Tukar Tiub |
- BILIK SULIT UNTUK DEWASA SAHAJA - MALAM INI
- BAGAIMANA ZALIM DILAKUKAN
- TOLOMG JANGAN BUAT FITNAH
- TUJUH BOHONG - TUJUH PENIPUAN
- SENIMAN RAPPER DIBUNUH FASIS
- TERNOW - BERITA TAHANAN BEBAS
- FESTIVAL IDEA TERLARANG
- TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA
- KERAJAAN SUDAH ABIS DUIT!
BILIK SULIT UNTUK DEWASA SAHAJA - MALAM INI Posted: 19 Sep 2013 07:00 PM PDT BILIK SULIT malam kelmarin full house penuh kutipan menghairahkan MALAM INI teater bilik sulit akan dipentaskan sekali lagi jam 8:30 malam semua dijemput datang semua dijemput untuk buat ramai HAMPIR TELUPA teater bilik sulit untuk orang dewasa sahaja SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
Posted: 19 Sep 2013 06:30 PM PDT |
Posted: 19 Sep 2013 06:00 PM PDT GEROMBOLAN RASUAH HIDUP DENGAN DUIT RASUAH 10 kenderaan mewah bukan milik saya - Suhaimi PUTRAJAYA 18 Sept. - Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan sebanyak 10 kenderaan mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) bukan miliknya. Beliau yang kesal dengan laporan media berhubung perkara itu berkata, kenderaan mewah tersebut milik individu lain yang turut disiasat dalam kes berkenaan sambil menegaskan tiada sebuah kereta, harta atau sebarang dokumen miliknya dirampas SPRM sehingga kini. Menurutnya, kesemua 10 kenderaan mewah tersebut juga bukan milik proksi beliau sebagaimana dakwaan pihak tertentu. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...TOLONG JANGAN SEBAR FITNAH.... kah kah kah... kah kah kah..DATUK INI BERCAKAP BENAR... kah kah kah.. kah kah kah... 10 BUAH KERETA ..MUSTAHIL DIA PUNYA... kah kah kah.. kah kah kah...SATU KERETA TUKANG MASAK DIA.... kah kah kah.. kah kah kah...SATU KERETA TUKANG KEBUN... kah kah kah.. kah kah kah.. SATU KERETA DRIBER PUNYA.... kah kah kah.. kah kah kah... KERETA BINI ..KERETA ANAK... KERETA AWEK... kah kah kah.. ]kah kah kah...KERETA JANDA...KERETA ANAK TIRI... kah kah kah.. woit... YAKIN LAAA DATUK INI ORANG BAIK DAN JUJUR... kah kah kah.. kah kah.. DATUK INI BACA BISMILAH SEBELUM AMBIL DUIT.... kah SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
Posted: 19 Sep 2013 06:00 AM PDT ANAK MUDA MENGENAL SEJARAH dari arkib TUJUH PEMBOHONGAN TUJUH PENIPUAN Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat. Contohnya: Raja dikatakan jelmaan tuhan - mitos ini bertujuan membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah: selepas satu, satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos. Contoh mitos: Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut, maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita daripada hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun. Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini, ada hantu adalah nasihat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ia juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan. Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu, tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan dan kemudian terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka. Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal daripada Tuhan, maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk. Walhal kalau Raja Jepun ini makan petai, kencing dia tetap hancing. Kalau Putera Charles tercirit, baunya tetap busuk. Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca daripada tiga sumber. Pertama: Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga: Ujian dalam bilik makmal. Sesuatu mitos akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada sesuatu itu mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau salah, maka ia masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar atau Big Bang hanya satu teori. Hari ini ia telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat membuktikan teori ini. Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari suatu zaman ke suatu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan. Dalam negara kita, ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan, ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini diterima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet, kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta. Mitos pertama Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak. Mitos kedua Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation.Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA! Mitos ketiga Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata. Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur. Mitos keempat Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku. Mitos kelima Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika. Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia. Mitos keenam Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India. Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak - takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga. Mitos ketujuh Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik. Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian. Teknologi boleh memecahkan mitos. Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah. Kalau dulu kita tidak tahu asal-usul lagu Negaraku. Hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai, pecah. Dokument-dokumen sejarah ini semuanya boleh kita baca melalui internet. Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia daripada diperangkap dan dibelenggu mitos-mitos. Tanpa mitos, manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal -------- |
Posted: 18 Sep 2013 09:56 PM PDT SALUT salut untuk anak muda kelmarin kau ditikam 30 orang datang menikam kau dibunuh oleh gerombolan fasis kau lah anak muda yang berani kau bermusik kau bergendang kau berseni lagu kau menjadi senjata lagu kau menjadi tembok lagu kau melawan fasis aku tidak pernah mengenal kau aku juga tidak tahu musik kau pagi ini sedunia telah gempar pagi ini seluruh eropah terperanjat pagi ini seluruh pulau greece terhenti pagi ini kota athens berkabung kau dibunuh kaum fasis kau ditikam kaum fasis pavlos fyssas umur kau baru 34 tahun kau masih muda musik kau telah mengoncang kaum fasis musik kau mengumpul anak muda musik kau jadi senjata kaulah seniman kaulah pejuang kau gugur sebagai amaran agar umat manusia berwaspada kaum fasis sedang membangun kembali kau gugur untuk beri ingatan fasisma ialah musuh semua fasis yang baik ialah fasis yang mati SALUT UNTUK KAU SI ANAK MUDA SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal ---------- |
Posted: 18 Sep 2013 09:01 PM PDT BERITA TERKINI DARI PENJARA TAPAH Seramai 13 warga pro demokrasi yang terlibat dalam demo membantah rampasan kuasa keatas kerajaan pakatan perak telah dibebaskan di mahkamah taipiang rampasan kuasa 2009 ini didalangi oleh najib razak dengan kerja sama aparachik negara 13 orang tahan ini telah dipenjara oleh seorang hakim dariu mahkamah di kuala kangar mereka dipenjara selama 2 tahun dan didenda 5,000 ringgit hakim dari pekan diraja kuala kangsar ini telah TIDAK membenarkan rayuan kesemua dihantar ke penjara teramsuk seorang makcik yang sedang menghadi barah kalkum HARI INI DI MAHKAMAH TAIPING tuan hakim mahkamah tinggi taipiang telah membebaskan kesemua tahanan hakim telah berkata " Kebebasan 13 orang tak boleh dirampas.." LAYARI SEKARANG untuk mendengar mahkamah rakyat sedang membicarakan TIPU PRU13 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
Posted: 18 Sep 2013 08:41 PM PDT PENGUMUMAN UNTUK PERTAMA KALI satu festival idea terlarang akan diadakan di malaysia APA DIA IDEA TERLARANG? apa sahaja pandangan apa sahaja pendapat apa sahaja yang terlintas diotak tetapi dilarang untuk dihebohkan idea idea untuk dikongsi bersama idea untuk difikir idea untuk mengarap fikrah idea untuk kebaikkan umum idea baik yang tersorok idea lama yang wajib digali idea idea untuk menjana tamadun bangsa IDEA TERLARANG idea terlarang telah menjana tamadun mansuia satu ketika dulu bumi dianggap leper siapa yhang berkata bumi ini bulat sosok itu akan dianggap gila pada satu masa dulu orang ramai diberiatahu bahawa yang wujud hanya bumi bila bumi dibuktikan mengeliling matahari idea terlarang ini dilawan pegaju idea ini ditangkap FESTIVAL IDEA TERLARANG menjemput sesiapa saja jantan betina dan sida tua kecil dan muda untuk mengajukan apa sahaja idea yang selama ini dilarang shiah - punk rock - skinhead - ganja- agama - atheis - marxis - sexis - ageis - rockkapak - rockjiwang - bumi- alam - neraka IDEA TERLARANG termasuk juga cadangan untuk memperbaiki tamadun naik basikal - berkebun - trafik jam sekolah - universiti - sekolah pondok dan dan dan CARANYA pemegang idea terlarang akan diberi masa 10 minit untuk berucap mengajukan ideas ini dikhalayak umum BERSEDIA DARI SEKARANG festival ini sedang disusun pengumuman ini untuk memberi persediaan awal kepada sesiapa sahaja secara demokratik dan bebas agar bersedia dengan idea terlarang TARIKH MASA TEMPAT semua akan diumumkan tidak lama lagi yang penting jika ada idea untuk dikongsi sediakan dari hari ini LAYARI RADIOP BANGSAR SEKARANG IKUTI SIDANG MAHKAMAH TIPU PRU13 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal |
TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA Posted: 18 Sep 2013 08:30 PM PDT TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA 13 tahanan anti rampas kuasa yang sedang ditahan dalam penjara tapah tapah bebas! berita menyususl... hanya tukar tiub yang terawal -------- |
Posted: 18 Sep 2013 07:50 PM PDT ORANG RAMAI BANGUN MELAWAN Saman AES turun RM150 Komen Galeri Foto Putrajaya: Kerajaan semalam memutuskan mengambilalih sepenuhnya operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menurunkan kadar minimum kompaun AES kepada RM150 berkuat kuasa serta merta. » KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...APA MAKNA BERITA INI?... kah kah kah.. kah kah kah...MAKNANYA GAMIN DAH ABIS DUIT... kah kah kah.. kah kah kah...GAMIN GUNA SAMAN UNTUK CARI DUIT.... kah kah kah.. kah kah kah...MAMPOOOOOS ORANG RAMAI.... kah kah kah AKAN DITAYANGKAN TIDAK LAMA LAGI SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan