RAKYAT MARHAEN |
- Persaingan dalam PAS
- Saya dan Samad Said, sama tetapi berbeza waktu
- Pak Samad – always the people’s artist
- 16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah
- 100 hari: Mukhriz tunjuk 'kuku' ayah
- 10 Soalan Untuk Pemimpin Umno
- Berapa nilai Melayu dalam DAP?
- Salah siapa Lembah Klang ‘port’ warga asing..!!
- Khazanah perlu bertanggungjawab dalam kemelut MAS-AirAsia, KLIA2, kata Pengerusi PAC
- 'Larang abu Chin Peng, jadikan kita bahan ketawa' - Rahim Noor
- From endless possibilities to endless headache
- SERIOUSLY, WHO TO BLAME for GE13 loss?
- 20 Sept: Ia Datang Dan Pergi...Sejarah Perjuangan Rakyat
- Ust Abdul Halim Abdul Rahman | Kuliah Jumaat 20 Sept 2013
- Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | Kuliah Jumaat 20 Sept 2013
- Discussion about what drives protests in Egypt
- Naser Shadid with latest news from Syria
- CrossTalk: Playing Syrian Poker
- Syrian rebels fight Assad forces in key Idlib town
- Bijak Ekonomi: Pendapatan Negara Naik 2013 (RM209 Bilion) VS Kerajaan BN Belanja (RM250 Bilion)!!
- UMNO, MIC, MCA, PAS, DAP
- PKR lancar pusat latihan REFORMASI
- Mantan KPN kesal Chin Peng tidak dibenar pulang....
- Keilmuan dan kefaqihan Islam merit pemimpin utama gerakan Islam
- AES: Siapa tanggung kosnya sekarang?
Posted: 20 Sep 2013 06:57 PM PDT Oleh Dr Mujahid Yusof Tulisan Atiullah Othman bertajuk Pecah dan perintah Mujahid didedikasikan untuk menjawab tulisan saya sebelumnya yang tersiar dalam drmujahid.com dan dalam The Malaysian Insider bertajuk Ulama dan bukan ulama lagi? Saya ucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menitipkan penanya untuk memberi komen terhadap penulisan saya. Apabila saya melihat tulisan Atiullah Othman dalam The Malaysian Insider, saya merasakan perlu dimuat turunkan dalam blog saya supaya pembaca dapat membuat penilaian terhadap komentarnya kepada tulisan asal saya. Idea penulisan Dalam penulisan beliau kita dapat membaca corak pemikiran yang menguasai penulis. Saya mengharapkan ada sesuatu yang menyentuh intipati rencana saya untuk dikomen tetapi malangnya apa yang saya dapati ialah tulisan yang hanya bertujuan menyatakan bahawa saya anti-ulamak bahkan mempunyai game-plan atau caturan untuk 'menamatkan' kepimpinan ulamak. Saya juga tidak mengerti apa tujuannya menegaskan frasa 'yang diasaskan oleh ayahnya sendiri iaitu Ustaz Yusof Rawa'. Dari awal hingga akhir penulisannya, saya cuba mencari idea pemikirannya dalam menulis tetapi tidak saya temui melainkan ianya mirip gaya penulisan picisan oleh seorang ahli politik yang baru belajar bertatih. Jikalaupun ada pun idea yang cuba hendak disampaikan, ia adalah tentang idea konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak. Lebih mengejutkan saya ialah apabila saya sampai di hujung penulisannya, terpapar pengenalan diri penulis iaitu 'Penulis ialah pensyarah di sebuah universiti tempatan dan banyak menulis mengenai PAS termasuk mengenai Islam Liberal dalam PAS' . Tanpa pengenalan ini saya akan mengandaikan Atiullah adalah seorang ahli politik kerana jikalau dia adalah seorang ahli akademik penulisannya adalah lebih konstruktif dan pemikirannya lebih tersusun. Saya tidak tahu apakah Atiullah ahli akademik yang mahu jadi ahli politik atau dia ahli politik yang mahu dikenali sebagai ahli akademik, yang pasti penulis tidak amanah kepada komennya sendiri kerana dia bersikap selektif memilih ayat saya tanpa konteks menyeluruh kepada pemikiran yang saya cuba bawa dalam rencana saya. Isunya adalah merit Merit adalah perkataan yang tepat untuk semua kelompok yang bersaing dalam menempatkan diri masing-masing di hirarki parti. Merit diperlukan pada waktu persaingan berlaku bukan sahaja dalam parti tetapi dalam kehidupan biasa pun merit menjadi kayu pengukur kepada kelayakan yang dicari. Tidak ada apa yang taboo apabila kita menyatakan merit adalah keutamaan dalam menentukan kelayakan. Merit adalah sesuatu yang baik kerana ia menggambarkan kelayakan semua pihak yang bersaing , cumanya posisi yang dicari terhad dan kerana itu ia memerlukan satu lagi tahap kelayakan iaitu berpandukan merit. Kelayakan mungkin terlalu umum untuk diungkapkan, tetapi merit adalah lebih khusus apabila persaingan itu sengit dan ramai yang layak sedangkan tempatnya terhad. Layak dan merit Read More / Baca Lagi >> |
Saya dan Samad Said, sama tetapi berbeza waktu Posted: 20 Sep 2013 06:55 PM PDT Oleh Subky Latif Saya terharu mengikuti berita Sasterawan Negara, A Samad Said dikehendaki polis dan polis dapat dia. Kesnya ialah dia ada sama dalam himpunan mengibar bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka malam menyambut kemerdekaan. Dia dilepaskan selepas polis dapat bercakap dengannya. Justeru polis mengambilnya kerana satu cara unjuk rasa, saya menunggu apakah dia akan didakwa atau tidak. Ada yang menunjuk rasa yang didakwa dan ada yang tidak. Belum diketahui tentang Samad. Yang mengharu saya atas rakan saya itu, lazimnya yang acap menunjuk rasa ialah anak muda dan bujang. Tetapi dia adalah penunjuk rasa yang acap semasa usia warga emasnya yang lanjut. Semasa lebih 70-an dia turun ke jalan raya dan naik pentas membantah kezaliman. Saya tiada maklumat tentang kegiatan itu semasa bujang dan mudanya. Semasa saya ikut juga unjuk rasa semasa pra usia warga emas saya, Samad tidak nampak. Sesudah saya tidak turun, baru dia turun. Samad adalah rakan dekat yang lama. Dia tidak memanggil emak saya Mak Cik tetapi Mak. Itulah gambaran dekatnya semasa saya bujang dan jiran sebelah rumah. Kami ada banyak persamaan tetapi tidak semasa. Kami sama-sama wartawan yang pernah bekerja di Utusan Melayu. Masa saya di situ dia sudah berkhidmat di tempat lain. Dia pernah rapat dengan Ahmad Boestamam semasa mudanya dan Boestamam pula dalam usia pertengahan. Saya rapat dengan Boestamam ketika dia menjangkau usia warga emas. Read More / Baca Lagi >> |
Pak Samad – always the people’s artist Posted: 20 Sep 2013 06:54 PM PDT A democratic society seeks to unleash the creativity of all its citizens and to celebrate the extraordinary achievements of its most gifted and dedicated, not otherwise. I refer to the utterly insightful and undeniably powerful essay of Jeswan Kaur, 'Pak Samad isn't the problem here', published in FMT on Sept 8. I beg the indulgence of the reader and may I be allowed to add a few words of concurrence and to explicate my own take on the whole matter. According to the National Cultural Policy of the Australian government, the role of the artist is as follows: "A democratic society seeks to unleash the creativity of all its citizens and to celebrate the extraordinary achievements of its most gifted and dedicated. The value of creativity is something that is increasingly recognised and valued. Creativity is an essential attribute in an increasing number of occupations. "The most gifted artists, however, take the ability to imagine, adapt, empathise and collaborate to another level through training, practice, discipline and courage. The extraordinary achievements that come when the most gifted individuals combine capacity and skill is something we recognise." From this description, we can deduce that artists are creative people and that their creativity is necessary for the development of one's society. Further said, creativity is something that must be recognized and valued by the said society that produced the artist. The description extends to define the characteristics of an artist; namely: 1. The ability to imagine; 2. The ability to adapt; 3. The ability to empathise; 4. The ability to collaborate to another level through, training, practice, discipline and courage. What is an artist then? According to Wikipedia, an artist is a person engaged in one or more of any of a broad spectrum of activities related to creating art, practicing the arts, and/or demonstrating an art. While, Wiktionary defines the noun 'artist' (singular: artist; plural: artists) as follows: 1. a person who creates art 2. a person who creates art as an occupation 3. a person who is skilled at some activity The Oxford English dictionary defines the older broad meanings of the term "artist" as a learned person or Master of Arts; one who pursues a practical science, traditional medicine, astrology, Read More / Baca Lagi >> |
16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah Posted: 20 Sep 2013 06:52 PM PDT Oleh Azamin Amin Sudah lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato' Mukhriz Mahathir menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita kelainan corak pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya rakyat bijak menilai. Kontroversi dan sensasi, mula tercetus sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu. Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri, pendedahan mula membuka mata semua. Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini: 1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi. 2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London. 3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi. Read More / Baca Lagi >> |
100 hari: Mukhriz tunjuk 'kuku' ayah Posted: 20 Sep 2013 06:49 PM PDT Oleh AZAMIN AMIN Hari pertama angkat sumpah Dato' Mukhriz Mahathir, konco-konco Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Ahmad Bashah sudah mula menampakkan rasa tidak senang. Ada yang berpiket dan mahu bos mereka, orang paling lama yang menjadi wakil rakyat, diangkat sebagai Menteri Besar Kedah. Bagi menutup mulut bising itu dan pergolakan yang makin membarah, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terus membawa Bashah ke Pusat sebagai Timbalan Menteri meskipun belum pun mengangkat sumpah sebagai Senator. Setelah disusun atur segala lawan dan kawan Mukhriz, Empayar Mahathir mula menunjukkan kuku. Tapi sebelum itu, dengan perwatakan yang sederhana, muda dan ditonjolkan sebagai dinamik cuba mengaburi rakyat Kedah. Mukhriz, serta-merta melawat bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Razak yang berada di Hospital. Ustaz Azizan, memikirkan masa depan anak-anak Kedah, sanggup meluahkan kepada Menteri Besar baru:"Tolong tengok-tengokkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba." Seperti mencurah air di daun keladi, Mukhriz sedikit pun tidak mengendahkan. Nasib Pusat Tahfiz itu, terhenti di tengah jalan manakala KUIN, masa depn sudah kelihatan kabur. Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya, sedikit pun tidak ambil peduli keperitan 268 kakitangan anak syarikat KUIN yang dilaporkan tidak menerima gaji sejak Umno mengambilalih Kedah 5 Mei lalu. Cuba mencuci tangan, Mukhriz mendakwa KUIN adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) apabila KUIN dijadikan badan berkanun oleh kerajaan negeri. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Sep 2013 06:47 PM PDT Oleh Nobisha Ada yang umumkan mereka tidak ada bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang. Ada yang umumkan akan bertanding Naib Presiden atau sebagai ahli Majlis Tertinggi. Begitu juga semakin ramai yang ghairah umumkan untuk bertanding jawatan-jawatan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri. Baguslah. Sesiapa saja yang ingin bersama menerajui agenda parti, bukan saja dalam UMNO tetapi juga parti-parti politik yang lain, harus digalakkan. Orang nak berbakti melalui wadah politik, kita sokong. Apabila berlaku pertandingan, maka ahli parti perlu membuat keputusan. Dalam soal yang besar ini, maka keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan siapa yang selalu keluar dalam media atau siapakah yang paling rapat dengan kita. Orang yang selalu keluar dalam media belum tentu merupakan pemimpin politik yang baik. Orang yang paling rapat dengan kita juga tidak semestinya orang yang paling sesuai untuk pegang jawatan dalam parti. Maka, keputusan harus dilandaskan kepada: Pertama, bakti - rekod sumbangan kepada parti. [Apakah yang telah anda sumbangkan selama ini? Boleh "quantify" sumbangan tersebut?] Read More / Baca Lagi >> |
Berapa nilai Melayu dalam DAP? Posted: 20 Sep 2013 06:46 PM PDT Oleh Izmil Amri Ismail Ya, berapa nilai Melayu dalam DAP? Lebih spesifik, berapa nilai politisi Melayu dalam DAP? Sekupang, dua kupang, atau lima kupang? Atau adakah lebih daripada itu? Siapa yang menentukan nilai; dan kalau pun nilai itu boleh ditentukan, bagaimana caranya? Untung sebenarnya DAP ditakdirkan untuk mengadakan pemilihan semula. Dengan kemenangan besar DAP sebagai sebahagian daripada koalisi Pakatan Rakyat pada PRU-13, 5 Mei lalu, pasti ramai personaliti yang ingin menyendeng dan bermesra dengan parti ini. Parti yang sebelum PRU-13 dilihat sebagai sebuah parti Cina dan tidak begitu mesra Melayu. Dengan kemenangan tiga wakil rakyat Melayu pada PRU agak susah untuk musuh politik DAP menggunakan hujah 'parti Cina'. Arakian maka semakin galaklah sekalian Melayu untuk kian mampir dan mengikut serta dalam perjuangan DAP. Ini adalah perkembangan yang amat sihat dan membanggakan. Jenuh sungguh parti itu berusaha bagi menarik minat Melayu menyertai parti serta menjenamakan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum. Penyertaan kian ramai orang Melayu ke dalam DAP kini sudah bukan lagi bahan berita. Sudah jadi perkara biasa. Namun asas pergelutan politik adalah perlumbaan untuk mendapatkan kuasa. Ini benda yang mesti kita faham dan mengerti. Maka realpolitik dalam nyata politik struktur adalah keadaan wujudnya pertembungan yang mendesak perlawanan dan penilaian; siapa yang lebih layak serta siapa korbannya lebih. Sekali lagi, ini asas mudah. Seperti mana anda juga tahu bahawa kalau mahu jadi calon pilihan raya; syaratnya mesti punya kelayakan dan punya kemampuan material sedikit sebanyak. Kalau tidak ada, harus cari. Kalau tidak mahu cari, jangan bertanding. Read More / Baca Lagi >> |
Salah siapa Lembah Klang ‘port’ warga asing..!! Posted: 20 Sep 2013 06:44 PM PDT Di beberapa kawasan di Lembah Klang , warga asing iaitu daripada Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Afrika dan lain – lain yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR). Laporan Sinar Harian Rabu lalu mendedahkan beberapa kawasan di Lembah Klang antaranya di Kampung Pandan Dalam, Ampang; Kampung Baru Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras; sekitar Selayang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di mana kelompok warga asing telah mendominasi kawasan tersebut. Laporan tinjauan Sinar Harian tersebut mendedahkan warga asing telah menjadikan kawasan tersebut sebagai perkampungan mini umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang- undang. |
Khazanah perlu bertanggungjawab dalam kemelut MAS-AirAsia, KLIA2, kata Pengerusi PAC Posted: 20 Sep 2013 06:36 PM PDT Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) akan melihat peranan Khazanah Nasional Bhd dalam masalah kelewatan dan peningkatan kos projek KLIA2 dan perjanjian perkongsian antara Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia yang mengakibatkan masing-masing didenda RM10 juta, kata pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Beliau berkata, PAC akan menyiasat peranan jururunding dan bank saudagar dalam rundingan ini meskipun MAS dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) adalah syarikat senarai awam tetapi pemegang saham terbesarnya adalah pengurus aset Khazanah. Read More / Baca Lagi >> |
'Larang abu Chin Peng, jadikan kita bahan ketawa' - Rahim Noor Posted: 20 Sep 2013 06:35 PM PDT Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini. "Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam. Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok-olokkan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989. Beliau yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang baru. |
From endless possibilities to endless headache Posted: 20 Sep 2013 06:34 PM PDT The government has deemed it fit to give us, the rakyat, a big headache by reducing subsidies, thereby causing the price of goods to go up. The first group of people suffering from an endless headache is undoubtedly the police force who have to work very hard to nab criminals in order to curb crime. What's more they now have the additional duty of preventing Chin Peng's ashes from being brought back to Malaysia. This means that the police will be kept extremely busy dealing not only with the living but with the dead as well. Another group of people having a big headache is DAP and the one causing DAP's headache is the MCA president, Dr Chua Soi Lek. In page 4 of a local English daily dated Sept 16, 2013 under the article bearing the title 'MCA: Do not sideline any ethnic group', Chua was reported as saying that "it would be politically more difficult for the Barisan Nasional to get support from the non-bumiputeras if government policies sidelined any particular group." He also said that "the matter would be exploited by the Opposition, particularly the DAP." All along, DAP has remained silent on this issue. If Chua is afraid to criticise the policy of the BN government, he should keep quiet. By roping in DAP, he can be termed as 'launching an attack using another man's strength' as outlined in many ancient Chinese military treatises. Not only is this a cowardly move by Chua, it is also unethical and unprofessional. His purpose of course is to prevent DAP from getting Malay support. The third group of people suffering an endless headache is none other than the low-income group. How will they cope with the ever-rising cost of living? Now that the price of RON95 petrol has gone up, they will have difficulty making ends meet as the price of food, fresh produce and transport will inevitably go up. Read More / Baca Lagi >> |
SERIOUSLY, WHO TO BLAME for GE13 loss? Posted: 20 Sep 2013 06:33 PM PDT The 13th General Election is over and the winners are basking in their ill-gotten glory whilst the losers went to the streets with their Black505 series of protests all around the country. And right now, BERSIH's People's Tribunal on the GE13 fraud is on-going, attended and led by a most distinguished lineup. Now, at the Black505 rallies, there were huge crowds who came to protest against the massive electoral fraud in the May 5 ballot. The 51% of voters who had supported Opposition Leader Anwar Ibrahim and the Pakatan Rakyat were seething in anger at having victory snatched away from them by the blatant cheating, vote rigging as well conspiracy between the relevant authorities. It is true that massive cheating paved the way for the Barisan Nasional's win but was this not expected by all PR Leaders prior to the elections? Why didn't they foresee that BN would cheat on a magnitude great enough to win? Did they do enough to curb the cheating before the elections? Well, maybe they tried and so did free and fair polls movement BERSIH. But it was not enough because BN had all the institutions behind them. There are also those who ask what did Anwar achieve with the Black505 rallies? Well, let me ask them back - what did BERSIH achieve with its giant rallies? Even with the huge crowds, BERSIH could not stop the Election Commission from using 'fake' indelible ink! But to say it was all 'shiok sendiri' is to be ungrateful and STUPID. Malaysians owe a great debt to Anwar and BERSIH. The awareness they created can never be erased and it is from such inspiring courage and sense of civic duty that the mindset of Malaysians have permanently changed for the better. It remains for the 47% who voted BN to wake up and catch up! BN arrogant and bent on showing their power over the people Obviously the people are now fed up and still very disappointed. They are 'election-fatigued'. After all that effort, BN has gone from bad to worse. Prime Minister Najib Razak has announced an huge 20-sen increase in petrol prices and all Hell has broken loose. Everything has gone up even kangkung (water spinach) is up by 20 cents, why? Because the lorry that brings the kangkung to the market runs on fuel so they have to add in the extra costs. Did the BN government bother to think about these repercussions on the man in the street and the low income folk who now suffer even more than before GE13? Obviously they don't, why should they bother? To BN, it's 'lu punya pasal' (your problem). They have a mandate for 5 years, so what can the people do? Sad to say, the answer is nothing. So 'just shut up and follow' - that's what the BN is now telling everyone! Whose fault? |
20 Sept: Ia Datang Dan Pergi...Sejarah Perjuangan Rakyat Posted: 20 Sep 2013 08:06 AM PDT |
Ust Abdul Halim Abdul Rahman | Kuliah Jumaat 20 Sept 2013 Posted: 20 Sep 2013 07:16 AM PDT |
Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | Kuliah Jumaat 20 Sept 2013 Posted: 20 Sep 2013 07:15 AM PDT |
Discussion about what drives protests in Egypt Posted: 20 Sep 2013 07:02 AM PDT |
Naser Shadid with latest news from Syria Posted: 20 Sep 2013 07:02 AM PDT |
CrossTalk: Playing Syrian Poker Posted: 20 Sep 2013 06:59 AM PDT |
Syrian rebels fight Assad forces in key Idlib town Posted: 20 Sep 2013 06:58 AM PDT |
Bijak Ekonomi: Pendapatan Negara Naik 2013 (RM209 Bilion) VS Kerajaan BN Belanja (RM250 Bilion)!! Posted: 20 Sep 2013 06:51 AM PDT Ramai orang pasti tahu dan sedar kenaikan harga minyak memberikan kesan rantaian yang cukup besar sehingga menjerut rakyat seperti anda semua dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup setiap hari. Tetapi persoalannya sekarang ini, adakah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen adalah wajar jika dibandingkan dengan kemampuan kewangan kerajaan Malaysia pada ketika ini? Mampu atau tidak? Nah…mari Berita Semasa dan anda di sini kupas satu persatu… Pendapatan Negara Malaysia 2009-2013 (RM Bilion)
Kesemua pendapatan negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun terakhir ini banyaknya datang daripada pendapatan minyak (cukai petroleum, cukai syarikat minyak, cukai yang dibayar oleh pekerja syarikat-syarikat minyak, duti eksport minyak, dividen yang dibayar Petronas kepada kerajaan) (SUMBERNYA DI SINI) : Pendapatan Negara Malaysia VS Pendapatan Petroleum (RM Bilion)
Sumber : Perbendaharaan Negara Jikalau diperhatikan dan dimomokkan untuk rakyat Malaysia setiap hari melalui salauran media arus perdana, kewangan negara cukup sesak bagi menghalalkan kenaikan harga minyak atas nama pengurangan subsidi. Pendapatan Negara VS Perbelanjaan Mengurus VS Perbelanjaan Pembangunan (RM Bilion)Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Sep 2013 06:42 AM PDT Oleh: alen23 "Pada tahun 11 mei 1946 abang long dilahirkan (umno), 3 bulan kemudian (ogos 1946)abang ngah pula dilahirkan (mic), 3 tahun selepas itu bersamaan 2 februari 1949 abang cik pula lahir (mca), 2 tahun berikutnya abang Usu pun lahir (Pas) bersamaan 21 november 1951, abang usu lahir pada waktu itu disebabkan oleh beberapa tindakan abang long yang tidak kena pada tempatnya. Tugas berat menanti abang usu. Kehidupan 4 beradik ni pada waktu itu tersangatlah susah. Yang senang sikit abang cik sebabnya dia tinggal kat bandar. Walaupun mereka hidup susah seorang lagi adik mereka lahir pada 18 mac 1966 (DAP). Title abang usu pun berpindah kepada adik diorg yang baru. Adik yang no 4 guna title abang Nik. Abang long yang paling tua dipertanggungjawabkan untuk menjaga tanah warisan pusaka nenek moyang dan membahagikannya secara adil kepada adik-adiknya. Pada waktu itu Abang Nik telah perasan yang cara abang long tidak kena kerana hanya memandang kekayaan wang ringgit sebagai benhcmark kejayaan dan kurang menekankan pendidikan rohani. Abang nik menegur abang long yang kekayaan wang ringgit perlu seiring dengan pendidikan rohani. Disebabkan itu abang long membenci abang nik. Read More / Baca Lagi >> |
PKR lancar pusat latihan REFORMASI Posted: 20 Sep 2013 06:25 AM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pusat latihan parti tersebut yang dinamakan Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat (REFORMASI). REFORMASI menawarkan latihan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dengan misi untuk membawa golongan tersebut "beranjak daripada toleransi kepada penghargaan dan penghayatan sebuah Malaysia yang majmuk kaum, budaya dan kepercayaannya". Pusat latihan yang terletak di Puchong itu antara lain menawarkan bengkel Neuro-Linguistic Programming (NLP), kemahiran berunding berkesan untuk pemimpin politik serta siri kursus negara dan diri dalam rangka kursus pembangunan diri. Tokoh korporat Datuk Seri Dr Edmund Santhara bertindak sebagai pengarah eksekutif REFORMASI sementara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertindak sebagai pengarah. Pusat latihan itu mula beroperasi secara rasmi esok dengan kursus melatih jurulatih dengan topik khusus 'Tahaluf Siyasi'. Kursus esok akan dibimbing oleh seorang pendidik Nigeria, Sheikh Nuruddin Lemu. Orang ramai yang berminat untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan boleh mengunjungi www.reformasi.com. |
Mantan KPN kesal Chin Peng tidak dibenar pulang.... Posted: 20 Sep 2013 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kesal dengan keengganan kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia serta menganggap tindakan tersebut sebagai ganjil dan mengingkari perjanjian damai yang dicapai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 1989. Read More / Baca Lagi >>Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah". Beliau melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian. Malah Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air. Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia. Kerajaan, ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya. |
Keilmuan dan kefaqihan Islam merit pemimpin utama gerakan Islam Posted: 20 Sep 2013 06:23 AM PDT 1. Individu yang faqih memahami al-Quran dan al-Sunnah mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah dengan syarat disertai dengan taqwa sebagaimana sabit dalam al-Quran dan al-Hadis. Nabi bersabda: ُ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ Sesiapa yang Allah mahukan untuk dirinya satu kebaikan maka Allah bagi kefaqihan (kefahaman mendalam) dalam agama. Hadis Bukhari. 2. Menjelaskan kedudukan dan kelebihan ulamak secara umum sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam hadis tidak bererti mensucikan individu yang alim daripada kelemahan dan kesilapan. 3. Ulamak bukan jenama eksklusif milik golongan atau institusi tertentu seperti Majlis Syura Ulamak, Dewan Ulamak, Persatuan-persatuan Ulamak, Majlis-majlis Ulamak dan seumpamanya tetapi ia adalah sifat yang boleh dimiliki oleh sesiapa yang menguasai disiplin ilmu wahyu yang baik dgn kemampuan bahasa arab yg mantap dan mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis meskipun dia seorang peniaga, petani, kerani, ahli politik, doktor, jurutera dan sebagainya. 4. Mencadangkan Presiden dan Timbalan di kalangan "ulamak yang faqih dan memahami realiti semasa" adalah cadangan berasaskan merit dan kelayakan untuk diberi keutamaan (afdhal/lebih baik) untuk menjadi pemimpin iaitu ilmu agama di samping sifat kepimpinan yg lain seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah. 5 . Cadangan tersebut tidak menafikan kelayakan untuk memimpin bagi individu-individu yang mempunyai sifat-sifat pemimpin seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah namun memiliki kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya. 6. Cadangan tersebut juga tidak menghalang mana-mana individu yg mempunyai sifat kepimpinan seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah tetapi masih kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya, meskipun latarbelakang pekerjaannya pelbagai tetapi masih tetap berkelayakan untuk menjadi pemimpin di semua peringkat parti sama ada cawangan, kawasan mahupun pusat. Dan itulah yang telah berlaku selama berdekad dalam PAS sejak awal penubuhannya. 7. Cadangan ilmu dan faqih agama sebagai merit kelayakan pemimpin utama gerakan Islam bukanlah cadangan yg undur ke belakang sebagaimana dakwaan setengah pihak kerana ia selari dgn Islam sebagaimana yg telah dicontohkan oleh para rasul dan khulafa rashidin. Kegemilangan mereka menjadi teladan kepada kita dalam mengemudi gerakan Islam pada masa kini. Merit ini perlu turut digabungkan dengan sifat quwwah dan amanah yg menjadi sebahagian kriteria umum kepada sesebuah kepimpinan. Malah menentang cadangan tersebut adalah langkah mundur meninggalkan Islam yg menjadi asas rujukan gerakan islam. Read More / Baca Lagi >> |
AES: Siapa tanggung kosnya sekarang? Posted: 20 Sep 2013 06:21 AM PDT A Kadir Jasin Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan (lalu lintas) Automatik (AES) telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES yang sedia ada. Saya setuju dan terima kasih kerana menurunkan kompaun daripada RM300 kepada RM150. Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu? Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit? Kalau tidak lagi terbabit, adakah mereka telah dibayar kos membekalkan sistem itu dan berapa pula jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka? Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan