RAKYAT MARHAEN |
- Catatan penghormatan Ustaz Azizan Abdul Razak
- Pesan Beliau terhadap Para Pejuang - Ust Azizan Razak
- Parti politik digesa bekerjasama dengan SPRM tangani politik wang
- ‘No S’wak tribe burns down own homes’
- ‘Money politics undermines core of democracy’
- Duit jemaah haji susut lagi
- Hilangnya satu lagi permata Kedah
- Dr Mahathir baru terjumpa pemimpin yang 'smart'
- Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu
- Dimensi fikrah Almarhum Ustaz Azizan
- Maafkan Utusan: Baik Sungguh Hati Lim Kit Siang, DAP
- Negeri pengeluar petroleum ramai rakyat miskin
- Kerajaan BN digesa perinci kos penjenamaan negara
- Ulasan Orang Paling Dekat Dengan Almarhum Ustaz Azizan Razak
- SPRM belum dedah laporan beli undi, dakwat kekal pada PRU13
- Menjelang 2014, Selangor Pergiat Usaha Tarik Pelaburan Asing
- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu jawab 3 persoalan utama kata Pakatan
- Sabitan Akta Perhimpunan Aman tidak wajar – Nik Nazmi
- Anwar beri amaran isu persempadanan semula atau berdepan BERSIH 4.0
- Pelan Pendidikan: RM20j pada McKinsey, BN ketepi anak tempatan
- Rosmah dan Bendera Malaysia Terbalik.. Mana Laporan Polis?
- Ust. Abdullah Khairi - Hidayah Milik Allah, Bukan Milik Manusia
- Pemergian Ust Azizan satu kehilangan bagi PAS
- DAP menerima permohonan maaf Utusan
- Kerajaan BN Nafi Dakwaan 1.4j Warga Bangladesh Akan Dibawa Masuk
Catatan penghormatan Ustaz Azizan Abdul Razak Posted: 26 Sep 2013 09:03 PM PDT Ustaz Azizan Abdul Razak adalah sebuah nama besar dalam gerakan Islam di Malaysia, malah turut dikenali di kalangan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Seorang yang hidup secara sederhana, suka bergurau tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan. Sifat-sifat yang ada pada beliau, menjadikan setiap mesyuarat yang beliau hadiri menjadi hidup dan begitu bermakna. Dalam mana-mana mesyuarat yang beliau hadiri, beliau antara yang kerap memberi pandangan dan komentar. Pernah ketika aku menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, aku bertanya kepada Setiausaha Politik beliau, Saudara Muhammad Sanusi Md Nor, "Apa khabar Ustaz Azizan?". Kata Sanusi: "Kalau dia banyak cakap dalam mesyuarat tu, tandanya dia sihat". Read More / Baca Lagi >>Ketegasan beliau ini dibawa ke mana-mana sama ada semasa beliau berkhidmat sebagai pensyarah di UKM sehinggalah terlibat secara sepenuh masa dengan PAS. Aku pernah mendapat pengkhabaran, beliau pernah menempelak Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu sama-sama hadir mewakili PAS dalam persidangan gerakan Islam sedunia. Beliau menempelak Dr al-Qaradawi disebabkan beliau pernah menyebut PAS sebagai musta'jilun (golongan yang tergesa-gesa) dalam persoalan melaksanakan hukum hudud. Aku diberitahu, Ustaz Azizan bertanya Dr al-Qaradawi, adakah beliau benar-benar faqih dengan realiti Malaysia dan kalau beliau tidak faqih sepatutnya bertanyalah kepada PAS, bukannya ke datang Malaysia terus berjumpa dengan golongan sekular di dalam UMNO. Aku mula mengenali Ustaz Azizan hampir 20 tahun yang lalu, ketika itu beliau dalam tahun-tahun terakhir berkhidmat di UKM. Ketika itu aku bertemu dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan jemputan memberi pengisian ilmu kepada anak-anak muda yang bakal bertamrin. Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak dapat memenuhi jemputan, lalu beliau mencadangkan nama Ustaz Azizan. Ketika itulah aku mula mengenali nama Ustaz Azizan, salah seorang ulama yang mula berkecimpung sepenuh masa dengan PAS. Selepas bergraduasi, aku menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, dan Ustaz Azizan adalah salah seorang anggotanya. Di kesempatan itulah aku semakin mengenali Ustaz Azizan dengan sifat-sifat yang dinyatakan sebelum ini. | |
Pesan Beliau terhadap Para Pejuang - Ust Azizan Razak Posted: 26 Sep 2013 09:01 PM PDT | |
Parti politik digesa bekerjasama dengan SPRM tangani politik wang Posted: 26 Sep 2013 06:22 PM PDT Parti-parti politik yang akan mengadakan pemilihan tidak lama lagi perlu terbuka dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani secara serius sebarang kes politik wang yang dilaporkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata pengundi atau peserta dalam pelbagai pemilihan parti yang akan datang perlu menolak sebarang bentuk tarikan yang boleh mempengaruhi pendirian mereka. Katanya dalam satu kenyataan semalam, mereka perlu menunjukkan sikap integriti dalam melaporkan sebarang amalan rasuah yang dikesan kepada pihak berkuasa berkaitan, termasuk SPRM. "Penyelewengan dalam proses pemilihan akan menjejaskan teras demokrasi, iaitu asas di mana negara ini ditubuh dan dibina atas pengorbanan dan kos yang besar kepada pihak berkepentingan utama - rakyat itu sendiri," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |
‘No S’wak tribe burns down own homes’ Posted: 26 Sep 2013 06:19 PM PDT Meanwhile the Murum natives have mounted two more roadblocks in a bit to stop ongoing construction works in the hydroelectric dam project. KUCHING: A lawyer aiding the affected Penans in Murum has rebutted claims by the Sarawak Energy Berhad (SEB) that burning down abandoned longhouses in Long Wat was part of the local community's "recycling" culture."We Penans indeed dismantle our old longhouses when we move to new ones, and recycle all the materials. But we never burned them down, " said Abun Sui Anyit. He further added: "The burning of the longhouse in Long Wat was most likely done by the sub-contractors for the clearing and dismantling works there. "How can people accuse us of burning the longhouse when that is against our own customs?" Speaking to FMT here following SEB's widely reported justification for allegedly burning down longhouses in Murum following the impoundment of the dam, Abun said "no tribe in Sarawak practiced burning their own house". "No tribe or ethnic group in Sarawak practices the abominable culture of burning their very own longhouses! "Even when they move to a new longhouse, the old longhouse would be respectfully stripped of its timber for recycling purposes. Nothing goes to waste and nothing is destroyed by fire. "For the authorities to suggest that the Penans burned their own longhouse is a complete and utter fabrication!" he said. Abun said the Penans condemned the use of burning methods used by SEB's sub-contractors to clear the area. Read More / Baca Lagi >> | |
‘Money politics undermines core of democracy’ Posted: 26 Sep 2013 06:08 PM PDT Minister Paul Low said combating corruption in the country would be severely impeded if money politics, especially relating to party elections, continued unchecked. KUALA LUMPUR: Political parties holding their elections soon should be open enough to work with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to firmly address any reported cases of money politics.Minister in the Prime Minister's Department Paul Low Seng Kuan said voters or participants in the various upcoming party polls must reject any form of enticement to influence their stand. They should demonstrate integrity in reporting any corrupt practices detected, to the relevant authorities, including the MACC, he said in a statement yesterday. "Monetisation of the election process undermines the very core of democracy, the base upon which this nation was founded and established at much cost and sacrifice to key stakeholders — the rakyat themselves," he said. Low said combating corruption in the country would be severely impeded if the practice of money politics, especially relating to party elections, continued unchecked. | |
Posted: 26 Sep 2013 06:07 PM PDT Bala yang rakyat Malaysia hadapi sekarang bertimpa-timpa. Sudahlah pengguna kenderaan bermotor terpaksa membeli minyak mahal kerana ketiga-tiga minyak bagi menghidupkan setiap yang berenjin naik antara 15 sen dan 20 seliter. Memang Pedana Menteri otak bergeliga. Dua jenis minyak diumumnya naik dan Ron yang satu lagi dinaikkannya 15 sen secara diam-diam. Hanya penggunanya saja tahu minyak itu naik kerana harga yang sama atas minyak yang dibeli cepat habis. Sebab apa cepat habis? Kerana dengan harga yang sama, minyak itu sudah tidak sebanyak dulu. Itulah bala yang semua hadapi. Otak auta anggota Kabinet kata, bukan tujuannya menaikkan harga minyak tetapi untuk menurunkan subsidi minyak. Subsidi atas minyak adalah besar, cuma ia diturunkan 20 sen saja. Masih subsidi yang kerajaan tanggung jauh lebih besar. Bala sama ada minyak naik atau subsidi minyak turun adalah sama. Bala untuk semua itu tidak setakat itu. Gara-gara kejadian itu menyebabkan rakyat ditimpa bala lagi kerana harga barang dan perkhidmatan akan naik. Duit kita tidak bertambah, tapi kita tidak boleh barang sebanyak dulu dengan duit itu. Serentak itu, kita hadapi bala duit lagi. Nilai ringgit berbanding dolar Amerika sudah susut tujuh peratus, terburuk sejak beberapa tahun. Atau setelah Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Read More / Baca Lagi >> | |
Hilangnya satu lagi permata Kedah Posted: 26 Sep 2013 05:57 PM PDT
Hari ini sekali lagi Muassasah Darul Ulum diserbu orang ramai selepas satu lagi permata PAS dari Kedah meninggal dunia. Semalam, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia dan meninggalkan PAS untuk selama-lamanya. Di sini, jenazah Ustaz Azizan disembahyangkan sebelum disemadikan di Muassasah Darul Ulum, tempat Ustaz Fadzil disemadikan 11 tahun lalu. Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah. Sebelum itu, Ustaz Fadzil menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Ustaz Azizan pula meninggal jam 9.10 pagi semalam selepas memasuki hospital sebaik saja selesai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Azizan berada dalam keadaan kritikal dua hari lalu apabila kadang-kadang jantungnya berhenti berfungsi dan terpaksa menggunakan alat bantuan untuk berfungsi semula. Pada 9 Mei lalu, selepas PRU13, Azizan menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang akibat kencing manis. Read More / Baca Lagi >> | |
Dr Mahathir baru terjumpa pemimpin yang 'smart' Posted: 26 Sep 2013 05:54 PM PDT Akta Pencegahan Jenayah (PCA) pula diperkenalkan dan ia nampaknya adalah pengganti kepada ISA yang telah dimansuhkan. Sesungguhnya ia merupakan ISA dengan nama yang berlainan. Ia ibarat menukar nama dari goreng pisang ke pisang goreng. Pisang goreng dan goreng pisang itu sama saja rasanya.Sanusi Joned yang termasyur dengan kepandaiannya pernah menukar nama goreng pisang kepada nama ringkas, iaitu gorpis. Semuanya sama. Saya bukan hendak menyokong atau menentang pindaan ini. Tetapi saya lebih cenderung untuk menuduh kerajaan sedang cuba untuk membohongi rakyat kerana itu merupakan janji BN dalam pilihanraya yang lalu. Kadangkala kita bukan marah sangat kepada apa-apa akta yang digubal itu atau apa-apa pindaan kepada apa-apa akta. Yang kita kadangkala marah dan merungut itu ialah kerana tindakan mengelirukan rakyat. Jika kerajaan mahukan perkara yang sama kenapa dimansuhkan ISA dahulu sedangkan penggantinya itu serupa ISA juga? Sebenarnya kita tahu tidak ramai yang tidak setuju dengan ISA itu dahulu kerana ia wujud untuk mejaga keselamatan rakyat dan negara. Yang menjadi isu ialah ISA itu disalah gunakan oleh kerajaan. Tidak ada apa bahayanya pemimpin-pemimpin pembangkang atau kerajaan suatu ketika dahulu tetapi oleh kerana kepentingan politik peribadi maka kerajaan mengambil langkah untuk menangkap pemimpin politik dalam operasi lalang pada 1988 dahulu. Ramai pemimpin politik pembangkang menjadi mangsa ISA. ISA itu wujud untuk menghapuskan jenayah yang dilakukan oleh pihak komunis yang telah berusaha untuk merampas kuasa dengan membuat kacau bilau. Akta keselamatan dalam negeri itu telah dipergunakan untuk meyelamatkan atau menyambung usia politik pimpinan yang telah mula lemah dan tidak disokong rakyat. Sesungguhnya UMNO telah selamat begitu lama bukannya oleh kerana keindahan dan kebaikan parti itu tetapi oleh kerana tekanan terhadap rakyat melalui Akta tersebut. Ia bukan kerana kebaikan kepimpinan parti itu. Mahathir sendiri dua hari yang lepas meminta UMNO memilih pimpinan yang 'smart' kerana mengikut beliau UMNO sekarang ini dipenuhi oleh mereka yang bodoh dan tidak pandai. Sekarang Mahathir sudah semakin jelas mengakui hakikat yang UMNO sudah tidak lagi ada pemimpin yang 'smart' seperti yang diperlukan oleh parti. Tetapi oleh kerana terlalu banyak bercakap dan bertindak dengan segala 'intrigue' beliau dalam parti lebih dari dua dekad, akhirnya UMNO berada di dalam keadaan yang beliau katakan hari ini. Hanya yang tertinggal sedikit dalam kenyataan Mahathir itu, ialah ayat yang mengakui yang beliaulah yang memulakan budaya mencantas orang yang 'smart' dalam UMNO itu. Beliau tidak pernah merasa lega dan selesa semasa UMNO itu dipenuhi oleh orang-orang 'smart' semasa itu, lebih-lebih lagi setelah beliau memegang tampuk kuasa. Read More / Baca Lagi >> | |
Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu Posted: 26 Sep 2013 05:51 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini. Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS. "Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan. Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad. Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana. "Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan. "Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku. Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine. "Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb. "Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya. "Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya. Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang. "Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu. "Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |
Dimensi fikrah Almarhum Ustaz Azizan Posted: 26 Sep 2013 05:26 PM PDT Detik 26 September 2013 kita kehilangan Almarhum (Tan Sri) Ustaz Azizan Abd Razak. Itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah, yang mana setiap insan pasti akan mengadap Ilahi. Kematian Almarhum sememang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira 'kiblat' politik. Read More / Baca Lagi >>Yang pasti. Almarhun adalah antara tokoh politik PAS yang telah mengabdikan diri dengan perjuangan menegakkan kebenaran. Almarhum telah menelusuri wasilah perjuangan yang didampari dengan pelbagai suka-duka, hambatan mehnah dan tribulasi sehingga akhirnya dianugerahkan penghormatan. Sejarah Terukir Tahun 2008 sejarah terukir bagaimana Almarhum diangkat mengetuai sebuah kerajaan yang didokongi oleh parti yang Almarhum perjuangan iaitu PAS bagi kerajaan negeri Kedah ekoran kemenangan PAS pada pilihanraya ke-12. Walaupun terukir dalam tempoh lima tahun sahaja, namun ianya memberi pemahaman yang makro terhadap pemikiran dan sumbangan yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh Almarhum. Pilihanraya 2013, menyaksikan Kedah kembali kepada BN. Inilah merupakan antara detik sejarah bagi perjuangan PAS, khususnya PAS Kedah yang mana telah berjaya menawan Kedah daripada kerajaan BN. Sejarah ini secara beriringan juga memahatkan insan yang bernama Ustaz Azizan Abd Razak sebagai seorang individu daripada PAS bercarta nombor 3 sebagai Menteri Besar daripada PAS setelah kejayaan PAS membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini. Tidak dapat tidak, Armarhum telah memaparkan sumbangan yang cukup bermakna buat parti dan juga rakyat negeri Kedah. Amanah Terpikul Ketika diamanahkan menjawat sebagai Menteri Besar Kedah, Almarhum secara peribadi mengakui bahawa amanah yang dipikul amat besar sekali. Pertamanya rakyat Kedah akan menilai kewibawaan dan kemapuan parti PAS sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir. Kedua,cabaran mengurus kepelbagaian fikrah dalaman disebabkan ketika ini 'aura' Pakatan Rakyat sebagai bakal kerajaaan amat tinggi dan popular. Sehinggakan ramai yang ke depan untuk menjadi 'popular' dan 'berkarisma' untuk menjadi Yang Berhormat. Ketiganya, cabaran bagaimana mengurus untuk menserasikan kerajaan PAS Kedah dengan penjawat awam. Keempatnya, cabaran mentadbir sebuah kerajaan negeri memilki sumber kewangan yang terhad. | |
Maafkan Utusan: Baik Sungguh Hati Lim Kit Siang, DAP Posted: 26 Sep 2013 08:42 AM PDT DAP sudi maafkan Utusan Malaysia berhubung Tanda Putera DAP hari ini menerima permohonan maaf akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung artikel melibatkan filem kontroversi Tanda Putera. Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun berkata ini adalah kali terakhir parti itu menerima permohonan maaf akhbar tersebut. "Kami terima permohonan maaf mereka namun Utusan tidak lagi boleh terus berbohong. Kami berikan peluang ini untuk mereka berubah," katanya dalam kenyataannya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Akhbar berkenaan menulis artikel bertajuk "Cuba sembunyi kebiadapan DAP" yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang menghalang tayangan Tanda Putera di negeri berkenaan bagi menyembunyikan perlakuan biadap pemimpin DAP. Pemimpin yang dipaparkan dalam laporan berkenaan adalah Lim Kit Siang, yang didakwa kencing di tiang bendera di hadapan rumah menteri besar Selangor ketika itu sewaktu insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969. | |
Negeri pengeluar petroleum ramai rakyat miskin Posted: 26 Sep 2013 08:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme bagi menentukan keberkesanan peruntukan yang dibelanjakan kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >>Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (PAS-Kuala Terengganu) berkata, kerajaan harus memberikan perhatian kepada peningkatan taraf hidup rakyat di luar bandar dengan bantuan yang diberikan. "Sepatutnya laporan bajet diukur mengikut jumlah peruntukan dan juga jumlah yang dibelanjakan iaitu laporan mesti mengukur keberkesanan untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan. "Oleh itu perlu satu mekanisme diwujudkan supaya menyentuh bagaimana berkesannya peruntukan yang telah dibelanjakan dan bukan hanya melibatkan statistik iaitu berapa ribu kilometer jalan yang telah dibina tetapi berapa berkesankan jalan telah dibina itu untuk manaikkan taraf hidup kemiskinan di kawasan luar bandar," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau juga berkata, Majlis Penasihat Petroleum Negara perlu dihidupkan semula seperti dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Hal ini kerana katanya, negeri-negeri pengeluar utama petroleum seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak masih menunjukkan kadar kemiskinan tertinggi. | |
Kerajaan BN digesa perinci kos penjenamaan negara Posted: 26 Sep 2013 07:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER: Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menuntut kerajaan menjelaskan sama ada kerajaan masih menggunakan perunding FBC Media, untuk menggilap imej Malaysia di luar negara. Dalam soalan lisan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zuraida menggesa kerajaan memperinci perbelanjaan, jenis media dan status perunding yang mengendali kempen penjenamaan Malaysia di luar negara. "Apa skop kerja dan pecahan kos penjenamaan negara," soal Zuraida dalam soalan lisannya di Dewan Rakyat. "Tindakan telah diambil oleh BBC (British Broadcasting Corporation) dan Consumer News and Business Channel (CNBC) kerana memapar cerita buruk dan plasu "BBC dan CNBC telah tamatkan kontrak FBC," ujar Zuraida. Pada Ogos 2011, siasatan akhbar United Kingdom, The Independent mengesahkan kerajaan Malaysia memperuntuk RM57 juta kepada FBC Media (UK) untuk 'Kempen Strategi Komunikasi Global' pada 2008 dan 2009. KEADILAN mempersoal tindakan kerajaan berbelanja sebanyak RM1.5 juta menempah iklan memaparkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah mansor dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times. Terdahulu, Zuraida mempersoalkan keberkesanan program kefahaman Islam yang disiarkan TV Al-Hijrah sejak 2010, dengan kos berjumlah RM30 juta melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri. | |
Ulasan Orang Paling Dekat Dengan Almarhum Ustaz Azizan Razak Posted: 26 Sep 2013 07:35 AM PDT Muhammad Sanusi Md Nor Kereta dan motokar polis di hadapan melambai-lambai membuka laluan. Dalam van yang bergerak perlahan itu, dadaku sebu basah tersiram pilu, air mata bergenang dan meleleh beberapa kali. Beberapa detik ketika bersamanya sepanjang perjuangan yang panjang berliku liku, melintas sekali sekala. Aku sedang bersama beberapa orang anak-anak ustaz dan bekas pengawal pribadinya, mengiringi perjalanan terakhir seorang ayah, seorang pemimpin ulung, seorang mujahid, pemikir, tokoh ulamak, dan sesusuk tubuh guru bangsa yang terkujur di kerandanya. Berakhirlah ujian derita buat dirinya di katil hospital. Juga berakhirlah curahan tunjuk ajar, teguran, kekayaan pengalaman yang menginpirasikan pedoman dan mutiara-mutiara dari ilmunya yang merentasi lapangan dan disiplin - buat aku dan sahabat-sahabat yang mendampinginya. Hilang juga seorang pemimpin dengan gagasan murni untuk membangunkan masyarakatnya. Pergilah selama-lamanya seorang insan yang mewakafkan seluruh hidupnya untuk Islam dan ummah. Di kiri kanan jalan, orang ramai berdiri tanpa di suruh, memegang kamera dan telefon, merakam perjalanan terakhir itu. Aku dapat melihat deretan semua bangsa dan kaum, kecil dan besar, memerhati penuh sayu dan sepi, wajah mereka sugul, menghormati perjalanan seorang insan istimewa. Kenderaan di seberang berhenti di tepi, pemandu jentolak turun dari mesinnya, berdiri sayu di depan jentolaknya yang sedang memunggah tanah. Motosikal pemuda berbagai latar belakang mengiringi di kiri dan kanan, sekejap laju sekejap perlahan. Dunia menjadi senyap dan sepi, di belakang van, ribuan manusia mengekori, di dataran Muassasah Darul Ulum, yang tersergam dengan kegigihannya, puluhan ribu lagi sedang menanti. Selepas Ustaz Fadzil Noor, baru kali inilah senario itu berulang lagi. Di situlah dia akan bersemadi... Wajah terakhirnya mengukir sekuntum senyuman. Pasti indah alam yang menantimu....Pimpinanku Ustaz Azizan Abdul Razak. Hilangmu tiada ganti. Al-Fatihah! | |
SPRM belum dedah laporan beli undi, dakwat kekal pada PRU13 Posted: 26 Sep 2013 06:50 AM PDT KUALA LUMPUR 26 SEPTEMBER: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tsin mempersoalkan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian undi yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). "Saya bersama bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Datuk Halim Hussin) melakukan siasatan, menemui bukti dan menyerahkan kepada SPRM. "Ia berlaku dan diketahui oleh seluruh rakyat Pulau Pinang. (Malangnya) SPRM kata tidak ada kes," katanya. Dalam pada itu, Sim turut menuntut penjelasan berhubung siasatan sama ada wujud unsur rasuah dalam pemberian tender kepada pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam PRU-13. "Apakah kes ini dibuka dan dan apa status siasatan?" soalnya ketika mencelah dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) hari ini. Sim mengulas pendedahan pegawai Pusat Pemantauan & Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir dalam prosiding Tribunal Rakyat bahawa wujud 1,705 kes penyelewengan sepanjang PRU-13. Read More / Baca Lagi >> | |
Menjelang 2014, Selangor Pergiat Usaha Tarik Pelaburan Asing Posted: 26 Sep 2013 06:49 AM PDT PETALING JAYA, 28 SEPT : Walaupun ekonomi global masih tidak menentu, Selangor mengekalkan prestasi yang memberangsangkan dan berharap kejayaan itu berterusan hingga ke tahun hadapan melalui siri-siri kerjasama bersama pelabur asing. Bercakap kepada diplomat dan delegasi dari dewan perniagaan asing di majlis minum petang di Intan Suite, Hotel Hilton Petaling Jaya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata prestasi konsisten dan prasarana pendidikan yang baik menawarkan nilai tambah kepada peluang pelaburan di negeri ini. "Pada 2012 dan 2013, kita mencatatkan prestasi yang lebih kuat dari segi pelaburan domestik dan pelaburan semula. Kita masih berharap untuk menarik pelaburan asing pada separuh tahun kedua 2013 dan pada 2014 khususnya. Justeru, kita merancang untuk mengiatkan lagi kerjasama antarabangsa dan misi dagangan dan pelaburan," kata Khalid. Read More / Baca Lagi >> | |
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu jawab 3 persoalan utama kata Pakatan Posted: 26 Sep 2013 06:48 AM PDT Pakatan Rakyat telah menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal Bajet Alternatif 2014 pada Julai, 2013 yang lalu . Beberapa siri perbincangan telah diadakan untuk mendrafkan Bajet Alternatif 2014. Sidang akhbar pada hari ini merupakan salah satu siri agenda menjelang pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin merupakan kordinator jawatankuasa Bajet Alternatif 2014 bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). KeTTHA memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pembekalan elektrik adalah mencukupi dan selamat. KeTTHA juga perlu memastikan penghasilan elektrik tidak akan memberi kesan yang negatif terhadap persekitaran, ini merupakan matlamat yang baik, tetapi hakikatnya tidak senang untuk dicapai. Dalam Bajet 2014, KeTTHA perlu memberi perhatian kepada 3 persoalan utama: 1. Adakah Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menaikkan tarif elektrik pada tahun 2014? Pengerusi dan CEO TNB Datuk Seri Azman Mohd telah mengumumkan bahawa mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif elektrik kepada pengguna tempatan yang mengguna lebih dari 200 kwh. Cadangan in adalah berdasarkan kepada peningkatan harga minyak mentah. Kini, ia terpulang kepada KeTHHA dan juga kabinet untuk memutuskan samaada akan meningkatkan tarif elektrik atau tidak, rakyat juga ingin tahu, adakah BN merupakan Barang Naik? Sejak dahulu lagi, Pakatan Rakyat telah mencadangkan agar perjanjian antara TNB dan juga Independent Power Producers (IPP) disemak semula, kerana caj yang dikenakan oleh IPP terhadap TNB adalah keterlaluan. Read More / Baca Lagi >> | |
Sabitan Akta Perhimpunan Aman tidak wajar – Nik Nazmi Posted: 26 Sep 2013 06:46 AM PDT Tindakan mensabitkan Setiausaha Pengelola KEADILAN Johor, di bawah Akta Perhimpunan Aman ialah sesuatu yang amat memalukan terhadap usaha negara melindungi hak asasi manusia. Ini merupakan suatu penghinaan terhadap hak asasi rakyat untuk berhimpun sebagaimana terjamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Denda sebanyak RM6,000 atau penjara 3 bulan ialah suatu hukuman yang terlalu berat hanya di atas kegagalan memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa. Tempoh notis ini tidak munasabah sebagaimana pernah disuarakan oleh Majlis Peguam. Pihak berkuasa tidak memerlukan 10 hari untuk mengawal trafik atau mengawal orang ramai memandangkan itu adalah objektif notis. Selain daripada itu, banyak demonstrasi dan perhimpunan pro-kerajaan yang dibuat tanpa mematuhi tempoh notis 10 hari tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa mahupun pihak penganjur didakwa. Read More / Baca Lagi >> | |
Anwar beri amaran isu persempadanan semula atau berdepan BERSIH 4.0 Posted: 26 Sep 2013 06:45 AM PDT Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahas di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula," katanya. Beliau memberi amaran itu di New York Ahad lalu pada sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat. Dipetik dari Malaysia Kini, Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan itu disimpulkannya selepas berbincang dengan Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said. "Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," katanya. Proses persempadanan semula dijangka bermula pada hujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat akan membantah sekeras-kerasnya isu persempadanan semula melalui Bersih 4.0 jika dilaksana tanpa prinsip adil dan dipersetujui semua pihak. | |
Pelan Pendidikan: RM20j pada McKinsey, BN ketepi anak tempatan Posted: 26 Sep 2013 06:44 AM PDT Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah "berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar" menjadi bukti ulung kegagalan Umno-BN membangunkan kemahiran dan keupayaan anak watan. Malah tindakan Muhyiddin meneruskan budaya Umno-BN mendapatkan nasihat strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada masa depan negara. Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan Umno-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >> | |
Rosmah dan Bendera Malaysia Terbalik.. Mana Laporan Polis? Posted: 26 Sep 2013 06:43 AM PDT Bayangkan, jika bendera ini orang PR yang buat.. Jiga pembangkang duduk tempat Rosmah tu, nescaya akan terpekik lah Perkeso, Beras Jati dan lain-lain Ngok-ngok totok tayang gigi kat tv terkumat kamit. Maka seminggulah muka depan tv dan akbar dok putar cerita ni siap report polis lengkap. Dalam program ni.. Takda sapa berani tegur bendera kita terbalik kod!!! Apa pun tak boleh!!! Apa pun tak boleh!!! Apa pun tak boleh!!! Apa pun tak boleh!!! Puih.. Mana Macai nie.. Cepat la Bertindak... | |
Ust. Abdullah Khairi - Hidayah Milik Allah, Bukan Milik Manusia Posted: 26 Sep 2013 06:38 AM PDT | |
Pemergian Ust Azizan satu kehilangan bagi PAS Posted: 26 Sep 2013 06:37 AM PDT | |
DAP menerima permohonan maaf Utusan Posted: 26 Sep 2013 06:31 AM PDT | |
Kerajaan BN Nafi Dakwaan 1.4j Warga Bangladesh Akan Dibawa Masuk Posted: 26 Sep 2013 06:28 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan