Sabtu, 26 Oktober 2013

Addin

Addin


Tetiba Ramai Yang Loya Tekak Hari Ini..

Posted: 26 Oct 2013 09:15 AM PDT

Senada dengan pengumumannya semalam bahawa kerajaan memansuhkan subsidi gula demi kesihatan rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau juga sudah mula mengurangkan pengambilan bahan itu dalam minumannya.

"Saya pun telah mula belajar minum teh tanpa gula sekarang," katanya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika perasmian majlis Persidangan Perwakilan Nasional ke-42 parti Gerakan di sini, hari ini.

Semalam perdana menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Harga runcit gula sebelum ini ialah RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula hari ini.




Iklan C (ii)


TV3 Cakap Najib Hargai Pemimpin DAP Terdahulu?

Posted: 26 Oct 2013 07:35 AM PDT


Najib hargai pemimpin DAP terdahulu.. Betul ke TV3 ni atau silap tulis atau di edit?? Kalau sesiapa tengok berita boleh tolong komen..





Iklan C (ii)


Kerana Gula.. Pemimpin Umno Jadi Gila

Posted: 26 Oct 2013 06:00 AM PDT

Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.

"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.

Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.

Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong."Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi. 





Iklan C (ii)



Muhyiddin Tidak Berakhlak Dan Tidak Beradab.. Baca Bukti

Posted: 26 Oct 2013 04:27 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya."Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong."Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya. ~hrkh





Iklan C (ii)



Menteri Kesihatan Dedah Tembelang Najib

Posted: 26 Oct 2013 02:27 AM PDT

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (gambar) hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula.

Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik.Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini.

Menurut Dr P Ramesh,  langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan  penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum.

"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman."Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh.

Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Sepatutnya kerajaan sejak dahulu tidak memberikan subsidi gula kepada rakyat.  Saya rasa inilah kesilapan kerajaan yang kini telah diperbetulkan.

"Ini adalah masa terbaik untuk tidak lagi memberikan subsidi gula kepada rakyat tambahan pula umum sedia maklum mengetahui pengambilan gula secara kerap tidak baik untuk kesihatan malah ia memudaratkan," katanya.

"Pengambilan gula adalah satu budaya di negara ini. Namun kita perlu tahu ia tidak diperlukan kerana bukan bahan keperluan penting seperti beras atau petrol.

"Sekiranya pesakit diabetik  pergi berjumpa doktor termasuk yang memberi pandangan ini, pastinya mereka menyarankan pengurangan pengambilan gula," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri forum Simposion Klinikal Immunology Kebangsaan di Kuala Lumpur. ~tmi





Iklan C (ii)


"Saya Mahu Negara Kita Laksanakan Hukum Hudud Walaupun Saya Bukan Islam"

Posted: 25 Oct 2013 10:23 PM PDT


Walaupun pemimpin negara semakin galak berdebat mengenai perlaksanaan hukum hudud, namun adakah perkara itu terkesan di hati masyarakat?

Kebelakangan ini semakin banyak kes tembak, bunuh dan rogol yang telah menjadi igauan masyarakat kita tanpa mengira agama, bangsa, umur dan jantina, dan mungkin anda yang akan menjadi mangsa seterusnya.

Orang ramai mula mempertkaikan penguatkuasaan pihak berkuasa, namun secara adilnya PDRM juga perlukan masa untuk memberkas penjenayah, menyiasat dan selebihnya terserah kepada tindakan undang-undang yang tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia.

Pernahkan kita terfikir alternatif undang-undang hudud yang dicadangkan parti pembangkang mampu mengekang masalah jenayah ini? Persoalannya adakah masyarakat bukan Islam dapat menerimanya?

Mike (bukan nama sebenar), seorang penganut agama Sikh secara terang-terangan bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak yang ingin melaksanakan hukum hudud walaupun bukan beragama Islam.

Mempunyai kerjaya dalam industri hiburan sebagai pengawal keselamatan selama lebih 20 tahun, Mike mengakui pandangannya mengenai hudud adalah berpunca daripada jenayah yang semakin liat berlaku kini.

"Terlalu banyak jenayah yang berlaku dan dengan kerja saya sekarang, Saya telah melihat banyak jenayah berlaku di hadapan mata.

Bercerita mengenai pengalamannya, Mike yang mempunyai anak perempuan berusia 17 dan 13 tahun turut mengakui hanya hukum Islam itu mampu membendung masalah jenayah.

"Saya sendiri adalah mangsa ragut, ia berlaku dihadapan enam rakan saya, namun perkara itu terlalu cepat dan saya agak peragut itu telah dilatih kerana teknik yang digunakan untuk menjatuhkan saya sangat berkesan.

"Terlalu banyak....jadi kita perlukan undang-undang baru untuk selamat dan apabila saya mendengar mengenai hudud, jadi saya fikir itu yang sebaiknya.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah melalui undang-undang hudud mungkin boleh memberi kesedaran kepada mereka dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah.

"Kalau mereka merompak, potong saja tangan...baru lah kita sebagai orang awam akan rasa selamat bila berjalan di mana-mana sahaja.

Ditanya bagaimana cara untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam melalui undang- undang itu, beliau berkata kesedaran melalui pendidikan adalah perlu.

"Melalui pendidikan, seharusnya dinyatakan secara meluas apa itu hukum hudud, bagi saya jika itu dapat membantu mengurangkan masalah jenayah ia patut dilaksanakan.

Jelas Mike, selain daripada melaksanakan hukum Hudud, cara yang dirasakan berkesan mengelakkan jenayah adalah mengawal pergerakan kanak-kanak dan remaja di bawah umur.

"Apabila ibu bapa tidak mempunyai pendidikan yang sewajarnya untuk mendidik anak mereka, jadi saya bersetuju sekirnya remaja di bawah umur 17 sepatutnya dikawal oleh ibu bapa dan tidak dibenarkan keluar rumah sepas pukul 10 malam.

"Dan penjaga harus mengawal pergerakan mereka khususnya remaja, malah ada diantara pelanggan pusat hiburan yang membawa anak mereka yang dibawah umur ke tempat sebegitu. Untuk apa?," soalnya.

"Jadi caranya adalah penguatkuasaan, tetapi walaupun undang-undang yang ada sekarang sudah ketat tetapi jenayah semakin banyak dan penyelesaiannya adalah dengan melaksanakan hukum hudud," katanya ketika ditemubual mD.

Relevenkah hudud di Malaysia?

Hukum Hudud adalah terletak dalam Akta Mahkamah Syariah namun boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan daripada Parlimen.

Beberapa tahun lepas, undang-undang telah membenarkan enakmen Mahkamah Syariah seperti tindakan yang di kenakan ke atas Kartika Sari yang minum arak di khayalak ramai.

Antara lain adalah penjara atau pun denda bagi hukuman murtad dan minum arak.

Sementara itu, pendakwah bebas Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berkata hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

"Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam," katanya dalam blog Minda Tajhid milik beliau.

Namun begitu, beliau turut menjelaskan masih banyak jenayah yang tidak tersenarai dalam hukum hudud.

Katanya, kesalahan jenayah yang mengaitkan keselamatan awam juga boleh dihukum melalui hukum hudud.

"Dosa pertama adalah dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri.

"Manakala dosa kedua adalah yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya", katanya.

Kelmarin, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina.

Hukuman termasuk rejam sampai mati ke atas mereka yang berzina, potong tangan bagi kesalahan mencuri, sebat untuk kesalahan menggugurkan janin hingga kepada perbuatan minum minuman keras.

"Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan," titah baginda. ~mD




Iklan C (ii)

Pakar Ekonomi Belasah Najib

Posted: 25 Oct 2013 08:17 PM PDT


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah langkah 'regresif' yang akan memberi kesan lebih buruk kepada kumpulan miskin dan rakyat Malaysia yang sudah pun bergelut dengan hutang, kata pakar ekonomi.

Walaupun memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) untuk diganti dengan GST, kadar 6% yang diumum Putrajaya hari ini dalam Bajet 2013 dianggap terlalu tinggi, menurut pakar ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

"Ini adalah cukai regresif kerana mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbeban dengan pengenalan cukai ini daripada segi nisbah kepada pendapatan mereka," kata Azrul kepada The Malaysian Insider.

Azrul juga tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan pengenalan kadar 6% adalah paling rendah.

"Kerajaan perlu membuat perbandingan pengenalan kadar antara negara dan bukan pada kadar semasa.

"Singapura semasa memperkenalkan GST hanya pada 3%," terang Azrul lagi.

Pandangan Azrul juga dikongsi oleh penganalisis Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui kerana kadar itu adalah tidak munasabah memandangkan hutang isi rumah berada pada 80% dan orang ramai akan terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang diperoleh.

"Akhirnya rakyat terpaksa berbelanja lebih daripada hasil yang mereka peroleh," kata Lim kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakaria Abdul Rashid tidak menolak dengan inflasi yang meningkat secara konsisten sejak beberapa bulan lalu, pengenalan GST akan menekan rakyat.

"Indeks harga pengguna (CPI) ketika ini pada kadar 1.9% dan kita lihat sejak beberapa bulan ia naik secara konsisten.

"Kalau peningkatan ini berterusan sehinggalah pengenalan GST pada tahun 2015 nanti, ia mungkin menambah tekanan kepada orang ramai," kata Zakaria.

Indeks CPI bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 meningkat sebanyak 1.7% kepada 106.5 dibandingkan dengan 104.7 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, CPI Ogos 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9% daripada 105.0 kepada 107.0 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, CPI merekodkan peningkatan sebanyak 0.1%.

Selain itu, Putrajaya juga telah pun berdepan dengan kritikan susulan pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan sebanyak 20 sen, malah kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3% menurut pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Mengenai jaminan untuk memantau pelaksanaan GST di bawah Jawatankuasa Pemantauan GST, Azrul meragui akan kemampuan Putrajaya untuk menunaikan janji-janji tersebut berdasarkan kegagalan dalam pelaksanaannya sebelum ini.

"Saya meragui jawatankuasa yang ditubuhkan tersebut mempunyai kemampuan untuk menguatkuasa GST ke atas peniaga, pengeluar serta menangani inflasi.

"Sejak dahulu lagi, tren penguatkuasaan di Malaysia adalah lemah. Adakah itu membuatkan anda berfikir penguatkuasaan sekarang akan lebih baik daripada masa lepas?" soal Azrul lagi.

Sebaik pengumuman tersebut, Najib berkata cukai tunggal atau GST itu akan membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.

"Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa GST terbukti sebagai satu sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.

"Majoriti negara-negara dunia itu tidak akan melaksanakan GST jika ia memudaratkan rakyat dan negara," kata Najib.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga menegaskan pelaksanaan GST haruslah dilaksanakan secara berperingkat.

"Semuanya harus dilakukan secara berperingkat, perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat," kata beliau kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 Jun lalu. ~tmi



Iklan C (ii)

Kisah Sedih Sebelum Kematian Pegawai Bank Yang Di Tembak

Posted: 25 Oct 2013 05:16 PM PDT


Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya. Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

"Abang masih sayang saya?" Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

"Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan benar-benar tidak menyangka nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

"Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam)," katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.

Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

"Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada," kata kanak-kanak itu dalam nada sayu.

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut merasai kekejaman yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah..





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: