RAKYAT MARHAEN |
- Tribunal Rakyat: 'Hanya 3 jam untuk penduduk Baram mengundi'
- Hanya di Malaysia wartawan kena kejar warga asing
- Bekas tentera: Chin Peng pejuang kemerdekaan
- Utusan Malaysia tarik balik rencana fitnah Husam pada 2009
- Jumlah lelaki melebihi wanita di Malaysia
- Ulamak bukan jenama eksklusif, penjelasan ilmiah
- Kereta: Pengguna miskin memilih harga atau jenama?
- Kerajaan tidak mungkiri perjanjian, Chin Peng yang berhutang maaf, kata Utusan
- Chin Peng: Kita terlepas peluang membuat perkara betul
- Ambiga bidas Ku Nan, dana Bersih daripada rakyat
- The woman behind the bestseller on Pak Lah
- Beli apartmen mewah London dengan duit Felda
- PKR UPS THE ANTE ON SEAI KIE: Before slamming Azizah, where were you on Soi Lek's SEX DVD!
- CHIN PENG's FINAL MESSAGE: May the flames of social justice and humanity never die
- Penjajahan Brooke: Abu mayat Anthony Walter dikebumi di S’wak
- Syria submits chemical arms data to watchdog
- Dramatic video: Kenya mall massacre forces mass evacuation
- Assad forces kill 15 in Sunni village - activists
- Bongkar kisah 20 sen - Rafizi Ramli
- Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas syarat kerjasama dengan Umno jika dipelawa....!!
- Isu Chin Peng: Najib, UMNO, Perkasa & KPN Tidak Tahu Undang-undang
- 'Chin Peng tak sama Dr Azhari, Nordin Mat Top' Kata Timb Menteri JPM
- 'Najib silap, Chin Peng pernah memohon untuk pulang'
- Sejarah Yang Digelapkan: Apa kata Rashid Maidin Tentang Rundingan Baling
- LAGU UNTUK MINYAK NAIK 20 SEN..!!!
Tribunal Rakyat: 'Hanya 3 jam untuk penduduk Baram mengundi' Posted: 21 Sep 2013 09:26 PM PDT Beberapa penduduk kampung di pedalaman Baram, Sarawak dinafikan hak mengundi apabila pusat pengundian hanya dibuka selama tiga jam, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini. Memberi keterangan kepada tribunal berkaitan pilihan raya umum lalu di Subang Jaya, calon PKR di parlimen Baram yang tewas Roland Engan berkata, sekurang-kurangnya dua buah sebuah pusat pengundian dibuka antara jam 8 hingga 11 pagi. "Tiada notis diberikan (berhubung penutupan awal)," dakwanya. Roland berkata, jumlah keluar mengundi dijangkakan sepatutnya tinggi ekoran isu pembinaan empangan Baram menjadi isu penting untuk kawasan itu. Beliau juga mendakwa sebuah pusat pengundian ditutup awal oleh pegawai di tempat itu yang berkahwin dengan seorang sepupu calon BN. "Saya tahu kerana dia dari kampung saya," kata Roland. |
Hanya di Malaysia wartawan kena kejar warga asing Posted: 21 Sep 2013 09:15 PM PDT Pejabat operasi Sinar Harian di Shah Alam, dihujani panggilan telefon daripada pembaca yang rata-ratanya memuji usaha meninjau kawasan terbabit. Semalam, sekali lagi wartawan dan jurufoto Sinar Harian melakukan tinjauan di Jalan Silang, sebaik menerima maklumat terdapat aktiviti perjudian di kalangan warga asing di salah sebuah kedai makan di situ. Bagi mendapatkan kesahihan itu, kami menyelinap masuk ke dalam kedai makan dimaksudkan oleh orang yang memberi maklumat. Selepas hampir satu jam menunggu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berusia antara awal 30-an dan 40-an muncul dan duduk di meja berhampiran. Kumpulan itu dilihat bersembang selama beberapa minit sebelum salah seorang daripada mereka menyusun buah dam. Gerak-geri mereka diperhatikan oleh wartawan Sinar Harian. Ternyata sangkaan mereka mahu bermain dam meleset apabila salah seorang daripada warga Bangladesh yang agak tua mula mengeluarkan wang secara sembunyi-sembunyi dari bawah meja. Jurufoto Sinar Harian cuba merakamkan gerak-geri kumpulan warga Bangladesh itu, namun tidak berjaya kerana mereka bijak menyembunyikan wang terbabit, namun selepas beberapa ketika, kehadiran kami mula disedari mereka. Ketika itu wartawan, Ahmad Ismadi Ismail dan jurufoto, Zulfadhli Ahmad Zaki berhadapan detik cemas apabila kumpulan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh itu bangun dari kerusi dan berkata sesuatu dalam bahasa mereka, sebelum bertindak mengejar kedua-dua mereka. |
Bekas tentera: Chin Peng pejuang kemerdekaan Posted: 21 Sep 2013 09:06 PM PDT Bekas pegawai tentera udara, yang hilang seorang kawan dalam tragedi Gubir 1967 selepas komunis menembak jatuh helikopter Nuri di Perak, berkata Chin Peng patut diperakui mempunyai peranan dalam gerakan kemerdekaan. "Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang. "Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya. Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng. "Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia. "Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya. Read More / Baca Lagi >> |
Utusan Malaysia tarik balik rencana fitnah Husam pada 2009 Posted: 21 Sep 2013 09:03 PM PDT Akhbar milik Umno Utusan Malaysia melalui edisi Mingguan Malaysia hari ini menarik balik laporan yang memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang disiarkannya menjelang muktamar parti Islam itu pada tahun 2009. Penarikan balik itu dibuat melalui penyataan yang disiarkan pada muka surat 9 Mingguan Malaysia hari ini. Dalam penarikan balik ini, Utusan menyatakan: Tindakan ini merupakan pelaksanaan kepada keputusan yang dicapai dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu. Melalui penyataan bersama dalam Mahkamah itu, Utusan bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya hari ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam. Menjelang muktamar PAS 2009, iaitu pada 31 Mei 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk Menilai Hujah Husam ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam. Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan: "Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu. "Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS." Read More / Baca Lagi >> |
Jumlah lelaki melebihi wanita di Malaysia Posted: 21 Sep 2013 08:59 PM PDT SHAH ALAM: Fakta ini mungkin mengakibatkan sebahagian lelaki termenung panjang. Statistik terbaru menunjukkan bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini dengan nisbah 106 berbanding 100 (106:100), dedah Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj. Read More / Baca Lagi >>Malah menurut beliau, bilangan wanita hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dr Harlina membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia' pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama' Malaysia, dekat sini, petang semalam. Beliau menambah, purata jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun. Menyentuh tentang isu kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin di atas beberapa sebab. Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan komitmen kepada keluarga. Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan), selesa hidup membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus bagi lelaki dan wanita). |
Ulamak bukan jenama eksklusif, penjelasan ilmiah Posted: 21 Sep 2013 08:31 PM PDT Dengan tajuk Ulamak Bukan Jenama Eksklusif, Setiausaha DUPP telah berjaya memaparkan 20 perkara yang berkaitan dengan ulamak dan kepimpinan. Ia merupakan penjelasan ilmiah secara beradab tentang kritikan keputusan Multaqa Ulamak yang baru berakhir. Sesuai dengan PAS di era kepimpinan ulamak, maka amat wajar ulamak ke depan membuat penampilan tanpa rasa takut dan tanpa dipengaruhi kepentingan politik semata-mata. Para ilmuan Islam dalam jamaah PAS selama ini seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dalam parti. Maka mereka bersuara demi menegakkan kebenaran Islam sesuai dengan PAS sebagai Parti Islam Se-Malaysia. Buat kata Mustafa Masyhur, di antara penyelewengan dalam jamaah Islam ialah mementingkan kaedah politik lebih dari syariat. Tok Guru Nik Aziz pada suatu ketika dahulu pernah berkata bahawa PAS hidup dengan majlis ilmu. Maka dalam apa jua hal, PAS mesti berpandukan ilmu Islam dalam menjalani liku-liku perjuangannya untuk mendapatkan keredhaan Allah lebih dari keredhaan manusia mengikut akal fikir politik. Jangan ada hendaknya pengikut juga pemimpin yang berjuang berpandukan kepentingan politik semata-mata. Dan takut kedudukan mereka hilang kerana mereka berjuang tetapi tidak pernah hadir dalam majlis ilmu. PAS mesti genuine sebagai parti yang memperjuangkan Islam. |
Kereta: Pengguna miskin memilih harga atau jenama? Posted: 21 Sep 2013 08:29 PM PDT Danial Razali Hampir sudah tidak kedengaran isu penurunan harga kereta setelah berlalunya hampir lima bulan pasca pilihan raya umum ke-13. Janji parti yang memenangi tampuk pemerintahan pada hari ini untuk menurunkan harga kereta pun telah berubah daripada "boleh" kepada "amat sukar" dan "perlukan sedikit masa" yang bermaksud tunggu pilihan raya ke-14 sajalah. Beberapa komentar dilontarkan berkenaan penurunan harga kereta. Ada yang mengatakan bahawa penurunan harga kereta akan menyebabkan pertambahan bilangan kereta diatas jalan raya. Ini menyebabkan jalan raya menjadi semakin sesak berbanding dengan kesesakan yang telah sedia ada dihadapi oleh pengguna hari ini. Ada juga yang memberi komentar bahawa permintaan kereta keluaran nasional berhadapan dengan risiko penurunan kesan daripada peralihan keinginan pengguna kepada permintaan kereta buatan asing. Inferior. Saya melontarkan persoalan-persoalan ini dari perspektif seorang pengguna biasa yang berpendapatan kecil dan mungkin mewakili sebahagian besar mereka yang berpendapatan sederhana. Oleh itu, idea-idea yang ada mungkin tidak akan difahami dan dihayati oleh negarawan yang berpendapatan besar atau pengulas-pengulas agama dan ekonomi bergaji besar yang kerajaan bersembunyi dibelakangnya. Perlu difahami, keperluan penurunan harga kereta bukan kerana pengguna berkehendak menggunakan kereta buatan asing – tanpa dinafikan mungkin ada sebilangan kecil begitu. Namun, tekanan kerana besarnya perbelanjaan berbanding pendapatan itulah alasan yang sangat utama kenapa pengguna sangat berkeinginan terhadap penurunan harga kereta. Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan tidak mungkiri perjanjian, Chin Peng yang berhutang maaf, kata Utusan Posted: 21 Sep 2013 08:26 PM PDT Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mengatakan kerajaan tidak pernah memungkiri Perjanjian Hatyai 1989 dengan Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi sebaliknya menegaskan pemimpin parti komunis itu, mendiang Chin Peng berhutang maaf kepada rakyat Malaysia. Kolumnis Awang Selamat dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini menegaskan Chin Peng adalah pengkhianat dan pengganas yang telah menderhaka kepada negara dan telah membunuh banyak anggota keselamatan negara. "Pada Awang, yang sepatutnya berhutang maaf adalah Chin Peng sendiri. Bukan itu sahaja, mendiang berhutang nyawa, berhutang darah, berhutang air mata dan berhutang maruah kepada negara," kata Awang Selamat yang dipetik dari Mingguan Malaysia hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Chin Peng: Kita terlepas peluang membuat perkara betul Posted: 21 Sep 2013 08:24 PM PDT Selepas pulang kerja semalam penulis sempat minum teh dengan seorang teman yang pernah bersekolah rendah dan menengah berpengetuakan kedua-dua adik kepada bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng. Beliau tidak faham mengapa kerajaan dan sesetengah pihak bersungguh-sungguh menghalang abu mayat anak kelahiran Sitiawan, Perak itu dibawa pulang ke Malaysia. Kesimpulan perbualan kami, semua ini merupakan tindakan politik semata-mata. Di Malaysia begitulah, politik mengatasi segala-galanya termasuk kepentingan negara. Umno berhadapan dengan pemilihan parti Oktober ini. Salah langkah, hilanglah jawatan parti yang akan membawa kepada kehilangan jawatan dalam kerajaan. Keghairahan pemimpin-pemimpin kita dalam berhadapan dengan pemilihan parti mereka sehingga menyebabkan kenyataan yang dikeluarkan tidak waras dan agak kurang bijak. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang. Nasib baiklah masih ada yang waras. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan kerajaan tidak mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang untuk menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat kepada pemimpin komunis itu. "Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk," katanya di Kuching, Sarawak semalam. Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan. Apa yang dikatakan oleh Wan Junaidi itu benar. Bagaimana kerajaan mahu menghalang orang membawa masuk abu mayat ke negara ini? Read More / Baca Lagi >> |
Ambiga bidas Ku Nan, dana Bersih daripada rakyat Posted: 21 Sep 2013 08:08 PM PDT Rakyat Malaysia adalah penyumbang dana untuk Tribunal Rakyat yang dibentuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), bidas pengerusi bersama Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) terhadap kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam. Setiausaha Agung Umno tersebut semalam mempersoalkan tribunal yang dibentuk tersebut dengan mendakwanya bertujuan untuk menjahanamkan negara. Ambiga menegaskan orang ramai memberikan sokongan amat memberangsangkan kerana tribunal tersebut bertujuan mencari fakta untuk menegakkan kebenaran. "Kebenaran tidak akan menghancurkan negara. Apa yang menghancurkan negara adalah rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah," jawab Ambiga terhadap gesaan Tengku Adnan yang mahu Bersih mendedahkan sumber dana yang diperoleh mereka. Tribunal lima hari tersebut bermula pada Rabu lalu di Subang Jaya dan akan berakhir pada hari ini. Bersih sebelum ini telah menjemput Tengku Adnan dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk turut serta dalam sesi tersebut tetapi telah ditolak. Ambiga semalam sekali lagi mengulangi jemputan kepada Tengku Adnan untuk menjawab isu yang dibangkitkan dalam tribunal dan media. "Beliau berhak untuk membawa wakil peguam bersamanya. "Kami berminat khususnya dengan kenyataan awalnya terdapat kemungkinan warga Bangladesh telah mengundi di Putrajaya," kata beliau, Read More / Baca Lagi >> |
The woman behind the bestseller on Pak Lah Posted: 21 Sep 2013 08:07 PM PDT Her long light brown-reddish hair stood out in the crowd in a coffeeshop in Bangsar as she fiddled with her Blackberry, sipping a glass of lemonade. Wearing a printed green blouse and adorned with dangling pearl earrings, academic Bridget Welsh had a dark blue suitcase with her. "I am going to the airport, leaving for Singapore after this interview," she said, flashing a warm smile with a firm handshake. Welsh specialises in Southeast Asian politics and was the co-editor of the much-talked about book on former prime minister Tun Abdullah Badawi - Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, which is selling well in bookstores now. The other editor was James Chin. The book, a collection of 37 articles by contributors, was decried by some for having re-opened old wounds between Abdullah and his estranged predecessor, Tun Dr Mahathir Mohamad. Welsh is also a familiar face and name to Malaysians for her appearances on Al Jazeera and other news organisations where she is consulted as an expert on Malaysian politics as well as regional affairs. She has been interviewed by The New York Times and The Wall Street Journal, among others, and contributes frequently to MalaysiaKini. Based in Singapore as an associate professor in Singapore Management University, Welsh, who was born to an American father and an Irish mother, considers herself a "global citizen" as she has lived in different developing countries. Read More / Baca Lagi >> |
Beli apartmen mewah London dengan duit Felda Posted: 21 Sep 2013 08:06 PM PDT LEBIH kerap dari tidak, kematian dalam Umno tidak membawa makna kepada sesetengah orang. Ambil sahaja Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Setelah dikenakan tindakan disiplin kerana 'politik wang', istilah suam kuku Umno bagi amalan merasuah perwakilan di perhimpunan agung bagi memilih jawatankuasa tertinggi parti, Isa kembali mencuri perhatian media. Selanjutnya, apa juga kesalahan dalam Umno tidak kira sebesar mana sekalipun, tidak akan memadamkan peluang seseorang untuk kembali hidup dan mencapai kedudukan dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan. Justeru kenyataan klasik bekas Presidennya, 'Melayu mudah lupa' cukup relevan untuk ahli serta pemimpin Umno. Hal seperti ini mengingatkan kita kepada kenyataan seorang penulis politik veteran ketika menyindir orang Umno dalam buku-buku tulisan beliau betapa orang Melayu (dibaca orang Umno) mempunyai ingatan singkat atau 'short memory'. Tahun 2009 membuktikan hal ini apabila Isa yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) dipanggil untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Walaupun pencalonan beliau mendapat kritikan dari sesetengah pemimpin Umno sendiri, Najib mempunyai sebab tersendiri yang hanya diketahui oleh dirinya dalam memilih Isa sebagai calon walaupun tindakan penggantungan bagi seseorang yang telah menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (April 1982 hingga Mac 2004) mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan sekaligus tidak lagi layak untuk diletakkan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan awam. Kemenangan Isa di Bagan Pinang menyuntikkan nyawa baru dalam hayat politik beliau. Walaupun Najib berhati-hati tidak meletakkan Isa kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, namun Perdana Menteri memeranjatkan semua apabila melantik Isa selaku Pengerusi Felda. |
PKR UPS THE ANTE ON SEAI KIE: Before slamming Azizah, where were you on Soi Lek's SEX DVD! Posted: 21 Sep 2013 08:01 PM PDT Parti Keadilan Rakyat is a democratic party where leaders are elected based on a direct one-for-one vote, also the first political party in Malaysia to empower such voting rights to its members. Any member of the party may also contest for the president's seat if he or she wishes so. Perhaps Heah is unaware of the meaning 'sexist', contextually or otherwise as the word itself bears no relation to whether or not Wan Azizah decides to contest in the next party elections. How sexist is sexist, how disgusting is disgusting - let the people judge How much 'disgust' she feels is also irrelevant especially as the whole country witnessed not too long ago the extra-marital affair with the release of a video tape sex-scandal of the MCA Chairman, Chua Soi Lek with a younger woman half his age. Does Heah feel a sense of accomplishment and esteem over her party Chairman's actions? How much equality does she think that is? And how much respect does that amount to towards a woman? Heah should also be reminded that Prime Minister Najib Razak became the first man to helm the Women Ministry in the history of Malaysian politics and might perhaps be the world's first man to hold that position too. Does Heah feel dignified, proud, approve and support such a decision made by the Prime Minister to rob women from a position meant for women? This is still the biggest insult made towards women in the 21st century in terms of women's rights and equality. When Heah was still the Deputy Minister in the Women Ministry prior to November 2012, she had failed to uphold the women's rights nor did she protest against the various sexist remarks made by the BN backbenchers in parliament. How could Heah, in her capacity as a Deputy Women Minister accept with dignity derogatory terms such as 'bocor' and other insinuating or snide remarks made by her colleagues and still say nothing to defend the rights of the women? Reflect on the misdeeds in your own backyard first |
CHIN PENG's FINAL MESSAGE: May the flames of social justice and humanity never die Posted: 21 Sep 2013 07:59 PM PDT My dear comrades, my dear compatriots, When you read this letter, I am no more in this world. It was my original intention to pass away quietly and let my relatives handle the funeral matters in private. However, the repercussions of erroneous media reports of me in critical condition during October 2011, had persuaded me that leaving behind such a letter is desirable. Ever since I joined the Communist Party of Malaya and eventually became its secretary-general, I have given both my spiritual and physical self in the service of the cause that my party represented, that is, to fight for a fairer and better society based on socialist ideals. Now with my passing away, it is time that my body be returned to my family. I draw immense comfort in the fact that my two children are willing to take care of me, a father who could not give them family love, warmth and protection ever since their birth. I could only return my love to them after I had relinquished my political and public duties, ironically only at a time when I have no more life left to give to them as a father. It was regrettable that I had to be introduced to them well advanced in their adulthood as a stranger. I have no right to ask them to understand, nor to forgive. They have no choice but to face this harsh reality. Like families of many martyrs and comrades, they too have to endure hardship and suffering not out of their own doing, but out of a consequence of our decision to challenge the cruel forces in the society which we sought to change. |
Penjajahan Brooke: Abu mayat Anthony Walter dikebumi di S’wak Posted: 21 Sep 2013 07:41 PM PDT Sementara abu mayat Chin Peng ditolak sebagai menghormati perasaan perajurit dan keluarga mangsa yang terkorban ketika menentang komunis. Isteri mendiang, Gita Brooke berkata, sebelum suaminya meninggal, mendiang meninggalkan wasiat minta abu mayatnya disemadikan bersama dengan keluarga Brooke lain di Sarawak. "Mendiang berharap agar abu mayatnya dapat disemadikan di sini … kerajaan Sarawak dengan bangga menunaikan harapan Anthony Walter membenarkan abunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Keluarga Brooke di sini. "Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri dan New Zealand yang memberi bantuan untuk menunaikan hasrat suaminya dikebumikan di Sarawak," katanya pada majlis upacara sembahyang khas di Katedral St Thomas di sini, semalam. Turut hadir pada upacara tersebut ialah cucu Rajah Muda Sarawak Terakhir, Jason Brooke. Sementara itu, kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga Brooke, sahabat, wakil dan perwakilan diplomatik hadir pada upacara sembahyang itu sebagai penghormatan terakhir bagi Dinasti Brooke yang memerintah negeri Sarawak. Mendiang yang meninggal dunia pada 2 Mac 2011 di Rumah Brooke, Wanganui, New Zealand pada usia 98 tahun, memerintah Sarawak pada 1939 hingga 1940 bagi memangku jawatan bapa saudaranya, Rajah Charles Vyner Brooke iaitu Rajah ketiga Sarawak. |
Syria submits chemical arms data to watchdog Posted: 21 Sep 2013 07:30 PM PDT |
Dramatic video: Kenya mall massacre forces mass evacuation Posted: 21 Sep 2013 07:27 PM PDT |
Assad forces kill 15 in Sunni village - activists Posted: 21 Sep 2013 07:24 PM PDT |
Bongkar kisah 20 sen - Rafizi Ramli Posted: 21 Sep 2013 07:21 PM PDT |
Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas syarat kerjasama dengan Umno jika dipelawa....!! Posted: 21 Sep 2013 04:26 PM PDT ALOR SETAR - Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. "Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini. Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. "Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Isu Chin Peng: Najib, UMNO, Perkasa & KPN Tidak Tahu Undang-undang Posted: 21 Sep 2013 04:09 PM PDT Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan. "Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini. "Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka," tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak. Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara. "Tiada apa yang kerajaan boleh buat tentangnya," kata Junaidi yang juga merupakan seorang peguam. Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada ulangtahun sambutan Hari Malaysia ke 50, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89. Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak. Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) pada usia 23 tahun dan menjadi "musuh nombor satu" British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abu mayat Chin Peng dibawa masuk. Read More / Baca Lagi >> |
'Chin Peng tak sama Dr Azhari, Nordin Mat Top' Kata Timb Menteri JPM Posted: 21 Sep 2013 03:33 PM PDT MUAR - Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia. Beliau berkata, Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian. "Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai. Malah katanya, semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia. "Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya. - Bernama |
'Najib silap, Chin Peng pernah memohon untuk pulang' Posted: 21 Sep 2013 03:26 PM PDT Bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas rakan Chin Peng dan ahli keluarganya menegaskan bahawa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah memohon untuk pulang selepas Perjanjian Damai Hatyai pada 1989. "Peguam memohon tiga dokumen daripada Kementerian Dalam Negeri apabila Chin Peng pertamakali memfailkan kes (untuk pulang) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. "Yang pertama ialah senarai yang disediakan oleh PKM mengenai mereka yang telah memohon untuk pulang (ke Malaysia), senarai kedua ialah mereka yang ditolak oleh kerajaan dan ketiga, senarai yang diluluskan . "Nama Chin Peng ada dalam dokumen pertama, membuktikan dia telah memohon," kata rakannya itu, Nan Jin kepada media di Bangkok hari ini. Anak saudara Chin Peng , Lee Chung, berkata sebuah berita pada tahun 1991 juga memetik ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Haniff Omar sebagai berkata bahawa bapa saudaranya itu telah memohon pada akhir tempoh satu tahun yang ditetapkan untuk berbuat demikian. Lee juga menegaskan bahawa ketua Cawangan Khas, Zulkifli Abdul Rahman dipetik pada tahun yang sama sebagai mendakwa bahawa permohonan Chin Peng sedang diproses. "Jadi apa yang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kata, adalah tidak benar kerana secara logiknya, kenyataan-kenyataan pada 1991 itu menunjukkan permohonan telah dibuat," katanya. Najib berkata abu Chin Peng - atau nama sebenarnya Ong Boon Hua - tidak akan dibenarkan dibawa balik ke Malaysia kerana dia tidak memohon dalam tempoh satu tahun selepas Perjanjian Damai itu dan keluarganya boleh menyaman kerajaan jika tidak bersetuju. Read More / Baca Lagi >> |
Sejarah Yang Digelapkan: Apa kata Rashid Maidin Tentang Rundingan Baling Posted: 21 Sep 2013 03:24 PM PDT Tulisan ini tidak bertujuan menilai perjuangan Rashid Maidin seorang tokoh Parti Komunis Malaysia(PKM) yang cukup terkenal itu. Beliau turut terlibat dalam rundingan di Baling yang cukup terkenal dalam sejarah negara kita, Malaysia. Tulisan ini hanya sekadar melukiskan secara ringkas pandangan Allahyarham Rashid Maidin tentang Rundingan Baling. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British dan fasis Jepun. Rundingan Baling tahun 1955 yang kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman,Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumaat. Menurut Rashid Maidin, perundingan itu pada dasarnya mahu mencari perdamaian. Tetapi telah bertukar wajah. Sikap perwakilan Tanah Melayu sangat keras terhadap PKM. Pihak PKM telah diberi kata dua, menyerah diri atau dihapuskan. Keadaan menjadi tegang. Pihak PKM tentu tidak dapat menerima kata dua tersebut. Menurut Rashid Maidin, pihak PKM mahu menamatkan perang, tetapi dengan cara yang adil dan munasabah.PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana mereka bukan pengganas tetapi pejuang kemerdekaan. Rashid berkata,"yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi penjajah British." |
LAGU UNTUK MINYAK NAIK 20 SEN..!!! Posted: 21 Sep 2013 08:14 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan