Jumaat, 18 Oktober 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KALIMAH ALLAH BEBAS DISARAWAK DAN SABAH...

Posted: 17 Oct 2013 06:11 PM PDT

Kalimah 'Allah' boleh digunakan oleh penganut Kristian rakyat Sabah dan Sarawak dalam ibadah mereka, termasuk Bible dalam bahasa Melayu, kata kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dilaporkan dalam Sin Chew Daily sebagai berkata bahawa ini telah diputuskan oleh kabinet dalam mesyuaratnya semalam.

NONEBeliau berkata Kabinet memutuskan untuk kembali kepada
penyelesaian 10-perkara, yang membenarkan import dan cetakan Bible dalam sebarang bahasa di Malaysia, termasuk Alkitab yang menggunakan kalimah 'Allah'.

Menurutnya, Kabinet telah membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan kerana isu tersebut telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati dan rasa bimbang di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Mereka, tambahnya, bimbang jika Bible bahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah' akan diharamkan.
Oleh itu, Sin Chew Daily melaporkan Kurup berkata, Kabinet merasakan terdapat keperluan untuk membuat perjelasan mengenainya.

Tiada ulasan: