Sabtu, 12 Oktober 2013

Addin

Addin


Suhaizan Kaiat Bakal Ketua Pemuda PAS Yang Baru

Posted: 12 Oct 2013 08:06 AM PDT

Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.

Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu.

"Kami sebulat suara mencalonkan beliau setelah menyenarai pendek beberapa nama tokoh pemimpin pemuda PAS yang lain."Suhaizan yang juga Ketua Pemuda PAS Johor memiliki kewibawaan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan pelbagai isu yang timbul hari ini.

"Ini bukan cakap kosong kerana Suhaizan berjaya membawa beberapa isu besar di peringkat nasional sebelum ini dan mendapat perhatian rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Salleh berkata kemampuan Suhaizan mampu menggugat Umno dan Barisan Nasional setelah penglibatannya dalam bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009 berjaya mengubah pendirian kerajaan terhadap polisi tersebut.

Katanya, Suhaizan juga memperjuangkan nasib penduduk kampung setinggan di Johor selain isu pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Jika keadaan yang sama dapat diteruskan, pemuda Batu Pahat yakin DPPM akan mampu membina momentum yang besar menuju PRU14 yang akan datang," katanya.

Pada pemilihan DPPM pada 2011, ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS apabila tidak menerima sebarang tentangan untuk jawatan tersebut.

Sementara itu, anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz diisytihar sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS apabila menewaskan tiga lagi pencabarnya dengan mendapat 260 undi.

Pada pemilihan tersebut, Suhaizan mendapat 107 undi tewas kepada Nik Abduh, selain penyandang jawatan tersebut yang mendapat undi paling sedikit iaitu 94 undi. ~tmi


Addin:

Addin bersetuju Suhaizan Kaiat di pilih sebagai Ketua Pemuda kerana beliau pemimpin yang berkarismatik. Hala tuju beliau jelas dalam membawa Dewan Pemuda PAS Pusat ke arah yang lebih relevan.





Iklan C (ii)


Ahli Umno Masih Kebulur Dengan Ali Rustam

Posted: 12 Oct 2013 06:04 AM PDT

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar), penyandang Ketua Bahagian Umno Bukit Katil, berkemungkinan mengekalkan jawatan itu setelah pencabarnya Haron Abdullah dikatakan menarik diri dari bertanding.   

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Melaka, Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin hari ini berkata surat penarikan diri Haron daripada pertandingan telah dihantar ke ibu pejabat Umno pada 24 September lepas.   

Bagaimanapun atas kesilapan teknikal pihak ibu pejabat Umno tidak memperolehi surat tersebut, kata beliau.  

Namun, menurut beliau, semua masalah itu telah dibincang dan diselesaikan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pusat, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali malam tadi.   

Surat penarikan diri itu berserta dokumen lain seperti gambar serta keratin akhbar telah difakskan kepada Tajol Rosli selepas perbincangan itu.   

"Malam tadi dia (Tajol Rosli) sudah bincang dengan saya melalui telefon dan selesaikan, dia (Tajol Rosli) juga sahkan terima semua dokumen yang difakskan malam tadi," katanya kepada pemberita selepas meninjau mesyuarat dan pemilihan Pemuda Umno Tangga Batu di Dewan Pusat Pertanian Sungai Udang di sini hari ini.   

Beliau mengulas kedudukan Haron yang juga anggota Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil yang namanya terdapat dalam senarai calon layak bertanding merebut jawatan ketua bahagian walaupun 'telah menarik diri'.  

Kepada satu soalan, Ahmad Nordin berkata melalui perbincangannya dengan Tajol Rosli penjelasan berkenaan diterima.   

"Dia (Tajol Rosli) kata ok, dia tengok kepada kita punya keputusan... keputusan akan ikut berdasarkan kita (Jawatankuasa Pemilihan Umno Melaka) telah putuskan, saya percaya Mohd Ali menang tanpa bertanding," katanya.   

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan mesyuarat dan pemilihan tiga sayap parti itu (Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno) di Melaka hari ini, beliau berkata mesyuarat di semua sayap di enam bahagian berjalan lancar.   

"Saya telah meninjau mesyuarat di beberapa bahagian dan tiada masalah besar saya lihat. Keputusan bagi pemilihan sayap ini akan diperolehi paling awal pukul 5 petang hari ini," katanya. ~tmi




Iklan C (ii)



Peluang Isa Samad Untuk Memenangi Naib Presiden Umno Semakin Gelap.. Ini Puncanya

Posted: 12 Oct 2013 04:34 AM PDT

Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini.

Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas dakwaan membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia.

Ini berikutan tindakan Isa membuat laporan berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri Sabri Ahmad kepada Bursa Malaysia mengenainya.

Isa bersama dua lagi tokoh Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam barisan naib presiden Umno.

Penyandang jawatan ini sekarang adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ahmad Zahid dilihat paling ke depan diekori Shafie dan Mukhriz manakala Isa termasuk dalam tiga yang sedang mencuba untuk dipilih oleh perwakilan Umno yang akan membuat pengundian hujung minggu depan.

Harapan Isa untuk menang adalah sokongan padu 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda di samping tapak sokongannya di Negeri Sembilan.

Dalam postingnya hari ini, Rocky mendedahkan pelbagai dokumen berkaitan dengan laporan Isa kepada Bursa Malaysia itu dalam blognya.

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Rocky berkata, Sabri sebenarnya tidak meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah dalam FGVH dan sebuah lagi syarikat, MSM Malaysian Holdings Berhad sebagaimana yang dilaporkan Isa.

"Jika FGV dan MSM melakukannya, maka mereka harus disiasat mengikut Seksyen 122B yang Akta Industri Sekuriti.

"Ia adalah satu jenayah yang boleh dihukum sehingga RM3 juta dan 10 tahun penjara kerana melakukan akuan berkanun palsu, termasuk perubahan dalam lembaga pengarah," tulis Rocky dalam blognya. ~tmi




Iklan C (ii)


Anwar Belasah MB Selangor

Posted: 11 Oct 2013 09:51 PM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di depan orang ramai malam tadi dan meminta beliau tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

Anwar mendakwa, setakat ini Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi dalam pentadbiran Khalid.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.

"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini.

"Apa yang lebih penting ialah pengurusan cekap, kita mahukan perubahan jentera perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam kerana masih banyak aduan orang ramai dan itu yang kita mahu atasi," katanya dalam forum laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPJ) Petaling Jaya, malam tadi.

Anwar berkata, beliau sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangannya mengenai perkara tersebut kepada Menteri Besar itu.

"Kita sudah melepasi fasa membuktikan kepada rakyat mengenai kemampuan negeri Pakatan Rakyat dan kini melalui perubahan rakyat ingin melihat bagaimana kita melaksanakannya," katanya.

Sebelum ini, Anwar menghantar Setiuasaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidak disenangi beliau terhadap pentadbiran Khalid.

Bagaimanapun, ia dikatakan tidak berjaya.

Saifudin dilantik menjadi Ketua Staff di Pejabat Menteri Besar Selangor Julai lalu.

Pada masa sama, Khalid juga melantik beliau sebagai pegawai yang mengendalikan projek Pembangunan Desa untuk mengendalikan lima kawasan Parlimen di utara Selangor yang masih bersama Umno.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan hanya tewas di lima Parlimen di Selangor yang terletak di utara negeri maju itu dan digolongkan dalam kawasan luar bandar.

Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sungai Besar. ~tmi




Iklan C (ii)


Pakatan Rakyat Punya Senjata Baru Untuk Belasah BN Pada PRU14

Posted: 11 Oct 2013 07:00 PM PDT

Ia mungkin masih awal, tetapi kehadiran kira-kira 300 peserta dalam forum mengenai Laporan Ketua Audit Negara di Kuala Lumpur malam tadi, mencerminkan kebimbangan pembayar cukai terhadap sikap Putrajaya yang berbelanja secara berlebihan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara yang hadir ialah mahasiswa universiti serta peniaga Cina yang mahu mendengar apa yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu katakan tentang ketirisan dan pembaziran kerajaan.

Mereka kagum dengan pemidato mahir ini, yang tidak mengecewakan mereka dengan kata-kata lucu tentang bagaimana kerajaan merompak di siang hari dan tidak bertindak ke atas ketirisan, pembaziran dan rasuah dalam agensi kerajaan sebelum Peguam Negara (AG) membuat laporan.

Antara golongan muda yang mengenepikan masa lepak mereka untuk datang mendengar ceramah tersebut adalah Nuk Mustaqim, 21, Hafiz Ahmad, 23, dan Fariz Latif, 21, semua mahasiswa jurusan  ekonomi di Universiti Malaya.

Hafiz tidak menyembunyikan kekagumannya terhadap Anwar, berkata  yang katanya beliau diberikan hujah mengenai apa yang perlu dilakukan untuk menangani segala masalah berulang mengenai  pembaziran melibatkan wang pembayar cukai.

"Kami datang ke sini untuk mendengar idea Pakatan Rakyat kerana di luar sana anda hanya mendapat satu bahagian cerita sahaja daripada media arus perdana,"katanya ketika ditemui selepas forum di Pusat Sivik Petaling Jaya itu.

Fariz berkata, beliau berharap untuk menyertai kerajaan suatu hari nanti dan akan melakukan tugasnya bagi memastikan tidak ada penyelewengan dana dan sumber yang akan membebankan rakyat lagi.

Dua lagi pelajar dari Universiti Islam Malaysia juga mengakui, mereka datang  untuk melihat ceramah Anwar dan mendengar pandangan Pakatan Rakyat bagaimana mereka akan menangani ayat di dalam laporan Ketua Audit Negara itu.

Selepas forum itu, Wan Ahmad Izzat Daniel dan Amir Ahmad Idris, kedua-dua 19, tersenyum kerana berjaya mengambil gambar dengan Anwar, yang berpakaian kemas dengan baju dan seluar hitam.

Semasa sesi soal jawab, panel penceramah, termasuk MP Serdang, Dr Ong Kian Ming dan pengarah eksekutif Institut Rakyat, Azrul Anwar Ahmad Tajudin, ditanya jika terdapat sebarang cara untuk mengesan punca kepada kes yang disebut dalam laporan Ketua Audit Negara.

Dr Ong berkata, ia adalah matlamat jangka sederhana beliau.Sepasang suami isteri berbangsa Cina berumur 50-an yang hanya mahu dikenali sebagai Encik dan Puan Chew, juga kelihatan gembira ketika mereka muncul dari auditorium selepas ceramah tersebut.

Bagi mereka, Anwar menyampaikan banyak fakta, dan  mereka berharap Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti."Saya selalu kagum dengan Anwar, beliau bercakap tentang isu yang berkaitan dan nampak keikhlasannya, " kata  Chew, seorang ahli perniagaan.

Sekumpulan tiga lelaki Cina juga memuji Dr Ong yang menguasai Bahasa Malaysia ketika Ahli Parlimen Serdang itu bercakap.Mereka terdengar berkata, "Wah, dia begitu baik dalam bahasa Melayu.

"Ketiga-tiga mereka, semuanya ahli perniagaan berumur 50-an yang berada di ceramah tersebut mengetahui mengenainya menerusi media sosial Facebook dan Twitter.

Salah seorang daripada mereka, yang hanya mahu dikenali sebagai Derek berkata: "Sekarang sangat mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai forum ini, rakan saya menghantar emel, dan ia juga boleh didapati dalam  Facebook dan Twitter," katanya, sambil menambah bahawa dia sering mendengar ceramah pembangkang menjelang pilihan raya umum sejak 2008 lagi.

Derek berkata, dia datang kerana dia cuba untuk menjadi orang yang faham politik dengan baik.Tetapi sepatutnya mereka mempunyai perkara yang lebih baik dibuat semasa hari Jumaat begini?"Bukan untuk kami yang berumur ini," kata Derek sambil ketawa.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Chan Chee Kong, yang membantu menganjurkan acara itu berkata, selain daripada orang ramai yang menghadiri forum itu secara fizikal, terdapat sekurang-kurangnya 10,000 orang yang melihat forum ini secara langsung menyersi online termasuk melalui laman Mediarakyat, di mana video kejadian itu akan dimuat naik di Youtube.

"Kami mahu mewujudkan kesedaran mengenai isu yang memberi kesan kepada rakyat dan forum ini menghubungkan kita dengan orang ramai."Forum seterusnya dalam perancangan adalah selepas pembentangan Bajet 2014 nanti, " katanya. ~tmi




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: