Rabu, 16 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Takkan seluruh dunia Arab itu murtad Noh Gadut?

Posted: 16 Oct 2013 07:29 AM PDT


Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?


Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?

~ Malaysiakini

Ketua Dewan Ulama PAS sokong keputusan Mahkamah berhubung isu Kalimah Allah..

Posted: 16 Oct 2013 12:30 AM PDT


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak mengekalkan keputusan kerajaan menghalang majalah The Herald dari menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'.

"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya lagi.

Beliau menegaskan lagi bahawa Allah bukan tuhan bagi agama selain dari Islam...

Bersatu pertahan kalimah Allah  
KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik. 
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pada masa sama, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald juga mesti disokong umat Islam. 
Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun, umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain. 
"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam). 
"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya. 
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. 
Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri. 
Yang turut dinamakan perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma). 
Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah. 
Hakim Mohamed Apandi (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penghakiman bertulisnya setebal 43 muka surat menyatakan, penggunaan kalimah Allah berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini. 
Pada hemat beliau, penggunaannya memberi kesan terhadap kesucian agama Islam yang termaktub di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram. 
Mengulas lanjut mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu semalam, Harun menjelaskan, perkara berkaitan kalimah Allah sememangnya perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam dan keputusan mahkamah itu mesti disokong dan dihormati. 
"Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain," ujarnya ~ Utusan

Boleh murtad jika pertikai keputusan kalimah ALLAH kata Noh Gadut

Posted: 15 Oct 2013 10:08 PM PDT


Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.

Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online. 

Kelmarin, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.

"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi.

~ Sinar Harian

Tiada ulasan: