Jumaat, 27 September 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Najib pertahan kerajaan BN tidak “rasis”

Posted: 27 Sep 2013 07:46 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya tidak "rasis" serta mempertahankan pengagihan ekonomi kepada Bumiputera yang diumumnya baru-baru ini tidak meminggirkan kaum lain.

Dalam sesi temubual oleh personaliti CNN, Fareed Zakaria di New York, Perdana Menteri berkata, pentadbirannya tidak pernah meminggirkan sesiapa dan tidak pernah membela mana-mana ekstremis.

"Kita tidak pinggirkan sesiapa, tidak pula benarkan suara-suara ekstremis, rasis dan taksub tenggelamkan suara kesederhanaan," katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini.

Najib berkata, kerajaan Malaysia sama seperti negara lain mempunyai satu hasrat iaitu untuk melihat keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dikecapi menerusi konsep kesederhanaan.

Kenyataan Najib bagaimanapun dilihat bertentangan dengan langkah yang diambilnya baru-baru ini apabila memperkenalkan pengagihan ekonomi berasaskan kaum yang dikenali sebagai langkah "pemerkasaan ekonomi Bumiputera".

"Kita (Malaysia) tidak mampu menghadapinya dan ini juga bukan politik yang bagus," katanya ketika menjawab soalan Fareed mengenai dasar afirmatifnya yang diumumkan baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi Ho gelar Zahid Hamidi senjata khas PDRM

Posted: 27 Sep 2013 07:44 PM PDT

Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai senjata khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.

Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah.

"Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah bukan untuk kawal pembangkang dan NGO - Kata Zahid

Posted: 27 Sep 2013 07:42 PM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibincangkan di Parlimen Isnin ini bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan.

Beliau berkata, tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"PCA bukan undang-undang menggantikan ISA. Kuasa menteri juga ditiadakan kerana kerajaan komited untuk tidak memberi kuasa kepada menteri bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.

"Kami tidak layan perbezaan yang dikemukakan oleh pembangkang tetapi kerajaan serius dalam mengawal atau membasmi jenayah.

"Pembangkang jangan buat andaian tidak tentu pasal. Saya ucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan pada pindaan undang-undang ini," katanya dalam satu forum pencegahan jenyah yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Mencari Kambing Hitam: MRT Corps nafi projeknya sebabkan gangguan bekalan air

Posted: 27 Sep 2013 07:37 PM PDT

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan dakwaan bahawa kerja pembinaan projeknya menyebabkan beberapa kejadian gangguan bekalan air berlaku.
   
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid, ketika menafikan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), berkata gangguan berkenaan berlaku ekoran kewujudan perkhidmatan di kawasan yang tidak dipetakan dan perkara itu perlu ditangani syarikat utiliti terbabit. 
   
Beliau berkata perkhidmatan utiliti termasuk air, elektrik serta telekomunikasi dipetakan oleh pemiliknya dan semua kerja pembinaan yang memerlukan pemindahan sementara atau kekal adalah berdasarkan peta yang disediakan mereka.
   
"MRT Corp telah mengulang periksa data yang diterima daripada pemilik utiliti menerusi pemeriksaan secara imbasan dan fizikal di peringkat awal kerja.
   
"Bagaimanapun, sesetengah utiliti mungkin tidak boleh dikesan oleh alat pengimbas seperti plastik," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Read More / Baca Lagi >>

TAHNIAH.. Rokok naik harga lagi... Mau pencen atau bagi duit kat kerajaan BN...!!!

Posted: 27 Sep 2013 07:30 PM PDT

 
Ni dia senarai baru harga rokok.. dah macam harga dinner plate kfc dah gua tengok..

Nak beli rokok or nak simpan duit tu?

P/s : jangan tengok kat situ..tengok kat sisi " kantung negara yang dah kering " ADAKAH NEGARA KITA HABIS WANG?

'Port' Syiah diserbu

Posted: 27 Sep 2013 07:25 PM PDT

Syiah GOMBAK - Serbuan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ke atas markas  Syiah di Sri Gombak malam tadi  menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun ahli Syiah yang berjaya ditahan oleh penguatkuasa.

Seolah-olah mengetahui kehadiran penguatkuasa, markas Syiah itu sunyi sepi tatkala serbuan dibuat.

Sebelum itu, penguatkuasa Jais terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk memecahkan mangga di pintu, sebelum berjaya memasuki markas berkenaan.

Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan.

Turut ditemui 'batu Karbala' serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah.

Semua kitab tersebut disita oleh Jais namun premis berkenaan hanya akan disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Serbuan diketuai oleh Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Jais, Mohd Shahrom Maarof serta dianggotai oleh 25 anggota penguatkuasa.

Markas Syiah Sri Gombak di serbu JAIS

Posted: 27 Sep 2013 07:22 PM PDT

Dalam Kenangan: Bersemadilah pemimpin kami!

Posted: 27 Sep 2013 07:14 PM PDT

MUHAMAD MAT YAKIM

PAGI 6 Mei 2013 - sehari selepas PRU13 - saya hubungi Helmi Khalid, setiausaha akhbar Ustaz Azizan.

Helmi, kawan rapat saya sejak sekolah. Apabila kawan sendiri hilang pekerjaan dengan tumbangnya Kerajaan PR Kedah pada pilihan raya itu, sudah tentu saya perlu bantu jika dia memerlukan. Paling tidak bertanya khabar. Niat saya mahu pelawa Helmi kembali jadi wartawan. Itu pun kalau dia mahu.

Belum pun lama kami berhelo.  Helmi tiba-tiba beritahu dia terpaksa letak telefon.

"Sorry Mat, aku kena letak dulu. Ustaz dah sampai," katanya.

"Hang di mana ni? Bunyi kalut semacam ja...",  "Aku di KMC,  Ustaz sakit kaki, penyakit dia tu lah," jawab Helmi.

Mendengar kata-katanya,  rasa risau menyerbu minda saya.

Ustaz sakit! Ini penyakit kencing manis bukan main-main!

Sehari selepas pilihan raya baru dia pergi hospital. Maknanya sudah beberapa hari dia sakit sedangkan diabetiknya serius. Tidak seharusnya dia bertangguh  jumpa doktor.

Dan terfikir pula saya, cabaran terhebat yang dihadapinya ketika itu bukan daripada parti lawan tetapi dalam parti sendiri. Kasihan Ustaz Azizan!

Saya teringat cerita seorang rakan bahawa Ustaz beritahunya, dia bukan tidak mahu lepas jawatan. Tetapi sesiapa juga, apa lagi sebagai pemimpin, jika apa yang ada dalam tangan mahu direntap, sudah tentu kena bertahan.

Bukan untuk kepentingan diri tetapi amanah menjaga jemaah apa lagi negeri penting untuk diserah kepada orang yang sabar, penyerahan baton memerlukan suasana transisi yang kondusif.

Jadi atas  andaian itu, saya faham mengapa Ustaz Azizan tidak awal-awal pergi hospital yakni sebelum pilihan raya. Jika dia ditahan di wad,  ini akan jadi modal besar oleh pihak lawan dari luar, mahu pun  dari dalam!

Sesiapa pun juga pun tidak boleh menafikan hakikat pergolakan dalaman Pas Kedah waktu itu.

Sejak tarikh itu, Ustaz terus berumahkan hospital, dari KMC ke Hospital Pulau Pinang, balik ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hingga ke rumah terkininya di kuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sejak waktu Asar petang semalam - menepati wasiatnya mahu berjiran dengan mentor yang juga rakan karibnya, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam Kenangan: Azizan pernah jumpa Dr M - Dr Siti Hasmah

Posted: 27 Sep 2013 07:09 PM PDT

Dr Siti Hasmah 
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pernah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beberapa minggu menjawat jawatan itu.

Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata, ketika itu Azizan mengunjungi Mahathir bagi mendapatkan pendapatnya berhubung pembangunan Kedah seawal pengambil alihan pentadbiranya selepas Pas memenangi PRU12, 2008 lalu.

Pertemuan itu diadakan di rumah mereka di The Mines, Seri Kembangan.

Siti Hasmah berkata, ketika pertemuan itu beliau turut bersama kerana ketika itu bukanlah satu kunjungan rasmi tetapi sekadar bertukar pandangan dan pendapat sebagai kenalan lama.

"Saya masih ingat dia tanya Mahathir, bagaimana hendak majukan Kedah ketika itu", katanya.

Siti Hasmah berkata, Mahathir dalam nada bergurau menjawab, "kalau bagi tau formula menawan hati rakyat Kedah, bagaimana nanti nak menangkan BN semula".

"Bagaimanapun perbualan lanjut mereka saya tidak saya ketahui.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam Kenangan: Ustaz Azizan yang ku kenali...

Posted: 27 Sep 2013 07:07 PM PDT

Ustaz Azizan yang ku kenali...  
Penulis (depan, dua kanan) bersama rakan media bergambar bersama Ustaz Azizan selepas mesyuarat Exco terakhir sebelum PRU13 (3 April). Ketika itu Ustaz Azizan sempat berseloroh, "Mana tau, ni (gambar) yang terakhir dengan kamu semua".
TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik.

Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ.

Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka.

Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan.

Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan.

Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil, "Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz".

Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi.

Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan…

Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan, "Ustaz ingat dak?".

Ustaz Azizan membalas "Ingat".

Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual.

Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata, "Terima kasih" (kerana datang).

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu.

Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri.

Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam Kenangan: Interbiu pertama selepas 70 hari Ustaz Azizan jadi MB

Posted: 27 Sep 2013 06:29 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN  & IZWAN ABD HALIM

Ustaz Azizan Abdul Razak nampak lebih segar dan ceria walaupun bebanan tugasnya makin berat. Berbekalkan pengalamannya hampir 15 tahun sebagai Adun, juga jawatannya dalam parti sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri mewarisi kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, dan pernah dipilih Naib Presiden, kini mengetuai kerajaan baru di Kedah, beliau tetap mudah didekati.


Pendekatannya mungkin ditafsirkan dalam pelbagai versi, namun dalam pertemuan dengan Harakah baru-baru ini, di rumahnya yang cukup sederhana, di Jalan Sultanah, Alor Star, Ustaz Azizan penuh yakin menjawab pertanyaan yang dibangkitkan. Difahamkan kakitangan kerajaan cukup tertarik dengan isi ucapan beliau, yang disulami fakta sejarah, rasional mudah dan hujah agama.

Malah beliau tetap simple, kemejanya masih di bawah harga RM30, dan pergaulannya dengan sesiapa jua kekal mesra. Ikuti intipati temubual Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman dan wakil Harakah di Kedah, Izwan Abdul Halim dengan Ustaz Azizan, jam 9 malam, Sabtu, 17 Mei lalu.

Harakah: Selalu orang mengukur keberkesanan pemerintahan baru dalam tempoh 100 hari pertama. Kita kini baru 70 hari, tapi rasanya tidaklah terlalu awal untuk Ustaz membuat rumusan khususnya terhadap perubahan-perubahan kerajaan baru negeri Kedah?

Ustaz Azizan: Alhamdulillah, kita berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan baik dan kita dapat meyakinkan rakyat bahawa perubahan dalam pilihan raya lalu menguntungkan semua. Kita mendapat kerjasama yang cukup baik daripada semua, termasuk kakitangan kerajaan. Apa yang kita rencanakan mereka laksana.

Dengan Pusat pun kita nampak belum ada apa-apa masalah. Mungkin mereka mendapat arahan tertentu merujuk polisi-polisi kerajaan Kedah. Kita juga telah menunaikan sebahagian manifesto kita, dengan kerjasama kakitangan kerajaan.

Keseluruhannya pentadbiran kerajaan macam biasa. Jadi yang memerintah ini macam dulu, sambung kerja dengan baik, tidak ada satu perubahan mendadak, semua berjalan dalam keadaan normal. Mesyuaratnya, para exconya dan pelbagai lagi berjalan macam biasa.

Kita telah menyemak semula cukai tanah yang membebankan rakyat. Walaupun kita terpaksa menanggung kerugian, tapi kita boleh tammpung, Kita telah selesai pelantikan kerajaan tempatan seluruh Kedah, telah angkat sumpah. Mengenai ketua-ketua kampung, kita akan mula dalam masa terdekat.

Yang penting sekali, dasar kita difahami rakyat. Kita punya dasar yang telus. Bahkan dengan pelabur dan yang berkaitan ekonomi, kita menyatakan secara jelas, bahawa kalau boleh, boleh, kalau tak boleh, tak boleh. Semuanya secara telus, semuanya melalui atas meja, bukan bawah meja.

Respons nampak macam pelik. Dalam masa dua bulan ini, pelabur yang datang terlalu ramai. Masing-masing menawarkan untuk bekerjasama dalam pembangunan ekonomi Kedah.

Mungkin pada peringkat awal mereka bimbang kerana kita dari Parti Islam, tentulah beberapa imej negatif tentang Islam itu mereka bimbang. Tetapi setelah mengadakan siri perbincangan, lawatan dan saya sendiri menyatakan bahawa kita bukan seperti yang dijangkakan, mereka berpuas hati.

Kita akan meningkatkan usaha memajukan Kedah, meneruskan apa yang terdahulu asalkan baik. Hingga kini sudah puluhan bilion bertambah pelaburan ke Kedah, campur yang lama jadi RM83 bilion . Kita mengenakan syarat kepada pelabur agar pekerja nanti adalah anak tempatan. Ramai rakyat tempatan tidak ada kemahiran, kita syaratkan buka latihan, sekali gus dapat atasi masalah pengangguran.

Kita juga perkenal polisi mempertahankan tanah sawah di Kedah. Kita mendahului negeri lain, bahkan sebelum Pusat timbulkan isu jaminan makanan, kita sudah bercakap mengenainya. Lepas kita buat polisi tidak membenarkan penggunaaan tanah sawah selain untuk padi, baru timbul krisis makanan apabila Thailand dan Vietnam tidak menjual beras macam dulu. Maknanya kita buat keputusan yang betul.
Read More / Baca Lagi >>

Mengenang watak warna-warni Ustaz Azizan

Posted: 27 Sep 2013 06:28 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN (Februari 2012)

Ketika saya tiba di rumah Ustaz Azizan Abd Razak, di Sungai Limau, Yan, seawal jam 9 pagi Tahun Baru Cina, 23 Januari lalu, sudah ada tiga aktivis PAS tempatan bersembang santai dengan Menteri Besar Kedah itu. Suasana ceria. Sekali imbas umpama murid dengan tok guru, juga bagai rakan dengan sahabat lama.


Sesekali perbualan mereka, yang banyak menyentuh cerita-cerita lama, disulami gelak-ketawa yang menyenangkan. Saya tumpang seronok mencuri dengar kisah lama Ustaz Azizan. Wajahnya jelas terpancar kelegaan meskipun banyak isu-isu panas Kedah diperdebatkan di peringkat nasional.

Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid membisikkan, "beginilah keadaan Ustaz jika bercuti di rumahnya". Sambil mempelawa saya duduk di ruang tamu yang agak sempit, hanya dihiasi rak-rak buku dan sofa lusuh, Ustaz Azizan yang berkain pelikat berbaju pagoda putih, terus menjemput kami menjamah sarapan.

Saya bersama Helmi dan Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah, sebenarnya telah mengalas perut di pekan kecil tidak jauh dari rumah Ustaz Azizan, di tepi Jalan Alor Setar - Sungai Petani itu. "Ustaz macam terkilan kerana tidak dapat lagi bersama rakyat di pasar dan kedai makan seperti ini kerana kekangan masa," kata Helmi, semasa kami menikmati nasi berlaukkan ikan keli sambil menunggu roti canai serta kari kepala ikan dibungkus untuk 'bosnya'.

"Lutfi, ini pertama kali datang rumah ana?" tanya Ustaz Azizan, ramah dan mesra. Saya perhatikan, rupanya tetamu terdahulu juga menitip makanan. Isteri Ustaz Azizan sendiri yang keluar membawa minuman.

"Ya, ana tak pernah datang lagi, dulu buat interbiu dengan Ustaz di Alor Setar," balas saya perlahan, sambil menjeling suasana rumah yang cukup sederhana. Ada rakan-rakan yang pernah mengaitkannya dengan kediaman Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abd Hadi Awang: "Rumah Ustaz Azizan lagi simple, 'kan?"

Selang beberapa ketika, salam diberi dan pintu dikuak. Kunjungan tetamu lagi, rasanya tiada temujanji dibuat, juga orang tempatan. Daripada reaksinya, Ustaz Azizan kenal rapat dengan mereka. Turut dibawa bungkusan kecil nasi lemak dan dadih. "Masin sikit dadih ini," tegur Ustaz Azizan.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS dan jangkaan rakyat

Posted: 27 Sep 2013 06:25 PM PDT

Sebuah parti politik semestinya mempunyai cita-cita untuk memerintah negara dengan membawa dasar partinya ke dalam kerangka kerajaan dan menjadikan pemerintahannya berkesan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat.

Bukan itu sahaja , bahkan parti politik perlu mempunyai aspirasinya untuk menyuntik nilai kebebasan dan prinsip moral yang tinggi bagi mencapai erti kemanusiaan dan harga diri.

Dasar pemerintahan dan falsafah kemanusiaan perjuangan parti mesti disampaikan kepada orang ramai melalui kepimpinan yang mampu memberi pencerahan dalam laras bahasa difahami orang awam.

Rasional kepartian

Dalam kejelasan itu, parti politik juga terpaksa melalui rasional organisasi kepartian yang melibatkan dinamika bagaimana ahli dan kepimpinan menanggap cita-cita tersebut di mana aspek ideologi menjadi titik perdebatan ahli dan kepimpinan membentuk evolusi parti tertentu dalam proses aktiviti politiknya.

PAS sebagai parti politik yang berpaksikan ideologi politik Islam kini melalui proses dinamika antara desakan menuju cita-cita kepemerintahannya dan desakan ahlinya yang khuatir kepada hilangnya jati diri ideologinya.

Situasi ini semakin menjadi dalam suasana pemilihan parti yang akan menyaksikan siapa yang paling tepat kejelasannya dalam membentuk kepimpinan dan masa depan politiknya.

Mengambil posisi

Adalah signifikan bagi ahli dan kepimpinan parti PAS hari ini mengambil posisi yang jelas ketika kita berhadapan dengan keperluan memerintah dan mengekalkan jati diri prinsip perjuangannya kerana dari posisi ini PAS akan lebih mudah menyatakan hasratnya kepada rakyat Malaysia dan kepada ahlinya ke mana hala tujunya.

 PAS dan kepimpinannya harus menyatakan niatnya untuk menjadi kerajaan kepada rakyat Malaysia melalui apa sahaja keputusan strategik yang diambilnya dengan meletakkan asas kewujudan negara ini sebagai komitmennya. Ini bermakna , ia harus juga komited kepada prinsip demokrasi secara berpartisipasi, mengiktirafi kepelbagaian, menyegarkan masyarakat sivil dan membawa agenda reform dalam dasar negara.

Komitmen ini mesti dijelaskan juga kepada ahli yang kadang-kadang terkeliru dengan menganggap komitmen kepemerintahan PAS akan menggadai jati diri prinsip Islamnya kerana penegasan kepimpinan selama ini ialah dalam bentuk format dan dan kerangka perundangan semata-mata yang jauh capaiannya dalam konteks politik kenegeraan.
Read More / Baca Lagi >>

Keindahan manusia di sebalik pemergian Ustaz Azizan

Posted: 27 Sep 2013 06:24 PM PDT

Sejurus selepas PRU-13, allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dimasukkan ke hospital dan beberapa hari selepas itu, kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis.

Ketika itu, ramai yang masih hangat mengulas mengapa Pakatan Rakyat tidak berjaya menakluki Putrajaya. Walaupun prestasi Pakatan Rakyat meningkat tujuh kerusi di atas kertas, secara makronya PR dan PAS dilihat mengalami prestasi menurun kerana jumlah negeri yang dikuasai mereka menurun.

PAS kehilangan Kedah, manakala Perak terus kekal di bawah BN pada 2013 tidak sepertimana yang berlaku pada 2008.

Kerana keadaan Ustaz Azizan yang kurang sihat dan menyayatkan hati ketika itu, tiada yang sanggup atau sampai hati untuk mengulas secara khusus prestasi PAS di Kedah.

Contoh terbaik ialah sikap yang diambil Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel),  Prof Mohammad Redzuan Othman ketika membentang kajian mengenai keputusan PRU13 di bulan Mei yang lalu.

"Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang memandangkan (bekas MB Kedah) Tan Sri Azizan Abdul Razak kini berada di hospital, tapi kita semua tahu keputusannya (pilihan raya)," katanya yang masih diingat saya sehingga hari ini. Sikap ini adalah satu sikap terpuji dan ia simbol keindahan watak makhluk bergelar manusia.

Ahli dan pemimpin PAS juga tidak bercakap mengenai kehilangan Kedah. Jika bercakap pun, semua menampilkan akhlak yang tinggi dengan hanya memfokuskan kepada kebaikan yang dibawa Ustaz Azizan selaku mantan Menteri Besar Kedah seperti Kolej Insaniah dan kebersihan pentadbirannya daripada unsur rasuah.

Tiada perkara negatif yang didengari di media. Tiada yang menuding jari kegagalan PAS di Kedah.

Begitulah indahnya keadaan watak manusia, terutamanya ahli PAS ketika mengulas politik Kedah ketika Ustaz Azizan uzur sehinggalah kembali ke pangkuan Ilahi pada 26 September.
Read More / Baca Lagi >>

Kaji balik hubungan Pakatan Rakyat kerja kurang bijak, kata Mat Sabu

Posted: 27 Sep 2013 06:21 PM PDT


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan untuk mengkaji balik hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan 'kurang bijak'.
"Bagi saya bercerai dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang satu perkara yang tidak baik. Istana yang kita bina sejak sekian lama, tiba-tiba kita nak runtuhkan begitu saja. Ini tindakan paling kurang bijak," katanya.
Mohamad berkata demikian dalam wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Beliau mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mencadangkan PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan parti dalam Pakatan khasnya dengan PKR.
Cadangan Haron itu kemudiannya dijadikan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini.
Mohamad berkata, PAS sudah bekerja sejak sekian lama untuk mendapatkan undi orang bukan Islam khasnya Cina dan India di negara ini.
Ini kerana, katanya, PAS memerlukan undi mereka bagi membolehkan PAS menang dalam pilihan raya kerana ia berdasarkan undi popular.
"Kita sakit kepala setiap kali pilihan raya untuk menang kerana ia berdasarkan undi popular atau undi orang ramai.
"Jadi, kita akan tolak kawasan pilihan raya yang mempunyai peratusan orang bukan Melayu lebih 20 peratus kerana tahu tidak akan menang," katanya bercerita mengenai bagaimana PAS berjuang untuk mendapatkan undi mereka sebelum ini.
Katanya, sejak 2008, suasana itu sudah berubah iaitu orang Cina dan India sudah tidak takut menyokong PAS hasil kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan pendekatan lain yang dibuat oleh PAS.
"Bagi saya ini satu rahmat. Kita sudah exhausted (keletihan) untuk mendapatkan sokongan mereka sebelum ini. Tiba-tiba kita dapat," katanya.
Beliau berkata, pelbagai usaha cuba dibuat oleh MCA dan Umno sendiri untuk menjauhkan semula orang Cina dan India dari PAS tetapi tidak berjaya selepas 2008.
"Masa pilihan raya 1999 lalu, MCA letakkan serban di atas kepala Karpal Singh dan Lim Kit Siang, mereka kalah di Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

First contact between U.S., Iranian Presidents since 1979

Posted: 27 Sep 2013 06:15 PM PDT

Exclusive: Mitt Romney on Iran, Syria

Posted: 27 Sep 2013 06:14 PM PDT

UN set to vote over Syria weapons

Posted: 27 Sep 2013 06:13 PM PDT

Nairobi mall: What went wrong?

Posted: 27 Sep 2013 06:11 PM PDT

In a league of banana republics

Posted: 27 Sep 2013 06:08 PM PDT

The retrogressive PCA Bill has put us in a position where people run the risk of being detained without trial and where our society will never be at peace with itself.

By Kua Kia Soong

The amendments to the Prevention of Crime Act (PCA) which allows detention without trial is symptomatic of a failed transformation programme by the Najib government to bring the country into the league of nations that follow the rule of law.

No other country that espouses adherence to democracy and human rights uses detention without trial laws to tackle crime.

The reasons why this situation has come about and why the government has been helpless in implementing the Independent Police Complaints & Misconduct Commission (IPCMC) perhaps point to more sinister factors involving skeletons in government leaders' cupboards.

And the reason why organised crime has become so intractable in recent years points to rotten apples in the police barrel.

We have had some hints of that recently. You will remember that after he retired, the former IGP Musa Hassan had revealed political influences on the police force to release certain individuals. This IGP's former aide de camp, Noor Azizul Rahim in turn retaliated by accusing Musa of wrongdoings and silencing critics.

I can't think of any other reasons for the impunity enjoyed by the police despite the annual human rights violations relating to detentions without trial, deaths in police custody and deaths through police shootings. After all, the IPCMC was one of the recommendations by the Royal Commission on the Police in 2005.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s ‘totally detached from reality’

Posted: 27 Sep 2013 06:06 PM PDT

PM and government are using statistical figures to justify price hike, trying to show the recent diesel and petrol hike has no impact on general Malaysians, claims Bandar Kuching MP
KUCHING: Prime Minister Najib Tun Razak and his ministers are "totally detached from reality" and have no clue as to how much the hike in petrol and diesel prices is hurting the common man's pocket, claimed DAP Sarawak.
"The Prime Minister is trying to portray an image that the recent diesel and petrol price hike by the BN government has no impact on the lives of the general Malaysians.
"The government is using statistical figures to justify the price hike, but this is not the reality" Chong told a press conference today.
Chong described as 'unsatisfactory' a reply by the Prime Minister during the ongoing Parliamentary sitting hen asked about the effects of inflation following the recent petrol and diesel price hike.
Najib's reply, according to printouts distributed to reporters during the press conference, reads, "based on economical simulation, the impact of subsidy reduction at 20 sen per litre of petrol and diesel is projected to caused inflation or consumer price index (CPI) increment at around 0.8 percent".
"This means, if the CPI growth rate for August 2013 is 1.9 percent, the reduction of petrol and diesel subsidy by 20 sen per litre from September 2013 is predicted to increase CPI for September to 2.7 percent.
"The key CPI components that would register increases are food and non-alcohol beverages indices at about 1.0 percent and the transportation index at around 3.0 percent.
"This is because both components are among the major contributors towards the CPI," Najib's said in the statement.
Speaking at a press conference here, Chong, who is also the Sarawak DAP chairman produced his own statistical figures in response of Najib's.
"For an average household in Sarawak town areas, the conservative estimate of the monthly petrol consumption before the price hiks is RM200.
"With the 20 sen per litre hike, the additional expense on petrol consumption alone is RM40 per month. In a year, the additional petrol consumption alone is RM480," said Chong.
Household expenses up
Read More / Baca Lagi >>

If DAP results are stained, what about GE13?

Posted: 27 Sep 2013 06:05 PM PDT

BN supporters who harp that DAP's CEC polls results should also take note that the same can be said of the GE13 results.

Much has been said about DAP's CEC (Central Executive Committee) polls held in December last year due to a computer glitch causing a stain on the results.
This columnist since January had also been pushing the DAP top leadership to re-do the polls because when there is a stain on the results, it doesn't look good.
But of course the thousand times bigger stain on the results is none other than what had happened in the 13th general election wherein the conduct of the polls overall leaves much to be desired where good governance, transparency and accountability are concerned.
Independent polls observer Pemantau claimed that there were suspicious incidents in a good number of seats they were monitoring. This claim by Pemantau was made in the recent People's Tribunal for GE13 held from Sept 18 to 22 in Subang Jaya.
Pemantau chief, Yasmin Masidi informed the Tribunal that Pemantau monitored 51 seats and half of these had suspicious incidents. Yasmin reported to the Tribunal that these incidents included gift-giving and there were voters who were even asked to mark the ballot papers with the indelible ink because they were not given a pen.
An Orang Asal also gave testimony at the Tribunal wherein he confessed that he was paid RM20 to vote for BN with the remainder RM80 to be paid after voting but till today he has yet to receive the balance.
Said Norman Korig from Kuala Lipis, Pahang, "BN promised us that they will build roads and houses if we give them our support. One of the top BN leaders even threatened us that if we fail to vote for BN, the government's medical services for us will grind to a stop but if we vote BN, we can get RM1,200 BR1M money."
It is extremely amazing that there are still so many gullible people who in this day and age can still get taken in by BN's promises.
Another witness, Abu Hussin Tamby who is the party representative for the candidate contesting the Air Limau state seat in Malacca informed the Tribunal that when he and two of his colleagues were in the Alor Gajah district police headquarters at around 3.15 pm on May 2 to deliver the advanced votes from Lubuk Cina, he saw around seven or eight Election Commission (EC) officers standing around a heap of ballot papers.
Read More / Baca Lagi >>

Pindah tanggungjawab, tambah birokrasi

Posted: 27 Sep 2013 05:33 PM PDT

DAP mendakwa tindakan Abdul Rahman mengkritik Lim Guan Eng seolah-olah ingin mengalih fokus masyarakat terhadap kebimbangan rakyat. 

SEREMBAN: Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong membidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang cuba menafikan wujudnya tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membalas dendam terhadap masyarakat Cina yang tidak menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Teo percaya tindakan Abdul Rahman mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seolah-olahnya ingin mengalihkan fokus masyarakat terhadap kebimbangan rakyat terhadap rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baru kepada majlis kerajaan tempatan.
"Kemungkinan Menteri berkenaan sudah lupa MCA juga membantah rancangan tersebut. Jika rancangan tersebut mendapat bantahan daripada MCA, rakan sendiri dalam BN, ia bermaksud rancangan tersebut memang perlu dikaji semula.
"Lim cuma memberi pandangan terhadap rancangan tersebut demi kepentingan rakyat tetapi bukan dengan kepentingan politik seperti yang didakwa oleh Abdul Rahman.
"Malaysia merupakan negara demokrasi, rakyat berhak untuk mengundi serta mengundi parti yang mereka sokong. Kerajaan yang benar-benar mengutamakan rakyat sepatutnya menghormati pilihan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Alahai, abu Chin Peng!

Posted: 27 Sep 2013 05:31 PM PDT

Tindakan 'bijak' kuasawan membuatkan orang ramai semakin berminat untuk tahu kisah sebenar.

Salakan dan kokokan presiden dan timbalan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga "rakan Barisan Nasional" kurang kedengaran selepas rakyat menolak mereka menerusi kuasa undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, suara mereka – khasnya Ibrahim Ali – kembali nyaring dalam usaha mendesak supaya Anugerah Sastera Negara dan gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Datuk A. Samad Said (Pak Samad) pada 1985 ditarik balik.
Puak-puak dan sekutu Perkasa nampaknya "berehat sebentar" daripada menyerang Pak Samad dan kini menumpukan salakan kepada abu dan roh Chin Peng yang sudah masuk syurga.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu disahkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 September 2013; secara simbolik pada tarikh ulang tahun ke-50 pembentukan Persekutuan Malaysia.
Antara reaksi "proaktif" dan "terkedepan" daripada ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah mengarahkan polis berjaga-jaga serta mengetatkan kawalan di sempadan secara khusus bagi memastikan jenazah dan/atau abu mendiang tidak "diseludup" masuk ke negara bertuah ini.
Menerusi mesej Twitter, Khalid menegaskan bahawa lelaki kelahiran Setiawan, Perak itu "bertanggungjawab ke atas kematian ramai anggota polis dan tentera semasa Darurat".
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memang "bijak" mengeluarkan kenyataan dalam hal-hal yang "penting sahaja" turut menegaskan bahawa mayat Chin Peng tidak akan dikebumikan di Malaysia.
Manakala untuk menunjukkan bahawa beliau juga "bijak" dan "sealiran" dengan pemikiran penguasa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa abu jenazah pejuang itu pun "tidak akan dibenarkan masuk ke bumi Malaysia".
Komitmen, kesungguhan, kebijaksanaan dan sikap proaktif yang ditunjukkan oleh golongan yang ada kuasa ini amat mengagumkan. Walaupun dalam hal-hal yang melibatkan kebajikan rakyat, penguasa (kuasawan) lambat, malas dan lembab bertindak, sekurang-kurangnya mereka tangkas mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja Chin Peng masuk syurga.
Lelaki Komunis Terakhir
Read More / Baca Lagi >>

Bermewah: Senang-senang kerajaan BN mahukan RM14 bilion lagi

Posted: 27 Sep 2013 05:28 PM PDT


BERCAKAP di San Francisco pada 24 September  lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib Razak mahu rasuah menjadi sebahagian daripada sejarah silam Malaysia dan bukannya amalan masa depan.

Tidak ada salahnya idea seperti itu.  Sebaliknya ia adalah satu idea baik, bernas dan pasti menyelamatkan banyak wang awam dari disambar para buaya lapar yang semakin banyak berkeliaran dalam komuniti kontrak pembinaan, perkhidmatan dan perolehan membabitkan wang awam.

Begitupun, sejarah menunjukkan idea seperti itu cukup bersifat retorik, jarang diimplementasikan sepenuhnya (dibaca sekadar batuk ditangga) dan sudah menjadi modal piawaian Perdana Menteri Malaysia sejak beberapa dekad lagi

Hal seperti ini menimbulkan  tanggapan umum betapa selagi amalan rasuah berterusan maka selagi itulah ia boleh dipergunakan oleh pemimpin kerajaan Umno-BN peringkat tertinggi untuk mempamerkan betapa serius dan ikhlasnya kerajaan mahu memerangi rasuah.

Rasuah wujud dalam bentuk ketara dan tidak ketara.  Rasuah berbentuk ketara adalah ketara – bagi sekian banyak dapat itu dan ini.  Rasuah (juga bermaksud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa) jenis tidak ketara barangkali lebih signifikan jumlahnya berbanding dengan rasuah ketara.

Apabila rakyat sendiri dirasuah dengan pelbagai pemberian one-off (sekali gus);  dijanjikan pelbagai projek bidan terjun menjelang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil dan janji tersebut ditunaikan sebagai habuan memilih parti kerajaan; kontrak mega dan bukan-mega kerajaan dianugerahkan kepada pihak tertentu secara rundingan terus tanpa apa juga bentuk ketelusan; maka  amalan seperti ini 'memakan' dana awam baik dari sumber Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan ataupun Negeri, menjadikan peruntukan bajet dan memaksakan kedudukan kewangan kerajaan mendaftar angka 'merah'.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: