Addin |
- Berita Sedih Yang Tidak Di Siarkan Oleh Utusan, Berita, TV3 Dan RTM
- Shabery Cheek Sindir Najib..
- Patutlah Umno Di Penuhi Pemimpin Yang Tak Berguna.. Ini Puncanya
- Penghakiman Paling Aneh Di Dunia
- Perkasa Ugut Umno
Berita Sedih Yang Tidak Di Siarkan Oleh Utusan, Berita, TV3 Dan RTM Posted: 06 Oct 2013 09:56 AM PDT KULIM 6 OKT: Seorang Orang Kelainan Upaya dari Kumpulan OKU Setia Kulim nekad mendaki tangga dengan mengengsot kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu hari ini. Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, OKU itu, dikenali sebagai Gnana Pragasan, 53 berbuat demikian selepas Pengarah JKM Daerah Kulim enggan menemui mereka dan menunggu lebih sejam. OKUKatanya, memorandum itu berhubung kemudahan OKU di pejabat JKM berkenaan yang didakwa tidak memuaskan hingga menyusahkan mereka untuk berurusan. Selain itu, kata Surendran, mereka juga mendakwa elaun antara RM150 hingga RM300 dipotong, serta layanan pegawai JKM yang disifatkan kurang mesra. "Pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah (pejabat JKM Kulim) untuk menemui Pengarah JKM Kulim yang berada di tingkat atas. "Selepas menunggu hampir sejam, seorang dari mereka nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu. "Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respon mengenainya," katanya yang menyifatkan tindakan JKM itu sebagai zalim. Katanya, Gnana terpaksa menggunakan tangga disebabkan tiada lif dan kemudahan laluan untuk kerusi roda ke tingkat satu pejabat yang terletak di Kompleks Bangunan Majlis Perbandaran itu. Sehubungan itu, Surendran berkata beliau akan membangkitkan insiden itu pada sidang parlimen 21 Oktober ini dan kumpulan itu juga bersedia untuk hadir. ~kd |
Posted: 06 Oct 2013 08:05 AM PDT Debat bukan budaya kita.. itulah ungkapan pemimpin Umno apabila Anwar mencabar Najib berdebat sebelum PRU13 lalu. Rata-rata pemimpin Umno mempertahankan Najib supaya tidak berdebat dengan Anwar. Yang peliknya dalam pemimpin Umno mengatakan debat budaya kita, Debat Piala Perdana Menteri menjadi acara tahunan di universiti dan kini menteri kabinet mencadangkan debat di kalangan calon Naib Presiden Umno. Shabery sokongcadangan adakan perbahasan enam calon Naib Presiden Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (pic) mengalu-alukan cadangan supaya diadakan perbahasan serentak dikalangan keenam-enam calon naib presiden yang akan bertanding pada pemilihan Umno 19 Okt ini. Bagaimanapun, timbalan ketua Umno bahagian Kemaman, Terengganu itu berkata ia perlu dibuat dalam bentuk forum yang membenarkan setiap calon mengemukakan pandangan masing-masing.
Bercakap kepada BernamaTV dari Cannes, Perancis, Ahmad Shabery yang berada di sana untuk mengetuai delegasi industri filem negara, berkata RTM akan menampilkan calon-calon itu secara serentak. Bagi BernamaTV pula, ia akan menyiarkan perbahasan itu bermula 10 malam untuk dua malam berturut-turut, 15 dan 16 Oktober. Ia didahului dengan tiga pencabar iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dan bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Pada malam berikutnya, giliran ketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal. Ahmad Shabery berkata BernamaTV, yang juga penyiar rasmi pemilihan Umno 2013, telah mengadakan lintas langsung dan bual bicara serta program bual bicara sejak 21 September lepas ketika majlis penyerahan borang oleh calon. BernamaTV kini menyiarkan dua program iaitu Ruang Bicara dan Bicara Calon masing-masing selama satu jam dan setengah jam pada 10 malam dan 11 malam setiap hari. Temuramah termasuk calon ketua ketiga-tiga sayap. Ruang Bicara menampilkan calon ketiga-tiga sayap, Pemuda, Wanita dan Puteri dan calon Majlis Tertinggi, diadakan setiap hari mulai 30 September. Ia menampilkan dua atau tiga tetamu yang ditanya mengenai topik tertentu berkaitan politik, isu semasa dan ekonomi.
Kedua-dua program itu akan disiarkan sehingga hari pemilihan ketiga-tiga sayap parti pada 12 Oktober dan pemilihan majlis tertinggi pada 19 Oktober. BernamaTV juga akan menyiarkan secara langsung proses pengundian di dua Umno bahagian pada 12 dan 19 Oktober. Ahmad Shabery juga menasihati calon-calon sayap parti supaya datang ke pejabat BernamaTV untuk merakam pandangan mereka. BernamaTV dan RTM juga akan menjemput Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibual bicara pada 17 dan 18 Oktober ini. ~bernama |
Patutlah Umno Di Penuhi Pemimpin Yang Tak Berguna.. Ini Puncanya Posted: 06 Oct 2013 03:57 AM PDT Usia di awal 60an bukanlah penghalang dua calon naib presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk meneruskan usaha mereka memenangi pertandingan merebut jawatan berkenaan. Sebaliknya, kedua-dua pemimpin itu yakin dengan istilah "gandingan tua dan muda" untuk "meremajakan" parti. Bagi bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berpegang kepada prinsip "hidup bermula pada 60 tahun" dan gandingan orang lama dan baru perlu memandangkan pengalaman luas yang dimilikinya untuk membantu. "Walaupun sudah berusia 64 tahun tetapi saya ikut cara di Jepun, hidup bermula dengan 60 tahun. Walaupun usia 64 tahun, tenaga saya macam 24 tahun, masih boleh bekerja lagi," katanya dalam temuramah khas dipetik akhbar Utusan Mingguan. "Tentang usia, saya berpendapat orang lama juga perlu bersama. Tiada yang lama maka tiada yang baru," katanya.Ali dan Isa antara pemimpin lama yang bersaing merebut jawatan naib presiden Umno bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Penyandang kerusi berkenaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dan juga Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi pertandingan enam penjuru itu, namun Ahmad Zahid dikatakan menerima sokongan tertinggi antara mereka. Hishamuddin, yang juga Menteri Pertahanan dikatakan agak ketinggalan ekoran prestasinya yang lemah semasa menguruskan Kementerian Dalam Negeri, manakala Shafie dikatakan tidak menerima sokongan daripada Umno Bahagian di Sabah disebabkan hubungannya dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang tidak begitu baik. Isa, yang sebelum ini terpalit krisis integriti bagaimanapun berkata kepimpinan seorang pemimpin bukan terletak pada usia sebaliknya kemampuan individu itu sendiri."Kemampuan ini dinilai oleh orang ramai. Ini bukan sahaja parti malah dalam kerajaan kalau kepimpinan itu bagus dan diterima maknanya ia menguntungkan parti," kata Isa. "Dalam politik ini kita tidak dapat ramal. Ada yang bermula awal, habis pun awal. Ada yang bermula akhir, habis awal. Ada juga yang bermula akhir, dia tidak berakhir-akhir," katanya dipetik akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu. Mengakui umur beliau sebaya dengan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isa menegaskan penyertaannya adalah bagi membantu parti Melayu itu untuk menghadapi pilihan raya akan datang. "Malah, ramai yang berpendapat memang kita maklum menjadi amalan pada parti kombinasi antara golongan lama dan golongan baharu ini memang diamalkan Umno sejak dulu."Tiada apa yang luar biasa kalau orang lama seperti saya menyertainya. Jadi bermakna Presiden dan Timbalan Presiden termasuk golongan orang lama juga," katanya. ~tmi |
Penghakiman Paling Aneh Di Dunia Posted: 05 Oct 2013 11:41 PM PDT Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu'minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam. Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay' supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut. Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim. Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand:-Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah? Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi. Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan. Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand! Paderi besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasa, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.Ya Allah!Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam! Dipetik dari buku 'Qasas min at-Tarikh' oleh Syaikh Ali at-Tantawi ~harakahdaily |
Posted: 05 Oct 2013 06:30 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan satu lagi rusuhan kaum akan tercetus sekiranya kaum Melayu masih kekal miskin di negara ini sambil mahu pembelaan segera daripada kerajaan selain program pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata kebajikan orang Melayu yang merupakan 60% daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia perlu diberi perhatian dengan menjamin keselamatan dan kestabilan politik mereka. "Apa jaminan yang dapat kerajaan berikan tiada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 sekiranya orang Melayu kekal tidak mendapat pembelaan? "Rusuhan kaum pada 1969 tercetus akibat pengagihan kek ekonomi yang tidak adil antara kaum. Orang Melayu masih gagal mendapat pegangan ekonomi 30% meskipun negara telah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun."Inilah yang kerap saya katakan kepada pemimpin Umno. Apa gunanya Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit dan pembangunan infrastruktur tetapi kaum Melayu masih tidak membangun dari segi ekonomi," katanya dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ibrahim berkata kaum Melayu memerlukan bantuan tambahan berikutan persekitaran ekonomi yang semakin mencabar atas dasar dunia tanpa sempadan.Katanya, kemurahan hati dan sifat tolak-ansur orang Melayu membolehkan kaum lain mencari rezeki di negara ini malah warga asing juga mampu hidup mewah di Malaysia. "Kerajaan masih membantu kaum Cina dan India yang miskin seperti menawarkan biasiswa, sumbangan wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai insentif lain yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia. "Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. "Lebih banyak bank dan skim pembiayaan khas perlu disediakan kepada kaum Melayu supaya lebih ramai akan bergiat dalam bidang perniagaan sekaligus dapat berkhidmat kepada masyarakat," katanya. Pada 14 September lalu, Najib mengumumkan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera bagi meningkatkan lagi pengangan ekonomi kaum itu yang ketinggalan sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada awal 1970-an lagi. Pendekatan yang diumumkan Najib adalah seperti melaksanakan penswastaan kepada agensi kerajaan dan memberikan lebih kontrak kepada firma Bumiputera. Dalam majlis itu juga, Perdana Menteri mengumumkan untuk meningkatkan daya keusahawanan, pemilikan rumah dan peluang meningkatkan peluang pendidikan dan pekerjaan kepada kaum itu. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan