Rabu, 4 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan BN Gagal: 11 tahun negara dalam hutang

Posted: 04 Sep 2013 07:08 PM PDT


Sumber: www.tradingeconomics.com I Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia
RAMAI orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.

Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.

Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.
Mengikut pakar ekonomi Barclays Plc di Singapura, Rahul Bajoria, pengurangan subsidi petrol dan diesel adalah langkah positif dan tanda pentadbiran Najib mula mengakui terdapat masalah berhubung kedudukan kewangan Malaysia.

"Mereka mula bergerak ke arah yang betul. Lebih banyak perlu dilakukan," menurut Bajoria seperti dilaporkan Bloomberg, kelmarin.

Menurut majalah perniagaan Forbes pula, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan.

Jika dilihat kepada statistik, Malaysia mencatatkan defisit bajet secara berterusan sejak 11 tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Forum: Panelis setuju hanya di Malaysia “Allah” bukan milik semua

Posted: 04 Sep 2013 07:02 PM PDT


Panel dan moderator forum, (dari kiri), Khalid Samad; Dr Asri Zainul Abidin; Dr Muamar A Haris dan Dr Yusri Mohamad. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2013.Panel dan moderator forum, (dari kiri), Khalid Samad; Dr Asri Zainul Abidin; Dr Muamar A Haris dan Dr Yusri Mohamad. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2013.Dalam kehangatan forum `Nama Allah eksklusif atau tidak: Hukum asal, dakwah dan siasah', ahli panel daripada pelbagai latar belakang politik tidak menolak fakta sejarah mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi dibimbangi akan mendekatkan orang Islam kepada agama Kristian.
Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan Islam Sains dan Tamadun UTM, Dr Khalif Muammar A Harris berkata, pihak Kristian mempunyai agenda apabila meminta untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil mereka.
"Agama Kristian dikatakan berusia 2,000 tahun, oleh itu mereka sepatutnya mempunyai perkataan lain yang boleh dipilih untuk merujuk tuhan mereka," kata Khalif dalam forum anjuran Mysuara.net semalam.
"Motif mereka memilih kalimah Allah membuktikan mereka mempunyai agenda. Memang betul kalau lihat menerusi sejarah banyak yang menggunakan kalimah Allah sebelum Islam," katanya.
Katanya, kedatangan Muhammad sebagai rasul kepada umat Islam menyebabkan perkataan Arab itu mengalami Islamisasi.
"Begitu juga nama Allah, difahami maknanya berbeza semasa zaman jahilliah. Tetapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Muhammad, ia telah merubah konsep makna Allah itu," katanya.
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ucapan pembukaannya sebagai moderator menerangkan penggunaan kalimah Allah di negara Arab digunakan oleh bukan Islam secara meluas dan tidak dipertikaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Minyak naik: Rakyat terus jadi mangsa

Posted: 04 Sep 2013 07:01 PM PDT

Setiap kali kenaikan harga minyak berlaku, sudah pasti ramai pengguna kenderaan akan berpusu-pusu membeli minyak di stesen minyak yang berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Akibat pengumuman secara mengejut dari pihak kerajaan tentang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter pada 2 september yang lalu, ramai pengguna menjadi kelam kabut di saat akhir untuk mendapatkan bahan bakar itu.


Mereka terpaksa beratur panjang di semua stesen minyak semata-mata mahu memenuhkan tangki petrol mereka agar dapat mengurangkan sedikit pembelanjaan disebabkan harga petrol akan naik keesokkan harinya.

Ada diantara pengguna yang mengadu, mereka yang hendak membeli minyak pada waktu petang disekat kononnya minyak sudah habis. Mengapa perkara semacam ini boleh berlaku?

Sepatutnya pihak kerajaan membuat pengumuman lebih awal agar pengguna tidak menjadi kelam kabut akibat tergesa-gesa hendak membeli minyak di saat akhir.

Penduduk yang tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik sepenuhnya juga akan menerima kesan dari kenaikan harga bahan api ini.

Di mana masih ramai pengguna di luar bandar yang menggunakan genset atau penjana yang menggunakan diesel atau petrol untuk mendapatkan bekalan elektrik sudah pasti kehidupan golongan ini akan bertambah susah disebabkan kenaikan kos minyak untuk menjana tenaga elektrik akan meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

Subsidi rakyat ditarik, pemimpin BN hidup mewah

Posted: 04 Sep 2013 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengambil perhatian kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan menarik subsidi minyak secara mengejut.

Alasannya adalah untuk mengelakkan aktiviti spekulasi harga yang dijangka akan menimbulkan pelbagai isu sampingan yang lain.

Namun, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, yang menjadikan kejutan rakyat ialah apabila pengumuman itu tidak menjelaskan kenapa ia harus berlaku secara mendadak.

"Jika tujuannya adalah untuk merasionalisasikan aliran perbendaharaan kerajaan bagi menangani bajet defisit, maka bagi kami apabila PM menyatakan bebanan rakyat boleh ditampung melalui menambah kuatum BR1M, bagi kami ini adalah polisi yang salah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, BR1M hanya merupakan ubat 'tahan sakit' yang boleh menghilang rasa sakit untuk waktu yang sebentar.

Namun, ujarnya dalam jangka masa panjang ia bukan satu ubat yang mujarab terutama bila pesakit berada dalam keadaan yang kritikal.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila di mata Nazri semua orang bodoh belaka

Posted: 04 Sep 2013 06:51 PM PDT

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz terus menjadi bahan sorotan media sejak kebekalangan ini. Jika dulu beliau kerap menjadi perhatian kerana tugasnya sebagai menteri yang menjaga Parlimen, kemudian disusuli dengan pelbagai hal berkaitan anaknya, kini kerana kekerapannya mengeluarkan perkataan "bodoh" pula.

Beliau menggelar Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai "bodoh" apabila menyarankan menteri kabinet menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing sebagai tanda mahu bersama mengurangkan beban kewangan kerajaan, di samping merasai sedikit keperitan rakyat yang terpaksa mengalami peningkatan kos hidup.

Sebelum itu, Nazri juga menggelarkan Lim Kit Siang sebagai "bodoh" apabila veteran DAP itu mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung peristiwa 13 Mei bagi mengelakkan isu itu menjadi polemik yang berterusan dan menjadi bahan propaganda politik pihak tertentu.

Jika anak begitu dilarang menggunakan istilah "bodoh" sama ada kepada adik-beradik atau rakan sepermainannya, begitu juga ia dianggap tidak sopan digunakan di sekolah, Nazri sebaliknya mungkin mencatat rekod sebagai pemimpin negara yang paling kerap melafazkan perkataan "bodoh" itu.

Yang dicatat media, mungkin hanya Rafizi dan Lim Kit Siang yang "dibodohkannya" tetapi mungkin lebih ramai orang yang disanggahnya atau tidak sependapat dengannya, turut dilabelnya "bodoh" juga. Kepada Rafizi dan Lim Kit Siang, ungkapan "bodoh" yang ditujukan kepada kedua-dua mereka oleh Nazri pula mungkin bukan sekali, malah berkali-kali.
Read More / Baca Lagi >>

Jimatkan Wang Negara: Potong elaun menteri, kurangkan majlis keramaian

Posted: 04 Sep 2013 06:48 PM PDT

Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.

"Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.

"Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Minyak naik lagi, gaji bagaimana?

Posted: 04 Sep 2013 06:40 PM PDT

Oleh Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail

Tersentak apabila mendapat berita bahawa harga RON 95 dinaikkan 20 sen seliter. Kenaikan itu agak tinggi dan boleh membebankan rakyat yang sudah pun terbeban dengan masalah harga barang keperluan harian yang melambung tinggi sedangkan gaji dan pendapatan keluarga masih ditahap hampir-hampir termasuk didalam kategori sebagai rakyat termiskin di negara ini.


Untuk menyedapkan hati rakyat maka Pak-Pak Menteri saperti biasa akan berkatalah kononnya harga petrol lebih jauh lagi murah daripada negara jiran. Ada Menteri pula beri amaran supaya jangan naikkan harga barang-barang keperluan harian termasuk di pusat-pusat beli-belah dan ada pula mengatakan ia untuk menaikkan lagi ekonomi rakyat Malaysia.

Agak keliru juga dibuatnya, namun setahu saya memanglah harga petrolnya di negara jiran berlipat kali ganda tinggi tetapi kerajaan mereka mampu membayar gaji seimbang dengan kos sara hidup di negara berkenaan dan bukannya gaji masih ditahap lama tetapi harga barangan semakin meningkat sesuka hati itu.

Begitu juga apabila seorang Menteri dengan lantang memberikan amaran supaya jangan ambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan kerana akan mengundangkan inflasi.Dalam hal ini, untuk pengetahuan Pak Menteri berkenaan dan mereka yang bersependapat dengannya bahawa harga barang sudah pun naik melambung dan kami rakyat berpendapatan rendah ini terasa sangat akan bahangnya itu.
Read More / Baca Lagi >>

15 tahun Reformasi, menteri cap ayam dan RON95

Posted: 04 Sep 2013 06:37 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya mulanya mahu mengimbau kembali nostalgia 15 tahun lalu: Refomasi. Tragedi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan pada 2 September 1998, yang disusuli penyingkirannya daripada keahlian Umno, telah mengubah lanskap politik tanahair.

Majoriti rakyat, khususnya orang Melayu, yang sebelum itu nampak mudah "dijinakkan" dan kelihatan tidak sukar dilentur pendirian politik, tiba-tiba dengan berani bangun menyatakan sikap walaupun diketahui berbeda dengan elit penguasa. Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya, yang panas dengan tembakan gas pemedih mata dan belantan FRU, menjadi gelanggang bermulanya babak politik baru.

Waktu itu, awalnya, saya sendiri agak kebingungan untuk mentafsirkan, apatah lagi mendefinisikan fenomena yang berlaku. Anwar yang menjadi sasaran kritikan dan belasahan dalam siri tulisan saya semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri, diangkat sebagai ikon istimewa; bukan sekadar simbol penentangan terhadap kediktatoran, kezaliman, korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Dalam masa singkat, hanya dalam tempoh kira-kira 18 hari, yakni sebelum ditangkap pada malam 20 September, Anwar berjaya menyampaikan "pendidikan politik" dengan cukup berkesan kepada audien yang membanjiri kediamannya di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara dan yang memeriahkan siri jelajahnya di seluruh negara.

Muncul ramai aktor baru politik, yang selama ini bagai tidak peduli dengan perkembangan siasah, dan mungkin membencinya. Anak-anak muda, lelaki dan wanita, termasuk golongan berpendidikan tinggi dan kelas menengah, bersuara lantang di jalan-jalan raya. Gema "reformasi" seakan berjaya menggoncang Seri Perdana serta membingitkan telinga Dr Mahathir Mohamad.


Zaman rakyat akur apa saja titah pemerintah sudah berlalu. Daleh Dr Mahathir berkaitan kejijikan akhlak untuk memecat Anwar ditolak mentah-mentah. Umum dapat memahami bahawa punca kepada segala konflik dan pertembungan ketika itu adalah KUASA. Kuasa mewajarkan fitnah, penipuan, pembohongan, penindasan dan pengkhianatan. Seorang rakan karib boleh bertukar seteru ketat hanya kerana mempertahankan takhta.

Isu-isu yang sebelumnya dianggap abstrak dan sukar difahami (juga pernah mengecewakan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1995), seperti hak asasi manusia, kewibawaan badan kehakiman, manipulasi jentera kerajaan, kebebasan akhbar, rasuah, keadilan, kronisme, transparensi pengurusan dana awam dan integriti institusi awam, misalnya PDRM dan SPRM (waktu itu BPR), menjadi basahan bibir.
Read More / Baca Lagi >>

Petroleum murah: "Petronas mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara"

Posted: 04 Sep 2013 04:36 PM PDT

PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.

Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.

Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikanjaminan tenaga untuk penggunaan domestik.

Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.

Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya.

Ini bertentangan dengan negara seperti  Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.
Read More / Baca Lagi >>

BR1M bersifat politik, didik rakyat bergantung pada pemerintah yang korup

Posted: 04 Sep 2013 04:24 PM PDT

 KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak gagal menyelesaikan masalah asas kos sara hidup, tetapi mewujudkan budaya pergantungan rakyat miskin terhadap pemerintah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

"BR1M bersifat politik kerana mewujudkan budaya pergantungan rakyat termiskin sedangkan yang mereka perlukan adalah subsidi menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan lebih baik serta bebas dari kemiskinan," katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenaikan jumlah BR1M yang akan diumum kerajaan pada Bajet 2014 Oktober ini, bertujuan meredakan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel RM0.20 sen seliter berkuatkuasa 3 September lalu.

Rafizi berkata, kos ditanggung rakyat ekoran peningkatan harga minyak jauh lebih tinggi ekoran barangan lain turut melonjak berbanding pemberian BR1M setahun sekali.

BN"Pertama, BR1M (kalaupun dinaikkan nilainya) tidak berpadanan dengan tanggungan belanja isi rumah. Selain dari belanja petrol dan diesel meningkat RM752 setahun (nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isi rumah juga berdepan kenaikan harga barang secara keseluruhan akibat inflasi.
Read More / Baca Lagi >>

Punca Utama RON97 Naik 15 Sen Hari Ini

Posted: 04 Sep 2013 04:16 PM PDT


Dinegara-negara LAIN DIDUNIA waima dinegara paling tidak maju sekali pun dalam dunia ... barang yang berkualiti lebih tinggi sudah pasti harganya lebih mahal dari barang yang kualiti lebih rendah ... 
itu adalah hukum dan amalan universal yang logik .... tepai di Malaysia negara yang diperintah oleh UMNO berketuakan Najib Razak lain dari yang lain .. pelik lagi menghairankan ...BARANG BERKUALITI RENDAH LEBIH MURAH DARI BARANG KUALITINYA LEBIH TINGGI.
Ini bermakna negara Malaysia yang diurus tadbir oleh UMNO/BN berketuakan Najib Razak adalah yang paling hampeh dan teruk sekali dalam dunia??????
Ini terjadi pada RON95 dan RON97 ... Harga RON95 tanpa subsidi jika diambil kira apa yang dipekikkan oleh para pemimpin UMNO jika tiada subsidi berharga RM2.73sen seliter .. 
Iaitu RM2.10 seliter harga pam dan ditambah 63sen seliter harga subsidi yang dihebohkan oleh kerajaan UMNO/BN ....Sedangkan harga RON97 kini yang sedikit pun tidak menerima subsidi harga dipam ialah sebanyak RM2.70sen seliter .. 3 sen lebih murah dari RON95.
Read More / Baca Lagi >>

Terima Kasih BN: Roti canai, teh tarik naik 20 sen...dan banyak lagi akan naik..!!!

Posted: 04 Sep 2013 04:13 PM PDT



GUAT SENG menjual pelbagai barang keperluan di Pasar Awam Maharani, Muar semalam.



GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.
Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.
Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.




"Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan dipaparkan sedikit masa lagi," kata penyelia restoran itu yang enggan dikenali.

Clashes in Bahrain over activist's death

Posted: 04 Sep 2013 04:11 PM PDT

Is Russia providing chemical weapons to Syria

Posted: 04 Sep 2013 04:10 PM PDT

Putin Talks US-Russia Relations, Snowden

Posted: 04 Sep 2013 03:40 PM PDT

Putin says he could support strike on Syria given "obvious"

Posted: 04 Sep 2013 03:39 PM PDT

Can Obama sway Sweden on Syria?

Posted: 04 Sep 2013 03:38 PM PDT

No pause for debate as war rages in Syria

Posted: 04 Sep 2013 03:37 PM PDT

Kerry: Riskier to not act against Syria

Posted: 04 Sep 2013 03:35 PM PDT

Kerry: Syria's al-Assad behind "outrageous attack

Posted: 04 Sep 2013 03:35 PM PDT

Not acting in Syria would send wrong message to Iran: French PM

Posted: 04 Sep 2013 03:27 PM PDT

Putin: Russia doesn't defend Assad, we defend international law

Posted: 04 Sep 2013 03:26 PM PDT

Rubio opposes, but Senate committee okays Syria resolution

Posted: 04 Sep 2013 03:25 PM PDT

Obama: Congress, World Credibility at Stake

Posted: 04 Sep 2013 03:25 PM PDT

Senate panel approves resolution on Syria military strikes

Posted: 04 Sep 2013 03:24 PM PDT

Tiada ulasan: