Khamis, 3 Oktober 2013

Addin

Addin


Demokrasi Ala BN, AJK Pusat MCA Di Pecat Hanya Kerana Jemput Lim Kit Siang

Posted: 03 Oct 2013 09:39 AM PDT


BN mengamalkan demokrasi, itu laungan yang biasa di dengar daripada mulut pemimpin BN. Namun apa yang diucap tak serupa apa yang di bikin. Dalam erti kata yang mudah, cakap tak serupa bikin. 

Anda semua lihatlah, hanya kerana AJK Pusat MCA, Lee Hwa Beng menjemput pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk melancarkan buku beliau pada tahun lalu. Lee Hwa beng telah di pecat..

Lee Hwa Beng dipecat dari MCA
Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Lee Hwa Beng (gambar) digugurkan dari parti itu kerana mengundang Penasihat DAP Lim Kit Siang melancarkan bukunya tahun lalu. 
"Saya terkejut. Saya hanya mengetahui perkara tersebut petang ini dari rakan-rakan," katanya yang masih kabur dengan penjelasan itu. 
"Saya pemimpin MCA pertama menjemput ahli parlimen pembangkang melancarkan buku. Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah MCA," katanya. 
Beliau kini sedang berusaha mencari maklumat lanjut punca digugurkan dan akan menemui media pada Jumaat. 
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang selama tiga penggal itu tertanya-tanya sebab beliau digugurkan kerana belum pernah menerima sebarang notis tindakan disiplin parti terhadapnya. 
Lee telah menjemput Lim merasmikan buku "PKFZ: A Nation's Trust - Betrayed" yang menceritakan masalah projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider. 
Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat turut hadir pada majlis itu. 
Baru-baru ini Lee mengkritik kepimpinan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melalui akaun Twitternya @hwabeng. 
Lee hari ini turut mengumukan melalui Twitter beliau telah digugurkan dari MCA. 
"Dengarnya saya telah digugurkan dari MCA. Chua melihat saya sebagai ancaman sedangkan saya sendiri dipilih oleh perwakilan." 
Lee akan menghadiri Perhimpunan Agung MCA sebagai perwakilan bahagian Kelana Jaya. 
Lee pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang melihat kontroversi dalam projek PKFZ dan merupakan individu di sebalik jawatankuasa audit bebas yang mana penubuhannya diarahkan oleh Ong merupakan Menteri Pengangkutan pada masa itu. 
Buku Lee "PKFZ: A Nation's Trust - Betrayed" dilancarkan pada April menceritakan tentang PKFZ yang dimulakan pada 1997 turut mengandungi kisah pengalamannya mengendalikan LPK selama tiga tahun dan pembabitannya dalam siasatan kontroversi itu. 
Projek yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.1 billion pada 1997 meningkat empat kali ganda menjadi RM4.6 billion pada 2007. 
Audit dijalankan oleh firma perakaunan terkemuka PricewaterhouseCoopers mendapati kos keseluruhan termasuk faedah pembayaran semula boleh mencecah RM12.5 billion pada 2009. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Pistol Jatuh Dalam Laut, Zahid Hamidi Setuju Alasan Ketua Polis Negara

Posted: 03 Oct 2013 08:27 AM PDT


Ini boleh di katakan alasan yang paling tidak masuk di akal yang dikeluarkan oleh KPN dan dipersetujui oleh Menteri KDN, Zahid Hamidi. Sebelum KPN mengeluarkankan kenyataan bodoh ini, apa yang bermain di fikiran beliau.

Adakah semudah itu beliau boleh memperbodohkan rakyat Malaysia dengan alasan seperti ini. Jikalau beliau beranggapan sebegitu tenyata beliau silap.

Dalam dunia ICT sekarang, maklumat hanya di hujung jari. Alasan tersebut sebenarnya memperlihatkan kebodohan beliau sendiri.

Sebenarnya rakyat Malaysia bergelak ketawa dengan telatah beliau..

Pistol "kadang-kala terjatuh dalam laut", Zahid Hamidi setuju alasan KPN
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kehilangan pistol anggota polis seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 berkemungkinan kerana jatuh ke dalam laut. 
Ahmad Zahid ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau percaya pistol yang dilaporkan hilang dalam audit berkenaan terjatuh ketika melakukan operasi. 
"Saya setuju, dalam operasi kadang-kala (pistol) terjatuh dalam laut. Tapi saya percaya tiada penyelewengan," katanya kepada pemberita. 
"Saya minta polis kuatkan SOP dan menjaga peralatan mereka, termasuk pistol supaya tak jatuh ke dalam laut lagi," katanya. 
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya berkata, berdasarkan statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit. 
Mengulas laporan itu, Khalid dipetik berkata, beliau yakin senjata api polis yang dilaporkan hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah. 
"Kehilangan ini tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau jatuh dalam air dan tidak ada orang yang dapat," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Laporan Audit Negara Puji Selangor

Posted: 03 Oct 2013 06:35 AM PDT


Program Hadiah Anak Masuk Universiti, yang merupakan salah-satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dipuji dalam Laporan Audit Negara kerana mencapai sasaran pemberian bantuan secara keseluruhan.

Siasatan Jabatan Audit Negara mendapati 87.8 peratus golongan sasar menerima manfaat daripada program MES itu.

Paling menarik perhatian Audit adalah prestasi sangat baik yang dicatatkan pada 2010 (99.9% dari 7,699 pemohon), 2011 (93.1% dari 7,167 pemohon) dan 2012 (98.6% dari 7,887). 

Bilangan-penerima-wang"Semakan Audit mendapati prestasi Program adalah baik kerana bilangan penerima wang hadiah bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,600 penerima yang disasarkan. 

"Analisis Audit selanjutnya juga mendapati prestasi Program bagi tahun 2010 hingga 2012 berada pada tahap sangat baik iaitu 93.1% hingga 99.9%," menurut laporan itu.

Program Hadiah Anak Masuk Universiti telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mulai 1 Julai 2008 dan bertujuan untuk meringankan beban pelajar bagi menampung yuran dan perbelanjaan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 

Dari Julai 2008 hingga 2012, sebanyak RM36.60 juta tela diperuntukkan dan RM32.13 juta telah dibelanjakan untuk menjayakan program ini. 

Penerima-pinjama dalam pada itu, Laporan Audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan kejayaan program ini, termasuk meletakkan proses pengesahan dan perakuan yang ketat, serta memperkemaskan pemberian hadiah. ~selangorku





Iklan C (ii)


Rahsia Shabery Cheek Terbongkar

Posted: 03 Oct 2013 05:31 AM PDT

Sehari selepas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihak kementeriannya membayar RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert, penyandang jawatan itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) menegaskan wang itu datang daripada para penaja.

Menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan itu, kementerian menerima RM20 juta daripada penaja korporat dalam dan luar negera untuk sambutan itu.

Beliau berkata, wang tajaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara oleh para penaja di mana ia tidak diambil kira oleh pihak Jabatan Audit Negara.

"Juruaudit hanya melihat jumlah yang keluar daripada akaun kementerian," katanya dalam satu kenyataan di Facebook sambil mendakwa jabatan itu bersikap 'culas'."Ia bukan wang pembayar cukai yang disia-siakan seperti dakwaan  pihak pembangkang  yang merujuk kepada ringkasan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara .

"Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan Selasa lalu mendedahkan sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan untuk membawa masuk tiga kumpulan pop dari Korea Selatan untuk mengadakan persembahan di konsert itu datangnya daripada duit kerajaan.

Semalam, Khairy mengakui kementerian itu terpaksa membayar untuk konsert K-pop yang diadakan sepanjang sambutan Hari Belia Sedunia tahun lalu selepas para penaja menarik diri. 

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta telah dibuat pada masa itu, terdapat tawaran daripada mereka untuk membayar untuk konsert itu," Khairy menjelaskan hal itu di laman Facebook rasminya semalam.

Beliau berkata selepas pelan penajaan itu gagal, pihak kementerian terpaksa mengambil alih.Khairy juga mendedahkan bahawa kementerian telah membatalkan konsert K-pop bagi sambutan Hari Belia 2013. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)


Akhirnya ISA Wujud Dalam Bentuk Baru

Posted: 03 Oct 2013 01:58 AM PDT

Setelah berbahas dan kemuncaknya malam tadi, akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan dengan suara majoriti penyokong kerajaan jam 12:50 tengah malam tadi.

Perbahasan rang undang-undang itu hangat dan memperlihatkan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendirian masing-masing atas nawaitu untuk menjadikan rang undang-undang berkenaan murni dan benar-benar bermanfaat.

Kerajaan yakin dan percaya rang undang-undang berkenaan tidak bersifat penganiayaan dan adil serta sangat penting untuk membasmi penjenayah berat di negara ini.

Manakala pembangkang mempersoalkan rang undang-undang berkenaan sebagai hendak mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini. Pembangkang juga meragui rang undang-undang berkenaan akan disalahgunakan.

Walaupun jaminan oleh menteri KDN bahawa ia tidak akan digunakan untuk tujuan politik tetapi pembangkang tetap meraguinya berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini. Semasa kewujudan akta ISA 1959 dahulu, ada jaminan oleh perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman yang akta berkenaan akan digunakan untuk menangkap subversif sahaja.

Tetapi apa yang berlaku jelas ia turut terheret kepada penahanan tanpa bicara terhadap ratusan ahli politik pembangkang.

Selain itu, pembangkang berhujah rang undang-undang berkenaan juga bertentangan dengan Perlembagaan negara di bawah beberapa artikel dalam Perlembagaan. Pembangkang juga mempertikaikan kenapa ia tidak diminta nasihat Peguam Negara terlebih dahulu walhal Perlembagaan berkehendakkan demikian. Dakwaan pembangkang itu diakui sendiri oleh Abdul Ghani Patail yang beliau tidak diberikan deraf rang undang-undang berkenaan.

Bagaimana dakwaan pembangkang itu dinafikan oleh menteri, di mana katanya perkara itu tidak betul dan rang undang-undang itu telah dibawa kepada peguam negara dan pihak lain sebelum dibawa ke Parlimen.

Pada perhatian saya sesi perbahasan rang undang-undang ini di peringkat dasar atau jawatankuasa, hingga ke peringkat hendak meluluskan ia menggambarkan kesungguhan dan keprihatinan pembangkang bagi menjamin rang undang-undang berkenaan tidak bersifat kejam dan zalim. Hampir semua ahli parlimen kedua-dua pihak yang arif mengenai undang-undang mengambil bahagian dalam perbahasan.

Walaupun di sepanjang perbahasan itu ada wakil rakyat yang terbiasa dengan perangainya menyampuk dan mempersendakan, namun keseluruhan sesi perbahasan itu menarik dan mempunyai kualiti sebagai ahli parlimen sewajarnya. Malang sedikit hampir semua cadangan dan teguran pembangkang termasuk dalam soal teknikal dan feudalmental tidak dipedulikan oleh menteri KDN.

Semoga dengan lulusnya rang undang-undang berkenaan tujuan dan matlamat kerajaan untuk membenteras penjenayah berat akan tercapai. Kejadian tembak menembak yang menghantui rakyat Malaysia beberapa bulan lalu hendaknya akan dapat diatasi. Sehubungan itu juga indeks jenayah di negara ini akan menurun ke peringkat yang munasabah.

Daripada aspek lain, perbahasan dan kelulusan rang undang-undang berkenaan juga memberi markah yang besar kepada menterinya Ahmad Zahid Hamidi yang ketika sedang berdepan dengan pemilihan kepimpinan dalam Umno. Rang undang-undang itu sedikit sebanyak membantu beliau untuk mendapat perhatian perwakilan Umno untuk mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak.

Bagi saya rang undang-undang baru itu walaupun ia tidak sama dengan ISA, tetapi daripada segi semangat dan rohnya ia mewarisi akta dekronian berkenan kerana elemen ketidakadilan masih kelihatan. ~mso







Iklan C (ii)



Gambar Ustaz Azhar Idrus Berangkat Menunaikan Haji Di Mekah

Posted: 02 Oct 2013 10:23 PM PDT









 


Iklan C (ii)



Tuan Guru Haji Hadi, Kit Siang dan Anwar Mungkin Tak Bertanding PRU14

Posted: 02 Oct 2013 08:49 PM PDT

Pemimpin kanan PAS menafikan dakwaan parti itu tidak menampilkan bakat kepimpinan muda, malah memberikan bayangan kemungkinan ketiga-tiga pemimpin teratas parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi akan beraksi pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata tiada pemimpin yang akan menongkat dunia dan PAS akan terus melahirkan kepimpinan baru menggantikan posisi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya yakin kita tidak lagi menyaksikan Abdul Hadi; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewarnai pilihan raya tersebut.

"PAS sendiri banyak melahirkan pemimpin melalui Dewan Pemuda dan boleh dikatakan 80% kepimpinan parti pada masa ini datangnya daripada sayap itu.

"Dakwaan mengatakan PAS tidak melahirkan bakat kepimpimpinan muda adalah tidak benar kerana terbukti Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan adalah Ahli Parlimen Temerloh dan orang nombor duanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz adalah Ahli Parlimen Pasir Mas," katanya ketika menghadiri forum "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat bercanggah dengan pendirian Salahuddin apabila berkata PAS kurang menampilkan bakat kepimpinan muda dalam parti sambil meminta ruang yang lebih besar diberikan kepada sayap parti itu.

Katanya, Dewan Pemuda PAS masih kurang menjuarai isu berkaitan rakyat tetapi menggesa orang ramai turut melihat sumbangan sayap itu di peringkat parti dan pembangunan negara.

"Kegagalan PAS menampilkan bakat kepimpinan muda menyebabkan banyak golongan muda yang berbakat meninggalkan PAS untuk menyertai parti lain atau lebih senang untuk bergerak dalam badan bukan kerajaan (NGO).

"Istilah yang digunakan PAS dilihat terlalu eksklusif seperti usrah, tamrin, muqayyam dan lain-lain memberi jurang kepada generasi muda menyertai PAS.

"Meskipun Dewan Pemuda tidak memainkan peranan yang begitu ketara tetapi penubuhan seperti Unit Amal yang mempunyai ahli seramai 2,000 orang sentiasa bersama dalam memenuhi kebajikan dan mendengar keluh-kesah rakyat," katanya ketika diminta oleh sidang forum untuk membela sayap parti itu.

Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.Sementara itu, Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata parti yang mengamalkan kesederhanaan dan masih berada di pusat politik tanah air akan memenangi PRU14.

Katanya, kesederhanaan Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi tumpuan pengundi adalah selari dengan prinsip Islam maka menurutnya pemimpin PAS tidak perlu berpura-pura memenangi hati rakyat.

"Politik Malaysia adalah sesuatu yang kompleks dan Islam sendiri menganjurkan kesederhanaan yang bukan satu ideologi ciptaan PAS.

"Usaha Umno untuk memecahkan parti dalam PR tidak berjaya apabila pengundi Cina kini tidak lagi takut untuk mengundi PAS dan anak muda Melayu tidak segan silu menjulang bendera DAP.

"PAS akan terus menjadi badan pemantau dalam PR bagi memastikan usaha menumbangkan Umno-BN pada PRU14 berjaya. Setelah perjalanan sejauh ini, PAS tidak lagi akan kembali kepada kebobrokan politik sebagaimana yang berlaku sebelum ini," katanya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Berita Ini Cukup Mengecewakan Pemimpin Umno.. Saksikanlah

Posted: 02 Oct 2013 07:53 PM PDT

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberi jaminan PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, dalam memastikan perjuangan parti Islam itu sering bersama PR, mereka akan memastikan sayap di dalam parti tersebut bergerak sering dan tidak akan terperangkap dengan permainan politik Umno.

"Dalam pertengkaran rumah tangga pun, dalam diam anak bertambah. Begitu juga PAS, pendapat pemimpinnya pelbagai tetapi presiden parti berjaya menyatukan kami.

"Bagi memastikan kelangsungan PAS bersama PR, kami tidak akan bermain di gelanggang yang disediakan Umno dan sedia menerima kritikan kerana PAS adalah milik rakyat Malaysia.

"Jangan menaruh harapan yang terlalu besar kepada PR kerana kami baru berusia lima tahun berbanding Barisan Nasional (BN) sudah berusia lebih 50 tahun," katanya dalam satu forum bertajuk "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada majlis sama berkata, PR kini sudah berada di pertengahan jalan untuk menawan Putrajaya maka tiada sebab bagi parti itu berpatah balik.

Katanya, pemimpin yang berlainan suara dalam PAS melihatkan sifat dinamik parti itu sambil menggesa ulama dalam PAS agar lebih bersifat agresif mengkritik kelemahan pemimpin Umno.

"Segala yang diperjuangkan PR tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja kerana inilah masa depan kita bersama.

"Kita harus menggerakkan rakyat untuk menyuburkan demokrasi dengan menghapuskan segala salah laku pemimpin Umno yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan menyekat kebebasan media.

PAS kenal pasti faktor ketakutan orang Melayu kepada PAS, kata Datuk Husam Musa."Afrika pun mengamalkan kebebasan media malah mereka yang tinggal di luar negara terkejut apabila saya menyatakan 99 peratus media arus perdana di Malaysia dikawal oleh kerajaan," katanya.

Husam berkata, PAS harus mengenal pasti punca ketakutan orang Melayu kepada parti itu dengan menyelami faktor ketakutan mereka.

Katanya, orang Melayu perlu bijak memilih di antara pemimpin Islam yang komprehensif atau pemimpin Melayu yang banyak mengamalkan rasuah.

"PAS harus mengenal pasti faktor ketakutan orang Melayu di samping memahami landskap politik kaum Melayu dan menjadi lebih praktikal.

"Perkauman adalah senjata terakhir Umno dan semakin tumpul apabila kaum bukan Melayu turut mengundi PAS dalam PRU13 lalu.

"PAS tidak menuju ke belakang kerana majoriti rakyat Malaysia mahu melihat PR mentadbir negara. Ini terbukti apabila PAS yang dahulu hanya dikenali di Pantai Timur kini mula dikenali di serata Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan PAS mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PR terutamanya PKR.

Cadangan Harun itu kemudiannya dijadikan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Isa Samad Tarik Diri Bertanding Naib Presiden Umno?

Posted: 02 Oct 2013 06:00 PM PDT

Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangkakan menjejaskan peluang Tan Sri Isa Samad dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.

The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia menetap di ibukota United Kingdom (UK) itu.

"Harganya imenjadi buah mulut orang Umno kerana ianya terlalu mahal dan sesuatu yang tidak seharusnya Felda laburkan," kata seorang "warlord" Umno kepada The Malaysian Insider.

"Terdapat cukup kontroversi berhubung penyenaraian FGVH, jadi kita tidak mahu satu lagi peluru untuk pembangkang gunakan," katanya merujuk kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd tahun lepas.

Difahamkan juga SPRM sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada terdapat unsur rasuah dalam perjanjian yang dimuktamadkan 4 September lepas.

Sumber memberitahu SPRM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menyiasat perkara ini.

"Ini merupakan perkara sensitif kerana ia melibatkan agensi yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno yang bertanding. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai cara untuk mengalahkan Isa," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Isa merupakan salah seorang daripada tiga pencabar kepada tiga penyandang jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Isa yang popular itu dinamakan sebagai pengerusi Felda dua tahun lalu dan FGVH tetap disenaraikan walaupun terdapat bantahan daripada sesetengah peneroka yang takut mereka kehilangan kawalan terhadap tanah mereka.

Beliau mempertahankan pembelian itu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan jumlah dibayar untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartments minggu lepas dan apa untungnya terhadap sejuta peneroka Felda."Ini bukan isu luar biasa. 

Tabung Haji juga beli beberapa bangunan di London," kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bulan lepas merujuk kepada Lembaga Tabung Haji."Kami membeli kerana kami mahukan asset," tambah beliau.

Felda dan anak syarikatnya FGVH sebelum ini membelanjakan RM86 juta untuk membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu, RM110 juta untuk pembuat kad pintar dan pemaju pertanian kampung Iris Corp dan hartanah di UK.

Grand Plaza merupakan apartmen mewah terbesar di London yang mempunyai 198 unit apartmen dan seluas 105,044 kaki persegi.

Terletak berhampiran dengan stesen subway Bayswater, 90% daripada unit penuh setiap bulan dan Isa mengatakan ianya di tangga pertama dalam carian Google dan 75% daripada penjualan berlaku secara atas talian.

Akan tetapi pengkritik mengatakan Felda seharusnya melabur kepada sektor perladangan berbanding dengan hartanah atau berkaitan dengan pelancongan.

"Terdapat untung lebih besar jika ia melakukan kajian dan pembangunan untuk produk kelapa sawit berbanding dengan urusan hartanah," kata seorang pegawai dari syarikat berkait kerajaan.

"Agak menghairankan melihat Felda membeli asset bukan teras apabila Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd melepaskannya untuk menggalakkan keusahawanan," tambahnya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: