Addin |
- Karier Politik Pak Lah Tamat Hari Ini
- Budak 22 Tahun Dapat 3,500 Ekar Balak?
- Kejadian Ini Buatkan Umno Makin Bengang Dengan Anwar.. Percayalah
- Pendedahan Yang Mengejutkan.. Saksikanlah
- Gempar!! Pelajar Makan Cicak Waktu Rehat Kerana Terlalu Lapar
- Punca Sebenar 14 AJK Umno Kalabakan Letak Jawatan Tersebar
Karier Politik Pak Lah Tamat Hari Ini Posted: 19 Oct 2013 10:07 AM PDT Kekosongan ini bakal diisi oleh pemenang yang bertanding jawatan itu diantara Datuk Seri Reezal Merican dan penyandang Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Hilmi Rashid. Baliau juga merupakan Presiden Umno dalam tempoh sama dan adalah ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978. Abdullah tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2013 untuk memberi laluan kepada Reezal yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politiknya. |
Budak 22 Tahun Dapat 3,500 Ekar Balak? Posted: 19 Oct 2013 07:14 AM PDT Sebenarnya aku tak ada locus standi dalam isu balak Kelantan ni sebab pertamanya, aku bukan rakyat Kelantan. Kedua, aku bukan ahli PAS dan ketiga, aku bukan penyokong Husam.Lagi pun, isu balak ni dah selesai bila MB Kelantan memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan konsesi balak ini ditolak. Khalas. Tapi, orang-orang yang tak berpuashati dengan Husam terus membedil Husam dengan macam-macam tuduhan sampaikan ada diantara ahli PAS yang sanggup melabelkan Husam sebagai pengkhianat. Aku dah banyak kali kena maki macam tu dan selalunya aku jarang ambik pot. Contohnya bila aku dedahkan Ngeh Koo Ham dapat 10,000 ekar di Kelantan, ramai yang kutuk aku dan mintak bukti. Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan.Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah. Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR. Serupa juga dalam kes Husam. Husam nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan, tapi Husam tak boleh la nak dedahkan semuanya kepada umum. Kalau dia dedahkan..yang menerima kesan ialah PAS dan kerajaan Kelantan. Tapi bila Husam tak dedahkan, dia dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah. Dan yang menuduh dan memfitnah bukan ahli sebarangan!! Nik Amar yang datang ke Liqa Fikri Pas Perak juga mengambil kesempatan untuk menghentam Husam. Ulama jenis apa ni? Aku pun dah lama simpan benda ni dan dah malas nak cerita...tapi bila membaca satu posting macam mana Prof. Agus menitiskan airmata ketika berjumpa Menteri Besar dan TMB Kelantan..itu menunjukkan Prof. Agus sayang kat negeri Kelantan. dan bila dia kritik kerajaan Kelantan, itu kerana dia sayang kat PAS Kelantan. Balik kepada isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan. Aku pernah tanya...pasai apa Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak? Sebenarnya, Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan. Sesiapa yang rajin atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai bila pun tak akan jumpa. Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini. Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar. Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta. Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini yang aku dapat. Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd? Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!! Gila ka? Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!! Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB. Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!" Apa nak buat? Kabel pun cuba mengubahsuai syarikat supaya nampak ada kredibiliti sikit. Dan seorang lagi dibawa masuk sebagai rakan kongsi pada 1 Ogos 2013. Kenal sapa dia? Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin. Whoa!! Macam ni ka hangpa punya kerja? Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu? Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran? Ini yang cuba di sampaikan oleh Husam...tapi sebagai salah seorang pemimpin PAS..dia tak boleh la nak dedah kerana ia akan menyebabkan kejatuhan PAS. Tapi kalau orang macam Husam yang cuba untuk mengelak sesuatu yang buruk berlaku...tak patutla kalau pemimpin dan ahli PAS sendiri tuduh dia pengkhianat. Sebaliknya, pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih. Baca seterusnya di sini. |
Kejadian Ini Buatkan Umno Makin Bengang Dengan Anwar.. Percayalah Posted: 19 Oct 2013 01:53 AM PDT Ekoran dari Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar 'menjauhkan diri' dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy'. Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.Amaran "Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat. "Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula. "Anda cukup tahu apa yang ditandatangani," kandungan surat amaran dipetik. Apakah tidak balas susulan oleh para pelajar kita? Rupa-rupanya tidak memberi kesan apa-apa pun.. mereka turun beramai-ramai membuat bantahan secara aman menyatakan sokongan kehadiran DSAI di Universiti Adelaide, Australia. Lagi ditekan lagi rakyat bangkit menyatakan sokongan ... Lawan Tetap Lawan. |
Pendedahan Yang Mengejutkan.. Saksikanlah Posted: 18 Oct 2013 10:00 PM PDT Amalan politik wang adalah lumrah untuk tujuan berpolitik, lebih-lebih lagi menjelang tempoh pemilihan parti, kata pemimpin Umno di peringkat bahagian. Ketikan dihubungi The Malaysian Insider, mereka bagaimanapun berkata politik wang yang dimaksudkan mereka adalah dalam bentuk "cenderahati" ataupun "bayaran makan-makan" memandangkan perkara itu adalah subjektif. Bersependapat dengan beliau, Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali menegaskan, ketika tempoh berkempen menjelang pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Naib Presiden Umno, calon yang berkempen sudah pasti membelanjakan wang yang banyak untuk jentera mereka. "Tapi pada masa sama banyak pihak yang bergerak, jumpa orang dekat-dekat nak pemilihan ni. Dah tentu banyak pakai duit. "Takkan jentera yang tolong kita tu sukarelawan? Macam mana dengan duit minyak, makan minum mereka?" soal Samsol Bari yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam. Jelasnya, amalan politik wang terbahagi kepada dua bahagian, termasuk politik wang negatif yang berlaku apabila mana-mana calon memberikan "sumbangan" kemudiannya meminta agar perwakilan mengundi mereka. "Itu persepsi orang. Tetapi politik wang yang tak sihat yang kita tak mahu. "Sekarang pemilihan dah sampai Cawangan, macam mana nak bagi duit dekat 150,000 perwakilan ini? Kalau sorang seringgit pun dah RM150,000. "Jelaskan maksud politik wang yang macam mana sebenarnya. Kalau dia (calon) kata 'nah ambil duit ni, kemudian undi aku' itu baru dinamakan politik wang yang tidak sihat," ujarnya. Menurut Samsol Bari, prestasi seseorang calon itu lebih dinilai oleh perwakilan daripada wang yang ditabur memandangkan perwakilan Umno kini bersikap lebih matang. "Parti mana menjelang pemilihan macam Umno ni tak guna duit? DAP? Mustahil. Semua sama. "Lagipun calon yang bertanding ni penyandang, orang dah kenal dan boleh menilai melalui prestasi mereka. Bagi saya soal prestasi dalam parti lebih signifikan berbanding duit," katanya. "Kalau dulu dia dah bertanding kemudian tak buat apa-apa perubahan, takkan kali ini perwakilan akan pilih dia lagi sebab dia banyak tabur duit?". Sumber Umno bahagian di Kedah turut melihat amalan politik wang sebagai sesuatu yang lumrah, namun pemilihan pada hari ini masih bergantung kepada "wahyu" Ketua Bahagian. "Nampak pemilihan kali ini bergantung kepada wahyu Ketua Bahagian, kalau mereka kata kekalkan ketiga-tiga maka akan kekal lah," katanya merujuk kepada tiga penyandang kerusi Naib Presiden; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, dan juga Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "Dijangka, malam ini wahyu untuk kekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden akan sampai," katanya merujuk kepada malam tadi. Trend ketika pemilihan sayap Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno minggu lalu, katanya, menunjukkan status quo ketiga-tiga pemimpin berkenaan akan kekal. Kempen Shafie, yang juga Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, jelas sumber dari Melaka, merangkumi kesemua 13 jabatan di bawahnya, termasuk iklan di akhbar-akhbar arus perdana. Manakala Hishammuddin, katanya, menggunakan jabatan di bawah selaiannya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan bagi tujuan berkempen. "Tapi Hishammuddin ini nampak macam lembik," tambahnya. Berkenaan Ahmad Zahid pula, beliau melihat ketokohan Islam dan tegas memberikan kelebihan kepadanya untuk dipilih para perwakilan. Sumber dari Umno bahagian di Johor bagaimanapun mengakui wujudnya "permainan politik wang yang kotor" apabila beliau "diminta" untuk mengundi calon-calon yang memberikan "sumbangan" kepadanya. Sepanjang proses pemilihan sayap sehingga tempoh pemilihan hari ini, sumber yang enggan dinamakan itu telah menerima sejumlah RM1,400 daripada calon yang bertanding. "Minimum mereka beri RM50, tapi ada juga yang beri RM100," katanya, sambil menambah pemberian sumbangan itu hanya dikhususkan untuk perwakilan yang akan mengundi hari ini. "Majoriti yg bagi duit akan kata: 'Saya harap awak dapat berfikir dengan baik dan beri undi kepada saya'," katanya. "Boleh dikatakan setiap calon akan hulur. Mereka tak jumpa semua, tapi jumpa mereka yang jadi perwakilan sahaja. Adakan makan-makan. "Biasanya wakil calon atau calon itu sendiri akan turut serta," kata sumber itu lagi kepada The Malaysian Insider. ~tmi |
Gempar!! Pelajar Makan Cicak Waktu Rehat Kerana Terlalu Lapar Posted: 18 Oct 2013 06:56 PM PDT Percayakah anda jika diberitahu ada pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah di ibu kota Kuala Lumpur terpaksa mencari cicak untuk dimakan semasa waktu rehat kerana terlalu lapar sedangkan beliau tidak dibekalkan wang dan makanan ke sekolah lantaran kesempitan hidup keluarga (atas, gambar hiasan). "Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad. Kisah ini diceritakan Iskandar kepada Harakahdaily tatkala diminta mengulas entri beliau di laman blognya baru-baru ini. Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor diwawancara Harakahdaily di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam. Menurut Iskandar, menyedari kejadian tersebut, guru di sekolah berkenaan segera memasukkan nama pelajar terbabit dalam senarai Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah. "Hanya setelah peristiwa itu, barulah guru-guru sekolah tersebut tahu betapa melaratnya keluarga pelajar tersebut. Memang ada keluarga yang hidup susah tetapi tidak mahu meminta-minta," ujarnya. Sehubungan itu Iskandar menggesa para petugas parti supaya turun ke tengah masyarakat untuk melakukan tinjauan seterusnya mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan. "Mereka (aktivis parti) perlu menyedari bahawa mereka bukan sahaja pemimpin parti tetapi juga pemimpin masyarakat," ujarnya. Sehubungan itu beliau mahu aktivis parti lebih prihatin dengan masalah rakyat setempat dan keluar daripada kepompong surau dan masjid. Dalam entri di laman blognya baru-baru ini, Iskandar berkata cabaran utama dalam menyampaikan bantuan bukanlah jumlah wang yang diperuntukkan tetapi untuk mencari orang yang benar-benar layak dibantu. "Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kepada mereka yang tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan. "Saya juga percaya mereka yang betul-betul layak atau betul-betul melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan untuk datang berjumpa YB, nazir masjid, pengerusi surau, penghulu atau ketua kampung. "Adalah menjadi tugas kita untuk turun padang cari 'dari pintu ke pintu'," tegasnya. Beliau menceritakan pengalaman berjumpa sekeluarga yang berbuka puasa dengan nasi dan kicap di kawasan yang diwakilinya. Sehubungan itu, Iskandar menyeru aktivis parti untuk sentiasa 'turun ke bawah' bagi mengetahui hal kebajikan rakyat di kawasan masing-masing. ~hrkh |
Punca Sebenar 14 AJK Umno Kalabakan Letak Jawatan Tersebar Posted: 18 Oct 2013 06:00 PM PDT Empat belas anggota jawatankuasa (AJK) Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang meletak jawatan selepas menang pada pemilihan 12 Oktober lalu menyangkal dakwaan yang mengaitkan isu itu dengan kekalahan Ketua Wanita Bahagian Datuk Hamisa Samat dalam pemilihan tersebut. Menurut jurucakap AJK berkenaan Suriani Lamai, mereka meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan kepimpinan Wanita bahagian itu yang didakwa mereka ada campur tangan 'pihak luar'. Dalam kenyataan di sini hari ini, Suriani berkata kesemua 14 AJK berkenaan sependapat dan bersetuju bahawa kalah dan menang dalam pemilihan Umno adalah perkara biasa, namun mahu semua pihak menghormati tataetika yang telah digariskan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JKPU). Mengulas mengenai pemilihan semula kepimpinan wanita Umno Kalabakan seperti termaktub dalam Fasal 15.8 dan 12.11 Perlembagaan Umno, Suriani berkata perkara itu harus diputuskan oleh Umno Pusat. Mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh semalam berhubung pemilihan semula jawatankuasa Wanita yang baharu bagi menggantikan 14 AJK terbabit, Suriani berkata pemilihan sepatutnya melibatkan semua jawatan termasuk ketua dan naibnya. Dalam pemilihan 12 Oktober lalu, penyandang ketua Wanita Umno Kalabakan, Hamisa tewas kepada pencabarnya Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi. Tiga hari kemudian 14 AJK Wanita yang menang dalam pemilihan itu meletak jawatan kerana mendakwa proses pemilihan tidak telus. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan