Khamis, 10 Oktober 2013

Addin

Addin


Setiausaha Politik MB Terengganu Kata Najib Bodoh

Posted: 10 Oct 2013 04:00 PM PDT

Seorang perwakilan Umno Bahagian Kemaman kesal dengan ucapan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid (gambar dari kiri) yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bodoh.

Menurut mereka, seorang Setiausaha Politik tidak sepatutnya bercakap begitu kepada Perdana Menteri.

"Apatah lagi ucapannya dibuat secara terbuka kepada 300 perwakilan DUN Kijal pada 8hb Oktober lalu ketika beliau berkempen kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kemaman," kata seorang perwakilan kepada FMT yang enggan namanya disebut.

Ahmad Said akan ditentang seorang bekas penghulu, Mat Dalam Awang dalam pertandingan dua penjuru pada 19 Oktober depan.

Menurut perwakilan itu lagi, bukannya Najib menentang Ahmad Said.

"Kenapa Wan Ahmad Nizam perlu bodohkan Najib?" soal beliau.

Dalam ucapannya, Wan Ahmad Nizam yang dicabar jawatan Naib Ketua Bahagian oleh ADUN Air Puteh, Wan Hakim Wan Mokhtar berkata betapa susahnya Ahmad Said nak jadi Menteri Besar buat penggal kedua selepas pilihanraya umum Mei lalu.

Katanya, Ahmad Said telah pergi menemui Perdana Menteri di pejabatnya untuk ambil watikah perlantikan Menteri Besar tetapi beliau diberitahu Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri bahawa Najib amat sibuk buat persiapan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Wan Ahmad Nizam mendakwa Ahmad Said dan beliau pergi ke rumah Najib dan menunggu Najib di rumahnya. Bila Najib sampai di rumah, Najib benarkan Ahmad Said menemuinya tetapi Najib suruh Ahmad Said balik terlebih dahulu kerana Najib tidak puas hati kerana BN menang 17 kerusi sahaja di Terengganu.

"Bodoh betul Najib. Ahmad Said nak pergi ambil watikah, dia suruh balik dulu," kata Wan Ahmad Nizam dalam ucapannya itu yang mengejutkan semua hadirin.

Menurut perwakilan itu, dalam pertandingan Ketua Bahagian, jangan babitkan Perdana Menteri kerana bukannya beliau menaja Mat Dalam Awang menentang Ahmad Said.

"Oleh itu saya amat kesal dengan sikap Setiausaha Politik Menteri Besar yang celupar itu," katanya lagi. ~fmt




Iklan C (ii)


Gambar Terbaru Ustaz Azhar Idrus di Mekah

Posted: 10 Oct 2013 08:21 AM PDT








~studio mukmin



Iklan C (ii)




“Saya Berani Tampil Kerana Tidak Buat Salah” - Ketua Audit Negara

Posted: 10 Oct 2013 07:50 AM PDT

Selepas pendedahan kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), nama Tan Sri Ambrin Buang (gambar) mula dikenali rakyat Malaysia kerana berjaya mengesan kewujudan skandal berkenaan dalam buku audit tahunan kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Program Wacana Sinar Harian hari ini bertempat di Shah Alam menampilkan Ambrin buat pertama kalinya di khalayak selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dikeluarkan bulan lalu di Parlimen.

"Saya berani tampil hari ini kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Ambrin ketika ditanya pemberita selepas tamat program Wacana Sinar Harian bertajuk Laporan Audit Negara: Tiris atau Terlepas Pandang di Ibu Pejabat Karangkraf berkenaan.

"Ramai yang tidak tahu macam mana kita buat kerja. Audit ini neutral, kita bebas," kata Ambrin.

Kehadiran Laporan Ketua Audit Negara mula dinanti rakyat Malaysia selepas pendedahan kes NFC yang mengaitkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan wang dana kerajaan bernilai RM250 juta.

Ambrin ketika wacana berkenaan berlangsung berkata, beliau menganggap audit umpama lagu "Kisah dan Taulada" nyanyian A. Halim, penyanyi yang terkena sekitar tahun 60-an.

"Kita audit kisah supaya jadi tauladan. Bayangkan kalau audit tak masuk, benda yang tak elok tu biar macam itu sahaja," katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu terburu-buru menuduh isu yang dikeluarkan dalam Laporan Audit Negara sebagai penyelewengan ataupun rasuah.

"Kalau semua 160 kes yang disiasat Audit itu mesti rasuah, itu tak adil. Kita kena hormati undang-undang," katanya, merujuk kepada 160 kes yang disiasat jabatan berkenaan berdasarkan "sampling".

Ambrin menegaskan audit yang dilakukannya adalah berdasarkan nilai "value for monaey."

Beliau turut beberapa prosedur yang digunakan kerajaan yang mempunyai kelemahan selepas audit dijalankan, dan menggesa kerajaan meneliti prosedur tersebut untuk mengelakkan perkara sama daripada berulang.

"Prosedur kata satu hal. Kalau kita tak tukar prosedur tiap-tiap tahun perkara berulang. "Perkhidmatan awam kita dinamik," katanya.

Ambrin bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dijemput sebagai panel.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan dipilih sebagai moderator hari ini.

Forum yang bermula sekitar jam 2.30 petang itu berakhir 2 jam kemudian. ~tmi





Iklan C (ii)

Berita Dari Selangor Yang Tidak Di Siarkan Oleh Media Pro Umno BN

Posted: 10 Oct 2013 06:51 AM PDT

Kerajaan Selangor mempertimbang untuk menyalurkan beberapa peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) dan ia masih di peringkat cadangan, kata Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, buat masa ini Adun Pakatan Rakyat menerima peruntukan kawasan bagi pembangunan dan sosial berjumlah RM600,000 dan peruntukan staf serta pejabat RM120,000 setahun.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah cadangkan untuk berikan peruntukan staf dan pejabat juga kepada Adun BN," kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, beliau berkata, peruntukan tersebut dipertimbang sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat.

"Jika selepas ini permohonan kita agar MP Pakatan juga dapat peruntukan Pusat (dan) diluluskan, kita akan berikan peruntukan kawasan kepada mereka juga," kata Nik Nazmi.

Beliau menjelaskan demikian kepada seorang rakan facebook yang mahu maklumat lanjut berkenaan peruntukan yang diberi kepada Adun Pakatan dan BN di Selangor. ~kd




Iklan C (ii)


Saranan Gila Dari Pengerusi PAC

Posted: 10 Oct 2013 02:32 AM PDT

Inilah mentaliti pemimpin Umno, dah buat salah boleh mengampu lagi. Pengerusi PAC Nur Jazlan sarankan supaya Shabery Cheek diberikan penghormatan sukarela hadir untuk memberikan penjelasan pada PAC walaupun belum di panggil.

Nur Jazlan menyatakan begitu kerana tidak pernah menteri hadir ke PAC sebelum di panggil. Dan Nur Jazlan menyifatkan Shabery Cheek seorang yang bertanggungjawab.

Bagi Addin,  jikalau Shabery Cheek seorang yang bertanggungjawab beliau perlu meletak jawatan semua yang di sandangnya kerana telah menyalahgunakan dana awam.

Ada berani?? 

K-Pop: Shabery Individu Pertama di panggil PAC

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira parlimen (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Shabery Cheek akan menjadi individu pertama dipanggil memberi penjelasan berhubung bayaran RM1.6 juta kepada kumpulan K-Pop pada Hari Belia Malaysia tahun lalu.

Menurutnya, PAC akan mesyuarat pada 23 Oktober ini bagi menentukan perkara yang perlu dibincangkan berhubung laporan ketua audit negara itu, sekali gus mengalu-alukan kesediaan Shabery mengadap PAC.

"Lepas 23 Oktober ini, kita nak beliau orang pertama akan dipanggil.

"Tak pernah menteri sukarela datang untuk beri penjelasan berhubung Laporan Audit Negara. Selalunya lepas kita mesyuarat, baru kita panggil.

"Ini satu perkembangan yang baik. Sepatutnya beliau perlu diberi penghormatan kerana datang sukarela, datang dengan tanggungjawab sendiri," kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini.

Sambil menyifatkannya sebagai tindakan terbaik, Nur Jazlan juga berharap menteri lain turut mencontohi menteri penerangan, komunikasi dan multimedia itu tanpa tunggu dipanggil oleh PAC. ~mk




Iklan C (ii)

Penjelasan Mahathir Berkenaan "Tembak Dahulu"

Posted: 10 Oct 2013 01:20 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya "tembak dahulu" kerana bekas perdana menteri itu berpendapat beliau lebih suka membiarkan penjenayah menghadapi risiko ditembak daripada melihat polis dalam bahaya.

"Apabila seseorang mengacukan pistol untuk menembak awak, awak tembaklah dahulu," kata Dr Mahathir.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dasar Ahmad Zahid yang membenarkan "tembak dahulu" merujuk kepada penjenayah dalam ucapannya di Melaka baru-baru ini.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, prosedur yang betul mesti dipatuhi sebelum menggunakan senjata api."Jangan pergi menembak senjata anda merata tempat atau tembak mereka yang tidak bersalah," katanya.

Ahmad Zahid pada majlis taklimat keselamatan kepada pemimpin masyarakat pada hujung minggu lalu di Ayer Keroh berkata, tiada apa yang salah dengan tindakan menangkap lebih 40,000 samseng terkenal di negara ini yang separuh daripadanya adalah kaum India.

Beliau juga mencadangkan dasar "tembak dahulu" kepada polis dalam menangani ahli kongsi gelap yang disyaki dalam keadaan di mana kebanyakan mangsa adalah orang Melayu.

"Apakah keadaan mangsa rompakan, mangsa pembunuhan semasa tembakan? Kebanyakan mereka adalah orang Melayu kita. Kebanyakan mereka adalah bangsa kita," kata Zahid sebagaimana yang dipetik oleh portal berita Malaysiakini.

Portal ini mendapat rakaman video ucapan menteri berkenaan.

"Saya fikir cara terbaik adalah kita tidak lagi bertolak ansur dengan mereka. Tidak ada keperluan untuk memberi mereka amaran lagi. Jika (kami) ada bukti, (kami) tembak dahulu," katanya, merujuk kepada suspek jenayah.

Bagaimanapun, kenyataan ini menyebabkan Ahmad Zahid berada dalam kepanasan apabila peguam dan aktivis hak asasi manusia mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.

Walaupun beberapa ahli politik melihat kenyataan Ahmad Zahid sebagai strategi kempen dalam pemilihan Umno untuk jawatan naib presiden, ia dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa yang terlalu ketara.

Ahmad Zahid bagaimanapun mempertahankan kenyataan "tembak dulu, cakap kemudian" melalui akaun Twitternya.

Melalui Twitternya, beliau mempersoalkan mengapa aktivis hak asasi manusia lebih prihatin dengan kesejahteraan penjenayah berbanding dengan keselamatan polis dan mangsa.

"Mana ada hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh. Kenapa pejuang hak asasi tidak pun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?," kata Ahmad Zahid dalam Twitternya. ~tmi




Iklan C (ii)

Berita Gembira Buat Umno Dari Pejabat MB Selangor..

Posted: 10 Oct 2013 12:03 AM PDT

Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun berjumlah RM8,620 dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

Beliau berkata, kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Datuk Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka mula bersidang pada 19 November depan," katanya.

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang berjumlah RM8,620 sebulan.

Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parliem (Saraan) 1980.

"Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat," katanya. ~tmi




Iklan C (ii)

Pekung Zahid Hamidi Di Ungkit Semula..

Posted: 09 Oct 2013 08:07 PM PDT

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang popular menjelang pemilihan Umno bakal berhadapan ranjau berduri untuk mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya susulan kes belasah melibatkan seorang ahli perniagaan diungkit semula.

Peguam Karpal Singh menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.

Karpal memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya tidak berpuas hati kerana perkara sebenar disembunyikan daripadanya selepas anak guamnya dan Ahmad Zahid bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah pada Julai lalu.

Peguam veteran itu berkata, beliau kesal kerana peguam kedua-dua belah pihak dikeluarkan ketika keputusan tersebut dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen Rohani Ismail.

Hanya plaintif iaitu Amir dan Ahmad Zahid berjumpa Rohani yang kemudiaannya mengarahkan terma dan syarat penyelesaian tersebut dirahsiakan, kata salah seorang peguam mewakili defendan, Datuk Shamsul Baharain.

"Saya menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka kes ini semula," kata Karpal.

Katanya, kes ini sepatutnya didengar pada Ogos dan hakim perbicaraan perlu diberitahu tentang status hal ini walaupun penyelesaian berjalan dan kes dikatakan sudah selesai.

"Selalunya, hakim perbicaraan akan merekod status kes dan menolak kes tersebut sekiranya kedua-dua pihak menyelesaikan tanpa sebarang perbicaraan," katanya.

Karpal bagaimanapun berkata, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan jika pihak yang terlibat tidak gembira dengan terma perjanjian semasa pengantaraan.

Beliau berkata, Amir Bazli tidak dapat dihubungi sejak kes tersebut dikatakan selesai luar mahkamah.

"Dia hilang. Dia tidak menjawab panggilan saya dan berhubung dengan saya.

"Sebelum ini, beliau boleh dihubungi dan berkata akan datang ke pejabat lebih kerap untuk membincangkan kes ini," katanya, sambil menambah kali terakhir beliau bertemu Amir Bazli adalah pada 18 Julai lalu.

"Dia memberitahu saya bahawa dia keliru. Saya menasihati beliau untuk datang berjumpa saya selepas menyambut Hari Raya di Kota Baru, tetapi sehingga kini dia tidak muncul," katanya.

Karpal berkata, Rohani juga mengosongkan tarikh perbicaraan dijadualkan pada Ogos selepas mengganggap perkara itu selesai.

"Pengantara dan hakim mahkamah sesyen yang mempunyai kuasa lebih rendah daripada hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan tarikh perbicaraan," katanya.

Selepas penyelesaian luar mahkamah tersebut dicapai, Ahmad Zahid mendedahkan Amir Bazli meminta maaf kepada beliau.

Amir Bazli, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata. ~tmi




Iklan C (ii)

Ini Penjelasan MB Kelantan Berkenaan Balak 3,500 Hektar

Posted: 09 Oct 2013 07:19 PM PDT

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub (gambar) mengesahkan ada menerima permohonan untuk pembalakan di tanah hutan simpan seluas 3,500 ekar di Ulu Sat, Machang, tetapi ia belum diluluskan.

Ahmad dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata demikian ketika menjawab pendedahan bekas Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang meminta supaya ia tidak diluluskan.

"Sememangnya ada permohonan, tetapi belum diluluskan," kata Ahmad Yakub dalam jawapannya itu."Di meja MB ini ramai orang minta macam-macam. Ambo (saya) minit "sila urus"," katanya.

Tindakan meminitkan penyataan "sila urus" ditafsir oleh pihak yang melihat dokumen ini sebagai permohonan itu diluluskan.

Ahmad menjelaskan perkara itu dalam DUN dengan berkata "sila urus" itu bermaksud "sila mendapat maklumat apakah (status) kawasan ini, sebab kawasan ini kawasan kerja."

"Alhamdulillah, kita sedang mendapat maklumat. Kerajaan negeri membuat satu kaedah, iaitu kes sebegini hendaklah diputuskan di (Mesyuarat) Jawatankuasa Kecil Perhutanan yang dipengerusikan oleh saya," katanya.

Bagaimanapun, katanya apabila dilihat kepada pandangan awal oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, ada catatan, "pada dasarnya ditolak kawasan ini".

"Insya Allah, pandangan ini akan diambil sebagai panduan untuk saya buat keputusan," katanya.

Ketika membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan di DUN kelmarin, Husam membuat kejutan dengan membangkitkan isu pembalakan di hitan simpan berkenaan dan kenaikan tarif air di negeri itu yang berkuatkuasa Ogos lalu.

Husam berkata, ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan. ~tmi




Iklan C (ii)

Ketua Audit Negara Bakal Dedah Kebobrokan Kerajaan Secara 'Live'?

Posted: 09 Oct 2013 06:49 PM PDT

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan berdepan dengan orang ramai hari ini untuk memberi penjelasan mengenai laporan pihaknya selepas ia hangat diperkatakan.

Beliau akan bersama Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam forum bertajuk "Laporan Audit: Pendedahan atau Kesilapan".

Majlis yang akan berlangsung selama tiga jam itu akan bermula jam 2.30 petang ini di Auditorium Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam.

"Terdapat banyak kemarahan dan kebencian yang dinyatakan di media sosial mengenai ketidakcekapan kerajaan dan sikap acuh tak acuh dalam menguruskan dana awam.

"Saya memerhatikan banyak komen yang dibuat pelbagai pihak melalui saluran yang berbeza termasuk media sosial. Saya juga melihat komen yang dibuat tanpa membaca laporan Ketua Audit Negara 2012," kata Ambrin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya.

"Ini adalah salah satu sebab mengapa orang ramai tidak senang dan marah dengan kerajaan," katanya.

Ambrin membuat keputusan untuk menghadiri forum itu dengan harapan untuk mendidik orang ramai mengenai "apa yang pejabat saya dan bagaimana kita jumpa penemuan itu dan cadangan dalam laporan kami".

"Kami tidak mempunyai agenda atau ada kaitan dengan sesiapa yang berkuasa, kita hanya menjalankan mandat yang diberikan kepada kami," katanya.

Beliau berkata, sebab utama di sebalik pembaziran dan salah urus aset adalah kerana penjawat awam tidak mematuhi prosedur dan garis panduan.

"Dalam banyak keadaan, masalah timbul hanya kerana prosedur yang betul tidak diikuti," katanya.

Katanya, kegagalan untuk mengikut garis panduan dan peraturan yang betul membawa kepada kerugian besar yang terpaksa ditanggung.

Pada masa sama, katanya, beliau turut tertanya-tanya mengapa polis menjadi perhatian ekoran kehilangan aset bernilai lebih RM1.33 juta.

Ini kerana, katanya, laporan itu juga menyebut banyak agensi dan jabatan kerajaan lain turut kehilangan aset.

"Aset di pejabat saya juga iaitu komputer juga dicuri. Perbezaannya ialah bahawa kita mengikuti prosedur yang betul dengan membuat laporan polis dan menjalankan siasatan dalaman," katanya.

Berikutan laporan ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa khas, yang akan dipengerusikannya untuk meneliti penemuan dalam laporan itu.

Jawatankuasa itu juga disertai Jabatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan wakil SPRM, Kementerian Kewangan dan polis.

Bagaimanapun, pembentukan jawatankuasa itu dipersoalkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menerusi Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan berhujah bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya melakukan kerja PAC. ~tmi




Iklan C (ii)

Mesyuarat PAS Putrajaya Tidak Sah - Peguam PAS

Posted: 09 Oct 2013 06:21 PM PDT

Mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya kemungkinan tidak sah dan perlu diadakan semula bagi mengelakkan PAS menghadapi masalah dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata peguam PAS, Zulhazmi Shariff (gambar).

Zulhazmi yang banyak mewakili PAS dalam kes saman AES, berkata RoS mungkin akan mengganggu PAS seperti yang mereka lakukan kepada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan keadaan itu tidak boleh dielakkan. Beliau berkata demikian ketika mengulas krisis yang berlaku dalam PAS Putrajaya sebagaimana yang didedahkan oleh bekas Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria.

Nazir dalam sidang medianya pada 8 Oktober, berkata pada 3 April lalu, beliau "direhatkan" daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan.

Katanya, menjelang mesyuarat agung PAS kawasan iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu (10 hari selepas notis diberikan), Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir..

Zulhazmi berkata, tindakan ke atas Nazir tidak sah dan penghantaran notis mesyuarat itu juga melanggar syarat dalam Perlembagaan PAS.

"Jika Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah.

"Jika perwakilan PAS Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang memilih itu tidak layak memilih.

"Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno diharamkan dulu," katanya menerusi akaun Facebooknya yang kini tersebar luas dalam laman sosial itu.

Ekoran pendapat yang diberikan itu, Zulhazmi diserang pihak yang berkaitan.

Beliau kemudian berkata: "Kalau ada pendapat atau pandangan lain, silalah kemukakan. Kita berhujah atas fakta dan undang-undang, bukan emosi peribadi."

The Malaysian Insider difahamkan, Pejabat Agung PAS sedang meneliti kes ini sebelum sebarang tindakan diambil. ~tmi





Iklan C (ii)

Zahid Hamidi Bongkar Rahsia Umno

Posted: 09 Oct 2013 04:55 PM PDT


Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi sering muncul di dada akhbar kebelakangan ini dengan komen-komen kontroversi dan keputusan yang menggemparkan beberapa pihak dalam masyrakat di Malaysia demi memuaskan hati pihak yang berkepentingan dalam negara.

Isu hangat terbaru Zahid melibatkan bagaimana cara dia dan pihak polis menangani kadar jenayah di Malaysia yang semakin tinggi dengan tindakan yang lebih tegas berserta undang-undang yang lebih zalim.

"Dia bercakap seperti karektor Godfather dalam cerita Mafia, seolah-olah memberi isyarat hijau dan galakkan kepada polis yang suka menggunakan pistol. Zahid sedang berusaha untuk memenangi kerusi dalam pemilihan Umno." Ahli parlimen pembangkang dari kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Polarasi yang membahayakan

Walaupun menerima kritikan dari Tian, begitu ketara ramai ahli parti pemerintah Umno, bersetuju dengan Zahid , naib presiden mereka itu.

Dalam ucapannya pada hari Sabtu, Zahid mendedahkan bahawa polis di Malaysia akan menembak dahulu. Dia juga dengan angkuhnya menegaskan undang-undang menindas yang telah diperbaharui baru-baru ini, Akta Pencegahan Jenayah 1959 adalah hasil usahanya. Reaksi yang pelbagai diterima menunjukkan betapa merbahayanya polarasi kaum di Malaysia pada hari ini.

"Ini sepatutnya menyedarkan rakyat Malaysia. Zahid bukanlah tin kosong sebaliknya seorang ahli politik yang berbisa. Bagi sesetengah kelompok masyarakat- pemimpin masyarakat, NGO, pihak pembangkang, ramai orang Melayu termasuk majoriti bukan Melayu, komen kasar Zahid agak memalukan.

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, dia sepatutnya dilucutkan dari jawatan. Namun di Malaysia, yang majoritinya adalah orang Melayu, dialah hero," seorang pemerhati UMNO memberitahu Malaysia Chronicle.

"Bagi orang Melayu, dia sedang melakukan apa pemimpin Umno yang baik akan lakukan- apa sahaja untuk orang Melayu. Untuk memastikan orang Melayu boleh melakukan apa sahaja, bukan Melayu sepatutnya disekat dengan senjata dan undang-undang zalim supaya tiada siapa yang berani membantah.

Kerana itulah saya menegaskan bahawa loceng kecemasan telah berbunyi dan bukan Melayu sedang membuang masa bermimpi tentang Malaysia untuk rakyat Malaysia. Jelaslah sudah, Melayu Umno tidak mahu ini berlaku. Mereka mahu berada di atas kaum lain dan kerana inilah kamu nampak hanya para pemimpinnya boleh terlepas daripada falsafah dan polisi kuno yang dibuat.

Ambil kesempatan untuk raih undi sebagai TP?

Zahid telah bercakap dalam taklimat kerajaan kepada pemimpin masyarakat berkaitan isu sekuriti tetapi nampaknya perbincangan itu bertukar menjadi hal ehwal Umno dengan Zahid mengambil kesempatan sepenuhnya untuk meraih undi.

Dia merupakan salah seorang daripada timbalan presiden yang mempertahankan kerusi untuk pemilihan parti yang bakal diadakan pada 19 Oktober ini.

Para wartawan telah dihalau keluar dipenghujung ucapannya, dengan Zahid mengugut untuk menutup akhbar mereka jika mereka berani melaporkan komen Zahid.

"Apakah situasi mangsa rompakan, mangsa bunuh semasa tembakan? Kebanyakkan mereka adalah orang Melayu, orang kita," Malaysiakini melaporkan komen Zahid.

"Saya rasa paling berkesan adalah kita jangan lagi berkompromi dengan mereka. Tidak usah beri mereka apa-apa amaran lagi. Jika (kita) dapat bukti, (kita) tembak dulu."

Tembak dahulu OK, tahan tanpa perbicaraan juga OK

Menurut Malaysiakini, Zahid juga menyentuh tentang 28000 daripada 40000 orang ahli kumpulan yang dikenalpasti oleh pihak polis dalam operasi membenteras gangster sebagai kaum India yang juga warganegara dan tidak salah jika mereka diberkas.

Menteri Umno itu juga menyentuh tentang kejadian tembak mati bagi lima orang India yang disyaki sebagai gangster di Pulau Pinang pada bulan Ogos dan mengutuk timbalan menteri yang mempersoalkan insiden tersebut. Walaupun dia tidak menyebut nama timbalan menteri itu, jelas dia sedang merujuk kepada P Waythamoorthy.

"Ada seorang timbalan menteri…dia mempersoalkan saya dan polis. Dia bertanya kenapa tiada tembakan amaran dahulu sebelum menembak. Saya berkata, jika anda mahu berada dalam NGO, letak jawatan sebagai timbalan menteri. Dia tidak layak menjadi timbalan menteri," kata Zahid yang disambut dengan sorakan.

APJ Kejam itu hasil usaha saya- kata Zahid

Zahid juga dengan angkuhnya berkata pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (APJ) yang memperkenalkan semula penahanan tanpa perbicaraan merupakan "undang-undang baru saya". Pindaan terhadap APJ ini membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun untuk satu-satu masa.

"Kita menyiasat (kes jenayah), kita bawa ke mahkamah. Jika tiada bukti, tidak mencukupi, sekurang-kurangnya kita boleh tahan dia sehingga 2 tahun. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi."

Zahid terus bercakap tentang bagaimana dia memujuk Kabinet serta Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia dan polis untuk menyokong ideanya.

"Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dimansuhkan, Ordinan Darurat telah dimansuhkan, Akta Kediaman Terhad telah dimansuhkan, tetapi mereka (pembangkang) terlepas pandang APJ 1959, mereka tidak menyedarinya.

"Saya berbincang dengan jeneral inspektor polis. Saya juga telah berbincang dengan penasihat undang-undang kementerian, saya maklumkan ini boleh digunakan. Saya (membincangkannya) dan (menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen) Shahidan Kassim rancang apabila tiba masanya (untuk mengundi), ... speaker akan berada di pihak kami, setiausaha Dewan Rakyat akan berada di pihak kami," katanya.

Kenyataan terkini Zahid bercanggah dengan apa yang dibuatnya kurang daripada dua minggu lalu, ketika ditanya apakah peluangnya dalam mempertahankan jawatannya dan jika dia telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mendapat sokongan akar umbi Umno.

Sebagai penyandang, saya sedang menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Sebagai Menteri Dalam Negeri, apa yang saya lakukan bukanlah untuk mencapai matlamat politik tetapi untuk menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia," tambah Zahid lagi. ~mc




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: