DIALOG RAKYAT |
- Saya Tak Bodoh, Saya Tak Bodoh, CGPA Saya 3.85 Lagi, Kata Ahmad Maslan
- Harga Minyak RON 95 Naik Lagi? Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat? Boleh?
- Pelajar menengah terlibat pornografi, arak dan ZINA
- Dewan Rakyat lulus rang undang-undang perbekalan tambahan
- MISTERI tandas berkunci
- Laporan Audit: Pendapatan SSIC 2011 meningkat
- Daripada mati ditembak, lebih baik mati bertembak, kata Bung Mokhtar
- 11 RUU dalam masa 3 hari tidak munasabah
- Runtuh: Kerajaan T’ganu tidak ambil pengajaran
- PAS ambil tindakan langgar etika berkempen
- Kajian: 80% sedia lapor jika dirasuah
- Laporan Ketua Audit Negara dibentang secara bersiri mulai tahun ini
- [VIDEO] Aktivis Berdemo Di Parlimen Bantah "ISA 2"
- Isu PCA: Menteri kata jangan sokong penjenayah
- PAS: Sila kempen, sendirian atau berkumpulan
- Ketua Audit Negara kemuka laporan pada MP
- Menteri Kata Pembinaan Masjid Tebauk Bawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri
- Akramsyah letak jawatan jika menang Ketua Pemuda
- Mengapa Mesir haramkan Ikhwanul Muslimin?
- DAP nafi guna dakwat tidak kekal
- Tiga maut keracunan makan kenduri
- 20 anggota CC MCA mahu EGM
- Impian UMNO berderai: Catatan pendek pemilihan semula CEC
- Masjid Runtuh Lagi; Terengganu Sudah Jadi ‘Bahan Ketawa’
- Speaker DUN Terengganu ‘Bias’, Tidak Beri Ruang Kepada Usul ‘Masjid Runtuh’
Saya Tak Bodoh, Saya Tak Bodoh, CGPA Saya 3.85 Lagi, Kata Ahmad Maslan Posted: 01 Oct 2013 03:26 AM PDT http://shahbudindotcom.blogspot.com/Barangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak berikutan banyak kenyataan dan hujah-hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya "Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85". Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu. Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi. Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu. Suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah. Lantaran itu, di laman mikro sosial Twitter juga, Ahmad Maslan diserang dengan pelbagai kata-kata sindiran dan ejekan berikutan tindakannya menyebut di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya itu. Pelbagai kata-kata sinis ditujukan semula kepadanya kepadanya termasuk ejaannya yang kerap salah dalam tulisan di Twitter serta ada juga yang membandingkannya dengan pemimpin lain yang ada PhD dan sebagainya. Sebenarnya orangramai mempertikaikan banyak kenyataan Ahmad Maslan bukanlah perkara baru. Sejak beliau diangkat menjadi Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri empat tahun lalu, dirinya tidak pernah sunyi daripada serangan dan pertikaian umum. Semalam, jawapannya di Parlimen yang menyatakan rasa kesal kerana rakyat tidak pernah menyatakan terima kasih atas subsidi yang diterima, sebaliknya menyatakan bantahan apabila ianya dikurangkan, menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Ramai yang mempertikaikan hujah itu dan seolah-olah rakyat yang turut membayar cukai tidak boleh bersuara langsung terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Beliau kemudiannya berkata negara tidak mengalami krisis ekonomi walaupun nisbah hutang mencecah 51 peratus daripada LDNK dan ia adalah lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, Italy, Portugal dan Singapura. Berikutan kenyatan itu, Ahmad Maslan dilabel dengan pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak enak turut dilemparkan terhadapnya. Sebelum ini juga banyak kenyataannya disanggah dan disifatkan tidak logik. Dalam isu kenaikan harga minyak bulan lalu, Ahmad Maslan telah mengutip teori atau kajian yang entah dari mana dengan nenyatakan kenaikan 20 sen tidak memberi banyak kesan kepada rakyat kerana katanya, rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah hanya membelanjakan RM132 atau RM4.40 saja sehari untuk petrol manakala yang berpendapatan RM5000 ke atas pula hanya membelanjakan RM375 atau RM12.50 sehari untuk minyak kenderaan mereka. Hujah dan teori beliau ini seolah-olah semua orang mempunyai pejabat yang berdekatan dengan rumah dan tidak pergi ke mana-mana pada hujung minggu atau cuti umum. Hujahnya dalam mempertahankan tindakan Najib menaikkan harga minyak lantas mendapat serangan dan ejekan yang paling banyak di laman-laman sosial Facebook dan Twitter kerana beliau seolah-olah pemimpin yang tiada perasaan terhadap derita rakyat dan melihat semua tindakan pemimpin atasannya betul belaka. Di Parlimen juga beliau mengulangi hujah Najib bahawa harga minyak tidak naik, cuma subsidi dikurangkan. Ia terlihat bahawa seolah-olah harga minyak yang dibayar oleh rakyat tetap sama antara sebelum dan selepas subsidi dikurangkan sedangkan hakikatnya tidaklah begitu. Mengakui sajalah harga minyak naik, habis cerita! Banyak lagi tindakan dan kenyataannya turut menjadi bahan pertikaian sebelum ini. Pelbagai teori yang pernah diutarakannya sebelum PRU 13 terutama untuk menang dalam pilihanraya bukan saja menjadi pertikaian, malahan menjadi bahan persendaan di kalangan ahli UMNO sendiri. Ini kerana beliau sebagai ketua penerangan dilihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak melihat dunia politik mempunyai masalah dan halangan yang lebih kompleks serta berbeza-beza mengikut tempat. Jika semasa menjadi Timbalan Menteri di JPM dulu, beliau sering bercakap berkaitan politik tetapi kini setelah menjadi Timbalan Menteri Kewangan juga, hujah beliau juga jarang lari daripada elemen politik walaupun dalam isu-isu ekonomi dan kewangan negara. Program Juara Rakyat yang diperkenalkannya, kononnya untuk melonjak sokongan rakyat terhadap kerajaan, bukan saja tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, bahkan tidak lagi digunapakai sebagai medium utama untuk pilihanraya umum lalu. Program itu dihentikan di tengah jalan dan diambil alih oleh Program Janji Ditepati yang diadakan berterusan sehingga musim kempen pilihanraya. Sebagai ahli politik yang mungkin turut bercita-cita tinggi dan tidak berpuas hati sekadar menjadi timbalan menteri saja, Ahmad Maslan barangkali tidak dalat memahami kenapa hujah dan kenyataannya sering dipertikai dan dipersendakan sedangkan beliau pelajar terbaik dan pandai. Naik darahnya mungkin sudah tidak tertahan lagi, lalu dibuktikannya bahawa beliau sebenarnya adalah seorang yang pandai sejak dulu. Dan dengan pointer CGPA 3.85 itu, Ahmad Maslah juga bolehlah mendabik dada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang ada kerana pastinya tidak ramai yang ada pencapaian seperti itu. Mulai sekarang juga bolehlah berkata di mana-mana, "saya tak bodoh, saya tak bodoh...." | ||||
Posted: 01 Oct 2013 03:17 AM PDT Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah? Realitinya bulan ini, kerajaan sekali lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion? Ya…..untuk tujuan perbelanjaan pengurusan kerajaan Malaysia. Sekitar 2 bulan lepas, kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan RM13 bilion. Bermakna di sini, dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM27 bilion. Adakah ini berpunca daripada perancangan & pelan pengurusan kewangan yang teruk sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran & pemborosan dalam menggunakan dana & kekayaan negara oleh beberapa kementerian? Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?Ia sekaligus akan terus memberikan imej yang tidak baik di akalangan agensi penarafan kredit seperti Fitch Rating yang boleh memburukkan lagi keadaan nilai matawang ringgit Malaysia kelak. Dalam pada masa yang sama seperti yang pernah Berita Semasa katakan sebelum ini (SEPERTI DI SINI), khabar angin di Malaysia sangat boleh dipercayai. Khabar angin yang acapkali menjadi realiti, di mana khabar angin yang berasas. Sebelum ini Berita Semasa mengingatkan kepada semua bahawa hutang negara semakin meningkatkan. Bukan tidak mengambil tanggungjawab untuk saling memperingati supaya tidak boros membelanjakan duit rakyat & negara. Nah….sekarang ini sama-sama akan merasai terutamanya kesan kepada rakyat Malaysia disebabkan pengurusan hasil mahsul negara dan ekonomi yang lemah. Harga Minyak Ron 95 Tidak Akan Naik Dalam Masa Terdekat!Walaubagaimanapun, apa sahaja jangkaan termasuklah penganalisis ekonomi dan juga PDAM (DI SINI) Berita Semasa sama sekali yakin yang mana kerajaan Malaysia tidak akan naikkan lagi harga minyak RON 95 dalam masa terdekat ini (seperti mana kenyataan rasmi oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin) baru-baru ini apatah lagi mengambil kira persediaan menjelang Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau tidak lama lagi & Bajet 2014, tetapi ianya tidak mustahil akan naik pada masa hadapan cuma alasan yang diberikan perlulah munasabah. Jikalau alasan berlaku penyeludupan di sempadan memang rakyat tidak boleh terima, sebab kerajaan telah bayar gaji & tanggungjawab kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan perkara ini hanya berlaku di beberapa negeri di Malaysia ini dan melibatkan kawasan yang kecil sahaja Berdasarkan semakan Berita Semasa merujuk pemerhatian penganalis dan pakar-pakar ekonomi meramalkan akan berlakunya perbelanjaan operasi yang lebih tinggi bagi tahun 2014 melibatkan emolumen & perkhidmatan awam.
Inilah masa dan ketikanya untuk kerajaan Malaysia mengurangkan pembaziran dana negara. Jika anda sebagai pemimpin negara & pemimpin politik sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik, bagaimana mungkin anda mahu memberikan kepada rakyat Malaysia yang ada di sini contohnya supaya berjimat cermat ketika berbelanja & mengurus kewagan amasing-masing dengan baik?
Memang sangat-sangat pelik, semakin tinggi kenaikan harga minyak dunia, semakin tinggi pendapatan negara. Semakin rendah kos sara hidup di Malaysia. Tetapi….ini tidak berlaku di Malaysia. Bajet Tambahan US$4.8 Bilion : Perbelajaan Boros & Membazir Kerajaan?Kadang-kadang terfikir juga :
Hakikatnya, bajet tambahan sebanyak RM14 bilion lagi daripada "rakyat Malaysia" adalah satu berita buruk untuk ekonomi negara ketika ini. Sepertimana Malaysia sedang bergelut untuk menangani hutang dan bajet defisit di asaat-saat akhir ini dan perbelanjaan tambahan ini akan memburuk lagi keadaan termasuklah pemerhatian dan pandangan agesi penarafan kredit antarabangsa seperti Fitch Rating. Dan sekarang bagaimana & apa mekanisme yang akan Malaysia Malaysia gunakan mengurangkan hutang negara supaya kurang daripada 50% daripada KDNK Malaysia?
Sama-sama kita nantikan apakah intipasti Bajet 2014. Dan Berita Semasa berharap akan adanya disiplin dalam menguruskan kewangan negara Realitinya, Malaysia masih aman. Disebaliknya, rakyat Malaysia kita sekarang tidak berperang menggunakan senjata dengan musuh, tetapi rakyat Malaysia kita sedang berperang dengan ekonomi diri sendiri & kos sara hidup yang menjadi musuh yang sebenar sekarang ini. Dalam pada masa yang sama terus mendukung kehidupan mewah golongan kapitalis di Malaysia. Harapan Berita Semasa, kerajaan Malaysia benar-benar peka dengan setiap permasalahan rakyat Malaysia yang telah memberikan amanah & tanggungjawab mentadbir negara dengan baik untuk kebaikan kami, kita dan anda semua di sini. Apa pandangan balas anda pula? | ||||
Pelajar menengah terlibat pornografi, arak dan ZINA Posted: 01 Oct 2013 03:14 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Kerajaan Selangor mewujudkan berbagai kempen dan program dalam usaha untuk menangani gejala sosial dalam kalangan rakyat. Dr Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri bercakap mengenai perkara itu. Macam mana SPIES menangani aspek emosi dan sosial? Dr Halimah: Emosi dan sosial saling berkait. Anak muda khususnya boleh patut bangunkan negara tetapi ada pula jahanamkan negara. Dia patut jadi buah hati ibu bapanya tapi dia juga sakiti hati orang tua, ambil dadah, zina, rempit, curi barang dan sebagainya. Itu yang kita cuba tangani dengan menginsankan insan. Sama macam senarai semak. Meter spiritual akan mempengaruhi cara hidup, emosi dan sosial generasi hari ini dan masa depan. Bina masjid besar, cantik-cantik sebagai contoh mudah. Apa gunanya kalau ahli kariah tidak masuk dan kalau datang pun keluar dari masjid, hati tetap nak marah saja. Macam mana tu? Sampai rumah sambung marah pada isteri dan anak-anak pula. Pergi tempat kerja, gaduh lagi. Ini yang kita cuba hendak bendung dengan berpandukan konsep SPIES (Spiritual, Physical, Intelellectual, Emotional, Social). Operasi SPIES... Semua segmen masyarakat terlibat. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK), kepimpinan masjid hinggalah jabatan dan agensi kerajaan. Itu sebab kita masuk kampung. Projek perintis SPIES di kampung ini dapat dilihat di Dun Hulu Kelang, Gombak Setia, Selat Klang. Dalam masa terdekat di Kampung Sungai Kandis di Parlimen Kota Rajadan Kampung Bukit Kapar pula. Kita laksanakan di kampung yang sudah bersedia mengikuti SPIES. Merekalah yang kemudiannya akan jadi duta SPIES. Pembangunan insan boleh tangani gejala sosial? Gejala sosial wujud sebabnya sistem masyarakat kita tidak mantap dan rapuh. Itu yang jadi sekarang. Sistem nilai kita tunggang terbalik. Orang Melayu, jangankan nilai Islam nilai Melayunya pun cair. Sebabnya jati diri dia begitu pudar sebab itu orang kita tengok macam mana artis sebagai role model. Mulalah pakai cacak sana, warnakan rambut. Punk, Gothic dan entah apa lagi itu yang diikut sebahagian remaja kita. Sistem nilai yang universal dan murni maknanya orang bukan Islam pun mahu. Apa lagi kita sebagai orang Islam. Namun, untuk tujuan fokus, saya pilih isu besar tentang buang bayi, jual anak dan berkhalwat bukan muhrim di hotel bajet. Hasilnya, digerakkan "Kempen Anti Zina". Saya fokus tentang zina itu dulu. Kita ada buat sedikit kajian ke atas pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga lima kawasan bandar dan luar bandar. Hasilnya amat mengecewakan. Lebih separuh terbabit dengan aktiviti pornografi, arak termasuk zina. Saya wujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial. Buat penjenamaan semula bagi nama, imej baru dengan kita fokus kepada hasil. Kalau kita berjaya menangani gejala sosial lahirlah Generasi Idaman Selangor (GeMS). Jadi, jabatan dan agensi kerajaan serta NGO seperti Yayasan Amal dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini, termasuklah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sendiri, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan serta Jabatan Pendaftaran sebab berkaitan dengan surat beranak dan tiada IC. Juga kita bawa masuk Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Penjara. Semua ini kita jemput, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Datuk Bandar. Kita bincang dan dapatkan laporan daripada mereka terbabit. Contohnya, laporan tentang berapa orang terkena penyakit kelamin daripada Jabatan Kesihatan. Saya juga minta Jabatan Kesihatan pastikan pelajar atau remaja yang hamil luar nikah perlu dijaga sampai dia bersalin. Jangan dia nanti buang anak. Jumpa entah mana bidan. Rosak, pecah rahim dan kena macam-macam penyakit. Itu telah diterima. Jika tidak dulu ibu yang mengandung luar nikah ini akan ditanya siapa suami. Bila kata begitu, budak ini tak mahu bersalin di hospital. Itu yang buang di mangkuk tandas dan sebagainya. Bila kita lihat maklum balas termasuk dari PBT (pihak berkuasa tempatan) maknanya dia serbu hotel murah, tempat perjudian, mereka buat kerja masing-masing. Polis kata dia buat itu saja. Yang lain bukan kerja kami. Itu PBT. PBT pula kata itu bukan tugas saya. Rela pula jawab, "kami hanya buat operasi sekiranya depoh tahanan ada kosong". Saya tanya, "bila masa depoh tu kosong?" Dia jawab, "biasanya, penuh"! Maksudnya, kalau penuh tiadalah operasi walaupun ada aduan orang ramai. Jadi saya katakan pada agensi dan jabatan terbabit. Kita mesti ada strategi dan berfikir untuk berjaya dalam mengatasi masalah sosial yang berleluasa. Sebabnya, macam kes pengedaran dadah. Penjahat ada strategi dan mahu berjaya demi keuntungan. Sepatutnya, agensi pelaksana kerajaan pun mesti ada cara untuk mencapai matlamat penubuhan organisasi masing-masing. Motivasi kepada mereka datang dari kerajaan negeri bukan dari Putrajaya? Macam Kempen Anti Zina, aspek penguatkuasaan ialah fasa ketiga. Tahap awal kita buat dulu ekspedisi dakwah pergi pantai, kompleks tempat remaja berkumpul bagi edaran, nasihatkan remaja ketika lewat malam supaya pulang ke rumah bersama Jais. Kita ada integrasi di situ, NGO Islam semua turun. Bukan one-off tapi berjadual. Selepas itu, kita buat program pelancaran dengan jabatan kerajaan. Selama ini polis kena bantai saja tapi kita tegur mana yang perlu saja. Yang lebih iktiraf kerja bagus yang mereka buat. Tiupkan semangat bahawa kerja mereja itu sebenarnya berjihad, suatu ibadah. JAIS pula selama ini tangkap pasangan yang disyaki berkhakwat. Duduk dalam masjid. Bagi tazkirah malam itu saja. Habis itu, habislah. Tidak menyeluruh. Budak itu balik, bulan depan dia buat balik. Modul Selangor dalam GeMS macam mana? Modul kita dalam GeMS ialah kita mahu mak ayah ambil tahu dan jiran orang kampung ambil tahu. Sebab kita mahu membudayakan supaya semua jadi baik, ruginya jadi orang tidak baik. itu proses. Datuk Seri Najib Razak sebut transformasi. Dia baru belajar daripada kita padahal sejak penggal lepas kita sudah praktikkan semangat "mengilmukan rakyat, merakyatkan ilmu. Kita buat Jom Kerja. Dia (BN) pun ikut. Baguslah orang nak ikut cara kita mentadbir dengan baik. Nampak gayanya apa yang kerajaan pusat buat banyak meniru negeri Sleangor. Tahun lepas misalnya, Putrajaya baru nak ajar 'high order thinking' (HOT) sebab selama ini suruh orang hafal saja. Dah 56 tahun merdeka baru nak ajar orang berfikir. Pendek kata, Putrajaya memerhati Selangor termasuklah sebelum ini menciplak manifesto Pakatan Rakyat tapi tidak mengapa asalkan akhirnya rakyat dapat manfaat. Apa harapan Dr? Model yang Selangor sedang laksanakan ialah kembali kepada asas, fitrah. Kita ini kerap sangat cakap benda yang tinggi-tinggi padahal tapak masih goyang. Itu yang saya kata tadi gejala sosial balik kepada punca. Puncanya orang tidak kenal Tuhan. Hidup tidak bertuhan. Balik kepada usaha kerajaan negeri Selangor untuk menginsankan rakyat ini. Mengilmukan rakyat untuk macam mana seronoknya hidup bertuhan. Sekolah agama misalnya, kita gunakan peruntukan RM200 juta setahun. Adakah generasi kita itu kenal agamanya sendiri? Rakyat yang tidak ada ilmu mudah terjerumus kepada masalah sosial. Jadi apa harus kita buat? Merakyatkan ilmu. Jika sebelum ini, ilmu itu ada pada ustaz saja. Ustaz pula tak boleh bagi tazkirah di masjid. Jadi, kita mahu ilmu itu mudah rakyat dapat. Ilmu yang berguna. 'Ilmu' merapu, menipu, pecah rumah mudah dapat. Jadi, kita mahu melatih rakyat Selangor untuk beramal dengan ilmu yang ada. Kita tidak mahu apabila ilmu hanya ada di otak saja tapi rohani, dalaman tidak mampu memastikan seluruh pancainderanya bertindak secara berilmu. Sebabnya? Dia telah mengasingkan dan ini dipanggil sekularisme antara agama dengan kehidupan. Proses ini semua memakan masa panjang. Membangunkan insan yang ada roh,akal dan perasaan tidak sama seperti menyiapkan projek bangunan bertingkat.Harakahdaily | ||||
Dewan Rakyat lulus rang undang-undang perbekalan tambahan Posted: 01 Oct 2013 03:11 AM PDT Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) selepas dibahaskan dalam peringkat jawatankuasa sejak Rabu lepas. Rang Undang-undang itu memperuntuk wang tambahan sebanyak RM14,125,580,900 kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus tambahan pertama. Kementerian terbabit ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain itu, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr James Dawos Mamit yang mewakili Menteri Pelancongan dan Kebudayaan membentangkan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 untuk bacaan kali pertama. – Bernama, | ||||
Posted: 01 Oct 2013 03:04 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE BATU FERRINGHI - Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stesen minyak di sini, semalam. Salah seorang kakitangan berkata, ia adalah kejadian pertama kali yang berlaku di situ sejak stesen berkenaan dibuka dua tahun lalu. Menurutnya, salah seorang rakannya terhidu bau busuk dari dalam tandas berkenaan dan berasa tidak sedap hati. "Lalu kami mengambil langkah memecahkan pintu tandas kerana ia terkunci dari dalam tandas. "Rupa-rupanya ada mayat dalam tandas tersebut dan kelihatan sudah lama kerana mukanya seperti kebiru-biruan, kemudiannya kami menghubungi anggota polis," katanya kepada Sinar Harian. Kakitangan tersebut turut memaklumkan kerja pembersihan tandas dilakukan setiap hari tanpa gagal. Namun ketika kerja pencucian hendak dilakukan, pekerja pembersihan mendapati salah satu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan menyangka ada orang yang sedang menggunakannya. Tambahan pula, stesen berkenaan sememangnya menjadi tumpuan berikutan terletak berhampiran restoran makanan segera 24 jam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Wong Nun Hwa, 42, dari Mount Erskine itu didapati mati akibat penyakit sawan. Menurutnya, tiada unsur jenayah direkodkan dan mangsa hanya mati disebabkan serangan sawan berkenaan. Sinar Harian | ||||
Laporan Audit: Pendapatan SSIC 2011 meningkat Posted: 01 Oct 2013 02:59 AM PDT
SSIC merupakan milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2012 mendapati status kewangan SSIC memperolehi lebihan pendapatan bagi tahun 2011 sebanyak RM1.08 juta berbanding 2009 hanya RM0.54 juta. Sehingga 31 Disember 2011, lebihan pendapatan terkumpul SSIC adalah RM1.99 juta, lebihan pendapatan ini merupakan lebihan geran yang diperolehi daripada kerajaan negeri. SSIC mencatatkan lebihan pendapatan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.54 juta, RM0.11 juta dan RM1.08 juta. Audit turut berpendapat, pengurusan aktiviti yang cekap akan memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya menjamin pencapaian objektif. Objektif utama SSIC adalah untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara. Berdasarkan Laporan Prestasi Pelaburan di Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan negeri itu bagi tahun 2009 hingga September 2012 adalah berjumlah RM33.81 bilion dengan 1,052 pelabur. Jumlah pelaburan ini meliputi sektor perindustrian sahaja. Analisis Audit mendapati prestasi pelaburan meningkat kepada RM10.64 bilion pada tahun 2010 berbanding RM6.75 bilion pada tahun 2009. Bagaimanapun tahun 2011, prestasi pelaburan menurun kepada RM8.74 bilion, ini disebabkan oleh perubahan bilangan pelabur yang keluar masuk di Negeri Selangor. Berdasarkan kepada pengiraan secara purata bulanan bagi jumlah pelaburan sehingga bulan September 2012, jumlah pelaburan pada akhir tahun 2012 dianggarkan akan meningkat kepada RM10.23 bilion. Ketua Audit Negara berpendapat bagi meningkatkan jumlah pelaburan di Negeri Selangor, SSIC disarankan agar mempertingkatkan usaha dalam membawa industri lain antaranya sektor perkhidmatan dan asas tani sebagai pelaburan baru di Negeri Selangor. | ||||
Daripada mati ditembak, lebih baik mati bertembak, kata Bung Mokhtar Posted: 01 Oct 2013 02:54 AM PDT Ketika hangat membahaskan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA), Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) secara terbuka mengisytiharkan beliau kini membawa pistol selepas khuatir akan keselamatan diri. "Daripada mati ditembak, saya lebih rela mati bertembak," kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu semasa membahaskan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini. Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lantang itu menegaskan beliau terpaksa membawa senjata api untuk melindungi dirinya memandangkan peningkatan kes jenayah bunuh kebelakangan ini. "Kita tengok kes bunuh dan rompakan semakin meningkat. Dulu saya tidak bawa pistol sebab berat tetapi sekarang saya terpaksa," ujarnya. "Kita perlu melindungi rakyat bukan melindungi ketua kongsi gelap," kata Bung Mokhtar. Jelasnya lagi, hanya dengan pindaan berkenaan, rakyat Malaysia akan dapat menikmati kehidupan dengan lebih selamat dan aman. | ||||
11 RUU dalam masa 3 hari tidak munasabah Posted: 01 Oct 2013 02:49 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh apabila Pakatan Rakyat mempersoalkan kewajaran 11 Rang Undang-undang (RUU) yang akan dibahaskan dalam masa tiga hari. Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang bangkit mempersoalkan tindakan tersebut di bawah peraturan mesyuarat 22(1) yang melihat tempoh tersebut adalah tidak munasabah untuk dibahaskan RUU. Katanya, tempoh masa perbahasan adalah amat penting untuk memastikan RUU yang dibentangkan lebih berkesan dalam pelaksanaannya. "Kita melihat tempoh tiga hari untuk membahaskan 11 RUU adalah satu yang tidak munasabah. "RUU adalah perkara yang amat penting, tempoh masa untuk berbahas perlu diambil kira bagi memastikan setiap kesimpulan diambil lebih berkesan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen. Beliau yang kesal dengan kerajaan yang enggan memberi ruang lebih panjang untuk berbahas RUU yang penting terutama melibatkan soal jenayah negara. "RUU yang cukup penting tetapi kerajaan memandang ringan, hendak diluluskan dalam masa yang singkat. "Sepatutnya peruntukan masa yang lebih panjang diberikan bagi memastikan apa yang kita bahaskan itu mendapat satu kesimpulan yang terbaik," sambung beliau. Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menolak perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gombak dengan menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk menggugurkan mana-mana RUU serta menetapkan tempoh masa setiap perbahasan. | ||||
Runtuh: Kerajaan T’ganu tidak ambil pengajaran Posted: 01 Oct 2013 02:46 AM PDT
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin berkata, pihak kerajaan sewajarnya mengambil pengajaran daripada siri runtuhan yang berlaku di negeri itu sejak beberapa tahun yang lalu. Katanya, runtuhan bangunan yang sering berlaku di negeri itu bukan disebabkan masalah teknikal semata-mata, tetapi juga termasuk soal nilai khususnya dalam mengawasi dan memantau projek-projek tersebut. "Peraturan profesional dan jabatan kawalan ada kalanya tidak diikuti menyebabkan kelonggaran dan kerendahan faktor keselamatan dan mutu binaan," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini. Paling ketara katanya dalam isu bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada 2009, di mana jawatankuasa khas ditubuhkan yang diketuai JKR bagi menyiasat punca kejadian itu. Namun katanya, runtuhan bumbung kedua berlaku lagi pada 2013. "Jadi kenapa kerajaan tidak amanah dalam menyelamatkan duit rakyat. "Banyak peraturan dibuat kerajaan tetapi tidak diikut," katanya. Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, Ahli Perlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. | ||||
PAS ambil tindakan langgar etika berkempen Posted: 01 Oct 2013 02:43 AM PDT
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi berkata, mana-mana ahli PAS yang didapati melanggar garis panduan dan etika berkempen mungkin boleh dibatalkan kemenangan calon. Malah katanya, jawatankuasa tatatertib boleh mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan daripada pihak yang terancam dengan kempen yang dilancarkan oleh saingannya. "Kita sedia maklum kempen-kempen giat berlangsung, seseorang itu boleh laporkan kepada kita jika ada pihak yang rasa terkilan, ataupun secara terangan kesalahan dari kaca mata kita sendiri. Kita ambil perhatian," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut hari ini. Pada pemilihan kali ini, katanya calon dibenarkan mempromosikan diri mereka sama ada bersendirian atau berpasukan bagaimanapun tertakluk kepada bahagian 6 dalam peraturan tersebut. Bahagian 6 peraturan itu menggariskan; menerbitkan, mengeluarkan, menyiarkan atau mengedarkan dalam apa jua bentuk, sebarang bentuk kenyataan sama ada lisan atau dalam bentuk tulisan atau grafik atau karikatur di dalam apa-apa medium sekalipun, yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran atau apa juga kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli PAS supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundin atau tidak mengundi mana-mana ahli PAS. Asmuni turut mengakui sebelum ini PAS tidak pernah mengeluarkan garis panduan berkempen tetapi pada kali ini ramai orang hendak tahu apa yang calon buat dan tidak buat. "Sebelum ini memang tidak ada, jadi kali ini adalah lebih baik kita benarkan kempen secara sihat, mereka yang dilantik sebagai juru kempen akan memudahkan kita untuk awasi mereka," katanya. Berhubung borang pencalonan, Asmuni mengingatkan borang pencalonan bagi kawasan yang diisi dan dihantar melalui emel tidak akan diterima kerana setiap borang mesti ditandatangani YDP Kawasan masing-masing. Asmuni turut mengingatkan kepada mereka yang disenaraikan sebagai calon oleh PAS Kawasan hendaklah mengesahkan penerimaan mereka sebelum atau pada 8 November ini, sebelum jam 5.00 petang. Manakala katanya, tarikh akhir untuk menghantar borang pencalonan untuk AJK PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Muslimat pada 20 Oktober jam 12.00 malam, manakala tarikh tutup pencalonan Dewan Ulamak pada 31 Oktober. Pemilihan ahli jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada 22 November depan di Stadium Malawati dan keputusannya akan diumum keesokan harinya. Manakala, pemilihan sayap-sayap akan berlangsung pada 21 November pada waktu pagi dan keputusan akan diumumkan pada sebelah malam. | ||||
Kajian: 80% sedia lapor jika dirasuah Posted: 30 Sep 2013 10:47 PM PDT MALAYSIA KINI Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan berkata kesedaran masyarakat terhadap bahaya rasuah kini berada pada tahap tinggi. Ini, katanya, berdasarkan Kajian Keberkesanan SPRM kendalian Universiti Putra Malaysia. "Kajian itu menunjukkan lebih 80% responden bersedia membuat laporan jika mereka ditawarkan rasuah atau diminta memberi rasuah. "Lebih 77 peratus responden pula bersedia memberi maklumat atau melapor kejadian rasuah serta menjadi saksi," kata Sutinah dalam program bual bicara di Bernama Radio24 di Kuala Lumpur semalam sempena ulang tahun ke-46 SPRM hari ini. Sutinah juga menyatakan dalam tempoh 2009-2012, SPRM telah berjaya menyelesaikan 1,529 kes. 174 kes selesai pada 2009, 435 pada 2010, 520 pada 2011 dan 400 kes pada 2012, katanya. Tahun 2009 ialah ketika Program Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkenalkan. - Bernama | ||||
Laporan Ketua Audit Negara dibentang secara bersiri mulai tahun ini Posted: 30 Sep 2013 10:42 PM PDT Mulai tahun ini, Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri, dibentangkan dalam tiga siri. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong manakala Siri 3 dijangka dikemukakan pada November bersama-sama Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan. Menurut kenyataan ketua audit negara hari ini, langkah itu merupakan satu daripada empat inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Membanteras Rasuah. Ia bertujuan supaya tindakan susulan dan penambahbaikan boleh diambil lebih cepat ke atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit. Satu lagi inisiatif di bawah NKRA itu ialah Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara secara dalam talian yang dilancarkan oleh ketua setiausaha negara pada 30 Mei dan mula beroperasi hari ini. Melalui paparan susulan itu orang ramai boleh mengakses untuk mengetahui status tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mulai tahun 2011. Menurut kenyataan itu, dua lagi inisiatif di bawah NKRA berkenaan ialah penubuhan jawatankuasa tindakan dan penubuhan "Putrajaya Inqusition". Jawatankuasa Tindakan yang dipengerusikan oleh ketua audit negara ialah untuk memastikan siasatan lanjut ke atas kes-kes disyaki melibatkan penipuan atau rasuah yang dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara, manakala 'Putrajaya Inquisition' pula yang dipengerusikan oleh perdana menteri akan menyelesaikan kes-kes yang belum dapat diselesaikan sebegitu lama. Bagi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2, sebanyak 121 pengauditan prestasi dan 49 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri. Pengauditan ini dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pengurusan syarikat. Perbendaharaan Malaysia juga mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 yang memberikan ulasan/tindakan terkini daripada ketua perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh ketua audit negara dalam laporan berkenaan. Kandungan laporan itu dan sinopsisnya boleh dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Negara di alamat http://www.audit.gov.my mulai hari ini. Sebarang pertanyaan lanjut/pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara. Cakera padat (CD) yang mengandungi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 serta Laporan Maklum Balas oleh Perbendaharaan Malaysia turut diedarkan kepada pihak media di Parlimen. | ||||
[VIDEO] Aktivis Berdemo Di Parlimen Bantah "ISA 2" Posted: 30 Sep 2013 10:41 PM PDT Aktivis hak asasi manusia hari ini mengadakan bantahan di perkarangan Parlimen terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang memperuntukkan penahan individu tanpa bicara. Sambil membawa plakad "tarik balik PCA", "tarik balik akta zalim", kumpulan berkenaan turut menggelarkan akta berkenaan ibarat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2.0. "Kita berkumpul hari ini adalah untuk membantah PCA. Kita tidak perlukan akta seperti ini untuk membanteras jenayah, cukup dengan menyediakan fasiliti kepada anggota polis untuk menentang jenayah berat," kata Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut hadir dalam demonstrasi berkenaan. "Kita meraikan pemansuhan ISA, namun kurang dari tempoh setahun akta seumpamanya diperkenalkan kembali," kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu lagi di hadapan kurang 50 peserta demonstrasi berkenaan. Selepas sejam mereka berdemonstrasi di perkarangan Parlimen, wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kemudiannya membawa wakil daripada kumpulan aktivis itu ke dalam Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ambiga turut menjelaskan, negara-negara lain di seluruh dunia juga tiada akta khusus untuk membanteras jenayah. "Mereka membantu polis dengan menaikkan gaji mereka. Bukan dengan akta," katanya. Sementara itu, pegual Lawyer for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri berkata :"Kita sekali lagi melihat kerajaan Malaysia gunakan akta untuk menghalalkan penahanan tanpa bicara bagi membanteras jenayah." Antara wakil ahli Parlimen PR yang turut kelihatan adalah ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, dan ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff, dan ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali. Selain Ambiga, antara wakil lain daripada kumpulan aktivis berkenaan yang dibenarkan memasuki Parlimen pula adalah Shukri Razab, Syed Ibrahim Syed Noh, dan Fadiah. Setiausaha Bahagian Parlimen dan Kabinet KDN Muhamad Sade Mohamad Amin kemudiannya menerima salinan memorandum berkenaan mewakili Ahmad Zahid. Sejurus menyerahkan salinan memorandum berkenaan, kumpulan aktivis itu bagaimanapun berkeras ingin menemui Ahmad Zahid ataupun timbalannya, dan mereka kemudiannya duduk di di lantai Parlimen. Tindakan itu kemudiannya menimbulkan sedikit kekecohan apabila pegawai keselamatan Parlimen menasihatkan mereka agar tidak berbuat demikian. Antara kandungan memorandum kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Rakyat Tolak ISA 2.0 itu adalah Rang Undang-undang PCA itu tidak dibuat tanpa perbincangan menyeluruh dengan pihak berkepentingan. "Amat mengejutkan apabila sebuah rang undang-undang yang mempunyai kepentingan awam dan memberi kesan yang begitu mendalam tidak melalui proses konsultansi yang telus dan menyeluruh," kata memorandum mereka. "Pindaan ini dibuat tanpa rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk Majlis Peguam dan masyarakat madani, apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bahawa hari-hari kerajaan lebih mengetahui telah berakhir." Jelas mereka lagi, Seksyen 19A dalam rang undang-undang berkenaan turut memberi kuasa mutlak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk menahan tertuduh selama dua tahun tanpa perlu mendakwa. "Perkara ini bercanggah dengan Perkara 10 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang mana menetapkan setiap orang dituduh mestilah mendapat hak untuk dibicarakan secara adil di mahkamah dan juga bercanggah dengan kedaulatan undang-undang." Selepas dua jam mengadakan demonstrasi di luar dan dalam Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menemui kumpulan berkenaan. "Saya menerima memorandum ini bagi pihak Kementerian kerana menteri tiada di Parlimen," katanya kepada kumpulan berkenaan sejurus menerima memorandum tersebut. Ditanya tindakan lanjut yang akan dilakukan kementeriannya, Wan Junaidi berkata,"saya tak boleh komen (tuntutan aktivis), keputusan bukan saya seorang, dan saya masih belum baca memorandum ini lagi," katanya kepada pemberita. -TMI
LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI | ||||
Isu PCA: Menteri kata jangan sokong penjenayah Posted: 30 Sep 2013 10:28 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada peguam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak menyebelahi penjenayah dalam menentang pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA). "Jangan biarkan mana-mana peguam, individu atau NGO cuba mempertahan tindakan penjenayah," Putrajaya pagi tadi. Ahmad Zahid berkata demikian sewaktu mengulas pertanyaan tentang kegusaraan Majlis Peguam dan juga parti komponen BN terhadap poindaan itu yang kan memperkenalkan semula tahanan tanpa bicara. | ||||
PAS: Sila kempen, sendirian atau berkumpulan Posted: 30 Sep 2013 10:24 PM PDT PAS membenarkan calon yang layak bertanding pada pemilihan sempena muktamarnya yang ke-59 berkempen secara bersendirian atau berkumpulan untuk merebut jawatan di peringkat Pusat atau sayap parti. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihaan Asmuni Awi (kiri) berkata sekalipun PAS memutuskan demikian, calon yang terlibat bagaimanapun tertakluk larangan am serta etika berkempen, yang kini dihitam putihkan. "Sebelum ini (calon) pandai-pandai sendiri (memahami peraturan)," katanya. Antara panduan itu, tambahnya, boleh menceritakan misi dan visi sendiri tetapi tidak boleh mengutuk idea pihak lain. Pemilihan ahli jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada 22 November depan di Stadium Malawati dan keputusannya akan diumum keesokan harinya. Manakala, pemilihan sayap-sayap akan berlangsung pada 21 November pada waktu pagi dan keputusan akan diumumkan pada sebelah malam. | ||||
Ketua Audit Negara kemuka laporan pada MP Posted: 30 Sep 2013 10:22 PM PDT MALAYSIA KINI Para ahli parlimen hari ini menerima laporan Laporan Ketua Audit Negara 2012 ke atas pelbagai kementerian dan anak syarikat kerajaan. Sebanyak 32 jilid laporan tersebut diedarkan kepada 222 ahli parlimen hari ini, lebih awal daripada pembentangan Belanjawan 2014, yang dijangka berlangsung pada akhir bulan ini. Langkah ini berbeza dengan tahun lalu, apabila laporan berkenaan dibentangkan lewat dua minggu selepas pembentangan belanjawan. Malaysiakini sedang meneliti 32 jilid laporan berkenaan. [Baca berita penuh] Sementara itu menurut Bernama, laporan berkenaan akan dibentang dalam tiga siri. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong manakala Siri 3 dijangka dikemukakan pada November bersama-sama Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan. Menurut kenyataan ketua audit negara hari ini, langkah itu merupakan satu daripada empat inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Membanteras Rasuah. Ia bertujuan supaya tindakan susulan dan penambahbaikan boleh diambil lebih cepat ke atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit. Satu lagi inisiatif di bawah NKRA itu ialah Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara secara dalam talian yang dilancarkan oleh ketua setiausaha negara pada 30 Mei dan mula beroperasi hari ini. Melalui paparan susulan itu orang ramai boleh mengakses untuk mengetahui status tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mulai tahun 2011. Menurut kenyataan itu, dua lagi inisiatif di bawah NKRA berkenaan ialah penubuhan jawatankuasa tindakan dan penubuhan 'Putrajaya Inqusition'. Jawatankuasa Tindakan yang dipengerusikan oleh ketua audit negara ialah untuk memastikan siasatan lanjut ke atas kes-kes disyaki melibatkan penipuan atau rasuah yang dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara, manakala 'Putrajaya Inquisition' pula yang dipengerusikan oleh perdana menteri akan menyelesaikan kes-kes yang belum dapat diselesaikan sebegitu lama. Bagi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2, sebanyak 121 pengauditan prestasi dan 49 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri. Pengauditan ini dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pengurusan syarikat. Perbendaharaan Malaysia juga mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 yang memberikan ulasan/tindakan terkini daripada ketua perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh ketua audit negara dalam laporan berkenaan. Kandungan laporan itu dan sinopsisnya boleh dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Negara di alamat http://www.audit.gov.my mulai hari ini. Sebarang pertanyaan lanjut/pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara. Cakera padat (CD) yang mengandungi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 serta Laporan Maklum Balas oleh Perbendaharaan Malaysia turut diedarkan kepada pihak media di Parlimen. | ||||
Menteri Kata Pembinaan Masjid Tebauk Bawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri Posted: 30 Sep 2013 10:07 PM PDT BULETIN ONLINE Keruntuhan siling Hospital Serdang semalam 30 September dan sebahagian bumbung masjid Kampung Tebauk di Terengganu pada Ahad 29 September menarik perhatian Ahli Parlimen semalam, apabila Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof sukar untuk menjawab soalan yag dikemukan. Beliau memberitahu Dewan bahawa kerajaan boleh mendakwa kontraktor yang membina Hospital Serdang ke mahkamah jika syarikat itu didapati bertanggungjawab menyebabkan keruntuhan di wad bersalin itu. Beliau berkata beliau akan menyemak perkara itu dengan pasukan pakar-pakar, sambil menambah beliau masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden yang berlaku pada jam 02:55 petang semalam. Apabila ditekan untuk menjawab mengapa kes-kes itu berulang di hospital, Fadillah berkata beliau juga 'bingung' dan perkara itu tetapi berkata beliau akan menyerahkan kepada pasukannya pakar. "Saya menunggu laporan 'bebas' dari mereka," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen semalam. Fadillah melaporkan bahawa tidak ada orang yang cedera apabila bahagian siling hospital runtuh. Dalam pada itu, Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam Saidin dalam kenyataannya berkata, beliau telah meminta hospital dan Jabatan Kerja Raya untuk mengemukakan laporan mengenai kejadian itu dan memeriksa samada piawaian yang betul telah diikuti dalam pembinaan hospital itu. "Kami pasti mengambil pandangan yang amat serius tentang kualiti kerja kontraktor. "Ini melibatkan bidang reka bentuk, struktur, pada standard bangunan kontraktor yang diberi kontrak," katanya. Ogos lalu, seorang doktor dan tiga jururawat cedera apabila siling jabatan kecemasan Hospital Serdang yang runtuh. Dan pada Januari 2011, siling lobi utama hospital yang sama tanggal, dan kerajaan menanggung RM800, 000 dalam kerja-kerja pembaikan. Sementara itu, mengenai keruntuhan siling RM6 juta masjid Kampung Tebauk di Kuala Nerus, Terengganu, Fadillah berkata pembinaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri kerana ia tidak tergolong dalam kerajaan Persekutuan. "Ia dimiliki oleh kerajaan (negeri) tetapi kementerian boleh menyediakan kepakaran teknikal untuk menentukan punca keruntuhan," katanya. Terdahulu di lobi Parlimen, dua Ahli Parlimen PAS Terengganu menggesa kerajaan Persekutuan untuk mendedahkan identiti pemborong (kotraktor) masjid dan mengambil tindakan terhadap syarikat itu. Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata syarikat itu dan orang yang bertanggungjawab harus disenaraihitamkan. Mengulas perkara yag sama, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Raja Ahmad berkata, ini bukan kali pertama bumbung runtuh di bangunan-bangunan awam di negeri ini. "Ia seolah-olah kita tidak pernah belajar dari kesilapan lalu," katanya. | ||||
Akramsyah letak jawatan jika menang Ketua Pemuda Posted: 30 Sep 2013 10:04 PM PDT Beliau sudah berbincang dengan keluarganya bahawa beliau akan memberi tumpuan kepada politik jika menang nanti. KELANA JAYA: Calon Ketua Pemuda Umno, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berjanji akan meletakkan jawatannya dengan sebuah badan korporat antarabangsa jika beliau menang pada 19 Oktober ini. Katanya, beliau akan menjadi Ketua Pemuda Umno sepenuh masa dan beliau tidak berminat dengan sebarang jawatan dalam kerajaan. "Ketua Pemuda tak perlu jadi menteri kerana Ketua Pemuda perlu tumpu sepenuh masa kepada pemuda," katanya kepada FMT dalam satu wawancara khas dengan beliau di sebuah kelab golf di sini hari ini. Akhramsyah akan berhadapan dengan penyandang jawatan, Khairy Jamaluddin dan tiga calon lain, Syed Rosli Syed Harman,Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali pada 12 Oktober ini. Katanya lagi, beliau sudah berbincang dengan keluarganya bahawa beliau akan memberi tumpuan kepada politik jika menang nanti. "Inilah pengorbanan yang akan saya buat demi Pemuda Umno," katanya. Menyentuh tentang politik wang, Akramsyah meminta perwakilan pemuda yang disogok dengan wang supaya mengambil wang tetapi jangan mengundi calon yang memberi wang tersebut. Katanya, walaupun perwakilan pemuda hampir 75,000 orang tetapi tidak mustahil politik wang masih berlaku dalam perhimpunan pemuda Umno pada 12 Oktober depan. Katanya, wang yang datang belum pasti datangnya dari sumber yang halal. "Wang itu mungkin disamun dari wang rakyat. Oleh itu ambil wang, tetapi undi jangan," tegasnya. Walaupun tak pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian, beliau tidak nampak ia menjadi penghalang untuk menerajui Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. "Saya diminta bertanding Ketua Pemuda Umno Bahagian Langkawi tetapi saya menolak kerana mahu fokus kepada pertandingan pemuda di peringkat pusat," katanya. Beliau menafikan didesak oleh mana-mana pihak untuk mencabar Khairy Jamaluddin. Khairy menang pada tahun 2009 dalam pertandingan tiga penjuru mengalahkan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo. "Saya akui lambat buat pengumuman kerana saya ingatkan ada tokoh lain yang mahu menentang Khairy," ujarnya. Beliau berkata Khairy gagal membawa Pemuda Umno seperti zaman kegemilangan pemuda dahulu. Dakwanya, kegagalan pemuda Umno yang menyebabkan ada "vacuum" yang disi oleh NGO Melayu seperti Perkasa. "Oleh itu saya mahu Pemuda Umno tetap lantang seperti dahulu memperjuangkan hak orang melayu dan orang Islam," katanya lagi. Ditanya adakah faktor "anak Tan Sri Sanusi Junid" akan menberi kelebihan kepadanya, Akramsyah berkata nama ayahnya itu memberi keyakinan kepadanya untuk berhadapan dengan para perwakilan. "Namun demikian mereka menilai kemampuan saya secara peribadi dan bukannya kerana anak Sanusi," katanya. Turut baca: Akramsyah mahu kembalikan agenda perjuangan Melayu Ketua Pemuda Umno: KJ terima cabaran Akramsyah | ||||
Mengapa Mesir haramkan Ikhwanul Muslimin? Posted: 30 Sep 2013 04:58 PM PDT DETIK DAILY Ikuti pandangan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin mengenai keputusan Mahkamah Mesir mengharamkan Ikhwanul Muslimin, ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 25 September lalu. HARAKAH: Tindakan kudeta Mesir mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 23 September lalu adalah untuk menyekat kebangkitan umat Islam yang didalangi Amerika Syarikat kerana bimbang ke atas keselamatan Israel. USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Pertama sekali, kita sangat sedih dan marah kepada pihak berkenaan yang telah merampas ligitimasi, hak-hak dan kebebasan rakyat Mesir. Mereka telah membunuh lebih 5,000 orang rakyat Mesir, manakala belasan ribu orang mengalami kecederaan dan luka-luka, tidak kurang 16,000 orang ditangkap. Mereka menggunakan kekerasan dan menindas umat Islam setiap hari termasuk ke atas ulama-ulama di sana. Kita sangat kesal dengan perbuatan teroris tentera Mesir itu, lebih-lebih lagi mereka menuduh pula mangsa-mangsa mereka itu sebagai teroris dengan menggunakan media masa negara mereka. Namun fitnah yang disebarkan oleh mereka itu tetap tidak berjaya mempengaruhi rakyat Mesir. Sebaliknya rakyat Mesir sendiri tahu bahawa semua itu sengaja direka oleh kudeta tentera Mesir dan sekutu-sekutu mereka. Walaupun ditekan sedemikian hebat, Ikhwan tidak akan mati. Ikhwan Muslimin adalah gerakan yang telah sangat lama ditubuhkan, sangat mendasari gerakan Islam serta paling dominan dan tersusun di Mesir. Tindakan kudeta tentera Mesir menyita Ikhwan itu turut dikutuk oleh pertubuhan-pertubuhan politik lain di Mesir. Malah tindasan kudeta tentera menindas Ikhwan dan rakyat Mesir itu telah mencetuskan kebangkitan, cita rasa dan hasrat terbanyak rakyat mesir yang beragama Islam untuk menentang kezaliman itu. Ikhwan adalah gerakan paling kekal dan mendasar di Mesir. Menentang kebangkitan Ikhwan pada pandangan rakyat Mesir yang beragama Islam bererti membunuh jatidiri dan membunuh rakyat Mesir itu sendiri. Menghalang kebangkitan Ikhwan adalah eleman yang akan mencabut akar umbi atau jatidiri Mesir itu sendiri. Sebelum ini, Ikhwan pernah cuba diharamkan, digantung dan sebagainya berkali-kali, tetapi Ikhwan semakin kukuh, mantap dan makin dihargai. Tindakan yang dilakukan itu akan mencetuskan pula simpati rakyat terhadap Ikhwan, sehingga menjadikan Ikhwan semakin berkembang. Ini telah menaikkan semangat golongan muda, walaupun bukan Islam, dari berbagai-bagai jalur untuk memimpin kebangkitan rakyat di Mesir hari ini. Walaupun kumpulan Ikhwan sudah banyak dilumpuhkan oleh tentera, bangkit pula hari ini golongan ketiga. Ini bererti kebangkitan rakyat sudah bermula. Ini bererti kebangkitan imperialisme Barat yang menguasai telaga minyak yang dipegang oleh seorang ketua tertentu mudah ditangani jika rakyat bangkit dan kumpulan itu pula tidak akan dapat dilawan oleh tentera. Kebangkitan imperialisme Barat yang menguasai telaga minyak besar itu adalah pemetaan dari dunia. Untuk menguasai telaga minyak itu, mereka telah melantik seorang syeikh, tetapi syeikh itu pasti tidak akan dapat mengawal telaga minyak yang sebegitu besar itu seorang diri. Ini akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak terkawal dari segi limpahan wang dan wang yang melimpah itu akhirnya akan dapat dikawal oleh dunia Barat. Dalam masa yang sama akan turut berlaku pertelagahan sesama sendiri di kalangan umat Islam. Inilah antara beberapa tindak tanduk dunia Barat di dunia umat Islam. Pemetaan kuasa-kuasa Barat itu dilakukan di beberapa buah negara termasuk di Algeria, sehingga ratusan ribu umat Islam berdarah sesama sendiri. Di Mesir pula, hasil dari kebangkitan umat Islam, setelah Ikhwan Muslimin berjaya memerintah negara melalui demokrasi selama setahun, direka pula fitnah yang mengatakan Presiden Morsi tidak mampu mentadbir negara dengan baik, tidak mampu mempertingkatkan ekonomi rakyat. Kebangkitan itu didalangi oleh orang yang tidak islamik bagi menimbulkan kebencian orang ramai terhadap Dr Morsi dan Ikhwan Muslimin. Sebagaimana keabsahan yang dikatakan, Dr Morsi telah melesapkan empat puluh juta, tetapi rakyat Mesir sendiri sudah tahu bahawa realiti yang sebenarnya tidak seperti yang disebut oleh mereka itu. Ini petanda semua usaha dan fitnah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang anti Islam itu tidak berjaya. Sebaliknya, rakyat Mesir sendiri sudah tahu dan sudah dapat melihat bahawa Dr Morsi telah melakukan banyak sumbangan untuk rakyat Mesir dan untuk kepentingan negara mereka. Dalam sejarah, tak ada Dr Morsi bunuh orang, tak ada Dr Morsi menganiaya orang seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Sebaliknya yang membunuh orang dan menganiaya orang adalah As-Sisi. HARAKAH: Apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh Dr Morsi sepanjang setahun memerintah itu? USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Setakat yang sempat dikumpulkan hingga saat ini, terdapat tidak kurang tujuh sumbangan besar yang telah dilakukan oleh Dr Morsi walaupun baharu sahaja setahun beliau memerintah Mesir. Inilah juga yang menjadi sebab rampasan kuasa itu ditujukan ke atas Dr Morsi, iaitu: 1. Kerana beliau menjadi penghalang kepada perancangan Zionist dan sikap beliau menghadapi kerenah Israel dengan cara bermaruah dan mempunyai harga diri, berbanding regim pemerintah sebelum beliau dan kini yang hanya mendengar kata, pasrah, tunduk mematuhi kehendak Yahudi di Palestin terjajah. 2. Kerana sikap tegasnya menghadapi Amerika dan menyikapinya selaras dengan tuntutan kepentingan bersama di samping mengutamakan kepentingan negara Mesir berbanding kepentingan Amerika. 3. Langkah beliau memperkenalkan trend Tamadun Islam yang sederhana Wasathi dengan pola perlakuan sederhana yang komprehensif menyeluruh dan serba melengkapi di samping boleh diterimapakai oleh kebanyakan negara di dunia. 4. Sikap prihatin beliau untuk membangun ekonomi Mesir dan mengadakan perancangan raksaksa seperti pemodernan terusan Suis yang boleh meningkatkan ekonomi Mesir, sehingga Mesir beralih menjadi negara pemberi kredit berbanding sebagai penerima kredit seperti sekarang. 5. Beliau berjaya menyebarluaskan nilai tolerensi, kebebasan beragama untuk seluruh lapisan dan jalur masyarakat Mesir; baik muslim mahupun bukan muslim. Hal ini menjadi pemangkin kepada kestabilan dan perkembangan ekonominya. 6. Beliau mengambil berat soal pendidikan, membuka berbagai universiti baru, mengulangkaji berbagai sukatan pendidikan dan pelbagai tahap pengajaran dan pembelajaran. 7. Beliau memberi perhatian khusus kepada Semanjung Sinai. Beliau menempatkan sejuta rakyat Mesir di kawasan itu dan ini membawa bahaya besar terhadap kedudukan Yahudi. HARAKAH: Apakah lagi sumbangan Morsi yang amat menakutkan Amerika, Isreal dan sekutunya? USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Satu sumbangan Morsi yang patut disebut ialah projek menanam gandum terbesar yang diusahakannya. Dalam masa yang sama, dia juga turut melahirkan satu kawasan yang dapat menempatkan hampir sejuta orang di Sinai. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Morsi itu adalah satu strategi untuk memperbanyakkan penduduk di kawasan itu dan ini boleh menentang Isreal. Selain itu, Morsi juga banyak melakukan MOU termasuk dengan negara China untuk melahirkan perusahaan strategik untuk negaranya. Peranan sedemikian dapat membebaskan Mesir dari bergantung dengan Amerika. Ini dapat melepaskan Mesir daripada tali jerat Amerika. Di samping itu, banyak lagi sumbangan yang dilakukan oleh Morsi selama setahun itu. Ini tak disenangi Barat. Begitu juga dengan kenyataan-kenyataannya yang hendak membebaskan Palestin dari Israel. Itulah sebabkan mereka gelisah. Mereka tak mahu kesemua itu dilakukan oleh Morsi. Sebenarnya kehadiran Morsi memang sangat menakutkan dan membimbangkan Isreal. Apabila Isreal terancam, Amerika juga pasti tidak senang. Jika Isreal susah bermakna Amerika juga akan susah kerana ikatan antara Amerika dan Israel cukup kuat. Malah Presiden Amerika, Obama sendiri sudah pun menyebut ikatan Amerika dan Israel sangat erat dan tak dapat dipisahkan dan keselamatan Isreal adalah keselamatan Amerika. Ucapan ini turut disebut oleh Obama di PBB baru-baru ini. HARAKAH: Kuasa Barat memang curiga dengan kumpulan Islam USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Kuasa Barat tetap curiga jika kumpulan-kumpulan Islam berkuasa di bumi Islam. Mereka pasti akan berusaha untuk merobohkannya. Sekarang yang hendak diroboh oleh mereka adalah negara-negara umat Islam di Turki, Mesir dan Iran. Untuk itu, mereka berusaha menimbulkan permusuhan antara Sunni dan Syiah di kalangan umat Islam. Mereka timbulkan kebencian dan kemarahan sesama umat Islam. Selepas itu, mereka akan melahirkan boneka-boneka mereka di negara-negara itu. Dalam usaha ini, lobi yang dilakukan oleh Amerika sangat kuat. Obama pun tak dapat melepaskan diri dari lobi ini. Inilah pendajalan yang berlaku. HARAKAH: As-Sisi alat Amerika USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: As-Sisi jelas alat Amerika, alat imperialisme baru. Perjanjian Camp David sedang mengikat Mesir sekarang. Dalam perjanjian itu ada disebut kerjasama tentera di Mesir. Apabila mereka berusrah, di sinilah adanya berbagai pandangan. Dalam Camp David itu juga adanya perjanjian bantuan kepada Mesir, ada pelbagai tambahan, saguhati dan sebagainya. Sekarang As-Sisi dah jadi macam Isreal. Bagaimana seorang yang asalnya Islam dan Arab boleh menentang umat Islam sendiri? Boleh menentang kehendak Islam? Bagaimana dia boleh membunuh orang begitu sahaja? Ini menunjukkan As-Sisi dan mereka yang bersamanya sudah dipengaruhi oleh Amerika. Bagaimana pengaruh ini boleh berlaku? Ulama-ulama dihukum, ditimbulkan kes-kes lama yang sudah berlaku puluhan tahun lalu untuk mengenakan hukuman kepada ulama-ulama. Ini juga berlaku di Bangladesh. Semua ini ada dibincangkan oleh mereka di pusat-pusat kaji mereka. HARAKAH: Bagaimana pula kaitan kedatangan Obama ke Malaysia USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Obama nak datang ke Malaysia pun sebenarnya ada 600 pengiring dan pengkajinya. Pakar-pakar itu sudah ada maklumat dan strategi bagaimana hendak menyelamatkan Obama. Itu pun ada hubungan pula dengan orang-orang di Malaysia dan diperkamaskan di sini. Akhirnya, ada beberapa puluh orang As-Sisi di Malaysia pun. Maksudnya, senario yang sama pun akan berlaku kalau kita tidak mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya di negara kita. Baru-baru ini, ada berlaku satu kejadian seorang polis menembak mertuanya. Bagaimana boleh berlaku begitu? Ini berlaku kerana kurang keimanan. Jadi kalau kumpulan bersenjata tidak takut kepada Islam, bermakna mereka boleh membunuh siapa sahaja. Dia sanggup lanyak sesiapa sahaja sampai mati. Ini pun sudah ada berlaku di Malaysia. Jadi kumpulan yang bersenjata atau pasukan keselamatan amat perlu diberikan pendidikan Islam supaya mereka tidak menjadi musuh kepada Islam, supaya mereka takut kepada Alllah. Dengan itu baharulah boleh memberikan jaminan keselamaran kepada kita. Kalau kita tak didik mereka, mereka pasti akan bertindak sebaliknya. Mereka bukan sahaja akan melakukan pelbagai kejahatan seperti minum arak, tangkap orang, bunuh orang dengan sewenang-wenangnya, tetapi akan menghancurkan negara. Mereka yang terbabit dengan Perjanjian Camp David pasti ada pertemuan berkala. Mereka akan membentuk jaringan muhabbah bagi membincangkannya. Mereka menganggap kumpulan Islam adalah jahat. Seluruh dunia akan dipengaruhi dengan anggapan itu. Di Malaysia juga tidak terkecuali dengan perancangan ini. HARAKAH: Apa pengajaran bagi umat Islam? USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Kita sebagai umat Islam kena sedar strategi ini. Kita jangan ikut gendang mereka. Kalau kita tak berhati-hati, walaupun kita pandai, kita tetap akan kalah kerana tak bijaksana. Jadi kita kena pandai dan bijaksana, kena berhikmah dengan perspektif yang lebih luas. Gambar-gambar dalam internet, dalam media sosial, dalam youtube, dalam facebook jangan kita terima bulat-bulat dengan begitu mudah. Gambar-gambar seperti yang dikatakan orang Syiah membunuh orang Sunni atau orang Sunni membunuh orang Syiah itu jangan begitu mudah kita mempercayainya. Sebaliknya pembunuhan itu mungkin dilakukan oleh orang Sunni ke atas orang Sunni sendiri atau orang Syiah ke atas orang Syiah sendiri. Gambar-gambar itu juga mungkin gambar-gambar lama yang sengaja diperbaharui untuk mengelirukan umat Islam supaya orang Sunni dan orang Syiah bermusuhan bagi melemahkan dan menghancurkan umat Islam. Pembunuhan antara orang Sunni ke atas orang Syiah dan orang Syiah ke atas orang Sunni itu banyak digambarkan berlaku di beberapa buah negara termasuk di Afrika, di India. Gambar-gambar lama dikatakan kejadian terbaru. Kita umat Islam jangan terjebak hingga kita jadi bodoh. Kita kena ada kebijaksaaan untuk menghadapi semua itu. Di Syria, Bashar al-Assad dari Sunni dikatakan bermusuhan dan sering melakukan pembunuhan ke atas orang Syiah. Bashar al-Assad itu digambarkan sebagai seorang yang jahat. Adakah benar Bashar al-Assad membunuh orang Syiah? Atau adakah yang dibunuh oleh Bashar al-Assad itu sebenarnya orang Sunni? Adakah benar Bashar al-Assad itu orang Sunni? Adakah benar Bashar al-Assad itu penjahat? Kita sendiri pun tak tahu realitinya yang sebenar. Jadi kita kena ada kebijaksaaan dalam mendepani semua ini. Strategi mereka untuk melaga-lagakan umat Islam menerusi Sunni- Syiah kini dah berjaya. Akibatnya, kini kita nak makan kurma dari Iran pun dah tak boleh kerana Iran itu Syiah dan Syiah adalah kafir. Benarkan Syiah itu kafir? Kita sebenarnya tak boleh sampaikan berjaya dipengaruhi dengan strategi mereka yang mahukan sesama umat Islam beranggapan bagi orang Sunni, orang Syiah itu jahat dan bagi orang Syiah pula. Kita juga tidak boleh membiarkan diri kita terpengaruh dengan pandangan umum yang mahu ditanamkan oleh mereka yang menganggap orang Syiah adalah jahat atau orang Sunni adalah jahat. Sedangkan tidak semua orang Syiah jahat dan tidak semua orang Sunni jahat. Begitu juga dengan tangggapan yang mengatakan Syiah itu kafir. Banyak lagi perkara yang perlu kita tahu. Sedangkan kalau Syiah itu kafir, bagaimana Arab Saudi boleh membenarkan orang Syiah termasuk dari Iran mengerjakan haji di Mekah tiap-tiap tahun. Janganlah kita sampai memutuskan hubungan kemanusiaan Sunni-Syiah. Kita kena ada hormat menghormati antara kedua kumpulan ini. Ini perlu dipatuhi. Kalau tak dipatuhi pasti akan menyebabkan krisis antara umat Islam. HARAKAH: Kejayaan mereka menjatuhkan Morsi pasti memberikan kesan buruk kepada Palestin USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Mengenai pengharaman Ikhwan Muslimin, itu akan lanjutkan polisi Barat keseluruhannya. Ini juga satu usaha untuk melemahkan pimpinan Tunisia yang sekarang di bawah pimpinan Islam. Sekarang pun mereka sedang rancangkan juga untuk menjatuhkan pimpinan Islam di Tunisia. Malah masa depan Erdogan di Turki pun sebenarnya sekarang dalam bahaya. Mereka sangat takut dengan hasrat Erdogan yang hendak kembali kepada Islam dari sudut kenegaraan, peradaban dan politik. Untuk menghancurkan pimpinan Islam, mereka akan menganggapnya teroris. Atas anggapan itulah dulu Bush lancarkan perang di Afghanistan dan Iraq hingga hancur. Sekarang mereka juga sedang merancangkan untuk menjahanamkan Iran. Sekarang, mereka berusaha untuk menjahanamkan pimpinan Islam di Mesir. Kejayaan mereka menjatuhkan Morsi sekarang memang kerana mereka hendak membunuh Hamas. Mereka telah berjaya menggunakan As-Sisi untuk melagakan sesama umat Islam di Mesir. Antara tuduhan yang dibuat oleh mereka ke atas Morsi kerana Morsi membantu Hamas, sedangkan Hamas itu dianggap oleh mereka sebagai teroris, walaupun Hamas sebenarnya menang pilihanraya. Mereka juga turut menuduh Hamas hendak menghancurkan Mesir. Tuduhan mereka itu sebenarnya telah ditentang oleh Hamas dengan menegaskan bahawa Hamas tidak campur tangan dalam pemerintahan di Mesir. Sebaliknya, Mesir hanya tempat mereka mengadu kerana Mesir adalah sebagai saudara kepada mereka. Jadi tak mungkin Hamas pula yang mahu menghancurkan Mesir. Tetapi mereka telah berjaya menjadikan As-Sisi sebagai alat kepada mereka, sehingga As-Sisi telah berkesanggupan melakukan apa saja, termasuk menangkap dan membunuh rakyatnya sendiri, melemahkan ulama, sehingga membuatkan As-Sisi gagal berfikir lebih jauh bahawa apa yang dilakukan itu sebenarnya adalah menjahanamkan negaranya sendiri. HARAKAH: Dulu selain menggunakan taktik mengharamkan Ikhwan, mereka juga membunuh Hassan Al-Banna dan menggantung Syed Qutub. Kini taktik yang sama juga turut digunakan. USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Dulu mereka bunuh Al-Banna, Syed Qutub, kini memang tindakan yang sama juga yang turut digunakan, tapi rakyat Mesir sekarang sudah bijaksana. Dengan adanya internet, segala penipuan mereka kini sah dapat dipatahkan oleh umat Islam dan rakyat Mesir. Akhirnya segala penipuan mereka pasti terdedah. Rakyat Mesir sendiri pun sekarang sudah tidak lagi mempercayai media jalang di negara mereka yang dikuasai As-Sisi. Malah di Mesir sekarang telah berlaku demonstasi setiap hari. Ini terutamanya dilakukan oleh anak-anak muda di beberapa tempat di negara itu. Walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi menghalang kebangkitan pelajar, sehingga dunia dapat melihat pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh mereka terhadap para pelajar universiti, para pelajar juga tetap tidak gentar malah turut menyertai demonstasi itu. Inilah yang amat menakutkan mereka sekarang. Baru-baru ini, Morsi telah dibawa keluar dari tempat tahanannya yang dirahsia sekejap untuk dibawa ke mahkamah. Jadi, ini membuktikan Morsi masih hidup. Ini pasti menggembirakan rakyat Mesir. Pada kesempatan itu, Morsi juga berkata bahawa dia masih lagi Presiden Mesir yang sah. Menurut Morsi dia tak gentar dengan apa yang dilakukan ke atasnya, malah dia berjanji akan terus lawan hingga titisan darah terakhir. | ||||
DAP nafi guna dakwat tidak kekal Posted: 30 Sep 2013 04:50 PM PDT Setiausaha Agung, Lim Guan Eng (tengah) bersama barisan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 2013 pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian Online - Nizam Zain KUALA LUMPUR - DAP hari ini menafikan pihaknya menggunakan dakwat tidak kekal sepanjang pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semalam. Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke Siew Fook menegaskan pihaknya telahpun mengumumkan kepada perwakilan DAP bahawa dakwat itu hanya kekal dalam tempoh dua hingga tiga jam, memandangkan proses pengundian hanya tamat beberapa jam sahaja. "Pengundian CEC semalam telah berakhir kira-kira jam 1.30 petang, pengurus pemilihan tegas dalam hal ini. "Walaupun dakwat itu tidak kekal hingga tiga hari, namun pada lima minit terakhir sebelum kaunter tutup, tiada seorang pun perwakilan dibenarkan mengundi termasuklah seorang wakil rakyat (Adun) kami. Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha bahawa dakwat yang digunakan pada pemilihan semula CEC di One World Hotel semalam tidak kekal apabila kesannya hilang kira-kira 80 peratus setelah dikesat dengan tisu. Lee, 33, yang dilaporkan blog jinggo-fotopages hari ini memaparkan gambar beliau dengan menunjukkan jari yang dicalit dakwat kekal selepas pemilihan semalam. Walaupun Lee telah dipecat dari parti pada 20 April lalu melalui media kerana bertanding sebagai calon bebas pada PRU13, namun beliau masih bergelar perwakilan dan layak mengundi semalam. | ||||
Tiga maut keracunan makan kenduri Posted: 30 Sep 2013 04:48 PM PDT Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan. YAN - Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan. Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan. Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau. Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini. Difahamkan kesemua mangsa menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan. Seorang tetamu hadir ke kenduri berkenaan, Rozita Sharif, 38, berkata, selepas pulang daripada kenduri itu, dia berasa tidak sedap badan serta pening dan sakit perut. "Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut. "Sejurus itu saya terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, pihaknya mendapati kesemua mangsa mempunyai tanda-tanda mengalami keracunan dan meminta semua yang hadir ke kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran. "Pihak hospital sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kita menerima laporan tiga orang yang telah meninggal dunia. "Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Pihak hospital akan mengambil sampel najis mangsa untuk sahkan jenis kuman yang dijangkiti mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini. | ||||
Posted: 30 Sep 2013 04:46 PM PDT Logo MCA KUALA LUMPUR - Dua puluh anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA, yang memihak kepada Presiden Parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, telah mengemukakan permohonan agar parti itu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membatalkan keputusan awalnya untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Permohonan itu dikemukakan tiga anggota MCA diketuai Setiausaha Pengelola Parti Tan Chin Meng dan dua CC Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Ei Kim Hock kepada Ketua Pengarah Pentadbiran parti Lim Chin Hai di ibu pejabat MCA hari ini. "Permohonan itu mengandungi 20 tandatangan anggota CC iaitu lebih daripada mencukupi bagi memenuhi syarat satu pertiga anggota CC. Selain itu, kami turut meminta satu usul bagi mencela Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa EGM," katanya ketika dihubungi hari ini. Mengikut Perlembagaan MCA, EGM perlu diadakan jika satu pertiga daripada sejumlah 42 anggota CC mengemukakan permintaan. Tan berkata EGM itu perlu diadakan bagi membatalkan resolusi parti yang diluluskan pada Mesyuarat Agung tahunan MCA pada 2011 dan 2012 untuk membolehkan anggota parti itu menerima jawatan menteri, timbalan menteri atau apa-apa jawatan dalam Kabinet. Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha, ketika dihubungi, mengesahkan ibu pejabat parti telah menerima permohonan itu. "Kami akan membincangkan perkara ini semasa mesyuarat tergempar CC Khamis ini," katanya. - Bernama | ||||
Impian UMNO berderai: Catatan pendek pemilihan semula CEC Posted: 30 Sep 2013 04:44 PM PDT Oleh Hafiz ZainuddinCUBAAN melenyapkan DAP dari demografi politik Malaysia gagal. Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti yang dipaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) selamat diadakan dengan jayanya. Apa yang menarik, kedudukan jawatankuasa ini bertambah kukuh apabila pimpinan yang dipilih pada Kongres DAP Kebangaan Disember tahun lalu kekal menerajui parti. Biarpun wujud perbezaan jumlah undi kepada calon-calon yang bertanding. Perbezaan itu sama sekali tidak mengubah kedudukan mereka dalam 20 senarai tertinggi CEC malah apa yang menarik, barisan CEC yang dipilih semula ini menunjukkan keterbukaan dan persefahaman yang cukup matang. Jawatan Pengerusi DAP Kebangsaan dan Setiausaha Agung DAP yang menjadi bualan ramai pihak terus kekal disandang oleh Karpal Singh dan Lim Guan Eng walaupun wujud sedikit perubahan pada jumlah undi yang diperoleh. Liew Chin Tong yang memberikan kejutan dengan undi tertinggi juga masih mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP. Undi kepada calon Melayu meningkat Dalam risik sembang para perwakilan, antara pimpinan muda yang menjadi sebut-sebutan, Zairil Khir Johari juga tidak kurang hebat apabila mencipta sejarah meletakkan kedudukannya yang sebelum ini di tangga ke 20 dalam CEC berada di tempat ke 12. Ia merupakan satu tamparan k-o kepada momokan media kawalan UMNO dan kelompok bebal yang mengatakan orang Melayu terpinggir dalam DAP. Bahkan, isu sedemikian tidak wajar timbul memandangkan ideologi parti yang jelas berpegang pada prinsip Malaysia untuk rakyat Malaysia. Bukan sahaja Zairil, peningkatan undi juga turut berlaku kepada beberapa nama yang menjadi perhatian iaitu Senator Dr Ariffin Omar yang dahulunya memperoleh 348 undi dan Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dengan 121 undi. Kini masing-masing memperoleh 441 undi dengan peningkatan yang signifikan dengan masa. Suasana yang berlaku ini secara langsung membuktikan bahawa para perwakilan tetap dengan pendirian mereka walaupun pihak ROS, Barisan Nasional (BN) dan media khususnya Utusan Malaysia tidak jemu-jemu menjadi tukang karut membuat tuduhan semberono mengaitkan Pemilihan CEC pada Disember tahun lalu sebagai terpalit dengan penipuan dan manipulasi undi. Habuan buat masyarakat Dayak dan KDM Bak kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng, biar pun berhadapan dengan krisis terburuk sepanjang sejarah parti, pemilihan semula ini bukan sekadar pemilihan bagi memenuhi nafsu serakah ROS malah menjadi pengukuh hubungan dua negeri penting di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak. DAP bakal menjalinkan hubungan yang lebih istimewa dengan masyarakat bumiputera di negeri kepulauan Borneo itu melalui penubuhan dua badan khas iaitu Majlis Perundingan Dayak dan Majlis Perundingan KDM (Kadazan Dusun Murut) yang dipengerusikan masing-masing oleh Dr John Brian Anthony dan Dr Edwin Bosi. Penubuhan dua majlis ini pada masa yang sama dilihat mampu memberikan impak yang besar kepada keputusan pilihan raya di dua negeri Malaysia Timur apa lagi DAP melalui projek Impian Malaysia telah pun melancarkan projek Impian Sarawak dan Impian Sabah yang bakal menyusul. Di sini, DAP secara langsung menjadi pengukuh ikatan dua tanah besar yang dipisahkan Laut Cina Selatan. Apa lagi selepas ini? Urusan terpenting DAP telah selesai. Dengan kejayaan parti menolak ketepi injunksi penangguhan pemilihan semula Jumaat lalu, dengan pengukuhan hiraki kepimpinan parti disertai oleh kehadiran perwakilan yang tidak kurang memberangsangkan, persoalannya kini berbalik semula kepada ROS, UMNO dan media kawalan mereka. Adakah mereka mampu menerima hakikat kejayaan DAP ini? Atau adakah kempen serangan jahat memburukkan DAP ini jahat akan berterusan? Adakah ROS akan memohon maaf akibat segala macam risiko, tomahan dan persepsi negatif yang telah menyusahkan DAP? Atau, semakin kuatkah UMNO-BN dengan menganiaya DAP? Apapun jawapannya, sebagai sebuah parti yang jujur dan komited dengan perjuangan, kita boleh berpegang pada kata saudara pengerusi Karpal Singh, "Jangan main-main dengan DAP…" Yang pasti, UMNO-BN akan terus terjerat dengan mainan mereka. Bagaimana mungkin DAP, parti yang setiap detik dimangsakan ini begitu bodoh?. – Roketkini.com | ||||
Masjid Runtuh Lagi; Terengganu Sudah Jadi ‘Bahan Ketawa’ Posted: 30 Sep 2013 04:40 PM PDT BULETIN ONLINE Beliau berkata seorag jurtera yang melawat masjid tersebut pada pagi ii, Ahad 29 September memberitahu beliau perkara tersebut. "mengikut (seorag) jurutera, sistem (pemasangan) tidak betul…….nak guna 'material' (bahan) itu (yang sedia ada) tidak ada masalah tetapi sistemnya tidak betul, ia nampak berat,"ujarnya ketika ditemui ketika melawat masjid tersebut. Beliau berkata, sekiranya menggunakan kayu pun, tetapi sistem pemasangan tidak betul, ketahanan masjid tersebut tidak kukuh da boleh mengakibat ia rntuh. Katanya, jurutera tersebut yang tidak mahu dikenali pernah mengadu tentang pemasangan yang tidak betul itu kepada Kementerian Kerja Raya dan meganggarkan ia aka runtuh dalam masa lima tahun. Terengganu jadi bahan ketawa Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negei Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, sejak kerajaan Umno dan Barisan asional mengambil alih pentadbiran negeri Terenggau pada tahun 2004 sehingga kini, negeri Terengganu sudah menjadi 'bahan lelucon', bahan gelak ketawa orang ramai. Katanya sejak zaman Dato' Idris Jusoh sehinggalah zaman pentadbira Dato' Seri Ahmad Said kini, berlaku perkara yang sama, bangunan yang dibina mengalami kerosakan dan runtuh. Beliau yang pernah menyuarakan permintaan pada Sidang Dewan Udangan Negeri menyeru agar kerajaan membuat kajian yang menyeluruh terhadap binaan bangunan yag dididirikan selepas tahun 2004, mengulangi gesaannya. "bangunan yang dibina dibawah peruntukan kerajaan egeri Terengganu, yang diurus oleh kerajaan BN Terengganu, samada zaman Dato' Seri Idris Jusoh atau pada zaman Dato' Seri Ahmad said, berlaku perkara yang sama, banyak sangat bangunan-bangunan yang runtuh, "saya minta kerajaan membuat satu kajia (dan) 'post-mortem' yang meyeluruh bangunan-bangunan di seluruh negeri Terengganu, saya pernah sebut dalam Dewan (Sidang DUN) ketika stadium runtuh dulu, dan dilihat apa masalah sebenarnyakalau sekiranya kontraktor yang bersalah…..ambil tindakan,"jelasnya. [Lihat Video] Tegasnya, ia mesti ada sesuatu yang bermasalah kerana terlalu kerap berlaku runtuhan dan ia adalah merugikan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu. Masjid Runtuh Pada Jam 4.00 pagi Sebahagian struktur atap bahagian anjung masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal dekat sini disedari penduduk berhampiran runtuh pada kira-kira jam 4.00 pagi apabila mereka terdengar bunyi yag kuat. Seorang bilal masjid, Encik Jaafar Ismail berkata masjid tersebut belum dirasmikan dan baru digunakan oleh orang ramai semenjak setahun lebih lalu iaitu pada akhir tahun 2011. "Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam. "Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa,"jelasnya ketika. Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaik-pulih. Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai. Manakala seorang lagi pegawai masjid tersebut Haji Man bin Mat berkata kos pembinaan masjid tersebut adalah RM6 juta. Katanya, beliau mengetahui ia telah runtuh apabila datang untuk menunaikan solat subuh pada kira-kira jam 5.30 pagi. | ||||
Speaker DUN Terengganu ‘Bias’, Tidak Beri Ruang Kepada Usul ‘Masjid Runtuh’ Posted: 30 Sep 2013 04:34 PM PDT BULETIN ONLINE ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata beliau yang bangun terlebih dahulu daripada ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar pada permulaan sidang DU untuk membawa usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu. Tetapi, katanya, speaker DUN, Mohd Zubir Embong buat-buat tak nampak dan terus memberikan ruang kepada Iskandar. "saya bangun dulu…….tapi speaker buat-buat tak nampak dan bila ADUN Jabi bangun, dia (speaker) terus beri ruang kepadanya, saya terus baca usul mohon mencadangkan supaya persidangan ditangguh, "bagi membolehkan dewan merundingkan isu bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang runtuh awal pagi kelmarin, tetapi pembesar suara saya telah dimatikan,"ujarnya. Kemudian, ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin bangun dan bertaya kepada speaker, mengapa tidak memberikan ruang kepada kepada wakil PAS, sedagkan wakil BN (Jabi) bangun kemudian. Tetapi, kata Ustaz Ridzuan, speaker tidak mejawab dan hanya mengarahkan supaya ADUN Tepoh duduk. Menurutya, pada Persidangan DUN kali pertama bulan Jun lalu, saya juga bangun untuk membawa usul berhubung pembinaan jalan dan jambatan Jeram yang melibatkan perlanggaran hak penduduk Banggol Donas, bertembung dengan ADUN Jabi juga. "sepatutnya, dulu dah beri ruang kepada ADU Jabi, pada kali ini berilah peluang kepada saya, tapi tindakan spekaer 'bias', walaupun itu adalah hak speaker untuk memberikan ruang kepada sesiapa, namun gunakanlah pertimbangan yang adil,"katanya. sedangkan, katanya lagi, usul yang dibawa oleh ADUN Jabi adalah usul berkaitan dengan 'Syiah' bukanlah perkara yang perlu disegerakan. Berabanding dengan usul masjid Kampug Tebauk yang runtuh, perkara semasa yang perlu disegerakan kerana membabitkan kepeningan awam dan boleh mengancam nyawa rakyat. Berikut adalah usul yang cuba dikemukakan oleh ADU Teluk Pasu pada sidang DUN; Usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu. __________________________________________________________________________________________________________________________ Tuan Yang Di-Pertua, Adalah saya Ridzuan Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu mohon mencadangkan, "Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal yang runtuh awal pagi kelmarin. Insiden yang amat memalukan ini dipercayai berlaku pukul 4 pagi dan melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas serta melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah. Tuan Yang Di-Pertua, Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku suatu tragedi yang amat memalukan kita semua Adun-Adun dan seluruh rakyat di negeri Terengganu. Apa yang berlaku ini adalah jelas 'salah urus' (mis-management) yang melibatkan kontraktor kroni yang tidak bertanggung-jawab dan perkara ini adalah amat dikesali kerana ia mengkhianati amanah seluruh rakyat negeri Terengganu. Tuan Yang Di-Pertua, Isu keruntuhan ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh. Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera. Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. Tuan Yang Di-Pertua, Isunya kenapakah keruntuhan ini begitu mudah boleh berlaku di negeri Terengganu di bawah pentadbiran yang ada sedangkan kita berbelanja beratus-ratus juta ringgit wang rakyat? Apakah kerana 'kontraktor kroni' yang tidak berwibawa langsung telah dikurniakan kontrak secara mudah? Dan apakah ada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa berlaku secara berleluasa di bawah pentadbiran yang ada ini di negeri Darul Iman? Menteri Besar serta pimpinan kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tragedi yang amat memalukan ini. Imej Terengganu kini amat tercemar akibat dari pelbagai kejadian keruntuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Tuan Yang Di-Pertua, Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana siri keruntuhan yang berlaku di negeri ini akan menghilangkan lagi keyakinan rakyat Terengganu terhadap pentadbiran serta kredibiliti pemimpin negeri yang ada. Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hal masjid yang merupakan tempat ibadat yang suci bagi seluruh umat Islam dan menjadi milik rakyat dan negeri Terengganu yang wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan. Yang Mengusulkan, YB Ridzuan Hashim Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu Terengganu 30hb September, 2013. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan