Addin |
Rahsia Di Sebalik Tragedi Pegawai Bank Di Tembak Tersebar Posted: 25 Oct 2013 09:42 AM PDT Kini telah menjadi perbualan secara terbuka dimana-mana saja bahawa pengawal keselamatan yang menembak mati seorang wanita Pegawai Bank AmBank di USJ Sentral, semalam dan melarikan sejumlah wang bekerja dengan syarikat yang dimiliki oleh seorang exco wanita UMNO Malaysia. Securiforce Sdn Bhd ... Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid. Jika kisah ini benar maka perlu pihak berwajib dan berkuasa yang mengeluarkan lesen dan permit syarikat keselamatan yang membolehlah para pengawalnya membawa dan menggunakan senjata api memberikan penjelasan sebab di percayai juga pengawal keselamatan berkenaan memiliki MyKad Palsu. Rakyat ingin tahu akan kebenaran sehingga ke akar umbi tanpa ada sebarang percubaan untuk melindungi. Kementerian Dalam Negeri mempunyai prosedur dan tata cara yang amat ketat untuk mengeluarkan lesen bagi pengawal keselamatan membawa dan menggunakan senjata api. Jika ada sebarang perlanggaran syarat permit dan lesen di keluarkan kepada Syarikat Securiforce Sdn Bhd jika benar pengawal keselamatan ini bertugas dan berkhidmat dengan dengan berkenaan.. perlu dan wajar segera diambil tindakan (baca sini). Sekiranya perlu heret Pengarah Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ke muka pengadilan dipersilakan tanpa ada perasaan gentar dan memihak. |
Menteri Mengakui Malaysia Sudah Hancur? Posted: 24 Oct 2013 04:43 PM PDT Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana suasana sekarang sangat buruk. Malah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, samseng Melaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an. Antaranya, kata Wan Junaidi, ada kumpulan yang tampil berarak jika ada kematian melibatkan anggota kumpulannya. "Kalau ahli kumpulan (gangster) mati, kawan-kawan dia akan berarak secara terbuka. "Mafia 1920-1930an pun tak seberani itu, (mereka) menyorok-menyorok." Perang mafia AS pada masa itu itu dirakam insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929. Ia melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone Peristiwa ini dibandingkan oleh Wan Junaidi dengan kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng. ~mk |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan