RAKYAT MARHAEN |
- Jawapan Kepada Menteri Yang Cakap..Kerajaan Sentiasa Pantau Harga Barang... .!!!
- ‘Hari Penjajahan’: Aktivis sokong Jeffrey
- Support Bersih’s People’s Tribunal on GE13
- Pas nafi ada usaha singkir Mat Sabu - Tg Hadi Awang
- Ganu Kite: Jabatan Kerajaan Tak De Duit...Tunai Nazar Ahli UMNO Bagi RM 650k..!!!
- Berjimat Cara UMNO: Lampu Isyarat Pun Ada Majlis Perasmian...!!!!
- Tarik Balik Resolusi No 7 Multaqa Ulamak Se Malaysia....
- Tangguh AES sebelum pelaksanaan baru
- Utusan Malaysia: Kaum Cina telah lama kuasai kekayaan negara
- Nasrudin: Haram terus tahaluf siasi jika mudarat
- Jangan tadbir kerajaan seperti mengurus khairat kematian
- BERITA YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN LIDAH RASMI UMNO.....
- Gagalkah Malaysia sebagai negara?
- Pemilihan DAP satu lagi drama, kata Utusan UMNO...
- NGO Pro-Melayu bantah dialog Dr Mujahid di gereja Kristian
- Pas kekang pemikiran haddamah
- International community expresses caution over U.S.-Russian deal on Syria
- Perspective on Syria crisis
- 'Syrian rebels have no chance to win without intervention'
- Jangan jadi Qadariah atau Jabariyah - Fathul Bari
- Menjelang Muktamar: Formasi kepimpinan PAS
- Menjelang Muktamar: Siapa ulama ganti Mat Sabu?
- Menjelang Muktamar: Bukan bibit tetapi tanda besar perbezaan pendapat dalam PAS
- Menggarap pemikiran politik Islam moden
- Nurul bawa perjuangan pembaharuan p'raya ke New York
Jawapan Kepada Menteri Yang Cakap..Kerajaan Sentiasa Pantau Harga Barang... .!!! Posted: 14 Sep 2013 09:02 PM PDT |
‘Hari Penjajahan’: Aktivis sokong Jeffrey Posted: 14 Sep 2013 08:48 PM PDT Datuk Patrick Sindu membidas kenyataan pemimpin Umno Sabah yang mengecam Datuk Jeffrey Kitingan. Sindu berkata pemimpin Umno seperti timbalan ketuanya di Sabah, Datuk Salleh Said Keruak, dan Pengerusi Penyokong Kerajaan di Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail, sepatutnya memikirkan pandangan Jefffey sedalam-dalamnya dan tidak cepat melatah. Jeffrey yang juga Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, dalam kenyataannya beberapa hari lepas mencadangkan agar Hari Malaysia itu ditukar kepada Hari Pendudukan atau Hari Penjajahan seperti disiarkan akhbar-akhbar utama Sabah dan juga media internet. Sindu berkata, Umno sendiri pun tahu apa yang sedang berlaku di Sabah, bahawa ada sesuatu yang berlaku di sini tetapi mereka ini memilih untuk melihat sahaja dan membiarkan perkara-perkara buruk ini berlaku. "Mereka seperti Salleh dan Abdul Rahim patut melakukan sesuatu dan tidak hanya jadi jurucakap Umno Malaya," kata Sindu kepada FMT. Jeffrey mendakwa Malaya telah mengambil alih Sabah daripada British dan kini Malaya menjajah semula Sabah di bawah nama Kerajaan Persekutuan Malaysia. "Di manakah janji-janji "kebebasan mutlak, kemakmuran dan keselamatan?" soal Jeffrey yang juga terkenal memperjuangkan kedaulatan Sabah sebagai sebuah negara, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor. Sumber asli Beliau mendakwa Malaya ingin terus mengawal sumber minyak, gas, cukai dan sengaja mengubah demografi Sabah melalui pelbagai cara seperti Projek IC, Ops Durian Buruk, pengundi hantu dan memiskinkan rakyat Sabah dan menimbulkan suasana tidak selamat kepada penduduk tempatan. Pemimpin kontroversial itu mendakwa sekarang Sabah hanya sebuah negeri "orang suruhan" Putrajaya. "Sudah 50 tahun pembentukan Malaysia, namun tidak ada kemerdekaan dan kebebasan untuk bercakap. Sebaliknya, Sabah telah dijajah oleh Malaya dari segi politik, ekonomi dan sosial," dakwanya lagi. |
Support Bersih’s People’s Tribunal on GE13 Posted: 14 Sep 2013 08:47 PM PDT Proceedings will start on Wednesday, Sept 18, and will continue until Sept 22. This five-day proceedings on GE13 is open to the public. Evidence on electoral fraud and irregularities will be presented by the legal team to the eminent members of the Tribunal from overseas and Malaysia. The tribunal is a commission of inquiry to investigate the conduct of the last general election. The People's Tribunal on GE13 was mooted in response to the public outcry and concerns of electoral fraud and irregularities in GE13. The tribunal is a citizen's effort and a people's platform to arrive at the truth. Date: Wednesday, Sept 18, 2013 – Sunday, Sept 22, 2013 Registration: 8.00 am Time: 9am – 5pm Venue: Throne Room, Empire Hotel Subang, Subang Jaya, Selangor For more information, go to https://www.facebook.com/events/1403533416531546/ Admission is free. Please RSVP to bersih.tribunal@gmail.com |
Pas nafi ada usaha singkir Mat Sabu - Tg Hadi Awang Posted: 14 Sep 2013 08:45 PM PDT Pas menafikan wujud gerakan dalam parti itu untuk menyingkirkan timbalan presiden, Mohamad Sabu apabila ada cadangan mahukan jawatan tertinggi dipilih dari kalangan ulama. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanggapan itu hanya sekadar pandangan, dan bertegas tiada usaha berkenaan berlaku. "Tidak ada gerakan seperti dimaksudkan. Perkara seperti ini bukan baru dalam parti, sebelum ini pun ada pertandingan antara ulama dan bukan ulama untuk jawatan tertinggi," katanya pada sidang media, selepas perasmian penutup Multaqa Ulama Semalaysia, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, semalam. Mengulas ketetapan Dewan Ulama Pas Pusat yang mengeluarkan resolusi, antaranya mahu jawatan presiden dan timbalan diisi golongan ulama, termasuk jawatan naib presiden juga wajar dipertimbang untuk golongan itu, Abdul Hadi berkata, perwakilan yang akan menentukannya kelak. "Dewan Ulamak adalah satu badan dalam Pas, namun keputusan kelak terserah kepada perwakilan dari seluruh negara," katanya. Ditanya sama ada beliau menyokong saranan agar kedua-dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, Abdul Hadi tetap menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan. Read More / Baca Lagi >> |
Ganu Kite: Jabatan Kerajaan Tak De Duit...Tunai Nazar Ahli UMNO Bagi RM 650k..!!! Posted: 14 Sep 2013 08:33 PM PDT Jabatan Kerajaan Di Terengganu Tak Duit..Jabatan Pelajaran Negeri Tak Mampu Nak Cetak Kertas Soalan Akhir Tahun Dan Arahkan Sekolah Cetak Sendiri..!!! Tapi Ahli UMNO Tunai Nazar Dapat Penaja RM 650 K Dari Kerajaan..??? |
Berjimat Cara UMNO: Lampu Isyarat Pun Ada Majlis Perasmian...!!!! Posted: 14 Sep 2013 08:18 PM PDT |
Tarik Balik Resolusi No 7 Multaqa Ulamak Se Malaysia.... Posted: 14 Sep 2013 07:50 PM PDT Memerhati kepada lapan resolusi yang diputuskan oleh Multaqa Ualamak se-Malaysia (Pas) yang berlangsung di Kedah hari ini menjadikan Pas berpotensi berpecah sesama sendiri. Situasi ini tidak dapat dielakkan sekiranya pihak-pihak yang merasakan mereka bukan ulamak akan membuat serangan balas dalam membela diri mereka di dalam mukatamr kelak. Ini kerana terdapat satu resolusi yang dikira tidak wajar dan keterlaluan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh golongan menamakan diri mereka ulamak kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dan sakit hati. Resolusi nombor tujuh (7) itu berbunyi; 7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yg memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis. Ia dikira melampau dan jelas merupakan satu bentuk kempen untuk menidak pihak lain. Cadangan diberikan dalam resolusi itu juga bertentangan dengan Perlembagaan Pas di mana perlembagaan tidak mengsyarat untuk ahlinya memegang jawatan sampai ke peringkat Presiden, Timbalan dan lain-lain harus dari ulamak. Perlembagaan hanya menyebut untuk menjadi ahli cukup ianya seorang Islam. Cadangan itu harus ditarik demi kesejahtraan Pas serta tidak menunjukkan golongan yang merasakan diri mereka ulamak tidak sombong, ego dan bongkok. Ia juga bertentangan engan etika atau peraturan pemilihan yang dicadang digubalkan kerana ia b erunsur kempen berpuak-puakan. Lain-lain resolusi ialah; Read More / Baca Lagi >> |
Tangguh AES sebelum pelaksanaan baru Posted: 14 Sep 2013 07:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) meminta agar kerajaan menangguh sepenuhnya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang serta membatalkan saman-saman yang dikeluarkan. Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff (Gambar) memberitahu walau apa jua cadangan yang diutarakan, pertama sekali perlu dilakukan adalah menanggung dulu pelaksanaan sebelum ini. Jelasnya, terlalu banyak kelemahan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan juga perundangan sepertimana yang diperkatakan Peguam Negara. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad sebelum itu dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan AES termasuk mengambil kira lokasi pemasangan kamera AES. "Walau apa jua cadangan yang kerajaan utarakan, pertama sekali kerajaan perlu hentikan segera pelaksanaan AES terlebih dahulu dan batalkan kesemua saman yang telah dikeluarkan. "Terlalu banyak kepincangan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan perundangan, kalau yang ini pun belum selesai tak guna nak buat apa-apa cadangan," jelas beliau kepada Harakahdaily. Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kenyataan Ismail yang akan memberi keutamaan kepada laluan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu serta mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). "Dulu kerajaan kata AES ini dipasang untuk kawasan-kawasan kemalangan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan.Read More / Baca Lagi >> |
Utusan Malaysia: Kaum Cina telah lama kuasai kekayaan negara Posted: 14 Sep 2013 07:25 PM PDT Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini menyifatkan kaum Cina telah lama menguasai kekayaan negara sambil menegaskan pengumuman pemerkasaan ekonomi Bumiputera oleh Datuk Seri Najib Razak semalam tidak mengambil hak kaum lain. Beliau menjelaskan sokongan pengundi kaum Bumiputera semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu terbalas setelah pengumuman Perdana Menteri meredakan keresahan golongan itu yang merupakan faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN). "Memperkasakan ekonomi Bumiputera yang merupakan kaum teras lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak bukan satu dosa. Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat, perniagaan dan pemilikan aset. "Seperti kata Perdana Menteri, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan," katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia. Dalam ruangan itu, kolumnis tersebut sempat menyelar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkan mereka telah lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhannya. "Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC," katanya. Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata inisiatif terbaru itu perlu dijadikan lonjakan untuk golongan wanita menjana pendapatan. Read More / Baca Lagi >> |
Nasrudin: Haram terus tahaluf siasi jika mudarat Posted: 14 Sep 2013 07:21 PM PDT SETELAH lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga adalah ijtihad para alim ulamak kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi jauh lebih awal daripada itu. Maka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar. Kajian semula adalah wajar untuk melihat : a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan Islam. c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada. Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syara' dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama anggota parti yang bertahaluf. Namun jika hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan. Nasrudin Hassan Ketua Pemuda Pas |
Jangan tadbir kerajaan seperti mengurus khairat kematian Posted: 14 Sep 2013 07:19 PM PDT BN khususnya UMNO perlu kembali kepada asas (basic) politik sebenarnya yang telah membezakan kejayaan dahulu dengan kegagalannya sekarang ini. Tidak munasabah tidak ada kelainannya jika tidak ada perbezaan dahulu dan sekarang. Jika ia sama seperti dahulu masakan sekarang keadaan rakyat tidak seindah dahulu. Benar, lain dahulu lain sekarang, dan keadaan berbeza tetapi asas perjuangannya jangan sekali-kali berubah. Ia mesti berdasarkan kepada menjaga perpaduan kaum dan mengisi kemerdekaan negara dengan pembangunan rakyatnya secara menyeluruh yang berpandukan kepada budaya dan identiti negara dan rakyat yang kukuh. Tetapi faktor penyebab kenapa dahulu kita berjaya perlu diperkaya dan diperkuatkan, itu merupakan tuntutan zaman dan waktunya. Sebenarya budaya kehidupan termasuk budaya politik merupakan faktor yang terpenting. Apabila perubahan kepada budaya itu berlaku maka kita semua harus bertanggungjawab dengan perbezaan dengan dahulu itu, kerana itu adalah hasil dari perbuatan dan perlakuan kita sendiri. Hidup ini termasuk politik mesti mempunyai nilai dan 'virtues' yang selari dengan keadaan rakyat dan dalam kes negara kita ini, budaya itulah yang difahami dengan baik oleh pemimpin-pemimpin dahulu seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak dan Hussein. Asas kita bersatu diantara semua kaum contohnya, ia terlandas kepada asas yang sangat sempit dan tidak boleh dianjak dan dialih dengan mudah jika kita mahu perpaduan itu terus menerus wujud dan mengamankan kehidupan kita semua. Tetapi oleh kerana kita dipimpin oleh seorang atau kumpulan pemimpin yang kononnya hendak melakukan semua perkara semasa pemerintahannya, maka isu moral dan nilai serta adab dan adat yang ada kepada kita diketepikan maka kita terimalah badainya sekarang ini. Setiap kaum dan bangsa ada adat dan cara hidupnya sendiri. Bermula dari kepimpinan lapan puluhan, semuanya ini telah diubah diatas nama kemajuan dan kemodenan. Kita hilangkan identiti kita sendiri. Menganjak dan mengalih 'paradigm' yang dilakukan oleh Mahathir dahulu memulakan perbezaan keadaan siasah negara kita. Mengalih dan menganjak budaya siasah kita itu telah menghilangkan segala sahsiah politik kita dan ia telah menjadikan rakyat lupa kepada nilai dan 'virtues' yang baik yang ada dikalangan bangsa-bangsa dinegara ini. Read More / Baca Lagi >> |
BERITA YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN LIDAH RASMI UMNO..... Posted: 14 Sep 2013 07:08 PM PDT Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma. Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung. Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma pada majlis sama. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan. "Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya. Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa. Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013. |
Gagalkah Malaysia sebagai negara? Posted: 14 Sep 2013 07:05 PM PDT Esok genaplah 50 tahun Malaysia berdiri sebagai sebuah negara. Pada 16 September 1963, Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bergabung menjadi satu negara. Dua tahun selepas ianya ditubuhkan, Singapura keluar. Tarikh keramat 16 September baru dua tiga tahun lalu dianggap sebagai hari penting dan diberikan cuti umum. Apa yang berlaku selepas 50 tahun menjadi sebuah negara? Kita masih lagi berbincang tentang masalah hubungan diantara kaum di Malaysia. Sabah dan Sarawak yang pada satu ketika dahulu bersama-sama bersetuju menubuhkan negara ini, masih merasa dipinggirkan dan tidak dimajukan selari dengan Semenanjung Malaysia walaupun hasil kekayaan negeri mereka dikongsi bersama. Rakyat Malaysia masih lagi diklasifikasikan mengikut kaum dan agama malahan ramai yang dianggap sebagai "lain-lain". Allah hanya untuk Melayu dan Islam, walaupun kita difahamkan Allah itu tuhan untuk sekalian alam. Media arus perdana masih lagi dikawal ketat oleh parti yang memerintah. Media milik negara seperti RTM masih belum memberikan laporan yang adil dan seimbang walaupun mereka didanai oleh wang pembayar cukai. Anak-anak kita masih lagi tidak bersekolah di bawah satu bumbung. Semuanya mahu ke sekolah eksklusif masing-masing dan sekolah kerajaan tidak menarik minat kaum selain Melayu kerana dasar 'Islamisasi' atau 'Arabisasi' yang agresif. Selepas separuh abad masih belum jelas apakah Malaysia ini sebuah negara Islam atau sekular. Read More / Baca Lagi >> |
Pemilihan DAP satu lagi drama, kata Utusan UMNO... Posted: 14 Sep 2013 07:02 PM PDT Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dijadual pada 29 September ini dilihat sebagai satu lagi "drama" pemimpin DAP, lapor Utusan Malaysia hari ini. Ia didakwa tidak memenuhi syarat ditetapkan dalam perlembagaan, kata Setiausaha Cawangan DAP Bukit Emas, S. Vijayan. Sebahagian ahli DAP di peringkat akar umbi juga melihat pemilihan semula itu bakal menjadi medan terbaik bagi DAP terus menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) jika pemilihan jawatankuasa yang akan dibentuk kelak dipertikaikan lagi, kata Vijayan. Vijayan turut mempersoalkan kewibawaan parti itu melantik Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook bagi melaksanakan pemilihan CEC tersebut memandangkan beliau sebelum ini gagal mengemukakan senarai 500 anggota delegasi yang terlibat dalam pemilihan sebelum ini. "Ini adalah satu usaha mereka untuk mencari pasal dengan RoS dengan memastikan CEC yang akan dijalankan menjadi tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan dalam parti. "Ramai antara ahli parti adalah peguam dan saya yakin mereka faham CEC hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukannya Kongres Khas seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. Yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, A. David Dass. Vijayan yang sebelum ini pernah menjadi calon bebas dalam pilihan raya ke-13 (PRU13) bagi ADUN Bukit Kepayang percaya taktik pimpinan tertinggi parti tersebut adalah satu daripada usaha bagi meneruskan agenda mencantas pemimpin DAP daripada kalangan masyarakat India. Read More / Baca Lagi >> |
NGO Pro-Melayu bantah dialog Dr Mujahid di gereja Kristian Posted: 14 Sep 2013 06:59 PM PDT Sekumpulan NGO pro-Melayu membantah penganjuran majlis dialog anjuran MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama sekumpulan penganut Kristian yang dijadualkan berlangsung esok di Pulau Pinang. Laporan Mingguan Malaysia hari ini memetik kenyataan jurucakap kumpulan aktivis tersebut, Azmi Jaafar yang berkata dialog tersebut sepatutnya menampilkan tokoh yang arif mengenai Islam dan bukannya pemimpin politik seperti Mujahid. "Kita bimbang ada pihak menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam. "Kita tidak menghalangnya tetapi sepatutnya dialog itu diberi peranan kepada orang yang fasih tentang Islam seperti mufti," katanya yang mewakili Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN). Menurut laporan Utusan, NGO terbabit turut membuat laporan polis ke atas majlis dialog yang dijadualkan berlangsung di Gereja St Mark, Butterworth, malam esok. |
Posted: 14 Sep 2013 06:18 PM PDT ALOR SETAR - Ulama dalam Pas perlu mengkaji pemikiran haddamah (perosak) untuk mengekang penularan anasir itu dalam masyarakat. Read More / Baca Lagi >>Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka yang berkebolehan dan berilmu wajar membuat kajian membantu Majlis Penyelidikan Dewan Ulamak Pas menyediakan maklumat kepada umum. "Pemikiran ini semakin berleluasa, jadi kita hendaklah tangani secara ilmiah termasuk pemikiran Syiah dan Islam liberal yang menjadi anutan dan pegangan segelintir umat Islam di Malaysia," katanya, semalam. Harun berkata, Muktamar Dewan Ulama Pas lalu, meluluskan resolusi berkaitan pemikiran haddamah yang memerlukan pelan tindakan agar tidak menular dalam masyarakat. Sehubungan itu, peranan dan kedudukan ulama dalam parti itu perlu diperkukuh sebagai golongan penting memperjuang Islam didokong Pas. Ulama Pas juga disaran menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam aspek kepimpinan dan pengurusan agar memenuhi tahap kompetensi sewajarnya. |
International community expresses caution over U.S.-Russian deal on Syria Posted: 14 Sep 2013 06:14 PM PDT |
Posted: 14 Sep 2013 06:13 PM PDT |
'Syrian rebels have no chance to win without intervention' Posted: 14 Sep 2013 05:19 PM PDT |
Jangan jadi Qadariah atau Jabariyah - Fathul Bari Posted: 14 Sep 2013 05:18 PM PDT BIBIT-bibit ideologi akidah sesat timbul sejak zaman Nabi lagi, tetapi ia tidak berkembang kerana Nabi masih hidup maka setiap masalah dirujuk kepada Baginda. Namun, setelah kewafatan Nabi dan berlalunya zaman para sahabat, pemikiran sesat mula berkembang bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Perpecahan dan penyimpangan akidah ini tidak lari dari 7 kelompok; Qadariyah, Jabriyah, Mu'tazilah, Jahmiyah, Murjiah, Khawarij, Syiah. Bentuk pemikiran ini terus wujud hingga akhir zaman. Oleh itu perlu untuk kita kenali dan fahami ideologi ini agar tidak terjebak dengannya. Ini sebagaimana kata Huzaifah bin Al-Yaman, "Manusia bertanya kepada Rasulullah tentang perkara kebaikan sedang aku bertanya tentang perkara kejahatan, kerana aku khuatir kejahatan itu menimpa diriku." (Bukhari & Muslim) Rentetan tulisan kolum sebelum ini yang menyentuh kenaikan harga barang dari perspektif qada dan qadar, Alhamdulillah masyarakat awam Islam mula tertanya-tanya dan ingin mengetahui apakah itu Qadariyah dan Jabariyah. Secara ringkas, Qadariyah adalah golongan menolak ketetapan atau takdir ALLAH. Mereka percaya setiap yang berlaku adalah hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk semata-mata. Bagi mereka, ALLAH hanya mengetahui setelah ia berlaku. Dalam erti kata ALLAH tidak mengetahui dan tidak menetapkan perkara yang belum berlaku. Orang yang mula-mula membawa ideologi ini Ma'bad Al-Juhani di akhir zaman Sahabat. Contohnya seorang berkata, "Kekayaan yang aku miliki ini hasil usaha dan titik peluh aku sendiri." tanpa dia mengaitkan kepada ALLAH SWT. Sedangkan ALLAH berfirman, "Segala nikmat yang ada padamu adalah daripada ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan." (Al-Nahl: 53). Juga tercatat dalam al-Quran, "Dan apabila aku sakit Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku." (Al-Syu'araa: 80) Read More / Baca Lagi >> |
Menjelang Muktamar: Formasi kepimpinan PAS Posted: 14 Sep 2013 05:06 PM PDT Nasrudin Hassan, 1. Saya telah ditanya wartawan Sinar Harian: Apakah ustaz setuju Timbalan Presiden adalah dari kalangan ulama'? Saya jawab, Ya! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang perform dan ulama' yang benar-benar menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as Suu' [buruk sikap] 2. Saya bina pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka." Maka tiada siapa yang terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya. Saya tidak memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar. 3. Saya konsisten sejak awal meletakkan Formasi Kepimpinan PAS adalah "Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis. Malah saya pernah menyifatkan trio ini sebagai 3 tungku yang menjadi pengimbang kepada keutuhan dan kestabilan formasi kepimpinam PAS. Ulama', Profesional dan aktivis mestilah saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan kutuk mengutuk. 4. Saya tidak pernah membantah dan menghalang hasrat sesiapa jua untuk menyertai pemilihan kepimpinan parti justeru itu adalah hak mereka masing-masing selama mana mereka layak menyertainya. Malah saya sendiri tidak pernah menolak apa lagi menghalang siapa jua yang mahu menyertai pemilihan posisi ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Menjelang Muktamar: Siapa ulama ganti Mat Sabu? Posted: 14 Sep 2013 05:02 PM PDT Subky Latif, Masyarakat di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu? Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan. Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawan yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan. Ketahanan berpolitik, keupayaan pimpinan dan wibawanya tidaklah kurang dibandngkan dengan rakan-rakannya yang lain. Jika orang kata dia banyak merugikan PAS, belum ada hal-hal memungkinkan dia dikenakan tindakan disiplin atau tidak diingini berada dalam pimpinan seperti yang pernah berlaku kepada satu dua pimpinan sebelum ini. Jika dia kalah dalam pillihan raya baru-baru ini bukan disebabkan dia ditolak oleh pengundi PAS, tetapi mungkin dia tidak dapat sokongan undi atas pagar yang menjadi penentu dalam kawasan seperti itu. Jika kalah itu dikira dia ditolak, Tok Guru Nik Aziz pernah kalah di Bachok dalam PRU 1982, Ustaz Hadi pernah kalah di Marang dan Ustaz Fadzil Noor hanya sekali menang di Pendang. Kalau kerana kalah piliihan raya, maka Mat Sabu mesti digantikan, maka Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah dalam PRU lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Menjelang Muktamar: Bukan bibit tetapi tanda besar perbezaan pendapat dalam PAS Posted: 14 Sep 2013 04:51 PM PDT Cadangan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (gambar) di Multaqa Ulama Semalaysia di Alor Star hari ini agar PAS mengkaji semula tahaluf siasi atau hubungannya dengan PKR adalah kemuncak dari perbezaan pendapat dalam PAS. Secara diam-diam ia telah berlaku lama dalam PAS sejak menjelang pilihan raya umum ke-13 lagi sebenarnya. Namun ketika itu ia tidak jelas sejauh manakah ia akan pergi. Tetapi cadangan Harun hari ini menunjukkan ke manakah sasaran segala apa yang berlaku dalam PAS itu. Sejak sekian lama, sebahagian ulama dalam PAS mengkritik sesetengah pucuk pimpinan PAS kerana rapat dengan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai gelaran diberikan. Gelaran itu diberikan dengan jelas oleh mereka yang telah keluar dari PAS. Anwarinas, golongan parasit dan virus dalam PAS adalah gelaran yang popular. Datuk Hasan Ali misalnya menjelang dipecat dari PAS menggelar golongan yang rapat dengan pimpinan PKR khasnya sebagai parasit-parasit dalam PAS. Nasharudin Mat Isa sebelum dikeluarkan dari Majlis Syura ulamak berulang kali mendesak agar PAS mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Berita Harian dalam laporannya dengan jelas melaporkan kenyataan Nasharudin agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dengan alasan PKR dan DAP melanggar syarat muafakat politik atau tahalus siasi. Kini jelas apa yang dinyatakan oleh Nasharudin sejak sekian lama itu yang dibuat secara rasmi oleh Ketua Dewan Ulama PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Menggarap pemikiran politik Islam moden Posted: 14 Sep 2013 04:47 PM PDT Dr Mujahid Yusof Gerakan Islam atau Islamic Movement adalah istilah popular yang digunakan pada awal 80-an bagi menggambarkan kumpulan Islam yang bergerak untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam segala kehidupan manusia. Gerakan Islam melibatkan mobilisasi sosial, ekonomi dan pendidikan bagi mengembalikan jati diri dan identiti umat Islam dari menjadi ratahan Barat dari sudut militari dan pemikiran. Itulah retorik yang membentuk dalam apa yang dikenali oleh Barat sebagai the Resurgence of Islam. Istilah Parti Islam menjadi lebih kecil dibandingkan dengan istilah Gerakan Islam di mana aktiviti politik berpilihanraya hanyalah sebahagian daripada skopnya. Susur galur Islam sebagai entiti kekuasaan hanya muncul selepas Revolusi Iran pada 1979. Gerakan Islam diberikan satu kekuatan baru bahawa perjuangan Islam mampu membentuk sebuah entiti kuasa negara malah berupaya menggugat kuasa besar Amerika yang selama ini ditanggap sebagai kebal. Isu sama ada ia kemenangan Islam ataukah kemenangan Syiah belum mendapat perhatian kerana dunia Islam menganggap ia adalah kemenangan Islam. Melusuri selanjutnya ialah kemenangan di Turki yang mengejutkan dunia, walaupun parti Erbakan hanya bertahan beberapa tahun sahaja. Algeria pada awal 90-an turut menyaksikan skop politik Gerakan Islam menjanjikan masa depan yang cerah dengan kemenangan FIS (Front Islamic Salvation). Namun harapan berkecai apabila kemenangan ini dibatalkan dan tentera mengambil alih. Algeria terpaksa melalui perang saudara berdarah beberapa tahun akibat kemenangan demokrasi dirompak oleh tentera. Istilah political Islam Oliver Roy memerhatikan perkembangan ini sepanjang tahun-tahun 80-an-90-an lalu merumuskan satu tesis yang cuba merasionalkan Islam dan kekuasaan serta bagaimana Islam menjadi entiti kuasa. Beliau melihat Islam dalam entiti yang lebih luas dan menganggap kewujudan dan kemenangan Islam politik adalah peluang ekspresi terhadap anti-Barat dan bukan untuk memperkenalkan dasar alternatif. Kelompok yang terlibat dengan Islam politik pada hemat Oliver adalah mereka yang tidak mengikut nasihat ulamak Islam tradisional dan mewajarkan tindakan mereka untuk kepentingan politik semata-mata. Political Islam juga dikaitkan dengan anti kemodenan sehingga ia dilihat gagal untuk membawa program pembangunan untuk rakyat. Oliver merumuskan ia sebagai 'failure untuk political Islam' justeru menjadi bahan pemikiran untuk menafikan kemungkinan peluang Gerakan Islam menjadi pemerintah. Read More / Baca Lagi >> |
Nurul bawa perjuangan pembaharuan p'raya ke New York Posted: 14 Sep 2013 04:29 PM PDT Walaupun gerakan pembaharuan pilihan raya di Malaysia semakin kendur selepas pilihan raya umum ke-13, tetapi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar merayu kepada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengharungi peringkat akhir perjuangan itu - persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri dan parlimen. "Buat masa ini kita begitu hampir. Kami mendapat 52 peratus sokongan popular (dalam pilihan raya umum lepas )... Persempadanan semula itu akan memberi kesan kepada pilihan raya umum ke-14 dan keputusannya, kata Nurul Izzah kepada Malaysiakini sebelum majlis makan malam bersama rakyat Malaysia yang tinggal di New York City pada hari Rabu. "Kita meminta mereka (rakyat Malaysia di luar negara) untuk mengharungi peringkat akhir ini. Kita bercakap tentang tidak membenarkan berlakunya persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah. Kita begitu hampir. "(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Tun Razak berjanji banyak perkara. Salah satu daripadanya ialah pembaharuan pilihan raya, dan 22 syor jawatankuasa terpilih parlimen perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Mesej yang sama diajukan kepada lebih 60 rakyat Malaysia - terdiri daripada pelajar universiti, golongan profesional, warga emas dan juga beberapa orang ahli Kelab Umno di New York-New Jersey - yang menghadiri majlis makan malam itu di sebuah restoran Turki di Manhattan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan