Tukar Tiub |   
- GEROMBOLAN KANTOI MANTOI
 - MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG ESOK
 - SURAT UNTUK KAU
 - SAMBUT OBAMA MUSUH DUNIA DENGAN DEMO
 - MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG - PRU13 TIPU
 - TEATER BILIK SULIT - SATU JEMPUTAN
 
|      Posted: 17 Sep 2013 06:00 PM PDT DARI FACE BOOK UMNO Rompak tanah rakyat selangor dengan harga murah, kemudian jual pada bukan bumiputra kemudian menyalak nak bela nasib melayu, agaknya ni kot sunnah salafus soleh lagi tak khawarij ala Ulama Muda UMNO (ILMU) ? Nasib baik Abdul Khalid Ibrahim yang kononnya kuda DAP ni halang keh keh keh . . . donia donia . . . — with Zulqurnain Bin Othman, Tukar Tiub,Haziq Fikri and 34 others ![]() ![]()   SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT     dana dari iklan akan di wakaf     kepada dapor jalanan     projek memberi makanan kepada     warga kota tanpa tempat tinggal    |   
|    MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG ESOK Posted: 17 Sep 2013 05:30 AM PDT   NOTA     layari radio bangsar utama     untuk mengikuti siaran terus menerus     mahkamah rakyat tentang penipuan pru13     www.radiobangsarutama.com   Tribunal Rakyat 18-22 September, dedah penipuan PRU-13 KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) akan bermula dari 18 hingga 22 September 2013 bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya.  Menurut kakitangan Bersih 2.0, Mandeep Karpall, orang ramai dialu-alukan untuk hadir mengikuti prosiding yang tidak mengenakan sebarang bayaran.   ![]()   Tambahnya, Tribunal Rakyat turut disiarkan secara langsung melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautanwww.radiobangsarutama.com.     "Prosiding Tribunal Rakyat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang dari 18 hingga 22 September," kata Mandeep kepada Keadilandaily.     Tribunal Rakyat akan membuktikan secara muktamad sama ada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dijalankan dengan bebas dan adil.     Tribunal ini berperanan mengkaji, menyiasat, menilai laporan tentang aduan yang diterima atau diajukan tentang perkara yang berlaku menjelang dan semasa PRU-13 diadakan.     Enam anggota tribunal, masing-masing terdiri daripada tiga wakil luar negara dan tempatan akan mengendalikan prosiding     Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC).     Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 03-77844977 atau melalui emel di alamat bersih.tribunal@gmail.com     MAHKAMAH RAKYAT     BUKTIKAN PRU13 TIPU   ![]()   SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT     dana dari iklan akan di wakaf     kepada dapor jalanan     projek memberi makanan kepada     warga kota tanpa tempat tinggal   -----------           |   
|      Posted: 17 Sep 2013 12:17 AM PDT   SURAT INI UNTUK KAU     surat ini untuk kau     kau yang belum aku kenali     kau yang sentiasa selamat     kau yang hidup selesa     kau yang nyaman sentiasa     kau yang gumbira bersama anak isteri sanak saudara     kau yang bershopping dihujung minggu     kau yang bercuti di long weekend     kau yang berziarah ke dubai dan london     kau tak pernah mengenali aku     aku juga tak pernah mengenali kau     aku tuliskan surat ini     kerana tidak ada pantun yang dapat aku selokakan     tidak ada shaer yang dapat aku lagukan     tidak ada puisi yang dapat aku dendangkan      aku hantar  kerpada kau     hanya sakeping  gambar     untuk menggoda nafsu kau     untuk menggoda batin kau     untuk memberahikan hati kau     jika hati kau tidak terusik     jika nafsu kau tidak tercabar     jika hati kau tidak terguris     jika berahi kau tidak gersang     kau berhentilah membaca surat ini     berhenti disini!     berhenti sekarang!     tapi     jika hati kau mengelora     jika jiwa kau terganggu     jika mata kau mulai basah     jika kau hayati gambar ini     maka aku telah bertemu       dengan seorang  kawan     kau lah kawan aku     kau lah kawan      yang tangan kau tak pernah aku sentuh     kau lah kawan      yang nama kau tidak aku pernah dengari     kau lah saorang sufi     kau lah seorang syahdu     kau lah penghuni biara     kau lah seorang muslim     kau lah seorang hindu     kau lah seorang majusi     kaulah pengikut isa dari nazareth     kau lah penghuni semua firdausi     kau lah jambatan siratul mustakim     kau lah  pembawa berita     berita baik      untuk umat manusia     KAU  YANG BARU AKU KANALI     DATANG LAH KE SINI       SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT     dana dari iklan akan di wakaf     kepada dapor jalanan     projek memberi makanan kepada     warga kota tanpa tempat tinggal   ---------  |   
|    SAMBUT OBAMA MUSUH DUNIA DENGAN DEMO Posted: 16 Sep 2013 09:50 PM PDT   KEMPEN  MENYUSUN      DEMO ANTI OBAMA       SAMBUT OBAMA      DENGAN DEMO     Maka bermula hari ini, SAMM bersama rakan sekutu akan menjengah ke seluruh negara dalam satu siri jelajah mobilisasi menentang perjanjian TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10-11 Oktober ini. Siri jelajah juga akan dipanaskan dengan beberapa isu semasa termasuklah isu kesan kenaikkan harga petrol dan pemenjaraan 13 pejuang demokrasi.     Aksi pelancaran Jelajah #BantahTPPA akan berlangsung malam ini di Taman Melati, Wangsa Maju dianjurkan oleh SAMM Wilayah yang diketuai oleh sdr Azmir Hj Mustaffa dengan kerjasama PKR Wangsa Maju.      Pentas pelancaran akan digegarkan oleh YB Tian Chua, Dr Hatta Ramli, che'GuBard, Hishamuddin Rais, wakil mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli. Turut hadir di pentas adalah wakil NGO #BantahTPPA antaranya Nizam Mahshar (MTEM), Cikgu Azmi (MAPIM), Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT), Anas (Blindspot).     SAMM menjemput seluruh warga kota untuk hadir bersama menghadam maklumat mengenai bahana perjanjian TPPA dan isu semasa yang menghangat. Pesta kesedaran akan terangkan semula biarpun sekadar berbentuk ceramah sebagai pemula, ia cukup menjadikan api kemarahan rakyat dinyalakan sebaiknya.      Edy Noor Reduan     Pengarah Propaganda     Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)     NASIONALISMA     DAYAK BANGUN MELAWAN   ![]()   SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT     dana dari iklan akan di wakaf     kepada dapor jalanan     projek memberi makanan kepada     warga kota tanpa tempat tinggal   --------           |   
|    MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG - PRU13 TIPU Posted: 16 Sep 2013 09:34 PM PDT   ADA PENIPUAN DALAM PRU13      MAHKAMAH RAKYAT BERSIDANG     kali ini kita dengar mahkmah rakyat     mahkamah ini akan memanggil saksi     PARA SAKSI     yang melihat mat bangla mengundi     yang melihat lampu padam     yang melihat duit bertukar tangan     yang melihat kotak undi hilang     yang melihat  undi bertambah     yang melihat borang 14 lesap     yang melihat dakwat kekal padam     DIJEMPUT DATANG     UNTUK MENDENGAR PERBICARAAN INI     peguam antarabanga telah di jemput     hakim antgarabangsa telah di jemput     MAHKAMAH  AKAN BERSIDANG     dari hari rabu hingga ahad ini   ![]()   SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT     dana dari iklan akan di wakaf     kepada dapor jalanan     projek memberi makanan kepada     warga kota tanpa tempat tinggal   ----------         |   
|    TEATER BILIK SULIT - SATU JEMPUTAN Posted: 16 Sep 2013 08:14 PM PDT   CERITANYA     semua bermula      dalam gelap     ketika jiran sedang tidur     ketika bumi dibuai mimpi     tapak kaki menapak keras      pintu ditendang     maka bermula bilik sulit...      MENJEMPUT DATANG      semua warga  untuk melihat     sebuah teater     tentang apa yang berlaku     dalam bilik sulit     APA DIA      bilik sulit     APA YANG TERJADI     dalam bilik sulit     DIMANA BILIK SULIT      sampai  hari ini     bilik bilik sulit ini     masih menjkadi rahsia negara     PERJUANGAN      anak dan isteri     yang menjadi mangsa bilik sulit     JEMPUT DATANG DAN HAYATI     ribuan warga telah melalui bilik sulit     kali ini di teaterkan     BILIK SULIT     DI DEWAN CHINA     KUALA LUMPUR       SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT     dana dari iklan akan di wakaf     kepada dapor jalanan     projek memberi makanan kepada     warga kota tanpa tempat tinggal   -----------  |   
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan