Khamis, 3 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isu bayar K-Pop RM1.6 Juta: Ini jawapan Shabery Cheek ..

Posted: 03 Oct 2013 05:56 AM PDT


Sehari selepas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihak kementeriannya membayar RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert, penyandang jawatan itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan wang itu datang daripada para penaja.



Menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan itu, kementerian menerima RM20 juta daripada penaja korporat dalam dan luar negera untuk sambutan itu.

Beliau berkata, wang tajaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara oleh para penaja di mana ia tidak diambil kira oleh pihak Jabatan Audit Negara.

"Juruaudit hanya melihat jumlah yang keluar daripada akaun kementerian," katanya dalam satu kenyataan di Facebook sambil mendakwa jabatan itu bersikap 'culas'.

"Ia bukan wang pembayar cukai yang disia-siakan seperti dakwaan pihak pembangkang yang merujuk kepada ringkasan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara ."


Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan Selasa lalu mendedahkan sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan untuk membawa masuk tiga kumpulan pop dari Korea Selatan untuk mengadakan persembahan di konsert itu datangnya daripada duit kerajaan.

Semalam, Khairy mengakui kementerian itu terpaksa membayar untuk konsert K-pop yang diadakan sepanjang sambutan Hari Belia Sedunia tahun lalu selepas para penaja menarik diri. 


"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta telah dibuat pada masa itu, terdapat tawaran daripada mereka untuk membayar untuk konsert itu,"

Khairy menjelaskan hal itu di laman Facebook rasminya semalam.

Beliau berkata selepas pelan penajaan itu gagal, pihak kementerian terpaksa mengambil alih.
Khairy juga mendedahkan bahawa kementerian telah membatalkan konsert K-pop bagi sambutan Hari Belia 2013 ~ The Malaysian Insider

.... Persoalan lain yang timbul dari kenyataan Shabery Cheek ini... Mengapa pula wang tajaan untuk artis K-Pop itu perlu dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tidak terus dibayar oleh penaja kepada artis-artis itu?

Shahidan Kassim kata Israel ciplak slogan dari Malaysia?.. dia buat lawak ke ni?

Posted: 03 Oct 2013 01:16 AM PDT


Kurang pasti pulak aku samada Shahidan Kassim mengeluarkan kenyataan ini secara serius atau sekadar buat lawak..

Sebabnya sehari dua yang lalu dia dah buat lawak dengan mengeluarkan kenyataan 'Malaysia adalah antara negara terbersih dari rasuah'.. lihat di ( SINI )

Hari ini Shahidan dilaporkan telah berkata slogan 'Endless Possibilities' itu telah diciplak oleh negara haram Israel bukannya diciplak oleh Malaysia dari Israel..

Ni laporannya..

Israel ciplak slogan dari Malaysia, kata menteri 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya. 
Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari. 
Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei. 
Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai "produk ciplak" dari kempen Mongolia dan Israel ~ Malaysiakini

Macai-macai UMNO tentu percaya dengan kata-kata Shahidan tu..

Tapi bagi rakyat yang tak buta maklumat, kenyataan Shahidan Kassim itu hanyalah satu lagi kenyataan lawak dari beliau..

Kerana menurut Shahidan Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

Hakikatnya ialah Israel telah menggunakan slogan 'Endless Possibilities' itu sejak dari Disember 2011..



Israel guna slogan pada 2011.. kemudiannya Mongolia ciplak dari Israel pada 2012 dan akhirnya Malaysia pula ciplak dari Mongolia pada tahun 2013..

Dahlah ciplak orang punya tak nak mengaku pulak.. ceh!.. sila lihat di ( SINI ) mengenai slogan 'Endless Possibilities' oleh Isrel itu...

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada 4 November

Posted: 02 Oct 2013 09:49 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calonnya pula pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi.

Speaker DUN Kedah, Datuk Md Rozai Shafian telah menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker DUN di Wisma Darul Aman pada Ahad lalu bersama sijil kematian Azizan.

Setelah Pemimpin UMNO bising baru SPRM nak siasat pembelian Apartment mewah Felda?

Posted: 02 Oct 2013 09:44 PM PDT


Pembelian apartment mewah bernilai £98 juta oleh Felda dilaporkan sedang disiasat oleh SPRM berikutan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin Umno..

Persoalannya dalam hal ini ialah SPRM ini berkhidmat untuk rakyat dan negara Malaysia atau berkhidmat untuk UMNO?

Bagaiman agaknya jika pembelian itu tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO..adakah SPRM juga tidak akan memandangnya?

Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangkakan menjejaskan peluang Tan Sri Isa Samad dalam perebutan jawatan naib presiden Umno. 
The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia menetap di ibukota United Kingdom (UK) itu. 
"Harganya imenjadi buah mulut orang Umno kerana ianya terlalu mahal dan sesuatu yang tidak seharusnya Felda laburkan," kata seorang "warlord" Umno kepada The Malaysian Insider. 
"Terdapat cukup kontroversi berhubung penyenaraian FGVH, jadi kita tidak mahu satu lagi peluru untuk pembangkang gunakan," katanya merujuk kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd tahun lepas. 
Difahamkan juga SPRM sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada terdapat unsur rasuah dalam perjanjian yang dimuktamadkan 4 September lepas. 
Sumber memberitahu SPRM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menyiasat perkara ini. 
"Ini merupakan perkara sensitif kerana ia melibatkan agensi yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno yang bertanding. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai cara untuk mengalahkan Isa," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. 
Isa merupakan salah seorang daripada tiga pencabar kepada tiga penyandang jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 
Isa yang popular itu dinamakan sebagai pengerusi Felda dua tahun lalu dan FGVH tetap disenaraikan walaupun terdapat bantahan daripada sesetengah peneroka yang takut mereka kehilangan kawalan terhadap tanah mereka. 
Beliau mempertahankan pembelian itu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan jumlah dibayar untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartments minggu lepas dan apa untungnya terhadap sejuta peneroka Felda. 
"Ini bukan isu luar biasa. Tabung Haji juga beli beberapa bangunan di London," kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bulan lepas merujuk kepada Lembaga Tabung Haji. 
"Kami membeli kerana kami mahukan asset," tambah beliau. 
Felda dan anak syarikatnya FGVH sebelum ini membelanjakan RM86 juta untuk membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu, RM110 juta untuk pembuat kad pintar dan pemaju pertanian kampung Iris Corp dan hartanah di UK. 
Grand Plaza merupakan apartmen mewah terbesar di London yang mempunyai 198 unit apartmen dan seluas 105,044 kaki persegi. 
Terletak berhampiran dengan stesen subway Bayswater, 90% daripada unit penuh setiap bulan dan Isa mengatakan ianya di tangga pertama dalam carian Google dan 75% daripada penjualan berlaku secara atas talian. 
Akan tetapi pengkritik mengatakan Felda seharusnya melabur kepada sektor perladangan berbanding dengan hartanah atau berkaitan dengan pelancongan. 
"Terdapat untung lebih besar jika ia melakukan kajian dan pembangunan untuk produk kelapa sawit berbanding dengan urusan hartanah," kata seorang pegawai dari syarikat berkait kerajaan. 
"Agak menghairankan melihat Felda membeli asset bukan teras apabila Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd melepaskannya untuk menggalakkan keusahawanan," tambahnya ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: