Ahad, 27 Oktober 2013

Biaqpila

Biaqpila


NYARIS BERZINA DENGAN PAK MERTUA

Posted: 27 Oct 2013 09:14 AM PDT




Satu keluarga di sini bergaduh besar gara-gara seorang isteri yang bertindak curang terhadap suaminya mengadakan temu janji dengan lelaki yang hanya dikenalinya menerusi Internet.
Pergaduhan antara keluarga itu berlaku di bandar di timur laut China ini kerana kekasih gelap wanita berkenaan ialah bapa mentuanya sendiri.

Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan lelaki itu yang tidak disedarinya adalah bapa suaminya, Lili, 28 dan Wang Pai, 57, mengatur pertemuan di sebuah hotel.

Masing-masing tidak mengenali satu sama lain di alam maya kerana kedua-duanya menggunakan nama samaran.

Tanpa disedari, suami wanita itu yang juga anak lelaki berkenaan, Wang Jai yang mengesyaki kecurangan isterinya mengekori Lili ke hotel berkenaan.
Di situ, Wang Jai melihat isterinya memasuki sebuah kamar hotel dan menukar jubah mandi ungu sebelum menekan loceng kamar sebelah.

Apabila melihat yang bapanya sendiri membuka pintu Wang Jai hilang akal dan menyerang isteri dan juga bapanya.

Kakitangan hotel terpaksa menelefon polis bagi menghentikan pergaduhan antara anak dengan bapa itu.

Menurut Wang Pai, dia menjalinkan hubungan dengan wanita itu tanpa menyedari dia menantunya. Dia menggunakan gambarnya ketika muda sementara wanita itu mengguna gambar rakannya.

"Kami bersetuju untuk menjalinkan hubungan asmara. Tetapi apabila membuka pintu, saya terkejut dan dia juga terperanjat. Dia berpusing dan lari ke tangga, terus kepada anak saya yang mengintip kami, menurut sumber Agensi.

"Suaminya menjerit seperti hilang akal dan menyerang saya.
Sementara itu, polis menahan Wang Jai selepas dia menumbuk isterinya hingga dua gigi Lili patah dan menyebabkan kecederaan kepada bapanya.

sumber

btmmari

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

LAWAK AHAD: SAPA GILA?

Posted: 26 Oct 2013 06:00 PM PDT


Seorang penduduk yang dikatakan gila, tetiba pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kampung yang mendengar azan tu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat.

Selepas melihat orang gila itu yang melaungkan azan, ketua kampung menjerit
"hoi gila ka apa? pukul 10 pagi ni,azan solat apa?"

Org gila menjawab:
" Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?"

Sapa gila?

Tiada ulasan: