Anak Sungai Derhaka |
- Lagi berita gembira untuk rakyat Malaysia akan diumum bajet nanti..
- Mana tak sampai RM80.53 juta sewaan Jet VVIP .. pergi makan kenduri pun guna jet..
- PAS akan hilang maruah jika tewas di DUN Sungai Limau..
- Alasan-alasan sebab MP Pakatan Rakyat yang ponteng Dewan pada hari pengundian PCA
Lagi berita gembira untuk rakyat Malaysia akan diumum bajet nanti.. Posted: 04 Oct 2013 08:43 AM PDT Kerajaan masih berteka-teki sama ada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober nanti. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada mahu mengumumkannya secara rasmi pada waktu tersebut atau tidak. "Tunggu saja pengumuman Bajet nanti," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Melalui GST, semua rakyat dikehendaki membayar cukai 4% yang akan dikenakan terhadap semua barang dan perkhidmatan. Bagaimanapun Ahmad Husni sebelum ini dilaporkan berkata, kira-kira 40 barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan gula akan dikecualikan sekiranya GST dilaksanakan. Sementara itu, beliau turut menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan seperti yang dirancang meskipun dibidas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. "Kita akan teruskan," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang kenyataan Mahathir. Mahathir pada Selasa lalu dilaporkan berkata, pemberian dua kali BR1M itu satu pembaziran kerana akan menyebabkan rakyat menjadi malas. Sebaliknya, mencadangkan supaya kerajaan melatih dan mencungkil bakat baru supaya golongan kurang berpendapatan dapat menjana sumber pendapatan mereka sendiri. Sementara itu, ditanya sama ada penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat akan menjejaskan Malaysia, beliau berkata krisis itu tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi tempatan. ~ Free Malaysia Today |
Mana tak sampai RM80.53 juta sewaan Jet VVIP .. pergi makan kenduri pun guna jet.. Posted: 04 Oct 2013 02:31 AM PDT Isu kerajaan berbelanja lebih untuk menyenggara pesawat perdana menteri tidak timbul kerana pesawat itu bukan sahaja dikhususkan untuk kegunaan perdana menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara memiliki tujuh jet eksekutif untuk digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan timbalan perdana menteri bagi memastikan urusan rasmi negara berjalan lancar. "Penyenggaraan dibuat oleh syarikat-syarikat yang ditentukan. Kalau kita tidak senggara, akan bahaya kerana ini adalah soal keselamatan pemimpin negara. "Kosnya juga berdasarkan kepada harga yang ditentukan pihak penyenggara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam. Terdahulu Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming mengadakan sidang akhbar untuk mengulas jawapan bertulis yang diterima daripada Shahidan mengenai perkara itu. Dalam jawapan bertulis itu, Shahidan berkata kerajaan membelanjakan USD25.2 juta (RM80.53 juta) untuk kos sewaan, RM16.515 juta untuk kos penyenggaraan dan RM3.32 juta untuk kos penambahbaikan pesawat VVIP dari tahun 2010 hingga 2012. Perbelanjaan itu melibatkan rutin berjadual mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, katanya. Shahidan berkata jika perdana menteri menggunakan penerbangan biasa, beliau akan mengambil lebih masa untuk tiba ke sesuatu destinasi, berbanding jet eksekutif. Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov ini, Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berkata Umno Perlis akan menggerakkan 2,000 anggota untuk membantu pilihan raya kecil itu bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional. - Bernama ... Tak adalah pulak Shahidan Kassim sebut Bekas Perdana Menteri pun diberi keistimewaan menggunakan jet eksekutif milik negara tu untuk pergi makan kenduri seperti macai UMNO kata kat ( SINI ) tu.. |
PAS akan hilang maruah jika tewas di DUN Sungai Limau.. Posted: 03 Oct 2013 11:00 PM PDT Kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sangat penting untuk Umno dan PAS, malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir cuba untuk memastikan ia bukan sekadar kebetulan sementara lawannya pula mahu menilai popularitinya. Namun jika kekalahan yang diterima PAS, ia bakal memberikan impak yang lebih besar kepada parti komponen Pakatan itu selepas kehilangan negeri Kedah dalam pilihan raya umum lalu. Ia bukan lagi dianggap kehilangan satu kerusi sahaja bahkan akan membuktikan prestasi PAS memang sedang menurun selepas pemergian Pesuruhjayanya, Tan Sri Azizan Razak. Ia bakal menjadi trauma dan beban besar kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu. Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohd Hisomudin Bakar, berkata selepas PAS kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dua isu penting dijadikan sebab bagaimana ia boleh berlaku. "Satu kerana perpecahan dalaman antara Azizan dan musuhnya dalam PAS, yang kedua kerana kegagalan PAS Kedah dalam melaksanakan dasar negeri yang dilihat tidak melata. "Jika PAS kalah lagi dalam pilihan raya ini, Mahfuz yang mengambil alih jawatan dari Azizan bakal berhadapan dengan trauma besar," katanya. Ilham Centre terlibat dalam membuat kajian lapangan sebelum membuat cadangan manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13 Mei lalu dan Kedah adalah antara negeri yang dikaji Ilham Centre. Sejak 2012, Hisomudin berkata, pihaknya sudah mengesan bibit ketidakpuasan hati golongan yang pertama kali menyokong Pakatan Rakyat di Kedah pada pilihan raya 2008 terhadap kerajaan negeri. "Perpecahan dalaman menolak penyokong atas pagar ini lari dari Pakatan Rakyat di Kedah walaupun penyokong tegarnya kekal," katanya kepada The Malaysian Insider. Oleh itu, PRK itu sangat penting bagi kepimpinan baru PAS Kedah untuk menang. Dalam pilihan raya lalu, PAS dan Pakatan Rakyat Kedah kehilangan negeri Kedah apabila hanya berjaya mendapat 16 kerusi manakala BN memperoleh 20 kerusi DUN. Jika PAS kalah kerusi Sungai Limau kali ini, ia bukan sahaja kehilangan kerusi tetapi kehilangan harga dirinya. "Bagi saya kerja penting yang perlu dibuat oleh Datuk Mahfuz (gambar) selaku pesuruhjaya baru PAS adalah menyatukan jentera PAS Kedah supaya bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya ini. "Buat masa sekarang, saya tidak nampak Mahfuz menyatukan PAS Kedah selepas berpecah sebelum ini," kata Hisomudin. Satu lagi faktor penting dalam pilihan raya ini adalah faktor keluarga besar Azizan. Bekas Setiausaha Akhbar Azizan semasa beliau menjadi Menteri Besar, Helmi Khalid, berkata keluarga besar Azizan sentiasa menjadi faktor penting pilihan raya di DUN ini. Azizan mula bertanding pada pilihan raya 1995 di DUN yang pada ketika itu dikenali dengan nama Sala dan menang. Sebelum itu, pada pilihan raya umum 1990, sepupu Azizan, Azahari menang kerusi itu. Sebelum Azahari, bapa saudara Azizan yang dikenali sebagai Pak Teh Mat menjadi wakil rakyat atas tiket Barisan Nasional. Secara ringkasnya, Sala atau kini namanya Sungai Limau sentiasa di tangan keluarga besar Azizan. Selain keluarga besar Azizan, satu lagi keluarga besar di sini adalah keluarga allahyarham Yahya Junid pengasas Sekolah Menengah Agama Taufikiah Al Halimiah. Kini anaknya, Najib Fahmi menjadi Setiausaha sekolah agama itu. Menjelang pilihan raya umum lalu, Najib yang juga bekas aktivis PAS Kedah dan bekas Setiausaha PAS kawasan Jerai, adalah musuh peribadi Azizan. Beliau membantu calon BN Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir melawan calon PAS dan menang. Namun usaha beliau mengalahkan Azizan gagal. Azizan memenangi kerusi tersebut pada PRU13 lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru. Beliau memperolehi 13,294 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan. Abdullah Hashim yang diletakkan Najib gagal untuk mendapatkan balik wang pertaruhannya kerana kalah teruk. "Berdasarkan kerja baik Azizan selama ini, saya yakin PAS boleh kekalkan kerusi ini dalam pilihan raya kecil nanti," kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohamad Hatta Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider. Katanya, PRK itu juga bakal menilai kesepakatan dalam Pakatan Rakyat ekoran cadangan kajian kepada tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dikemukakan ulama PAS. Sementara itu, keputusan kepada pertandingan di Sungai Limau sangat diperlukan oleh Mukhriz yang baru mengambil alih kerajaan negeri Kedah sebagai Menteri Besar. Beliau yang mahu mencuba nasib bertanding kerusi Naib Presiden Umno, mahukan kemenangan dalam pilihan raya ini untuk buktikan Umno semakin kuat di Kedah dan kemenangannya dalam pilihan raya lalu bukan kebetulan sahaja. "Kemenangan di Sungai Limau akan akan menjadi 'testimonial' kepada Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahthir," kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad. Ini kerana, katanya, pertandingan ini adalah yang pertama untuk Mukhriz selepas dilantik sebagai Menteri Besar dan beliau sangat memerlukan kemenangan ini. Katanya, ia juga bakal memberikan nota penting untuknya bagi penyertaan dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno. Kesimpulannya, walaupun ia hanya satu kerusi dan tidak akan mengubah status qou kerajaan negeri Kedah tetapi kesannya bakal mendalam kepada kedua-dua pihak yang bertentangan ini. |
Alasan-alasan sebab MP Pakatan Rakyat yang ponteng Dewan pada hari pengundian PCA Posted: 03 Oct 2013 08:13 PM PDT Akhirnya Rang Undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diluluskan di Dewan Rakyat pada jam 12.50 tengah malam, selepas hampir lapan jam perbahasan, dengan 115 undi BN menyokong dan 66 undi Pakatan menentangnya. Dan dalam pengundian itu sejumlah 23 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah didapati tidak berada di dalam Dewan, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Meskipun hakikatnya jika kesemua mereka hadir pada malam itu, undian tetap tidak akan menyebelahi Pakatan Rakyat kerana 89 undi masih kalah jika dibandingkan dengan 115 undi. Ketidak hadiran mereka dipersoalkan oleh kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat kerana menurut mereka, mereka memilih Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat itu sebagai wakil mereka ke Parlimen. Ini antara komen yang dikongsikan dalam laman Facebook aku.. Betul lah kalau semuo Yb pakatan hadir sekalipun, RUU PCA yg membolehkan penguasa menahan rkyt Msia tanpo bicaro selamo 2 tahun totap akan diluluskan jugak. Sbb Yb BN yg hadir seramai 115 org. Tapi kito nak tgk komitmen. Cakap musti serupa bikin. Dgn menjadi Yb, sbnrnya korang menikmati hidup mewah dgn segalo kemudahan yg dinikmati. Tetapi korang still ponteng sidang Parlimen. Mcm den ckp tadi, poie parlimen ni bermusim tak mcm budak2 poie sekolah setiap hari, mako para Yb ni sebona ey tidak mempunyai alasan utk tidak hadir ke persidangan Parlimen. Kau nak poie luar negeri itu kau punyo psl tapi apsal pilih pd hari persidangan parlimen sdg berlangsung? Nuar yg jadi ketuo pembangkang yg sepatutnya hadir time undian meluluskan RUU PCA pun ponteng sekali. Seorg ketuo sewajarnya menunjuk contoh kpd yg lain. Dan skrng rakyat benar-benar nak tahu lagi 22 namo Yb2 pakatan yg tersenarai dlm list ponteng pd malam tersebut. Korang tak menyesal ke undi diorg time pru-13 yg lalu? Besok paginya nuar dgn jobonya bg statement dio sudah tidak mahu menentang polisi zalim kjaan dgn demo jalanan. Kepalo abah kau! Tapi den tgk masih ramai yg menyokong nuar dlm hal ini. Kau dgn macai Umno serupo je beb. Kalau nuar ckp kito jgn bela kematian Altantuya sbb nak jago hati Najib pun korang masih angguk gak, den takkan heran. Nak heran apo sbb korang dah tak pakai kepalo otak korang sendiri. Kan elok korang dermakan otak korang kpd monyet-monyet yg mahu menjadi manusio kek Zoo Negara. Itu baru ngam brader! .. sepenuhnya silalah baca di SINI Jadi tindakan ponteng itu sewajarnya tidak dilakukan dan ianya tidak boleh diterima sama sekali.. Berikut adalah alasan-alasan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang ponteng itu, dipetik dari Malaysiakini.. ..... Walaupun bukan perkara yang mengejutkan apabila pindaan kontroversi kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diluluskan di Dewan Rakyat, tetapi ahli parlimen Pakatan Rakyat dibidas selepas 23 daripada mereka tidak hadir ketika pengundian dijalankan. Ada yang menulis di Twitter untuk meluahkan rasa tidak puas hati mengenainya perkara itu. Paling ketara di kalangan yang tidak hadir semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketiadaannya amat dirasai, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir untuk memastikan rang undang-undang itu diluluskan. Turut tidak hadir ialah anak perempuan Anwar - Nurul Izzah - yang juga MP Lembah Pantai; MP Pandan Rafizi Ramli, Karpal Singh dari DAP dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santigo. Anwar hari ini memberitahu pemberita bahawa beberapa MP, seperti Nurul dan Charles, telah ditugaskan oleh Pakatan Rakyat untuk ke Jepun berhubung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan beliau juga dimaklumkan bahawa beberapa MP pergi menunaikan haji, termasuk Rafizi. "Beberapa orang kembali selepas menemui Pope. Selebihnya, saya rasa urusesia sedang menyemak mereka yang tidak hadir (dan) apa sebabnya. Tetapi saya fikir secara umumnya jika anda lihat... 90 peratus sudah ada," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen. Di Twitternya, Latheefa Koya dari PKR mempertahankan Pakatan Rakyat, dengan berkata, sama ada mereka hadir atau tidak, rang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 2013 akan diluluskan juga. "(Adalah) kebudak-budakan untuk menegur MP PR (Pakatan) yang pergi mengerjakan haji - dan tidak hadir untuk (mengundi) rang undang-undang PCA. Fokus pada isu tersebut - jangan alih perhatian," katanya dalam tweet. Sementara itu Ketua Whip PKR Azmin Ali berkata, rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari itu dengan diberi notis yang singkat. Apa yang lebih penting, kata MP Gombak itu, ialah wakil rakyat pembangkang yang hadir telah berjuang habis-habisan menentang rang undang-undang tersebut. MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS memberitahu Malaysiakini bahawa ahli parlimen berkenaan tidak menjangka perbahasan akan berlarutan hingga ke malam, jadi ramai yang mempunyai jadual lain untuk dipenuhi. Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di Aceh, Indonesia, atas jemputan rasmi manakala MP Shah Alam, Khalid Samad berada di Australia. Sementara itu, ketua whip DAP, Anthony Loke berkata, Karpal terpaksa meninggalkan Parlimen awal kerana dia kurang sihat, tetapi itu tidak bermakna beliau "tidak peduli". Katanya, mereka hanya dimaklumkan mengenai bacaan kedua sehari sebelumnya, ketika ada yang sudah berada di luar negara, tetapi berkata mereka yang tinggal, telah menunggu hingga melepasi tengah malam untuk menentang pindaan tersebut. Walau apapun alasan.. apa yang mereka perlu ingat ialah 'Rakyat Hire, Rakyat Fired!!' |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan