. |
- Ahmad Yakub perlu turun sendiri melihat masalah rakyat
- Setiausaha Dewan Ulamak tidak perlu kasar sangat
- Apakah New York mempertemukan Najib dengan Anwar?
Ahmad Yakub perlu turun sendiri melihat masalah rakyat Posted: 03 Oct 2013 09:05 PM PDT PANDANGAN
Sebenarnya Ahmad bukan saja setakat akan membuat arahan untuk disiasat beliau patut mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan lihat sendiri apa yang berlaku. Sudah tentu laporan akan disediakan dari segi teknikal saja tetapi kalau beliau pergi sendiri beliau dapat berintraksi dengan alam dan para pekebun. Selain itu beliau juga akan dapat bertemu dengan penduduk sekitar serta mendapat maklum balas mengenai beberapa masalah semasa rakyat di situ. Tidak salah kalau beliau mencuri masa lain untuk membuat tinjauan lisan. Rakyat juga akan merasa lega sekiranya MB sendiri yang mencemarkan duli. Dengan cara itu juga beliau akan dilihat oleh rakyat sebagai MB yang berjiwa rakyat dan mengambil peduli kepada masalah rakyat. Kalau hanya untuk meraikan seleberiti di majlis makan malam di Kuala Lumpur beliau sanggup terbang ke Kuala Lumpur, mengapa tidak untuk ke Bukit Kwong? Kita berharap benar para pegawai beliau seperti setiausaha akhbar, setiausaha politik atau pegawai khas menyediakan jadual khas untuknya bagi tujuan ini. Para pegawai mestilah lebih peka dalam masalah begini kerana mungkin semua aspek tidak terfikir oleh Ahmad Yakub. Bukan saja melihat apa yang berlaku di kawasan perlombongan bijih di bukit Kwong tetapi ke kawasan lombong lain juga seperti emas dan lain-lain perlu ditinjau dari masa ke semasa. Walaupun ia bukan tugas rutin dan wajib tetapi Ahmad perlu berbuat demikian. Setidak-tidaknya kalau ada tinjauan sedikit sebanyak ia boleh mempertingkatkan produktiviti perlombongan dan sekaligus mengenal masalah lain. Saya difahamkan banyak biji besi di bawa ke Terengganu atau Kuantan untuk di eksport ke luar negara dan tidak dibawa ke Tok Bali. Tindakan sebgini merugikan kerajaan negeri kerana cukai pelabuhan (transit) sebanyak kesekian ringgit tidak dikutip oleh negeri Kelantan, tetapi dikutip oleh kerajaan Terengganu dan Pahang. Ahmad kena pastikan maklumat ini dan memantaunya. Sekiranya ia benar sudah sampai masanya tindakan menguatkuasakan agar semua bijih besi atau apa-apa barangan lombongan di Kelantan hendaklah dibawah ke Tok Bali bagi membolehkan cukai dikutip oleh Kelantan. Difahamkan sebanyak 300,000 tan sebulan biji besi Kelantan di eksport ke luar. Bayangkan kalau cukai pelabuhan sebanyak RM5 satu tan ini bermakna RM1.5 juta ringgit dapat dikutip untuk pendapatan negeri Kelantan. Mengenai limpahan air dari tasik bijih di Bukit Kwong itu sekiranya ia benar-benar menjejaskan pendapatan pekebun tindakan tegas perlulah dilakukan. Mungkin pihak pelombong diarah membuat bayaran ganti rugi ataupun kawasan perlombongan itu ditutup terus. [wm.kl.11:56 am 04/10/13] | ||
Setiausaha Dewan Ulamak tidak perlu kasar sangat Posted: 03 Oct 2013 06:22 PM PDT TAZKIRAH JUMAAT
Sebagai sama-sama duduk di dalam jemaah tidak seharusnya beliau jadi begitu out spoken sehingga butir bicaranya boleh melukai hati pihak lain. Rasulullah S.A.W. sangat melarang daripada umatnya menyakiti hati orang lain. Banyak hadith mengenai hal ini, carilah dan geoogle lah sendiri. Memang menjadi hak beliau bercakap untuk mempertahankan resolusi multaqa ulamak se Malaysia, tetapi janganlah memberi nasihat sampai tuan badan dan penyokongnya boleh terasa hati. Kadang-kadang sesebuah negara besar itu boleh berperang kerana kesilapan sepatah ucapan dan kata-kata sahaja. Khairuddin tidak perlu direct menasihat (apologis) kepada Mat Sabu dengan berkata; Timbalan Presiden Pas sekarang seorang pemimpin Pas yang hebat. Cuma barang kali yang kurang adalah fakih (mendalami) soal agama." Justeru katanya; "Kita mencadangkan saja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami." Kenapa sampai sebut namanya begitu sekali. Soal fakih atau tidak saya kira subjektif sebab ilmu Islam itu sangat luas dan tidak terbatas kepada ilmu-ilmu kalam dan syahadah semata-mata. Lebih mengejutkan lagi beliau juga dipetik sebagai berkata di dalam majlis syura hari ini semuanya ulamak dan fakih agama. Kalau benar pun tidak perlu mengaku kerana ia takabul dan riak. Apakah kedudukan atau makam itu menjamin kepada kemenangan perjuangan? Atau apakah sudah dipastikan bahawa ulamak di dalam dewan itu terjamin kebersihan dan kescuian dan tidak bersubahat dengan elemen-elemen mazmumah dan madiyyah? Mungkin secara kumpulan (namanya) iya tetapi tidak kepada peribadi. Ingin saya jelaskan kepada Khairudin, Pas adalah parti politik yang ikut sama bermain 'politik' menggunakan matlamat menghalalkan cara. Machivelisme turut diamalkan dalam Pas, tidak boleh tidak. Jadi, dalam kontes ini ulamak yang fakih agama tidak mencukupi untuk meraih kemenangan. Sebuah kenderaan yang cantik belum tahu ketahanan kuasa enjin jika tidak diuji. Dalam politik atau apa-apa gerakan ia memerlukan seorang ahli yang profesional yang arif mengenai seluk belut politik, tahu mengatur tektik dan strategi untuk berdepan dengan musuh. Politik dan kausa tidak akan menang dengan hanya membaca ayat-ayat Quran dan hadith atau doa. Apa lagi apabila berdepan dengan orang kufur dan munafik, kecanggihan strategi dan kekuatan fizikal diperlukan. Selalu saya melihat perjuang Islam gemar beretorik dengan sejarah masa lampau. Dengan kejayaan hebat masa lampau terutamanya yang dipimpin oleh para mujahid seperti Ahmad al Fateh, atau di zaman Rasulullah, Ummar Khattab, Walid al Walid dan lain-lain. Selalu menjadikan para wali sebagai penyala sumbu perjuangan. Tetapi lupa mengkaji di sebalilk kejayaaan itu bagaimana perancangan dan stretagi yang dilakukan kerana musuh tidak akan berundur dengan doa tanpa melibatkan fizikal. Manakala kehebatan para wali pula bukan sesuatu yang bersifat nyata melainkan ia hanya spritual saja. Pas tidak boleh mengambil 'sunnah' itu. Maaf saya, orang yang mengaku ulamak di dalam Pas snagat naif strategi politiknya. Kejayaan yang mereka dicapai pada eranya banyak dibantu oleh golongan profesional. Hakikat ini kena sedar dan insaf. Kalau tidak percaya boleh dibuat testimoni, cuba sekali Pas menghadapi pilihan raya hanya dengan berdoa, bermunajak dan bersolat hajat sahaja. Jangan ada strategi dan tektikal. Cubalah. Berbalik kepada nasihat dan signal kepada Mat Sabu agar tidak terasa hati, tidak baik berbuat begitu. Kalaupun Mat Sabu tidak ulamak dan fakih agama, bukan cara bercakap langsung begitu. Ia menunjukkan kita kurang berhemat dan berdiplomasi atau sengaja meremehkan orang lain. Bukankah perbuatan itu sangat keji? Khairuddin harus cermat dalam mengeluarkan kata-kata di masa akan datang. Justeru Khairuddin kena memohon maaf atau menarik balik kata-kata langsungnya kepada Mohamad Sabu itu. Sebelum orang lain juga menjadi tajam kepada kita, sampai terlanjur menyebut hal-hal tidak elok mengenai kita, elok ahli parlimen Hulu Nerus berbuat apa yang saya sebutkan ini. Saya sangat yakin Khairuddin juga mempunyai banyak hal yang tidak manis untuk disebut. Walaupun Mat Sabu bukan ulamak dan fakih agama dia dipilih oleh perwakilan Pas. Dia seperti Khairuddin kata, dia adalah timbalan yang sah. Mat Sabu mungkin benar tidak fakih tentang agama tetapi siapa boleh persoal pengorbanan dan jasanya kepada Pas. Keimannya kental dia sudah keluar masuk penjara beberapa kali kerana berjuang. Setidak-tidaknya Mat Sabu telah diuji beberapa kali, berbanding dengan golongan mengaku ulamak apa lagi Khairuddin tidak pernah usahkan digari melihat gari pun belum. Sebuah firman dalam surah Al Ankabur: ayat 2: Allah menyebut; jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji. [wm.kl.9:12 am 04/10/13] | ||
Apakah New York mempertemukan Najib dengan Anwar? Posted: 03 Oct 2013 06:23 AM PDT SPEKULASI
Apakah Anwar tidak dimaklum mengenai pembentangan rang undang-undang berkenaan? Sebagai ketua pembangkang adalah mutahil kalau Anwar tidak memaklumi atau dimaklumkan rang undang-undang berkenaan. Mengikut amalan biasa deraf rang undang-undang itu diberikan awal-awal lagi kepada semua ahli dewan untuk semakan dan penelitian. Anwar tidak mengambil bahagian langsung dalam apa-apa perbahasan, baik pada peringkat dasar, jawatan kuasa atau pada bacaan kedua dan peringkat akhirnya. Beliau memasuki dewan selepas rang undang itu diluluskan dengan majoriti dari pihak kerajaan. Anwar baru memberi komen terhadap rang undang-undang itu dihari akhir sidang dewan dalam sidang akhbar khas di parlimen. Dalam sidang itu beliau memberi jaminan akta itu akan ditentang. Kempen akan dilakukan untuk menentang akta pencegahan berkenaan yang bagi pembangkang ia merupakan akta yang zalim dan bertentangan dengan perlembagaan negara. Tetapi dalam masa sama Anwar sepakat dengan parti Pakatan Rakyat untuk tidak mengadakan bantahan secara demonstrasi seperti mana selalunya. Pendekatan dan sikap ini sesuatu yang anih dan ganjil serta menimbulkan pertanyaan. Kerana sebelum ini apa-apa saja isu yang bertentangan dengan naluri pembangkang akan dieksploitasikan untuk kepentingan politik, walaupun ia berharga murah. Kerana kegajilan itu menyebabkan saya berfikiran lain mengenainya. Maafkan saya kalau saya membuat kekhilafan didalam menilai apa yang berlaku itu. Saya merasakan ketiadaan Anwar di dalam parlimen kerana ada urusan lebih penting di luar sana? Umum tahu seminggu lepas perdana menteri Mohd Najib Razak berada di Amerika Syarikat kerana menghadiri persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York City. Pemergian Najib adalah jelas kerana tugas dan tanggungjawab kepada negara. Pada masa ketiadaan Najib dalam negara itu, ketika inilah juga Anwar tidak ada di Malaysia. Khabarnya Anwar juga berada di New York. Ikut bersama ialah isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Khabarnya pemergian Anwar dan isteri ada perkara mustahak di sana. Apa dia? Tidak diketahui apakah program Anwar di New York? Tetapi yang pastinya beliau dan isterinya sama-sama tidur di New York ketika juga Najib dan Rosmah Mansor tidur di sana. Yang pastinya sebagai ahli politik negara, kedua-dua pihak mesti mengetahui di antara satu sama lain. Di New York juga ramai rakyat Malaysia yang kebetulan menjadi sahabat mereka. Tidak mustahil kalau rakyat Malaysia (sahabat mereka itu) memaklumkan kehadiran di antara satu sama lain atau mengajak mereka bertemu dan bersantai. Juga adalah tidak mustahil kalau mereka sempat makan malam atau minum kopi bersama di New York. Kalau di dalam negara mereka boleh minum tea tarik bersama, apa lagi di New York. Di sana lebih aman kerana jauh dari pandangan Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini Najib dan Anwar gagal berjumpa dan bersemuka di Jakarta. Kelewatan Najib selama 15 minit menyebabkan pertemuan itu gagal. Namun agenda pertemuan berkenaan masih belum padam. Pada 16 September lalu sempena hari Malaysia, Anwar membuat satu seruan politik yang lunak (ceasefire) iaitu bersedia untuk berdilog dengan kerajaan bagi kepentingan nasional. Saya melihat pernyataan Anwar itu bukan disengajakan atau diada-adakan. Ia mesti ada sesuatu motif dan tujuannya. Sebagai pemimpin yang ada prinsip dan maruah Anwar tidak mengentuk pintu 'gedung' untuk bertanya apakah ada orang atau tidak di dalamnya melainkan sesudah dia ada suara orang di dalamnya baru beliau mengetuknya. Apakah kehilangan mereka di Malaysia saat pembentangan rang undang-undang pencegahan jenayah (PCA) 2013 itu kerana mereka berjumpa di New York? Mungkin bagi mereka akta baru itu diterjemahkan bukan sahaja pencegahana jenayah untuk membenteras penjenayah berat bagi mengamankan Malaysia, tetapi ia juga merupakan akta 'pencegahan pergaduhan' di kalangan bangsa Melayu kerana masalah politik yang maksudnya juga untuk mengamankan Malaysia. [wm.kl.8:52 pm 03/10/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan