Khamis, 31 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


DUN Sungai Limau.. Jadikanlah peristiwa ini sebagai iktibar... (Video Inside)

Posted: 31 Oct 2013 08:24 AM PDT


25 Sept. 2012 kira-kira lapan bulan sebelum PRU13, Lidah rasmi UMNO dengan bangganya menyiarkan satu laporan yang disertakan dengan gambar di atas 'Penduduk Hakka ucap terima kasih'.

Terima kasih tersebut telah diucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kira-kira seramai 80 keluarga dari Kampung itu kerana campur tangan Najib dalam memastikan kediaman mereka tidak dirobohkan.

Keprihatinan Najib itu benar-benar melegakan mereka dan mengurangkan kebimbangan ancaman jentolak yang 'mengetuk' pintu rumah mereka.

Mereka gembira kerana mendapat khabar daripada Menteri Besar, Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Najib telah memaklumkan dan mahu pemaju mengadakan dialog dengan penduduk sebelum meneruskan sebarang projek di tanah berkenaan.

Utusan

Maka dengan itu tertangguhlah segala perancangan pemaju meskipun terpaksa menanggung kerugian kerana ditegur oleh Najib..

Dan dipercayai sebagai menghargai keprihatinan Najib dalam permasaalahan yang dihadapi oleh mereka lapan bulan sebelum pilihanraya itu.. mereka telah menyokong dan mengundi Barisan Nasional..

Malang buat mereka kerana mempercayai sikap prihatin yang sebenarnya lebih berupa hipokrit pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu..

Tidak sampai enam bulan berlangsungnya pilihanraya yang menyaksikan kuasa kekal ditangan mereka.. apa yang ditakuti oleh penduduk Kampung Hakka itu kembali menghantui mereka..

Kali ini tidak ada lagi Menteri Besar yang membawa khabar gembira dari Najib.. tetapi yang hadir hanyalah jentera berat yang dikawal Polis meranapkan rumah-rumah mereka..



Samada mereka suka atau tidak..berani atau tidak.. mereka kini telah dipaksa berhijrah!!

Di DUN Sungai Limau.. meskipun dibelakang calon BN ada Mukhriz dan dibelakang Mukhriz pula ada Najib fahamilah apa sebenarnya yang mereka maksudkan dengan slogan 'Berani Berhijrah' itu...


'Berani Berhijrah' dari menyokong PAS kepada menyokong UMNO.. bermakna anda juga kemungkinan besar akan dipaksa berhijrah keluar dari kampung halaman anda atas nama pembangunan yang menguntungkan kroni Barisan Nasional..

Siapa atur program yang memalukan Presiden PAS ini?

Posted: 31 Oct 2013 06:22 AM PDT


Sehari dua ini heboh dengan isu Presiden Pas menabur benih padi di sawah yang airnya dalam hingga mencecah kelutut.

Perlakuan tersebut kini menjadi bahan jenaka bukan saja di pihak Barisan Nasional malah kepada pihak penyokong PAS itu sendiri.


Di media media sosial seperti Facebook dan blog terutamanya penyokong UMNO/BN isu ini menjadi topik utama yang di perbincangkan sejak kemarin.

Ramai yang meluahkan perasaan kecewa terhadap ahli politik sama ada dari Umno dan Pas yang datang berlakon di ketika pilihanraya kecil sedang berlansung..

Namun begitu adakah Presiden dan beberapa orang pemimpin Pas yang terlibat ini patut di persalahkan?

Raong melihat dari satu sudut yang berbeza kerana bagi Raong sebenarnya Presiden Pas titak bersalah dalam hal ini kerana yang salah ialah orang yang susun program ni.

Presiden Pas orang laut bukan orang bendang... sudah penganjur menyuruh dia tabur benih diapun turutlah kerana beliau tidak mempunyai ilmu tentang sawah padi maka oleh kerana percayakan yang penganjur adalah orang yang arif tentang swah padi maka tidak salah beliau menurut saja

Dia tidak tahu untuk menabur benih air kena sedikit sebab yang suruh dia tabur itu orang Sungai Limau yang arif tentang penanaman padi...

Yang salah bukan Presiden Pas tapi orang Pas Sungai Limau yang menganjur program tersebut...

Sila sambung bacaan anda di ( SINI )

Lagi Kes Pengawal Keselamatan Bersenjata Merompak!.. Juga guna Kad Pengenalan palsu.

Posted: 31 Oct 2013 12:46 AM PDT


PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan..


Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah ~ mStar

Video saat-saat Treler dipandu laju sebelum rempuh kenderaan JPM tersebar..

Posted: 30 Oct 2013 09:36 PM PDT


Gara-gara sebuah treler yang membawa kontena  terbang memasuki arah lebuhraya yang bertentangan semalam, kesesakan yang teruk telah berlaku di Lebuhraya SKVE Serdang..

Bagaimanapun kemalangan tersebut dilaporkan tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa, cuma seorang yang memandu kenderaan SUV Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang dalam perjalanan dari Putrajaya patah tangan akibat rempuhan treler itu.


Daripada video awal sebelum kemalangan itu, sudah dapat dilihat yang pemandu lori kontena itu seperti tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain sebaliknya membawa laju melebihi 100 km sejam.

Apabila tiba di laluan lurus, ia memecut sehingga gagal dikawal menyebabkan ia terbalik dan tercampak ke lorong bersebelahan bertentangan yang menghala ke Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku pada petang 30.10.2013 Rabu... Saksikan!!


Sumber info dari SINI

Negara kita ada Polis Traffik.. negara kita juga ada JPJ dan negara kita ada SPAD..

Walaupun begitu banyak agensi penguatkuasaan undang-undang lalulintas namun penguatkuasaannya bagaimana?

Adakah perlaksanaannya mengikut musim atau dikuatkuasakan pada musim-musim perayaan tertentu saja?

Antara tiga Agensi penguatkuasaan di atas, yang sering aku nampak melakukan operasi penguatkuasaan ialah Polis Traffik dan JPJ di Pulau Pinang ini..

Tetapi yang sering ditahan untuk pemeriksaan oleh mereka bukanlah lori lebih muatan yang menggunakan arang batu sebagai bahan bakar (aku tulis macam ni sebab banyak lori yang mengeluarkan asap hitam serupa keretapi zaman dulu..).. yang sering ditahan ialah motorsikal.. kenapa?

Kalau tak percaya lihatlah di selepas tol Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Perai menghala ke bahagian Pulau..

Semalam dalam perjalanan ke Arau, Perlis di atas Lebuh Raya Utara Selatan, kereta aku yang dipandu pada kelajuan 120Km/Jam telah dipotong oleh sebuah 'Low Loader Treler'.. entah berapa laju dia bawak entahlah..

Nak record videopun aku tak berani sebab jalan basah sebab hujan...

Yang tak tahu apa itu 'Low Loader Treler'.. ni jenis treler yang bawa kenderaan berat contohnya mcm jengkaut tu..

Anwar Buat Pusingan ‘U’, Akui Sistem GST Efisien?.. Lihat apa sebenarnya dikatakan beliau dalam video ini..

Posted: 30 Oct 2013 09:39 AM PDT


Mungkin kerana yakin majoriti rakyat pada masa ini sukar untuk menerima apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin BN mengenai isu GST, Bernama menggunakan nama Awar Ibrahim pula..

Untuk menghalalkan dan bagi memperbodohkan rakyat supaya menerima GST yang akan dilaksanakan April tahun depan, Bernama hanya melaporkan sebahagian sahaja dari apa yang Anwar Ibrahim ucapkan dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen.

Menurut Bernama, Ketua Pembangkang itu hari ini ubah pendiriannya apabila mengakui bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien..

Malangnya laporan tersebut tidak ditemui dalam website Bernama tetapi ianya telah disiarkan oleh Yahoo! News


Ini sebahagian dari laporan..

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau sedia maklum mengenai GST sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 (yang juga Menteri Kewangan ketika itu).

"Saya setuju sistem GST efisien...tetapi saya tidak laksanakannya sampai 1998, ada sebab kenapa saya tidak laksanakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen, di sini.

Menurut Anwar terdapat dua aspek yang perlu dilihat sebelum sistem percukaian yang telah lama diguna pakai di negara maju dan negara jiran seperti Singapura serta Indonesia itu boleh dilaksanakan di negara ini.

"Kita harus memastikan bahawa pendapatan rakyat adalah tinggi dan kita juga perlu memastikan negara mempunyai struktur percukaian yang baik," katanya yang menjelaskan dua faktor itu menyebabkan GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau berada dalam pentadbiran negara. . sepenuhnya sila baca di SINI

Sebenarnya Anwar Ibrahim mengakui GST adalah efisien.. tetapi .. baca apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian ini..

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sistem yang efisien namun memerlukan syarat.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat meningkat dan memastikan infrastruktur percukaian baik.

"Sekarang saya setuju sistem itu efisien tetapi perlu ada prasyarat... di mana syarat pertama mesti tahap pendapatan rakyat ditingkatkan terlebih dahulu, keduanya pastikan infrastruktur percukaian cukup baik.

"Dua perkara itu belum ada, ada dasar monopoli," katanya pada ucaptamanya sempena Taklimat GST dan Belanjawan 2014, di sini, hari ini.

Tambahnya Anwar, "secara prinsipnya GST itu efisien.

"Menteri Kewangan sebelum saya kata akan melaksanakan GST, bila saya ambil alih, saya setuju GST akan dilaksanakan dan perbendaharaan akan kaji.

"Tapi pada tahun 1998 kita tak laksanakannya. Ada sebabnya juga kerana pada tahun 1993 kita catat lebihan kecil (pendapatan negara)," ujarnya.

Semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PR akan menentang GST habis-habisan selagi pendapatan dan cukai pendapatan tidak dibaiki sekaligus menganggapnya sebagai jenayah ~ Sinar Harian

Secara prinsipnya beliau setuju dengan perlaksanaan GST tetapi setuju dengan syarat-syarat seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian itu...

Ini video dari KiniNews.. dengar betul-betul...


Bernama tu nak ikut jejak langkah Utusan ke?

Tiada ulasan: