Selasa, 29 Oktober 2013

Addin

Addin


Buku Yang Sangat Di Takuti Oleh Najib Dan Kroni-Kroninya..

Posted: 29 Oct 2013 10:00 AM PDT

Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari'ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Buku-buku tersebut adalah hasil karya Pehin Datuk Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berdasarkan Kuliah Bersama Mufti di 11 buah masjid untuk memberi penerangan mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah.

Jabatan Mufti Kerajaan dalam satu kenyataan menjelaskan ia sebagai mendukung titah Sultan Brunei untuk melaksanakan Qanun Hukuman Jenayah Syar'iah di negara itu.

Menurut kenyataan itu, objektif buku itu adalah untuk menyangkal anggapan sebahagian pihak bahawa undang-undang Jenayah Syar'iah adalah usang dan tidak layak untuk dilaksanakan, pada hal undang-undang jenayah S itu jauh lebih unggul tidak berubah-ubah dan lebih menyeluruh.

"Sesungguhnya undang-undang Allah itu adalah amanah bagi semua untuk diketahui, disampaikan dan dilaksanakan. Terpulang, sama ada orang mahu menerimanya ataupun tidak. Orang yang menerimanya dijanjikan ni'mat di dunia dan akhirat," tambah kenyataan itu.

Buku setebal 248 mukasurat itu mangandungi 3 bab, iaitu bab Qisas, Hudud dan bab Ta'zir. Harga kulit keras ialah $14.00 sementara kulit nipis ialah $10.00. ~hrkh




Iklan C (ii)




Najib Pemimpin Wassatiyah.. Ini Buktinya

Posted: 29 Oct 2013 08:22 AM PDT

Tidak wajar gaji terlalu tinggi dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Minyak naik"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak dalam bajetnya baru-baru ini.

"Najib harus ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam.

Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion.

"Pada 1 Oktober lalu, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000).

"CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000).

"CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.

"Gaji bulanan semua CEO ini lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara bergaji sebulan hanya RM23,577," katanya.

Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.

"Contohnya, gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan, Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum RM31,600 sebulan.

"Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan," katanya.

Ong turut mendesak Najib menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC). ~kd




Iklan C (ii)


Gambar Profil FB Pembunuh Pegawai Bank Di Padamkan

Posted: 29 Oct 2013 05:47 AM PDT


Apabila kisah pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu yang menembak mati seorang Pegawai Operasi AmBank Cawangan USJ Central, Subang, Selangor didedahkan mempunyai akaun Facebook atas nama Ardi Ode Putra Katela kini menjadi heboh dan kecoh di alam maya. 

Tetiba gambar profilnya di akaun FB tersebut sudah padam dan hilang!!!!Untuk memadam dan menghilangkan gambar profil tersebut mestilah individu yang tahu nama email dan kata laluannya.

Gambar profil yang telah dipadamkan

Adakah ini memberi makna dan mesej jelas bahawa tuan punya FB atau lebih tepat Pengawal Keselamatan itu telah memadamkannya sendiri?

Ini menunjukkan beliau sedang memantau segala kisah mengenai pembunuhan kejam dan rompakan ini melalu internet.

Tetapi yang peliknya kenapa tidak dipadamkan akaun FB ni hanya sekadar gambar profil. Adakah dengan memadamkan gambar profil orang ramai tak mengenalinya?


kredit~omakkau




Iklan C (ii)


Rahsia Jamil Khir Baharom Tersebar

Posted: 29 Oct 2013 02:34 AM PDT

Datuk Mahfuz Omar tidak mahu memanjangkan isu mendoakan PAS menang di Sungai Limau oleh bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir kerana beliau cukup mengenali siapa Baharom Ramli, 77.

Mahfuz ketika diajukan soalan oleh wartawan dalam sidang media hari ini, berkata beliau tidak mahu mengheret perbalahan di kalangan ahli keluarga Jamil.

"Tak apalah, biarlah. Saya tak mahulah mengheret perbalahan keluarga mereka," katanya ringkas.

Menurut Mahfuz, sewaktu lawatan beliau tempoh hari Jamil Khir tiada di rumah.

"Dia bukan hadir pun masa bapa dia tadah tangan berdoa itu," katanya di Markas Induk PAS PRK N20 Sungai Limau.

Tegas Mahfuz, beliau amat mengenali Baharom yang telah lama bergiat dalam PAS malah dia mengaku telah membayar yuran ahli pada bulan lima lepas.

"Tak apalah Datuk Jamil kata saya tak betul tak apa, tapi saya faham bapa dia sebab saya lama dengan bapa dia. Bapa dia itu jiwanya PAS, original PAS," kata Mahfuz lagi.

Namun, beliau berharap perbezaan politik dalam keluarga Jamil Khir tidak menjadi isu besar buat Jamil sepanjang kempen pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung.

Semalam, Jamil Khir mendakwa bapanya hanya sekadar mengaminkan doa yang dibaca PAS sewaktu mereka menziarahi bapanya di rumah mereka di Kampung Sedaka, Yan.

Dakwanya lagi, bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung. ~hrkh


Lihat video di sini.





Iklan C (ii)


Penganalisis Politik Dedah Punca Mahathir Gasak Najib

Posted: 28 Oct 2013 09:50 PM PDT

Kritikan secara terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengejutkan penganalisis yang mengandaikan kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu mungkin menjadi pemangkin kepada serangan itu.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat, masyarakat Malaysia hari ini lebih terbuka terhadap kritikan berbanding zaman pemerintahan Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003 dahulu.

"Saya melihat landskap politik di Malaysia sudah dapat menerima kritikan namun persoalannya sama ada dibenarkan atau tidak, Dr Mahathir tetap diberikan kebenaran untuk memberikan pandangan," kata Pensyarah Universiti Pengurusan Singapura, Profesor Bridget Welsh ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

"Dr Mahathir tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan Umno. Kita pun tahu calon yang diinginkan Dr Mahathir bagi meneruskan kuasanya," katanya.

Welsh berkata, Najib sudah berdepan cabaran yang sangat getir daripada pembangkang dan kini beliau terpaksa berdepan tentangan daripada veteran Umno sendiri.

"Tiba masa Najib mengorak langkah sendiri dengan keputusan pemilihan Umno yang diumumkan tempoh hari," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Jayum A Jawan, berkata kritikan Dr Mahathir itu mahu menyumbang kepada pengukuhan kepimpinan Najib, tetapi tidak kena pada tempatnya.

Katanya, jika teguran disampaikan dengan cara betul maka Najib pasti dapat menerimanya malah teguran seperti itu memberi kesan besar apabila seorang negarawan yang melakukannya.

"Saranan Dr Mahathir itu mungkin berpunca daripada kekalahan Mukhriz dalam merebut jawatan naib presiden Umno namun kekalahan itu perlu dilihat kekurangan 10 undi bahagian sahaja berbanding Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Ada asasnya jika Dr Mahathir tidak berpuas hati terutama kepada sistem pemilihan Umno yang jelas tidak menggambarkan suara keseluruhan perwakilan. Memberi pemberat kepada semua bahagian sama iaitu satu bahagian dengan satu undi adalah perkara yang tidak wajar.

"Saya melihat Dr Mahathir mahu menyumbang tetapi dengan cara tidak berhemah. Perdana Menteri tidak seharusya dikritik sebegitu rupa," katanya.

Jayum berkata, keadaan ini seperti memberi peluru kepada pembangkang dan tidak membantu kepada pembangunan parti.

Katanya, kritikan ini bukan baru kerana sebelum ini Dr Mahathir pernah berbuat demikian tetapi tidak merujuk kepada Perdana Menteri.

"Najib harus menerima pandangan Dr Mahathir secara terbuka untuk menerima semua kelemahan yang dilontarkan. Najib menjadi pemimpin kepada semua maka tidak mudah bagi beliau melayan kerenah semua pihak terutama parti politik.

"Seeloknya Dr Mahathir tidak campur tangan dalam urusan kerajaan selepas bersara kerana nasihat itu boleh diberi secara peribadi dan bukan kepada media.

"Dr Mahathir mempunyai saluran untuk menyampaikan saranan beliau tanpa perlu mencabar kepimpinan semasa. Perkara ini juga yang diterima Dr Mahathir semasa mula menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu apabila menerima tekanan daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, berkata Dr Mahathir menjadi punca kepada kecelaruan politik negara.

Katanya, apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan maka urusan pentadbiran negara perlu ditinggalkan kepada pemimpin negara sekarang supaya mereka selesa dan pentadbiran lebih kuat.

"Pemimpin dunia lain seperti Tony Blair, Bill Clinton dan Margaret Thatcher faham mereka adalah pemimpin yang melepaskan jawatan dan tidak ikut campur kepada pemimpin sekarang.

"Masalah pasti berlaku jika pemimpin yang sepatutnya bersara tidak bersara. Jika ada perkara yang hendak disampaikan bukan melalui media dan boleh disampaikan secara peribadi," katanya.

Wan Saiful berkata, inilah demokrasi yang lebih sihat berbanding zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin, berkata landskap politik dua pemimpin itu berbeza kerana Najib berdepan cabaran masyarakat yang lebih besar berbanding pendekatan Dr Mahathir yang lebih menggunakan kuasanya.

"Semasa zaman Dr Mahathir, sokongan kepada BN masih kuat dan suara pembangkang belum menjadi kuat. Jika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekarang, beliau juga akan berdepan masalah sama," katanya.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Asia Tenggara, Singapura, Ooi Kee Beng, berkata Dr Mahathir cuba menyampaikan konsep kesederhanaan kepada kerajaan dan mengajak untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil.

"Saya sokong saranan seperti ini. Kerajaan perlu mendengar tetapi pada masa sama perlu mempunyai hala tuju sendiri dengan tidak mengikut sepenuhnya kepada saranan yang diberi.

"Kerajaan perlu fokus dan melakukan apa yang terbaik untuk negara," katanya.

Dr Mahathir semalam menyifatkan pentadbiran Najib lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009.

Beliau pernah berkata bahawa pemerintahan Najib jauh lebih baik berbanding Abdullah. ~tmi




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: