Khamis, 10 Oktober 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Peniaga ikan didakwa rompak rumah mufti Perlis

Posted: 10 Oct 2013 07:57 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Seorang peniaga ikan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching atas pertuduhan merompak kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, Ogos lalu.

Mohd Shariman Alwi, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Carisa, Petra Jaya, di Kuching pada jam 4.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak pelbagai barangan termasuk barangan kemas bernilai RM35,000, wang tunai RM6,500 dan beberapa gajet elektronik termasuk dua unit telefon bimbit yang semuanya bernilai RM5,000.

Mohd Shariman didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan rompak berkumpulan dan bersenjata.

Hakim Nixon Kennedy Kumbang menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 November ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Dr Mahathir sokong Zahid Hamidi supaya “tembak dahulu” jika diacu pistol

Posted: 10 Oct 2013 07:47 AM PDT

OLEH YISWAREE PALANSAMY

Tun Dr Mahathir meninjau tapak pembinaan projek Mass Rapid Transit di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Oktober, 2013.Tun Dr Mahathir meninjau tapak pembinaan projek Mass Rapid Transit di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,























Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya "tembak dahulu" kerana bekas perdana menteri itu berpendapat beliau lebih suka membiarkan penjenayah menghadapi risiko ditembak daripada melihat polis dalam bahaya.

"Apabila seseorang mengacukan pistol untuk menembak awak, awak tembaklah dahulu," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dasar  Ahmad Zahid yang membenarkan "tembak dahulu" merujuk kepada penjenayah dalam ucapannya di Melaka baru-baru ini.

 Dr Mahathir bagaimanapun berkata, prosedur yang betul mesti dipatuhi sebelum menggunakan senjata api.

"Jangan pergi menembak senjata anda merata tempat atau tembak mereka yang tidak bersalah," katanya.

Ahmad Zahid pada majlis taklimat keselamatan kepada pemimpin masyarakat pada hujung minggu lalu di Ayer Keroh berkata, tiada apa yang salah dengan tindakan menangkap lebih 40,000 samseng terkenal di negara ini yang  separuh daripadanya adalah kaum India.

Beliau juga mencadangkan dasar  "tembak dahulu" kepada polis dalam menangani ahli kongsi gelap yang disyaki dalam keadaan di mana kebanyakan mangsa adalah orang Melayu.

"Apakah keadaan mangsa rompakan, mangsa pembunuhan semasa tembakan? Kebanyakan mereka adalah orang Melayu kita. Kebanyakan mereka adalah bangsa kita," kata Zahid sebagaimana yang dipetik oleh portal berita Malaysiakini.

Portal ini mendapat rakaman video ucapan menteri berkenaan.

"Saya fikir cara terbaik adalah kita tidak lagi bertolak ansur dengan mereka. Tidak ada keperluan untuk memberi mereka amaran lagi. Jika (kami) ada bukti, (kami) tembak dahulu," katanya, merujuk kepada suspek jenayah.

Bagaimanapun, kenyataan ini menyebabkan Ahmad Zahid berada dalam kepanasan apabila peguam dan aktivis hak asasi manusia mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.

Walaupun beberapa ahli politik melihat kenyataan Ahmad Zahid sebagai strategi kempen dalam pemilihan Umno untuk jawatan naib presiden, ia dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa yang terlalu ketara.

Ahmad Zahid bagaimanapun mempertahankan kenyataan "tembak dulu, cakap kemudian" melalui akaun Twitternya.

Melalui Twitternya,  beliau mempersoalkan mengapa aktivis hak asasi manusia lebih prihatin dengan kesejahteraan penjenayah berbanding dengan keselamatan polis dan mangsa.

"Mana ada hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh. Kenapa pejuang hak asasi tidak pun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?," kata Ahmad Zahid dalam Twitternya.

Pesawat tersasar landasan di Kudat, seorang penumpang mati

Posted: 10 Oct 2013 07:40 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Pesawat terhempas di Kampung Sinsan, Sabah. 



Pesawat terhempas di Kampung Sinsan, Sabah.Penerbangan Malaysian mengesahkan, seorang penumpang lelaki pesawat MASwing yang tersasar dari landasannya di Kudat meninggal dunia di Hospital Kudat petang ini.

Pesawat MASwing Twin Otter itu terkeluar dari landasan dan merempuh sebuah rumah di perkarangan lapangan terbang Kudat jam 2.54 petang ini.

Bernama pula melaporkan,  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas dengan enam penumpang cedera.

 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.

"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan. Sementara itu, MAS mengesahkan hanya enam sahaja yang cedera daripada 16 penumpang kapal terbang itu.

Kesemua penumpang sudah dikeluarkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan yang perlu.

"Fokus kami sekarang adalah penumpang yang terlibat, anak kapal serta pihak-pihak yang berkaitan," kata jurucakap MAS dalam kenyataannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MASwing, Ahmad Jauhari Yahya dalam perjalanan ke Kudat untuk menyelia situasi di sana.

Keluarga penumpang yang terlibat boleh menghubungi nombor telefon  +603- 78841234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dewan Negara lulus Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013

Posted: 10 Oct 2013 07:38 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dibahaskan sejak semalam.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959, yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, digubal kerana adanya keperluan bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat.

Ia membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

 Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar), ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, memberi jaminan bahawa pindaan PCA tidak akan digunakan terhadap musuh politik atau pihak yang berbeza pendapat.

"Saya memberi jaminan PCA ini ditujukan hanya kepada penjenayah sahaja. Ia tidak harus dimanupulasi kononnya untuk menyekat, menahan dan memenjara pihak yang berbeza pendapat dengan kerajaan. Ia adalah untuk mencegah jenayah," katanya.

Wan Junaidi juga menegaskan bahawa pindaan PCA bukanlah secara mutlak mempunyai elemen menahan tahanan tanpa bicara, sebaliknya diseimbangkan dengan elemen hak kemanusiaan dan hak membela diri.

Beliau berkata pindaan PCA menyasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah berat dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).

"Apa yang berbeza ialah PCA akan diletakkan di bawah lembaga yang dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat penilaian tanpa kuasa atau campur tangan daripada mana-mana menteri kerana ia adalah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi," katanya.

Sehubungan itu, Wan Junaidi meminta semua pihak melihat pindaan itu secara positif kerana ia mengutamakan keselamatan serta keamanan rakyat dengan memerangi jenayah khususnya jenayah berat dan terancang yang kini masalah besar kepada rakyat dan negara. – Bernama,

“Saya berani tampil kerana tidak buat salah,” kata Ketua Audit Negara

Posted: 10 Oct 2013 07:34 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS



















Selepas pendedahan kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), nama Tan Sri Ambrin Buang (gambar) mula dikenali rakyat Malaysia kerana berjaya mengesan kewujudan skandal berkenaan dalam buku audit tahunan kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Program Wacana Sinar Harian hari ini bertempat di Shah Alam menampilkan Ambrin buat pertama kalinya di khalayak selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dikeluarkan bulan lalu di Parlimen.

"Saya berani tampil hari ini kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Ambrin ketika ditanya pemberita selepas tamat program Wacana Sinar Harian bertajuk Laporan Audit Negara: Tiris atau Terlepas Pandang di Ibu Pejabat Karangkraf berkenaan.

 "Ramai yang tidak tahu macam mana kita buat kerja. Audit ini neutral, kita bebas," kata Ambrin.

Kehadiran Laporan Ketua Audit Negara mula dinanti rakyat Malaysia selepas pendedahan kes NFC yang mengaitkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan wang dana kerajaan bernilai RM250 juta.

Ambrin ketika wacana berkenaan berlangsung berkata, beliau menganggap audit umpama lagu "Kisah dan Taulada" nyanyian A. Halim, penyanyi yang terkena sekitar tahun 60-an.

"Kita audit kisah supaya jadi tauladan. Bayangkan kalau audit tak masuk, benda yang tak elok tu biar macam itu sahaja," katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu terburu-buru menuduh isu yang dikeluarkan dalam Laporan Audit Negara sebagai penyelewengan ataupun rasuah.

"Kalau semua 160 kes yang disiasat Audit itu mesti rasuah, itu tak adil. Kita kena hormati undang-undang," katanya, merujuk kepada 160 kes yang disiasat jabatan berkenaan berdasarkan "sampling".

Ambrin menegaskan audit yang dilakukannya adalah berdasarkan nilai "value for monaey."

Beliau turut beberapa prosedur yang digunakan kerajaan yang mempunyai kelemahan selepas audit dijalankan, dan menggesa kerajaan meneliti prosedur tersebut untuk mengelakkan perkara sama daripada berulang.

"Prosedur kata satu hal. Kalau kita tak tukar prosedur tiap-tiap tahun perkara berulang. "Perkhidmatan awam kita dinamik," katanya.

Ambrin bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dijemput sebagai panel.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan dipilih sebagai moderator hari ini.

Forum yang bermula sekitar jam 2.30 petang itu berakhir 2 jam kemudian.

Isu Caj Sarapan RM6,000: Peniaga Nafi Caj Mahal

Posted: 10 Oct 2013 07:23 AM PDT

KELAB GREENBOC
 
 
Kota Bharu - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.

Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

"Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.

"Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan," katanya kepada pemberita.

Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

"Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.

"Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000.

"Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500," katanya.

Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baru yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000.

"Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang.

"Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini," katanya.

Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya.

Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab. -SH


ULASAN GB

Menjadi pengajaran kepada peniaga supaya:

perincian harga makanan & minumuan MESTI ditulis di dalam bil termasuk berapa orang. Semua permintaan untuk mengubah kandungan dan tatacara penulisan bil tidak boleh dilayan.

Jika tidak, maka berlakulah hal kontroversi di atas.

Kita hendaklah dilihat melakukan perniagaan secara telus, bersih dan tidak bersubahat dengan sebarang unsur yang tidak betul.

p/s Datuk Mukhriz jamu perwakilan UMNO Kelantan untuk berkempen jawatan Naib Presiden UMNO ker kat Kelantan? Kantoi nampaknya...

Anwar kupas kepincangan kerajaan, ketirisan & rasuah 11 Oktober

Posted: 10 Oct 2013 07:16 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengupas kepincangan urus tadbir kerajaan, ketirisan dan rasuah yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara pada Jumaat ini, 11 Oktober.

forum

Panel lain yang turut sama bergandingan dengan Penasihat Ekonomi Selangor itu, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dan Perunding Penyelidikan Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Forum yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya itu bermula pada 8.30 malam.

Program merupakan anjuran bersama Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan beberapa organisasi lain termasuk Institut Rakyat.

Suara Keadilan 142 perinci Laporan Audit 2012

Posted: 10 Oct 2013 07:14 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Akhbar Suara Keadilan edisi 142 terbit hari ini melaporkan pendedahan Ketua Audit Negara bagi tahun 2012.

Dari muka surat 10 hingga 17, salah urus tadbir dan pembaziran 11 buah Kementerian dirumus dan dianalisis lengkap dengan fakta bergambar.

Edisi kali ini turut menyiarkan bantahan pelbagai pihak berikutan pewartaan PCA atau Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Kandungan menarik Suara Keadilan 142 termasuk laporan perbahasan dan penggulungan Dewan Rakyat bagi mesyuarat kedua, penggal kedua, parlimen ke-13

.sk142

Suara Keadilan 142 turut membongkar secara eksklusif, pergerakan kapal yang membawa sisa nadir bumi dari Australia yang dibawa ke Kuantan, Pahang.

Banyak isu politik negara terangkum dalam edisi kali ini, termasuk himpunan membantah PCA, penyerahan memorandum oleh keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU) dan persediaan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Akhbar Suara Keadilan diterbitkan setiap minggu, 32 muka surat sarat dengan maklumat, pendedahan dan laporan aktiviti Parti KEADILAN Rakyat di seluruh negara.

Untuk tempahan sila hubungi talian 03-92211045 atau faks ke 03-92212045.

Sebarang pemakluman program dan kenyataan media, boleh menghubungi kami melalui emel skeadilan@gmail.com.

Pautan Suara Keadilan versi dalam talian boleh dicapai melalui laman twitter dan facebook.

Menteri belum jawab kenyataan bercanggah isu harga gula, tepung

Posted: 10 Oct 2013 07:07 AM PDT

KEADILAN DAILY


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek masih belum memberi respon terhadap kenyataan bercanggahnya tentang harga tepung dan gula yang telah saya bangkitkan 7 Oktober lalu.

Laporan terbaru Malaysian Insider menyebut beliau mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan harga barangan tersebut demi menjaga kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-gula-dan-tepung-naik-untuk-kesejahteraan-rakyat-kata-menteri):

Nik Nazmi

"Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara…"

Namun sebelum ini pada 20 September 2013 Utusan Malaysia melaporkan (http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130921/dn_07/Elak-percaya-khabar-angin-harga-gula-tepung-naik):

"Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan pihak- pihak tertentu menerusi blog atau laman sosial kononnya kerajaan akan memperluaskan pengurangan subsidi ke atas barangan terkawal seperti gula dan tepung.

"Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sengaja dilakukan untuk mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat bagi memburukkan kerajaan."

Pada 6 Oktober, Menteri yang sama Hasan Malek telah memberi nada yang berbeza: beliau telah dilaporkan oleh New Straits Times sebagai berkata bahawa ada kemungkinan berlaku kenaikan harga gula dan tepung sebagai sebahagian daripada rasionalisasi subsidi Kerajaan Umno BN (http://www.nst.com.my/nation/general/prepare-for-price-hikes-1.370150).

"Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry said there is a possibility of price hikes in sugar and flour as part of the government's subsidy rationalisation.

"Minister Datuk Hasan Malek said it would be announced during the tabling of the 2014 Budget on Oct 25."

Sekali lagi, soalan saya mudah – kenyataan Hasan Malek yang mana boleh diguna pakai? Jika harga gula dan tepung dinaikkan, mengapa Menteri memberi jaminan pada September yang lepas? Ini bukan soal khabar angin 'pihak-pihak tertentu' tetapi kenyataan beliau sendiri!

Adakah jaminan beliau selepas ini tidak lagi boleh dipakai oleh rakyat?

Alasan bahawa kenaikan harga tepung dan gula boleh menjaga kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat juga teramatlah dangkal. Laporan New Straits Times pada 6 Oktober lalu turut menyebut Hasan Malek menyatakan kenaikan harga ini perlu untuk mengelak senario kerajaan Amerika Syarikat yang ditutup berikutan belanjawan yang tidak diluluskan Kongres. Hasan cuba mengaburi mata rakyat dengan membawa suasana antarabangsa tanpa melihat situasi dan realiti di Malaysia.

Persoalannya, mengapa rakyat harus menjadi mangsa? Berapa banyakkah wang dibazirkan untuk projek mega yang menguntungkan kroni-kroni atau hilang dalam ketirisan dan rasuah seperti dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini, tetapi kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa. Lebih banyak subsidi disalurkan kepada pihak korporat gergasi yang diteruskan sehingga hari ini. Begitu banyak syarikat-syarikat antarabangsa diberikan insentif pengecualian cukai jangka panjang.

Namun dasar-dasar anti rakyat itu dibiarkan begitu sahaja.

Apabila melibatkan rakyat, subsidi cepat dikurangkan. Ini tambah serius ketika kadar gaji dan upah masih pada tahap yang rendah. Struktur ekonomi Malaysia masih dipacu oleh keuntungan yang memanfaatkan sekelompok kecil rakyat, bukannya gaji dan upah yang diperoleh ramai rakyat. Pada tahun 2005, gaji dan upah membentuk hanya 28 peratus komponen KDNK berbanding keuntungan sebanyak 67.1 peratus.

Namun komponen gaji dan upah di negara-negara maju seperti Singapura, Korea, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat semuanya melebihi 40 peratus.

Pelaksanaan dasar gaji minima juga selepas begitu lama desakan rakyat tidak sempurna. Banyak sektor mendapat pengecualian selepas tekanan daripada MCA.

Oleh itu, saya meragui sama ada kenaikan harga tepung dan gula benar-benar untuk kepentingan negara ataupun untuk kepentingan pihak lain?

Jangan kita lupa, ini juga Menteri sama yang minta rakyat tukar selera bila harga ayam naik dahulu!

Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor
Adun Seri Setia

[VIDEO] PAS Kemuka Anak Tempatan Untuk Calon PRK Sungai Limau

Posted: 10 Oct 2013 07:03 AM PDT

PAS umum calon PRK Sg Limau 21 Okt

KELAB GREENBOC




KUALA LUMPUR: PAS Pusat menyenarai pendek lapan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dalam mesyuarat jawatankuasa harian pusat pagi tadi.

Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, calon-calon anak tempatan itu mempunyai pelbagai latar belakang dan dikemukakan oleh PAS Kedah dan PAS kawasan.

Calon-calon muka baru itu juga termasuk calon wanita, ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Guru Abdul Hadi turut memaklumkan keputusan PAS untuk mengumumkan calon bertanding mewakili parti itu pada 21 Oktober ini.

Katanya, senarai yang diperolehi dari peringkat kawasan dan negeri itu akan diteliti bagi memastikan PAS dapat mengekalkan kemenangan serta meneruskan amanah yang ditinggalkan bekas Adun Sungai Limau yang juga mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

"PAS akan mengumumkan calon pada 21 Oktober nanti bagi menghadapi PRK Sungai Limau, tempat akan dimaklumkan kemudian.

"PAS akan memastikan calon yang dikemukakan nanti mempunyai latar belakang yang bersih serta bebas dari segala kesalahan terutamanya rasuah," jelasnya.

Tambah beliau lagi, PAS sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi BN pada PRK itu dan yakin dengan persedian awal, PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut.

"Kita telah bersedia dari awal bagi menghadapi pilihan raya kecil ini, segalanya telah diatur rapi.

"Kita yakin dengan persiapan dan persediaan ini, PAS mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini," sambung beliau.

Sementara itu, mesyuarat yang sama turut memutuskan, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau. -HD


Sg Limau: PAS mulakan 'serangan psikologi'


Belum pun kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau bermula, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar melancarkan 'serangan psikologi' bahawa pengundi tidak perlu bimbang untuk memilih mereka kerana kerajaan negeri tidak akan bertukar.

"Rakyat tidak perlu bimbang bahawa mereka mengundi PAS dan Pakatan Rakyat, dalam pilihan raya ini tidak menjatuhkan kerajaan negeri yang sedia ada," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini.


"Datuk Mukhriz (Mahathir) tak perlu bimbang, jika mereka kalah, kerajaan BN masih lagi kekal. Jadi adalah kewajarannya pengundi terus mempertahankan kemenangan selama lima penggal bersama Allahyarham Tan Sri Azizan (Razak) untuk diteruskan oleh anak didik beliau."

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, anak didik Azizan - Ketua Pemuda PAS Jerai dan pendidik Azam Samad dan Setiausaha Khas kepada bekas menteri besar Muzaini Azizan - antara yang disebut-sebut bakal dicalonkan.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut membidas kenyataan Mukhriz pernah menyatakan pembangunan akan dibuat di DUN itu jika BN menang di Sungai Limau.

Mahfuz menyifatkannya seolah-olah "politik ugut" kepada rakyat dan tidak wajar dinyatakan kerana ia membawa maksud jika BN kalah, seolah-olah tidak ada pembangunan di kawasan pembangkang

'Lemah jika tabur duit'

Ahli parlimen Pokok Sena itu menyamakan kenyataan Mukhriz itu seperti kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini bahawa pembangunan tidak akan dibuat pembangunan di kawasan yang dimenangi pembangkang di negeri itu.

"Kerajaan negeri yang memerintah, bertanggungjawab membawa pembangunan yang dimenangi oleh pembangkang termasuk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz.

Mahfuz turut menyifatkan BN sebagai "lemah" sekiranya mereka "menabur duit" dengan jumlah yang besar seperti pilihan raya kecil DUN Kuala Besut untuk merasai kemenangan di DUN Sungai Limau.

"Mungkin itu dilihat rezeki kepada rakyat Sungai Limau.

"PAS tidak perlu berbelanja besar kerana kita tidak ada sumber kewangan dan tidak mahu pembaziran. Apa yang penting kita mahu membentuk minda politik yang bijaksana untuk mereka membuat pertimbangan sewajarnya," katanya.
-mk
LIHAT VIDEO DI SINI

Dana Tekun kepada yang layak, bukan tumpu ahli Umno – Zuraida

Posted: 10 Oct 2013 07:00 AM PDT

KEADILAN DAILY


Sebagai skim pembiayaan kewangan kebangsaan, Tekun atau nama penuhnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, haruslah dibuka pada semua calon Melayu yang berkelayakan dan bukannya hanya memberi tumpuan kepada ahli-ahli Umno sahaja, sebagaimana yang didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan tersebut semasa satu sidang akhbar pada 7 Oktober 2013.

Sehingga kini sebanyak RM2.42 bilion telah diagihkan kepada 237,173 usahawan yang berkelayakan tetapi hanya RM1.43 bilion telah dibayar semula oleh peminjam-peminjam tersebut. Ini bermakna ahli-ahli Umno masih berhutang kepada agensi kebangsaan tersebut sebanyak kira kira RM1 bilion.

Zuraida

Umno dan Tekun perlulah diingatkan bahawa Tekun adalah sebuah dana awam dan pengagihan dana awam tersebut haruslah disalurkan kepada orang ramai dan tidak seharusnya disalahgunakan sebagai satu cara "pinjaman khas" wang awam kepada ahli-ahli Umno.

Sebagai parti pemerintah, Umno bertanggungjawab kepada seluruh umat Melayu di negara ini dan bukan sahaja kepada ahli ahli partinya.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa pinjaman yang telah diberikan haruslah dibayar balik oleh peminjam dan jika pinjaman itu tidak diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya tindakan haruslah diambil kepada peminjam tersebut.

Setelah 56 tahun Umno BN di tampuk pemerintahan negara, adakah nasib orang Melayu lebih baik dari nasib mereka setengah abad yang lalu? Atau adakah UMNO hanya mampu mencipta segelintir golongan elit menjadi jutawan tetapi menjadikan sebahagian besar orang Melayu di Malaysia ini bergelut untuk mencari nafkah setiap hari dengan menjalani hidup yang susah?

Saban tahun, laporan Ketua Audit Negara telah mengenal pasti percanggahan dan bagaimana dana awam telah disalah urus oleh agensi di peringat negeri dan juga nasional. Keadaan ini amatlah mengecewakan apabila mengetahui bagaimana dana awam telah diselewengkan oleh pimpinan kerajaan Umno BN.

Antara isu yang paling kontroversi baru-baru ini adalah tentang bagaimana RM1.6 juta yang dibayar oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk 3 persembahan K-POP semasa perayaan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu. Saya telah mengemukakan soalan pada Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri
bertanggungjawab ketika itu tetapi beliau menafikannya. Walau bagaimanpun,laporan Ketua Audit Negara telah menceritakan sebaliknya.

Di mana sebenarnya terletak akauntabiliti kerajaan pimpinan Umno ini?

Tidak ada alasan yang lebih munasabah kepada kerajaan pimpinan Umno ini untuk mempunyai pengurusan kewangan yang buruk dan lemah. Sekiranya Umno tidak boleh memastikan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan amanah selama 56 tahun ini, ini adalah masa terbaik untuk memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan.

Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

Ketua Pembangkang Selangor dapat elaun dan keistimewaan

Posted: 10 Oct 2013 06:59 AM PDT

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor buat pertama kali dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang DNS yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.
MB
"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada," katanya.

Beliau berkata, kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Datuk Menteri Besar pada persidangan DNS.

"Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri ke-13 yang dijangka mula bersidang pada 19 November depan," jelasnya.

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain dan semua berjumlah RM8,620 sebulan.

Menurut Khalid, pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parliem (Saraan) 1980.

Katanya, keputusan ini selari dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat.

Ketua Audit Negara Libas Kenyataan Dua Menteri Yang Cuba Tutup Penyelewengan

Posted: 10 Oct 2013 06:49 AM PDT

KELAB GREENBOC


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.

Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

"Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,"
kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

"Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset," katanya.

Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.

Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka.

"Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu," katanya.

Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia.

Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.

Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu.

Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara "culas" (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.

Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.

"Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.


"Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.



Bohong berlapis pemimpin BN


MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu tiada penyelewengan berhubung kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat, menyatakan bahawa PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api. Laporan tersebut turut menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Hilang dan seleweng mempunyai dua maksud yang berbeza. Tidak semestinya kehilangan aset tersebut kerana berlaku penyelewengan. Namun polis adalah pihak yang memegang amanah menjaga keselamatan negara, jika berlaku kehilangan yang begitu besar sehingga mencecah nilai RM1.33 juta bermakna mereka sudah melakukan penyelewengan dalam menjaga amanah. Lalai juga adalah satu bentuk penyelewengan amanah. Mengapa Menteri Dalam Negeri beriya-iya hendak membohongi rakyat dengan mengatakan tiada penyelewengan?

Lagi fakta menarik dalam laporan Ketua Audit Negara ialah Kementerian Belia dan Sukan telah membazirkan wang rakyat kerana membayar K-Pop pada sambutan Hari Belia Negara sejumlah RM1.6 juta. K-Pop adalah kumpulan penyanyi wanita muda dari Korea yang terkenal dengan persembahan separa bogel.

Perkara ini pernah didedahkan Pakatan Rakyat sejurus selepas program untuk menarik belia menyokong BN itu diadakan. Namun jurucakap KBS sendiri memberitahu kononnya RM1.6 juta dibayar oleh pihak swasta, bukan guna duit kerajaan.

Mustahil untuk Ketua Audit Negara kemudiannya mengemukakan sebuah laporan palsu apabila mendakwa KBS membayar K-Pop menggunakan duit kerajaan. Menteri Belia dan Sukan sekarang, Khairy Jamaludin turut mengesahkan bahawa pembayaran terpaksa dibuat sendiri oleh KBS setelah penaja tidak menepati janji.

Tiba-tiba bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek cuba membuat putarbelit baru dengan mendakwa penaja ada memberi sumbangan. Bagi mempertahankan diri, Shabery mendakwa pihak Ketua Audit Negara sebagai culas.

Sudahlah pembohongan mereka berlapis-lapis, pihak lain pula yang menjadi mangsa. Jabatan Audit tidak fasal-fasal menjadi 'punching beg' para pemimpin kerajaan yang cuba menutup penyelewengan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia. Hujahnya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai "produk ciplak" dari kempen Mongolia dan Israel.

Setelah disiasat rupanya slogan 'Endless Possibilities' digunakan oleh Israel sejak Disember 2011 lagi, bukannya Januari 2013. Dahsyat sungguh pembohongan para menteri BN.

Catatan di atas hanya beberapa contoh pembohongan oleh para pemimpin kerajaan yang sedang memerintah Malaysia di mana sejarah pembohongan mereka terhadap rakyat sudah berlarutan sejak separuh abad. Berbohong dan terus berbohong terhadap rakyat, itulah cara hidup mereka.

Prof. Dr Mohamad Ridhuan Osman telah mendedahkan rahsia kejayaan Firaun memerintah negara dalam tempoh yang terlalu lama. "Rahsianya kerana Firaun berjaya memperbodohkan rakyatnya," ujar beliau.

Antara yang dilakukan Firaun, dedah Dr. Ridhuan adalah menggunakan saintisnya untuk menyukat kedudukan air Sungai Nil. Dengan itu mereka boleh menjangkakan kedatangan banjir. Firaun akan mengarahkan rakyatnya untuk membuat persediaan menghadapi banjir sambil memberitahu, "Aku akan banjirkan bumi Mesir."

Tetapi dalam PRU13 lalu, BN cuma mendapat 47 peratus sokongan, mengalahkan Pakatan Rakyat yang mendapat 53 peratus sokongan. BN berkuasa juga. Mengapa? Jawabnya kerana BN bukan hanya pandai berbohong tapi pandai menipu.
-HD

Tiada larangan jamah ayam Thailand

Posted: 09 Oct 2013 04:55 PM PDT

 


 
Kementerian Kesihatan hari ini menafikan ada mengeluarkan amaran kepada orang ramai di kawasan utara Semenanjung Malaysia supaya mengelakkan pengambilan ayam dari Thailand kerana disyaki dicemari virus.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata maklumat yang dikata dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Parit Buntar ini juga dikaitkan dengan beberapa siri kejadian keracunan makanan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.
  
"Kementerian ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan amaran berhubung perkara tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menyentuh keracunan makanan semasa majlis kenduri kahwin di Sungai Petani, Kedah, beliau berkata pihak berkuasa mendapati hidangan ayam masak merah dicemari kuman Salmonella.
 
"Bagi keracunan makanan di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang perkara tersebut masih dalam siasatan," ujar beliau.
- Bernama 

1,248 Kemalangan Tempat Kerja Dicatat Sehingga Mei Tahun Ini

Posted: 09 Oct 2013 04:52 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,248 kemalangan di tempat kerja daripada 10 sektor perindustrian dilaporkan sehingga Mei tahun ini, menurut statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 2013.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu, sebanyak 68 kes maut, 1,099 kes Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK) dan 81 kes Hilang Upaya Kekal (HUK) dilaporkan.

Katanya terdapat 10 sektor yang sering terlibat dalam kemalangan pekerjaan meliputi pengilangan; perlombongan dan kuari; pembinaan; pertanian, perhutanan dan perikanan; kemudahan; pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi; perdagangan borong dan runcit; hotel dan restoran; kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan; serta perkhidmatan awam.

"Sektor pengilangan merupakan antara penyumbang tertinggi kepada jumlah kemalangan yang dilaporkan sehingga Mei 2013 iaitu sebanyak 774 kes, meliputi 30 kes maut, 683 kes kemalangan THUK dan 61 kes HUK.

"Sektor itu juga menjadi penyumbang kepada 62 peratus kes kemalangan daripada jumlah THUK, 75 peratus daripada jumlah kes HUK serta 44 peratus daripada jumlah kes maut 10 sektor industri," katanya ketika menjawab soalan Senator S.T Chandra Mohan di persidangan Dewan Negara, Rabu.

Chandra Mohan ingin mengetahui tentang bilangan kemalangan perindustrian yang telah dilaporkan dan langkah akan diambil oleh kementerian untuk mewujudkan budaya kerja yang mementingkan keselamatan.

Ismail berkata dalam mewujudkan budaya kerja yang mementingkan keselamatan, JKKP telah menjalankan audit pematuhan terhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke atas semua sektor pekerjaan.

"Sebanyak 177,000 bilangan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam semua sektor industri telah dilaksanakan pada tahun ini," katanya.

Selain itu, katanya JKKP juga telah mengkaji, menggubal dan menyediakan penetapan standard yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja serta mengadakan pelbagai promosi dan latihan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan pekerja dan majikan.

"Selain mengenakan tindakan undang-undang bagi majikan yang gagal mematuhi peruntukan perundangan JKKP, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2011-2015 (OSH MP15) juga ditetapkan bagi menentukan objektif pengurangan kadar kemalangan maut sebanyak 20 peratus dan pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2015," katanya. - BERNAMA

DUN Tegang Husam Dan Exco Kelantan Bertegang Urat

Posted: 09 Oct 2013 04:50 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
KOTA BAHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang masuk hari ketiga panas seketika apabila bekas anggota Exco kanan Datuk Husam Musa bertegang urat dengan beberapa anggota Exco negeri ketika sesi penggulungan.

Pada satu ketika Husam (PAS-Salor) yang mempertahankan beberapa kenyataannya semalam yang menyentuh mengenai kepincangan kerajaan negeri kelihatan berang apabila beberapa anggota Exco berkenaan menafikan berlakunya penyelewengan dan salah tadbir.

Anggota Exco berkenaan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad; dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan segala dakwaan Husam itu sangat serius dan tidak benar sama sekali.

Husam yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan yang kelihatan kecewa dengan serangan itu beberapa kali bangun untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Semalam Husam ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2014 Kerajaan Kelantan membidas tindakan kerajaan negeri terhadap kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan tanah seluas 1,400 hektar di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang, penamatan kontrak syarikat Korea Selatan untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat dan pelaksanaan hukum syariah di negeri itu.

Hanifa dan Mohd Nassuruddin mendakwa segala keputusan menimbulkan dakwaan Husam itu telah dijelaskan dalam beberapa mesyuarat yang turut sama menjemput Husam menyertainya.

"Bagaimanapun Yang Berhormat Salor (Husam) tidak hadir dalam mesyuarat bersama Ahli Yang Berhormat dalam beberapa mesyuarat itu," kata Hanifa sewaktu penggulungan itu.

Husam bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya berkata walaupun ketiadaannya, wakil dirinya telah hadir namun perkara berkenaan tidak diperbincangkan.

Bekas anggota Exco itu kemudiannya mahu satu lawatan kesemua Loji Rawatan Air diadakan segera bagi membuktikan kebenaran dakwaannya.

Semalam Husam mendakwa AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.

Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

Begitu juga naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH. Demikian juga beberapa loji yang lain.

Selain itu Husam turut meminta agar AKSB diaudit oleh satu badan bebas.

Pada satu ketika Husam yang tidak berpuas hati dengan kenyataan anggota Exco berkenaan kemudiannya bangun sambil berkata: "Jangan sampai saya dedahkan banyak perkara lagi di dewan ini".

Mengenai kelulusan di hutan simpan kekal, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan kelulusan belum diberikan kepada mana-mana pihak dan berkemungkinan ia tidak akan diluluskan kerana di kawasan berkenaan terdapat tadahan air serta kaya dengan kepelbagaian hayat.

Mengulas keadaan di dewan itu, ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tidak pernah berlaku sebelum ini serangan antara penyokong kerajaan seperti itu.

"Saya rasa akan banyak kepincangan yang akan didedahkan oleh kedua-dua pihak ini," katanya.

Dewan kemudian meluluskan Belanjawan 2014 itu dan persidangan bersambung esok bagi meluluskan beberapa enakmen lain. BERNAMA

TPP: Kenyataan Najib sekadar penyedap hati

Posted: 09 Oct 2013 04:44 PM PDT

SINAR HARIAN
Anwar Ibrahim 
 Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Malaysia bukan "pak turut" dalam rundingan Perjanjian Perkongisan Trans-Pasifik (TPPA) itu sebagai kenyataan lunak semata-mata.

Malah beliau tidak menyakini Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengulangi kenyataan yang sama selepas bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika, John Kerry dan pada Perhimpunan Agung Umno, 19 Oktober ini.

"Saya tidak mahu persoalkan keikhlasan Datuk Seri Najib itu, tetapi beliau adalah orang yang paling ketara dalam mendukung TPPA, malah memberi jaminan kepada Presiden Amerika Barrack Obama untuk meneruskan perjanjian itu.

"Itu hanya kenyataan lunak sahaja sebelum memikirkannya, belum tentu kenyataan sama akan dibuat setelah beliau bertemu dengan John Kerry esok, ataupun kenyataan yang sama pada perhimpunan agung Umno," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Perdana Menteri semalam yang mengatakan Malaysia bukannya "pak turut" dalam rundingan TPPA sebaliknya ia satu inisiatif bagi mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di seluruh rantau Asia Pasifik dan demi menjaga kepentingan negara.

Sebaliknya Najib berkata Malaysia telah menyatakan pendirian tegas untuk melakukan proses dalaman iaitu menerangkan perjanjian itu kepada kabinet, rakyat serta perbahasan di Parlimen, sebelum membuat keputusan.

"Kita tak jadi 'pak turut' sama sekali, itu tidak benar," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri mesyuarat para pemimpin TPP, di Nusa Dua, Bali, semalam.

Anwar bentang Belanjawan PR, 21 Oktober ini

Posted: 09 Oct 2013 04:42 PM PDT

Anwar Ibrahim   
Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat di Parlimen pada 21 Oktober ini.

Bagaimanapun katanya sebelum belanjawan itu dibentangkan kepada Ahli Parlimen dan rakyat, beliau akan memberikan gambaran awal kerangka itu dalam satu forum di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini.

"Saya akan berikan sedikit gambaran tentang kerangka Belanjawan Pakatan Rakyat, Jumaat ini.

"...Insya-ALLAH kita akan bentangkannya pada 21 Oktober ini di Parlimen," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perkembangan terkini belanjawan pembangkang berikutan Bajet 2014 akan dibentangkan kerajaan pada hujung bulan ini.

Pada 28 September tahun lalu, Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan 2013, iaitu dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional.

Belanjawan yang bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' itu mempunyai tujuh teras utama iaitu reformasi dan ketelusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah serta perumahan untuk rakyat.

Jumlah perbelanjaan dalam Belanjawan PR tahun lalu berjumlah RM233 bilion, iaitu lebih rendah daripada Bajet kerajaan yang melibatkan peruntukan RM251.6 bilion.

'Over load' punca dinding pasar raya runtuh

Posted: 09 Oct 2013 04:40 PM PDT

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
 
'Over load' punca dinding pasar raya runtuh 
 Badrul Hisham (kanan) melawat lokasi kejadian.

JITRA -  Runtuhan dinding dan bumbung pasar borong C-Mart di kawasan industri Bandar Darul Aman, di sini pagi semalam dipercayai berpunca daripada pengubahsuaian bangunan yang tidak betul.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata, runtuhan itu mungkin disebabkan kapasiti bebanan yang terlampau berat dalam premis berkenaan.

Beliau berkata, premis itu adalah bangunan industri tetapi diubahsuai menjadi sebuah pasar raya menyebabkan kapasiti bebanan terlampau berat.

"Saya lihat banyak kesilapan yang berlaku pada pengubahsuaian dan ini memberi pengajaran kepada kita supaya ambil serius mengenainya.

"Bangunan ini belum mendapat sijil layak menduduki (CF) sejak beroperasi Julai lalu," katanya selepas melawat tempat kejadian, hari ini.

Sehubungan itu, semua pemaju diingatkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan termasuk tidak membenarkan bangunan atau kawasan diubahsuai tanpa kebenaran.

Menurutnya, bangunan itu diarah tutup serta merta bagi memudahkan jawatankuasa khas menyiasat kejadian itu, yang pertama kali berlaku di Kedah.

Beliau turut mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) agar memandang serius kejadian itu dan memastikannya tidak berulang di kawasan lain.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, runtuhan itu melibatkan dinding dan bumbung tepi bangunan yang menempatkan barangan jualan seperti pakaian dan kasut pelbagai jenama.

Ketika kejadian, dua petugas bahagian penyelenggaraan mahu melakukan pemeriksaan di bahagian belakang premis itu, sempat melarikan diri selepas terdengar bunyi runtuhan pada dinding

Pas Selangor sedia gempur PRK Sungai Limau

Posted: 09 Oct 2013 04:37 PM PDT

pilihan raya kecil PRK

SHAH ALAM - Pas Selangor berkeyakinan tinggi untuk mengempur Dun Sungai Limau menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 4 November ini.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini dapat dibuktikan apabila jentera Selangor sudah di tempatkan di Dun Sungai Limau dan hanya menunggu tarikh penamaan calon untuk memulakan kempen.

"Kami yakin dengan pengalaman yang ada dalam Pas Selangor, insya-ALLAH kita akan dapat membantu Pas untuk mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau.

"Kami telah membuat jadual untuk jentera sepanjang tempoh untuk membantu jentera Pas Kedah," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cara kempen terbaik yang Pas akan lakukan pada PRK kali ini, beliau berkata, Pas akan mengadakan kempen rumah ke rumah.

"Kita akan jalankan kempen dari rumah ke rumah kerana dengan cara itu kita akan dapat mengetahui luahan mereka (rakyat) di Dun Sungai Limau.

"Risalah mengenai calon, serta alat kempen juga akan diberi kepada rakyat melalui kempen tersebut," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK Dun Sungai Limau di adakan pada 4 November manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 September lalu.

Pada PRU13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN.

Politik wang dalam Umno tak terhapus

Posted: 09 Oct 2013 04:34 PM PDT

MSO

 
Seramai kira-kira 150,000 ahli Umno akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka pada 19 dan 22 Oktober ini untuk memilih barisan kepimpinan baik di peringkat bahagian dan juga kebangsaan. Pemilihan kali ini seperti biasa berlangsung dalam suasana hangat dan sejuk. Pemilihan peringkat bahagian tidak menjadi perhatian umum sangat, sebaliknya pemilihan untuk jawatan Naib Presiden dan ahli MKT serta ketua pemuda dan wanita menjadi tumpuan.

Mulai kelmarin semua calon sudah dibenarkan berkempen. Umno menyediakan mekanisme tersendiri untuk calon-calon berkempen. Bagaimana pun ada juga yang merasakan kaedah atau mekanisme itu tidak begitu memuaskan dan adil. Ada beberapa calon menyuarakan rasa kurang puas hati dengan peraturan yang dibenarkan. Misalnya Mukhriz Mahathir merunggut meminta semua calon dibenarkan berkempen secara bersendirian bukan, beramai-ramai seperti kini.

Matlamat Umno dengan mengubah kaedah pemilihan antara bertujuan untuk mengurangkan politik wang (rasuah) di dalam parti berkenaan. Itulah antara tujuannya di samping untuk menunjukkan Umno sebuah parti yang demokratik dan bersih. Tindakan itu diambil sebab rasuah di dalam Umno sudah menjadi 'air minum nasi makan' ia sudah membudaya dan menyerap sampai ke akar umbi. Rasuah bukan sahaja di peringkat tertinggi merebut jawatan presiden, timbalan, naib atau ahli MKT tetapi peringkat ketua bahagian hatta ketua cawangan juga.

Menyedari situasi itu kalau ia tidak dibendung akhirnya Umno akan musnah bukan kerana kekuatan lawannya tetapi sistem korup yang diamalkan.

Mungkin anda tidak percaya kalau dikatakan untuk jadi ketua cawangan Umno, anda memerlukan wang sekian banyak sekian banyak. Anda perlu merasuah ahli-ahli yang juga terdiri dari rakan-rakan anda sendiri yang setiap hari menghabiskan masa di kedai-kedai kopi. Atau anda kena memberi wang untuk mereka hadir ke mesyuarat, jika tidak anda akan kerugian undi. Memberi wang untuk jawatan sudah lumrah di dalam Umno. Pendidikan rasuah yang diajarkan di peringkat tertinggi berjaya diterap ke peringkat akar umbi.

Politik wang dalam Umno hari ini kian parah sebenarnya. Makin Umno berusaha membenteraskanya, ia makin menjadi. Nilai rasuah juga bertambah. Kalau dahulu perwakilan ke mesyuarat bahagian dibayar RM50 tetapi hari ini jumlah itu sudah mencecah RM100 hingga RM300. Saya terkejut apabila diberitahu seorang calon Puteri sehingga hari ini sudah membelanjakan wang untuk merebut jawatan itu sebanyak RM160,000. Masa untuk pemilihan masih ada seminggu lagi, anda boleh bayang sendiri berapa yang beliau kena belanjakan.

Akibat berlaku dan galaknya rausah maka mereka yang terang-terang tidak layak baik dari segi akademik maupun politik tetapi boleh bertanding sehingga ke jawatan MT, sebab kerana mereka memiliki wang. Mereka mempunyai modal mencukupi untuk dihulurkan kepada agen-agen perwakilan atau broker kempen. Seorang calon MT dia tidak dikenali bukan saja di negeri luar negerinya sendiri tidak rata, tetapi kerana kuasa wang dia berani untuk ikut dama bertanding. Inilah menunjukkan wang mengatasi segala keistimewaan yang dimiliki calon lain.

Justeru kerana demikian meluas dan parahnya rasuah di dalam Umno menyebabkan timbul persoalan apakah kriteria atau pun rukun-rukun yang dikenakan ahli Umno untuk membuat pilihan pemimpin mereka yang sebenarnya. Apakah mereka memilih wibawa seseorang itu, latar belakang atau berdasarkan kepada track record atau nilai wang rasuah yang sanggup dihulurkan?

Sebagai orang beriman dan ada agama, mereka akan meletakan kriteria yang ditetapkan agama sebagai syarat dan rukunnya. Itu sepatutnya. Seorang yang hendak dipilih itu haruslah seorang beriman dan bertakwa. Tetapi satu hakikat yang kena terima di dalam Umno atau di dalam politik susah untuk mencari orang yang bertaqwa. Sebab orang yang beriman dan bertakqwa tidak akan memilih politik sebagai wadah perjuangan sejak awal-awal lagi.

Jadi mereka akan melihat kepada asas-asas lain seperti berketrampilan, latar belakang pendidikan dan juga pencapaian dalam bidang dan tugas yang dipikul sebelum ini. Inilah asas yang perlu diutamakan. Tetapi apabila berlaku pembelian dan pembayaran menyebabkan asas-asas ini tidak akan dipandang lagi. Ertinya perwakilan akan memilih siapa yang banyak merasuahkan mereka.

Menyimpulkan fenomena dan hakikat itu dapat diterjemahkan mana-mana calon yang banyak memberi wang akan berjaya meraih jawatan yang dipertandingkan. Hari ini pemberian secara sulit dan penuh tektikal. Tegasnya yang jelas ia tidak boleh dinafikan, ianya berlaku. Makanya untuk melihat siapa yang banyak melakukan rasuah, membayar perwakilan lihatlah siapa yang akan menang di dalam pemilihan nanti?

Gejala dan budaya itu juga menyebabkan sesiapa yang miskin dan papa jangan bermimpi untuk menjadi pemimpin di dalam Umno walaupun mereka secerdik Hang Nadim ataupun sebijaksana seperti Tun Perak. Mereka selamanya akan menjadi pengikut. Kerana keadaan itu juga kalau mereka diterap oleh naluri untuk menjadi pemimpin mereka perlu mencari wang, mengumpul wang sebanyak mungkin untuk dijadikan modal dalam pemilihan.

Dalam barisan calon disemua peringkat hari ini anda boleh perhatikan siapa yang mewah dan loaded dengan wang dan siapa yang terkial-kial dan bertanding dengan air liur? Anda boleh perhatikan. Selepas ini tunggulah siapa menenangnya. Sudah pasti mereka yang menang yang mencurah wang yang banyak, berkedudukan dan ada kuasa seperti menteri, pengerusi GLC dan sebagainya. Nah... mereka itulah yang banyak mencurahkan wang. Jumlah undi yang diperolehi adalah nisbah kepada nilai ringgit yang mereka laburkan.

Masakan mereka tidak sayangkan wang? Itu tanggapan kita. Bagi mereka lain pula, wang itu bisa membeli jawatan dan kedudukan, kedudukan dan kuasa itu pula akan menjanakan wang buat mereka. Kalau mereka habis RM5 juta atau RM10 juta, mereka akan memperolehi wang modal itu berkali ganda dari itu.

Politik wang dan rasuah tidak akan berakhir dan tamat di dalam Umno sebab ia hidup bersama sel-sel darah dan mengecap dalam pembuluh darah. Orang Umno jangan menafikan ini sebab mereka menerimanya setiap hari dan sepanjang masa. Kerana kelaziman itu menyebabkan mereka tidak merasa berdosa, malahan ia adalah satu kebiasaan, seperti meminum air selepas makan.

Disebabkan amalan dan budaya ini jugalah ahli Umno sangat suka pada saat berlaku pemilihan parti. Pemilihan parti bagi mereka umpama musim banjir bagi anak-anak ikan disungai. Bila hujan dan banjir mereka akan keluar dari sungai, tasik, lopak dan kubang untuk bergerak ke mana sahaja mencari dedak, lumut, ulat dan bangkai. Mereka memakan semuanya hingga kekenyangan. Bagi perwakilan sebegini kelas mereka samalah dengan ikan buntal ataupun limbat yang membaham bangkai yang terdampar di tanah kering yang mereka berjampa tatkala musim hujan dan banjir

RM1.6 juta K-Pop Meletup: Shabery Cheek Perlu Jawab dan Bertanggungjawab

Posted: 09 Oct 2013 04:31 PM PDT

BULETIN ONLINE
 
 
Respon yang diberikan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menganjurkan konsert K-Pop tahun lalu membuktikan bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba bermain silap mata.

Menteri KBS penggal lalu, Datuk Ahmad Shabery Cheek cuba megelirukan dan mengaburi rakyat daripada fakta sebenar, dengan jawapan yag disangkal Tan Sri Ambrin.

"Bagaimana Ahmad Shabery boleh mendakwa bahawa RM1.6 juta tersebut dibayar oleh penaja konsert melalui penyaluran ke dalam akaun Majlis Sukan Negara? sedangkan Ambrin menerusi laporan audit membuat kenyataan sebaliknya?

"Bahkan menteri yang baru di Kementerian yang sama pada tahun ini, Khairy Jamaluddin turut mendakwa bahawa sejumlah RM1.6 juta tersebut terpaksa akhirnya dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan?,"soal Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Beliau yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia kesal dengan perbelanjaan yang sia-sia itu, yang menurutnya, lebih bermanfaat disalurkan untuk aktiviti dan insentif berbentuk biasiswa atau bantuan pengajian kepada generasi muda dan belia.

Tegas beliau, kenyataan yang 'polos' dan tidak telus itu menghakis keyakinan generasi muda terhadap kemampuan kerajaan khususnya KBS.

"Orang akan mula bertanya khususnya golongan anak muda dan belia, apakah lagi alasan yang akan dikeluarkan oleh menteri untuk dijadikan helah demi menyembunyikan fakta-fakta pembaziran dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan.

"Lebih malang lagi, tujuan konsert K-Pop yang dijalankan pada waktu itu juga boleh dipertikaikan, apakah manfaatnya kepada anak muda. Apakah ianya benar-benar dapat memberikan input kepada mereka atau sekadar 'gula-gula' UMNO/BN untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu,"kata Suhaizan dalam kenyataannya kepada pihak media.

Menurutnya, kerajaan juga megkhianati amanah kerana RM1.6 juta adalah merupakan wang cukai rakyat, hasil keringat petani, nelayan, pekebun kecil dikampung-kampung dan pekerja swata serta kerajaan yang terpaksa berkerja siang dan malam.

Jangan ‘Malu’ Untuk Mengadu Kepada Wakil Rakyat PAS

Posted: 09 Oct 2013 04:27 PM PDT

BULETIN ONLINE


KEMAMAN – Rakyat negeri ini khususnya penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai tidak perlu 'berat mulut' atau merasa segan untuk meminta bantuan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sekiranya mereka ditimpa sebarang bencana atau malapetaka.

ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, membantu rakyat dalam kesusahan adalah menjadi tanggungjawab wakil-wakil rakyat PAS, walaupun kepada bukan penyokog PAS bahkan ahli-ahli Umno sekali pun.

"pertolongan dan bantuan saya serta rakan-rakan wakil rakyat PAS yang lain menjangkaui batas kaum dan agama, apatah lagi parti-parti politik, samada ada dia orang PAS atau orang Umno, semuanya rakyat,

Hanafiah rumah timpa pokok1

"kita akan bantu mana-mana yang boleh, mana-mana yang termampu,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan bantuan kepada seorang penduduk di Kampung Geliga Pantai, Chukai, yang ditimpa kesusahan apabila sebatang pokok Rhu tumbang menimpa rumahnya.

Menurutnya, walaupun beliau sedia maklum bahawa keluarga terbabit adalah 'penyokong kuat' Umno, bantuan wakil rakyat tetap dihulurkan.

"Noor Leda A Rashid, 51, bersama anaknya, Nurul Nur Athirah, 16, ditimpa sebatang pokok Rhu semalam kira-kira jam 12.30 tengah malam, waktu itu angin kuat………ribut dan hujan lebat,

"pohon kayu tu menimpa bilik anaknya, AlhamduliLlah……..walaupun Athirah ditindih atap tetapi dia selamat, hanya 'lebam' di peha,"ujarnya pada hari Selasa 8 Oktober.

[Gambar - Noor Leda, berbaju T-Shirt kuning dan bertudung biru bersama Haji Hanafiah. Pusat Khidmat ADUN turut menebang dan mengerat pokok Rhu yang menimpa rumah Noor Leda]

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said mempertimbangkan semula dengan pemikiran yang rasional, keperluan untuk mengagihkan peruntuhan tahunan kerajaan negeri kepada wakil-wakil rakyat PAS.

"sekiranya peruntukan itu disalurkan, tidaklah malu orang seperti Noor Leda yang memegang jawatan dalam Umno cawangan untuk memita bantuan dari wakil rakyat PAS, untuk kebaikan bersama dan kebaikan seluruh rakyat," tambahnya.

Tiada ulasan: