Isnin, 23 September 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


PAS tak perlu simpati pada Chin Peng dan PKM (23/9/13)

Posted: 22 Sep 2013 09:52 PM PDT

Pemimpin politik akan kata apa sahaja semata-mata untuk peroleh pengaruh……betulkah begitu?
Kadangkala apa yang dikatakan sesungguhnya bertentangan dengan fakta dan malah prinsip perjuangan tetapi demi mahu popular demi mahu dilihat "jaguh" demi mahu dilihat "terbuka" konon-kononnya, ada pemimpin yang sanggup begitu.

Isu bekas Setiuasaha Parti Kominis Malaya atau mendiang Chin Peng, yang meninggal dunia pada tanggal 16 September baru-baru ini di Bangkok terus hangat dipermainkan. Upacara menghormati mayat mendiang dihadiri oleh beberapa pemimpin politik Malaysia termasuklah dari PAS. Dan dalam Negara pemimpin-pemimpin politik yang bermain atas sentimen semasa, menuntut agar abu mayat mendiang dibenarkan dibawa kembali ke tanah air untuk dimakamkan di kampong kelahirannya di Perak. Tuntutan ini turut disuarakan oleh satu dua pemimpin PAS.
Bagi yang berjuang atas landasan sosialisma, nasionalisma atau apa sahaja, jika mereka simpati pada mendiang Chin Peng dan PKM kita mungkin boleh faham, tetapi apabila pemimpin gerakan Islam turut memberikan sentimen yang sama, kita jadi bimbang dan malahan kesal, bagaimana boleh jadi begini.

Mengapa harus kita tiba-tiba simpati pada mereka yang pada asasnya berjuang mewujudkan sebuah Negara komunisma mirip Kominis Cina? Bukankah pejuang-pejuang Islam di merata dunia bangkit mempertahankan tanahair mereka dari dinodai oleh anasir yang berjuang ideologi sesat ini? Ketika Mujahideen Afghanistan berjuang menentang regim Babrak Karmal dan kemudiannya Najibullah Amin yang merupakan boneka Soviet Rusia yang kominis itu, kita di sini bangkit menyokong, menghantar dana dan bantuan malah ada yang lolos masuk ke sana berjuang bersama mereka.
Elok sahaja pemimpin nombor satu kominis di Malaysia mati, kita tiba-tiba beria-ia simpati, sewenang-wenang mengampunkan segala dosanya termasuklah membunuh ribuan anggota keselamatan dan orang awam tidak termasuk harta benda.

Tidak cukup dengan serangan dan tindakan gurila di hutan PKM yang dikepalai mendiang Chin Peng ketika itu turut mahu mencetuskan huru-hara di bandar. Terakhir kalau kita sudah lupa pada tahun 1975 pengganas PKM telah melontarkan bom tangan ke Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur (berhampiran pejabat Harakah hari ini) membunuh dua anggota yang sedang berbaris dan mencederakan 41 yang lain.
Sebelum itu 6 Jun 1974 Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Abd Rahman Hashim ditembak mati di Kuala Lumpur dan kemudiannya 13 November 1975 Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong ditembak mati di Ipoh, Perak.

Kedua-dua kejadian dilakukan oleh pengganas PKM yang diketuai Chin Peng.
Kalau pun kita mahu meraih populariti, terfikirkah kita akan perasaan balu dan anak-anak serta kaum keluarga ribuan mereka yang terkorban itu akibat keganasan parti "haram" yang diketuai mendiang Chin Peng? Apa istimewa dan hebat sangat ketua pengganas ini sehingga kita mahu menyanjung beliau dan acap kali seakan tiada perkara besar yang lebih penting melainkan meratib nama beliau?!

Ya mungkin kita tidak menganuti ideologi sesat itu tetapi sekadar simpati atas dasar perikemanusiaan, tetapi sebagai seorang pejuang Islam lupakah kita bahawa kita ditarbiah bahawa cenderung (sudah semestinya termasuklah simpati) pada yang zalim akan mengakibatkan kita nanti disambar api neraka. Atau kita yakin bahawa mendiang Chin Peng terkecuali dari peraturan ini?!
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam Kuliah Jumaatnya  di Masjid Rusila pada 4 April 2008 ada menyatakan:

Ada manusia yang menerima akidah secara membuta tuli bukan secara mengkaji. Adakala mereka berhujah berdasarkan pegangan nenek moyang semata-mata tanpa mengkaji sumber yang benar dari satu masa ke satu masa mengikut perkembangan. Penyelewengan boleh berubah cara dan ikutan. Ini dibuktikan dengan kenyataan Allah dalam surah az-Zukhruf, ayat 22:
"Bahkan mereka itu berkata, "sesungguhnya kami mendapati datuk nenek moyang kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak langkah mereka sahaja."

Kadang-kadang, mereka tidak kenal fahaman-fahaman baru kerana namanya tidak pernah disebut dalam kitab-kitab zaman dahulu. Ini kerana fahaman-fahaman baru ini tidak ada pada zaman pengarang kitab-kitab ini. Namun al-Quran dan hadis Nabi Muhammad tetap mendedahkan secara teliti sebagai bekalan umat Islam.
Isu akidah tidak boleh dicuba-cuba atau diagak-agak. Ia tidak boleh dipilih sesuka hati kerana ia bergantung pada nasib yang memerlukan petunjuk Allah dan wahyunya. Ia juga menentukan nasib mereka di akhirat sama ada ke syurga atau negara. Ia adalah keputusan yang tidak boleh dipertikai dan diminta supaya kembali ke dunia.

Mudah-mudahan, Allah mengurniakan iman dan kekuatannya serta bersikap yang tegas pada perkara-perkara yang bercanggah dengan iman. Fahaman yang bercanggah meliputi fahaman yang pupus, yang masih berselerakan dalam masyarakat atau yang bakal tercetus. Semoga Allah memelihara umat Islam daripada fitnah di dunia, di alam kubur dan hari kebangkitan semula.
Dalam kehangatan isu Chin Peng ini kita terbaca ada mereka yang tegar mendukung fahaman anutan Chin Peng itu cuba berhujah mempertahankan dasar perjuangan mereka. Saya terbaca dalam satu blog pro kominis menulis:

Sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh PKM pada 29 April 1985 menyebut:
Dasar PKM ialah menghormati kebebasan rakyat semua bangsa untuk menganut agama. Kepercayaan agama di kalangan massa mempunyai punca masyarakatnya yang mendalam. Kebebasan ini mesti dihormati. Hak penganut agama bagi melakukan kegiatan agama harus dibela. Dasar parti kita ini ditegakkan di atas dasar asas pandangan ilmiah Marxis yang kukuh. Dasar ini sekali-kali bukanlah satu siasat.

Dalam masalah agama, anggota PKM mengikuti garis massa parti dan menyertai kegiatan agama massa bangsanya sendiri. Komander dan perajurit Tentera Rakyat Malaya pula mempunyai kebebasan melakukan kegiatan agama dan beramal ibadat.
Apakah sebenarnya asas pandangan ilmiah MARX terhadap agama? Karl Marx yang diagungkan oleh PKM dan mereka yang mendukung perjuangannya ada menyatakan dalam manuskripnya:

Religious suffering is, at one and the same time, the expression of real suffering and a protest against real suffering. Religion is the sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the opium of the people.
The abolition of religion as the illusory happiness of the people is the demand for their real happiness. To call on them to give up their illusions about their condition is to call on them to give up a condition that requires illusions. The criticism of religion is, therefore, in embryo, the criticism of that vale of tears of which religion is the halo.

Criticism has plucked the imaginary flowers on the chain not in order that man shall continue to bear that chain without fantasy or consolation, but so that he shall throw off the chain and pluck the living flower. The criticism of religion disillusions man, so that he will think, act, and fashion his reality like a man who has discarded his illusions and regained his senses, so that he will move around himself as his own true Sun. Religion is only the illusory Sun which revolves around man as long as he does not revolve around himself. (Kar Marx :Critique of Hegel's Philosophy of Right)
Agama itu candu buat rakyat. Itulah fahaman Marx. Menghapuskan agama itulah sebenarnya hakikat kebahagian kerana agama dilihat mengongkong rakyat dengan pelbagai ketrbatasan. Agama itu sebenarnya sekadar khayalan yang melekakan. Rakyat perlu dipisahkan dari agama…..itulah pandangan ilmiah MARX terhadap agama. Bayangkan apa terjadi kiranya kita bebas Merdeka bawah PKM!!!

Vladimir Lenin seorang lagi pemimpin komunis Rusia yang disanjung PKM dan semua penganut ideologi komunsima pula pernah menulis:
Religion is the opium of the people: this saying of Marx is the cornerstone of the entire ideology of Marxism about religion. All modern religions and churches, all and of every kind of religious organizations are always considered by Marxism as the organs of bourgeois reaction, used for the protection of the exploitation and the stupefaction of the working class (About the attitude of the working party toward the religion)

Lenin menegaskan bahawa ungkapan "Agama itu adalah candu buat rakyat" merupakan asas penting keseluruhan fahaman MARXISMA terhadap agama. Lalu kita yang Islam ini boleh senang-senang pandang sebelah mata, dan hari ini mahu menyanjung pejuang nombor satu ideologi ini, subhanallah.
Dr Amini Amir Abdullah (UPM) menulis:

Fahaman komunis berkait rapat dengan atheisme iaitu satu fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan atau kuasa agung. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan mulhid. Bahkan boleh dikatakan benar juga bahawa atheisme berkait rapat dengan sekularisme. Ramai manusia sekarang ini mengaku mereka tidak bertuhan dan ada juga yang mengaku sebagai free thinker. Kemerbahayaan atheisme sudah mula menapak. 15% penduduk dunia dikatakan berfahaman atheis. Orang atheis tidak percayakan kewujudan Tuhan. Dalam konteks Malaysia, orang atheis tidak layak untuk menjadi warganegara negara ini kerana berlawanan dengan semangat dan falsafah Rukun Negara yang menyatakan kepercayaan kepada Tuhan sebagai tunggak utamanya.
Fahaman komunis juga percaya bahawa kehidupan tidak berkait dengan kerohanian dan keagamaan. Justeru, mereka berpegang kepada fahaman materialisme bahawa material itu menentukan segala-galanya dan agama tidak mempunyai signifikan dalam kehidupan. Komunisme juga menafikan hak milik individu dalam sesebua Negara berkaitan dengan aset, harta, tanah, bangunan dan seumpamanya. Mereka menyatakan bahawa dalam sesebuah negara, semua elemen ini adalah milik negara ataupun pemerintah.

Pihak komunis juga percaya bahawa semua hasil bumi dan sumber-sumber alam dalam sesebuah negara adalah hak milik negara dan bukannya individu. Komunisme juga mengagung-agungkan teori Lenin mengenai gaji bahawa seseorang boleh berusaha mencari duit mengikut kemampuannya tetapi mesti diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka juga mengagung-agungkan prinsip Machiavelli iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.
Abdul Qadir Djaelani (ahli DPR Pepublik Indonesia) dalam kertasnya bertajuk "Komunisma musuh Islam sepanjang sejarah" diterbitkan oleh Yayasan Pengkajian Islam Madinah Munawarrah 17 Mei 2000 menulis:

Dari uraian yang cukup panjang, tergambar dengan jelas bahwa Komunisme/Marxisme-Leninisme adalah sistem ideologi yang disusun asal jadi, sehingga unsur-unsurnya saling bertentangan satu dengan yang lainnya. Akibatnya, penerapan Komunisme di negara-negara Komunis, bukan saja gagal dalam mewujudkan "syurga di dunia", "masyarakat sama-rasa sama-rata", tetapi malah membawa malapetaka: pembunuhan, kerja paksa, ketakutan dan kelaparan.
Selanjutnya, secara pasti Komunisme/Marxisme-Leninisme di semua dimensi bertentangan diametral dengan Islam. Karenanya sikap dan rasa permusuhan antara kaum Komunis dengan umat Islam berjalan di sepanjang sejarah tanpa henti.  (sila rujuk – http://serbasejarah.files.wordpress.com/2010/02/komunisme-musuh-islam-sepanjang-sejarah.pdf

Berbalik kepada pengalaman di Afghanistan, semasa pemerintahan regim boneka komunis Rusia, Najibullah Amin di Afghanistan (yang akhirnya digulingkan oleh puak Mujahideen Afghanistan) , demi meraih sokongan rakyat, beliau telah mengisytiharkan Afghanistan sebagain sebuah Negara Islam pada tahun 1990 dengan memasukkan dalam Artikel 1 perlembagaan Negara tersebut bahawa "Afghanistan adalah sebuah Negara Islam". Namun Mujahideen Afghanistan tidak dapat menerimanya kerana Najibullah terus dianggap seorang komunis.
Apa berlaku pada Najibullah? :

Najibullah was at the UN compound when the Taliban soldiers came for him on 27 September 1996. He was castrated before the Taliban dragged him to death behind a truck in the streets. His blood-soaked body was hung from a traffic light. (Najibullah mati ditangan Mujahideen pada 27 September 1996, dibunuh sebagai pengkhianat dan komunis).
Oleh itu kesimpulannya, saya merasakan tidak ada sebab walaupun kononnya atas dasar simpati, orang yang berjuang atas dasar Islam apalagi pemimpinnya meraikan tuntutan mendiang Chin Peng ini.

Biarlah abunya bertaburan di bumi Siam, dan semoga begitulah juga bertaburan pupus dan hilang fahaman anti Islam yang zalim ini di tanahair kita. Tutuplah bab Chin Peng dan PKM, bangkitlah kembali memperjuangkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS.
Wallahualam.

TAMBAHAN:  (dizaman PKM aktif, Timbalan Presiden PAS menegaskan PAS menentang dan menolak komunisma ....... dizaman PKM dah mati lain pula)

Dalam perbahasan parlimen yang berlangsung pada 23 April 1960, Zulkifli Muhammad menegaskan bahawa perjuangan PAS menentang keras fahaman dan gerakan komunis yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam (Parlimentary Debates, 23 April 1960: 411). Pada 25 April 1960, beliau bukan sahaja mengkritik tindakan seorang menteri kabinet yang menuduh PAS cuba melengah-lengahkan undang-undang pencegahan komunis, bahkan menyindir menteri tersebut yang dilihat cuba menonjolkan semangat keislamannya (Parlimentary Debates, 23 April 1960: 491).

Tiada ulasan: