Isnin, 14 Oktober 2013

Addin

Addin


Berita Menggemparkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah

Posted: 14 Oct 2013 07:49 AM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sukar untuk menangani masalah kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negeri ini kerana terdapat banyak laluan tikus yang membolehkan PATI meloloskan diri.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sempadan yang merentasi perbatasan sepanjang 2,110 kilometer yang bersempadanan dengan dua negara iaitu Brunei dan Kalimantan Barat Indonesia menyukarkan lagi tugas itu.

Menurutnya, di sempadan itu juga tidak mempunyai pagar benteng atau halangan untuk menyekat kemasukan PATI.

"Dalam keadaan ini maka rintasan melalui jalan tikus telah berlaku daripada sini ke sana atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar Mesyuarat Penyelarasan Isu Sempadan di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Katanya, untuk mengatasi masalah kemasukan PATI secara haram Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dibina seperti di Tebedu dan Biawak, selain 10 buah Pos Kawalan Sempadan.

"Satu lagi halangan yang kita dapati bahawa CIQ tidak mempunyai pagar dari kiri dan kanan, saya sudah mencadangkan kepada pihak kementerian supaya kita bina pagar, sekurang-kurangnya lima kilometer kiri dan kanan setiap CIQ supaya CIQ itu menjadi lebih terpakai atau lebih relevan dari sudut kemasukan dan keluaran masyarakat," ujarnya.

Beliau berkata, KDN melihat secara serius perkara di sempadan dengan negara jiran walaupun beranggapan bahawa ancaman daripada kerajaan negara jiran tidak berlaku kerana perhubungan yang cukup akrab.

"Tetapi, apa yang berlaku di Lahad Datu memberi pengajaran yang besar bagi kita bukan daripada kerajaan tetapi daripada kumpulan-kumpulan tertentu," jelasnya.

Menurutnya lagi, atas dasar itu pihaknya melihat hal persempadanan sama ada di Sarawak, Sabah, Perlis, Kedah Kelantan dan Perak satu perkara yang serius.

"Sebab itu, kita mengadakan lawatan di ke semua negeri ini untuk mengetahui masalah yang sebenar dan cara untuk mengatasinya," katanya. ~fmt



Iklan C (ii)

Anuar Musa Belasah Ahli Umno Kaki Mengampu

Posted: 14 Oct 2013 04:33 AM PDT

Calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Annuar Musa menegaskan Umno tidak mampu mempertahankan kegemilangan parti itu sekiranya masih berada pada tahap yang sama.

Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu, biarpun terdapat transformasi dalam sistem Umno, namun ia akan menjadi sia-sia sekiranya tiada perubahan sikap pemimpin parti itu.

Katanya, Umno kini melalui satu proses transisi di mana rakyat Malaysia kini semakin bijak menilai pemimpin dan parti itu.

"Pemilihan Umno dinilai oleh keseluruhan rakyat sekiranya parti ini gagal melaksanakan perubahan maka Umno akan berdepan dengan bahana dan padah.

"MT haruslah dibarisi pemimpin yang bebas dalam soal politik dan tidak ada kompromi dalam semangat perjuangan.

"Sekiranya ahli MT takut bersuara hanya berani mencium tangan Presiden maka tidak lama lah Umno di negara ini, kata beliau dalam sidang media di Kompleks Mara, Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu kata beliau ahli MT Umno haruslah memainkan peranan sebagai tulang belakang dan barisan paling hadapan parti.

"Nama pun sudah Majlis Tertinggi maka ia harus kuat, jika ia hanya tunduk maka siapa akan menegur Presiden sekiranya terdapat kesalahan kita kena ingat rakyat memberikan mandat kepada parti dan peranan MT berada dibelakang Presiden dan membentuk kerajaan," katanya.

Katanya, paling penting ahli MT dinilai dari tahap prestasi dan pencapaian bukannya hanya dilihat semasa kempen pemilihan.

"Bila bertanding berbalik kepada dasarnya menawarkan diri untuk apa saya lebih senang dinilai dari pencapaian saya dan selepas itu terpulang kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya.

Sebelum ini Annuar yang merupakan calon MT Umno Nombor 6 dilaporkan terlantar di unit rawatan ktikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur akibat demam Denggi.Bagaimanapun ia tidak menghalang Ahli Parlimen Ketereh itu untuk bertanding.

"Saya baru keluar dari hospital jadi kempen dilakukan dalam suasana rilek seperti yang saya kata konsep asas untuk bertanding menawarkan diri berdasarkan pencapaian".

Namun sekiranya  kita lihat pemimpin itu secara tiba-tiba  berjiwa rakyat, begitu sibuk berkempen seluruh negeri dalam tempoh dua bulan dan berhempas pulas lantik ejen untuk berikan duit pada perwakilan maka jika begitu I feel sorry for Umno," katanya. ~tmi



Iklan C (ii)

Berita Mengejutkan Dari Dewan Pemuda PAS

Posted: 14 Oct 2013 01:38 AM PDT

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) mengesahkan berundur daripada sayap pemuda parti itu dalam pemilihan barisan kepimpinan parti itu bulan hadapan.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ini bagi memberi ruang kepada pemimpin lebih muda, berkaliber dan berkelayakan mengisi kekosongan tempat ditinggalkannya.

"Tahun ini, genap 10 tahun penglibatan saya dalam Dewan Pemuda PAS. Dengan umur saya jauh melewati rakan-rakan lain dalam sayap parti yang gagah, saya fikir sudah tiba masanya untuk berundur.

"Saya sudah maklumkan (pengunduran) ini menerusi Facebook saya dan dalam satu program Pemuda PAS di Johor baru-baru ini," katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Menurut Nik Abduh, beliau meninggalkan Pemuda PAS dalam keadaan baik."Saya yakin, ramai layak dan boleh memimpin. 

Saya yakin perwakilan akan pilih yang terbaik dan berharap semoga kepimpinan baru nanti akan lebih cemerlang," katanya.

Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menyerahkan masa depannya dalam PAS kepada perwakilan parti itu.

"Kalau ada pencalonan lain, saya akan lihat dan berbincang dengan rakan dulu sebelum buat keputusan. 

Namun sekiranya tiada pencalonan, saya tiada masalah dan tetap teruskan perjuangan," katanya.

Nik Abduh pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Cawangan Pulau Melaka, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa, AJK Dewan Ulama PAS Kelantan, Setiausaha Lajnah Tarbiah PAS Pusat dan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS mula disandang beliau sejak 2011.Muktamar Dewan Pemuda PAS akan berlangsung pada 20 dan 21 November ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Selangor. 



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: