
Dua hari lepas, Suriyani Lamai yang mengetuai 14 AJK itu mengisytiharkan mereka meletak jawatan sebagai protes terhadap proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.
     
Selain Suriyani, 13 lagi AJK berkenaan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.
  
Abdul Ghapur berkata mesyuarat turut menerima cadangan supaya 14 AJK yang meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding semula kerana ada kemungkinan mereka akan meletak jawatan sekali lagi sekiranya keputusan pemilihan baharu masih seperti pemilihan pada 12 Okt lalu.
  
Mengenai status 14 AJK berkenaan, beliau berkata sehingga ke hari ini Umno bahagian belum menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan mereka.
  
Bagaimanapun  Abdul Ghapur berkata terpulang kepada 14 AJK berkenaan sama ada untuk menghantar surat rasmi atau tidak namun mereka sepatutnya berbuat demikian berdasarkan peraturan parti.
  
Katanya beliau akan menemui Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 19 Oktober ini bagi memaklumkan mengenai perkara yang berlaku dalam pemilihan Wanita Umno Bahagian Kalabakan Sabtu lepas.
  
Mengulas dakwaan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Kalabakan Datuk Hamisa Samat kononnya pemilihan Wanita bahagian itu tidak telus, Abdul Ghapur berkata urusetia mesyuarat perwakilan dan pemilihan itu dikendalikan sepenuhnya oleh AJK lama Wanita bahagian itu yang diketuai Hamisa sendiri.
  
Dalam pemilihan itu, Hamisa yang merupakan penyandang Ketua Wanita kalah kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi. - Bernama

[KALIMAH ALLAH] Bekas Mufti Perlis Libas "Fatwa" Bekas Mufti Johor

Posted: 17 Oct 2013 01:19 AM PDT

Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?

KELAB GREENBOC



Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi? -mk

PAS hadapi situasi paling sulit?

Posted: 17 Oct 2013 01:17 AM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
 

Sering kali, setiap kali dilanda masalah atau dikepung krisis, maka kita beranggapan itulah saat paling getir pernah dilalui. Sedangkan badai yang menimpa sebelumnya mungkin lebih dahsyat dan cukup perit tetapi disebabkan berjaya meredahnya dengan selamat, lalu kita beranggapan problem masa kini lebih mencabar dan menggugat.

Misalnya, krisis kepemimpinan PAS pada awal 1980-an, yang menyisihkan bekas presiden,  Asri Muda dan ramai lagi pemimpin tertinggi, dianggap kemuncak pertembungan yang membelah-bahagikan parti.

Ada penganalisis melihat PAS bukan hanya  bertukar dari segi saf kepemimpinan tertinggi, malah berubah watak dan rohnya. "Apa yang berlaku seolah-olah  revolusi dalam PAS," kata seorang editor politik, "dan Yusuf Rawa berjaya mengendalikannya dengan baik sekali."

Namun begitu, sejurus PAS kembali berpadu kukuh di bawah era kepimpinan ulama, meskipun terpaksa berdepan kekalahan teruk dalam PRU1986 yang menyaksikan kemenangan kerusi Parlimen tunggal di Pengkalan Chepa, ahli-ahlinya merasakan saat paling kritikal sudah pun berlalu.

Sebelumnya, ketika PAS diasak keluar daripada Barisan Nasional, diikuti perisytiharan darurat dan menyebabkan kehilangan Kelantan pada 1978, Parti Islam itu berdepan pelbagai kemungkinan masa depan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, selepas mendapat suntikan "darah baru", khususnya daripada ABIM dan tenaga muda lulusan luar negara, serta percubaan PAS untuk memperluaskan wilayah operasinya di luar kubu tradisi, terutama di pantai barat dan selatan tanahair -- walaupun ramai calonnya hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya umum -- ramai percaya kekalahan di Kelantan ada hikmah tersendiri.

Begitu juga dengan masalah dalaman Umno. Percubaan Sulaiman Palestin mencabar presiden, Hussein Onn langsung tidak menggambarkan parti dalam krisis. Di bawah Dr Mahathir Mohamad, kekosongan jawatan timbalan presiden mengundang pertarungan sengit Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam, sebanyak dua kali.

Pertempuran paling sengit berlaku pada April 1987, menyaksikan Team A dan Team B merebut semua jawatan penting. Dr Mahathir yang dicabar Ku Li hanya menang tipis, 43 undi. Kewujudan perwakilan haram menyeret Umno ke mahkamah, dan atas dorongan peguam Dr Mahathir, Hakim Harun Hashim tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa mengisytiharkan Umno parti haram.

Peristiwa itu diangap paling mendebarkan, malah episod hitam, dalam sejarah Umno (walaupun pengharaman itu adalah kehendak Dr Mahathir sendiri), sehingga Presiden MCA pernah dilantik buat seketika menjadi Pengerusi BN. (Dr Mahathir turut bersandiwara dengan mendakwa keputusan mahkamah tersebut membuktikan kebebasan kehakiman di Malaysia).

Tanpa menunggu lama, hujung 1993, Team Wawasan yang diterajui Anwar Ibrahim "mengamuk"; Ghafar Baba, Abdullah Ahmad Badawi dan  Sanusi Junid tersingkir. Sebaik Anwar dilantik Timbalan Perdana Menteri dan disahkan jawatan Timbalan Presiden Umno, sudah timbul cakap-cakap beliau hanya memerlukan masa 18 bulan untuk menjatuhkan Dr Mahathir.

Dan Umno digambarkan akan berdepan konflik dalaman yang lebih serius apabila "ibu segala peperangan" tercetus antara Dr Mahathir dan Anwar. Takut berdada kemungkinan cabaran timbalannya, maka Dr Mahathir lebih awal lagi memintasnya, dengan langkah pemecatan yang memaksa Anwar bersilat di luar gelanggang.

Ramai pemerhati, apatah lagi ahli-ahli Umno sendiri, merasakan suasana ketika itu, yang ditandai dengan era reformasi 1998-99, lebih genting berbanding cabaran Ku Li dan Musa pada 1987.

Kembali kepada PAS, yang berada di ambang pemilihan parti hujung November nanti. Memang ini bukan kali pertama ia berdepan pertandingan melibatkan jawatan tertinggi, khususnya timbalan dan naib-naib Presiden.

Sebaik Ustaz Fadzil Mohd Noor meninggal dunia dan digantikan -- tanpa sebarang pertikaian -- oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang, jawatan timbalan presiden terbuka kepada pertandingan, di antara Ustaz Hassan Shukri dan Mustafa Ali.

Saya tidak mengikuti dari dekat proses pemilihan waktu itu, termasuk kemudiannya, cabaran Ustaz Nasharuddin Mat Isa terhadap penyandang jawatan no. 2, Ustaz Hassan. Apa pun, yang pasti, tidak terbayang bahawa PAS berdepan krisis ataupun membahagikan parti kepada dua kelompok, hanya kerana pertandingan timbalan presiden.

Begitu juga apabila Ustaz Nasharuddin dicabar oleh Ustaz Harun Taib, seterusnya Husam Musa dan Mohamad Sabu,  dan pusingan terakhir oleh Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Rata-rata ahli parti menganggapnya sebagai amalan demokrasi yang wajar dihormati. Tidak timbul soal kumpulan atau team. Masing-masing menawar khidmat untuk turut menyumbang buat kemajuan jamaah.

Saya harap saya tidak tersilap apabila terasa sesuatu yang berbeda ketika banyak pihak mula bercakap tentang pemilihan 2013, bukan hanya merujuk jawatan timbalan presiden, tetapi juga naib presiden, malah AJK PAS Pusat.

"Saya pun terasa begitu, walaupun sudah lama dalam parti dan pernah menempuh pelbagai pancaroba zaman sejak Dr Burhanuddin Al-Helmi, tetapi kali ini saya agak khuatir, pertandingan bukan saja nampak sengit tetapi boleh memecah-belahkan parti," kata seorang veteran PAS.

"Apa yang digambarkan pertembungan profesional, ulama, bagi saya, bukan lagi tohmahan tetapi memang real. Anda tidak perlu menyiasat lebih dalam; cukup mendengar dari jauh pun sudah cukup untuk memahami pergolakan itu," tambahnya.

"Ditambah keterbukaan media baru, terutama Facebook dan Twitter, saya cukup terkejut dengan perbahasan yang bukan saja melampaui adab berjamaah, tetapi juga rukun bersahabat," rungut seorang rakan, yang juga mengikuti perkembangan PAS sejak tahun 70-an.

"Orang luar yang selama ini kagum dengan disiplin ahli PAS pun terkejut besar dengan kempen pemilihan. Kaedahnya juga semakin licik, dan lebih teruk, ada yang tidak beretika, termasuk anak muda, seolah-olah tidak hormati langsung orang lama dalam parti," ujarnya, sambil menekankan kehairanannya mengapa fenomena itu boleh berlaku dalam PAS.

Saya cuba menenangkan diri sendiri, walaupun tidak begitu yakin: "Insya-Allah segalanya akan berakhir dengan selesainya muktamar nanti. PAS akan kembali berpadu, kita pernah hadapi masalah dalaman lebih sukar. Allah akan selamatkan PAS."

Seorang peguam muda, bekas pimpinan pelajar menyanggah: "Kita tidak boleh hanya berharap jadi begitu. Siapa pun yang menang nanti, yang terasa perit luka sukar untuk disembuhkan. Saya nampak kita semacam akan terbahagi dua dengan jalur pemikiran jauhberbeda."

"PAS parti arus perdana yang semakin membesar dan berkembang pesat, dengan pelbagai latar belakang ahli, tentulah akan berdepan situasi ini," saya cuba mententeramkan peguam muda itu.

"Ya, kita parti arus perdana, tapi perlulah bersikap dan berwajah seperti parti yang bakal menerajui kerajaan, mewakili aspirasi rakyat ...," cepat saja dia memintas. saya terpaksa berundur; rakan saya ini benar-benar merasakan PAS berada di persimpangan yang kritikal.

Umno Lembah Pantai dan Pasir Salak dakwa wujud politik wang

Posted: 17 Oct 2013 01:11 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM

























Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Lembah Pantai, Mohyiddin Mohamad dan calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak, Mohd Nazari Sabran mendakwa wujudnya unsur penyelewengan dan politik wang ketika mesyuarat cawangan dan pemilihan tiga sayap parti pada Sabtu lalu.

Mohyiddin berkata, sogokan wang tersebut dipercayai membabitkan bukan saja ketua bahagian namun turut melibatkan timbalan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Katanya, ini bukan kali pertama calon tersebut melanggar etika dan perlembagaan parti kerana ia  berlaku sejak empat tahun lalu dan pihak berkenaan juga tidak mengikut beberapa peraturan mesyuarat Sabtu lalu.

 Pada Sabtu lalu, katanya, pentadbiran bahagian menyediakan sidang video untuk penyandang jawatan merasmikan mesyuarat tiga sayap walaupun tiada ucapan ketua bahagian sebelum ini.

"Sekurang-kurangnya empat aduan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan, Lembaga Displin dan Ibu Pejabat Umno kerana wujudnya politik wang dalam kempen.

"Ia dipercayai dilakukan oleh ejen calon bagi memastikan barisan kepimpinan tertentu menjadi pilihan perwakilan pada pemilihan Umno," katanya kepada akhbar Berita Harian.

Sementara itu, di Ipoh, pencabar jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak mendakwa lawannya Dr Faizal Tajuddin mengedarkan beberapa barangan kepada perwakilan ketika tempoh berkempen.

Katanya, ia termasuk sebuah buku tertulis "Direktori Untuk Kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Cawangan yang memaparkan segala aktiviti Ketua Pemuda Bahagian tersebut.

"Di dalam buku tersebut menunjukkan gambar individu terbabit mengagihkan barangan pertanian dan sukan kepada perwakilan, maka kita persoalkan apa locus standi dia mengagihkan barangan itu," katanya.

Bagaimanapun, Dr Faizal menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

Pada pemilihan Umno Bahagian Sabtu lalu, Dr Faizal menewaskan Mohd Nazari dengan 243 undi berbanding 163 yang diperolehi pencabarnya.

Bolehkah Merakam Hubungan Intim Suami-Isteri?

Posted: 17 Oct 2013 01:08 AM PDT

KELAB GREENBOC
 
 
Rakaman video intim beredar dimana-mana. Jangankan yang sudah menikah, perzinaan dirakam dan tersebar terutama di internet. Mulai dari artis yang kemudian dipenjara dan dibebaskan dan dialu-alukan bak pahlawan, hingga menjadi seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat yang katanya terhormat.

Bagaimana dengan suami-isteri menurut Islam? Bolehkah merakam adegan yang sangat peribadi itu?

Masalah ini terus ramai menjadi pembicaraan, sementara bala' dari perbuatan tersebut telah menimpa mereka, mulai dari anak-anak hingga orang tua.

Islam telah menetapkan bahawa hubungan badan hanya boleh dilakukan antara seorang laki-laki dengan isteri dan hamba sahayanya (lihat QS al-Muminun [24]: 5-7). Selain itu, syara' juga telah menetapkan batas-batas aurat yang harus dijaga kecuali di antara mereka. Bagi suami-isteri, masing-masing diperbolehkan melihat seluruh bagian tubuh pasangannya. Bahz ibn Hakîm telah meriwayatkan dari bapaknya dari datuknya, datuknya berkata:

"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah SAW, manakah bahagian aurat kami yang harus kami tutupi dan mana yang boleh kami biarkan?" lalu Rasulullah SAW bersabda kepadaku, "Jagalah auratmu, kecuali dari isterimu atau hamba sahaya perempuanmu." (HR Abu Dawud).

Mesikipun demikian, Islam mengharamkan menceritakan aurat pasangannya dan perihal hubungan badan itu kepada orang lain. Dalam Hadits riwayat Muslim, Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya manusia yang paling jelek kedudukannya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah seseorang yang menyetubuhi isterinya dan isteri bersetubuh dengan suaminya, kemudian suami menyebarkan rahasia isterinya," (HR Muslim dari Abi Said al-Khudri).

Keharaman menceritakan tersebut termasuk keharaman suami yang mempunyai dua isteri atau lebih, yakni hubungan badan suami-isteri dengan isteri satu disampaikan kepada isteri yang lain.

Berdasarkan nas-nas di atas, maka keharaman hukum menceritakan tersebut termasuk keharaman merakam adegan ranjang untuk disebarkan, agar boleh ditonton orang lain. Dengan keras Nabi saw. menggambarkan mereka seperti syaitan:

"Tahukah apa permisalan seperti itu?" Kemudian beliau berkata, "Sesungguhnya permisalan hal tersebut adalah seperti syaitan wanita yang bertemu dengan syaitan laki-laki di sebuah lorong terdedah, kemudian syaitan laki-laki tersebut menunaikan hajatnya (bersetubuh) dengan syaitan perempuan, sementara orang-orang melihat kepadanya." (HR Abu Dawud).

Adapun merakam adegan hubungan badan seperti itu untuk keperluan sendiri, termasuk perbuatan sia-sia dan tidak ada gunanya, yang sebaiknya ditinggalkan:

"Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya." (Hr Ibn Majah).

Lebih dari itu, jika hasil rakaman tersebut lalu disimpan, maka dapat menjadi wasilah yang menghantarkan kepada perbuatan haram. Sebab, siapa yang dapat menjamin rakaman itu tidak jatuh kepada orang lain? Dalam hal ini, dapat diterapkan kaedah syara':

"Hal-hal yang boleh menghantarkan kepada yang haram, maka hukumnya jelas-jelas haram."

Adapun hukum memberitakan dan memperbincangkan peristiwa seperti ini juga diharamkan, kerana termasuk menyebarkan perbuatan maksiat. Nabi SAW dengan tegas menyatakan:

Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali orang-orang menampak-nampakkannya dan sesungguhnya di antara bentuk menampak-nampakkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan perbuatan pada waktu malam, sementara Allah telah menutupinya, kemudian pada waktu pagi dia berkata, "Wahai fulan, semalam aku telah melakukan ini dan itu." Padahal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabb-nya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabb-nya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah (Muttafaq 'alayh).

Kerana itu, hendaknya seorang Muslim menjaga lisannya dari membicarakan perbuatan maksiat orang-orang seperti mereka (mujahirin), bukan untuk menutup aib mereka, tetapi agar tidak terlibat dalam menyebarkan perbuatan keji maksiat mereka di tengah-tengah orang Mukmin. Juga termasuk menjaga lisan dan fikiran dari perkara-perkara yang sia-sia, kecuali untuk menjelaskan hukumnya, agar umat tidak melakukan kemaksiatan serupa.

Kerana seluruh perbuatan di atas diharamkan, maka memuat-turun, menyimpan, menyalin dan menyebarkannya jelas hukumnya adalah haram. Wallâhu a'lam. [sumber: konsultasi]

Keputusan Mahkamah Hanya Untuk Semenanjung, Atau Junaidi Cuba Selamatkan Undi Sarawaknya?

Posted: 17 Oct 2013 01:04 AM PDT

KELAB GREENBOC


Timbalan menteri dalam negeri membuat kenyataan yang sangat mengarut, dengan memberikan alasan paling tidak logik bagi mempertahankan kerajaan dalam usaha untuk menyelamatkan undi Sarawaknya," kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Wan Junaidi semalam yang menyebut bahawa kabinet membenarkan kalimah 'Allah' digunakan dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.

Pua berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hari Isnin lalu tidak menyatakan secara khusus bahawa kalimah 'Allah' tidak boleh digunakan dalam The Herald.

Sebaliknya, penghakiman itu menegaskan pengharaman ke atas penggunaan kalimah tersebut oleh kesemua agama lain.

Malah, katanya, pengerusi panel hakim berkenaan Datuk Seri Mohamad Apandi Ali menyatakan dengan jelas bahawa ancaman ke atas Islam dalam konteks negara ini ialah pengembangan agama lain ke atas pengikut Islam.

Tambahnya, para hakim berkenaan turut memutuskan bahawa kalimah 'Allah' tidak melengkapkan fahaman dan ajaran Kristian, khususnya dari aliran Gereja Roman Katolik.

Oleh yang demikian, kata Pua, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kalimah tersebut tidak dibenarkan daripada digunakan dalam Bible dalam apa juga bahasa.

Menurut Pua, larangan itu akan menjejaskan berjuta-juta pengikut Kristian di Sabah dan Sarawak yang menggunakan Al-Kitab.

Katanya, Wan Junaidi dalam kenyataan kepada portal berita The Malaysian Insider tersebut juga menyebut bahawa keputusan mahkamah hanyalah undang-undang kes yang tidak dapat dikuatkuasa walaupun ia menjadi sebahagian dari undang-undang di negara ini.

"Sekali lagi, Wan Junai membuat putar belit tidak logik dalam hujahnya bahawa keputusan mahkamah 'biasanya tidak boleh dikuatkuasa'. Jika begitu, kenapa perlu pergi ke mahkamah untuk mendapat pengadilan?

"Adakah ia bermakna jika The Herald tidak mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan maka tiada agensi yang boleh 'menguatkuasakannya' ke atas mereka?," soalnya. -mk


Keputusan mahkamah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, kata Wan Junaidi


Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih terpakai.

Katanya, isu ini masih belum selesai dan beliau percaya kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

"Saya percaya akan ada lagi semakan kehakiman."

Wan Junaidi berkata keputusan oleh Mahkamah Persekutuan kelak akan mengakhiri segala perkara berbangkit.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan nanti akan dipolitikkan oleh pihak tertentu.

"Keputusan yang diputuskan mahkamah adalah berpandukan Perlembagaan dan tidak menerima tekanan daripada sesiapa.

"Bermakna polis atau agensi lain tidak mempengaruhi keputusan mereka," katanya ketika ditemui dalam satu acara penyembelihan korban di Tabuan Hilir, Sarawak.

Namun, Wan Junaidi berkata kerajaan berpandukan undang-undang boleh menggunakan kuasanya untuk menarik balik keputusan mahkamah melalui pindaan undang-undang di Parlimen.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau memberi amaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UPKO berkata penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tidak mendatangkan apa-apa masalah di sana.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah itu sejak 100 tahun lalu dengan aman dan harmoni.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing turut senada dengan Madius.

"Datuk Zulkifli Noordin tinggalkan keputusan itu di Semenanjung dan jangan bawanya ke Sabah dan Sarawak untuk merosakkan keharmonian di sini."

Masing-masing turut menyuarakan kebimbangan sekiranya keputusan itu terpakai kepada Al-Kitab akan memungkiri janji Datuk Seri Najib Razak di Sibu pada 2010.

"Sekiranya perkara itu benar berlaku akan merosakkan kredibiliti Barisan Nasional (BN) dan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.
-TMI

“Saya tak silap larang Herald dahulu,” kata Syed Hamid Albar

Posted: 17 Oct 2013 01:00 AM PDT

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH























Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar), individu pertama yang melarang mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah empat tahun lalu gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri pada 2009 berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah keputusan yang baik.

"Keputusan dibuat dan kita perlu menghormatinya. Ini adalah kepercayaan umat Islam. Isu sensitif yang perlu difahami oleh semua pihak," kata bekas menteri itu kepada The Malaysian Insider.

 Syed Hamid yang kini Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut menolak dakwaan yang mengatakan keputusannya dahulu menghalang Herald adalah bermotifkan politik.

"Ia tiada kaitan dengan politik. Ia bersabit dengan kepercayaan," katanya.

Syarikat Penyiaran British (BBC) mengulas keputusan Mahkamah Rayuan melarang Herald menggunakan kalimah Allah sebagai usaha Umno mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

Herald mendapat kebenaran menggunakan kalimah Allah selepas beberapa siri rundingan dan proses mahkamah asalkan akhbarnya menyatakan 'untuk penganut Kristian sahaja'.

Syed Hamid sendiri menandatangani surat arahan itu dan digazetkan pada 16 Februari 2009 namun keputusan itu ditarik balik 12 hari kemudian.

Pemilihan Umno pula berlangsung pada Mac tahun sama menjadikan isu itu sebagai satu kelebihan untuk Syed Hamid mendapatkan jawatan dalam parti dan Kabinet.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memilih Syed Hamid untuk menyertai Kabinetnya pada April 2009.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing mahu penjelasan Syed Hamid, siapa yang mempolitikkan isu ini sehingga keputusan drastik dibuat empat tahun lalu.

"Biar beliau jelaskan kerana tiada pihak yang membangkitkan isu ini sebelumnya dan penduduk di Sabah dan Sarawak tiada masalah menggunakan kalimah Allah dalam Al-Kitab.

Syed Hamid bagaimanapun, berkata keputusannya bukan dipengaruhi ideologi politik tetapi perkara yang betul bagi mengelak kekeliruan umat Islam.

"Keputusan kalimah Allah tidak dipengaruhi emosi dan tiada kena-mengena dengan pemilihan Umno. Ia dibuat demi menegakkan agama dan saya tidak melakukannya untuk kepentingan politik, " katanya.

Syed Hamid berkata, terdapat beberapa perkataan yang hanya eksklusif untuk umat Islam dan kalimah Allah adalah satu di antaranya.

"Itulah tunjang kepada keputusan saya pada 2009," katanya.

Surendran harus lebih kerap ikut operasi polis, kata Wan Junaidi

Posted: 17 Oct 2013 12:58 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Naib Presiden PKR, N Surendran memakai jaket kalis peluru polis di Bukit Aman semalam.Naib Presiden PKR, N Surendran memakai jaket kalis peluru polis di Bukit Aman semalam.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menghalang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mencabar Naib Presiden PKR, N Surendran menyertai operasi polis, dengan syarat surat penafian untuk tidak mendakwa kerajaan dan pihak polis ditandatangani.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Surendran seharusnya lebih kerap mengikut operasi polis supaya segala keangkuhannya dapat ditundukkan apabila berdepan dengan kejadian tembak-menembak.

"Dalam ribuan operasi dan tangkapan oleh polis, mungkin satu atau dua kes sahaja yang berdepan dengan kejadian tembak-menembak maka kita mahu Surendran mengikuti operasi polis itu berpanjangan supaya setanding dengan apa yang beliau hujahkan di Parlimen.

 "Surendran tidak tahu bagaimana polis menjalankan tugas. Setiap anggota polis berpandukan undang-undang, prosedur piawaian operasi (SOP) dan arahan ketua polis sendiri. Begitu juga SOP penggunaan senjata api yang perlu dipatuhi oleh polis," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Junaidi berkata, dalam keadaan tertekan, tiada yang akan bertindak seperti robot kerana mereka mahu menyelamatkan diri ketika dalam kecemasan.

Katanya, Surendran tidak tahu kesukaran polis dan hanya tahu mencabar membuta tuli di dalam Dewan Rakyat menyebabkan Khalid tercabar sehingga mempelawa Surendran mengikut operasi polis.

"Jangan merendahkan martabat pasukan polis. Kalau tidak didedahkan dengan latihan maka jangan hanya pandai mencabar polis. Jika musuhnya adalah peluru, maka jangat ingat polis berlakon cerita kung fu. Mana ada orang boleh mengelak peluru," katanya.

Khalid pada Isnin menawarkan Surendran untuk menyertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata dan beliau perlu menandatangani perjanjian indemniti terlebih dahulu untuk berhadapan dengan sebarang risiko ketika operasi itu dijalankan.

Beliau berkata, polis akan menghubungi Surendran apabila pasukan itu menjalankan operasi berkenaan dan ahli Parlimen itu perlu bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa termasuk lewat tengah malam atau awal pagi.

Katanya, Surendran akan disediakan perlindungan mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan itu.

Surendran dan peguamnya menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berhubung butiran perjanjian indemniti dan prosedur lain.

The Malaysian Insider semalam melaporkan Surendran tidak menganggap tawarannya itu sebagai jalan penyelesaian terhadap kritikan kepada polis.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, tawaran Khalid itu hadir semata-mata kerana kritikannya terhadap pasukan polis dan terpaksa menyambutnya demi tujuan yang baik.

Beliau menafikan kenyataan Khalid yang mendakwa dirinya tidak kisah keselamatan pasukan polis bertugas, sebaliknya berkata, kritikannya adalah kerana kenyataan "tembak dahulu" oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian disokong oleh pegawai atasan polis.

Comango nafi ke Geneva untuk ancam Islam dan promosi seks songsang

Posted: 17 Oct 2013 12:52 AM PDT

Oleh Md Izwan

Honey Tan Lay Ean berucap di majlis taklimat Laporan UPR ke Geneva di Petaling Jaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Oktober, 2013.Honey Tan Lay Ean berucap di majlis taklimat Laporan UPR ke Geneva di Petaling Jaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Oktober, 2013. 























Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) hari ini menafikan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan Muslim bahawa mereka akan melobi di Geneva yang boleh mengancam agama Islam dan mempromosikan seks songsang pada 24 Oktober ini.

Gabungan tersebut yang bakal menghantar tujuh wakil ke Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) untuk Semakan Berkala Sejagat (UPR) sebaliknya menegaskan tujuan mereka adalah untuk mempromosikan hak asasi manusia kepada kerajaan Malaysia.

"Ia adalah tidak benar, tidak ada satu pun dalam laporan yang kami buat mengancam agama Islam atau mempromosikan seks songsang seperti didakwa.

 "Mereka yang tuduh kami itu tidak membaca laporan yang kami buat," kata wakil gabungan tersebut, Honey Tan Lay Ean pada sidang media pagi ini di Petaling Jaya.

Tan berkata, kehadiran mereka di Geneva hanya untuk menggalakkan kerajaan Malaysia menerima beberapa cadangan untuk mempromosikan, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia di Malaysia.

"Kami hanya berhasrat untuk menggalakkan kerajaan menerima beberapa cadangan yang melibatkan hak asasi manusia," katanya.

Tan berkata, kerajaan Malaysia sudah menandatangani tiga konvensyen HRC sejak kali pertama menyertainya pada 2009.

Tan juga mengkritik laporan yang disediakan kerajaan Malaysia ke HRC kerana kelemahan daripada segi analisis dan tidak terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada NGO lain di Malaysia.

"Laporan yang disediakan kerajaan Malaysia untuk dibawa ke UPR ini sangat lemah, tiada analisis yang dibuat.

"Ia hanya sekadar salinan polisi yang diletakkan sahaja dalam laporan tersebut," kata Tan yang merujuk kepada beberapa program propaganda di bawah kempen 1Malaysia, antaranya ialah Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilihat sebagai alat propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum lalu.

Comango dalam laporan yang disediakan mereka antaranya membangkitkan beberapa isu mengenai kebebasan agama, isu perkauman, salah guna polis, isu imigran dan hak bersuara.

Mengenai kritikan terhadap Comango, Tan mempersoalkan kredibiliti kumpulan tersebut kerana tidak pernah mendengar tentang kewujudannya, malah kumpulan itu juga tidak memberikan sebarang input dalam laporan yang akan dihantar ke UPR nanti.

"Kumpulan ini tiba-tiba muncul, dari mana mereka datang pun tidak tahu.

"Mereka ini berada dalam senarai NGO yang memberikan input ke UPR nanti, di mana laporan mereka," katanya merujuk kepada kumpulan terbabit.

Presiden gabungan Muslim UPRo, Azril Mohd Amin yang lantang mengecam Comango hari ini, mendakwa kumpulan tersebut hanya terdiri daripada 12 NGO berdaftar yang sah, selebihnya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Beliau mendakwa, gabungan tersebut menyebarkan ideologi batil ke pelosok dunia dengan memburukkan kedudukan Islam di Malaysia melalui pelbagai tuntutan tidak munasabah.

"Di Malaysia, aktivis HAM ini turut menjadi bertambah kuat dan berani kerana wujud segelintir pemimpin Muslim, khususnya pemimpin politik yang keliru dengan kefahaman agama mereka akibat kerangka sekular yang dianuti," kata Azril, yang juga naib presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia dipetik dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

UPR merupakan mekanisma yang digunakan untuk menilai situasi hak asasi manusia negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia dijalankan empat tahun sekali.

Malaysia semakin menghampiri sesi UPR pusingan kedua pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland.

Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan NGO hak asasi manusia.

Tetapi isi kandungan laporan Comango membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung dalam dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini.

UPR akan menilai sejauh mana negara yang disemak menghormati hak kewajipan manusia yang ditetapkan dalam Piagam PBB, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, instrumen hak asasi manusia yang ditandatangani sesebuah kerajaan, janji dan komitmen sukarela dibuat kerajaan (dasar hak asasi manusia nasional dan/atau program dilaksanakan), dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai.

DAP tetap mahu guna kalimah ALLAH

Posted: 16 Oct 2013 05:16 PM PDT

Lim Guan Eng 
 Lim Guan Eng

GEORGETOWN - DAP tetap bertegas dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sebelum ini.

"Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, kita (DAP) tetap dengan pendirian seperti sebelum ini. Pendirian DAP berhubung isu kalimah ALLAH adalah jelas.

"Saya rasa anda semua tahu apakah pendirian DAP berhubung isu ini, namun pendirian berkenaan tidak mewakili suara pakatan pembangkang," katanya kepada media semalam.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya, The Herald.

Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan Roman Katolik adalah dibatalkan.

Mahkamah Rayun juga berpendapat, tiada alasan mengapa Gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya, jika dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mesyuarat pada hari ini bagi membincangkan isu berkenaan.

"PR akan bermesyuarat esok (hari ini) untuk membincangkan pendirian ketiga-tiga parti berhubung isu ini. Mesyuarat itu menentukan pendirian PR dengan tidak mengetepikan pendirian mana-mana parti di dalamnya (PR).

"Mesyuarat ini juga diadakan bagi menghormati ketiga-tiga parti dalam mengeluarkan satu kenyataan bersama. Saya tidak boleh bercakap mewakili pakatan pembangkang kerana isu ini adalah sensitif, jadi kita akan tunggu mesyuarat PR dalam menentukan pendirian pakatan terhadap isu ini," katanya.

Sebelum ini, Guan Eng  pernah mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu ketika menyampaikan perutusannya sempena Hari Natal tahun lalu.

Pada awal tahun ini, PR mengambil pendirian menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran yang seterusnya turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Jangan tafsir al-Quran ikut suka

Posted: 16 Oct 2013 05:11 PM PDT

Jangan tafsir al-Quran ikut suka 
 Twitter milik Jui Meng.

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas memberi amaran kepada sesiapa sahaja sama ada Islam atau bukan Islam supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan tafsir ayat Al-Quran tanpa merujuk kepada golongan ulama dan ilmuwan agama terlebih dahulu.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh berkata demikian merujuk kepada status Twitter Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

"Penggunaan ayat atau tafsir Al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam atau pun bukan Islam.

"Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir Al-Quran sekiranya tidak arif bahagian  itu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguan edisi bahasa Melayu, The Herald.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan kalimah ALLAH bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Justeru itu mahkamah mendapati tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Mengulas lanjut, beliau menyarankan supaya Jui Meng bertindak matang dengan menghormati keputusan mahkamah demi keamanan dan kesejahteraan antara agama.

"Umat Islam mesti sepakat pertahankan kalimah ALLAH kerana ia perkara dasar dalam Islam, jadi yang bukan Islam rasanya tidak perlu berlebihan bercakap isu ini.

"Sekarang terpulang kepada kerajaan untuk bertindak atau memberi nasihat kepada beliau supaya lebih menghormati keputusan mahkamah berkenaan perkara ini," kata beliau.

Isu kalimah ALLAH bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah yang dicetak sejak 1994. Berikutan itu, pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

BN Kedah Senarai Empat Nama Calon PRK Sungai Limau

Posted: 16 Oct 2013 05:04 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan empat nama untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata senarai itu telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya dimaklumkan beliau (Muhyiddin) akan berbincang perkara ini dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya menantikan keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Aidiladha di sini, Rabu.

Kerusi DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian penyandang yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 September lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali mewakili BN.

Ditanya sama ada pemilihan Umno Sabtu ini boleh menjejaskan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, Mukhriz berkata: "InsyaAllah tidak. Kita telah berbincang dengan Umno Bahagian Jerai berhubung perkara itu kerana di situ pun ada pertandingan."

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata semua pihak yang bertanding di peringkat Umno bahagian itu telah memberi jaminan bahawa keputusan pemilihan parti tidak akan menjejaskan pilihan raya kecil itu.

"Mereka akan rapatkan saf untuk menghadapi pilihan raya kecil ini kerana kita pun faham pilihan raya kecil ini adalah sangat-sangat besar," katanya.

Pada pemilihan parti kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerai menentang penyandang, Datuk Shuhaimi Abdullah. BERNAMA

Wanita Umno Kalabakan Perlu Buat Pemilihan Semula - Ghapur

Posted: 16 Oct 2013 05:02 PM PDT




PETALING JAYA: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kalabakan, Sabah, perlu mengadakan pemilihan semula bagi memilih jawatankuasa baharu sayap itu ekoran perletakan jawatan 14 daripada 15 anggotanya yang menang pada pemilihan Sabtu lalu.

Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Khamis bagi menetapkan tarikh Mesyuarat Perwakilan Khas Wanita Umno Bahagian itu untuk diadakan pemilihan semula ahli jawatankuasanya.

"Mengikut Fasal 12.11 Peraturan Pergerakan Wanita Umno, Jawatankuasa Umno Bahagian boleh mengadakan mesyuarat perwakilan khas jika dua pertiga atau lebih ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita bertindak meletakkan jawatan mereka," katanya pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai tindakan 14 daripada 15 ahli jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.

Menurut sumber, perletakan beramai-ramai Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan itu dibuat sebagai tanda protes ekoran kekalahan bekas Ketua wanita Umno Bahagian tersebut, Datuk Hamisa Samat.

Difahamkan kesemua 14 mereka yang meletakkan jawatan itu merupakan 'orang kuat' Hamisa.

Kumpulan berkenaan mendakwa keputusan itu dibuat kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.

Pada pemilihan sayap itu Sabtu lepas, Hamisa tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita Bahagian Kalabakan.

Sementara itu Bernama melaporan bahawa Ibu pejabat Umno setakat Rabu malam masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai peletakan jawatan 14 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan itu.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan sekiranya laporan itu diterima.

"Setakat ini kita masih belum terima, kita akan tengok perkembangan dalam sehari dua ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini.

DAP cetus fenomena baru perubahan pedalaman Sarawak

Posted: 16 Oct 2013 05:00 PM PDT

1375092_10151894472010700_3242523_n

KUCHING: DAP Sarawak mengorak langkah kehadapan dengan melancarkan risalah berita berkala dalam menyampaikan maklumat dan fakta sebenar terhadap pelbagai isu semasa.

Pengedaran risalah berita ini akan memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar negeri itu dimana akses terhadap maklumat alternatif adalah terhad.

Menurut Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen, objektif utama risalah berita ini diwujudkan adalah untuk membantu parti dalam menjayakan projek Impian Sarawak dan kempen 'DAP Go Rural'.

chong chien jien 2

"Kita (oposisi) mempunyai kekangan untuk salurkan maklumat kepada penduduk pedalaman dan luar bandar tetapi Barisan Nasional (BN) boleh berbuat demikian dengan bantuan stesen radio, televisyen dan media cetak," katanya.

Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching itu berkata, antara maklumat yang akan dimuatkan dalam risalah berita itu antaranya pendedahan terhadap penyelewengan, rasuah, ketirisan, ketidakcekapan kerajaan BN menguruskan dana awam.

"Selain itu kita juga mahu mendidik masyarakat terhadap dasar dan perjuangan DAP yang sering dimomokkan dengan pelbagai fitnah," ujarnya.

Katanya, sebanyak 20,000 naskhah risalah berita itu akan dicetak dalam bahasa Melayu dan diedarkan secara percuma buat permulaan operasi.

"Kita merancang menerbitkannya secara bulanan dan berharap penyokong (DAP) mahu pun orang awam dapat memberi sumbangan derma kerana ia memerlukan perbelanjaan besar," ujarnya.

Tambahnya, selain risalah berita tersebut, pihaknya akan terus menggunakan perkhidmatan Radio Free Sarawak (RFS) sebagai medium penyampai maklumat. – Roketkini.com

DAP akan ambil tindakan terhadap anggota parti ‘berhati BN’

Posted: 16 Oct 2013 04:58 PM PDT

BN dalam

KUALA LUMPUR,: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap anggota parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN' yang cuba mensabotaj DAP.

Beliau berkata, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap media seliaan UMNO/BN yang berterusan memfitnah DAP dengan pembohongan dan penipuan.

pix-guan-eng

"Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ketua Biro Undang-Undang, Gobind Singh Deo masing-masing telah diarahkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang 'memakai lencana roket, tapi berhati BN'.

Anthony kemudian akan diminta untuk mengemukakan aduan rasmi jika ada asas untuk tindakan lanjut untuk dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang diketuai Tan Kok Wai.

"Pada masa sama, Gobind akan mengkaji kenyataan yang disiarkan media kawalan BN untuk memfailkan saman fitnah dengan segera supaya parti dapat dilindungi dari tertakluk kepada serangan lain yang boleh memberi peluang kepada mana-mana tindakan keras atau menindas oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Masanya telah tiba untuk 150,000 ahli DAP bergerak ke hadapan untuk merealisasikan impian Malaysia melalui laungan perjuangan untuk menggantikan BN pada pilihan raya akan umum datang dengan angota-angota parti yang benar-benar setia memakai kedua-dua iaitu lencana roket dan berhati DAP," katanya dalam kenyataan, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan mengecam keras tindakan media UMNO/BN yang masih menyerang DAP walaupun pemilihan semula CEC telah dijalankan mengikut prosedur termasuk melantik firma perakaunan antarabangsa sebagai pemantau.

"Di sebalik pemilihan semula yang kedua-duanya mengikut undang-undang dan sah, DAP terus dituduh menipu. Suka saya ingatkan, pemilihan UMNO sendiri tidak dipantau dan disahkan oleh firma perakaunan antarabangsa seperti DAP.

"DAP harus mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi diri dari pembohongan serta penipuan BN dan medianya seperti New Straits Times dan Utusan Malaysia yang menggunakan taktik 'mengalihkan pembohongan kepada kebenaran dengan mengulangi penipuan 10,000 kali'.

"Orang ramai sudah tidak dapat mengira lagi berapa banyak Utusan dan New Straits Times telah memohon maaf kepada pemimpin PR.

DAP telah mencipta sejarah dengan menjadi parti politik pertama Malaysia melantik sebuah firma perakaunan antarabangsa untuk memantau keseluruhan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September lalu.

Pemilihan semula itu berikutan arahan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan demi untuk mengelakkan dari tindakan lebih kejam iaitu pengharaman parti. -Roketkini.com

Bayangan “Ngeri” Keputusan Pemilihan Pemuda, Wanita

Posted: 16 Oct 2013 04:36 PM PDT




Oleh A Kadir Jasin


KEMENANGAN total Khairy Jamaluddin dan kemenangan besar Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilihan Ketua Pemuda dan Wanita Sabtu lalu telah mencetuskan beberapa ramalan dan cakap kedai kopi mengenai pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno Sabtu ini.

Ada yang melegakan dan tidak kurang pula yang mengerikan. Ada berunsur konspirasi dan ada yang berciri peribadi.

Berikut adalah antara inti sarinya:

1. Kedudukan Presiden, Mohd Najib Abdul Razak, yang menang tanpa cabaran semakin kukuh.

2. Presiden kini mungkin berasa beliau sudah berkedudukan untuk membuat "tuntutan" antaranya agar status quo Naib Presiden dikekalkan, khasnya demi kepentingan sepupu beliau Hishammuddin Hussein yang dikatakan paling "vulnerable" (terancam) di kalangan tiga penyandang.

3. Shahrizat yang disayangi Presiden dan akur kepada Presiden pastinya menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh Presiden atau oleh penasihat-penasihat Presiden yang sangat ramai itu.

4. Setelah menang mutlak mengikut pemilihan kolej (bahagian), Khairy kini kuat dan berpengaruh. Beliau mempunyai "voting block" yang padu yang mampu mencorakkan pemilihan Naib Presiden dan ahli biasa MT serta membuat tuntutan terhadap Presiden.

Khairy (atas) Lawan Mukhriz (bawah) - Perang proksi?
 

5. Adalah tidak memeranjatkan kalau Khairy bersimpati dengan Hishammuddin yang berupa pendahulu kepada beliau sebagai Ketua  Pemuda.

6. Dalam konteks masa depan, menyekat kemaraan Mukhriz Mahathir adalah strategi yang baik bagi Khairy kerana mereka lebih hampir dari aspek usia dan asal usul. Khairy 37 tahun dan Mukhriz 48. Khairy menantu bekas Perdana Menteri dan Mukhriz anak bekas Perdana Menteri. Khairy cergas dalam Umno sejak zaman bapa mentuanya tetapi Mukhriz cergas hanya selepas bapanya bersara.

7. Saya tidak kenal ketua baru Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin. Tetapi khabarnya beliau cerdik dan berwawasan. Harap-harap beliau juga pandai. Bangsa Melayu, khasnya Umno, memerlukan cerdik pandai. Beliau boleh memilih untuk berkecuali atau memihak kepada calon-calon MT yang segenerasi dengan beliau atau yang lebih hampir usia dengan beliau kerana merekalah yang akan menentukan hidup mati Umno pada masa akan datang.

8. Dan di pihaknya, Mohd Najib boleh memilih menjadi ketua yang adil dan tidak memihak atau beliau boleh menggunakan kemenangan tanpa perlawanannya untuk mempengaruhi pemilihan Naib Presiden dan ahli MT lainnya.

Kesimpulan rambang adalah keputusan pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri Sabtu lalu boleh mencorakkan pemilihan tiga jawatan Naib Presiden dan jawatan-jawatan lain dalam MT. Wallahualam.http://kadirjasin.blogspot.com/

Terkini!! (Gambar2) Produser Filem Kontroversi, Raja Azmi Sah Bergelar Isteri Kepada Gitaris Terkenal Dengan Sekali Lafaz..

Posted: 16 Oct 2013 04:32 PM PDT

Raja Azmi sah bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz. 
 
KUALA LUMPUR: Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di sini pada malam Ahad.
Akad nikah berkenaan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam.
Pengantin perempuan diwakil walikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan oleh adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohammad Shadan Hashim.
Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Rombongan lelaki turut membawa satu dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih.
Raja Azmi.
Manakala pihak perempuan membalas tiga dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli.
Upacara membatalkan air sembahyang dilakukan sejurus selepas akad nikah dengan Eddie menyarungkan gelang emas putih ke tangan Raja Azmi.
Pasangan ini terdahulu telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai lalu di kediaman wanita tersebut di Ukay Perdana, Ampang.
Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar walaupun berasa gementar.
"Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.
"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya.
Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.
Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 21 dan Mohd Effy, 19.
Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28, Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.
Kumpulan CRK pernah popular dengan lagu Cinta Dan Air Mata.

Tiada ulasan: