Khamis, 10 Oktober 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Setiausaha Politik MB Terengganu kata Najib bodoh?

Posted: 10 Oct 2013 07:30 AM PDT


Seorang perwakilan Umno Bahagian Kemaman kesal dengan ucapan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bodoh.

Menurut mereka, seorang Setiausaha Politik tidak sepatutnya bercakap begitu kepada Perdana Menteri.

"Apatah lagi ucapannya dibuat secara terbuka kepada 300 perwakilan DUN Kijal pada 8hb Oktober lalu ketika beliau berkempen kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman," kata seorang perwakilan yang enggan namanya disebut.

Ahmad Said akan ditentang seorang bekas penghulu, Mat Dalam Awang dalam pertandingan dua penjuru pada 19 Oktober depan.

Menurut perwakilan itu lagi, bukannya Najib menentang Ahmad Said. "Kenapa Wan Ahmad Nizam perlu bodohkan Najib?" soal beliau.

Dalam ucapannya, Wan Ahmad Nizam yang dicabar jawatan Naib Ketua Bahagian oleh ADUN Air Puteh, Wan Hakim Wan Mokhtar berkata betapa susahnya Ahmad Said nak jadi Menteri Besar buat penggal kedua selepas pilihanraya umum Mei lalu.

Katanya, Ahmad Said telah pergi menemui Perdana Menteri di pejabatnya untuk ambil watikah perlantikan Menteri Besar tetapi beliau diberitahu Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri bahawa Najib amat sibuk buat persiapan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Wan Ahmad Nizam mendakwa Ahmad Said dan beliau pergi ke rumah Najib dan menunggu Najib di rumahnya.

Bila Najib sampai di rumah, Najib benarkan Ahmad Said menemuinya tetapi Najib suruh Ahmad Said balik terlebih dahulu kerana Najib tidak puas hati kerana BN menang 17 kerusi sahaja di Terengganu.

"Bodoh betul Najib. Ahmad Said nak pergi ambil watikah, dia suruh balik dulu," kata Wan Ahmad Nizam dalam ucapannya itu yang mengejutkan semua hadirin.

Menurut perwakilan itu, dalam pertandingan Ketua Bahagian, jangan babitkan Perdana Menteri kerana bukannya beliau menaja Mat Dalam Awang menentang Ahmad Said.

"Oleh itu saya amat kesal dengan sikap Setiausaha Politik Menteri Besar yang celupar itu," katanya lagi ~ Free Malaysia Today

..... Kesimpulannya disini ialah jika Najib dianggap sebagai bodoh oleh SU MB Terengganu itu, para penyokong Najib yang majoritinya adalah ahli-ahli UMNO sudah tentulah dari kalangan orang-orang yang bodoh belaka..

Sebab hanya yang bodoh membolehkan diri mereka diperbodohkan oleh Najib..

Mahathir mahu Menteri-menteri mana letak jawatan ni?

Posted: 10 Oct 2013 04:14 AM PDT


Kata Tun Mahathir "Di Jepun jika kapalterbang terhempas di lapangan terbang, Menteri Pengangkutan kena letak jawatan".

"Tapi di Malaysia, Menteri berkenaan akan berkata itu bukan urusan saya.. "

"Saya mahu lebih ramai yang meletakkan jawatan.."

Oleh itu Tun Dr Mahathir mahu menteri-menteri yang bertanggungjawab atas kepincangan kementerian mereka seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan.


Walaupun beliau tidak menyebut nama Menteri berkenaan tapi yang jelas dua kementerian yang menjadi sebutan ramai berikutan kepincangan yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara itu ialah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu ialah sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussein manakala Menteri bagi Kementerian Belia dan Sukan pula adalah Shabery Cheek.

Kementerian Dalam Negeri dengan isu kehilangan pistol, gari dan kereta Polis manakala Kementerian Belia dan Sukan pula isu bayaran kepada K-Pop.

Cadangan Tun itu memang baik sekali bagi menjadikan Menteri-menteri disetiap Kementerian yang ada agar tahu bertanggungjawab bukan hanya tahu mempersalahkan pihak lain dalam kementeriannya.

Tapi... Kalau jawatan Ketua Bahagian pun pemimpin UMNO ni kalau boleh nak pegang sampai mati bila dah mati wariskan pula kepada anak dia... apatah lagi jawatan Menteri..

Jangan haraplah!!.. bak pepatah Melayu generasi baru kata "Jauh panggang dari babi.." pepatah Cina pula kata "Umpama mengharap untuk melihat babi boleh terbang"...

Kilang Roti uli tepung guna kaki diarah tutup.

Posted: 10 Oct 2013 12:09 AM PDT


Dua belas premis makanan kotor termasuk sebuah kilang roti diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang setelah gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata hasil risikan dan maklumat awam mendapati amalan penyediaan roti di kilang di Bayan Baru itu tidak memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan selain menggunakan peralatan kotor.

"Selain kebersihan premis tidak memuaskan, pekerjanya juga tidak memakai pakaian pengendali makanan lengkap seperti topi dan sarung tangan," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau berkata dalam 'Ops Food Court' selama tujuh jam berakhir pukul 1 pagi itu, sebanyak 115 premis makanan diperiksa dan sebilangan besar pemiliknya mempunyai kesedaran tinggi mengenai tatacara penyediaan makanan yang betul berikutan operasi seumpama itu kerap dilakukan dari semasa ke semasa.

Katanya daripada jumlah itu hanya sebuah premis diarah tutup bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) serta Seberang Perai Selatan (SPS) manakala Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya masing-masing lima buah.

"Antara kes lain yang dikesan adalah terdapat najis tikus serta lipas di dalam premis, bahan makanan diletakkan di atas lantai serta peti sejuk tidak berfungsi," katanya.

Ku Nafishah berkata premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan mereka harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi dan dibenarkan berniaga semula.

Dalam operasi itu pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 55 kompaun berjumlah RM4,600 atas kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan dari dapur dan tidak mempamerkan lesen perniagaan.

Orang ramai boleh menghubungi jabatan itu di talian 04-2017277 jika mempunyai sebarang aduan melibatkan premis makanan kotor di negeri ini... lapor Bernama

Tapi tak detail laporan tu.. baca apa yang Kosmo siarkan di bawah ni..


Ketua Pembangkang Selangor diberi elaun RM8,620 sebulan.. Adalah yang makin panas ni..

Posted: 09 Oct 2013 09:29 PM PDT


Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun berjumlah RM8,620 dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

Beliau berkata, kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Datuk Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka mula bersidang pada 19 November depan," katanya.

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang berjumlah RM8,620 sebulan.

Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parliem (Saraan) 1980.

"Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat," katanya ~ The Malaysian Insider


..... Maka dengan ini maka semakin panaslah didalam jiwa sekumpulan ahli-ahli PKR disana... apa pun.. rilex.. bagi laluan untuk UMNO berperang dulu.. selesai peperangan dalam UMNO barulah mula perang dalam PKR pulak..

Apahal Ali Rustam nih?.. Kalah dikawasan Melayu tapi Cina pulak dipersalahkannya...

Posted: 09 Oct 2013 09:53 AM PDT


Dalam usahanya untuk mengambil hati ahli-ahli UMNO agar memilih beliau dalam pemilihan UMNO yang akan datang ini, Bekas Ketua Menteri Melaka telah cuba sedaya upaya bagi membuktikan bahawa dirinya adalah seorang yang racist selaras dengan Parti Perkauman itu.

Biarpun usahanya untuk dilihat sebagai racist itu kelihatan berjaya, namun begitu ianya juga menyerlahkan kebebalan beliau..

Baca apa yang diluahkannya terhadap kaum Cina baru-baru ini..

"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di majlis usahawan yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) .

"Bukanlah orang Cina pandai berniaga tetapi perniagaan mereka kebanyakannya haram." Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata meskipun beliau berhempas-pulas pada pilihan raya umum lalu namun beliau tetap tidak diundi oleh kaum Cina.

Mohd Ali baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi PUNB, satu agensi yang ditubuhkan untuk menambah penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

"PUNB hanya dianggap berjaya apabila sesebuah rangkaian perniagaan itu bermula dari pembekal sehinggalah ke penjual terakhir adalah orang Melayu," katanya.

Ucapannya kemudian terarah kepada DAP sambil berkata jika parti pembangkang mengambil alih negara, orang Melayu akan merempat di Sungai Gombak.

Mohd Ali kemudiannya berkata Pulau Pinang tidak akan kekal sebagai hab pelancongan kerana ketua menterinya seorang yang rasis.

"Tidak mustahil baginya menekan orang Melayu sehabis-habisnya," katanya merujuk kepada Lim Guan Eng ~ laporan penuh sila baca di ( SINI )

Beliau telah meletakkan punca beliau kalah pada PRU13 yang lalu kepada kaum Cina, kerana menurutnya Kaum Cina tidak mengundinya..

Malangnya beliau tidak sedar bahawa kawasan yang ditandinginya itu ialah kawasan dimana Melayu adalah pengundi majoriti.

Parlimen Bukit Katil, di mana Mohd Ali ditewaskan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, merupakan kawasan majoriti Melayu.

Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dengan 53 peratus Melayu, diikuti Cina (41 peratus) dan India (6 peratus). Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.

Nak jadi Hero Melayu pun bercakaplah berdasarkan fakta.. ni bedal membabi buta saja apa kejadahnya ni?

Tiada ulasan: