Anak Sungai Derhaka |
- Benar kata Mahathir, hanya yang bodoh kini bersama UMNO.. ini contohnya..
- Woit Zahid Hamidi!! Kami pun ada perasaanlah!
- Harga gula dan tepung akan diumumkan naik bajet ini?
- Penyokong Tegar Barisan Nasional Terpaksa Jual Bot Untuk Teruskan Hidup..
- Gempar di Laut Cina Selatan hari ini..
Benar kata Mahathir, hanya yang bodoh kini bersama UMNO.. ini contohnya.. Posted: 06 Oct 2013 08:26 AM PDT Mula-mula aku nak bagi tahu kepada semua yang membaca.. aku bukannya membantu kempen mamat ini dalam pemilihan UMNO, sebabnya hasratnya untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian telah dicantas.. Sebab apa dicantas, sebab utamanya dipercayai beliau lebih bijak dari Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu yang ada. Dalam masa yang sama tindakan pihak yang mencantas pencalonannya membuktikan apa yang disebut oleh Tun Mahathir mengenai UMNO kini adalah benar... Dimana Tun telah berkata.. hanya yang bodoh kini bersama UMNO dan memimpin UMNO kerana bijak pandai habis kena cantas.. Jadi tak hairanlah jika kebelakangan ini kita rakyat Malaysia sering mendengar dan membaca kenyataan-kenyataan kurang cerdik dikeluarkan oleh Menteri-menteri yang juga merupakan pemimpin-pemimpin UMNO.. Lagipun bagi aku.. walaupun aku tak sokong UMNO.. aku lebih suka melihat UMNO, PKR dan lain-lain parti yang ada diterajui oleh pemimpin-pemimpin muda dan bijak demi kebaikkan negara.. Bijak maksud aku disini ialah bijak dalam akademik.. bukannya bijak dalam hal membodek Najib atau bijak membodek Anwar Ibrahim.. macam ni punya pemimpin tak ada pun tak apa.. buat semak negara saja.. Sebabnya tak kan kemana negara ini kalau diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang hanya pandai bodek untuk naik.
Biarpun selepas itu ditawarkan untuk bekerja dengan syarikat multinasional di luar negara, anak muda ini memilih untuk pulang berkhidmat di tanah air. Aktif dalam Umno dan kini merupakan setiausaha sulit seorang menteri yang juga Naib Kid President Bill Clinton Umno, beliau ingin menabur jasa lebih jauh lagi dalam Umno, tetapi hasratnya disekat atas alasan pencalonan beliau tidak layak kerana bertentangan dengan Fasal 15.5 Perlembagaan Umno. Fasal 15.5 Perlembagaan Umno menyatakan: "Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnyua tiga (3) tahun." Anehnya Dr Najmil adalah ahli Umno semenjak tahun 2009 lagi dan adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Taman Setia Burung Kuala Trengganu yang dipilih pada 22 Jun 2010 dan dipilih semula sebagai Ketua Pemuda Cawangan yang sama pada 23 Ogos 2013. Rekod keahliannya menunjukkan beliau telah menjadi ahli Umno melebihi dari tiga tahun. Tetapi kerana persaingan dalam politik Bahagian dan Negeri, pencalonannya ditolak atas alasan tidak mematuhi Fasal 15.5. Penolakan terakhir adalah surat yang diterimanya dari Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu bertarikh 1 Oktober. Melihat kepada kes Dr Najmil ini, saya tertanya: Mengapa begitu sukar untuk Umno memberi laluan kepada anak muda yang dinamik, bertenaga, berilmu dan berwawasan ini? Jika begitulah sikap pemimpin Umno yang kerjanya mencantas orang baru untuk muncul dalam politik, saya tidak tahu bila Umno akan berubah. Pemimpin Umno perlu berani bersaing. Jika kempen pemilihan pun calon disekat dengan pelbagai peraturan dan pantang larang, bilakah Umno akan terbuka untuk menerima perubahan ke arah yang lebih demokratik? Pada pemimpin Umno, pesan saya cuma satu: Jangan kuburkan bakat anak muda yang ingin berkhidmat kepada parti dan negara. Beri peluang kepada mereka yang ingin bertanding dan jangan sekatkan mereka dengan syarat dan peraturan yang tidak berkaitan. Kes saudara Dr Najmil adalah kes yang memerlukan tindakan segera pemimpin tertinggi Umno. Merenung ke depan, saya terfikir, alangkah bagusnya negara ini jika anak muda Melayu yang hebat seperti YB Khairy Jamaluddin, YB Nurul Izzah dan Dr Najmil dapat didokong untuk berdiri bersama di atas pentas yang sama bagi menerajui negara ini. Semoga impian saya hari ini menjadi realiti pada hari esok. Amin... ... Aku dalm artikel ini ialah aku sendiri.. manakala saya pula adalah Profesor Mohammad Agus Yusoff.. tulisan beliau sepenuhnya boleh dibaca di SINI |
Woit Zahid Hamidi!! Kami pun ada perasaanlah! Posted: 06 Oct 2013 06:54 AM PDT TATKALA melihat video yang dipaparkan sebuah portal tentang tindakan seorang pak menteri yang agak 'berang' dan enggan melayan soalan media propembangkang, penulis teringat pengalaman lepas melihat kawan-kawan dari media arus perdana dihentam teruk di majlis-majlis anjuran pembangkang. Senario dan caranya mungkin berbeza tapi persoalannya di mana kebebasan media yang dicanang selama ini? Sebagai pengamal media, penulis merasa malu melihat mereka yang berstatus pemimpin tetapi menggunakan pendekatan seumpama ini untuk menangkis soalan wartawan yang sedang menjalankan tugas. Wartawan-wartawan yang sedang mencari rezeki ini digelar 'kaki pusing', 'perkakas Umno' dan macam-macam lagi bergantung di mana agensi berita mereka bekerja. Tidak dinafikan, sesetengah media tertakluk kepada "boss" atau tempat mereka makan gaji dalam menghasilkan berita mereka atau berhadapan dengan situasi penat sahaja tulis berita tetapi akhirnya, tak disiarkan! Tetapi di Sinar Harian, Insya-ALLAH, penulis bukanlah lama sangat bekerja di sini, namun inilah mediumnya di mana kerajaan, pembangkang dan rakyat diberi ruang seadil-adilnya untuk berekspresi, pada hemat penulis. Atas dasar itu, penulis rasa ada keberanian untuk mengkritik mentaliti sesetengah pemimpin parti politik di negara ini, yang ada ketikanya langsung tidak mahu memberikan kerjasama kepada wartawan yang sedang bertugas. Pada fikiran penulis yang masih mentah ini, orang yang ditanya punya pilihan untuk "langsung tidak menjawab" daripada bertindak memperkecilkan mereka yang bertanya atau menjadikannya "bahan" jenaka dalam sesebuah acara. Tidak manis langsung rasanya, mereka yang terkenal dengan ketinggian peribadi tetapi kalah dan latah dengan soalan wartawan - hanya orang biasa berbanding mereka. Tetapi apabila wartawan ini datangnya daripada agensi yang membawa keuntungan kepada mereka, wartawan-wartawan ini dilayan bagaikan raja. Dari jauh mereka sudah senyum kalau selalu "cover" mereka. Entah mengapa apabila melihat video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdetik dalam hati penulis untuk berkongsi sekelumit pengalaman dan harapan tentang kehidupan kami sebagai wartawan. Dalam kes ini, bukan penulis mahu bela Zahid Hamidi atau memperlekehkan wartawan Malaysiakini, yang sama bidang tugasnya seperti penulis, - tetapi, inilah yang orang kata "bila buku bertemu ruas". "Buku bertemu ruas" yang penulis guna ini dalam konteks, bagaimana selama ini melihat media-media seperti Utusan Malaysia, TV3 berhadapan situasi sama, dihentam teruk di sidang-sidang media anjuran pembangkang. Penulis pilih dua media ini kerana pada hemat penulis, memang berat membawa nama syarikat ini apabila ke majlis-majlis anjuran pembangkang. Macam-macam boleh berlaku. Dialog Zahid Hamidi "you always spin... u bagus tapi u punya boss u tak bagus..." bukanlah dialog janggal atau asing. Bukan penulis tidak pernah mendengar wartawan Utusan Malaysia, TV3 "dikenakan" lebih teruk daripada itu. Sekali lagi, bukan niat mahu bela wartawan Utusan Malaysia atau TV3, - yang penulis akui kehadiran mereka di sidang-sidang media pembangkang untuk mencari kesilapan pemimpin ini atau membawa jerangkap samar, tetapi tidak wajarlah mereka diaibkan di hadapan rakan-rakan media yang lain. Saya faham rasanya, bila soalan yang kita ajukan tiba-tiba dijawab dengan kata-kata sinis atau soalan kita dibalas dengan kenyataan berbaur ancaman. Penulis juga pernah berhadapan dengan situasi ini dan melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rakan-rakan media lain dihidangkan dengan layanan seumpama ini. Rasanya ramai rakan media di luar sana "alah biasa tegal biasa" dengan situasi ini. Dulu popular seketika petikan kenyataan pemimpin "u ulang I saman u" yang bunyinya seolah-olah berbentuk amaran kepada pengamal media. Macam-macam lagi sebenarnya layanan yang kami pihak media terima daripada pemimpin masyarakat, orang kenamaan, ilmuan agama dan banyak lagi. Katakan sahaja siapa... yang lebih lama dalam bidang ini, tentu pelbagai ragam manusia dilayaninya. Apa yang penulis suarakan ini, hanya sebahagian kecil cabaran kami sebagai wartawan politik yang menjalankan tugas mencari berita untuk santapan pembaca budiman yang akhirnya membuat penilaian menerusi paparan kami. Akhir kalam, kepada mereka yang terbabit, renung dalam-dalam bahawa kami wartawan juga manusia biasa... yang mahu dilayan baik walau kita bukan kawan atau lawan. ~ Sinar Harian |
Harga gula dan tepung akan diumumkan naik bajet ini? Posted: 06 Oct 2013 01:11 AM PDT Pertengahan September lalu, Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hassan Malik memberi jaminan harga gula dan tepung tidak akan naik. Namun, hari ini menteri yang sama memberikan bayangan, kerajaan akan menurunkan subsidi untuk kedua-dua barangan keperluan utama itu. Penjelasan terperincinya mengenainya akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2014 25 Oktober nanti, lapor akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini. "Tujuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi. Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat, di mana ekonominya telah tertutup," katanya selepas memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa kepada penjaja kecil di Ipoh, Perak. Pengguna yang sudah merasai beban kenakan harga minyak sebelum ini diminta Hassan agar melihat secara positif apa yang dibuat kerajaan kerana ia untuk kepentingan kesemua pihak. "Sesuatu perkara kadang-kadang perlu dibuat. Bagi saya, kepentingan negara harus diutamakan," katanya. Sebelum ini, Hasan berkata, pengeluar gula dan tepung telah memberi jaminan harga kedua-duanya tidak akan dinaikan. "Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka," kata Hassan sebagaimana yang disiarkan Utusan Malaysia 13 September lalu. 'Prepare for price hikes' "The savings can then be given to people who need it,"... betu ke?.. kalau betul mengapa ada rakyat yang terpaksa menjual bot untuk teruskan hidup??.. sila baca di ( SINI ) |
Penyokong Tegar Barisan Nasional Terpaksa Jual Bot Untuk Teruskan Hidup.. Posted: 05 Oct 2013 11:56 PM PDT Akibat kesempitan hidup, seorang isteri terpaksa menjual bot gentian kaca milik suami untuk mendapatkan wang agar anak dapat meneruskan persekolahan. Zaimah Abdullah, 53, berkata, sejak suaminya, Mohd Zam Ismail, 56, diserang strok mereka hilang tempat bergantung. "Suami tidak lagi dapat ke laut menangkap ikan dan kami hilang punca pendapatan. "Kami perlukan duit untuk buat belanja, nak tanggung kos perubatan suami yang sakit dan anak sekolah lagi," katanya. Kata Zaimah, lima anaknya sudah berumah tangga dan hanya dua lagi yang masih bersekolah. Dua anaknya iaitu Asyaratul Akmal, 19, bersekolah di tingkatan enam Sekolah Menengah Sultan Omar dan seorang lagi Mohd Shawalaudin, 17, di tingkatan lima sekolah sama. "Duit hasil jual bot tempoh hari sudah habis buat belanja berubat suami," katanya. Sehubungan itu, dia merayu pihak tertentu membantu mengurangkan beban kewangan mereka. Kata Zaimah, suaminya sebelum ini ada membuat caruman insurans melalui koperasi nelayan dan menjadi ahli sejak 10 tahun lalu. Setelah Mat Zam terlantar sakit, Zaimah melaporkan kes itu kepada pejabat koperasi di bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun bagi mendapatkan bantuan. Namun setelah hampir setahun berlalu, dia kecewa kerana masih tidak mendapat maklum balas mengenai permohonannya itu. Kejadian menimpa Mat Zam berlaku kira-kira jam 11 pagi Oktober tahun lalu ketika nelayan tradisional itu keluar menangkap ikan di tengah laut. Katanya, ketika sedang menarik pukat atas bot, Mat Zam tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri sebelum mendapat bantuan daripada seorang rakannya yang turut berada di atas bot berkenaan lalu membawanya ke darat. Sebaik sampai di daratan, Mat Zam dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Hospital Dungun selama tiga hari untuk rawatan lanjut. Kes Mat Zam kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan dia terpaksa ditahan di wad sekali lagi selama 18 hari sebelum dibenarkan pulang. "Selepas keluar daripada wad, suami lumpuh separuh badan termasuk bahagian tangan menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan," katanya ~ Sinar Harian |
Gempar di Laut Cina Selatan hari ini.. Posted: 05 Oct 2013 05:30 PM PDT Laut Cina Selatan hari ini gempar bilamana seorang nelayan telah berjaya menaikkan seekor ikan yang besarnya dua kali ganda dari manusia. Ikan itu telah berjaya dipancing oleh seorang nelayan dan bagi memastika apakan yang telah ditelannya sehingga membesar sebegitu rupa ianya telah dihantar ke Hospital untuk tujuan X-Ray. Hasil X-Ray itu telah menggemparkan seluruh kakitangan Hospital dan juga penduduk tempatan bilaman ianyan menunjukkan sesuatu yang pelik. Antara kandungannya ialah 4 buah kereta polis,30 ekor kuda dan pelbagai senjata api yg disahkan sebagai milik PDRM.. Ikan itu terpaksa dihantar ke unit kawalan rapi sebagai bahan ujikaji lapor wartawan Merah Cendawan dari tempat kejadian.. Kah.. kah.. kah.. aku copy dari Cananglahnie |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan