Isnin, 9 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Muktamar: Fikirkan hala tuju PAS, bukan isu

Posted: 09 Sep 2013 07:21 PM PDT

Ketika PAS Kawasan seluruh negara sedang rancak mengadakan mesyuarat agung dan disusuli oleh mesyuarat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat peringkat negeri, menjelang Muktamar Tahunan PAS November nanti, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Terutamanya media massa, politikus Umno dan pihak yang menyokongnya yang sentiasa mencari salah PAS untuk menyerangnya. Ini biasa berlaku setiap menjelang Muktamar PAS.

Kini, isu yang hangat diperkatakan ialah isu Syiah iaitu ada pihak dengan segala prejudisnya menuduh PAS terlibat dengan Syiah, sedangkan Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dan menafikannya.

Bagaimanapun, isu ini terus diperhangatkan atas kepentingan tertentu dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu kononnya sebagai 'orang Syiah', padahal beliau telah menafikannya berulang kali.

Kemudian ditimbulkan pula isu sampingan – melaga-lagakan golongan ulama dan profesional - menjelang Muktamar PAS dan beberapa isu lain yang saling bermunculan yakni dijangka akan semakin rancak ditimbulkan semakin dekat Muktamar.

Bagi pendukung PAS yang setia, mereka sangat faham bagaimana musuh PAS memanipulasi isu ini setiap kali muktamar untuk memecahbelahkan PAS.

Oleh itu, mereka tidak perlu melayannya, menjelang Muktamar tahu lalu – sebelum PRU ke-13, masyarakat dihangatkan dengan isu supaya PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan PAS dengan DAP, namun pendukung PAS yang amat setia tidak terpengaruh dengan hasutan ini, yakni akhirnya PAS terus bersama Pakatan menghadapi PRU tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Ikhwan hargai PAS beri penerangan kepada rakyat

Posted: 09 Sep 2013 07:18 PM PDT




KUALA LUMPUR: Jurucakap Ikhwan Muslimin Mesir, Dr. Ahmed Fahmy telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Turut serta adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.

Beliau dalam lawatan singkat ke Malaysia telah menjadi tetamu kepada PAS dalam sidang meja bulat 'Krisis Mesir' yang telah diadakan di Kuala lumpur pada minggu lepas.

Dr. Ahmed Fahmi yang juga merupakan pakar jantung yang terkenal di seluruh rantau Arab telah menerangkan tentang perkembangan krisis yang sedang berlaku di Mesir kepada Tuan Guru Abdul Hadi serta implikasi kudeta tentera yang berlaku di sana.

Beliau juga telah menceritakan secara terperinci tentang pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan oleh rejim tentera dan polis di Dataran Rabaa dan Dataran Nahdah yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang awam termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Read More / Baca Lagi >>

Kewujudan Syiah di Malaysia ketetapan Allah & hak asasi manusia

Posted: 09 Sep 2013 07:17 PM PDT

Kami di AsSajjad Movement ingin merujuk saranan Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr Zamihan Md Zain bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad wajar digunakan kembali untuk menahan pendokong Syiah tegar memandangkan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang di negara ini.

Beliau dinyatakan membentang satu kertas kerja bertajuk "Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah" di Dewan Muktamar, Pusat Islam pada 8 September 2013.

Kami berpendapat "pusingan kedua serangan media dan ulama Salafi ke atas penganut Syiah" di negara ini adalah semata-mata untuk menutup krisis kenaikan harga barang yang menjadi bual bicara masyarakat sejak minggu lalu.

Selain itu, "laporan ancaman dan bahaya Syiah" akan dapat mengkaburi keresahan masyarakat ekoran krisis keyakinan terhadap kepimpinan politik di negara ini. Sehubungan itu, sekali lagi, pengamal mazhab Syiah dikambinghitamkan.

Meminjam pandangan Fathul Bari Mat Jahya mengenai krisis kenaikan harga barang yang menjadi ketetapan Allah sejak pada zaman Rasulullah, kami juga berpendapat kewujudan komuniti Syiah di Malaysia adalah satu ketetapan Allah.

Nampaknya adalah sudah menjadi "satu takdir" bahawa Malaysia menandatangani Islamabad Declaration 2007 (oleh OIC) yang mengiktiraf fahaman Syiah. Demikian juga, adalah sudah menjadi satu takdir bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menjuarai gagasan Islam Washatiyyah (Islam Sederhana)  dan menandatangani ASEAN Human Rights Declaration 2012 di Kemboja tahun lalu.

Sebarang penindasan terhadap komuniti Syiah adalah melawan takdir ini. Kami di AsSajjad Movement, ingin sekali lagi meminjam poin yang dikemukakan oleh Fathul Bari Mat Jahya bahawa kehadiran masyarakat Syiah di Malaysia sudah pun ditetapkan oleh Allah, dan ia adalah satu ujian atau dugaan yang kecil untuk kita memperlihatkan kematangan, kesabaran dan keadilan dalam menangani kaum minoriti; sebagaimana firman Allah SWT, "Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 155).
Read More / Baca Lagi >>

Subsidi Minyak RM 13 Bilion Setahun Untuk IPP: Apa Lagi Rakyat Malaysia Mahukan.....!!!!

Posted: 09 Sep 2013 07:11 PM PDT


Pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen bagi RON95 dan diesel sewajarnya ditolak oleh rakyat seperti yang banyak disuarakan di laman-laman sosial dan media. Kenaikan ini membebankan rakyat terbanyak dan dijadikan alasan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menutup kegagalannya mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Rafizi

Perkembangan-perkembangan terbaru ekonomi serantau dan kedudukan kewangan negara yang semakin lemah telah menimbulkan pelbagai keraguan yang negatif terhadap kemampuan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini termasuklah:

1. Laporan Fitch yang menuruntarafkan prospek ekonomi negara menjadi negatif, iaitu kali pertama ia berlaku dalam sejarah negara melihatkan kadar keberhutangan negara yang semakin tinggi tanpa ada jalan penyelesaian dari Datuk Seri Najib Razak.

2. Matawang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas

3. Pertumbuhan ekonomi yang tidak mencapai sasaran sejak 15 tahun berturut-turut

Apa yang dituntut oleh rakyat, pasaran, pelabur dan juru analisa adalah satu pelan ekonomi yang menyeluruh yang menangani tiga masalah utama ekonomi negara iaitu:

1. Keberhutangan kerajaan yang melampau sehingga menjejaskan masa depan kewangan negara

2. Keborosan kerajaan yang tidak kenal penghujung sehingga berbelanja melebihi pendapatan (belanjawan defisit) selama 15 tahun berturut-turut.

3. Daya saing ekonomi negara yang semakin malap kerana dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan rasuah, penyelewengan, kurang daya kreativiti dan tiada tambah nilai.

Sebaliknya, Dato' Seri Najib Tun Razak hanya mengambil jalan pintas dengan memotong subsidi rakyat yang kesannya kepada ekonomi negara tidak seberapa berbanding dengan perbelanjaan yang lain termasuklah subsidi korporat yang lebih besar nilainya.

Fakta-fakta ekonomi membuktikan bahawa tindakan menaikkan harga minyak tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara yang kian parah di bawah pentadbiran beliau dan tidak adil kepada rakyat:

1. Belanja subsidi lain lebih besar dan subsidi korporat wajar dipotong dahulu sebelum subsidi rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Dr.Mursi Dikenakan Tuduhan Baru & Harta Keluarganya Disita Oleh Regim Zionis As Sisi

Posted: 09 Sep 2013 06:34 PM PDT


Pihak berkuasa Mesir sekali lagi mencari alasan untuk mendakwa presiden yang digulingkan, Mohammad Mursi dengan satu lagi tuduhan baru.

Pihak pendakwa telah mengeluarkan satu perintah baru penahanan bagi Mursi di atas komentarnya yang menyebut bahawa para hakim telah berlaku curang di dalam pemilihan parlimen 2005. Mursi yang telah ditahan tentera di satu tempat yang tidak diketahui telah menolak untuk bekerja sama dengan para pendakwa raya.

"Para pendakwa penyelidik menuduh Muhammad Mursi menghina kehakiman dengan menuduh 22 hakim memalsukan hasil pemilihan parlimen 2005," kata pejabat berita MENA tanpa memberikan butiran terperincinya, Sabtu lalu (7/9).

Pada 2005, Ikhawanul Muslimin merupakan satu organisasi yang dilarang. Tetapi para calonnya diizinkan menyertai pemilihan parlimen di bawah Hosni Mubarak yang ketika itu menjadi presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Murid Kelas Dunia: Pakatan dedah 6 kelemahan PPPM

Posted: 09 Sep 2013 06:32 PM PDT


Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat (JPPR) hari ini menyelar enam aspek yang menjadikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bukan satu platform menyeluruh.
JPPR menjelaskan ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan betul dan cekap.
"Kelemahan pertama ialah kementerian enggan mendedahkan skim markah untuk lulus peperiksaan Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan Bahasa Inggeris dalam SPM kononnya dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Ini melanggar Anjakan 11 Pelan Muktamad iaitu "meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam". Jika markah kelulusan ini dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi, mungkinkah markah kelulusan untuk peperiksaan Bahasa Inggeris SPM akan diturunkan tanpa pengetahuan umum apabila mata pelajaran itu wajib lulus peperiksaan  pada 2016?" katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kelemahan kedua yang digariskan adalah kementerian gagal bertindak terhadap insiden kantin dalam bilik mandi di SK Seri Pristina dengan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan bukan sahaja menyifatkan peristiwa ini sebagai masalah kecil malah polis menyoal siasat murid di sekolah itu tanpa keizinan penjaga.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysian varsities plunge in ranking

Posted: 09 Sep 2013 06:29 PM PDT

QS World University Rankings says they lack "highly cited" research.

PETALING JAYA: Malaysia's public universities continue to plummet down the list of QS World University Rankings.
Only seven of the country's universities made it to QS's list of 800 top institutions for 2013. They are Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), International Islamic University Malaysia (UIA) and Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Of the seven, only UM has maintained its position in the top 200 although it slid down from number 156 in 2012 to number 167 in the current list.
Only one Malaysian institution has managed to raise its standing. UTM, which was ranked 358th in 2012, is now at number 355.
UKM has dropped eight spots to number 269 and USM has gone down 29 spots to number 355. UPM has seen a long drop from number 360 to circa 411-420, but it has not suffered as much as UIA and UiTM, both of which plummeted by 100 points. Last year, UIA was in the ranks of 401 to 450 and UiTM was at 601+.
QS research head Ben Sowter attributed the deterioration in Malaysian universities' rankings to deficiencies in research but credited them for the quality of their academics and the employability of their graduates.
"The drop in performance for Malaysian institutions this year reflects the intensity of global competition," he said.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysian unis drop in world rankings

Posted: 09 Sep 2013 06:26 PM PDT

Hari Malaysia - Aspirasi baru rakyat Malaysia

Posted: 09 Sep 2013 04:54 PM PDT


Tahun ini kemerdekaan negara menjejak angka 56 tahun. Umur yang seharusnya melambangkan suatu tempoh yang mematangkan. Namun, minda dan pemikiran masyarakat dan rakyat masih lagi di takuk lama yang melambangkan seolah-olah merdeka itu adalah retorika semata-mata.

Meminjam istilah Dr Syed Husin Al-Attas 'bebalisme' atau 'oblomovisme' yang masih dihidapi masyarakat. Penyakit yang menjadikan minda tertawan oleh projek dan ucapan manis pemerintah.

Jangan dilupakan bahawasanya tahun ini genaplah separuh abad umur negara sejak diisytiharkan penubuhannya pada 16 September 1963 iaitu 50 tahun yang lalu.

Namun, mengenang tarikh itu tidak hanya sekadar berbangga dengan sejarah. Kerana history is written by the victor. Ditinta oleh yang menang, maka rakyat akan selalu merasa menang. Bangsa yang merdeka adalah yang menghambakan diri pada Allah, hidup dalam dimensi akhirat dan dalam keadilan sejagat Islam.

Sebagaimana ucapan emas Rubie' bin Amir kepada Rustum, panglima tentera Parsi sewaktu menegaskan objektif kedatangan beliau dan barisan tentera di medan perang, kata beliau :

"Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk membebaskan manusia dari penghambaan sesama manusia kepada menghambakan diri pada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan dari kezaliman agama kepada keadilan Islam."

Sempena umur jubli emas ini, seharusnya Hari Malaysia ditanggapi sebagai simbol perpaduan negara. Rakyat mahukan solidariti dihayati dan dihidupkan. Rentetan tragedi hitam 13 Mei 1969, rakyat disuntik dengan fahaman rasisme dan chauvinisme oleh pemerintah.

Ditambah lagi dengan pengamalan politik perkauman atau ethno-based politic yang pastinya mengikis dan menghakis nilai perpaduan masyarakat majmuk yang cuba dibentuk sejak penubuhan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Muak Dengan UMNO Dan Muak Dengan Pemimpin UMNO

Posted: 09 Sep 2013 04:50 PM PDT

Apabila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed mengatakan rakyat sudah muak dengan UMNO berikutan janji untuk berubah yang dilafazkan sebelum pilihanraya tetapi tidak ternampak perubahan sebaik memenangi pilihanraya, ungkapan beliau itu bagaikan renjatan letrik bagi sesetengah orang. Sementara ramai yang bersetuju, ada pula yang tersinggung, terasa hati, malah marah kepadanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz bersetuju dengan pandangan Jazlan bahawa UMNO mesti berubah untuk kekal relevan. Bagaimanapun Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein menyelar pandangan Jazlan itu dan menyifatkan sebagai usaha menarik perhatian menjelang pemilihan UMNO berikutan Jazlan mengumumkan mahu bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO kali ini.

Bagi Hishammudin juga, pandangan Jazlan itu jelas tidak tepat dan tersasar dari hakikat yang sebenarnya berikutan UMNO masih mampu mencapai kejayaan membanggakan iaitu sebanyak 88 kerusi daripada keseluruhan 133 kemenangan BN dan di sebalik parti-parti lain mengalami kemerosotan sokongan.

Di media sosial pula, ada juga mengutuk Jazlan berikutan pandangannya itu. Ada yang mengatakan, kalau sudah muak buat apa beliau mahu bertanding MT UMNO dan ada juga yang mengatakan pandangannya itu sebagai luahan rasa kecewa kerana tidak dilantik sebarang jawatan dalam kabinet meskipun sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen.

Jazlan yang juga Pengerusi Kira-Kira Wang Negara atau PAC mungkin menilai rasa muak rakyat terhadap UMNO dalam konteks yang lebih luas dan tidak semata-mata berdasarkan kemampuan memenangi kerusi dalam pilihanraya sahaja seperti yang difahami oleh Hishammuddin. Jika jumlah kerusi yang diambil kira, memanglah UMNO dan BN masih memang tetapi haruslah juga disedari bahawa kemenangan BN dalam pilihanraya lalu hanya disumbangkan oleh 47 peratus undi rakyat sahaja sedangkan pembangkang yang memenangi 89 kerusi meraih lebih 51 peratus undi.

Kemenangan undi rakyat atau undi popular ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai iltizam yang tinggi untuk menukar kerajaan dan menolak BN tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihanraya yang digunakan. Jika undi popular ini digambarkan sebagai rasa muak rakyat dan mungkin memberi keputusan yang lebih buruk dalam piliharaya akan datang berikutan banyak janji-janji untuk berubah tidak ditunaikan, pandangan Jazlan nyata ada kebenarannya. Tidak mustahil penolakan rakyat menjadi bertambah besar lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Muak Dengan UMNO: Nur Jazlan dan Nazri patut cermin diri dulu

Posted: 09 Sep 2013 04:46 PM PDT

Saya sangat geli hati bila membaca kenyataan pemimpin Umno sendiri yang mengatakan rakyat sudah muak dengan Umno.

Ahli Parlimen Pulai yang juga Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan menyelar partinya sendiri sangat melucukan.

Saya tidak nafikan tidak sedikit rakyat memang sudah muak dengan Umno seperti mana dakwaan Nur Jazlan. Tapi adalah lebih baik bukan Nur Jazlan yang menyatakan begitu.

Saya bertambah-tambah lagi geli hati bila seorang lagi pemimpin Umno bersetuju dengan kenyataan Nur Jazlan.

Datuk Seri Nazri Aziz dari Menteri Pembangunan Usahawan kemudian menjadi Menteri JPM dan kini Menteri Pelancongan sepatutnya tidak membuat kenyataan menyokong Nur Jazlan dan menyelar parti sendiri juga.

Mengapa saya dan rakan-rakan geli hati bila kedua-dua pemimpin Umno ini menyelar parti mereka sendiri? Kita lihat balik rekod kedua-dua pemimpin ini.

Pernahkah Nur Jazlan membuat kenyataan menyanggah pihak yang mempertikaikan hak keistimewa orang Melayu sejak beliau berada dalam Parlimen dan menerajui Umno Bahagiannya?
Read More / Baca Lagi >>

PAU 2013: Azalina tarik diri tanding Ketua Wanita Umno selepas “dinasihatkan”

Posted: 09 Sep 2013 04:42 PM PDT


Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) akan menarik diri daripada bertanding jawatan tertinggi dalam Wanita Umno sebaliknya hanya akan mempertahankan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan akan datang.
The Malaysian Insider difahamkan walaupun menjadi pencabar hebat kepada penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjelang pemilihan parti tidak lama lagi, Azalina dikatakan membuat keputusan itu selepas "dinasihatkan" berbuat demikian.
Difahamkan Azalina akan diberikan jawatan kanan dalam sayap Wanita Umno dan syarikat berkait kerajaan (GLC) jika tidak bertanding.
Apabila dihubungi, Azalina berkata beliau tidak akan melawan Shahrizat dan akan membuat kenyataan rasmi pada 20 September, sehari sebelum pencalonan untuk sayap Wanita Umno, Pemuda dan Puteri.
"Beliau diberitahu sekarang bukan masanya untuk bertanding sebagai ketua sayap itu, jadi beliau hanya akan bertanding jawatan MT," kata satu sumber yang rapat dengan Azalina kepada The Malaysian Insider.
"Beliau juga tidak akan bertanding jawatan nombor dua buat masa ini," katanya.
Azalina adalah penyandang ahli MT Umno yang dilantik menyertai badan itu pada 2000 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas presiden Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana 20sen.. Harga ikan naik, harga sayur naik dan harga rumah juga akan naik...

Posted: 09 Sep 2013 04:28 PM PDT

Kerana bijaknya Najib dalam mentadbir ekonomi negara defisit fiskal negara melebar kepada RM14.9 bilion pada tahun ini.

Untuk mengurangkan defisit itu beliau telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen bagi setiap liter..

Meskipun nilainya kelihatan kecil namun impaknya adalah besar.. setelah berbagai-bagai laporan tentang kenaikkan harga barang akibat tindakan Najib itu..

Menyusul pula laporan yang mengatakan harga sayur akan naik, harga ikan akan naik dan harga rumah tidak dapat dielakkan dari dinaikkan...

Tidak lama lagi, kita berhadapan kenaikan harga barang keperluan lain pula, hanya berpunca dari 20 sen. kata seorang Nelayan yang menyedari keperitan hidup yang akan menyusul ekoran tindakan Najib yang juga Presiden UMNO itu..


Minyak Naik : Harga Ikan Akan Melambung !, Nelayan Hadkan Turun Ke Laut

KUALA TERENGGANU – Meskipun kerajaan menjelaskan kenaikan harga minyak berlaku bagi mengurangkan perbelanjaan negara, namun pendekatan diambil tetap dianggap satu penindasan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah tempias kenaikan itu turut dirasai golongan nelayan di negeri ini walaupun ada yang menganggap mereka bernasib baik kerana mendapat subsidi diesel dan elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan.

Nelayan, Mamat Kassim, 62, berkata, walaupun diberi subsidi diesel dan elaun sara, namun kos yang bertambah masih tidak dapat menampung perbelanjaan kerana hasil tangkapan tidak menentu.

Menurut bapa sembilan anak ini, kenaikan harga petrol dan diesel selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-56, adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.

"Walaupun rakyat tidak mengharapkan 'hadiah' daripada kerajaan sempena merdeka tetapi sekurang-kurangnya tidak dibebani dengan kenaikan harga minyak dan diesel yang sangat mengejutkan semua.

"Bot kecil saya perlukan 45 liter diesel setiap kali turun ke laut untuk menangkap ikan, dengan kenaikan harga diesel, saya perlu menyediakan kira-kira RM10 kos tambahan atau RM300 sebulan.

"Sedangkan hasil yang saya dapat juga sebanyak itu," katanya semasa ditemui Sinar Harian di Pelabuhan Perikanan Chendering, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Peniaga Bumiputera ditindas..!!

Posted: 09 Sep 2013 04:26 PM PDT

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan mengkaji semula kuota kepada peniaga Bumiputera supaya mereka mendapat lebih banyak tempat berniaga di pusat membeli-belah terkemuka dalam negara.

Setiausaha Agung DPMM, Hanafee Yusoff berkata, kuota itu perlu diteliti dari segi kos sewa kedai selain peniaga Bumiputera perlu ditempatkan di lot kedai yang lebih strategik.

"Produk Bumiputera mempunyai kualiti tinggi kerana kerajaan sering membantu pengeluaran produk untuk mencapai standard yang ditetapkan tetapi di kebanyakan pusat membeli-belah, jenama tempatan ditempatkan di lokasi yang tersorok.

"Dengan kadar sewa terlalu mahal hingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, agak sukar peniaga tempatan atau Bumiputera untuk bersaing dengan peniaga jenama antarabangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, kerajaan perlu mengkaji semula masalah ini supaya lebih banyak peluang dapat diberi kepada peniaga Bumiputera seperti yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu mengagihkan kekayaan negara secara saksama antara kaum dengan ekuiti Bumiputera 30 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM dedah kos siasatan Eric Chia paling tinggi...!!

Posted: 09 Sep 2013 04:21 PM PDT

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan ia terpaksa menanggung kos paling tinggi ketika menyiasat kes penyelewengan dan pecah amanah bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Sutinah Sutan berkata, keadaan tersebut berlaku kerana ia melibatkan siasatan di luar negara iaitu Hong Kong dan Switzerland.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kos sebenar bagi menyiasat kes tersebut. Kos paling rendah untuk menyelesaikan kes rasuah ialah RM5,000.

Rasmussen: No need for NATO in Syria

Posted: 09 Sep 2013 04:09 PM PDT

As the United States debates strikes, Syrians in Damascus show opposition to intervention

Posted: 09 Sep 2013 04:07 PM PDT

President Obama: We're taking Syria proposal 's...

Posted: 09 Sep 2013 04:05 PM PDT

White House Pushes Lawmakers, Public on Syria

Posted: 09 Sep 2013 04:04 PM PDT

Blinken: Obama will make case on Assad

Posted: 09 Sep 2013 04:03 PM PDT

Obama Adviser: Strike at Syria Not 'another War'

Posted: 09 Sep 2013 04:02 PM PDT

US Weighs Talk of Syria Dumping Chemical Weapons

Posted: 09 Sep 2013 04:02 PM PDT

Syria welcomes Russia's call to handover chemical weapons

Posted: 09 Sep 2013 04:01 PM PDT

Syria to put chemical weapons under control?

Posted: 09 Sep 2013 04:00 PM PDT

Obama's uphill climb on Syria

Posted: 09 Sep 2013 04:00 PM PDT

Tiada ulasan: