Jumaat, 4 Oktober 2013

Addin

Addin


Insan Ini Menangis Setiap Kali Baca Laporan Audit Negara

Posted: 04 Oct 2013 09:37 AM PDT

Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan segala macam perbelanjaan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal ternyata memberikan kesan kepada emosi rakyat.

Dalam satu surat pembaca yang dihantar kepada Harakahdaily, Ahmad Nazri Khamis mahu berkongsi rasa sedih tersebut dengan membandingkan ketirisan dan keborosan kerajaan dengan realiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau pernah berdepan dengan beberapa situasi sukar ekoran kekangan kewangan dan menyifatkannya sebagai perkara biasa yang sering dilalui golongan rakyat bawahan.

"Apakah Pak Menteri sedar, sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi kereta kena tunda sebab kehabisan minyak, beli minyak RON95 dengan duit syiling, beli susu anak dengan berhutang, tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan.

"Aku juga pernah makan makanan hampir basi kerana kelaparan, berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak, tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan, bekalan air kena potong sebab bil tertangguh dan pinjam telepon kawan kerana tiada top-up.

"Apakah pak-pak menteri sedar? Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan," katanya.Menurut beliau, walaupun kerja "macam mahu mati", pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Lebih menyedihkan katanya, setiap kali membaca laporan audit yang didedahkan, ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran kerajaan mencecah jutaan ringgit.

Sedangkan katanya, wang itu jika diguna untuk bembantu rakyat tentu sekali dapat meringankan beban rakyat kebanyakan."Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka.

"Menteri boleh kata "tiada pembaziran berlaku". Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?"Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa," rintihnya. ~harakahdaily




Iklan C (ii)


Pendedahan Yang Mengaibkan Umno BN..

Posted: 04 Oct 2013 04:14 AM PDT

Pendedahan yang dibuat menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2012 bukanlah perkara yang mengejutkan buat rakyat Malaysia, yang sudah tidak yakin lagi dengan kesungguhan Kerajaan Umno BN untuk membanteras rasuah dan mengukuhkan lagi kebertanggungjawaban pentadbiran.

Ini telah menjadi satu fenomena tahunan, yang mengundang banyak retorik dan janji-janji kosong daripada Kerajaan namun akhirnya tiada tindakan diambil dan kesilapan sama berulang.

Pendirian kami ialah meskipun diadakan begitu banyak mekanisme semak dan imbang, ataupun audit tiga kali setahun tidak akan menyelesaikan masalah ini, apa yang diperlukan ialah keazaman politik Kerajaan untuk menguatkuasakan mekanisme semak dan imbang tersebut. Malangnya, kerajaan telah berkali-kali gagal dalam ujian kebertanggungjawaban ini.

Saya ingin mengetahui siapakah yang betul di dalam kontroversi konsert K-Pop – Ketua Audit Negara dan Menteri Belia dan Sukan hari ini Khairy Jamaluddin yang mendakwa Kementerian terpaksa akhirnya membiayai konsert tersebut; atau Ahmad Shabery Cheek, Menteri sebelum Khairy yang mendakwa konsert tersebut dibiayai penaja menerusi akaun Majlis Sukan Negara? Shabery malah mendakwa Ketua Audit culas dalam menyediakan laporan tersebut.

Adakah Khairy bersedia menjamin rakyat Malaysia bahawa Kementeriannya tidak lagi akan terperangkap di dalam perbelanjaan yang dipertikaikan seperti ini apabila Laporan Audit 2013 akan dibentangkan pada 2014 nanti, terutamanya bagi tempoh selepas Mei 2013 apabila beliau dilantik menjadi Menteri.

Kewajaran membelanjakan RM67.61 juta wang rakyat bagi satu acara seperti Hari Belia Negara 2012 menimbulkan persoalan, apabila kesan positif jangka panjangnya terhadap anak muda boleh dipertikaikan. Berapa banyakkah wang tersebut memberi kesan secara langsung kepada anak muda yang sepatutnya menerima manfaatnya, dan berapa banyakkah pergi ke syarikat pengurusan acara yang mengaturkan program tersebut?

Hakikatnya RM67.61 juta boleh digunakan untuk memperbaiki kedudukan dan memberikan manfaat kepada anak muda negara. Wang tersebut boleh digunakan untuk kemudahan sukan, pemerkasaan diri dan inisiatif-inisiatif lain yang mampu memberi kesan yang berpanjangan di kalangan generasi muda.

Sementara laporan Ketua Audit Negara mungkin menarik perhatian terhadap pembaziran dan kegagalan sistemik, ini juga merupakan peluang yang baik untuk Kerajaan memikirkan semula pendekatan dasar dan kesannya terhadap rakyat Malaysia yang biasa.


Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor
Adun Seri Setia




Iklan C (ii)

Pemilihan PAS Makin Panas..

Posted: 04 Oct 2013 02:49 AM PDT

Berikutan kempen PAS yang semakin panas, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mencadangkan agar pemimpin dan ahli-ahli PAS mengawal kenyataan dan ulasan mereka mengenai pemilihan PAS.

"Pada pandangan saya pemilihan parti, pimpinan utama parti tidak perlu beri ulasan lebih-lebih," katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan PAS dan ahlinya berhubung pemilihan parti menjelang Muktamar PAS ke-59, November ini.

"Ulasan tersebut kelihatan lebih menonjol berbanding persiapan menghadapi Pilihanraya Kecil Sungai Limau pada 4 November ini.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi parti, tambahan pula ulasan tersebut datangnya daripada pimpinan tertinggi parti. Ulasan pimpinan tentunya akan mengundang pelbagai reaksi segera pelbagai pihak," kata Tuan Ibrahim dalam tulisannya itu.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan yang berbalas-balas antara para pemimpin PAS sejak kebelakangan ini sehingga dilihat menimbulkan kesan negatif kepada PAS

"Saya melihat fenomena ini sebagai satu elemen negatif bagi parti kerana polimik dalaman harus ditangani dalam lingkungan adab dan akhlak jamaah yang tinggi.

"Lantaran itu disarankan agar pimpinan utama parti di semua peringkat tidak memberikan komentar samada menyokong atau sebaliknya terutama melibatkan jawatan utama parti," kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, perwakilan harus diberi sepenuhnya kepercayaan bagi membuat pilihan, "ini kerana kita yakin mereka lebih tahu ke mana hala tuju parti perlu dibawa," ujarnya.

Beliau menambah, kenyataan ini tidak bermaksud mahu menyekat jalan demokrasi dalam parti, "tetapi kita harus memimpin sistem demokrasi agar tidak merosakkan ukhuwah jamaah."

Katanya, dalam keadaan media baru yang sukar dikawal, maka ulasan positif sekalipun boleh diulas dalam bentuk negatif yang akan mengundang pelbagai reaksi.

"Mari kita pelihara ukhuwah jamaah ini dengan memelihara thiqah pada pimpinan yang telah berkorban untuk jamaah selama ini, menghormati perasaan dan menghormati mereka.

"Saya yakin kita semua sayangkan jamaah ini. Cuma caranya berbeza. Ada orang sayangkan anak maka dimarah anak itu, ada yang mencubit, ada yang memukul dan ada yang memeluk dan menciumnya.

"Kalaulah anda jadi anak, cara mana yang anda suka?" soal beliau dengan penyataan "Senyum" yang menjadi trade mark kenyataan beliau sehingga menerbitkan buku 'Senyumlah' sebanyak dua siri sekarang.

Kempen secara rasmi dalam PAS bermula apabila Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor mencadangkan agar presiden dan timbalan presiden PAS dipilih di kalangan ulama.

Sebelum itu, kempen-kempen sudah berjalan dalam media sosial dan menerusi laman-laman web. Padahal ketika ini, timbalan presiden PAS bukanlah ulama.

Ekoran cadangan ulama itu, pihak yang bukan ulama dalam PAS mula menjalankan kempen mereka menerusi pelbagai program yang mereka anjurkan dan wawancara dengan media. ~tmi




Iklan C (ii)

Apa Komen Ketua Audit Negara Berkenaan Prestasi Sarawak?

Posted: 04 Oct 2013 01:40 AM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012) yang baru sahaja dikeluarkan menarik perhatian banyak pihak. Rata-rata rakyat kecewa dengan prestasi sektor awam daripada sudut ini yang seakan-akan tiada peningkatan kerana saban tahun isu ketirisan sektor awam yang hampir serupa dilaporkan. Bagaimana pula dengan prestasi Sarawak?

Daripada 10 projek atau entiti di bawah agensi kerajaan negeri Sarawak yang telah diaudit dalam LKAN 2012, tiga daripadanya mendapat penarafan kurang memuaskan iaitu Pengurusan Perkhidmatan Perunding di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Program Pembangunan Industri Padi (PPIP) dan Program Pembangunan Ternakan (PPT) manakala Mayang Tea Sdn Bhd mendapat penarafan tidak memuaskan.

Mari kita teliti satu persatu antara 'The Good', 'The Bad' dan 'The Ugly'. Tetapi saya ingin bermula dari belakang.

'The Ugly'

Mayang Tea Sdn Bhd (MTSB)

MTSB adalah anak syarikat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) yang menjalankan aktiviti penanaman, pemprosesan dan pemasaran teh di Bahagian Samarahan sebagai salah satu projek sosio-ekonomi membasmi kemiskinan. Ia ditubuhkan dengan modal berbayar RM1.69 juta. Keadaan kewangan MTSB adalah amat lemah dan mendapat penarafan tidak memuaskan daripada Ketua Audit Negara.

i.Tidak pernah untung sejak penubuhan pada 1983.
ii.Kerugian terkumpul pada 2011 adalah RM4.06 juta.
iii.Pendapatan langsung pada 2011 hanyalah RM8,878.
'The Bad'

Pengurusan Perkhidmatan Perunding (Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri)

Bagi tempoh 2010 sehingga 2012, hampir RM530 juta digunakan untuk perkhidmatan perunding bagi 360 projek di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri yang secara keseluruhannya bernilai hampir RM9 bilion. Adalah merisaukan apabila sebuah entiti kerajaan negeri yang bertanggungjawab kepada peruntukan sebesar ini diberi penarafan kurang memuaskan dalam LKAN 2012.

i.26.2% daripada 225 projek di bawah JKR dan JTS gagal disiapkan mengikut jadual. Ini termasuklah projek Skrang Water Supply dan Pakan Water Supply.
ii.4% daripada jumlah ini berstatus 'terbengkalai'.
Bagaimanapun, LKAN 2012 tidak menjelaskan kos yang dibelanjakan untuk projek bermasalah ini. Jangkaan kita ialah ia mungkin sekurang-kurangnya bernilai ratusan juta kalau pun tidak berbilion.

Program Pembangunan Industri Padi (PPIP)

PPIP adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9 hasil kerjasama tiga agensi utama iaitu Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan & Saliran dan beberapa agensi lain. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kadar 'self-sufficiency' pengeluaran beras di Sarawak kepada 70%. Sepanjang tempoh rancangan ini, sejumlah RM 253 juta dibelanjakan untuk menjayakan PPIP di lima bahagian Sarawak iaitu Limbang, Sri Aman, Mukah, Betong dan Kapit. Walaupun sejumlah peruntukan yang amat besar dibelanjakan, prestasi PPIP adalah amat mengecewakan.

i.Pada akhir 2010 kadar 'self-sufficiency' beras di negeri ini hanyalah 53.9% berbanding sasaran 70%. Pada 2009, ia adalah serendah 41.1%.
ii.Produktiviti pengeluaran padi adalah rendah iaitu hanya 3 tan metrik sehektar berbanding sasaran 5 tan metrik sehektar.
iii.Projek infrastruktur padi di Betong menelan belanja RM56 juta tetapi hanya 1% kawasan terlibat ditanam dengan padi.
iv.Lebih RM100 juta dibelanjakan untuk projek penambahbaikan sistem saliran dan pengairan di 7,800 hektar kawasan penanaman padi namun isu pengairan masih menjadi sebab utama kegagalan PPIP.

v.Pusat Pengeluaran & Pemprosesan Benih Padi (SPPC) di Stumbin bagi membekalkan benih padi berkualiti kepada pesawah di Sarawak bernilai RM7 juta juga gagal disiapkan. Kini ia sudah diambil-alih oleh Kementerian Pertanian Malaysia tetapi dengan tambahan kos hampir RM10 juta.

vi.Yang lebih menarik ialah walaupun sasaran produktiviti dan 'self-sufficiency' tidak tercapai, tahap keluasan penanaman padi di Sarawak pula melepasi sasaran sebanyak 2.7%.

Program Pembangunan Ternakan (Jabatan Pertanian Sarawak)

RM53.7 juta dibelanjakan untuk menjayakan program ini yang berobjektif meningkatkan pengeluaran daging di Sarawak. Namun berikut adalah prestasi projek yang menggambarkan kelemahan yang serius:

i.Kadar pengeluaran di 4 stesen ternakan yang diaudit untuk 2012 hanyalah 40% berbanding sasaran 60%.

ii.Kadar kelahiran ternakan yang rendah di bawah piawaian, 65% (lembu) dan 100% (kambing/bebiri).

iii.Kadar kematian yang amat tinggi melepasi piawaian, 10%. Ada stesen ternakan yang mencatat kadar kematian ternakan setinggi 74%.

iv.Pengimportan 2,240 ekor lembu baka berkualiti bernilai RM9.3 juta tanpa kontrak perjanjian dan diberi pengecualian prosedur tender.
'The Good (?)'

Daya Builders Sdn Bhd (DBSB)

DBSB adalah syarikat usahasama antara Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan sektor swasta. Ia menjalankan aktiviti pembangunan perumahan khususnya jenis kos rendah untuk HDC. Walaupun secara keseluruhannya memuaskan, ada beberapa kelemahan ketara DBSB dalam menjalankan aktiviti perniagaannya.

i.Pembinaan 86 unit rumah teres kos rendah di Kanowit bernilai RM8.09 juta gagal disiapkan sehingga 2012 (sepatutnya siap pada 2010). Kontrak ini dibuat tanpa tender.

ii.Pembinaan 100 unit rumah teres kos rendah di Bintulu bernilai RM12.5 juta gagal disiapkan pada 2010. Kontrak ini juga dibuat tanpa tender.

iii.Kontrak pembinaan 865 unit rumah kos rendah dan beberapa projek pembangunan berkaitan yang bernilai RM114.54 juta dibuat secara lantikan terus. Malahan, 11 daripada 16 projek DBSB yang diaudit adalah tanpa tender terbuka.

Harwood Timber Sdn Bhd (Harwood) Harwood adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA). Aktiviti utamanya ialah memantau pengagihan kayu balak di Sarawak dan balak untuk dieksport. Walaupun mendapat penarafan baik, ada beberapa perkara kelemahan yang perlu diberi perhatian.

i.Subsidiarinya iaitu Harwood Timber Products Sdn Bhd mencatat kerugian tiga tahun berturut-turut (2009-2011) dengan jumlah kerugian terkumpul bernilai lebih RM20 juta.

ii.Baki penghutang tertunggak berjumlah RM6 juta.

iii.Hutang berjumlah RM6 juta ini pula tidak dikenakan faedah 1.5% sebulan seperti yang ditetapkan.
Taman Perindustrian Samalaju (TPS)

TPS adalah sebahagian daripada SCORE (Sarawak Corridor for Renewable Energy) bagi menempatkan industri-industri 'energy intensive' di negeri ini. Walaupun mendapat penarafan memuaskan daripada Ketua Audit Negara, berikut adalah beberapa kelemahan yang signifikan:

i.Loji Rawatan Kumbahan & Saluran Pembetungan - RM18.47 juta dibelanjakan (86% daripada peruntukan) tetapi projek hanya 3.6% siap.

ii.Jalan Seksyen A - RM85.93 juta dibelanjakan (63% daripada peruntukan) tetapi projek hanya 14.7% siap.

iii.Jalan Maskat, Bintulu - RM24.01 juta dibelanjakan (51.2% daripada peruntukan) tetapi projek hanya siap 30.7%.

iv.Jalan Collector A - RM8.88 juta dibelanjakan tetapi jalan retak, tidak rata, bahu jalan terhakis dan parit jalan tersumbat.

Kita amat sedih dengan pendedahan ini. Sampai bilakah ratusan juta wang rakyat ini perlu dibazirkan lagi? Jelas, kita memerlukan Umar Abdul Aziz yang baru. Sekiranya keseluruhan pentadbiran kerajaan diaudit, bagaimana pula 'revelation'nya, ya?

"It is not power that corrupts but fear. Fear of losing power corrupts those who wield it and fear of the scourge of power corrupts those who are subject to it." - Aung San Suu Kyi



Iklan C (ii)



Menjelang Pemilihan Umno, Zahid Hamidi Di Sabotaj

Posted: 03 Oct 2013 11:50 PM PDT

Penyandang jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang dilihat sebagai calon paling popular untuk mempertahankan jawatan itu menjelang 19 Oktober ini, mula diserang dengan "kempen hitam" atau dikenali sebagai "black campaign".

Sebuah video bertajuk "Jenayah Zahid Hamidi" dimuatnaik di laman sosial Youtube yang mendakwa bekas kekasih kepada anak menteri dalam negeri itu, Amir Bazli Abdullah dicederakan oleh Ahmad Zahid.

"Ini adalah video klip yang melibatkan jenayah Zahid Hamidi. Sikap menggunakan kuasa untuk menekan undang-undang tidak melayakkan beliau memimpin Umno," tulis sinopsis klip video yang dimuat naik pada 2 Oktober menggunakan nama akaun 'azlanshah mohd noor'.

"Jangan sampai Zahid Hamidi menjadi liabiliti kepada Umno. Kita perlu menjadikan Umno parti yang dihormati bukan mengambil tindakan sendiri tanpa memperdulikan undang-undang. Zahid Hamidi hari ini Menteri Dalam Negeri. Adakah ini tidak memalukan kerajaan. Apakah tidak akan menjadi liabiliti kepada Umno kelak. Kita fikir sendiri," katanya.

Dalam klip video sepanjang 47:15 minit itu, Amir Bazli menceritakan kronologi kejadian bermula daripada mula beliau mengenali anak Zahid sehingga beliau terlantar di hospital selepas dipukul.

Amir Bazli memfailkan saman pada Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid yang pada ketika itu timbalan menteri kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuh dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfailkan saman balas terhadap Amir Bazli.

Ahmad Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dicabar tiga individu untuk jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Dalam kajian dijalankan Merdeka Center baru-baru ini, terhadap sentimen kepada pemimpin-pemimpin di kalangan ahli Umno, Ahmad Zahid adalah salah seorang tokoh popular.

Kaji selidik dijalankan terhadap 600 penyokong parti bagi menilai pemimpin Umno seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahmad Zahid, Hishammuddin, Mohd Ali, Mohd Isa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain-lain.

Dr Mahathir mendapat undian 79% daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang dijalankan melalui telefon bulan lalu.

Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%).

Kajian itu menunjukkan Ahmad Zahid lebih popular daripada Muhyiddin yang merupakan timbalan peresiden Umno.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober.

Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober.

Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka menjejaskan peluang Mohd Isa dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.

The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuashatian di kalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia menetap di ibu kota United Kingdom (UK) itu. ~tmi




Iklan C (ii)



Ustaz Tuan Ibrahim Calon Popular Timbalan Presiden PAS

Posted: 03 Oct 2013 08:27 PM PDT

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menjadi lebih popular untuk dilantik sebagai timbalan presiden PAS apabila menerima semakin banyak pencalonan.

Terbaru, majoriti perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah memilih beliau dicalonkan untuk jawatan itu. Pemilihan beliau dibuat selepas majoriti perwakilan dalam Mesyuarat Agung Kawasan itu memilih beliau mengenepikan dua lagi calon iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Paduka Husam Musa untuk jawatan itu.

PAS kawasan Kuala Krau, Pahang dan Selayang, Selangor juga memilih Tuan Ibrahim sebagai calon mereka untuk jawatan nombor dua PAS itu.

Sebelum ini, Husam menerima pencalonan untuk jawatan yang sama dari Segamat, Johor; Lembah Pantai, Kuala Lumpur; dan Kota Bharu, Kelantan.

Selain itu, nama Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga mendapat pencalonan untuk jawatan itu dan mendapat pencalonan dari Pengkalan Chepa dan Besut.

Turut dipercayai mendapat pencalonan adalah penyandang jawatan itu ialah Mohamad Sabu namun The Malaysian Insider belum mendapat maklumat yang sah tentang kawasan yang mencalonkan beliau.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad dicalonkan oleh PAS kawasan Gelang Patah untuk dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS.

Pencalonan itu dibuat dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gelang Patah baru-baru ini.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sekarang adalah Datuk Harun Taib, pemimpin PAS dari Terengganu manakala timbalannya adalah Datuk Ahmad Yakub, Menteri Besar Kelantan. ~tmi




Iklan C (ii)



Tanda Kubra Kiamat Sudah Muncul?

Posted: 03 Oct 2013 07:38 PM PDT

Kumpulan saintis berpangkalan di Kanada mendapati ribut geomagnetik yang melanda bumi akan mengganggu aplikasi pandu arah kiblat yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia.

Dalam laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik yang digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi semalam dan akan berakhir pada 29 Oktober nanti.

"Para saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi masalah untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari," katanya.

Menurut saintis berkenaan, hasil kajian itu diperolehi selepas satu ujikaji dijalankan di dalam sebuah makmal yang dirahsiakan tersebut.

"Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten," katanya.

Susulan dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim supaya mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan mereka untuk mengerjakan ibadat.

Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius.

Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi.

TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi.

Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi.

Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.





Iklan C (ii)





Tiada ulasan: