RAKYAT MARHAEN |
- U.S. ready for Syrian counterattack
- France and Turkey join the U.S. in effort against Syria
- Syria spurs political "identity crisis"
- Why Arab Nations won't get involved in Syria
- Darell Leiking: Greater recognition for September 16 as Malaysia's birthday
- Salah Siapa..??: Kelemahan daftar pemilih bukan salah SPR - Bekas Pengerusi SPR
- Bekas Ketua Gangster Dan Bekas Pemimpin MCA, Kalau DAP....44 Hari Tak Selesai....!!!
- Pas desak kerajaan batal kenaikan harga minyak
- Antara air dan minyak
- PR sedia bantu kerajaan BN pulih ekonomi - Rafizi
- Umno simpan prasangka serong terhadap Ikhwan Muslimin – Anwar
- Satira Harga Minyak RON95 dan Diesel
- Naik Minyak:"Kita Akan Pantau Peniaga Kata"
- NAIK MINYAK: KERANA 20 SEN, TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK SEBANYAK RM25..!!
- Naik Minyak: Harga ayam di Chow Kit naik 90 sen sekilogram
- Naik Minyak: 'Apa lagi Rosmah mau?'
- Minyak Malaysia kelapan termurah di dunia?
- Ada Cerita...: Bekas KPN Musa Hassan tinggalkan MyWatch, tubuh NGO baru
- Syria rebels remain divided
- US ambassador to the UN speaks about the situation in Syria
- Egyptian minister survives assassination bid
- U.S. envoy sees no viable path forward on Syria in U.N. Security Council
- US congressman gauges public opinion on Syria
- Humans of Accra; Syrians face hardship in Egypt
- Obama, Putin Handshakes and Smiles at G20 Summit
U.S. ready for Syrian counterattack Posted: 05 Sep 2013 09:24 PM PDT |
France and Turkey join the U.S. in effort against Syria Posted: 05 Sep 2013 09:22 PM PDT |
Syria spurs political "identity crisis" Posted: 05 Sep 2013 09:21 PM PDT |
Why Arab Nations won't get involved in Syria Posted: 05 Sep 2013 09:16 PM PDT |
Darell Leiking: Greater recognition for September 16 as Malaysia's birthday Posted: 05 Sep 2013 09:10 PM PDT |
Salah Siapa..??: Kelemahan daftar pemilih bukan salah SPR - Bekas Pengerusi SPR Posted: 05 Sep 2013 08:31 PM PDT Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa daftar pemilih di negara ini mungkin "bersih" tetapi tidak "mengikut piawai antarabangsa". Bagaianapun, SPR tidak harus dipersalahkan dalam hal tersebut kerana undang-undang berhubung pendaftaran pemilih tidak menyeluruh kerana tidak meliputi perkara tertentu, katanya. Abdul Rashid berkata anggota SPR tidak seharusnya diminta meletak jawatan. Sebaliknya, SPR harus dipuji kerana melindungi hak kesemua warganegara dan parti politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya, tambahnya. Katanya lagi, beliau memberi markah tinggi kepada SPR atas tugas yang dijalankan dengan baik, walau organisasi itu tidak dilengkapi dengan undang-undang yang sebaiknya. Beliau melihat bahawa SPR antara lainnyna tidak mampu memindahkan pengundi, melainkan pengundi tersebut memohon sendiri untuk menukar tempat mengundi. Read More / Baca Lagi >> |
Bekas Ketua Gangster Dan Bekas Pemimpin MCA, Kalau DAP....44 Hari Tak Selesai....!!! Posted: 05 Sep 2013 08:29 PM PDT Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini..Tapi sayangnya bekas ketua gangster yang didedahkan terlibat dalam politik oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bukan ahli atau pemimpin DAP tapi MCA.. Maka macai-macai UMNO pun tak berani nak mainkan isu ini... Read More / Baca Lagi >> |
Pas desak kerajaan batal kenaikan harga minyak Posted: 05 Sep 2013 08:26 PM PDT Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, langkah itu perlu kerana kerajaan tidak boleh meletakkan bebanan ekonomi ke atas bahu rakyat susulan kegagalannya menguruskan ekonomi dengan baik. "Penurunan itu haruslah disusuli dengan pembentangan sekurang-kurangnya tiga alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh rakyat bagi meningkatkan hasil dan menambahkan penjimatan akaun negara. "Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khasnya golongan marhaen dan kelas menengah yang sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup tinggi," katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, kenaikan minyak bukan alasan mengurangkan subsidi dan defisit negara sedangkan negara masih boros. "Anggaran penjimatan RM 1.1 billion untuk 2013 dan RM 3.3 billion untuk 2014, bahkan RM 10 bilion sekali pun dari pemotongan subsidi petrol atau diesel tidak memberi makna sekiranya perbelanjaan fiskal negara tiris dengan keborosan, rasuah dan ketidakcekapan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 05 Sep 2013 08:21 PM PDT DR AMINUDIN MANSOR Air dan minyak kedua-duanya nikmat anugerah ALLAH. Jika tidak diurus dengan betul kedua-dua nikmat ini akan bertukar menjadi bala dan malapetaka yang menyukarkan kehidupan kita seharian. Terbaru lebih sejuta penduduk dan pengguna air di Lembah Klang mengalami masalah gangguan bekal air. Empat loji rawatan air (LRA) yang diuruskan oleh Puncak Niaga Holdings Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) di Selangor terpaksa dihentikan sementara operasinya akibat tumpahan minyak diesel yang berlaku di hulu sungai sekitar kawasan Rawang. Operasi empat loji yang terjejas terpaksa dihentikan sementara. Ini kerana tumpahan diesel yang dipercayai berpunca daripada sebuah bengkel menyebabkan pencemaran sumber air kepada empat loji berkenaan. Penutupan sementara operasi ini telah menjejaskan bekalan air kepada 240,000 akaun atau hampir sejuta orang pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terjejas. Banyak restoran terpaksa menyimpan bekalan air, begitu juga rumah terbuka dan majlis kenduri terpaksa ditangguhkan. Tidak lama selepas itu hujan lebat yang mencurahkan air melanda beberapa kawasan di Selangor dan menyebabkan beberapa buah rumah di Subang Jaya mengalami banjir kilat apabila air tidak dapat mengalir ke longkang dengan lancar. Air dan minyak memanglah nikmat ALLAH yang seharusnya diurus dengan cermat dan teliti. Begitulah bahana apabila air dan minyak bercampur. Jika sesekali difikirkan sebagai pengguna kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai, tidak membuang sampah-sarap ke longkang dan tidak membuang minyak atau bahan-bahan yang boleh mencemarkan kehidupan kita ke sungai. Berita terbaharu harga RON 95 dan diesel naik 20 sen. Ini dikatakan kerajaan dapat menjimatkan RM1.1 bilion peruntukan kewangan negara tahun ini, seterusnya membolehkan dana tersebut disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Read More / Baca Lagi >> |
PR sedia bantu kerajaan BN pulih ekonomi - Rafizi Posted: 05 Sep 2013 08:18 PM PDT Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sedia membantu kerajaan bagi mengurangkan defisit negara dengan tidak menuntut elaun perjalanan yang diberikan kepada semua Ahli Parlimen. Kata beliau, langkah itu supaya kerajaan tidak terbeban sekurang-kurangnya untuk menanggung pembiayaan elaun. "Saya tidak pernah menuntut sebarang elaun dan tidak akan berbuat demikian. Semenjak saya memegang status Ahli Parlimen, saya masih belum menggunakan apa-apa kemudahan. "Memandangkan saya hanya di Kuala Lumpur sahaja, jadi tiada keperluan untuk saya tuntut apa-apa elaun. Tetapi Ahli Parlimen lain saya tidak pasti," katanya kepada Sinar Harian. Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, keistimewaan yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai khas mereka berbeza daripada Ahli Parlimen. "Seseorang Ahli Parlimen hanya terima gaji lebih kurang RM6,000 sahaja, untuk elaun pemandu lebih kurang RM1,200 sahaja. "Tapi berlainan dengan menteri, timbalan dan pegawai khas kerana mereka disediakan kenderaan rasmi dan boleh mengisi minyak bila-bila masa sahaja untuk ke mana-mana sahaja," ujarnya. Terdahulu, Rafizi mencadangkan kerajaan untuk mengurangkan defisit negara dan menjana ekonomi dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan. |
Umno simpan prasangka serong terhadap Ikhwan Muslimin – Anwar Posted: 05 Sep 2013 08:13 PM PDT SHAH ALAM, 6 SEPT: Umno BN tidak mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Ikhwan Muslimin kerana parti pemerintah itu menyimpan prasangka serong terhadap mana-mana gerakan Islam. Berdasarkan pengalamannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau pernah dinasihati supaya tidak bertemu wakil gerakan itu. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengendahkan 'nasihat perisikan' itu, sebaliknya sekadar menukar lokasi pertemuan. "Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi' Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya. "Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya. "Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara perasmian buku 'Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia' petang semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Satira Harga Minyak RON95 dan Diesel Posted: 05 Sep 2013 05:04 PM PDT Debat harga minyak RON95 dan RON97 Puteri UMNO sanggup naik lori lembu demi Pembangunan Negara Najib Razak penipu besar kepada rakyat Malaysia. Sebelum PRU cakap tak naik harga minyak , sekarang dah naik ? Rafizi Ramli mendapat pangkat "Bodoh" secara percuma oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, DS Nazri Aziz disebabkan menyarankan membatalkan elaun minyak kepada Menteri dan Pegawai Kerajaan. |
Naik Minyak:"Kita Akan Pantau Peniaga Kata" Posted: 05 Sep 2013 04:59 PM PDT |
NAIK MINYAK: KERANA 20 SEN, TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK SEBANYAK RM25..!! Posted: 05 Sep 2013 04:45 PM PDT |
Naik Minyak: Harga ayam di Chow Kit naik 90 sen sekilogram Posted: 05 Sep 2013 04:32 PM PDT KUALA LUMPUR - Para peniaga ayam di Pasar Chow Kit di sini, didapati telah menaikkan harga jualan ayam antara 30 sen hingga 90 sen sejak Selasa lalu dengan mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan ekoran kos penghantaran yang meningkat. Tinjauan Kosmo! di pasar tersebut semalam mendapati, harga ayam proses telah dinaikkan dari RM7.50 ke RM7.80 sekilogram manakala harga ayam segar pula meningkat dari RM7.70 ke RM8.60 sekilogram. Rata-rata peniaga yang ditemui memberitahu, mereka terpaksa menaikkan harga jualan ayam tersebut berikutan kos penghantaran ayam yang meningkat antara RM1 hingga RM2 bagi setiap trip. |
Naik Minyak: 'Apa lagi Rosmah mau?' Posted: 05 Sep 2013 04:27 PM PDT Bantahan selama 45 minit itu yang disertai beberapa kumpulan mesra Pakatan Rakyat, membawa poster di bawah jejambat menuju ke bulatan Bayan Baru, mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang mereka sifatkan sebagai 'Janji tidak ditepati'. Poster tersebut berbunyi 'Apa lagi Rosmah mau? Tambang bas dah naik. Tarif electrik dah naik. Tak Cukup lagi ke duit nak shopping?' Ramai pemandu bukan sahaja membunyikan hon tetapi menunjukkan isyarat bagus kepada peserta bantahan tersebut. Seorang pemandu dalam Myvi menurunkan cermin dan melambai kepada kumpulan tersebut, sambil memegang syiling 20 sen. Harga RON95 telah dinaikkan sebanyak 20 sen, manakala RON97 sebanyak 15 sen. Poster lain pula sinis degan nada menyindir 'Terima Kasih BN' dan 'Wawasan 20 (sen) 20 (sen)', merujuk kepada visi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020. Poster lain pula berbunyi 'Rakyat kena C4 20 sen, Janji di Capati', 'BN = Barang Naik, Kita lagi kena buli' dan 'Subsidi Rakyat atau subsidi Kroni? |
Minyak Malaysia kelapan termurah di dunia? Posted: 05 Sep 2013 04:25 PM PDT Dr Mohd Agus Yusoff Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara." Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat. Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata? Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Ada Cerita...: Bekas KPN Musa Hassan tinggalkan MyWatch, tubuh NGO baru Posted: 05 Sep 2013 04:23 PM PDT Kisah tembakan pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan menimbulkan pelbagai cerita. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang juga penaung MyWatch meninggalkan badan pemantau jenayah itu untuk mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) baru. Musa sendiri tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya, tetapi dua sumber berbeza mengesahkannya kepada The Malaysian Insider. Penasihat Mywatch, S Gobi Krishnan dan bekas setiausaha agung badan itu V Ravindran memberitahu The Malaysian Insider mengenai perkara itu. Ravindran akan menyertai Musa yang akan mempengerusikan badan pemantau jenayah baru, Malaysia Community Crime Care Association. "Semuanya akan didedahkan dalam mesyuarat pertama kami hari ini," kata Ravindran dan menambah organisasi itu didaftarkan pada April lalu. Ravindran memberitahu, beliau meninggalkan MyWatch kerana sebagai setiausaha agung beliau tidak diberitahu mengenai pelbagai perkara melibatkan badan pemantau jenayah itu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 05 Sep 2013 04:12 PM PDT |
US ambassador to the UN speaks about the situation in Syria Posted: 05 Sep 2013 04:09 PM PDT |
Egyptian minister survives assassination bid Posted: 05 Sep 2013 04:08 PM PDT |
U.S. envoy sees no viable path forward on Syria in U.N. Security Council Posted: 05 Sep 2013 04:08 PM PDT |
US congressman gauges public opinion on Syria Posted: 05 Sep 2013 04:07 PM PDT |
Humans of Accra; Syrians face hardship in Egypt Posted: 05 Sep 2013 04:06 PM PDT |
Obama, Putin Handshakes and Smiles at G20 Summit Posted: 05 Sep 2013 09:23 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan