Isnin, 2 September 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nah ... padan muka korang, padan muka aku ,,,, hahaha

Posted: 02 Sep 2013 05:08 AM PDT

Minyak RON95 & Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - BERNAMA

TERKINI : Adam Adli dan Hishamuddin Rais DI TAHAN POLIS. Akan dibawa ke IPD Dang Wangi.

Kerajaan Perpaduan Akan Jadi Kenyataan - Isham Rais

Posted: 02 Sep 2013 01:02 AM PDT

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
SEPTEMBER 02, 2013
Hishamuddin Rais yakin kerajaan perpaduan akan jadi kenyataan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 September, 2013.Hishamuddin Rais yakin kerajaan perpaduan akan jadi kenyataan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 September, 2013.Semua pihak cuba menjauhkan diri daripada agenda kerajaan perpaduan namun bagi aktivis sosial, Hishamudin Rais, keadaan itu ambat laun akan berlaku juga.
"Saya positif, ia akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider ketika bertemu dengannya, pagi ini.
Asia Sentinel sebelum ini melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kepada mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan dengannya.
Dalam ucapannya sempena Hari Kemerdekaan negara pada 30 Ogos lalu, Anwar berkata, walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan cara pengendalian pilihan raya lalu, tetapi pihaknya sedia untuk bertemu dengan Najib bagi membincangkan segala masalah negara.
Sehubungan iu, Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).
"Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, minggu lalu.
Namun, Anwar menegaskan dalam majlis itu, ia tidak ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan.
Hishamuddin yang juga penulis berkata, kenyataan Anwar itu jika dibaca daripada yang tersirat bermaksud ke arah menubuhkan kerajaan perpaduan.
Katanya, walaupun ramai aktivis sepertinya tidak akan bersetuju dengan pendekatan ini, beliau tidak akan menentangnya.
"Saya yakin mereka akan marah dengan tindakan ini kerana ia tidak akan menyebabkan perubahan struktur yang kita mahu. Ia akan hanya berlaku perubahan menggunakan 'gincu dan bedak' sahaja.
"Tetapi ini adalah salah satu proses dalam pematangan kepada sebuah negara dan saya faham keperluan kepada perkara ini," katanya.
Isu kerajaan perpaduan mula disebut oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum 2008 ketika semua pihak letih menghadapi pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil.
Menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah, dalam satu wawancara, Abdul Hadi mencadangkan dibentuk kerajaan perpaduan antara BN dengan PR.
Namun, ia ditolak dan disalahertikan sebagai perpaduan antara Umno dan PAS untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Ramai juga beranggapan ia tidak sesuai pada waktu itu kerana PR sedang menuju kemenangan selepas BN hanya menang tanpa majoriti dua pertiga dalam pilihan raya sebelumnya.
Cadangan kerajaan perpaduan diumpamakan 'menghantar ambulan kepada kerajaan BN yang sedang nazak' pada waktu itu.
Selepas pilihan raya umum ke 13, kerajaan perpaduan timbul semula da nada di kalangan pimpinan PR,  ia disokong oleh mereka yang menentangnya sebelum ini.
Kali ini bagi mereka masa adalah sesuai selepas sudah berusaha dan terbukti cara itu gagal dan tidak pergi ke mana, maka pendekatan lain perlu diambil.
"Beritahu Anwar, terimalah," kata seorang pemimpin PAS yang menyokong idea ini kepada seorang pemimpin kanan PKR dalam pertemuan mereka baru-baru ini. - 2 September, 2013.

Tiada ulasan: