Khamis, 31 Oktober 2013

.

.


Zainuddin Maidin jadikan Azizan Razak sebagai bahan kempen

Posted: 31 Oct 2013 02:26 AM PDT

ULAS ISU                                                                                             

Wah arwah Azizan Razak benar-benar berharga dan bernilai. Harganya lebih mahal semasa beliau mati berbanding semasa hayatnya. Alangkah baiknya kalau semua orang mengikhtiraf bekas MB Kedah sepenggal itu semasa beliau hidup daripada semasa beliau telah tiada. Manusia ini selalu terlepas bas?

Zainuddin Maidin
Pas sudah pastilah menjadikan Azizan Razak sebagai ikon mereka. Kerana Azizan Razak adalah MB pertama kerajaan Pas di Kedah. Walaupun Fadzil Noor lebih layak menjadi ikon dan pencucuh api perjuangan Pas di Kedah, tetapi Azizan lebih bernasib baik sebab beliau sempat menjadi MB.

Wajar bagi Pas menggunakan jasa dan bakti Azizan sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Sungai Limau. Selain dia MB Kedah, dia juga bekas Adun di kawasan yang kini diadakan pilihan raya kecil.

Tetapi apa yang aneh Umno juga turut menjadi Azizan sebagai modal kempen. Umno juga mahu ';syufaat' Azizan Razak. Umno memuji-muji Azizan Razak sebagai pemimpin terbuka atau membawa stail berlainan dengan pemimpin Pas lain. Mereka (UBN) menghargai Azizan sebagai MB.


Memuji Azizan ini (saya percaya tidak ikhlas dan sebagai cara melaga Pas tetapi tidak disedari oleh Azizan dan Pas sendiri) ialah Mahathir Mohamad. Mahathir pernah memuji kepimpinan Azizan lebih baik dan lebih berkesan berbanding dengan pemimpin Umno sendiri hatta dengan bekas MB Kedah sebelum itu. Tidak hairan kalau Mahathir memuji Azizan sebab dia ada kepentingan tertentu di Kedah.

Projek Mahathir banyak di Langkawi di mana Langkawi adalah sebahagian wilayah Kedah. Tentu Mahathir mahu sesuatu dari kerajaan Kedah. Pujian itu juga bagi dijadikan benteng untuk menyelamatkan anaknya, Mukhriz dari diserangan Pas atau Azizan Razak. Hari ini kepentingan Mahathir telah tercapai dan pujian beliau kepada Azizan telah berbaloi. Mukhriz telah menjadi MB menggantikan Azizan Razak.

Tetapi hari ini apabila Zainuddin Maidin juga memuji Azizan ia mengejutkan saya. Bila orang kenal Zainuddin Maidin ini boleh menerima orang Pas atau mempunyai persepsi baik terhadap Pas. Bukankah orang ini yang menuduh Abdul Hadi sebagai 'Nabi' menyebabkan majikan tempatnya berkerja disaman Hadi?

Selama beliau memimpin Utusan Malaysia orang Paslah yang menjadi mangsa Zainuddin Maidin. Semasa menjadi menteri penerangan dialah membuat agenda, rancangan khas melanyak kerajaan Kelantan. Tetapi hari ini bila dia puji Azizan Razak mengejutkan. Zainuddin hanya mengambil kisah kehadiran Azizan ke majlis perlancaran buku seorang ulamak sebagai alasan untuk memuji Azizan. Itu sahaja. Mudah Zainuddin menilai atau menerima kebaikan Azizan.

Apakah beliau mengasingkan di antara Azizan dengan Pas? Apakah kesudian Allahyarham Azizan melancaran buku berjudul; Haji Abdul Rahman Merbok, Azizan telah menanggalkan baju Pas. Tidakkah dia hadir itu sebagai MB Kedah, dan MB itu adalah MB kerajaan Pas dan Pakatan Kedah?

Nampak sangat Zainuddin mencari-cari sebab untuk memuji Azizan dengan tujuan menarik pengundi agar mengundi calon UBN. Apakah dengan insiden kecil itu pengundi akan terpesona dengan Maidin dan akan memberi undi kepada calon BN?

Itu sebab saya katakan Azizan Razak dinilai begitu tinggi selepas beliau tidak ada sampai orang macam Zainuddin yang bermusuh 'mak anak' dengan Pas pun dapat memuji Azizan sebagai seorang pemimpin yang lain dengan pemimpin Pas yang lain. Zainuddin menyifatkan Azizan sebagai ulamk yang bukan jumud. Apakah erti kata-kata itu, mungkin dia menyifatkan ulamak lain adalah jumud. Bukankah apabila dia menganggap pemimpin lain sebagai jumud ia menghina Pas, menghina parti Azizan Razak?

Cara pemikiran Zainnuddin ini ternyata tidak pernah berubah baik semasa beliau menjadi ketua pengarang Utusan, menjadi menteri penerangan dan setelah tidak menjadi menteri dan kini 'pekebun anggur'. Adakah dia patut dalam memuji Azizan beliau memberi ingatan orang Pas agar jangan undi Pas kerana kalau undi Pas bermakna undi Anwarisme?

Manipulasi Zainuddin dengan kisah itu menyerlahkan kebencian beliau kepada Anwar Ibrahim.

Katanya kalau pengundi mengundi Pas bermakna mengundi Anwarisme. Mungkin dia mengira Pas Kedah hari ini dikuasi oleh Anwar Ibrahim?

Mungkin dalam pemahaman politik Zainuddin, bahawa Azizan Razak bermusuh dengan Anwar. Inilah menyebabkan dia berkata demikian. Soal ketidak-hadiran Anwar melawat Azizan semasa sakit dihospital dijadikan isu. Inilah saya katakan bentuk (kejahatan akal fikir) Zainuddin Maidin tidak pernah berubah. Azizan melihat apa yang berlaku dalam tempoh dua tiga hari dan tidak mengkaji apa yang dilakukan oleh kedua mereka lama sebelum ini. Macam mana beliau boleh dilantik menjadi ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana (PB) kalau tahap pemikirannya tahap 'ibu congkak' sahaja.

Kesongsangan cara beliau berfikir di sini jelas. Satu masa beliau memuju Azizan sebagai pemimpin yang lain dari yang lain dan dalam masa sama melarang orang Pas mengundi calon Pas yang bakal menjadi pengganti Azizan sebagai undi Anwarisme. Zainuddin tidak dapat memahami atau pun terlupa bahawa di antara Azizan dengan Anwar itu perkara berbeza. Azizan adalah Pas, Anwar bukan Pas hanya rakan kepada Pas.

Cara Zainuddin berkempen hendak menggunakan badan tuduh Azizan Razak itu menjelaskan keterdekan tukang kempen Umno. Mereka sudah tidak ada model lagi dan secara tidak langsung hilang kepercayaan kepada tokoh dewa mereka Mahathir Mohamad. Orang seperti Zainuddin sepatutnya membuat anologi kalau undi BN bermakan undi Mahathir. Bukankah Mahathir ada dewa bagi sesetengah orang Umno?

Meletakkan undi Pas sebagai undi Anwar, secara sedar atau tidak cara Zainddin menghina Mahathir Mohamad tokoh Umno nombor satu di Kedah. Apa lagi yang memimpin Kedah hari ini adalah putera politik Mahathir, Mukhir bin Mahathir. Jelas fikiran Zainuddin sudah sesat di hujung jalan. [wm.kl.5:25 am 31/10/13]

Tiada ulasan: