DIALOG RAKYAT |
- KJ tolak undi popular kerana mahu Khairul Azwan jadi naibnya? - Shahbudin Husin
- Keputusan Mahkamah Rayuan luaskan kuasa menteri, kata DAP
- Penganut Kristian anggap pengharaman kalimah Allah usaha Umno dapatkan sokongan, kata BBC
- Kembali ke tahun 1960
- Pertahan kemenangan tradisi Dun Sungai Limau
- Kes pukul: Tindakan diambil tanpa kompromi
- Kerajaan Negeri bantu keluarga C Sugumar
- Dua Calon Hantar Surat Bantahan, Tidak Puas Hati Keputusan Pemilihan
- Calon Dakwa Tidak Dimaklumkan Sama Ada Menang Atau Kalah
- Gelaran Calon Tidak Perlu Di Kertas Undi - Ku Nan
- Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas
- Aset RM1 bilion: Siasat sumber kewangan anak Taib Mahmud
- Apa jenis motivasi MAS pada kakitangannya?
- Wanita Umno tak kisah tabung negara dirompak lagi?
- 'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan PM'
- 'Tetap menyembah Allah hingga tiba kerajaan-Nya'
KJ tolak undi popular kerana mahu Khairul Azwan jadi naibnya? - Shahbudin Husin Posted: 15 Oct 2013 03:13 AM PDT Berikutan itu, Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Tajol Rosli memutuskan bahawa undi popular daripada 73 bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon itu akan dikira bagi memutuskan siapa pemenang bagi jawatan kedua tertinggi dalam Pergerakan Pemuda Umno itu. Oleh kerana ia melibatkan pengiraan jumlah undi yang banyak, maka proses penjumlahan itu hanya akan dibuat selepas Hari Raya Haji. Namun belum pun lama pengumuman itu dibuat, Khairy Jamaluddin (KJ) yang sudah pun ditabalkan sebagai Ketua Pemuda Umno bagi penggal kedua dengan memperolehi 189 undi seakan tidak bersetuju dengan penentuan melalui undi popular itu, sebaliknya mahu penentuannya dibuat melalui undi daripada Pemuda Umno Gelang Patah yang tidak bermesyuarat pada 12 Oktober lalu berikutan wujudnya pertikaian dalaman sehingga menyebabkan ianya ditangguhkan. Tarikh mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Gelang Patah akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini, tetapi belum ditentukan tarikhnya. Kenapa KJ menolak sistem undi popular dan mahukan penentuan dibuat melalui undi Gelang Patah? Sejak keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah undi popular kepada Pakatan Rakyat, undi popular seperti hantu yang menakutkan bagi pemimpin-pemimpin Umno. Walaupun Umno melaksanakan sistem pemilihan daripada undi akar umbi tetapi sistem undi popular tidak digunakan, sebaliknya kaedah electoral college atau 1 bahagian 1 undi yang dipilih. Tidak disangka pula KJ yang kelihatan gagah dan berani pun rupa-rupanya fobia juga dengan sistem undi popular ini. Seharusnya apabila Jawatankuasa Pemilihan sudah memutuskan mahu menentukan pemenang antara Khairul Azwan dan Jamawi melalui kaedah undi popular, KJ tidak perlu campurtangan lagi. Tindakan KJ yang mahukan undi daripada Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah dipilih untuk menentukan siapa bakal naibnya dan membawa isu itu kepada Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor agar pandangannya itu diterima, tidak lebih menunjukkan percubaannya untuk campurtangan dalam proses pemilihan serta menunjukkan kecondongan kepada salah seorang daripada dua calon yang mendapat undi seri itu. Jika sebelum ini hanya cakap-cakap saja yang mengatakan beliau mahukan Khairul Azwan sebagai naibnya, tetapi kini dengan tindakannya mencadangkan undi Gelang Patah dipilih sebagai penentu, maka dakwaan sebelum ini hampir menunjukkan kebenarannnya. Kalau benar beliau bersikap berkecuali, beliau sepatutnya akur saja dengan keputusan Jawatankuasa Pemilihan itu dan menerima siapa saja naibnya yang bakal ditentukan melalui undi popular itu. Jika undi popular kedua-dua calon itu dikira, besar kemungkinan Jamawi akan menjadi pemenangnya. Ini kerana sebagai calon dari Sabah yang mendapat banyak sokongan daripada negeri itu, kelebihan tentunya lebih memihak kepada Jamawi yang juga merupakan pegawai khas kepada Shafie Apdal berikutan Umno bahagian-bahagian di Sabah mempunyai jumlah cawangan yang lebih banyak daripada Umno di Semenanjung. Dengan jumlah cawangan yang lebih banyak itu, bermakna undi popular untuk Jamawi juga lebih besar. Tetapi jika kemenangan diputuskan melalui undi daripada Gelang Patah, peluang Khairul Azwan memenanginya pula lebih besar lagi. Ini kerana KJ sudah mendapat mandat yang besar sebagai Ketua Pemuda Umno dan undi daripada Pemuda Gelang Patah tentunya lebih mungkin untuk memihak kepada calon yang disenangi dan dikehendaki oleh KJ. Sebagaimana disebut sebelum ini bahawa kaedah "electoral college" ini lebih memihak kepada calon yang ada jawatan dalam kerajaan, maka dengan kedudukan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan dan sudah disahkan memenangi jawatan Ketua Pemuda serta diperkatakan ramai mengenai kecondongannya terhadap Khairul Azwan, maka tidak mungkin Pemuda Gelang Patah berani bertindak melawan arus. Sudah tersebar dakwaan dan cakap-cakap bahawa tindakan KJ mahukan undi Gelang Patah dijadikan penentuan kerana mahu menghalang kemenangan Jamawi sebagai Naib Ketua Pemuda Umno. Seharusnya dalam soal penentuan pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda ini, KJ tidak perlu campurtangan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pemilihan memutuskannya. Jika kaedah undi popular yang sudah diputuskan, beliau harus menerimanya dengan selamba dan hati yang terbuka. Apabila beliau cuba campurtangan dan mencadangkan perkara yang lain, lalu terserlahlah apa yang cuba disembunyikannya selama ini. – shahbudindotcom, | ||||
Keputusan Mahkamah Rayuan luaskan kuasa menteri, kata DAP Posted: 15 Oct 2013 03:06 AM PDT DAP melihat keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah Allah hanya akan menambah kuasa Menteri Dalam Negeri bagi mengharamkan penerbitan yang difikirnya "mengelirukan". Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata dengan kuasa yang ada pada Menteri Dalam Negeri, beliau juga boleh mengharamkan kitab suci kaum Sikh atas desakan sebelum ini yang mahu mengharamkan kalimah Allah digunakan di gereja di timur dan barat Malaysia. "Mahkamah bukan sahaja menggunakan kuasanya membuat penghakiman tidak berlandaskan Perlembagaan yang digubal di Parlimen tetapi menggunakan pandangan sendiri yang berat sebelah. "Keputusan semalam juga menafikan hak kumpulan minoriti dengan hanya melihat desakan kumpulan majoriti di samping mengiktiraf salah guna kuasa oleh menteri. "Maka, sewajarnya keputusan sebegini dicabar di Mahkamah Persekutuan kerana bukan setakat menjejaskan kepentingan agama tertentu tetapi kuasa hakim yang membuat penilaian sendiri tanpa berpandukan Perlembagaan dan fakta kes," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Pua berkata mahkamah tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tunjang dalam sesebuah agama di Malaysia dan menyifatkan keputusan yang disampaikan semalam tidak relevan. Katanya, keputusan mahkamah semalam jelas melanggar Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni selain Artikel 11 menyebut setiap kumpulan agama mempunyai hak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. "Mahkamah Rayuan semalam jelas berat sebelah dan tidak melindungi hak kaum minoriti. Artikel 8 ada menyebutkan semua orang adalah sama dan berhak mendapat perlindungan undang-undang," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming melihat keputusan semalam oleh mahkamah sebagai penghakiman kurang matang kerana penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan dalam doa dan lagu mereka. Katanya, keputusan semalam sangat dikesali dan boleh mengganggu keharmonian di antara umat Islam dan Kristian di Malaysia Timur. "Keputusan penghakiman semalam dilihat ekoran kegusaran kalimah Allah akan dijadikan medan penganut Kristian untuk memurtadkan umat Islam melalui penerbitan gereja. Kalimah itu telah lama digunakan di Malaysia Timur tanpa ada ancaman murtad didedahkan. "Selaku penganut Kristian, saya menyeru rakan-rakan seagama untuk berdoa demi kesejahteraan negara dan keputusan Mahkamah Persekutuan nanti lebih memihak kepada kepentingan hak asasi manusia. "Saya juga menyeru agar rakan-rakan saya yang beragama Islam mengambil kesempatan mengunjungi gereja menggunakan pengantaraan bahasa Melayu supaya dapat melihat sendiri kalimah itu telah digunakan tetapi tidak sekali-kali mengancam kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. | ||||
Penganut Kristian anggap pengharaman kalimah Allah usaha Umno dapatkan sokongan, kata BBC Posted: 15 Oct 2013 03:04 AM PDT Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam. Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%. "Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya." Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu. Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam. "Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya. "Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam. "Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu." Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi. Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010. Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut, "Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam. "Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar | ||||
Posted: 15 Oct 2013 03:00 AM PDT
Selepas tiga tahun merdeka komunis sudah tidak lagi mengancam Tanah Melayu seperti pada zaman penjajah British. Bukan sekadar fahaman komunis lumpuh, parti komunis dalam negeri juga lumpuh. Bagi mematikan terus komunis maka kerajaan Tunku Abdul Rahman Putra memperkenalkan ISA – akta keselamatan dalam negeri – antara peruntukan zalimnya ialah menahan sesiapa tanpa bicara dari 60 hari hingga dua tahun. Akta itu dibuat bukan kerana komunis masih kuat dan masih mengancam, tetapi bagi memastikan Abu Chin Peng yang masih hidup tidak lagi dapat menghidupkan kembali perjuangan komunis. Sampai Abu Chin Peng mati 53 tahun kemudian bukan saja komunis mati di Malaysia, malah ia mati di sarangnya sendiri iaitu Rusia. Matinya Abu Chin Peng dan matinya komunis tidak mematikan undang-undang zalim ISA. Dua minggu selepas Abu Chin Peng mati roh ISA dihidupkan semula dengan pakaian baru yang dinamakan DAC, Akta Pencegah Jenayah. ISA bukanlah akta yang melumpuh dan menggagalkan komunis. Komunis sudah tinggal nyawa-nyawa ikan semasa rang ISA dibentangkan. Komunis lumpuh kerana kempen kerajaan memerangi kemiskinan mula menampakkan hasil dan kesedaran beragama khususnya dalam kalangan umat Islam mula bangkit. Lalu ditentang oleh banyak pihak akan ISA kerana ia tidak diperlukan dan ia amat mudah disalah gunakan. Janji Tunku dan Tun Razak, ISA hanya ditujukan kepada komunis yang sudah lumpuh itu saja, tidak sekali-kali akan digunakan kepada orang politik yang lain khususnya seteru Umno. Antara yang bimbang ia disalah gunakan ialah pegawai Orang Putih yang diupah oleh kerajaan merangka rangnya. Diingatkannya akan bahaya disalah guna itu tetapi kata Tun Razak, 'Tidak.' Akta itu untuk sekejap saja. Percaya kepada janji manis itu Prof Zulkifli Mohamad, MP PAS Bachok mengundi menyokong rang itu selagi ia tidak ditujukan selain dari komunis. Tetapi sokongan PAS itu tidak dihargai. Akibatnya, ramai orang PAS termasuk Presidennya masa itu Dr Burhanuddin al-Hilmy jadi mangsa ISA. Sebelum mati, Tunku menyesali kerana ISA juga digunakan kepada bukan komunis, sedang ia ditujukan kepada komunis saja. Jawab KPN ketika itu Tun Hanif Omar, kata Tunku itu tidak termasuk dalam akta, ia ada dalam hansat Parlimen saja. Sekarang – tahun 2013 – ISA dihidupkan semula dengan DCA. Roh zalim ISA ada dalam DCA boleh menahan sesiapa disyaki jenayah tanpa bicara dari 60 hari hingga dua tahun. Semua promoter DAC memberi jaminan ia tidak disalah guna seperti ISA dulu. PAS ada pengalaman ditipu pemimpin Umno tahun 1960 ISA tidak digunakan selain dari komunis, maka ia tidak mahu sekali lagi ditipu oleh Umno masa ini. DCA satu akta paling dipertikai. Ia menggugat kepercayaan rakyat. Rang tidak popular ini tidak boleh dibentang pagi dan diluluskan petang. Kata Dr Mahathir dalam Malay Dilemma, undang-undang dibentang pagi dan dilulus petang akan jadi dokuman sampah. Rang itu mesti dibahas di semua peringkat dalam dan luar Parlimen sebelum ia dilluluskan. Bagi memerangi jenayah hapuskan rasuah dulu. Selagi menteri-menteri menikmati jenayah rasuah yang terkutuk itu, jenayah lain dikira kecil. Basmi rasuah, gas segala ketirisan dan tingkatkan kefahaman Islam termasuk hudud, maka orang takut mencuri dan membunuh. Zaman transformasi ini bukan lagi seperti tahun 1960. Sekarang bukan zaman Tun Razak tetapi adalah zaman anak Tun Razak. Jika sama saja zaman anak dengan zaman ayah, ertinya ia bukan transformasi tetapi adalah transformati. | ||||
Pertahan kemenangan tradisi Dun Sungai Limau Posted: 15 Oct 2013 02:55 AM PDT
KUALA LUMPUR: Aidil Adha kali ini disambut dalam suasana parti berhadapan dengan pilihanraya kecil Sungai Limau, yang tentunya menjadi fokus bagi mempertahankan kemenangan tradisi di Dun tersebut. "Aidil Adha menuntut pengorbanan setiap dari kita bagi menzahirkan ketaatan kepada Allah, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, pengorbanan dengan simbolik penyembelihan binatang korban adalah menifestasi ketaatan kepada Allah dan kesediaan kita sebagai hamba bagi mematuhi perintah Allah. Jelasnya, pengorbanan harta adalah latihan diri ke arah pengorbanan diri dan nyawa demi mendaulatkan agama Allah. Beliau berkata, perjuangan bagi menegakkan keadilan dan kemakmuran berteraskan amar ma'ruf nahi munkar (al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar) menuntut pengorbanan besar rakyat negara ini. "Dalam menghadapi kemelut kegawatan ekonomi, sosial, kepimpinan dan nilai sejagat, kita perlu meningkatkan gerakerja, memantapkan organisasi serta meningkatkan daya juang bagi melakukan perubahan besar ke arah sebuah negara yang baik serta mendapat pengampunan Allah (بلدة طيبة ورب غفور)," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, sejarah lampau perjuangan umat berhadapan pemerintah yang zalim dan kesediaan bangkit menegur pemimpin adalah diiktiraf oleh Islam, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Seafdal-afdal jihad engkau bercakap kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim." Jelas beliau lagi, jihad dalam erti kata kesanggupan berkorban segala kepentingan peribadi yang sementara demi mendapatkan keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat. Menurutnya, jihad dengan makna kesediaan melakukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit bahkan nyawa, merupakan kemuncak bagi tarbiah membetulkan penyelewengan dalam masyarakat. Tambah beliau, tentulah pengorbanan ini jauh lebih besar berbanding penyembelihan binatang korban untuk disumbangkan kepada fakir miskin. "Sehubungan itu, marilah kita tingkatkan pengorbanan dalam diri, keluarga, masyarakat demi mendaulatkan agama Allah. "Perjuangan kita masih jauh, dan ia menuntut agar setiap ahli menjadi mata rantai dalam perjuangan suci ini, memelihara hubungan dengan Allah, memantapkan jamaah, memperkukuhkan ukuhwah di kalangan kita. "Sempena Aidil Adha kali ini, marilah kita laungkan kalimah tauhid sebagai lambang penyatuan ummah ini. "Selamat menyambut Aidil Adha. Sehingga bertemu di Sungai Limau insya Allah," ujarnya lagi. | ||||
Kes pukul: Tindakan diambil tanpa kompromi Posted: 15 Oct 2013 02:52 AM PDT KL TODAY SHAH ALAM – Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Ezam Mohd Nor tidak menolak kemungkinan ahli Umno yang terlibat dalam pergaduhan dan mencederakan perwakilan lain boleh dipecat serta merta sebagai ahli kerana ia menjejaskan imej parti itu. Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status dalam parti kerana Umno tidak boleh menerima budaya dalam perjuangan parti. "Kita akan ambil keputusan yang tegas dan mungkin memecat mana-mana ahli yang terlibat dalam kes sebegini, siapa pun, kita tidak kira siapa. "Sesiapa pun yang masuk parti dan perjuangan ini, kena letakkan nama baik perjuangan mengatasi segala-galanya. "Kalau kita emosi dan sanggup mencemarkan imej parti seperti ini, kita tidak boleh kompromi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, lewat malam tadi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut insiden seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang dicederakan oleh bekas calon Ketua Pemuda Umno bahagian itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan tersebut. Mangsa yang juga petugas kempen calon Ketua Pemuda Umno Kota Raja yang menang itu dipukul oleh dua abang pencabarnya setelah tidak berpuas hati kerana kekalahannya di peringkat bahagian. Ezam turut mendakwa, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk menyiasat insiden tersebut. "Kita percaya pihak polis boleh selesaikan insiden ini," katanya. Ketika ditanya keperluan memaklumkan perkara tersebut kepada pengetahuan Umno Pusat, beliau berkata, satu laporan lengkap akan dihantar segera dalam masa terdekat. "Setakat ini belum secara rasmi (dimaklumkan insiden itu), kita baru dapat tahu malam ini, saya rasa ramai yang hadir dan akan buat laporan. "Kita belum hantar laporan insiden ini kepada Umno Pusat, kita akan bawa ke pengetahuan pusat dengan segera," katanya lagi. | ||||
Kerajaan Negeri bantu keluarga C Sugumar Posted: 15 Oct 2013 02:46 AM PDT HULU LANGAT: Kerajaan Negeri Selangor menghulurkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga C Sugumaran yang meninggal dunia semasa di tahan polis. Sumbangan diserahkan sendiri oleh Exco Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail kepada ibu mendiang Sugumaran, Manaigalai Kuppamuthu, baru-baru ini di kediaman keluarga mangsa di Taman Sri Nanding. Kunjungan Rodziah itu ditemani Adun Dusun Tua, Razaly Hassan. "Saya menggesa Menteri Dalam Negeri berhati-hati dan bersifat berperikemanusiaan bila beliau bercakap mengenai isu keselamatan dan nyawa rakyat. Apakah menteri memikirkan nyawa di tangan beliau sehinggakan mengeluarkan kenyataan kalau berlaku begini, kita tembak dahulu? Apakah dengan tembak itu penyelesesaian terbaik?" soalnya. "Bagi saya pembelaan kepada rakyat adalah bila mana kesaksamaan itu dilakukan tidak kira beliau itu siapa, kalau pihak itu salah, tampilkan ke muka pengadilan supaya dapat dibuktikan dengan sewajarnya," katanya. Rodziah berkata Pejabat Dun Sungai Tua dicadang menguruskan pendaftaran ibu mangsa di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Sementara itu, sepupu mendiang Sugumaran, K Anantha Kannan yang ditemui berharap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian mendiang dibawa ke muka pengadilan dan didakwa dibawah Seksyen 302. Menurutnya, sekatat ini kes belum difailkan di mahkamah sivil dan pihak keluarga menolak inkues yang dilakukan polis. "Polis telah mendapatkan semua dokumen yang lama mengatakan dia pesakit psikatri untuk mengaibkan mendiang C Sugumar. Kita rasa macam terhina sebab ini salah polis," kata Anantha dengan nada sedih. "Polis dah gari kemudian palit serbuk kari dekat muka dia. Dia jatuh dan orang berhampiran kedai kopi datang pukul. Polis hanya memerhatikan sahaja. Setakat ini hanya satu saksi disoal di Mahkamah Majisterit Kajang," katanya. Katanya lagi terdapat beberapa saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan pada pendengaran kes selepas Hari Raya Aidiladha. Sugumar, seorang pengawal keselamatan ditahan Januari tahun ini selepas didakwa mengalami masalah mental dan merosakkan harta awam. Bedah siasat melaporkan beliau meninggal kerana sakit jantung, namun saksi semasa penahanan itu mendakwa seorang anggota polis memijak leher mendiang semasa digari. Gambar kejadian juga menunjukkan wajah mangsa dipalit serbuk kunyit. Saksi mendakwa kira-kira 20 orang dari restoran berhampiran turut membantu polis menahan dan kemudian membelasah mendiang beramai-ramai. | ||||
Dua Calon Hantar Surat Bantahan, Tidak Puas Hati Keputusan Pemilihan Posted: 15 Oct 2013 02:39 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Dua calon yang bertanding masing-masing bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian hari ini menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) bagi menyuarakan tidak puas hati berhubung keputusan yang diumumkan pada Ahad. Surat bantahan itu dihantar oleh wakil calon Naib Ketua Pemuda Umno pusat Khairul Azwan Harun dan calon Ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman. Wakil calon yang juga pencadang Khairul Azwan, Mohamad Annuar Ariffin berkata beliau menyerahkan surat bantahan itu kepada Pengerusi JPU Tan Sri Tajol Rosli Ghazali kira-kira pukul 5 petang ini. Katanya keputusan seri 73 undi yang diumumkan antara Khairul Azwan dan seorang lagi calon, Jamawi Jaafar tidak relevan kerana mereka mendapati undian yang diperoleh Khairul Azwan sebelum pengumuman dibuat adalah lebih daripada jumlah itu. "Atas sebab itulah kami menghantar surat bantahan ini kerana berdasarkan kepada laporan 'War Room' Khairul, beliau mempunyai lebih daripada 73 undi berbanding yang diumumkan JPU, dan kami punya bukti berdasarkan wakil calon di bahagian yang dimenanginya," katanya dalam sidang media,Isnin. Mohammad Annuar berkata mereka memohon JPU supaya meneliti surat yang dikemukakan mereka dan tidak mengguna pakai keputusan seri yang diumumkan pada Ahad. Beliau berkata pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan seri yang akan membawa kepada pengiraan undi popular. "Ia tidak adil kepada Khairul sekiranya kemenangan ditentukan berdasarkanundi popular... Ini bukan soal yakin tidak yakin (undi popular), ini adalah soalyang kami sudah ada majoriti," jelasnya. Pada Ahad, Tajol Rosli berkata keputusan siapa Naib Ketua Pemuda Umno pusatakan diumumkan selepas Aidiladha berdasarkan kiraan undi popular berikutan duacalon teratas jawatan itu memperoleh undi seri, masing-masing 73 undi daripada190 bahagian. Sementara itu, Hamidah yang turut menghantar surat bantahan kepada JPU hari ini berkata pihaknya mendapati wujudnya kertas undian lebih daripada jumlah perwakilan yang hadir mengundi pada hari pengundian dua hari lepas. "Jumlah perwakilan bahagian yang hadir pada hari itu iaitu 315 orang, namun selepas diumumkan keputusan didapati jumlah keseluruhan kertas undian termasukundi rosak sebanyak 328 keping menyebabkan lebihan sebanyak 13 undian," katanya. Beliau juga mendakwa ketika pengiraan undi dibuat, peti undinya didapati dibiarkan disimpan selama lima jam iaitu dua jam di bilik undi dan tiga jam di pusat pengiraan tanpa ada wakil calon di dalam bilik itu. "Kami dihalau keluar setelah peti undi itu diletakkan di kedua-dua bilik berkenaan dan hanya ada pemerhati sahaja yang dibenarkan berada di dalamnya. "Ia tidak adil kerana sepatutnya ada wakil calon berada di dalam bilik, oleh itu saya amat terkejut dengan keputusan kalah itu dan saya minta JPU menyemak semula keputusan itu," katanya.-BERNAMA | ||||
Calon Dakwa Tidak Dimaklumkan Sama Ada Menang Atau Kalah Posted: 15 Oct 2013 02:38 AM PDT MSTAR ONLINE BALING: Lima calon yang bertanding bagi jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian Baling pada Sabtu lepas mendakwa mereka masih tidak mendapat keputusan pertandingan jawatan itu sama ada menang atau kalah. Mereka turut mendakwa telah menghubungi setiausaha pergerakan itu tetapi gagal mendapat jawapan. Akibat tidak puas hati seorang daripada mereka membuat laporan polis di IbuPejabat Polis Baling semalam. Seorang calon terbabit, Hasliza Harun, 48, mendakwa sehingga Isnin, beliau tidak dimaklumkan sama ada menang atau kalah bagi jawatan anggota jawatankuasa yang ditandinginya. Bekas setiausaha pergerakan Wanita Umno bahagian Baling itu berkata keputusan pertandingan semua jawatan dalam pergerakan Wanita Umo bahagian Baling diumumkan pada pukul 4.30 pagi tetapi tidak semua keputusan calon yang bertanding diumumkan menyebabkan berlaku salah faham antara perwakilan. "Kami akan menyerahkan bukti termasuk gambar ada pihak yang tidak berkaitan berada di dalam dewan pengundian dan di bilik mengira undi," katanya. Seorang lagi calon anggota jawatankuasa, Fuziah Shaarim, 51, berkata beliau juga tidak mengetahui keputusan sama ada menang atau kalah kerana tidak diumumkan. Nafisah Sulaiman, 45, pula melahirkan kekesalannya kerana tidak berlakuketelusan dan mendakwa keputusan pertandingan pada Sabtu lepas meragukan.-BERNAMA | ||||
Gelaran Calon Tidak Perlu Di Kertas Undi - Ku Nan Posted: 15 Oct 2013 02:33 AM PDT PUTRAJAYA: Setiausha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan supaya gelaran kerhormat calon yang bertanding pada pemilihan parti itu dicetak pada kertas undi. Katanya apa-apa gelaran yang mengiringi nama calon bukan satu keperluan untuk dimuatkan pada kertas undi. "Tidak, tidak... Kami tidak meletakkan gelaran kehormat di kertas undi. Ia sama seperti pada pilihan raya umum juga. Kita tidak meletakkan gelaran itu dan saya tidak faham mengapa mereka mahu perkara seperti ini. "Seperti yang saya katakan rambut sama hitam, tapi lain-lain. Saya berharap kita sentiasa rasional dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Korban Perdana Putrajaya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini, Selasa. Beliau mengulas mengenai saranan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Jawatankuasa Pengurusan parti mempertimbangkan cadangan gelaran calon dicetak pada kertas pengundian ketika pemilihan pada masa depan. Ahmad Zahid dilaporkan berkata, cadangan yang disampaikan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya itu, akan dimajukan kepada jawatankuasa berkenaan untuk kajian lanjut. | ||||
Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas Posted: 14 Oct 2013 04:35 PM PDT
Beberapa nama sama ada dari kalangan keluarga politik atau individu yang ada nama besar kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan sayap Umno di peringkat bahagian dan nasional Sabtu lalu. Senator Datuk Mashitah Ibrahim dan Datuk Paduka Seripah Noli Syed Hussin untuk jawatan exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia antara nama yang tewas. Bekas Naib Puteri Umno Malaysia, Shahanim Yusoff juga tewas. Calon Ketua Puteri Umno Malaysia, Jamilah Hanim Othman juga termasuk senarai tewas. Pemilihan Pergerakan Pemuda yang tewas mengejut ialah Pengerusi Tetap Pemuda Umno Malaysia yang juga Pengerusi Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah. Pelakon Zed Zaidi juga tewas dalam percubaan pertamanya untuk bergerak aktif dengan merebut salah satu kerusi Exco Pemuda Umno Malaysia. Antara nama lain yang tewas ialah Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat yang juga Pengerusi Tekun Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas jawatan Ketua Wanita Bahagian Gopeng. Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Baharu, Datin Nik Azizah Nik Yahya yang telah menyandang jawatan itu selama lapan penggal tewas. Begitu juga Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh selama 33 tahun, Karimah Mohd Nor juga tewas. | ||||
Aset RM1 bilion: Siasat sumber kewangan anak Taib Mahmud Posted: 14 Oct 2013 04:30 PM PDT Oleh: Masdar Wahid KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat aset dimiliki Mahmud Abu Bekir, iaitu anak kepada ketua Menteri Sarawak, tegas Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng. Ia ekoran pendedahan bekas isteri Mahmud, Shahnaz Majid bahawa anak Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu memiliki aset lebih RM1 bilion. "RM1 bilion itu cukup besar dan menimbulkan persoalan dari mana Bekir mendapat aset sebanyak itu," kata Micheal kepada Suara Keadilan. Semalam, Shahnaz dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa perkara itu diketahuinya melalui akauntan lantikannya. Selain itu beliau juga mendakwa Bekir mempunyai pegangan dalam 49 syarikat di Malaysia dan 20 daripadanya sudah diaudit. "Jika benar dakwaan itu, kita kesal kerana dalam keadaan majoriti rakyat miskin, anak Taib dengan mudahnya membolot harta rakyat. "Kita juga ingin bertanya adakah Bekir memiliki aset itu kerana ayahnya merupakan pembesar paling berkuasa dan antara terkaya di Sarawak," soalnya lagi. Sebelum ini, Shahnaz turut mendakwa Bekir mendapat gaji RM2 juta setahun atau lebih sejak tahun 2000, menggunakan kad caj RM782,520 enam bulan pertama 2012 dan memiliki RM8 juta dalam CIMB sebagaimana diberitahu di mahkamah sama pada 24 Oktober 2102. Pada 2 Oktober tahun lalu, Shahnaz menyatakan kira-kira RM700 juta dalam akaun di Amerika Syarikat, Caribbean, Switzerland dan Hong Kong atas nama Bekir. Bekir mengahwini Shahnaz pada 9 Januari 1992, mempunyai seorang anak lelaki dan bercerai sah pada 11 Mac 2011. Shahnaz menuntut aset bernilai RM300 juta yang didakwanya harta sepencarian pasangan itu selama 19 tahun serta permohonan RM100 juta tuntutan mutaah. | ||||
Apa jenis motivasi MAS pada kakitangannya? Posted: 14 Oct 2013 04:28 PM PDT DAP mengecam Malaysian Airlines (MAS) kerana mengadakan tayangan khas Tanda Putera bagi menyambut ulang tahun ke-41 sebagai 'hadiah istimewa' buat pekerja MAS. Apa jenis motivasi yang dapat dijadikan sumber inspirasi daripada filem yang begitu tidak popular dan diragui ini buat para pekerja MAS demi menjangkau prestasi yang lebih baik, terutamanya untuk merubah kerugian-kerugian besarnya selama ini? Pengumuman pengarah urusan MAS mengenai tayangan itu menghina pelanggan MAS yang tersinggung dengan penipuan yang bukan sahaja salah dari segi sejarah malah merupakan penghinaan yang berbaur perkauman. Malah pihak Tanda Putera sendiri telah mengaku bahawa ia berbohong dengan alasan lemah kononnya menggunakan lesen kreatif untuk membikin wayang gambar. Sebagai contoh, penerbit Tanda Putera telah mengakui kesilapan yang mereka lakukan apabila menuduh kononnya pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah membuang air kecil pada tiang bendera dalam satu perkongsian Facebook tahun lalu. Di Facebook, 'Tanda Putera' malah telah memohon maaf kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang yang dimalukan akibat daripada pembohongan sedemikian. Utusan Malaysia juga telah meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan saya kerana membuat pembohongan yang serupa. Tindakan MAS itu tindakan penafian terhadap krisis kewangannya yang begitu buruk, dengan hutang yang membukit dan simpanan tunai yang kian berkurang. Bagaimana mungkin Tanda Putera dapat menjadi sumber motivasi kepada kakitangan MAS padahal filem tersebut adalah penuh penipuan? Tidak hairanlah kenapa CIMB Research meletakkan penilaian prestasi rendah terhadap saham MAS. Atau adakah MAS kini begitu terdesak untuk bergantung kepada penipuan Tanda Putera untuk mengelirukan orang awam dan dirinya sendiri bahawa MAS masih menjana keuntungan? Rakyat tidak akan mudah tertipu. Orang awam boleh membanding prestasi buruk MAS walaupun begitu banyak dana awam telah dilaburkan, berbanding dengan Air Asia Bhd. Meskipun tidak menerima satu sen dana awam, Air Asia begitu konsisten memperlihatkan prestasi cemerlang berbanding MAS dengan tambang yang lebih murah dan kini lebih hebat dari MAS dalam hal permodalan pasaran, pesawat dan harga saham. Rakyat berhak mempersoal nilai wang bagi RM19 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan sejak 1998 bagi memastikan MAS boleh membayar hutang-hutangnya, termasuk menjamin pinjaman MAS berjumlah RM12.3 bilion. Tanda Putera dipenuhi kontroversi politik memandangkan ia diniatkan sebagai senjata ketakutan bagi membantu BN memenangi undi orang Melayu. Dengan menayangkan sebuah filem politik yang dipenuhi penipuan sebagai hadiah istimewa buat kakitangan memberi isyarat yang salah bahawa ia sebenar-benarnya telah kehilangan arah. Jelas sekali MAS tidak tahu bagaimana untuk mengurus pemulihan korporat ini supaya dapat menjana keuntungan, tetapi sebaliknya bergantung kepada penipuan dan mencampur aduk politik dan bisnes demi menyelamatkan dirinya dengan mendapatkan lebih banyak bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan. LIM GUAN ENG setiausaha agung DAP dan ahli Parlimen Bagan. | ||||
Wanita Umno tak kisah tabung negara dirompak lagi? Posted: 14 Oct 2013 04:23 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Wanita Umno masih tidak sedar kesan buruk apabila memilih semula Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai ketua mereka, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. "Malang bila wanita Umno masih tidak sedar implikasi mengembalikan semula Shahrizat Jalil sebagai ketua. "Ini berkenaan memilih pemimpin yang bersih dan bertanggungjawab untuk memimpin negara. "Jika kerosakan ini dibenar berterusan, tabung negara kita akan dirompak lagi tanpa memikirkan tentang masa depan anak-anak kita," kata Zuraida dalam kenyataan. Shahrizat menang kerusi Ketua Wanita pada pemilihan Umno 12 Oktoberm lalu dengan menewaskan Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin. Tambah Zuraida, Shahrizat sepatutnya meminta maaf kerana pengilbatan ahli keluarganya dalam skandal NFC. Beliau mempersoalkan apakah cukup dengan menidakkan pengetahuan bahawa suami Shahrizat mengambil RM81 juta dari akaun NFC untuk membeli dua kondominium mewah di Bangsar. "Jika Sharizat yakin dirinya tidak terbabit dalam skandal tersebut, dia sepatutnya menyaman suaminya kerana mencemarkan namanya," kata Zuraida. "Apakah jenis mesej yang Umno menghantar kepada rakyat "Apakah tidak mengapa bagi seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi seorang pemegang jawatan parti untuk menjadi pemimpin negara?, soal Zuraida. | ||||
'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan PM' Posted: 14 Oct 2013 04:19 PM PDT Veteran Umno Tan Sri Annuar Musa, yang bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengetengahkan keperluan terhadap pemimpin yang tidak mengalami masalah rendah diri dalam parti itu. "Namanya mesti jadi tinggi sungguh dan mesti jadi badan terdiri daripada ahli politik yang tiada rendah diri, kerana yang berdiri di depannya ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri. "Kalau ada rendah diri, takut nak bersuara, siapa yang nak betulkan perdana menteri?" soal Annuar. Annuar juga mengingatkan, rakyat memberikan mandat kepada parti dan tugas parti membentuk kerajaan. "Kalau parti, terutamanya anggota tertinggi di majlis tertinggi tunggu nak cium tangan PM, tunggu nak cium tangan presiden saja, tak lama lagi Umno lingkup," katanya. Anuar juga berkata, dalam proses mentransformasi Umno, bukan sahaja sistem harus berubah tetapi anggotanya juga perlu mengambil langkah sama kerana rakyat memerhatikan mereka. "Umno berada pada satu tahap transisi sangat penting. Kalau kita tak deliver, kita akan terima padah politik," katanya. Mengulas kempennya, Annuar berkata, beliau tidak pun turun ke pelbagai tempat untuk berkempen tetapi hanya bersandarkan kepada rekod kerjanya semata-mata. "Kita bukan tiba-tiba jadi berjiwa rakyat, tiba-tiba jadi pejuang dalam masa dua bulan, berhempas pulas, bagi duit. Macam itu saya rasa amat sedih untuk Umno," katanya lagi. | ||||
'Tetap menyembah Allah hingga tiba kerajaan-Nya' Posted: 14 Oct 2013 04:17 PM PDT Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu untuk merujuk kepada Tuhan kepada penganut Kristian disambut dengan pelbagai reaksi. Ketua biskop Malaysia Timur berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan tetap menyembah "Allah". Beliau malah mencabar pihak berkuasa dengan berkata: "Apa yang akan kamu lakukan". Gerakan pula menjadi parti komponen pertama BN yang mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menegaskan bahawa semua pihak dalam gabungan itu patut diambil pandangannya sebelum kerajaan membuat pendirian dalam isu itu. Berikut pandangan pelbagai pihak berhubung keputusan hari ini. Ketua Biskop Bolly Lapok pengerusi Persatuan Gereja Sarawak Gereja tidak perlu pembela dari luar untuk menentukan apa yang penting atau tidak kepada kepercayaan kami. Ia (keputusan) yang bertentangan dengan akal waras. Buat masa ini, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan terus hormat menyembah "Allah" ini sehingga kerajaan-Nya tiba. Dan kami mahu bertanya kepada kerajaan: Apa yang akan kamu lakukan tentangnya? Abdullah Zaik Abd Rahmanpresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Tinggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum kerana orang Islam di negara ini akan menentang sebarang niat jahat dari mana-mana pihak yang ingin mengancam masa depan mereka. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan