Isnin, 30 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dewan Rakyat 1 Okt 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan (2)

Posted: 30 Sep 2013 09:05 PM PDT

Dewan Rakyat 1 Okt 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan (1)

Posted: 30 Sep 2013 09:04 PM PDT

Nurul Izzah: Masa depan, masa kita!

Posted: 30 Sep 2013 08:20 PM PDT

Nurul Izzah Anwar
KITA diingatkan tentang masa menerusi Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Asr; "Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Terkandung dalam Surah Al Asr keperluan meneruskan usaha menyebar kebenaran – walau pahit, walau dicemuh dengan penuh kesabaran. Begitulah pegangan yang dituntut pada akidah tauhid dan usaha melaksanakan tuntutan agama berpandukan Maqasid Syariah.

Maqasid Syariah umumnya boleh dinukil menerusi 5 prinsip Islam yang asas – dari menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta – merupakan tunggak syariah dalam usaha mewujudkan kebaikan, menolak keburukan dan mengelakkan kemudaratan.

Surah ini juga membuat kita merenung konsep 'masa' dalam kehidupan di alam fana ini, sementara menuju ke alam baka yang kekal selama-lamanya.

Oleh kerana masa itu menjadi pengukur pengisian kehidupan, kita harus memandang ke hadapan demi membina serta memenuhi masa kehidupan agar ia lebih baik, lebih bermakna dan lebih diberkati hendaknya.

Kaedah pemikiran yang ke hadapan dengan memikirkan implikasi sesuatu tindakan dalam sesuatu situasi atau 'Maalat al-Af'al' menjadi asas kepada pendekatan 'Fiqh Tawaqqu' dalam penulisan Sheikh Abdullah Ben Bayyah yang bermata airkan perbahasan al-Imam al-Syatibi dalam kitab beliau yang popular, iaitu al-Muawafaqat.
Read More / Baca Lagi >>

Memahami tindakan Dewan Ulama PAS Pusat

Posted: 30 Sep 2013 08:02 PM PDT

Timmy Say

Tidak dinafikan imej Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) terjejas kerana hangatnya kontroversi yang dicetuskan mengenai resolusi ke 5 Multaqa Ulama Se-Malaysia yang mencadangkan agar Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi "tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah".

Walaupun ia hanya sekadar cadangan daripada DUPP, namun kerana ia ada nilai berita yang tinggi, maka isu ini dipanjangkan sehingga menjadi kontroversi yang menekan dan mencemar kredibiliti dewan kehormat PAS itu.

Ada yang pantas menuduh DUPP ingin membawa parti untuk bersama Umno. Ulama-ulama yang menyokong resolusi tersebut turut dilabel sebagai pengkhianat parti dan PR tanpa melihat pada hakikat bahawa antara DAP dan Umno, para ulamak daripada DUPP yang menduduki Majlis Shura Ulama telah memutuskan adalah lebih baik untuk bertahaaluf dengan DAP daripada Umno.

Antara DAP dan Umno, para ulama PAS memilih DAP – dan inilah punca digambarkan PAS sebagai parti yang sesat oleh media pro-Umno. Tapi ramai terlupa perkara ini, terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) sendiri apabila timbul cadangan resolusi ke-5 Dewan Ulama.

Pendek kata, dalam kontroversi ini, ramai yang tidak mengambil usaha untuk memahami mengapa Dewan Ulama PAS Pusat bertindak sedemikian rupa.

Dan ini adalah tujuan artikel ini ditulis.

Ada yang membuat perumpamaan bahawa cadangan DUPP ini ibarat seorang sahabat yang meminta supaya dikaji semula hubungannya dengan rakan karibnya.
Read More / Baca Lagi >>

Chin Peng sebar fahaman komunis melalui Islam, kata Utusan Malaysia

Posted: 30 Sep 2013 08:00 PM PDT


Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mendakwa Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) menjalankan rancangan propaganda memenangi hati orang Melayu dengan menaja penubuhan badan Islam dan mendekati orang Melayu supaya dapat meyakinkan mereka bahawa Islam dan komunisme tidak bertentangan antara satu sama lain.
Laporan itu menyatakan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM yang berlangsung di Beijing dan dipengerusikan oleh Chin Peng (gambar) sekitar akhir 1962 dan awal 1963, ketua PKM itu menyarankan agar anggota komunis mendekati masyarakat Melayu dengan cuba memahami budaya dan adat resam mereka.
"Untuk meraih sokongan umum, kader PKM yang ditugaskan dalam kerja 'Min Yuen' iaitu memberi maklumat, mendapatkan bekalan makanan serta ubat-ubatan untuk komunis, mereka telah dicadangkan supaya menyusup masuk ke dalam aktiviti masyarakat.
"Kader ini juga akan menunjukkan keprihatinan terhadap kehidupan orang Melayu dan menampakkan kesediaan untuk membantu mereka pada bila-bila masa.
"Apabila sudah diterima oleh masyarakat setempat, mudahlah untuk kader menjalankan gerakan dengan menubuhkan 'Hsueh Hsih Cell' dalam kalangan orang Melayu telah dikenal pasti menunjukkan minat dan kecenderungan terhadap fahaman komunis di mana sasarannya ialah golongan remaja dan kanak-kanak," menurut akhbar itu yang memetik dokumen rasmi beberapa pemimpin PKM yang belum pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Saya Tak Bodoh, Saya Tak Bodoh, CGPA Saya 3.85 Lagi, Kata Ahmad Maslan

Posted: 30 Sep 2013 07:51 PM PDT

Barangkali kerana tidak dapat menahan dada yang sentiasa membuak-buak berikutan banyak kenyataan dan hujah-hujahnya dipertikaikan, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan malam tadi menulis di Twitternya "Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85".

Barangkali Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO merupakan satu-satunya ahli politik di dunia yang terpaksa menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semata-mata untuk membuktikan beliau seorang yang pandai dan butir-butir kata yang keluar daripada mulutnya bukannya omong kosong tanpa ilmu.

Selalunya ahli politik akan berhujah dengan fakta dan angka dan apabila hujah itu dipertikaikan, fakta dan angka yang lebih kukuh akan dikeluarkan supaya ia tidak dapat disanggah lagi. Tetapi tidak bagi Ahmad Maslan, beliau cuba mematahkan hujah dengan menunjukkan di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya semasa belajar dulu.

Suatu pendekatan baru yang mungkin boleh ditiru ahli politik lain apabila hujah disanggah dan dipangkah.

Lantaran itu, di laman mikro sosial Twitter juga, Ahmad Maslan diserang dengan pelbagai kata-kata sindiran dan ejekan berikutan tindakannya menyebut di mana dia belajar dan pointer yang diperolehinya itu. Pelbagai kata-kata sinis ditujukan semula kepadanya kepadanya termasuk ejaannya yang kerap salah dalam tulisan di Twitter serta ada juga yang membandingkannya dengan pemimpin lain yang ada PhD dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

AHMAD MASLAN AKUI DIA BODOH TAPI TIDAKLAH BODOH SANGAT!!!

Posted: 30 Sep 2013 07:49 PM PDT

Setelah di serang dari pelbagai sudut atas ucapan dan kata-kata yang dianggap bodoh oleh rakyat yang keluar dari seorang pemimpin bertaraf Timbalan Menteri seperti isu penggunaan petrol oleh rakyat dan terakhir sekali apabila melahirkan rasa hairan rakyat langsung tidak mengucapkan terima kasih atas sedikit subsidi yang diberikan kerajaan UMNO/BN kepada rakyat.

Semalam dengan nada agak marah dia berkicau di akaun twitter dengan ayat berbunyi ... " SAYA TAK LAH BODOH SANGAT. IJAZAH PERTAMA DI VICTORIA UNIVERSITY WELLINGTON NEW ZEALAND.  MBA DI UKM PELAJAR TERBAIK DRPD 177 ORG, CGPA 3.85."

Bila menyebut saya tak lah bodoh sangat memberi maksud dia akui dia bodoh lah!!!! .. Kalau dia tak bodoh dia akan gunakan ayat seakan-akan begini..  Kalau saya bodoh saya mendapat ijazah pertama di Victoria University Wellington, New Zealan dan MBA dengan CGPA 3.85 di UKM .

Teringat akan kata-kata isteri Mat Yo ... SAYA BUKAN BODOH ... SAYA BUKAN BODOH ... SAYA BUKAN BODOH.

MCA on a path to self-destruction

Posted: 30 Sep 2013 07:48 PM PDT

Although the recent divisional election may seem as a victory for Dr Chua Soi Lek, his continuing to helm the party would hasten the demise of the party.

Malay proverb, "Memang cari arang, kalah jadi abu" (Set out to look for coal, only to lose and turn to cinder) best described the future of the second largest BN component party.
The recent MCA divisional elections results suggested a personal victory for the party president Dr Chua Soi Lek over his deputy and rival Liow Tiong Lai to reiterate the public domain's view that their fight was a personal power struggle.
However, Chua's victory was in reality a hollow one. As long as he stayed at the helm, the MCA would continue to head towards political death.
Pessimism was looming even among many rank-and-file leaders who said, "MCA no longer has a future."
Liow and his camp were fighting an uphill battle with their supporters alleging that money politics, devious plots and ploys were being used to weaken their support in the party.
Both factions had intensified their campaigning with the ruling Chua's camp armed with the advantage of access to party machinery and financial resources. Their campaign was directed at more than 2,400 central delegates nationwide excluding Sarawak.
Tedious efforts and painstaking long journeys were embarked on to contact the division chieftains and to gather them individually or in smaller groups, and later treating them to eight-course dinners where the campaign speeches during dinner would broadcast more rhetoric, promises and "goodies."
Liow's faction which acknowledged that they were the "underdog," had often complained that their supporters and campaigners were facing obstacles and hurdles deliberately thrown into their paths by Chua's camp to discourage their direct contact with central delegates not aligned to Liow's camp in particular states which Chua had a stronghold.
In short, Liow's core supporters were hoping that they would stir up an upset at the party's election with the aid of the 2,300 central delegates whose wisdom and maturity were not influenced by money politics and the current propaganda of Chua's publicity machinery, which demonised their leader Liow.
Some of the tactics Chua used to manipulate former president Ong Tee Keat were currently used on Liow.
Ploys and dirty tactics
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 10 tahun tinggal kerajaan, mengapa Dr Mahathir masih pemimpin Umno paling popular?

Posted: 30 Sep 2013 07:40 PM PDT


‎Tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli korporat terkemuka bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapat pandangan sesuatu dasar serta memperoleh perkenan beliau.
Meskipun sudah meletakkan jawatan genap 10 tahun sebagai Perdana Menteri pada bulan ini, Dr Mahathir masih merupakan pemimpin popular dalam Umno hingga ke hari ini menurut kajian yang dijalankan ke atas penyokong parti Melayu itu.
Merdeka Center menjalankan kajian pelbagai isu berkaitan parti itu termasuk kepercayaan dalam Umno dan sentimen kepada personaliti.
Soalan itu ditanyakan kepada 600 penyokong parti bagi menilai pemimpin parti seperti Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, Dr Mahathir dan lain-lain.
Dr Mahathir mendapat undian 79% daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang dijalankan melalui telefon bulan lalu. Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%).
Mantan Perdana Menteri itu masih kekal popular meskipun beliau tidak menjawat apa-apa jawatan dalam Umno setelah menyerahkan jawatan yang disandangnya itu selama 22 tahun kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003.
Read More / Baca Lagi >>

Bolehland: Bapa Syaitan jadikan anak sejak berusia 10 tahun pemuas nafsu

Posted: 30 Sep 2013 05:36 PM PDT

Anak 10 tahun pemuas nafsu  
Suspek yang turut memiliki dua isteri ini dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini, semalam, untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
KUALA TERENGGANU - Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

Read More / Baca Lagi >>

Bolehland: Malaysia antara negara terbersih rasuah - Shahidan Kassim

Posted: 30 Sep 2013 05:31 PM PDT

Shahidan Kassim KUALA LUMPUR - Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian  ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

Ust Ghani Shamsudin: Mengapa Mesir haramkan Ikhwanul Muslimin?

Posted: 30 Sep 2013 05:29 PM PDT

Ikuti pandangan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin mengenai keputusan Mahkamah Mesir mengharamkan Ikhwanul Muslimin, ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 25 September lalu.

HARAKAH: Tindakan kudeta Mesir mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 23 September lalu adalah untuk menyekat kebangkitan umat Islam yang didalangi Amerika Syarikat kerana bimbang ke atas keselamatan Israel.

USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN: Pertama sekali, kita sangat sedih dan marah kepada pihak berkenaan yang telah merampas ligitimasi, hak-hak dan kebebasan rakyat Mesir. Mereka telah membunuh lebih 5,000 orang rakyat Mesir, manakala belasan ribu orang mengalami kecederaan dan luka-luka, tidak kurang 16,000 orang ditangkap. Mereka menggunakan kekerasan dan menindas umat Islam setiap hari termasuk ke atas ulama-ulama di sana.

Kita sangat kesal dengan perbuatan teroris tentera Mesir itu, lebih-lebih lagi mereka menuduh pula mangsa-mangsa mereka itu sebagai teroris dengan menggunakan media masa negara mereka. Namun fitnah yang disebarkan oleh mereka itu tetap tidak berjaya mempengaruhi rakyat Mesir. Sebaliknya rakyat Mesir sendiri tahu bahawa semua itu sengaja direka oleh kudeta tentera Mesir dan sekutu-sekutu mereka. Walaupun ditekan sedemikian hebat, Ikhwan tidak akan mati.

Ikhwan Muslimin adalah gerakan yang telah sangat lama ditubuhkan, sangat mendasari gerakan Islam serta paling dominan dan tersusun di Mesir. Tindakan kudeta tentera Mesir menyita Ikhwan itu turut dikutuk oleh pertubuhan-pertubuhan politik lain di Mesir.

Malah tindasan kudeta tentera menindas Ikhwan dan rakyat Mesir itu telah mencetuskan kebangkitan, cita rasa dan hasrat terbanyak rakyat mesir yang beragama Islam untuk menentang kezaliman itu. Ikhwan adalah gerakan paling kekal dan mendasar di Mesir. Menentang kebangkitan Ikhwan pada pandangan rakyat Mesir yang beragama Islam bererti membunuh jatidiri dan membunuh rakyat Mesir itu sendiri. Menghalang kebangkitan Ikhwan adalah eleman yang akan mencabut akar umbi atau jatidiri Mesir itu sendiri.
Sebelum ini, Ikhwan pernah cuba diharamkan, digantung dan sebagainya berkali-kali, tetapi Ikhwan semakin kukuh, mantap dan makin dihargai. Tindakan yang dilakukan itu akan mencetuskan pula simpati rakyat terhadap Ikhwan, sehingga menjadikan Ikhwan semakin berkembang.

Ini telah menaikkan semangat golongan muda, walaupun bukan Islam, dari berbagai-bagai jalur untuk memimpin kebangkitan rakyat di Mesir hari ini. Walaupun kumpulan Ikhwan sudah banyak dilumpuhkan oleh tentera, bangkit pula hari ini golongan ketiga. Ini bererti kebangkitan rakyat sudah bermula. Ini bererti kebangkitan imperialisme Barat yang menguasai telaga minyak yang dipegang oleh seorang ketua tertentu mudah ditangani jika rakyat bangkit dan kumpulan itu pula tidak akan dapat dilawan oleh tentera.

Kebangkitan imperialisme Barat yang menguasai telaga minyak besar itu adalah pemetaan dari dunia.
Untuk menguasai telaga minyak itu, mereka telah melantik seorang syeikh, tetapi syeikh itu pasti tidak akan dapat mengawal telaga minyak yang sebegitu besar itu seorang diri.

Ini akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak terkawal dari segi limpahan wang dan wang yang melimpah itu akhirnya akan dapat dikawal oleh dunia Barat. Dalam masa yang sama akan turut berlaku pertelagahan sesama sendiri di kalangan umat Islam.

Inilah antara beberapa tindak tanduk dunia Barat di dunia umat Islam. Pemetaan kuasa-kuasa Barat itu dilakukan di beberapa buah negara termasuk di Algeria, sehingga ratusan ribu umat Islam berdarah sesama sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Obama datang ke Tanah Melayu...

Posted: 30 Sep 2013 05:23 PM PDT

Oleh Hishammudin Rais
 
Tanah Melayu adalah negara bekas tanah jajahan British. Semenjak zaman Raffles, Lord Minto hingga ke zaman Haji Mubin Sheppard, rujukan politik, ekonomi dan budaya tanah Melayu ialah Britain. Anak-anak didik British berkeliaran. Ketika membesar mereka dididik di Malay College. Yang bijak dihantar ke Kanada, New Zealand, Australia atau ke Old Mother England. Mereka diberi biasiswa Colombo Plan. Kemudian menjadi pegawai Malayan civil Service (MCS) , manakala guru-guru di Tanah Melayu dilatih di Kirby England.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu dengan bijih dan getah telah menjadi penyumbang utama ekonomi Britain. Pada satu ketika yang lama dahulu hampir 60 peratus ekonomi Britain datang dari Tanah Melayu. Justeru, tidak salah kalau kita mengatakan bahawa kota London itu dibuat hasil rompakan harta kekayaan Tanah Melayu.

Sejarah Tanah Melayu berubah sesudah Perang Dunia Kedua. Perang dunia telah memuflis kuasa imperial Britain. Kantong duit Baginda Queen diburukkan lagi dengan serangan pukul mati dari Parti Komunis Malaya yang melancarkan gerakan bersenjata menentang penjajah British.

Akhirnya kuasa imperial Anglo terpaksa mengakui bahawa Britain bukan lagi kuasa imperialis dunia yang mutlak. Realpolitik sesudah Perang Dunia Kedua telah mewujud dua kuasa besar - kuasa imperialis Amerika dan blok sosialis Soviet Union.

Mengakui realpolitik ini, maka Britain telah mengeluarkan dasar 'mengundur dari Timur Suez'. Ertinya Britain akan menutup semua pangkalan tentera di sebelah Timur. Kem Terendak di Melaka, pangkalan tentera terbesar Britain di Tanah Melayu akhirnya ditutup. Pangkalan udara RAF di Changi Singapura juga tutup kedai. Australia - negara budak suruhan Baginda Queen juga menutup 'kedai kapal terbang' di Butterworth.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir nafi dakwaan DEB fokus kaum tertentu

Posted: 30 Sep 2013 05:21 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menafikan dakwaan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) memanfaatkan kroni dan hanya memfokus kepada satu kaum tertentu.
Beliau berkata dasar itu, yang diperkenal pada 1971, berperanan menangani pengagihan kekayaan tidak seimbang yang dihadapi pelbagai kumpulan etnik di negara ini.
"DEB bukan tentang kronisme. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meneruskan usaha bagi mengagih kekayaan kepada semua orang (menerusi DEB).
"Tiada sesiapa yang akan kehilangan apa-apa daripada dasar ini malah akan mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi negara serta berkongsi hasilnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelayaran sulung Kapal MV Arca Emerald di Northport semalam.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Kapal yang boleh memuatkan kira-kira 4,000 kenderaan pada satu-satu masa itu hari ini belayar ke Sabah dan Sarawak dari Dermaga 21. – Bernama

Salahkan sektor swasta di kala kerajaan sertai TPPA “menghairankan”, kata pembangkang

Posted: 30 Sep 2013 04:46 PM PDT

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyalahkan sektor swasta sebagai punca kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibidas pemimpin pembangkang kerana bercanggah dengan pendirian kerajaan yang mahu menyertai Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA).

Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Shah berkata tindakan Abdul Wahid menyalahkan sektor swasta menghairankan kerana objektif TPPA yang mahu disertai kerajaan adalah untuk mewujudkan pasaran perniagaan lebih luas.

"Agak menghairankan dengan kenyataan beliau dibuat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang inginkan liberalisasi dalam sektor ekonomi," kata Raja Kamarul Bahrin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

"Menyalahkan sektor swasta pada masa yang sama cuba untuk menyertai perjanjian TPPA bagi mewujudkan pasaran lebih terbuka bukankah mengelirukan?" soal beliau.

Katanya, kerajaan seharusnya memperbaiki kelemahan pentadbiran sistem urus daripada menyalahkan pihak lain.

"Contoh terdekat ialah Talent Corp sepatutnya mengumpul tenaga pakar anak tempatan yang belajar di luar negara, akibat daripada ketidakseimbangan, ramai yang menolak. Ini menunjukkan betapa ketidaktelusan integriti negara," katanya.

Dalam wawancara bersama akhbar The Edge yang disiarkan semalam, Abdul Wahid mempertahankan agenda memperkasakan Bumiputera dengan menyalahkan pihak swasta dan mengatakan ramai pihak tersalah tafsir terhadap program pemerkasaan Bumiputera itu.
Read More / Baca Lagi >>

23 kematian dalam tempoh 10 tahun di kem PLKN, semak semula kurikulum

Posted: 30 Sep 2013 04:35 PM PDT



Tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Zuraida.

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes kematian remaja pelatih di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah sangat serius.


Justeru, katanya sudah sampai masanya kerajaan menyemak semula kurikulum yang digunakan.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, laporan kematian seramai 23 pelatih di kem PLKN dalam tempoh 10 tahun yang lalu, tidak sepatutnya dipandang ringan kerana tidak mahu negara melahirkan samseng-samseng pada masa depan.

Read More / Baca Lagi >>

Komen Dr Maza semasa dengan TG Nik Aziz

Posted: 30 Sep 2013 04:29 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q71/s720x720/1379561_10151979259287990_1911208491_n.jpg
..bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan..saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput..terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam..seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia..keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah..PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya..TGNA merupakan mahaguru rakyat yang mendidik kematangan dan beliau merupakan lagenda bagi politik negara ini..tiada siapa dapat memadamkan kegemilangan politik beliau dalam catatan sejarah Malaysia..walaupun dihimpit, ditindas, dizalimi dan cuba dikaitkan dengan pelbagai tuduhan, kerajaan beliau kekal begitu lama dan tiada tuduhan yang boleh disabitkan ke atas TGNA di mahkamah..saya gembira beliau melepaskan jawatan dalam kegemilangan..moga hidupnya mulia dan matinya juga nanti mulia..bak kata Syauqi Dif bahawa sebutan selepas ketiadaan kita adalah umur kita yang kedua..saya rasa bertuah berada dengan beliau semalam..moga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik..

Dewan Rakyat gamat pembangkang bangkit Kertas Putih Lahad Datu

Posted: 30 Sep 2013 04:27 PM PDT


Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini gamat apabila ahli Parlimen Sepang dari PAS Mohamed Hanipa Maidin (pic) membangkitkan isu Kertas Putih yang dijanjikan kerajaan berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Pertanyaan daripada Hanipa kemudiannya menerima reaksi negatif daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencetuskan kekecohan sebelum sesi sidang tamat jam 9.45 malam.
"Kita nak tahu bila kerajaan ingin umumkan Kertas Putih Lahad Datu. Antaranya kita dengar mereka-mereka yang menyerang adalah rakyat kita, ada kad pengenalan," kata Hanipa yang kemudiannya ditemplak ahli-ahli Parlimen BN.
"Itu hakikatnya, bukan orang asing," kata Hanipa, dan menambah, "kalau mereka ini bukan rakyat Malaysia, sebab itu kita minta kertas Putih."
"Kalau kerajaan rasa ini bukan rakyat Malaysia bentang Kertas Putih, supaya rakyat tahu. Kalau macam tu tentera yang bunuh rakyat Malaysia, sebab itu kita nak tahu," soalnya kepada Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika sesi pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan malam tadi.
Abdul Rahim kemudiannya dilihat mengelak untuk menjawab pertanyaan berkenaan, sebaliknya berkata kes berkenaan sedang dibicarakan dan menjadi subjudis jika ianya dibincangkan di Dewan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Tauladan besar dari Kelantan - Dr MAZA

Posted: 30 Sep 2013 04:18 PM PDT

PAU2013: Antara Wang Politik Dan Politik Wang - Prof Dato' Dr Agus

Posted: 30 Sep 2013 07:52 AM PDT

Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?

Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?

Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.

Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.

Read More / Baca Lagi >>

Impian Malaysia – demokrasi berjiwa rakyat

Posted: 30 Sep 2013 07:32 AM PDT


1231435_10151836781364192_2146040017_n


Ucapan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kongres Khas Kebangsaan DAP 2013 pada 29 September 2013 di One World Hotel, Selangor.

Impian Malaysia – demokrasi berjiwa rakyat menerusi urus tadbir maksima, kerajaan minima yang menumpukan usaha memenangi masa depan dengan pendidikan ke arah perpaduan, integriti dan kecekapan.
Salam Ubah dan Salam Bersih kepada semua,
Saya mengalu-alukan semua perwakilan parti yang berkumpul di sini pada pagi semata-mata untuk suatu tujuan. Demi selamatkan DAP daripada serangan-serangan yang jahat, tidak adil dan dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh pihak ROS, termasuk kemungkinan membatalkan pendaftaran parti DAP.
Kita sedang berada di dalam krisis kerana kita menjadi mangsa kejayaan sendiri. Dalam sejarah 47 tahun parti DAP, parti kita tidak pernah mencapai kejayaan yang begitu besar seperti yang berlaku dalam PRU ke 13. Kita berjaya memenangi kerusi dari negeri Kedah sampai ke Sabah, dengan 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN; dan kita kini merupakan parti politik kedua terbesar di dalam Malaysia.
Kita adalah rakan kongsi kuasa dengan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor. Kita mempunyai wakil rakyat dari setiap lapisan kaum dan agama; izinkan saya menyebut nama pendekar-pendekar Melayu DAP yang baru seperti Ahli Parlimen Bukit Bendera Sdr Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Raub Dato' Mohd Ariff Sabri bin Hj Abdul Aziz, ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji; serta ADUN Kadazan pertama kita dari Kepayan, Sdr Dr Edwin Bosi.
Ramai antara wakil rakyat kita yang masih muda dan amat menawan hati, termasuk wakil rakyat paling muda dalam negara, iaitu ADUN Johor Jaya Sdri Liao Cai Tung. Kita mencatat rekod seramai 25 orang wakil rakyat wanita, termasuk wanita India pertama menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan, Sdr Kasthuri Patto dan dua orang ahli dewan undangan negeri wanita, iaitu ADUN Sabai, Sdr Kamache Doray Rajoo dan Sdr Mary Josephine Prittam Singh, ADUN Rahang.
Malah calon-calon yang tidak berjaya dalam pilihanraya umum pun masih menjadi personaliti yang dahsyat, seperti Pengerusi Himpunan Hijau Sdr Wong Tack, yang baru sahaja berjaya mengumpulkan 1 juta tandatangan bagi kempen anti-Lynas. Kita percaya bahawa beliau akan berjaya di kawasan parlimen Bentong dalam pilihanraya umum seterusnya, di mana beliau tewas dengan tipis.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan buat bekas Pengerusi DAP Negeri Sarawak Sdr Wong Ho Long yang tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana keuzurannya. Saya percaya kita semua mendoakan kesihatan beliau serta menghargai semua yang telah beliau korbankan untuk parti, yang membolehkan DAP menjadi kuasa pembangkang utama di Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Impian UMNO berderai: Catatan pendek pemilihan semula CEC

Posted: 30 Sep 2013 07:31 AM PDT


1271099_735560256460915_1457384210_o

Oleh Hafiz Zainuddin

CUBAAN melenyapkan DAP dari demografi politik Malaysia gagal. Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP seperti yang dipaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) selamat diadakan dengan jayanya.
Apa yang menarik, kedudukan jawatankuasa ini bertambah kukuh apabila pimpinan yang dipilih pada Kongres DAP Kebangaan Disember tahun lalu kekal menerajui parti.
Biarpun wujud perbezaan jumlah undi kepada calon-calon yang bertanding. Perbezaan itu sama sekali tidak mengubah kedudukan mereka dalam 20 senarai tertinggi CEC malah apa yang menarik, barisan CEC yang dipilih semula ini menunjukkan keterbukaan dan persefahaman yang cukup matang.
Jawatan Pengerusi DAP Kebangsaan dan Setiausaha Agung DAP yang menjadi bualan ramai pihak terus kekal disandang oleh Karpal Singh dan Lim Guan Eng walaupun wujud sedikit perubahan pada jumlah undi yang diperoleh. Liew Chin Tong yang memberikan kejutan dengan undi tertinggi juga masih mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP.
Undi kepada calon Melayu meningkat
Dalam risik sembang para perwakilan, antara pimpinan muda yang menjadi sebut-sebutan, Zairil Khir Johari juga tidak kurang hebat apabila mencipta sejarah meletakkan kedudukannya yang sebelum ini di tangga ke 20 dalam CEC berada di tempat ke 12.
Ia merupakan satu tamparan k-o kepada momokan media kawalan UMNO dan kelompok bebal yang mengatakan orang Melayu terpinggir dalam DAP. Bahkan, isu sedemikian tidak wajar timbul memandangkan ideologi parti yang jelas berpegang pada prinsip Malaysia untuk rakyat Malaysia.
Bukan sahaja Zairil, peningkatan undi juga turut berlaku kepada beberapa nama yang menjadi perhatian iaitu Senator Dr Ariffin Omar yang dahulunya memperoleh 348 undi dan Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dengan 121 undi. Kini masing-masing memperoleh 441 undi dengan peningkatan yang signifikan dengan masa.
Suasana yang berlaku ini secara langsung membuktikan bahawa para perwakilan tetap dengan pendirian mereka walaupun pihak ROS, Barisan Nasional (BN) dan media khususnya Utusan Malaysia tidak jemu-jemu menjadi tukang karut membuat tuduhan semberono mengaitkan Pemilihan CEC pada Disember tahun lalu sebagai terpalit dengan penipuan dan manipulasi undi.
Habuan buat masyarakat Dayak dan KDM
Read More / Baca Lagi >>

Zairil dilantik semula Pengerusi DAP Kedah

Posted: 30 Sep 2013 07:18 AM PDT


Zairil Khir Johari 

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari hari ini dilantik semula sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pelantikan itu diputuskan setelah Ahli Parlimen Bukit Bendera itu mendapat majoriti undi dan berjaya menganggotai semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam kongres khas tahunan parti itu semalam.

MP Lumut/ Sepang Bahas Rang Undang2 Perbekalan Tambahan (2013)- Kem Pertahanan

Posted: 30 Sep 2013 07:05 AM PDT

PAU2013: Mukhriz itu pemimpin pelapis, yang lain hanyalah pemimpin pelapik

Posted: 30 Sep 2013 07:03 AM PDT

Pemilihan dalam UMNO adalah medan bagi setengah pihak memasang perangkap untuk rakan seperti dalam perebutan kuasa. Muhyiddin dan kumpulannya memasang perangkap untuk Najib dan pihak Najib pula masih lagi 'terlopong' tanpa menyedari tindakan halus mereka yang mahu Naib tersungkur. Diantara mereka yang sedang memimpin UMNO hari ini ada yang tidak sedar permainan orang disekeliling masing-masing kerana permainan dalam UMNO ini penuh dengan seni yang kadangkala tidak difahami oleh bakal mangsa permainan itu.

Keadaan ini biasa dalam UMNO dan siapa yang akan terjebak itu mungkin terkena oleh perangkap dan jebak mereka pasang sendiri. Pemilihan kali ini akan menentukan banyak perkara dalam politik negara yang bakal mengubah landskap negara dengan begitu besar.

Pertamanya ia akan menentukan nasib UMNO dari sudut pandangan ramai terhadap parti itu. Ia akan di nilai daripada hasil pemilihan itu kerana susunan jawatan Naib Presiden itu nanti. Naib Presiden merupakan jawatan yang terpenting di dalam parti kerana salah seorang dari mereka itu akan secara konvensyennya akan dilantik menjawat jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri jika salah seorang dari Perdana dan Timbalan Perdana Menteri itu meletakkan jawatan atau meninggal dunia.

Yang sering di sebut sekarang ini kehadiran Mukhriz dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini menampakan satu permainan politik besar dan sesiapa sahaja yang membuatkan Mukhriz bertanding jawatan itu mempunyai motif yang sangat besar. Mukhriz tidak akan mengambil keputusan untuk bertanding jika tidak digalakkan oleh Dr Mahathir Mohammed. Jika Mahathir cuba mempengaruhi segala-gala tindakan dalam UMNO yang melibatkan pemimpin lain tidak ada sebab sesiapa untuk menafikan yang keputusan Mukhriz itu adalah hasil dari keputusan Mahathir sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: