RAKYAT MARHAEN |
- Usul Di Tolak Dewan Rakyat: Isu Pendirian Kerajaan terhadap Rampasan Kuasa di Mesir
- Dewan Rakyat 240913: Isu Duta & Syiah (Pertanyaan Lisan) - Kecoh Pasal PAU 2013
- Dewan Rakyat 24 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)
- Dewan Rakyat: Penjelasan Isu TPPA [ 24 Sept 2013 ]
- Penganalisis ramal GST bakal naikkan kemarahan rakyat
- How Much Do Social Media Affect How You Spend Money?
- Shahrizat bertarung untuk survival politik, kata penganalisis
- Demokrasi subur atau kabur?
- ‘Walk against 20 sens’ march irks pro-BN bloggers
- Harga Gula Naik Dalam Bajet 2014? Kesannya, Masalah Penghidap Diabetes Dapat Dikurangkan! Kesan Domino?
- SEORANG LAGI "ULAMA" MUDA UMNO SAMAKAN RAKYAT DENGAN BABI!
- PAU 2013: Wanita Umno bukan 'harimau kertas' - Kak Ijat
- PAU 2013: Kes pukul hanya lakonan yang ada laporan Polis...hebat UMNO ni...!!!
- Hakim Regim Zionis As Sisi haramkan Ikhwanul Muslimin
- Kantoi Lagi..!! Zahid Hamidi silap, Chin Peng tulis 10 surat untuk pulang ke Malaysia, kata peguam
- Pelajar takut PMR ditemui dalam tandas...
- Wujud unsur 'ugutan' dalam pemilihan semula CEC
- RCI Sabah: Taktik Mahathir terhadap Anwar berjaya
- Pelatih PLKN mati dalam bilik mandi
- Muslim Brotherhood being forced underground
- Egyptian court bans Muslim Brotherhood, seizes funds
- Muslim Brotherhood activities banned in Egypt
- Egypt court bans all Brotherhood activities
- Egypt's new sign of protest
- Brotherhood Banned: Will Egypt slide into greater chaos after court ruling?
Usul Di Tolak Dewan Rakyat: Isu Pendirian Kerajaan terhadap Rampasan Kuasa di Mesir Posted: 23 Sep 2013 08:42 PM PDT |
Dewan Rakyat 240913: Isu Duta & Syiah (Pertanyaan Lisan) - Kecoh Pasal PAU 2013 Posted: 23 Sep 2013 08:40 PM PDT |
Dewan Rakyat 24 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2) Posted: 23 Sep 2013 08:21 PM PDT |
Dewan Rakyat: Penjelasan Isu TPPA [ 24 Sept 2013 ] Posted: 23 Sep 2013 08:20 PM PDT |
Penganalisis ramal GST bakal naikkan kemarahan rakyat Posted: 23 Sep 2013 08:08 PM PDT Penganalisis ekonomi tidak menolak GST adalah kaedah terbaik untuk mengutip wang dan menjana pendapatan negara, sekaligus pada masa sama membantu pertumbuhan ekonomi negara. "Lebih awal kita laksanakan lebih pantas kita menyesuaikan diri, saya jangkakan lebih banyak penambahbaikan berlaku kepada ekonomi kita. "Ia memperkasakan pengurusan cukai dan memberi kerajaan lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kewangan awam," kata Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng kepada The Malaysian Insider. "Mengenai inflasi, ia adalah realiti kehidupan kerana kos hidup sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, ia tidak ada bezanya. "Tetapi yang menjadi kebimbangan ialah kawalan dan penguatkuasaan ke atas pelaksanaan GST, ia bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlebihan dan kenaikan harga yang tidak munasabah," katanya. Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui, berkata pelaksanaan GST adalah satu langkah tidak adil kerana kumpulan berpendapatan rendah terpaksa membayar pendapatan boleh guna mereka lebih tinggi daripada mereka yang kaya. "GST secara dasarnya adalah kaedah berkesan untuk mengutip wang. "Namun, secara jelasnya GST dilihat akan menghukum kumpulan yang lebih berpendapatan rendah kerana peratusan pembayaran GST daripada pendapatan boleh guna mereka akan lebih tinggi daripada mereka yang kaya," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
How Much Do Social Media Affect How You Spend Money? Posted: 23 Sep 2013 07:55 PM PDT From news, sales to information; we get it all from social media. But does it actually affect how we spend our money and if so, how much? Social media as a marketing tool Social media platforms such as Instagram, Facebook and YouTube are slowly becoming the most effective marketing tools. Advertising on social media can not only target specific age groups and interests, it is more trustworthy for a user to believe an endorsement given by a friend on the website. As such, the influence and impact given by social media is far greater than say a pamphlet or TV advertisement that isn't so targetted. Shan, 22, said he became a fan of the DJ Hardwell after he discovered his songs and concert videos on YouTube. "In YouTube, there are comments on how great the concert was and links being posted to his other concerts. That was when I decided to attend his next concert. Normally, I would not bother about attending concerts but I made an exception for this." Shan, a student, spent almost RM1,100 for flight tickets to Singapore, Hardwell's concert ticket and spending money. He even hopes to one day save enough money to attend the Tomorrowland event which he says the trip would cost roughly RM10,000 minimum.Read More / Baca Lagi >> |
Shahrizat bertarung untuk survival politik, kata penganalisis Posted: 23 Sep 2013 07:48 PM PDT Walaupun populariti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatasi pencabarnya dalam pemilihan Wanita Umno kali ini tetapi penganalisis berpendapat beliau perlu bertarung bagi memastikan kelangsungan survival politiknya. Penganalisis memberikan pelbagai faktor kelemahan beliau dan yang paling utama ialah pembabitan ahli keluarganya dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC). Antara sebab lain ialah corak pemilihan Umno kali ini yang mahukan wajah baru dan perubahan dalam parti itu dengan beberapa perubahan saat akhir dalam pertandingan pemimpin kanan. Di saat-saat akhir, Shahrizat terpaksa berdepan dengan pencabar yang merupakan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. Seorang lagi pencabar ialah Ketua Wanita Kulim Bandar Baru yang juga seorang peguam, Raihan Sulaiman Palestin. Raihan meminta ahli Wanita Umno tidak memandang rendah pencalonannya kali ini kerana beliau membawa suara akar umbi. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 23 Sep 2013 07:45 PM PDT Oleh Edry Faizal SUDAH lazim kita dengar pemerintah cuba menyumbat ke dalam benak rakyat bahawa demokrasi itu hanya pilihan raya. Cukuplah rakyat hanya membuang undi memilih wakil mereka melalui pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Selepas itu, rakyat boleh berbondong-bondong balik ke rumah masing-masing menyambung tidur menanti beberapa tahun lagi untuk 'menjalankan demokrasi'. Demokrasi buat rakyat akhirnya menjadi kenangan semalam, pada waktu yang sama sebuah penantian beberapa tahun lagi. Jarang sekali rakyat diingatkan bahawa demokrasi itu masih berjalan selepas pilihan raya melalui amalan akauntabiliti. Yang mana wakil yang dipilih rakyat harus bertanggung jawab dan menjawab kepada rakyat sepanjang penggal, bukan lima tahun sekali. Oleh itu perlunya ketelusan. Tanpa ketelusan, apa beza pemerintah dengan pekerja yang cuba menyembunyikan banyak kerosakan agar kelihatan hebat di depan majikan? Apabila "demokrasi lima tahun sekali" dibudayakan, rakyat menjadi terasing daripada sistem yang meletakkan kuasa di tangan mereka. Persetankan apa yang sedang berlaku di sekeliling, apabila dipalu gendang pilihan raya nanti barulah pasang telinga kembali pada isu politik semasa. Demokrasi merupakan sumber legitimasi pemerintahan daripada rakyat dan kesuburannya mesti terus dipupuk melalui akauntabiliti, ketelusan, tadbir urus yang baik serta pembabitan aktif rakyat. Bukan pesta setiap lima tahun sekali. Demokrasi subur tanpa pilihan? |
‘Walk against 20 sens’ march irks pro-BN bloggers Posted: 23 Sep 2013 07:44 PM PDT Pro-BN blogs have questioned the legality of the walk on Sept 28 to protest the recent fuel hike. KUCHING: Pro-Barisan Nasional blogs have questioned the legitimacy of the upcoming weekend protest – Walk Against 20 sen – against the recent hike in fuel prices.The one kilometre protest walk which is being mobilised via the internet is supported by several NGOs and teh opposition. One blog, Melayu Stampin (melayustampin.blogspot.com) accused the organisors and the participating NGOs of turning the protest walk into a political activiy. "Haiya! Stupid Never Finish! Be neutral! Don't get any opposition leader or DAP 'ukui' involved. Just be yourself!!!" posted the blog administrator recently referring to special assistant to Kuching MP Chong Chieng Jen, Abdul Aziz Isa as the 'ukui'. 'Ukui' in the Iban language means 'dog'. Aziz attended the press conference announcing the walk last week. The blog also questioned the authenticity of the event, and whether the organizers were purely NGOs or Pakatan Rakyat members. Another pro-BN blog, Wira Kenyalang (cetusankenyalang.blogspot.com) meanwhile accused the walk's organizers, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak of threatening the safety of road users during the event. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 23 Sep 2013 06:04 PM PDT Berita Semasa fikirkan kenyataan dan cadangan seperti ini telah pun terhenti dan yang terakhir selepas keluarnya formula pengiraan Ahmad Maslan yang menjadi bualan ramai rakyat Malaysia (SEPERTI DI SINI). Rupa-rupanya sangkaan Berita Semasa meleset. Ini kerana Datuk Sr Subramaniam yang juga mewakili kementeriannya dan kapasiti beliau sebagai Menteri Kesihatan berminat untuk menggunakan formula bagi menangani penyakit diabetes yang dikatakan sedang melonjak tinggi bilangan pesakitnya. Caranya? Mudah sahaja….
Atas nama mahu menaikkan harga gula, alasan penyakit diabetes digunapakai sekali lagi. Persoalan berapa pula kenaikan harga gula kali ini? Jikalau dinaikkan harga gula sekitar 20 sen contohnya, berdasarkan pengalamatan menteri Kesihatan, apabila harga gula naik bilangan penghidap diabetes dapat dikurangkan. Itu baru harga gula naik sekitar 20 sen. Jikalau harga gula dinaikkan sebanyak RM2.00 sekaligus. Berapa banyak penghidap diabetes yang dapat Malaysia selamatkan? Begitukah? Read More / Baca Lagi >> |
SEORANG LAGI "ULAMA" MUDA UMNO SAMAKAN RAKYAT DENGAN BABI! Posted: 23 Sep 2013 06:00 PM PDT Sebab terlalu sangat nak membodek dan mempertahankan tindakan kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak yang naikan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter awal bulan ini atas alasan rasionalisasikan subsidi, ada seorang bleagi "ulama" muda UMNO sanggup dan tergamak menyamakan rakyat dengan babi. Apakah perlu menggunakan bahasa kesat semata-mata mau ambil hati sang penguasa? Apa punya akhlak "ulama" muda UMNO ini. Kebiadapan "ulama" muda ini turut ditegur oleh mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan menulis di laman sosial FBnya.... " kita tidak setuju dengan kenyataan ulama muda umno ini..bahasa yang lebih baik hendaklah dipilih..tidak wajar samakan rakyat demikian rupa.." |
PAU 2013: Wanita Umno bukan 'harimau kertas' - Kak Ijat Posted: 23 Sep 2013 05:10 PM PDT KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahan kerusi Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan, hari ini menepis cubaan pihak yang cuba memperlekeh keupayaan dan prestasi sayap itu. Beliau berkata prestasi Wanita Umno memang tidak boleh dinafikan, malah ia juga menjadi tunjang kekuatan dan kemenangan Umno serta Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Wanita Umno hari ini lebih bersatu dan mantap, justeru menjadikan pergerakan itu idaman ramai, katanya. "Kita bukan paper tiger. Gitu-Gitu bagi syarahan, bagi retorik. Kita memang turun padang. Saya nak cabar siapa boleh pertikaikan itu. Kami ini pergerakan di peringkat akar umbi," katanya kepada wartawan di pejabatnya di Menara Dato Onn di sini. Shahrizat diminta mengulas kenyataan pencabarnya, Datuk Maznah Mazlan bahawa keputusan beliau bertanding jawatan Ketua Wanita adalah kerana mahu memperkuatkan sayap itu supaya dihormati dan tidak diperlekeh oleh sesiapa.'' "Nak memperlekehkan apa. Orang yang mempertikaikan itu pun tak pernah turun program Wanita," katanya. Shahrizat berkata beliau mengambil alih sayap itu daripada Tan Sri Rafidah Aziz pada tahun 2009 ketika suasana politik negara tegang. "Saya bukan ketua di zaman senang-lenang. Saya ambil alih di zaman kita hadapi tsunami politik," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
PAU 2013: Kes pukul hanya lakonan yang ada laporan Polis...hebat UMNO ni...!!! Posted: 23 Sep 2013 04:55 PM PDT KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan yang berlaku pada proses pencalonan Umno Sabtu lalu hanya satu lakonan untuk menghangatkan keadaan, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, tindakan itu dilakukan dua individu tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama beliau dan Umno Bahagian Titiwangsa. "Itu hanya drama nak panaskan keadaan. Mereka berdua adalah kawan baik," katanya yang merujuk kepada individu yang memukul dan dipikul. Johari, yang ditemui di Parlimen, sekali lagi menafikan yang beliau terlibat dalam 'drama' tersebut. "Tiada ada apa-apa sebenarnya, jadi saya rasa tidak perlu untuk kita layan mereka," katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz, mendakwa beliau dihalang daripada menyerahkan borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa, yang kini disandang oleh Johari. |
Hakim Regim Zionis As Sisi haramkan Ikhwanul Muslimin Posted: 23 Sep 2013 04:48 PM PDT "Ikhwan menggunakan agama untuk menutup aktivitinya yang bercanggah dengan ajaran sebenar Islam dan melanggar undang-undang," kata mahkamah itu. Mahkamah juga mengharamkan semua institusi cawangan atau milik Ikhwan, lapor agensi berita MENA, berkemungkinan merujuk kepada sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan. Keputusan itu meningkatkan tekanan ke atas Ikhwan sejak tentera menggulingkan Morsi pada 3 Julai lalu. Bulan lalu, anggota keselamatan menyerbu dua khemah protes di Kaherah yang mencetuskan pertempuran menyebabkan beratus-ratus penyokong Ikhwan maut. Sumber kehakiman berkata, mahkamah memutuskan satu jawatankuasa kerajaan patut dibentuk bagi menguruskan aset Ikhwan yang dirampas.Read More / Baca Lagi >> |
Kantoi Lagi..!! Zahid Hamidi silap, Chin Peng tulis 10 surat untuk pulang ke Malaysia, kata peguam Posted: 23 Sep 2013 04:17 PM PDT Chin Peng menulis sekurang-kurangnya 10 surat kepada kerajaan bagi memohon kebenaran untuk kembali ke Malaysia selepas termeterai Perjanjian Perdamaian Hatyai 1989 antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Malaysia. Semua permohonannya ditolak. Peguam, Leong Cheok Keng, berkata Chin Peng menulis surat terakhir kepada setiausaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum mengambil tindakan mahkamah. "Dalam salah satu suratnya, dia merayu diberi kebenaran melawat keluarganya menggunakan pas lawatan sosial. Dia berjanji akan datang secara aman. Rayuan itu turut ditolak," katanya kepada The Malaysian Insider. Perkara itu diberitahu Chin Peng kepada Leong semasa berbincang mengenai permohonannya kepada mahkamah untuk diberi kebenaran memasuki Malaysia. Leong adalah salah seorang peguam yang mewakili Chin Peng. Pengakuan Leong bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam bahawa Putrajaya sudah dua kali menawarkan Chin Peng untuk kembali tetapi pemimpin PKM itu menolaknya. Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Perak berkata, Chin Peng pernah memberitahunya bahawa wakil terawal berunding dengan kerajaan mengenai permohonannya itu ialah menerusi bantuan peguam di Teluk Intan, iaitu mendiang David Chai. Read More / Baca Lagi >> |
Pelajar takut PMR ditemui dalam tandas... Posted: 23 Sep 2013 04:10 PM PDT Petaling Jaya: Seorang pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu dibawa pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam tadi. Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.Sebelum ini, ibunya Rosziana Mohamed, 47, merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. ALYA (kanan) mengedarkan poster adiknya kepada orang ramai petang semalam sebelum Ayza pulang malam tadi. Beliau berkata, dua hari sebelum hilang, Ayza Nazira atau lebih mesra dengan panggilan adik itu yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada menemuinya menyatakan kebimbangan untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijadualkan 2 Oktober hingga 8 Oktober depan. |
Wujud unsur 'ugutan' dalam pemilihan semula CEC Posted: 23 Sep 2013 04:06 PM PDT Timbalan Setiausaha Publisitinya, Zairil Khir Johari mendakwa kenyataan berbaur ugutan itu bukan sahaja dikeluarkan oleh pihak ROS bahkan ia kerap kali diulangi oleh pihak kerajaan sedangkan tuduhan mereka tidak berasaskan termasuklah isu pengundi hantu dan perwakilan tidak menerima notis. "Kita buat semula pemilihan CEC ini kerana tidak mahu parti kami dibatalkan dan risikonya agak tinggi. "...amaran itu diulangi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ROS, walaupun tuduhan mereka tidak berasas dan tidak pernah didapati bersalah, namun ia seolah-olah cuba mengugut parti kita," katanya kepada Sinar Harian Online, di luar Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP menjalankan semula pemilihan CEC pada hujung bulan ini setelah ROS tidak mengiktiraf penyandang jawatan DAP yang dibentuk pada pemilihan parti 15 Disember 2012. |
RCI Sabah: Taktik Mahathir terhadap Anwar berjaya Posted: 23 Sep 2013 04:04 PM PDT Taktik yang ditanam Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memberikan keterangan di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram di Sabah minggu lalu ternyata berjaya. Dalam keterangannya di RCI minggu lalu, Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai Projek IC. Selepas itu, Mahathir terus melontar bola panas itu kepada musuh ketatnya Anwar, dan mempersoalkan sekiranya Anwar tahu kewujudan Projek IC, mengapa Anwar tidak menghalangnya ketika beliau menjadi timbalan beliau. Taktik Mahathir dilihat berjaya apabila Anwar juga mengelakkan diri daripada menyebut Projek IC ketika giliran beliau tiba untuk memberikan keterangan di RCI. Sedangkan, harapan menggunung tinggi agar beliau membuat pendedahan mengenainya. Anwar hanya berkata beliau tahu akan kewujudan satu pasukan kerja khas dibentuk oleh Majlis Keselamatan Negara yang menimbulkan permasalahan kad pengenalan bukan sahaja di Sabah, malah di negeri-negeri yang lain. Beliau juga cuba menjauhkan diri daripada masalah kebanjiran warga asing yang menjadi penduduk tempatan di Sabah dengan menyatakan bahawa beliau tidak diberi taklimat mengenai tugas pasukan kerja khas tersebut yang dikatakannya di bawah kuasa Mahathir. Malah kata Anwar lagi, isu keselamatan negara dirahsiakan Mahathir daripada pengetahuan beliau. Keterangan Anwar jelas menunjukkan kewujudan pasukan kerja khas ini, kerana didakwanya pasukan itu masih berfungsi ke hari ini. Jika begitu, tak akan Anwar tidak tahu fungsinya? Jika betul tak tahu fungsinya, selaku timbalan perdana menteri dan kebijaksanaan politik Anwar, beliau sudah tentu dapat mengorek maklumat mengenai fungsi pasukan kerja khas ini daripada sahabat-sahabatnya. Read More / Baca Lagi >> |
Pelatih PLKN mati dalam bilik mandi Posted: 23 Sep 2013 04:02 PM PDT ROMPIN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati di bilik mandi Kem PLKN Pinggiran Pelangi di sini tengah malam semalam. Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut. Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan. |
Muslim Brotherhood being forced underground Posted: 23 Sep 2013 03:54 PM PDT |
Egyptian court bans Muslim Brotherhood, seizes funds Posted: 23 Sep 2013 03:38 PM PDT |
Muslim Brotherhood activities banned in Egypt Posted: 23 Sep 2013 03:37 PM PDT |
Egypt court bans all Brotherhood activities Posted: 23 Sep 2013 03:36 PM PDT |
Posted: 23 Sep 2013 03:35 PM PDT |
Brotherhood Banned: Will Egypt slide into greater chaos after court ruling? Posted: 23 Sep 2013 08:50 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan