RAKYAT MARHAEN |
- Bancian Media: Anwar digemari Utusan, tapi portal suka Najib
- PAS mesti keluar pakatan - Mohd Ridhuan Tee Abdullah
- Kolumnis Utusan gesa PAS “manipulasi” Umno untuk tegak Islam
- The TICKING TIME-BOMB that is Umno Baru
- Apa untungnya jika PAS bersendirian?
- Ulama vs non-Ulama: Game `Pecah dan Perintah’ Mujahid
- NAJIB NOW MORE HATED THAN DR M! When a leader for all fails to consider the welfare of all
- Berjuang Melayu di dua musim
- Anwar terus mencuba bersihkan namanya dalam skandal seks
- Tali Barut Penjajah: Siapa Tokoh Melayu yang Menjalani Latihan Tentera Jepun?
- PemerKOsaan Ekonomi Melayu(bah 2)
- Chin Peng: Berlaku adillah pada sejarah
- Cubaan Najib kembali kepada agenda ‘Mahathirist’ akan hancurkan ekonomi negara
- Dewan Ulama PAS perlu perkemas strategi sebelum mahu menyusun tahaluf
- Peniaga syukur sewa Kompleks PKNS berpatutan, bantu ekonomi Bumiputera...Tapi UMNO marah...!!!!
- Tian Chua - Barisan Nasional Menyokong Sepenuhnya Agenda TPPA Untuk Penjajahan Kapitalis
- Pas kekal bersama PR - TG Hadi Awang
- PAS moderates in danger of losing out
- Perbezaan ketara antara PAS, PKR dan Umno mendekati isu
- Realiti Pertembungan Ulama & Profesional dalam Pas!!
- Patutkah kita menerima Keputusan PRU-13? - Wan Saiful Wan Jan
- Tahaluf Siyasi PR (Ulasan Resolusi Multaqa Ulama) - Dr UZAR
- Bumiputera Majoriti Menghadapi Masalah Kemiskinan - PAS
- Skim Amanah Saham Bumiputera 2 @ ASB2 Dilancarkan? 10 Bilion Unit Saham? Duit Kerajaan Semakin Susut?
- Guna Minyak RON 95 Sebulan : Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132) VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375).
Bancian Media: Anwar digemari Utusan, tapi portal suka Najib Posted: 17 Sep 2013 09:11 PM PDT Hubungan media negara ini dengan dua pemimpin politik tertinggi negara boleh diibaratkan seperti 'benci-benci sayang'. Satu kajian media mendapati keghairahan Utusan Malaysia dalam memberi liputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan beliau ahli politik yang paling banyak diberikan publisiti oleh akhbar itu (carta di atas). Pada masa sama, media bercetak lain seperti New Straits Times, The Star dan Sinar Harian pula lebih menyerlahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Anwar menduduki carta teratas dalam liputan oleh Utusan. Namun, beliau didapati dihentam secukup-cukupnya oleh akhbar itu dalam satu laporan pemantauan media dalam tempoh 7 April 2013 sehingga 7 Mei 2013. Portal Malaysiakini (lihat carta atas) dan The Malaysian Insider yang sering dituduh sebagai propembangkang bagaimana pun didapati memberikan liputan paling banyak kepada Najib. Namun, Najib didapati diberikan liputan positif dan negatif pada masa yang sama oleh portal-portal itu, seperti dikaji University of Nottingham dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). Sementara itu, Malaysiakini didapati memberikan liputan seimbang untuk kedua-dua pihak, iaitu BN dengan 48 peratus dan Pakatan 49 peratus (kanan). Lain-lain pihak, termasuk bebas mendapat liputan 5 peratus. | ||
PAS mesti keluar pakatan - Mohd Ridhuan Tee Abdullah Posted: 17 Sep 2013 09:10 PM PDT Cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, supaya PAS mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP harus diberikan perhatian serius oleh semua pimpinan PAS. Walaupun PAS kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz NIk Mat jelas dalam soal ini. Kerap kali saya mengingatkan PAS supaya berhati-hati dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang. Nampaknya, ingatan saya mula menjadi kenyataan. Tidak ada guna berkawan dengan orang yang tidak suka pada Islam atau tidak beramal dengan Islam, apatah lagi menentang Islam, meskipun telah lama dipujuk. Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu Umno. Umno dahulu berbeza dengan Umno kini. Mereka yang mahukan Islam semakin ramai, walaupun mungkin ada sedikit kalangan pimpinannya yang tidak mahu. Apatah lagi Umno hari ini berada dalam keadaan tersepit. Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang Islam. Saya tidak nampak pakatan pembangkang boleh menjadi medan dakwah kepada Pas kerana PKR dan DAP tidak pernah berubah pendekatan terhadap Islam. PKR tidak mahukan Islam menjadi dasar, manakala DAP terang-terang menolak dan menentang Islam. Lihatlah pada cara mereka membela kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam. Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana. Semua telah maklum. Jika berhujah pasal hak, berapa banyak lagi rumah berhala diperlukan, sehingga bilangannya menenggelamkan surau dan masjid. Bilangan bukan sedikit, tetapi berkali-kali ganda. Statistiknya telah saya paparkan sebelum ini, sama ada yang sah atau tidak sah. Ingin saya bertanya kepada PAS berapa ramai orang PKR dan DAP memeluk Islam setelah sekian lama berkawan? Atau sekurang-kurangnya berlembut dengan Islam? Boleh dikatakan tidak ada. Yang amat ketara, 'hak' mereka, walaupun bukan hak, pantang diusik sama sekali. Paling tidak, hormatilah pendirian PAS mengenai Islam dan negara Islam. Ini tidak, pantang disebut sahaja nilai-nilai Islam dan negara Islam, maka DAP dan PKR tidak senang duduk, menunjukkan betapa antinya mereka terhadap Islam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kolumnis Utusan gesa PAS “manipulasi” Umno untuk tegak Islam Posted: 17 Sep 2013 09:08 PM PDT Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggesa PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan bekerjasama dengan Umno kerana parti Melayu itu sedang dalam keadaan 'tersepit' dan boleh dimanipulasi untuk kepentingan Islam. Menurut kolumnis kontroversi itu, tahaluf siyasi atau kerjasama dengan PKR dan DAP dalam PR tidak akan dapat memperkukuh lagi kedudukan agama Islam di Malaysia kerana kedua-dua parti itu merupakan "penentang Islam". "Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu Umno? Umno dahulu berbeza dengan Umno kini. Apatah lagi Umno hari ini berada dalam keadaan tersepit. Ridhuan menyokong cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, mengenai parti itu perlu mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan PKR dan DAP. "Walaupun PAS kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas dalam soal ini," katanya. Menurut Ridhuan, PR tidak boleh menjadi medan dakwah kepada PAS kerana PKR tidak mahu Islam menjadi dasar dan DAP terang-terangan menolak Islam. "Lihatlah pada cara mereka membela kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam. "Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana? Semua telah maklum," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
The TICKING TIME-BOMB that is Umno Baru Posted: 17 Sep 2013 07:51 PM PDT Indeed as the clock ticks away with the drawing closer of the UMNO Baru's Assembly, the political dramas unfolding on a daily basis is a concern we cannot sit and watch. Read More / Baca Lagi >>Patriotism demands an immediate stop to all the politicking and a citizens' ultimatum given to get on with the job of administering the country in the best interest of the 28 million people. The many announcements, advice, pronouncements and counter-hints from within the barracks of UMNO Baru clearly indicate a deteriorating power struggle. To deny that is a good as calling night, day. Nation held to ransom by Umno infighting Come to think of it, the minority vote polling political party has been rigged with endless battles since the time of the Semangat-46 days. But despite all these years, and despite a clear signal from the voting public since the tsunami general elections of 2008 and 1023, UMNO Baru has not learnt its lessons right. On the one hand we have an ex-Prime Minister stacking his cards with all kinds of political maneuvering. It appears that his determination to carve a political legacy according to his mantra has not ceased. At the same time we witness UMNO Baru loyalists of the current Prime Minister calculating their moves for their own power and control agendas. Between these two tangents that are diametrically opposed to each other, the Malays are being turned pawns. The unending race, religion and rule sentiments being drummed up by various entities within the UMNO Baru camp has become academic now. Never mind the fact that of the 52% of votes that went to the opposition block also included Malays. Since the close of the 2013 general elections, we have not missed one day that did not rub the diffrent segments of the population in Peninsula Malaysia, Sabah and Sarawak the wrong way up. We are not seeing policies and actions that address the 'Way Forward' for all Malaysians. Instead, the priority is in jostling, undermining, smearing and counter attacks that is punching far too many holes inside the already fatigued political party machine, UMNO Baru. Indeed the nation is being held at ransom from this leadership crisis and party in-fighting. Even if the political elite within the barracks try to deny it, it is already too late in the hour as the soiled political linen has been washed for far too long in public. Businesses are suffering. Genuine and established investors are taking a cautious restrain. Only those out to profit from the impending chaos may be coming in droves. Meanwhile, salaried administrators within the government machinery are also being waxed thin as they are in a predicament as to who to show allegiance given the mounting conflicts within the corridors of decision makers in UMNO Baru. Ticking time-bomb | ||
Apa untungnya jika PAS bersendirian? Posted: 17 Sep 2013 07:47 PM PDT Oleh Timmy Say Di Multaqa Ulama PAS timbul cadangan untuk mengkaji semula tahaaluf siyasi (kerjsama politik) bersama komponen parti Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, dari segi untung-ruginya pada PAS dan juga kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS. Dalam hal ini, pihak yang menuduh Dewan Ulama PAS berkeinginan untuk bersama Umno adalah jauh tersasar sekali. Kerjasama dengan Umno langsung tidak akan dipertimbangkan memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pernah berkata beliau sesekali tidak akan membenarkan kerjasama politik antara PAS-Umno berlaku selagi beliau masih hidup. Kajian yang disarankan hanya ada dua pilihan – sama ada PAS lebih elok kekal di dalam Pakatan Rakyat mahupun PAS lebih elok bersendirian menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam setiap kerusi yang ditandingnya pada PRU14. Persoalan yang lebih mudah ialah, apa untungnya bagi PAS jika bersendirian di dalam politik Malaysia? Menggunakan analogi, PAS adalah ibarat burung bersayap satu sebelum mengadakan sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti pembangkang. Umno sengaja membuat PAS bersayap satu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dengan meracun rakyat bukan Islam untuk melihat PAS sebagai satu parti yang ekstrem. DAP dan PAS tidak boleh duduk bersama, dan asalkan mereka tidak boleh duduk bersama, rakyat tiada alternatif melainkan mengundi Umno-BN. Burung bersayap satu PAS itu tidak pernah berjaya terbang keluar daripada sekitar sarangnya iaitu kawasan pantai timur, Terengganu dan Kelantan. Bagi Umno, seeloknya PAS dikurung begitu buat selama-lamanya, kerana hanya dengan cara itu, orang Melayu akan melihat Umno sebagai satu-satunya parti yang ada untuk melindungi mereka. Tak apa Kelantan tewas. Tak apa juga Terengganu tewas sekali-sekala, asalkan PAS tidak boleh menjejakkan kakinya ke pantai barat, Umno akan rasa selesa kerana BN akan terus berkuasa. Dengan tahaaluf siyasi, PAS akhirnya berjumpa sayap keduanya dan menjadi burung bersayap penuh. Kerjasamanya dengan DAP dan PKR membawanya terbang keluar daripada kawasan pantai timur. Berbekalkan sayap DAP-PKR, PAS akhirnya berjaya bertapak di beberapa negeri di pantai barat pada 2008 – menguasai Perak, Kedah dan juga berpengaruh di Selangor. Pada pilihan raya umum 2013, PAS kehilangan Kedah, tapi PAS berjaya meningkatkan jumlah kerusi di Selangor dan juga di Terengganu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Ulama vs non-Ulama: Game `Pecah dan Perintah’ Mujahid Posted: 17 Sep 2013 07:46 PM PDT Oleh Muhammad Atiullah Othman Merujuk kepada tulisan Mujahid dalam blognya, menunjukkan game zaman penjajah iaitu pecah dan perintah (divide and conquer). Dengan memainkan pemecahan dalaman PAS ini, Mujahid dapat merealisasikan ideanya dalam buku "Rujuvenasi PAS" bagi menamatkan "kepimpinan ulama" yang diasaskan oleh ayahandanya sendiri iaitu Ustaz Yusof Rawa. Mujahid memudahkan game ini dengan memberi definisi tidak benar mengenai ulama. Mujahid menyebut, "istilah ulama melambangkan keilmuan dan keterbukaan". Definisi ulama ini menambah "keterbukaan" yang tiada dalam sebarang kamus tersohor. Dengan meletakkan makna keterbukaan, Mujahid boleh menafikan title ulama dengan mudah apabila melemparkan tuduhan seseorang ulama tidak diterima cara keterbukaan Mujahid dan golongan yang tidak sekongkol dengan ulama. Cara ini membuka ruang bagi mencabut title ulama dari kalangan pemimpin PAS.Tanpa berselindung, Mujahid mengenepikan peranan ulama dalam menghadapi krisis dan konflik. Perhatikan luahannya, "Mengurus konflik dan krisis tidak memerlukan ulama atau tidak ulama, tetapi ianya memerlukan seseorang yang mampu melihat secara positif bahawa dalam krisis dan konflik". Mujahid secara langsung mengenepikan peranan ulama sebagai elemen penting dalam penyelesaian krisis dan konflik. Sepatutnya, krisis dan konflik gerakan Islam perlu dan wajib merujuk kepada akidah dan syariat Islam yang difahami secara mendalam oleh ulama. Kegagalan merujuk ulama ini akan membuka ruang gerakan Islam tersasar daripada dasar dan prinsipnya. Sebenarnya, pemikiran Mujahid gagal mengenal dasar dan prinsip Islam. Mujahid hanya mengenal wasilah dan strategi semata-mata. Perhatikan coretannya yang tidak langsung mengetengahkan kepentingan dasar dan prinsip Islam dalam gerakan Islam, "Nama Islam pada parti politik tidak menjamin ia suci dari kerenah manusia yang menggerakkan parti Islam. Apa yang perlu ada ialah kemahiran menguruskan dinamika ini kerana ia akan memberi peluang yang cerah kepada perubahan yang amat diperlukan oleh PAS hari ini jika ia mahu kekal relevan". Read More / Baca Lagi >> | ||
NAJIB NOW MORE HATED THAN DR M! When a leader for all fails to consider the welfare of all Posted: 17 Sep 2013 07:44 PM PDT Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced that the government will empower Bumiputeras' economy through five major measures and said that it is a move to thank Bumiputeras for supporting the BN in the May 5 General Election. The five major measures covers a wide range of scope and mobilises billions of ringgit, meaning that in terms of education, business and entrepreneurial opportunity, property ownership, corporate ownership and other fields, Bumiputeras are going to receive more favourable incentives and assistance. After the Umno party election was kicked off on 7 September, the government announced the series of measures to empower the economy of Bumiputeras. It might be described as a common practice on the eve of the party election. However, politicians should not consider only for a particular group and affect the country's overall economic development just to win over party members' support and consolidate position in the party. We believe that encouraging Bumiputeras' participation in national economic development programmes could enhance their economy, reduce the wealth gap and play a role in improving racial unity and social peace. It has also been the government's persevering goal over the past few decades. And the government's preferential policies to Bumiputeras over the years have achieved remarkable results. The average monthly household income of Bumiputeras last year had soared from RM172 in 1970 to RM4,457 and poor family rate had also dropped from 64.8% in 1970 to 2.2%. Instead of moderately letting go the helping hand so that Bumiputeras can strengthen their competitiveness and self-reliant ability, the government is going to provide more preferential policies instead. Obviously, it is a shocking move contrary to the trend of globalisation and openness. Betraying the minorities | ||
Posted: 17 Sep 2013 07:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Orang Melayu khususnya pemimpin dan penyokong Umno perlu merenung mengapa bangsa Melayu masih ketinggalan di sudut ekonomi walaupun dasar yang dirancang seperti Dasar Ekonomi baru (DEB) adalah baik dan mampu mengangkat taraf hidup golongan bumiputera. Read More / Baca Lagi >>Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup bumiputera dan orang Melayu khususnya digubal oleh pegawai yang profesional namun dilaksanakan oleh pemimpin politik yang tidak amanah. "Pegawai tidak boleh buat apa-apa. Mereka hanya menerima arahan sahaja," jelas beliau. Kemiskinan orang Melayu, ujarnya hanya menjadi umpan untuk memperkayakan pemimpin dan penyokong Umno sedangkan projek yang dipohon atas dasar Melayu banyak dibolot oleh pemimpin Umno. "Pemimpin Umno dan penyokong Umno kena renung kenapa orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi walau pun dasar yang dirancang adalah baik. "Macam mana Melayu hendak maju, kerana dasar Umnoputera masih berjalan. Projek diberi kepada orang yang bukan ahlinya. Jika sikap ini berterusan diamalkan oleh Umno, nescaya Melayu tidak akan maju. Jawabnya tunggu ikan keli tumbuh sisik baru Melayu boleh maju," ujarnya sinis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan program untuk Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang merangkumi lima fokus utama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, 14 September lalu. | ||
Anwar terus mencuba bersihkan namanya dalam skandal seks Posted: 17 Sep 2013 07:38 PM PDT Sembilan tahun selepas dibersihkan dari tuduhan meliwat pemandu isterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sekali lagi cuba mengetepikan dakwaan itu dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang mendakwa beliau terlibat dalam kegiatan homoseksual. Peguamnya, Karpal Singh memberitahu The Malaysian Insider Mahkamah Persekutuan akan mendengar kes itu pada 13 November. Karpal berkata, parti politik terutama Umno menggunakan tuduhan sedemikian bagi membunuh perwatakan pemimpin pembangkang. Permohonan untuk mengetepikan dakwaan itu difailkan sejak sebelum pilihan raya umum lalu melalui Tetuan Abu Bakar & Yong. Pengerusi Biro Guaman PKR, Latheefa Koya berkata, selain ahli politik, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia turut sering memainkan isu tersebut apabila Anwar mahu memfailkan saman fitnah terhadap akhbar berkenaan. Katanya, mereka menggunakan penilaian sendiri sehingga nama baik Anwar tercemar. "Hal ini makin ketara sejak beberapa tahun lalu dan kita mahu hentikan segera segala tuduhan tidak berasas ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tali Barut Penjajah: Siapa Tokoh Melayu yang Menjalani Latihan Tentera Jepun? Posted: 17 Sep 2013 06:01 PM PDT
Biarlah gambar berbicara. Namun mengikut sejarah dan cerita lisan, Jepun merupakan penjajah yang paling ganas pernah berkuasa di tanah tumpah darah kita ini. Rasanya semua orang tahu tentang kekejaman, keganasan, dan kebiadapan mereka. Itulah yang digambarkan dalam buku sejarah. Kalau menonton filem Melayu lama, orang yang berkhidmat dengan Jepun ini (digelar tali barut) dilabelkan cukup teruk dan negatif berbanding dengan orang yang berkhidmat dengan Inggeris yang diangkat dan dipuja sebagai tokoh. Hakikatnya, di Malaysia penjajah ini dilabel begitu. Ada masanya penjajah dikecam seteruk-teruknya, ada masa penjajah dipuja setinggi-tingginya. P/s: Anda bayangkan jika tokoh di atas bapa kepada Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim. Saya jamin 15 tahun cerita ini akan menjadi tajuk utama media perdana negara. Mereka akan dikecam sebagai tali barut penjajah dan segala macam kejian dan makian. Namun, realitinya, tokoh di atas bukan bapa kepada Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim. | ||
PemerKOsaan Ekonomi Melayu(bah 2) Posted: 17 Sep 2013 05:58 PM PDT Dalam artikel pertama atas tajuk ini dahulu, saya sudah menyatakan bahawa program pemerkasaan ekonomi Bumiputera adalah DEB dengan Dendaman. (NEP with a vengeance). Ianya akan memberi peluang kepada Putera-firsters untuk mengaut kekayaan sementara memberi khidmat-bibiran(lip service) kepada bangsa Melayu keseluruhan nya. Maka itu sebab saya katakan-pemerkasaan akan jadi pemerKOsaan. Pada tahun 1970, pegangan kekayaan Melayu ialah 2%. Hari ini mengikut sebutan Dato Najib ianya 23%. Ertinya untuk mencapai pertambahan 21%, kita perlukan 43 tahun diperintah oleh UMNO. Adakah Najib kata untuk membaiki keadaan bangsa kita, kita mesti dinaungi oleh pimpinan UMNO? Adakah syarat kemajuan bangsa Melayu ialah mesti memilih UMNO? Kalau begitu baik orang Melayu/Islam gantikan ungkapan-sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk UMNO. Jika demikian, mari kita lihat apa yang UMNO telah lakukan dan dengan rekod tersebut boleh atau tidak kita harapkan pimpinan UMNO? Dalam tempoh itu, 90% pembuat keputusan dan dalam setengah tempat 100% adalah Melayu, tapi Melayu tetap miskin dan ketinggalan. Hampir semua pegawai daerah dari bangsa Melayu; hampir semua pengarah jabatan2 kerajaan ialah Melayu, TKSU dan KSU hampir semua Melayu, polis dan tentera- Melayu, Raja2 semua Melayu; gabenor semua Melayu, guru2 ramai Melayu. Bagaimana kita menarangkan sementara pembuat keputusan dan pembuat penentuan terdiri dari orang Melayu, tapi keadaan orang Melayu bawahan tidak berubah? Dan mereka yang diberi kuasa penentuan dan keputusan ini hampir semua diperakui dan disaringi oleh UMNO untuk menentukan mereka penyokong UMNO. Jawapan nya mudah- mereka mendahulukan kepentingan peribadi dan kelompok daripada missi mengangkat marabat bangsa Melayu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Chin Peng: Berlaku adillah pada sejarah Posted: 17 Sep 2013 05:55 PM PDT Oleh Haris ZuanSebenarnya agak sulit untuk memahami sikap masyarakat kita ini, kerana pertama kebencian yang ditunjukkan kepada Chin Peng itu (jangan-jangan yang marah ini pun ramai yang tidak jelas hubungan Chin Peng dengan Pendudukan Jepun dan proses kemerdekaan negara) tiada tolok bandingnya. Jika alasannya komunis itu kejam, apakah kita ingin katakan bahawa Jepun yang memenggal kepala orang kampung dan mengirimkan ramai daripada rakyat negara ini untuk mati sengsara di Burma itu kurang kejamnya? Kini Jepun bukan sahaja sahabat, malah merupakan tauladan serta pedoman hingga kekaguman kita terhadap Jepun ini dijadikan sebagai dasar negara. Maka, mari kita tanyakan dengan jujur, apakah Dasar Pandang ke Timur yang diilhamkan Dr Mahathir itu adalah bukti bahawa kita memaaf dan merelakan tindakan Jepun menampar muka datuk dan nenek kita? Demikian juga halnya dengan semua kuasa asing – Portugis, Belanda, Inggeris – yang menjajah rantau ini untuk ratusan tahun, membodohkan peribumi di seluruh kepulauan Melayu ini serta memecah-belahkan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Apakah tindakan kita mengalu-alukan kedatangan pelancong daripada London boleh dianggap sebagai perbuatan khianat terhadap perjuangan Tok Janggut yang dibunuh kejam oleh British dan mayatnya diseret seluruh pekan sebelum digantungkan terbalik untuk ditatap orang ramai? Sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku punya konteksnya yang tersendiri dan harus difahami dengan sepenuhnya, bukan sekadar sekerat-sekerat. Meskipun sejarah tidak mungkin menjadi objektif, namun jika kita berlaku jujur terhadap ilmu, pastinya kita akan lebih hampir dengan kebenaran dan tidak mudah dikelirukan oleh kecurangan propaganda. Demikian juga halnya dengan Chin Peng ini. Beliau telah menjadi sebahagian daripada naratif sejarah bangsa Malaysia – sama ada sebagai pengkhianat atau pejuang bergantung kepada siapa penilaiannya. Suatu ketika, ketika Jepun mula mendarat, British mula berundur dan meninggalkan Malaya demi memberi tumpuan kepada Eropah. Tinggal hanya PKM sebagai satu organisasi tentera gerila yang tersusun untuk melawan Jepun. Maka sebab itulah, British kemudiannya menyusup masuk ke Tanah Melayu yang saat itu dikuasai oleh Jepun untuk memberi bantuan kepada PKM. Apakah PKM memerangi Jepun semata-mata kerana perasaan cintakan tanah air? Jawapannya pasti tidak, kerana jelas dalam kalangan masyarakat Cina ketika itu, khasnya generasi pertama yang membenci Jepun kerana kekejaman Jepun terhadap rakyat China semasa Perang Manchuria (1904-1905). Pada masa yang sama, Jepun juga mensasarkan masyarakat Cina di seberang laut, termasuk di Malaya yang mengirimkan wang untuk membantu membiayai peperangan di China. Namun, adalah tidak adil jika mengatakan semua perjuangan PKM semata-mata berpaksikan China, kerana ada dalam kalangan PKM yang memilih untuk melawan Jepun (dan Britsih kemudiannya) kerana melawan penjajahan Tanah Melayu. | ||
Cubaan Najib kembali kepada agenda ‘Mahathirist’ akan hancurkan ekonomi negara Posted: 17 Sep 2013 05:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER: DAP hari ini menyelar agenda Bumiputera baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat memupuk pergantungan Melayu terhadap kerajaan dan meningkatkan birokrasi serta campur tangan dalam pasaran. Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, semakan semula Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Najib, Sabtu lalu juga bertentangan dengan program transformasi yang dicanang sebelum ini. "Daripada kembali kepada kegagalan program kroni 'Mahathirist', Najib seharusnya menjalankan audit serius daripada semua program kerajaan sedia ada yang disasarkan untuk Bumiputera supaya dapat mengetahui kelemahan, menangani ketirisan dan memperbaiki prestasi mereka. "Agenda Bumiputera Najib juga tidak menyebut untuk mensasarkan kepada 40 peratus yang menjadi fokus utama MEB," katanya dalam kenyataan. Dalam pengumuman Sabtu lalu, Najib mengilhamkan penubuhan sebuah Badan Pengupayaan Majlis Ekonomi Bumiputera dan menolak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. Kian Ming yang juga Strategis Pilihanraya DAP menegaskan bahawa MEB asal yang diutarakan Najib selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada April 2009 adalah memberi tumpuan kepada program tindakan afirmatif yang mesra pasaran dan telus untuk meningkatkan 40 peratus pendapatan isi rumah. "Apa yang lebih mengecewakan adalah Najib tidak menyebut sebarang keperluan untuk golongan miskin di Sabah dan Sarawak, majoriti daripada mereka adalah Bumiputera serta Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kumpulan ini disebut secara khusus dalam MEB serta Rancangan Malaysia Ke-10 lalu," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dewan Ulama PAS perlu perkemas strategi sebelum mahu menyusun tahaluf Posted: 17 Sep 2013 05:50 PM PDT Ibnu Muhammad al-Misri Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS pada Sabtu, 14 September 2013, meninggalkan beberapa titik ingatan. Pertama, kejayaan parti itu mengembeleng tenaga para alim ulama, ustaz dan ustazah menghadiri program sambil bertukar-tukar pandangan ke arah mengukuhkan sayap parti. Kedua, menerima dan merancang pelaksanaan wasiat akhir oleh Kedua Dewan Ulama, sebelum parti itu mengadakan pemilihan kepemimpinanya pada November akan datang. Fokus utama ialah saranan supaya jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh seorang pemimpin yang faqih dalam ilmu syariat Allah. Ketiga, cadangan kepada Majlis Syura supaya pakatan politik dengan PKR khususnya dikaji semula. Sama ada untuk keluar atau kukuh, ia membawa maksud ada masalah antara PAS dan PKR. Menarik kerana tidak DAP. Keempat, saya akan nyatakan di akhir tulisan ini. Malang bagi sekalian alim ulama dalam PAS bila mana niat baik mereka membuat satu cadangan ke arah pengukuhan parti, menimbulkan polemik baru pada peristiwanya, tetapi sangat lama pada tajuknya. Lewat media baru pelbagai jenis, dewan ini dituduh dengan kata nista seperti 'ulama berundur ke belakang', 'ulama meminta jawatan', 'apa lagi yang ulama mahu?' dan lain-lain. Bagi saya ia hanya kata nista, kerana bukanlah itu tafsiran tepatnya bagi usaha dan saranan ulama PAS dan dewannya. Seni menjual produk Selaku pemerhati luar dewan, saya melihat kelemahan ulama (baca kepimpinan Dewan Ulama) pada menjual produknya. Mereka memiliki produk yang sangat mantap pada kandungannya dan glamor pula pada jenamanya. Bukanlah terlalu sukar untuk 'menjual' seorang ulama yang mahir ilmu Syariat dan pengurusannya serta elok pula akhlak dan pekertinya kepada pengikut parti itu, untuk diundi. Ambil contoh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Seorang yang alim dan pandai memberi peringatan agama buat umat. Ada pengalaman pengurusan sebagai pensyarah dan ketua parti di Pahang. Akhlaknya tiada siapa yang boleh pertikaikan. Tetapi, dengan polemik yang wujud sekarang, apakah anda, pembaca sekalian yakin bahawa Tuan Ibrahim bakal menang mudah dengan Mohd Sabu yang sudah terpalit dengan pelbagai isu luar parti? Saya kira tidak mudah. Saya ambil contoh kedua iaitu Datuk Amar Nik Abdullah. Beliau dicalonkan oleh Besut selaku Timbalan Presiden. Beliau dalah Timbalan Menteri Besar Kelantan semasa. Tokoh sama naik dengan Husam Musa di peringkat Kelantan. Satu bahagian dia mengatasi Husam. Bahagian lain Husam mendahuluinya. Juga bekas pensyarah. Seorang yang alim ilmu Syariat dan ada pengalaman pengurusan selaku ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan. Melihat kewibawaan dan pengalamannya, apa lagi yang pengundi mahukan daripadanya? Pakejnya hampir sempurna. Read More / Baca Lagi >> | ||
Peniaga syukur sewa Kompleks PKNS berpatutan, bantu ekonomi Bumiputera...Tapi UMNO marah...!!!! Posted: 17 Sep 2013 05:40 PM PDT Kadar sewa yang dikenakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada penyewa kompleks itu masih berpatutan dan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pusat membeli-belah komersial yang lain . Ketua Unit Pelaburan dan Pengurusan Hartanah PKNS, Fakru Radzi Ab Ghani, berkata Kompleks PKNS adalah satu usaha menggalakkan peniaga Bumiputera untuk memperkasakan taraf ekonomi mereka. "Kira-kira 85 peratus penyewa di bangunan ini adalah Bumiputera dan sewa yang dikenakan masih munasabah iaitu 40 hingga 50 peratus jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa," katanya dalam satu kenyataan semalam. "Saya sudah berniaga di sini hampir 30 tahun dan saya berpuas hati dengan kadar sewa yang dikenakan kerana amat berpatutan jika dibandingkan dengan tempat membeli-belah yang lain," katanya. Wan Abdullah Wan Ahmad, 48, berkata, PKNS banyak membantu daripada segi mempertingkat taraf ekonomi Bumiputera sambil menyatakan kesyukuran diberi peluang untuk berniaga di kompleks itu. Katanya, PKNS diharapkan dapat segera menaik taraf kemudahan di kompleks itu supaya lebih ramai pengunjung yang datang dan membeli-belah dalam keadaan lebih selesa. "Di sini tempat saya mencari rezeki, PKNS sentiasa memberi peluang kepada peniaga. PKNS turut membantu kami mempromosikan kompleks ini kepada pengunjung," katanya. Fakru Radzi berkata, PKNS akan menjalankan kerja penambahbaikan dan menaik taraf kemudahan Kompleks PKNS Shah Alam bermula Oktober depan bagi keselesaan peniaga dan pengunjung kompleks. Katanya, PKNS menerusi anak syarikatnya PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) akan merancakkan lagi aktiviti mempromosikan pelbagai program bagi menarik lebih ramai orang awam untuk membeli-belah di Kompleks PKNS. "Pada masa sama ia dapat membantu meningkatkan pendapatan peniaga di kompleks yang keseluruhannya adalah peniaga Bumiputera," katanya. | ||
Tian Chua - Barisan Nasional Menyokong Sepenuhnya Agenda TPPA Untuk Penjajahan Kapitalis Posted: 17 Sep 2013 04:33 PM PDT | ||
Pas kekal bersama PR - TG Hadi Awang Posted: 17 Sep 2013 04:22 PM PDT KUALA LUMPUR - Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat walaupun Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR. Read More / Baca Lagi >>Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat. "Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN. "Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya pada sidang media, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan PKR. Resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu antara lain mencadangkan supaya tahaaluf siyaasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula. Resolusi itu turut menegaskan, semakan semula hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat melalui kuasa yang ada bagi menjaga maslahah serta membendung dan menghalang mafsadah syariah. | ||
PAS moderates in danger of losing out Posted: 17 Sep 2013 04:21 PM PDT The moderates must emerge triumphant in the coming muktamar. Otherwise PKR and DAP will not have a comfortable working relationship with PAS. Already the religious faction had a show of force in a forum in Kota Sarang Semut in Kedah on Sept 14 wherein they had called for a review of ties with PKR – this was reported in a local English daily dated Sept 16. Without further ado, here's the who's who in the league of moderates and other game-players who will be participating in the power-tussle: Moderates: Dzulkefly Ahmad, Hatta Ramli, Kamaruddin Jaffar, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Khalid Samad, Nizar Jamaluddin, Mohamad Sabu, Hanipa Maidin and Raja Kamarul Bahrin Shah. Neutral: Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Fundamentalists: Abdul Hadi Awang (PAS President, Marang MP and Rhu Rendang State Assemblyman), Haron Din (lost the contest for the Arau Parliamentary seat in Perlis in the 13th general election), Harun Taib (chief of the religious faction and Manir State Assemblyman in Terengganu), Nasruddin Hassan Tantawi (PAS Youth Chief and Temerloh MP), Nik Zawawi Salleh (Syura Council Secretary-General), and the whole Syura Council. We shall start off with PAS intellectual Dzulkefly Ahmad who has a doctorate in toxicology. The former Kuala Selangor MP who lost his seat by slightly over 400 votes is now the director of PAS Research Centre. He blogs regularly but many in his party say that most of his write-ups are irrelevant to the party's Islamic struggle. Dzulkefly is considered as de-facto chief of the moderates and his views are popular with the non-Muslims. Well-respected by friend and foe alike and well-regarded by many, his influence in PAS has been lessened somewhat due to his GE13 loss. Currently Dzulkefly is a member of the CWC but he may get voted out in the coming muktamar. It is of utmost importance to be in the CWC as it is the committee that makes all the party decisions. He is also one of the Dewan Harian members. This small committee consisting of seven people is also a very powerful group because it handles matters pertaining to strategy and current issues affecting PAS. Next up on the list above is Hatta Ramli. A general practitioner by profession, he is the one who manages the election campaigns for PAS. This Kuala Krai MP's position in the CWC is quite strong as he is the party treasurer and he manages the party funds well. From Kuala Krai we go to Tumpat which is near the Thai border and Kamaruddin Jaffar is the MP here. This mild-mannered MP is in charge of speaking out for PAS regarding international issues. From Kelantan we zoom south to Johor which is the home-state of Salahuddin Ayub, the former Kubang Krian MP. He is one of the three vice-presidents of the party (the other two being Husam Musa and Mahfuz Omar) but like Dzulkefly, his power is also depleted due to his loss in the state seat of Nusajaya and the Parliament seat of Pulai (both in Johor) in GE13. Due to this double-loss, he is quite obscure now. Tok Guru too Read More / Baca Lagi >> | ||
Perbezaan ketara antara PAS, PKR dan Umno mendekati isu Posted: 17 Sep 2013 04:19 PM PDT Perbezaan ketara dapat dilihat antara parti Melayu berkenaan yang memberikan kesan keyakinan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menyambung perbezaan antara komuniti dan ketidakupayaan Umno membebaskan dirinya daripada pemimpin yang dibelengu skandal. Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendekati komuniti Kristian ketika wujudnya ketegangan ekoran isu penggunaan kalimah "Allah" oleh masyarakat Kristian untuk menggambarkan Tuhan mereka. Mujahid menganjurkan dialog antara Kristian-Muslim dan terbaru di sebuah gereja di Pulau Pinang dua hari lalu walaupun wujudnya bantahan. "Kita tidak membincangkan perbezaan keagamaan atau perbezaan lain, hanya apa yang boleh dilaksanakan untuk menyembuhkan hubungan," katanya. Katanya, dialog seumpama itu akan diteruskan tanpa mengira apa keputusan mahkamah berhubung isu "Allah." "Kita bukannya menjual kepercayaan orang Islam atau membeli akidah orang lain," kata ahli Parlimen PAS itu yang telah melawat lebih 30 gereja di seluruh negara selepas pertelingkahan berhubung penggunaan kalimah "Allah" bermula. Anwar, dua hari lalu membuat pengumuman yang boleh menjejaskan reputasinya di kalangan umat Islam negara ini apabila mengatakan beliau akan bertemu Pope Francis I dalam satu sesi dialog yang dianjurkan di Rom. Read More / Baca Lagi >> | ||
Realiti Pertembungan Ulama & Profesional dalam Pas!! Posted: 17 Sep 2013 04:12 PM PDT | ||
Patutkah kita menerima Keputusan PRU-13? - Wan Saiful Wan Jan Posted: 17 Sep 2013 04:10 PM PDT | ||
Tahaluf Siyasi PR (Ulasan Resolusi Multaqa Ulama) - Dr UZAR Posted: 17 Sep 2013 07:50 AM PDT | ||
Bumiputera Majoriti Menghadapi Masalah Kemiskinan - PAS Posted: 17 Sep 2013 07:48 AM PDT | ||
Posted: 17 Sep 2013 07:46 AM PDT Skim Amanah Saham Bumiputera 2 @ ASB2 (10 Bilion Unit Saham) SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham. Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Pada awalnya Berita Semasa tidak jelas erti "suntikan" di mata kerajaan. Mengapa perlu suntik modal pada ASB2? Bukankah pelabur yang melabur dikirakan sebagai menanam modal? Bukannya kerajaan yang melabur. Ertinya di sini, ekonomi Malaysia dalam keadaan tidak baik sekarang ini. Ekonomi Malaysia mengalami defisit yang sangat merisaukan. Hutang kerajaan Malaysia sudah melebihi RM600 bilion . Hutang isi rumah yang tinggi. Hutang bagus? Bagus…jikalau diuruskan dengan bijaksana. Tetapi jikalau hutang yang terlalu tinggi, apakah kesannya kepada entiti dan individu? Walaubagaimanapun untuk kalangan rakyat Malaysia yang tidak berminat untuk berniaga, tidak tahu kemana mahu dililaburkan duit mereka, ASB2 adalah platformnya berbanding pelaburan yang lain. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 17 Sep 2013 07:41 AM PDT Minyak ROn95 Vs Gaji : Akhirnya salah seorang menteri Malaysia yang acapkali "menjunjung tinggi" segala dasar dan pelaksanaan kerajaan Malaysia sesuai dengan kapsiti beliau sebagai seorang menteri ___________________. Kali ini, Ahmad Maslan tampil dengan formula pengiraan yang membantu rakyat Malaysia mencongak dan merancang kewangan mereka setiap bulan walaupun dek kerena bahang kehangatan kenaikan harga minyak RON95 terutamanya. Caranya ialah?
Tetapi apabila tetap mahu bersuara. Akhirnya ini hasilnya…. Kali ini, menteri sendiri seperti Ahmad Maslan membantu rakyat Malaysia mengirakan duit minyak RON95 kita dan anda semua. Pengiraan Penggunaan Minyak RON 95 Sebulan VS Gaji Rakyat MalaysiaIni bermakna, rakyat Malaysia berjaya bergerak dengan lancar tanpa sebarang kesesakan dan majoriti kedudukan tempat kerja rakyat Malaysia sekarang hanya sekitar sebatu sahaja dari kediaman masing-masing. Benarkah? Realitinya? Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan